You are on page 1of 5

STPM P2 2014

1 (a) Jelaskan dua persamaan dan tiga perbezaan antara perakaunan pengurusan dengan perakaunan
kos. [5]

(b) Yang berikut ialah maklumat kos bagi tahun 2013 yang diberikan oleh Syarikat Misa Berhad.
RM

Bahan mentah langsung 1,680,000

Buruh langsung 388,000

Susut nilai bangunan kilang 92,000

Susut nilai peralatan pejabat 24,000

Utiliti kilang 7,200

Belanja pengiklanan 79,200

Inventori akhir barang siap 92,000

Buruh tak langsung 112,000

Faedah sampingan buruh langsung 76,000

Gaji penyelia pengeluaran 36,000

Kos jabatan perkhidmatan* 80,000

Bahan mentah tak langsung 44,000

Belanja pentadbiran 120,000

Sewa ruang pejabat untuk kakitangan jualan 12,000

Komisen 4,000

*Semua perkhidmatan adalah untuk jabatan di kilang.

Dikehendaki:
(1) Satu daripada kos yang disenaraikan di atas ialah kos hangus. Kenal pasti kos itu, dan perihalkan
bagaimana kos itu menjadi hangus. [2]
(2) Hitung jumlah yang berikut:
(i) Kos prima [2]
(ii) Kos overhed perkilangan [4]
(iii) Kos penukaran [2]
(iv) Kos produk [2]
(v) Kos tempoh [3]
2 (a) kaedah perngekosan tempahan kerja digunakan secara meluas dalam industri perkhidmatan seperti
hospital, firma guaman dan firma perakaunan. Jelaskan empat sebab mengapa kaedah pengekosan tersebut
sesuai diamalkan oleh industri berkenaan. [4]
(b) syarikat Perkilangan Mainan Kiuti Berhad menggunakan plastik sebagai bahan mentah asas untuk
membentuk sejenis alat permainan bayi di Jabatan A. Selepas dibentuk, produk itu akan dipindahkan ke Jabatan
B untuk disiapkan. Maklumat yang berkaitan dengan jabatan A bagi bulan Jun adalah seperti yang berikut:
Unit

Kerja dalam proses pada 1 Jun 3,000

Bahan langsung 100% siap dan kos penukaran 40% siap

Unit dimulakan dalam pengeluaran 22,000

Unit siap 20,000

Kerja dalam proses pada 30 Jun 5,000

Bahan langsung 100% siap dan kos penukaran 25% siap

RM RM

Kerja dalam proses pada 1 Jun

Bahan langsung 7,500

Kos penukaran 2,125 9,625

Bahan langsung ditambah 70,000

Kos penukaran ditambah 42,500

Jumlah kos diakaunkan 122,125

Dikehendaki:
Dengan menggunakan kaedah purata wajaran, hitung
(i) Unit setara bahan langsung dan kos penukaran. [5]
(ii) Kos seunit setara bahan langsung dan kos penukaran. [6]
(iii) Kos inventori akhir kerja dalam proses dan kos unit siap. [5]

3 (a) Nyatakan kesan penggunaan teknik pengekosan serapan dan teknik pengekosan marginal ke atas
untung bersih jika,
(i) unit pengeluaran lebih besar daripada unit jualan
(ii) unit jualan lebih besar daripada unit pengeluaran
Dan berikan dua sebab mengapa setiap perkara itu berlaku. [6]
(b) Syarikat Kadbod Berhad mengeluar dan menjual kotak hadiah. Dalam bulan Jun 2013, sebanyak
9,000 unit telahd ikeluarkan, dan 8,200 unit telah dijual dengan ahrga RM12.40 seunit. Kos yang terlibat adalah
seperti yang berikut:
Item Kos (RM)

Bahan mentah langsung 11,200

Buruh langsung 8,800

Overhed perkilangan berubah 9,700

Overhed perkilangan tetap 47,700

Komisen jualan ialah 5% atas arga jualan, dan belanja pentadbiran tetap ialah RM21,400.

Dikehendaki:
(i) Hitung kos seunit kotak hadiah dengan menggunakan teknik pengekosan serapan dan teknik
pengekosan marginal. [4]
(ii) Hitung margin sembangan bagi seunit kotak hadiah. [2]
(iii) Sediakan penyata pendapatan bagi bulan jun 2013 dengan menggunakan teknik pengekosan
serapan dan teknik pengekosan marginal. [8]

4 (a) Nyatakan dua ciri kos relevan. [2]


(b) Syarikat Sedap Sdn Bhd mengeluarkan beberapa jenis produk makanan. Syarikat bercadang untuk
memberhdntikana pengluaran produk sos tiramnya. Maklumat operasi tentang produk sos tiram itu adalah
seperti yang berikut:
RM

Jualan 280,000

Kos berubah:

Kos perkilangan (130,000)

Komisen jualan (55,000)

Margin sumbangan 95,000

Kos tetap:

Gaji pengurus peneluaran sos tiram (8,000)


Overhed perkilanagn am* (43,000)

Pentadbiran am* (76,000)

Untung / (rugi) operasi (32,000)

*kos tetap overhed perkilangan am dan kos tetap pentadbiran am adalah untuk kesekua produk yang
dikeluarkan oleh syarikat ini.

Dikehendaki:
(i) Dengan membuat penghitungan untung atau rugi, tentukan sama ada syarikat adalah wajar atau
tidak memberhentikan pengeluaran produk sos tiramnya itu. Jelaskan jawapan anda. [4]
(ii) Kenal pasti kos tak boleh elak dan mengapa anda berpendapat sedemikian. [3]

(c) Syarikat Alam Raya Sdn Bhd mengeluara dan menjual seluar sukan pada harga RM25.00 sehelai.
Maklumat tentang kos bagi mengeluarkan sehelai seluar adalah seperti yang berikut:
Item RM

Bahan mentah langsung 10.20

Buruh langsung 5.50

Overhed perkilangan berubah 1.80

Belanja pemasaran berubah 1.00

Overhed perkilangan tetap 2.50

Jumlah 21.00

Syarikat Alam Raya Sdn Bhd mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menerima satu pesanan khas bagi 6,000
helai seluar pada harga tawaran RM19.00 sehelai. Jika tawaran ini diterima syarikt tidak perlu menanggung kos
pemasaran berubah. Walau bagaimanapun, satu peralatan berharga RM1,500 perlu dibeli khusus untuk
membuat logo bagi pesanan tersebut. Peralatan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

Dikehendaki:
(i) Dengan membuat penghitungan untung atau rugi, tentukan sama ada syarikat patut menerima atau
menolak pesanan khas itu. Jelaskan jawapan anda. [7]
(ii) jelaskan empat faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan oleh untuk membuat keputusan di (i) di
atas. [3]

5 (a) Nyatakan dua sebab wujudnya setiap varians yang berikut:


(i) varians harga bahan langsung yang tidak memuaskan. [2]
(ii) varians kecekapan buruh langsung yang memuaskan. [2]
(b) Syarikat Batik Indah Bhd mengeluar dan menjual pintu kayu. Maklumat tentang pengeluaran kemeja
batik eksklusif A bagi tahun semasa adalah seperti yang berikut:
(1) kos piawai:
bahan langsung (2 meter kain pada harga RM60.00 semeter) RM120.00
buruh langsung (2.5 jam pada kadar RM30.00 sejam buruh langsung) RM75.00
overhed berubah (3 jam pada kadar RM15.00 sejam buruh langsung) RM45.00

(2) syarikat telah menggunakan 9,560 meter kain pada harga RM62.00 semeter untuk membuat
4,800 helai kemeja..
(3) setiap kemeja menggunakan 2.75 jam buruh langsung pada kadar RM28.00 sejam buruh
langsung.
(4) overhed berubah perkilangan bagi tahun semasa ialah RM204,600.

Dikehendaki:
(i) Hitung varians yang berikut, dan nyatakan sama ada varians itu memuaskan (M) atau tidak
memuaskan (TM).
(1) Varians harga bahan langsung, varians penggunaan bahan langsung dan jumlah varians bahan
langsung. (7]
(2) Varians kadar buruh langsung, varians kecekapan buruh langsung jumlah varians buruh
langsung. [7]
(ii) Nyatakan dua pihak dalam Syarikat Batik Indah Bhd yang bertanggungjawab ke atas setiap varians
yang berikut:
(1) Varians penggunaan bahan langsung. [1]
(2) Varians kadar buruh langsung. [1]

You might also like