You are on page 1of 9

BBSH4103 PENGURUSAN HAZAD

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2019

BBSH4103

PENGURUSAN HAZAD

NAMA PELAJAR : AHMAD FAIZ BIN MOHD SULTAN


MERICAN
NO. MATRIKULASI : 840619075527002
NO. KAD PENGENALAN : 840619-07-5527
NO. TELEFON : 019-4256168
EMEL : ahmadfaizmerican@oum.com.my
NAMA E-TUTOR : MR. SELVARAJAN VELU

PUSAT PEMBELAJARAN : PP TERENGGANU

1
BBSH4103 PENGURUSAN HAZAD

Kandungan
1. PENGENALAN..........................................................................................................................3

1.1 Pengenalan Kepada Organisasi..............................................................................................3

1.2 Visi dan Nilai-nilai Korporat.............................................................................................4

1.3 Bilangan Pekerja................................................................................................................5

2. PETUNJUK LAZIM MASALAH ERGONOMIK.....................................................................5

2.1 Analisis mengenai masalah ergonomik dalam organisasi.....................................................6

2.1.1 Aduan pekerja.....................................................................................................................6

2.1.2 Perubahan disebabkan oleh pekerja....................................................................................6

2.1.3 Pengendalian secara manual...............................................................................................6

3. PENGESYORAN PENYELESAIAN MASALAH ERGONOMIK...........................................7

4. RINGKASAN..............................................................................................................................8

Rujukan............................................................................................................................................9

2
BBSH4103 PENGURUSAN HAZAD

1. PENGENALAN
Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan fungsi dalam bidang pengurusan
sumber manusia. Selain menitikberatkan kebajikan pekerja, pengurusan ini juga penting kepada
sesebuah organisasi untuk mewujudkan suasana pekerjaan yang selamat dan selesa. Hazard
adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu sama lain mampu
mengakibatkan kemudaratan [ CITATION Haz10 \l 1033 ]. Menurut “Occupational Safety and
Health Assessment Series 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999, hazard
ditakrifkan sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan
dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan
persekitaran tempat kerja, atau gabungannya [ CITATION Wha08 \l 1033 ]. Bahan kimia,
sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak selamat adalah beberapa contoh hazard.

1.1 Pengenalan Kepada Organisasi


Organisasi yang dipilih adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM merupakan badan
berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan
Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawalselia syarikat dan perniagaan
[ CITATION Men \l 1033 ]. SSM mula beroperasi pada 16 April 2002.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran
perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.
Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan
fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui
aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan
positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

3
BBSH4103 PENGURUSAN HAZAD

1.2 Visi dan Nilai-nilai Korporat


Visi SSM adalah Untuk Menjadi Pendaftar dan Pengawal Selia Korporat Terulung.

Gambarajah 1: Visi SSM Sumber: https://www.ssm.com.my/bm/Pages/About_SSM/Corporate


%20Profile/Vision.aspx

Nilai-nilai korporat SSM adalah seperti berikut:

i) Kolaborasi – Kami komited dalam membina kredibiliti dan kepercayaan di dalam organisasi
dengan menggalakkan kolaborasi di kalangan rakan kerjasama untuk menyampaikan nilai-nilai
perniagaan kepada pihak berkepentingan kami.

ii) Utamakan Pelanggan – Kami sebagai peneraju tadbir urus korporat berikhtiar untuk memberi
khidmat nasihat yang berkualiti serta melayani para pelanggan dengan penuh hormat.

iii) Nobatkan Ilmu – Kami menggalakkan warga kerja untuk meningkatkan kecekapan,
kemahiran dan pengetahuan dengan memberi penekanan terhadap pembelajaran berterusan
dalam usaha untuk meningkatkan kreativiti, kualiti dan daya inovasi.

iv) Cemerlang – Kami menetapkan standard yang tinggi dan berusaha melangkauinya. Kami
bersikap tegar dalam memajukan kualiti, dari segi keberkesanan dan produktiviti dalam
organisasi. Kamu mengiktiraf pencapaian yang cemerlang dan memberi ganjaran sewajarnya.

v) Intergriti – Kami komited dan berpegang kepada etika kerja yang unggul sejajar dengan kod
etika SSM dan mengaplikasikannya secara profesional dan penuh tanggungjawab dalam setiap
bidang tugas.

4
BBSH4103 PENGURUSAN HAZAD

1.3 Bilangan Pekerja


SSM beribupejabat di Menara SSM @ Sentral, Kuala Lumpur serta mempunyai 12 pejabat
negeri dan tujuh pejabat cawangan di seluruh Malaysia. Penulisan ini akan memfokuskan kepada
pejabat SSM Negeri Terengganu yang terletak di Tingkat 6, Menara Yayasan Islam Terengganu,
Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

SSM Terengganu terdiri daripada 37 orang pekerja. Komposisi pekerja terdiri daripada seorang
Pengarah Negeri, dua orang Ketua Seksyen (Operasi dan Penguatkuasaan), enam orang
Eksekutif dan 28 orang pekerja Bukan Eksekutif.

2. PETUNJUK LAZIM MASALAH ERGONOMIK


Perkataan ergonomik merupakan gabungan dua perkataan Greek iaitu ergon yang bermaksud
kerja dan nomos yang membawa maksud undang-undang. Dalam erti kata lain, ergonomik
melibatkan penggunaan rekaan khas untuk menjadikan tugasan serasi dengan manusia dan tidak
memaksa manusia untuk menjadi lebih serasi dengan tugasnya [ CITATION Nor14 \l 1033 ].

Penunjuk lazim masalah ergonomik boleh diambil kira sebagai isyarat yang menunjukkan
kewujudan masalah ergonomik dalam organisasi. Antara penunjuk lazim ini adalah:

i) Aduan pekerja – Terdapat kejadian pekerja mengadu mengenai tekanan fizikal atau rekabentuk
ruangan kerja yang tidak selesa.

ii) Perubahan yang disebabkan oleh pekerja – Pekerja cenderung untuk menyesuaikan keadaan
tempat kerja bagi memenuhi keperluan mereka.

iii) Pengendalian secara manual – Kejadian kecederaan otot biasanya lebih tinggi dalam suasana
yang melibatkan pengendalian secara manual yang banyak kerana kerja berkenaan melibatkan
satu atau lebih daripada keadaan berikut:

- Mengangkat objek besar

5
BBSH4103 PENGURUSAN HAZAD

- Mengangkat objek tebal


- Mengangkat objek dari lantai; dan
- Kerap mengangkat objek

Mengangkat objek berat tanpa latihan yang sesuai boleh membawa kepada kecederaan otot
yang akan menyebabkan pekerja tidak dapat bertugas dengan baik.

iv) Kadar ketidakhadiran dan kadar pemberhentian yang tinggi – Perkara ini boleh menjadi
penunjuk kepada masalah ergonomik. Individu yang tidak selesa dengan kerja pada tajap
berlakunya tekanan fizikal akan mudah untuk tidak hadir atau berhenti bekerja bagi
mengelakkan tekanan.

2.1 Analisis mengenai masalah ergonomik dalam organisasi


Daripada empat penunjuk lazim masalah ergonomik yang dibincangkan, terdapat tiga penunjuk
dikenalpasti terdapat di pejabat SSM negeri Terengganu.

2.1.1 Aduan pekerja


Kakitangan membuat aduan tentang keadaan kerusi yang tidak selesa. Kerusi yang digunakan
menyebabkan kesakitan di pinggang dan bahagian belakang badan. Selain itu, terdapat juga
aduan tentang bucu meja yang tajam di ruang utama pejabat yang melibatkan urusan dengan
pelanggan. Ia membahayakan orang ramai terutamanya kanak-kanak yang mungkin akan
mengakibatkan kecederaan yang agak serius.

2.1.2 Perubahan disebabkan oleh pekerja


Perubahan ini berkait dengan aduan mengenai ketidakselesaan kerusi yang digunakan oleh
pekerja. Oleh sebab tidak selesa dengan keadaan kerusi, para pekerja mengambil inisiatif
mengalas kerusi tersebut dengan kusyen bagi menambah keselesaan dan tidak mengganggu
proses kerja.

2.1.3 Pengendalian secara manual


Selain beroperasi di pejabat, pihak SSM Terengganu juga sering mengadakan kaunter bergerak
yang diadakan di daerah-daerah negeri Terengganu seperti Dungun, Kemaman dan Besut. Untuk

6
BBSH4103 PENGURUSAN HAZAD

tujuan ini, pekerja perlu membuat persiapan untuk tugas luar. Antaranya adalah menyiapkan
peralatan tugasan seperti komputer, pencetak, alat tulis serta kotak peralatan yang agak berat dan
bersaiz besar yang diangkat secara manual untuk dimuatkan ke dalam kenderaan pejabat.
Peralatan dimuatkan ke atas troli sebelum di bawa ke kenderaan pejabat yang terletak di tempat
letak kenderaan.

3. PENGESYORAN PENYELESAIAN MASALAH ERGONOMIK


Lazimnya, penyelesaian akan dicari sekiranya masalah telah menjadi serius. Majikan perlu
mengambil langkah proaktif untuk mendidik pekerja tentang cara mengatasi risiko ergonomik
dan menyediakan stesen kerja, kelengkapan dan proses kerja yang sesuai.

Untuk mengurangkan ketidakselesaan ketika duduk di kerusi, pekerja boleh membetulkan cara
duduk yang betul di stesen kerja. Rajah di bawah menggambarkan cara duduk yang betul semasa
di hadapan komputer:

Gambarajah 2: Postur duduk yang betul di hadapan komputer. Sumber:


https://www.majalahsains.com/slipped-disc-pastikan-postur-badan-anda-betul
Pekerja yang duduk terlalu lama juga boleh bangun dan melakukan regangan ringan bagi
melegakan otot-otot badan.

7
BBSH4103 PENGURUSAN HAZAD

Kerja mengangkat barang berat dan membawa adalah sebahagian kecil daripada kerja berdiri.
Tekanan fizikal biasanya dikaitkan dengan sakit belakang dan otot akibat cara mengangkat yang
salah. Antara strategi berdiri untuk mengangkat beban dan membawanya adalah:

i) Latih pekerja dengan cara untuk mengangkat dengan betul.

ii) Sediakan ruang yang cukup di sekitar semua objek bagi memudahkan kerja mengangkut tanpa
merentap.

iii) tidak membenarkan objek berat dibawa melalui tangga. Tangga meningkatkan tekanan fizikal
semasa membawanya dan mungkin dapat mengakibatkan kecederaan.

4. RINGKASAN
Kesimpulannya, ergonomik sangat penting untuk memastikan kualiti hidup pekerja serta
meningkatkan prestasi kerja. Majikan perlu mengambil langkah proaktif serta boleh
melaksananakan program kesedaran ergonomik bagi mendidik pekerja cara mengatasi risiko
ergonomik untuk meningkatkan produktiviti.

8
BBSH4103 PENGURUSAN HAZAD

Rujukan
Hazard dan Risiko. (2010, Julai 4). Didapatkan dari Keselamatan & Kesihatan Pekerja:
https://keselamatandankesihatan pekerja.blogspot.com/2010/07/bab-4-hazard-dan-
risiko.html

Nor Azimah Chew Abdullah, Chandrakaran Subramaniam, Zubaidah Hassan. (2014).


BBSH4103 Pengurusan Hazad. Open Universiti Malaysia (OUM).

Suruhanjaya Syarikat Malaysia. (t.t). Didapatkan dari Mengenai SSM:


https://www.ssm.com.my/bm/Pages/About_SSM/Overview.aspx

What is OHSAS 18002? (2008). Didapatkan dari OHSAS 18001 EXPERT:


http://ohsas18001expert.com/2008/06/09/what-is-ohsas-18002/

You might also like