You are on page 1of 12

JAWAPAN

SOALAN STRUKTUR

1 Jelaskan konsep berikut :

(a) Keseimbangan pasaran. [2 markah]

-Keseimangan pasaran ialah keadaan di mana kuantiti barang yang ditawarkan oleh
penjual pada harga tertentu sama dengan kuantiti barang yang diminta oleh pembeli pada
harga tersebut, iaitu Qd=Qs.

(b) Lebihan permintaan. [2 markah]

-Lebihan permintaan ialah keadaan dimana kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawar.

(c) Lebihan penawaran. [2 markah]

-Lebihan penawaran ialah keadaan dimana kuantiti ditawar melebihi kuantiti diminta.

(d) Lebihan pengguna [2 markah]

-Lebihan pengguna ialah faedah yang dinikmati oleh pengguna apabila harga pasaran lebih rendah
daripada harga yang sanggup dibayar oleh pengguna.

(e) Lebihan pengeluar [2 markah]

-Lebihan pengeluar ialah faedah yang diterima oleh pengeluar apabila harga pasaran lebih tinggi
daripada harga yang sanggup diterima oleh pengeluar.

(f) Dasar harga maksimum [2 markah]

-Dasar harga maksimum ialah dasar kawalan harga di mana pengeluar tidak boleh menjual barang
pada harga yang lebih tinggi daripada ditetapkan oleh kerajaan.Harga maksimum ditetapkan pada
tingkat yang lebih rendah daripada harga keseimbangan.

(g) Dasar harga minimum [2 markah]

-Dasar harga minimumialah dasar kawalan harga di mana barang kawalan tidak boleh dijual beli
pada harga yang lebih rendah daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

(h) Cukai [2 markah]

-Kesan cukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.

(f) Subsidi [2 markah]

-Kesan subsidi ialah bantuan kerajaan kepada pengeluar bagi mengurangkan kos pengeluaran.
SOALAN KUANTITATIF

1 Diberikan fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi bawang putih ialah
Qd = 300 – 50P
Qs = 100 + 50P
Di mana
Qd ialah kuantiti yang diminta untuk bawang putih (dalam kg)
Qsialah kuantiti yang ditawarkan untuk bawang putih (dalam kg)
P ialah harga bawang putih
Berasaskan maklumat di atas:
(a) Lengkapkan jadual di bawah.
[2 markah]
Harga (RM) Qd (kg) Qs (kg)
0.00 300 100
1.00 250 150
2.00 200 200
3.00 150 250
4.00 100 300
5.00 50 350
6.00 0 400
7.00 -50 450
8.00 -100 500

(b) Lakarkan keluk permintaan dan penawaran bawang putih pada keluk yang
sama.

(c) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan pada pasaran itu? [2 markah]

Qd = Qs Qd = 300-50(2)
300-50P = 100+50P = 200 unit
300-100 = 50P+50P
200 = 100P
RM 2 = P

(d) Berapakah lebihan permintaan pada setiap tingkat harga. [2 markah]

Harga (RM) Qd (kg) Qs (kg) Lebihan


permintaan
0.00 300 100 300-100=200
1.00 250 150 250-150=100
2.00 200 200 200-200=0
3.00 150 250 150-250= -100
4.00 100 300 100-300= -200
5.00 50 350 50-350= -300
6.00 0 400 0-400= -400
7.00 -50 450 -50-450= -500
8.00 -100 500 -100-500= -600
(e) Berapakah lebihan penawaran pada setiap tingkat harga. [2 markah]

Harga (RM) Qd (kg) Qs (kg) Lebihan


penawaran
0.00 300 100 100-300= -200
1.00 250 150 150-250= -100
2.00 200 200 200-200=0
3.00 150 250 250-150= 100
4.00 100 300 300-100= 200
5.00 50 350 350-50= 300
6.00 0 400 400-0= 400
7.00 -50 450 450- (-50)= 500
8.00 -100 500 500- (100)= 600

2 Permintaan dan penawaran di pasaran buah dokong digambarkan melalui


persamaan ;

Qd = 20 – 4P
Qs = 4 + 4P
Dimana, Qd = keluk permintaan
Qs = keluk penawaran
P = harga sekilogram

(a) Melalui persamaan matematik ,dapatkan harga dan kuantiti keseimbangan.


[2 markah]
Qd = Qs Qd= 20-4P
20-4P = 4+4P = 20-4(2)
20-4 = 4P+4P = 12 unit
16 = 8P
RM 2=P

(b) Lakarkan keseimbangan pasaran buah dokong. [2 markah]

Harga buah dokong (RM)

Qs= 4+4P

Qd= 20-4P

0 Kuantiti buah dokong


12 (unit)

(c) Tunjukkan keadaan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar pada


keseimbangan harga pasaran. [3 markah]
(d) Apakah yang terjadi di pasaran buah dokong pada tingkat harga RM1.50 dan RM
2.50. Apakah kesan kejadian tersebut?
[3 markah]
-Pada tingkat harga RM1.50 berlaku lebihan permintaan buah dokong sebanyak 4 unit
(14 unit-10 unit). Lebihan permintaan menyebabkan persaingan antara pembeli untuk
membeli bush dokong. Harga pasaran cenderung untuk meningkat.

-pada tingkat harga RM2.50 berlaku lebihan penawaran buah dokong sebanyak 4 unit
(14 unit – 10 unit). Lebihan penawaran menyebabakan pengeluar menurunkan harga untuk
melariskan buah dokong.

3 Diberikan fungsi permintaan pasaran bagi barang X ialah QD = 1 800 – 150P. Fungsi
penawaran pasaran bagi barang X ialah Qs = 300 + 350P

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran.


[2 markah]
Qd = Qs Qd= 1800-150(3)
1800-150P = 300+350P = 1350 unit
1800-300 = 350P+150P
1500 = 500P
RM3 = P

(b) Andaikan citarasa pengguna terhadap barang X menurun menyebabkan


fungsinya berubah menjadi QD1 = 1 200 – 150P. Pada masa yang sama bilangan
pengeluaran barang X berkurang menyebabkan fungsi penawarannya menjadi
QS1 = 200 + 350P . Hitung tingkat harga dan kuantiti keseimbangan yang baru..

[2 markah]
Qd1=Qs1 Qd1= 1200-150(2)
1200-150P = 200+350P = 900 unit
1200-200 = 350P+150P
1000 = 500P
RM2 = P

(c) Tunjukkan dengan rajah akan keseimbangan asal dan baru pada rajah yang
sama.
[4 markah]

Harga barang X (RM)

Qs1200+350P
Qs= 300+350P

3 E
2 E1

Qd= 1800+150P
Qd1=1200-150P
0 Kuantiti barang X (unit)
900 1350
-keseimbangan asal tercapai dimana keluk Qd bersilang dengan keluk Qs pada titik E
dengan tingkat harga RM 3 dan kuantiti 1350 unit.
-keluk Qd beralih ke keluk Qd1 dan keluk Qs beralih ke keluk Qs1 apabila permintaan dan
penawaran berkurang.
-Qd berkurang pada kadar yang lebih besar daripada Qs.
-titik keseimbangan berpindah dari E ke E1.
-kesannya ialah harga turun daripada RM 3 ke RM 2, kuantiti turun daripada 1350 unit ke
900 unit.

(d) Apakah yang berlaku jika harga pasaran naik menjadi RM4.00? [2 markah]

Pada RM 4.00,

Qd= 1800-150 (4)

=1200 UNIT

-Apabila harga pasaran naik daripada RM 3.00 kepada RM 4.00 kuantiti pasaran akan menurun dari
1350 unit kepada 1200 unit. Oleh itu keseimbangan baru dicapai pada keluk keseimbangan pasaran.

4 Diberikan fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi barang X adalah seperti
berikut:
Qd = 140 - 20P
Qs = 20 + 20P

(a) Berapakah tingkat harga dan dan kuantiti keseimbangan bagi barang X.
[2 markah]
Qd = Qs Qd= 140-20(3)
140-20P = 20+20P = 80 unit
140-20 = 20P+20P
120 = 40P
RM 3 = P

(b) Andaikan terdapat campurtangan kerajaan dalam soal perletakan harga dalam
pasaran. Jika kerajaan ingin menetapkan dengan mengamalkan dasar harga
minimum dan dasar harga maksimum yang masing-masing berbeza iatu RM4.00
dan RM2.00 daripada tingkat harga keseimbangan:

(i)
Nyata satu (1) tujuan perlaksanaan dasar harga maksimum dan dasar harga
minimum.
[2 markah]
-untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna dengan menyekat kenaikan harga barang
kawalan.
(ii)Berapakah kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran baru bagi barang X
tersebut.
[2 markah]
Harga minimum, RM 4.00 Harga maksimum, RM 2.00

Qd = 140 – 20(4) Qd = 140-20(2)


=60 unit = 100 unit

Qs = 20 + 20(4) Qs = 20+20(2)
=100 unit = 60 unit

(iIi) Lakarkan dalam satu gambar rajah yang lengkap untuk menunjukkan apa
yang berlaku dalam pengenaan dasar-dasar tersebut. [4 markah]

Harga barang X (RM)

7 Qs=20+20P

4 Harga minimum

3 E

2 Harga maksimum

1 Qd=140-20P

0 Kuantiti barang X
(unit)
60 80 100

5 Diberikan fungsi permintaan dan penawaran adalah seperti berikut

Qd = 50 – P
Qs = 2 + 3P

(a) Kirakan harga dan kuantiti keseimbangan.


[1 markah]
Qd=Qs Qd = 50-12
50-P = 2+3P = 38 unit
50-2 = 3P+P
48 = 4P
RM12 = P
(b) Jika cukai dikenakan sebanyak RM5.00, Kirakan harga dan kuantiti
keseimbangan yang baru. [2 markah]
Fungsi penawaran baru,
Qs1= 2+3 (P-5)
= 2+3P -15
= -13+3P

Harga dan kuantiti keseimbangan baru,

Qd=Qs1 Qd = 50-10.75
50-P = -13+3P = 39 unit
50+13 = 3P+P
43 = 4P
RM 10.75 = P0

(c) Kirakan jumlah bebanan cukai yang ditanggung oleh pengguna.


[2 markah]
beban cukai pengguna = (P1-P0) Q1
= (10.75-12) 39
= -48.75

(d) Kirakan jumlah bebanan cukai yang ditanggung oleh pengeluar.


[2 markah]
Beban cukai pengeluar = T per unit – (P1-P0) Q1
= RM 5.00 – (10.75-12) 39
= 53.75

(e) Tunjukkan dalam satu rajah dalam keadaan-keadaan yang berlaku.

6 Diberikan fungsi permintaan dan penawaran adalah seperti berikut

Qd = 80 – 4P
Qs = -10 + 5P

Andaikan kerajaan membiayai sebahagian daripada kos pengeluaran dengan


memberikan subsidi sebanyak RM2.00 per unit. Berdasarkan maklumat-maklumat yang
diberikan, jawab soalan berikut.

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran sebelum subsidi diberikan.

[1markah]
Qd=Qs Qs = -10+5(10)
80-4P = -10+5P =40 unit
80+10 = 5P+4P
90 = 9P
RM 10 = P
(b) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran selepas subsidi diberikan.

[2markah]
Fungsi penawaran baru,
Qs1 = -10+5(P+2)
= -10+5P+10
= 5P

Harga dan kuantiti keseimbangan baru,


Qd = Qs1 Qd = 80-4(8.90)
80-4P = 5P = 44 unit
80 = 5P+4P
80 = 9P
RM 8.90 = P

(c) Tunjukkan perubahan ke atas gambar rajah keseimbangan asal dan baru dalam
satu gambar rajah.

[3markah]

(d) Berapakah jumlah subsidi yang dinikmati oleh pengguna?


[2 markah]
=(P0-P1) x Q1
=(10-8.90) x 44
= 48.4

(e) Berapakah jumlah subsidi yang dinikmati oleh pengeluar?


[2 markah]
=Subsidi per unit – (P0-P1)xQ1
=RM2.00 – (10 – 8.90) x 44
= - 46.4
SOALAN ESEI

1 Dengan menggunakan rajah, huraikan perubahan berikut terhadap keseimbangan


pasaran ikan keli.

(a) Perubahan cita rasa masyarakat yang lebih gemar makan ikan keli.
[5 markah]

Harga ikan keli (RM)

D1
D0
E1
P1
E
P0

0 Kuantiti ikan keli (unit)


Q0 Q1 Q2

-keseimbangan asal berlaku dimana keluk D0D0 bersilang dengan keluk SS pada titik E
dengan P0 dan Q0.
-keluk permintaan beralih ke D1D1 apabila perubahan cita rasa masyarakat yang lebih
gemar makan ikan keli. Oleh itu permintaan terhadap ikan keli bertambah.
-pada harga P0 lebihan permintaan sebanyak Q2Q0 berlaku. Harga cenderung untuk naik.
-keseimbangan baru tercapai pada titik E1 dimana kuantiti diminta sama dengan kuantiti
ditawarkan.
-harga naik dari P0 ke P1 dan kuantiti bertambah dari Q0 ke Q1.

(b) Penemuan teknologi baru dalam pemeliharaan ikan keli.


[5 markah]

Harga ikan keli (RM)

D S0

E S1
P0

P1 E1

0 Kuantiti ikan keli (unit)


Q0 Q1 Q2
-keseimbangan asal berlaku dimana keluk DD bersilang dengan keluk S0S0 pada titik E dengan P0
dan Q0.
-keluk penawaran beralih ke S1S1 apabila penemuan teknologi baru dalam pemeliharaan ikan keli.
Hal ini menyebabkan penawaran bertambah.
-pada harga P0, lebihan penawaran sebanyak Q2Q0 berlaku. Harga cenderung untuk turun.
-keseimbangan baharu tercapai pada titik E1 dimana kuantiti diminta sama dengan kuantiti
ditawarkan.
-harga turun dari P0 ke P1 dan kuantiti bertambah dari Q0 ke Q1.

2 Dengan bantuan rajah, terangkan bagaimanakah perkara berikut mempengaruhi


keseimbangan pasaran kereta buatan Malaysia

(a) Kerajaan mengurangkan cukai kereta import. [3 markah]

Harga kereta buatan Malaysia (RM)

D0 S

D1

P0 E

P1 E1

Kuantiti kereta buatan


0
Malaysia (unit)
Q1 Q0

-keseimbangan asal berlaku dimana keluk D0D0 bersilang dengan keluk SS pada titik E
dengan harga P0 dan Q0.
-keluk permintaan beralih ke D1D1 kerana kerajaan mengurangkan cukai kereta import.oleh
itu pasaran terhadap kereta buatan Malaysia akan berkurang.
-harga cenderung untuk turun.
-keseimbangan baru dicapai pada E1.
-harga turun dari P0 ke P1 dan kuantiti berkurang dari Q0 ke Q1.
(b) Kenaikan harga tayar. [3 markah]

Harga kereta buatan Malaysia (RM)

D S1

S0
P1 E1
P0 E

Kuantiti kereta buatan


0
Malaysia (unit)
Q1 Q0

-keseimbangan asal berlaku di mana keluk DD bersilang dengan keluk S0S0


pada titik E dengan P0 dan Q0
-keluk penawaran beralih ke S1S1 apabila harga tayar kereta naik. Hal ini
menyebabkan penawaran berkurang.
-harga cenderung untuk naik.
-keseimbangan baru dicapai pada titik E1.
-harga naik dari P0 ke P1 dan kuantiti berkurang dari Q0 ke Q1.

(c) Kerajaan memberi subsidi kepada kereta buatan tempatan. [4 markah]

Harga kereta buatan Malaysia (RM)

D S0
S1

P0 E
P1 E1

0 Kuantiti kereta buatan Malaysia


Q0 Q1 (unit)

-keseimbangan asal berlaku dimana keluk DD bersilang dengan keluk S0S0 pada titik E0
dengan P0 dan Q0.
-keluk penawaran beralih ke S1S1 apabila kerajaan memberikan subsidi kepada kereta
buatan tempatan. Oleh itu penawaran bertambah.
-harga cenderung untuk turun.
-keseimbangan baru ialah E1.
-harga turun dari P0 ke P1 dan kuantiti bertambah dari Q0 ke Q1.
3 Huraikan kesan perlaksanaan dasar berikut terhadap keseimbangan pasaran
menggunakan:

(a) Dasar harga minimum [5 markah]


Harga (RM)

P1 Harga minimum
P0 E

s D
0 kuantiti (unit)
Q1 Q0 Q2

-harga keseimbangan pasaran ialah P0. Sekiranya kerajaan beranggapan harga itu terlalu
rendah bagi pengeluar,kerajaan boleh menetapkan harga minimum yang lebih tinggi
daripada harga harga keseimbangan, contohnya P1 (seperti dalam rajah).
-harga minimum ialah P1.
-berlaku lebihan penawaran sebanyak Q1Q2.

(b) Dasar harga maksimum [5 markah]


(c) Subsidi [5 markah]
(d) Cukai [5 markah]

You might also like