Professional Documents
Culture Documents
Abses Dorsum LT Leg
Abses Dorsum LT Leg
MAGS 3111
DEWAN BEDAH
TUGASAN INDIVIDU
NO MATRIX : DBMA15-4896
BAB 3: PERBINCANGAN
3.1 CADANGAN PENYELESAIAN
RUMUSAN
RUJUKAN
Bab 1
Pengenalan
1.0 Pengenalan
Kajian kes ini dilakukan bagi memenuhi syarat bagi Subjek Praktis Dewan Bedah MAOG
3111. Kajian kes ini akan mendedahkan tentang perkara berkaitan Abscess di dorsum kaki
kiri. Tujuan kajian kes ini adalah untuk memahami perawatan yang telah diberikan bagi kes
yang telah dinyatakan. Pesakit telah mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan
berhampiran rumahnya dan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah bagi
mendapat rawatan yang selanjutnya. Pesakit telah dimasukkan ke wad 3D pada 22 Ogos
2017 dan telah menjalani pembedahan pada 24 Ogos 2017 di Dewan Bedah HSB. Kajian kes
ini turut membincangkan pengurusan atas pesakit yang telah dilakukan ketika di Dewan
Bedah. Prosedur perioperative, intra operative dan post operatif turut diterangkan dalam
kajian kes ini. Semoga penulisan kajian ini mencapai objektif yang dikehendaki iaitu
Pesakit kanak perempuan berumur 4 tahun 10 bulan dibawa masuk ke dewan bedah 7 pada 24 Ogos
2017 kerana waris yang juga ibu kepada pesakit mengadu kaki kiri dorsum anaknya bengkak seluas
4 cm x 3 cm, pesakit didiagnos terdapat abscess terkumpul di kaki kiri dorsum anaknya. Pesakit ini
perlu menjalani pembedahan “ Incision And Drainage” untuk mengeluarkan nanah yang terkumpul
di kaki anaknya
BAB 2
Pencarian Literatur
Abses ialah pengumpulan nanah yang terkumpul di dalam tisu badan. Ianya terjadi ketika
tubuh badan melawan kuman yang masuk ke badan (Lika, 2017). Nanah atau Pus ialah cecair likat
busuk yang berwarna kuning kehijauan mengandungi sel darah putih, tisu mati dan bakteria.
Kebiasaannya infeksi jangkitan kuman yang mengeluarkan toksin sendiri seperti Staphylococcus
Aureus dan Streptococcus Pyogenes akan menyebabkan sistem imunisasi berlaku dimana sel darah
Abses boleh berlaku dimana sahaja kawasan kulit kita dimana kawasan bawah kulit dan di
gigi ialah tempat kebiasaan berlakunya abses. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, parasit dan
bendasing. Tanda dan simptom berlakunya abses termasuklah kemerahan, kesakitan, kehangatan
dan bengkak pada kawasan yang terlibat. Bengkak tersebut akan terasa bendalir apabila ditekan
(Singer, 2014). Kawasan kemerahan tersebut sering melampaui kawasan bengkak yang berlaku
(Elston, 2009). Pengurusan bagi kes abses ini bergantung kepada jenis abses dan saiz abses tersebut.
Sekiranya abses tersebut kecil ia akan keluar secara sendiri dan akan makin pulih walaupun
tidak mendapatkan sebarang rawatan. Demahan panas boleh mengurangkan bengkak dan
mempercepatkan pemulihan. Bagi abses yang besar atau abses yang kerap berlaku, pengambilan
antibiotik penting bagi menghalang aktiviti infeksi kuman daripada merebak ke kawasan lain.
Walaubagaimanapun, pengambilan antibiotik sahaja tidak mencukupi dan nanah ini perlu
dikeluarkan bagi mengurangkan jangkitan kuman. Sekiranya abses ini tidak dikeluarkan, ia akan terus
Perbincangan
Abses ialah pengumpulan nanah dimana-mana kawasan anggota badan. Ia boleh berlaku secara
jangkitan kuman, gigitan kutu mahupun terpijak atau termasuk bendasing ke dalam tubuh badan.
Abses yang teruk boleh mengakibatkan berbagai komplikasi serious. Antaranya ialah abses-abses
baru akan terbentuk di kawasan yang berlainan, tisu kulit juga boleh mati disebabkan kesan
jangkitan dimana akhirnya akan menyebabkan gangren dan kemungkinan besar kehilangan
Selain itu, sekiranya infeksi kuman masuk ke dalam salur darah, kuman tersebut boleh
menyebabkan inflamasi di kawasan dinding jantung ataupun dikenali sebagai endokarditis. Penyakit
endokarditis boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat dengan segera dan kes ini perlu
pemantauan berterusan daripada sudut pengambilan ubatan antibiotik dan pesakit mungkin perlu di
pantau di wad. Selain itu juga, jangkitan kuman boleh merebak hingga ke tulang dimana boleh
menyebabkan penyakit osteomyelitis, satu keadaan dimana jangkitan kuman berlaku di dalam
tulang dicirikan dengan rasa sakit tulang, demam, loya dan muntah, dan bengkak di bahagian kaki.
Terdapat banyak faktor risiko yang menyebabkan berlakunya abses, berlaku kembali
(relapse) atau abses berganda (multiple abscesses). Antaranya ialah terapi steroid yang berterusan,
kemoterapi, pesakit kencing manis, pesakit yang mengalami kanser, mengalami Systemic Lupus
Erythomatosus, pesakit yang menjalani dialisis, pesakit yang HIV/AID, penyakit Sickle Cell, Penyakit
Crohn, Ulser Colitis, luka terbakar, trauma yang teruk, tempat tusuk jarum ubatan, prosedur
Bagi pesakit ini langkah yang diambil bagi mengeluarkan nanah yang terkumpul ialah dengan
melakukan Incision And Drainage. Incision ialah satu torehan yang dilakukan pada tisu kulit dengan
menggunakan pisau dan manakalan drainage pula ialah pengaliran keluar cecair dari kaviti yang
Persediaan peralatan
Sebelum pembedahan dilakukan dilakukan, segala peralatan perlu disediakan. Bagi prosedur ini,
barangan berikut perlu disediakan. Barangan tersebut ialah Bard Parker handle, kidney Dish,
Gallipot, gauze, sinus forcep, non-tooth dissecting forcep, sterile dressing towel, receiver, lotion
povidone, water for irrigation, plaster, scalpel blade dan ribbon gauze.
Semasa Operasi
Selepas doktor bedah dan pembantu siap memakai gaun dan sarung tangan steril, pembantu akan
sembur kawasan terlibat dengan menggunakan ethyl chloride. Doktor kemudiannya akan melakukan
torehan dan akan menekan tisu sekeliling sehingga semua nanah keluar masuk ke bekas kidney dish.
Sample nanah berkenaan diambil bagi ujian culture and sensitivity bagi mengenalpasti kuman bagi
menentukan antibiotik yang sesuai. Setelah nanah habis keluar, luka tersebut akan dicuci dengan
povidone dan luka tersebut akan di pack dengan ribbon gauze bagi menarik kotoran nanah tersebut.
Abses iaitu pengumpulan nanah di bawah kulit boleh berlaku dimana-mana sahaja dimana ianya
puncanya sering dikaitkan dengan jangkitan kuman, gigitan kuku mahupun, kemasukan bendasing
dalam tubuh badan manusia. Jangkitan kuman yang berkaitan dengan abses ialah Staphylococcus
aureus dan Streptococcus pyogenes. Keterukan abses ini bergantung kepada jenis dan saiz abses ini.
Bagi kes ringan, ia boleh pulih sendiri dengan demahan panas sebagai bantuan dalam proses
pemulihan. Bagi kes yang berat pula, pengambilan antibiotik dan pembedahan perlu dilakukan bagi
mengelakkan ia merebak ke tempat lain. Terdapat banyak faktor risiko yang telah dinyatakan tapi
berdasarkan justifikasi tersebut penggunaan jarum yang sama, mempunyai penyakit darah ataupun
mengalami trauma yang teruk merupakan faktor risiko bagi mendapat abses ini. Kesan komplikasi
boleh dicegah pada awalnya kerana sekiranya tidak dijaga, pesakit boleh mendapat berbagai lagi
Marx, John A. Marx (2014). "Skin and Soft Tissue Infections". Rosen's emergency medicine : concepts
https://medlineplus.gov/ency/article/001353.htm
http://www.nhs.uk/Conditions/Abscess/Pages/Treatment.aspx