You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2

PENDAHULUAN 3

MATLAMAT KSSR PENDIDIKAN ISLAM 3

OBJEKTIF KSSR PENDIDIKAN ISLAM 3-4

KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 4

FOKUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM 4-5

STANDARD KANDUNGAN (SK) 5

STANDARD PEMBELAJARAN (SP) 5

FOKUS KANDUNGAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT 5-7


BIDANG

KEKUATAN KANDUNGAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 7

KEKURANGAN KANDUNGAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 7

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KANDUNGAN KSSR PENDIDIKAN 7-8


ISLAM TAHUN 3

KESIMPULAN 8
RUJUKAN 9

1
PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat
junjungan besar Rasulullah S.A.W., setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin kurniaNya, dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian
Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah PIMK2063R ini dengan jayanya.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Dr. Raudhah Binti Ali selaku pensyarah bagi subjek PIMK2063R kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga buat insan yang banyak berkorban untuk saya
iaitu ayahanda yang dikasihi Abdul Kadir Bin Sulaiman serta bonda yang dicintai Jamilah Binti
Mohd Zaid. Seterusnya tidak lupa juga, buat sahabat-sahabat yang banyak memberi
sokongan moral dan tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Semoga penulisan ini mampu menghadiahkan manfaat kepada pembaca dan pencinta ilmu
yang sentiasa dahagakan ilmu. Kemaafan dipohon jika terdapat kekurangan dan kekhilafan
dalam penulisan ini.

2
ANALISIS KANDUNGAN KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH
RENDAH

PENDAHULUAN

Pendidikan Islam di Malaysia telah bermula sejak zaman sebelum kemerdekaan sehingga
sekarang. Pelbagai perkembangan dan revolusi telah berlaku seiring dengan peredaran masa
dan keperluan semasa. Perubahan demi perubahan dasar kementerian pelajaran suatu ketika
dahulu dan kementerian pendidikan pada masa kini telah membawa kepada transformasi
kurikulum pendidikan Islam sekolah rendah. Bermula dengan KLSR, KBSR dan kemudian
akhirnya KSSR yang diguna pakai sehingga hari ini. KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah
Rendah khususnya bagi matapelajaran Pendidikan Islam telah digubal bagi memenuhi
tuntutan dalam membina dan membentuk peribadi muslim yang memahami, mengamalkan
dan menghayati Islam secara menyeluruh. Dalam makalah ini, penulis memfokuskan kepada
analisis kandungan KSSR tahun 3.

MATLAMAT KSSR PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat KSSR Pendidikan Islam sepertimana yang dinyatakan di dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam ialah membina dan membentuk hamba
dan khalifah Allah SWT yang berilmu, beriman, bertaqwa, beramal soleh, berakhlak mulia dan
berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta menyumbang ke arah
mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi mencapai
kesejahteraan dunia dan akhirat.

OBJEKTIF KSSR PENDIDIKAN ISLAM

Murid-murid yang mengikuti pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam melalui


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mampu:

1. Membaca surah-surah terpilih daripada Al Quran dengan betul dan bertajwid serta
mengamalkan pembacaannnya dalam kehidupan seharian;

2. Menghafaz surah-surah terpilih daripada Al Quran untuk mengamalkan hafazannya dalam


solat dan ibadat seharian;

3. Memahami sejarah penurunan Al Quran dan maksud beberapa surah terpilih untuk dihayati
pengajarannya secara berterusan;

3
4. Membaca Al Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul secara berterusan;

5. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih dan mengamalkan tuntutan hadis serta
menghayati kepentingannya dalam kehidupan seharian;

6. Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai pegangan dan
benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam tindakan;

7. Merumus dan mengamalkan konsep asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan
fardu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan harian;

8. Merumuskan peristiwa dan mengaplikasikan iktibar daripada sirah Rasulullah S.A.W. bagi
menanam rasa kecintaan kepada Baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan
harian;

9. Merumus, menghayati dan mengamalkan konsep adab dan nilai-nilai akhlak dalam
kehidupan harian serta sebagai asas dalam tindakan; dan

10. Membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi dan khat serta
mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Secara umumnya, KSSR dibina berasaskan enam tunjang utama iaitu komunikasi;
kemanusiaan; kerohanian, sikap dan nilai; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan
estetika; dan keterampilan diri. Enam tunjang ini disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif
dan inovatif.

FOKUS KSSR PENDIDIKAN ISLAM

Berdasarkan pembacaan penulis berkenaan KSSR Pendidikan Islam, dapat diketahui bahawa
kurikulum ini telah memfokuskan kepada beberapa aspek utama iaitu ilmu, amali, amalan,
penghayatan dan pembudayaan. Tahap Penguasaan Umum Pendidikan Islam telah dibina
bagi mengetahui dan mengukur tahap penguasaan murid. Pernyataan tahap penguasaan
umum seperti jadual di bawah:

ASPEK TAFSIRAN
Ilmu Murid dapat menguasai asas pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
setiap kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing.

4
Amali Murid dapat menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan,
kemahiran dan nilai secara praktik dalam kandungan yang dipeljari
mengikut keupayaan masing-masing.
Amalan Murid dapat menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai daripada kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan
masing-masing dalam kehidupan harian.
Penghayatan Murid berkebolehan memberikan justifikasi serta istiqamah terhadap
tindakan yang dilakukan dalam kehidupan harian berdasarkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari.
Pembudayaan Murid berkebolehan merumuskan pengetahuan, mengaplikasikan
kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam bentuk
perubahan tingkah laku serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai
seorang yang bertaqwa dan boleh dicontohi atau membimbing orang lain.

KANDUNGAN KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Kandungan KSSR Pendidikan Islam dibahagikan kepada tujuh bidang utama iaitu, Al Quran,
Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi. Dalam KSSR Pendidikan Islam, penekanan
telah diberikan kepada Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang
perlu diketahui dan dilakukan oleh murid. Berdasarkan DSKP, SK dan SP ini dibina
berpaksikan kemahiran dan nilai yang disokong oleh Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
seperti Bahasa, nilai murni, kelestarian alam sekitar, keusahawanan dan sebagainya.

STANDARD KANDUNGAN (SK)

SK merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.

STANDARD PEMBELAJARAN (SP)

SP merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

FOKUS KANDUNGAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG

Tujuh bidang utama yang terdapat dalam kandungan KSSR Pendidikan Islam tahun 3
mempunyai penumpuan-penumpuannya yang tersendiri:

5
1. bidang Al Quran

Bidang Al Quran menumpukan kepada perkara berikut:

1.1 Bacaan ayat Al Quran pilihan

1.2 Hafazan ayat Al Quran pilihan

1.3 Kefahaman ayat Al Quran pilihan

2. bidang hadis

Bidang Hadis menumpukan kepada perkara berikut:

2.1 Bacaan hadis pilihan

2.2 Kefahaman hadis pilihan

3. bidang akidah

Bidang akidah menumpukan perkara berikut:

3.1 Rukun Iman

3.2 Rukun Islam

3.3 Asmaul Husna

3.4 Sifat 20

3.5 Penyelewengan akidah

4. bidang ibadah

Bidang ibadah menumpukan perkara berikut:

4.1 Fardhu ain

4.2 Fardhu Kifayah

5. bidang sirah

Bidang sirah menumpukan perkara berikut:

5.1 Sirah Rasulullah

6. bidang adab

Bidang adab menumpukan perkara berikut:

6.1 Adab terhadap diri sendiri

6
6.2 Adab dalam kehidupan bersosial

6.3 Adab terhadap Allah

7. bidang jawi

Bidang jawi menumpukan perkara berikut:

7.1 huruf jawi tunggal

7.2 membaca, membina dan menulis ayat

7.3 membaca, membina dan menulis pelbagai jenis teks

7.4 mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rikaah

KEKUATAN KANDUNGAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Kandungan KSSR Pendidikan Islam tahun 3 dilihat telah berjaya memenuhi matlamat, objektif
dan kerangka KSSR itu sendiri. Segala ilmu pengetahuan yang ingin diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam tahun 3 berjaya diolah dengan baik melalui
kandungan KSSR. Kemahiran-kemahiran seperti membaca, menghafaz ayat-ayat Al Quran
dan Hadith, memahami prinsip-prinsip serta konsep-konsep akidah, sirah, adab dan ibadah
telah teradun rapi dalam kandungan KSSR Pendidikan Islam tahun 3 ini. Keperluan dalam
mengenal, menulis, membina tulisan jawi juga turut diketengahkan dengan sebaiknya.

KEKURANGAN KANDUNGAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Melalui pengamatan dan penelitian penulis, kekurangan dalam kandungan KSSR Pendidikan
Islam yang dapat dilihat ialah pada tajuk tajwid yang diletakkan di bawah bidang Al Quran.
Tajuk tajwid yang disentuh hanya pada hukum nun sakinah sahaja. Berdasarkan pembacaan
penulis berkenaan KSSR dan DSKP mengikut tahun, tajuk ini telah pun diajar ketika tahun 1.
Dapat dilihat di sini, tiada pembaharuan dalam ilmu tajwid yang perlu dikuasai oleh murid
tahun 3 sebaliknya hanya sekadar ulangkaji dan pengukuhan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KANDUNGAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Penulis berhasrat untuk memberi cadangan penambahbaikan kandungan KSSR Pendidikan


Islam tahun 3 pada ruang yang boleh diisi iaitu pada tajuk tajwid di bawah bidang Al Quran.
Tajuk tajwid yang terdapat dalam kandungan KSSR tahun 3 perlu ditambahbaik dengan

7
memasukkan tajuk-tajuk baru yang belum pernah diajar dan disentuh ketika tahun 1 dan 2.
Hal ini akan dapat menambahkan ilmu baru berkenaan tajwid kepada murid tahun 3. Oleh itu,
mutu pembacaan Al Quran dengan bertajwid bagi murid tahun 3 akan dapat dipertingkatkan
selari dengan perkembangan tahun mereka.

KESIMPULAN

Tuntasnya, kandungan KSSR Pendidikan Islam tahun 3 mempunyai kekuatan yang perlu
dikekalkan dan kekurangan yang perlu ditambahbaik. Secara keseluruhannya, kandungan
KSSR Pendidikan Islam tahun 3 dilihat telah mencakupi ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran
penting yang ingin diterapkan kepada murid selaras dengan objektif dan matlamat KSSR
Pendidikan Islam.

8
RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam tahun 1. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam tahun 2. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam tahun 3. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam tahun 4. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam tahun 5. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam tahun 6. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

You might also like