You are on page 1of 14

EDUP2093

PEDAGOGI

Mula!

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


PENGENALAN
• Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4, pedagogi merupakan kajian tentang kaedah dan prinsip
pengajaran.
• Shulman dan Grossman (1987) pula menggariskan bahawa pengetahuan yang ada pada seseorang guru berserta
kaedah penyampaian mereka merupakan integrasi dominan dalam memastikan murid-murid menerima pembelajaran
yang dinamik dan responsif.
• Secara umumnya, pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah.
Pendekatan pedagogi yang digunakan bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru.
• Ringkasnya, pedagogi merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat seni dan sains dalam
penyampaian isi kandungan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku adalah melalui interaksi antara guru
dan murid, isi kandungan serta objektif pembelajaran.
• Proses pengajaran dan pembelajaran juga memerlukan guru mengaplikaskan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti
sebagai medium. Oleh itu, pemilihan pendekatan pedagogi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada
masa kini yang mengamalkan pembelajaran tanpa sempadan.

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


Berdasarkan buku Bold Moves For Schools,
(Heidi Hayes Jacobs dan Marie Hubley Alcock),
pedagogi dikategorikan kepada 3 kluster.

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


KLUSTER PEDAGOGI

ANTIK KLASIK

KONTEMPORARI

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


PEDAGOGI ANTIK
• Menjurus kepada kaedah pembelajaran yang lama seperti zaman sebelum merdeka.

• Pendekatan daripada Greek purba iaitu, jenis pengajaran yang tidak menekankan kepada penglibatan dan kolaborasi
antara guru dan murid.

• Menurut Paulo Freire, Pedagogi Antik umpama sebuah perbankan. Murid seperti bekas kosong yang perlu diisi dengan
maklumat-maklumat di dalamnya. Pendidikan pula seperti pengeluaran dan kemasukan duit iaitu pengeluaran dan
kemasukan maklumat.

• Set kurikulum yang rigid malah, format dan strukturnya juga telah ditetapkan. Peranan guru dan murid dalam PdP
diperketatkan.

• Ringkasnya, Pedagogi Antik merupakan pedagogi tradisional yang sangat mundur dan tidak boleh dipakai oleh guru
masa kini kerana murid sebagai penerima maklumat dan sekadar mengikut apa yang diajar oleh guru mereka sahaja.

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


ANTIQUATED PEDAGOGY
LEARNER AS:
● Receptacle
● Placeholder
● Robot
● Obedient Receiver
● Follower
● Nonentity

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


CIRI-CIRI GURU DAN MURID DALAM PEDAGOGI ANTIK

• Guru hanya mengajar, menerangkan sesuatu tajuk dan


berkongsi pengetahuan mereka melalui satu hala sahaja.
• Guru tidak perlu membuat aktiviti-aktiviti yang boleh menarik
minat pelajar kerana mereka hanya memberikan ilmu
pengetahuan kepada pelajar yang berminat sahaja.
• Pelajar pula menerima segala maklumat dan ilmu
pengetahuan yang diberikan kepada mereka walaupun proses
pembelajaran itu membosankan dan tidak menarik.
• Guru sebagai penyampai maklumat manakala pelajar sebagai
penerima maklumat sahaja.

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


PEDAGOGI KLASIK
• Merupakan gabungan antara pedagogi pada zaman Greek purba dengan disiplin ilmu PdP masa kini.

• Berdasarkan latihan dan kesediaan lebih kepada penjagaan/pengasuh.

• Guru menjadi pembantu dan pemudah cara murid mengikut kesesuaian dan kesediaaan murid tersebut. Guru juga
pandai menyesuaikan diri mengikut situasi dan bukan hanya mahir mengajar sahaja.

• Pedagogi ini juga menjadikan murid sebagai pemikir yang kritis, ahli kumpulan yang berkolaborasi, perancang bagi
setiap kerja projek dan seorang yang kreatif dalam menyumbangkan sesuatu idea.

• Kesimpulannya, Pedagogi Klasik boleh didefinisikan sebagai pedagogi yang membantu dan menggalakkan murid-
murid menjadi pelajar yang lebih yakin terhadap diri mereka sendiri, lebih kritis dalam pemberian idea dan dapat
membuat kerja secara kendiri.

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


CLASSICAL PEDAGOGY

LEARNER AS:
● Critical Thinker
● Collaborative Team Member
● Project-based Planner
● Creative Thinker
● Researcher
● Knowledge Organizer

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


CIRI-CIRI GURU DAN MURID DALAM PEDAGOGI KLASIK

● Guru membantu pelajar sehingga mereka menjadi lebih berani


dan berdikari
● Pelajar berani membentangkan tugasan mereka dihadapan
pelajar yang lain
● Guru membantu pelajar sehingga dapat menguasai KBAT,
memberi pendapat secara kritis dan bernas
● Pelajar dapat menjawab soalan dan memberi pendapat
menggunakan KBAT
● Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan
● Pelajar menyelesaikan masalanya dengan sendiri
● Guru menyediakan bahan mengajar seperti nota, latihan dan
lain-lain dalam sesi PdP

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


PEDAGOGI KONTEMPORARI
• Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu), (pada)
masa kini menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4

• Dari segi konteks pendidikan pula, kontemporari bermaksud keboleh keberadaan kita pada masa sekarang. Maka,
Pedagogi Kontemporari boleh diklasifikasikan sebagai pedagogi yang sentiasa berkembang dan berubah mengikut
peredaran zaman.

• Pedagogi Kontemporari memfokuskan kepada kemahiran pelajar dalam menyusun atur pembelajaran mereka tanpa
bantuan dan arahan daripada guru mereka sendiri. Pelajar juga boleh memilih kurikulum, kaedah pembelajaran
manakala guru hanyalah sebagai pemudahcara dan penasihat bagi aktiviti-aktiviti dan pembelajaran pelajar.

• Ringkasnya, Pedagogi Kontemporari merupakan bentuk pembelajaran yang memerlukan kepada usaha dan
kemahiran pelajar itu sendiri. Guru bukan lagi sebagai sumber utama ilmu pengetahuan untuk pelajar.

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


CONTEMPORARY PEDAGOGY
LEARNER AS:
● Self-Navigator
● Social Contractor
● Media Critic & Media Maker
● Innovative Designer
● Globally Connected Citizen

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


CIRI-CIRI GURU DAN MURID DALAM PEDAGOGI KONTEMPORARI

● Guru menerapkan nilai pengurusan diri dalam PdP


● Pelajar membuat keputusan dan perbincangan dengan sendiri
tanpa bantuan orang lain
● Guru sebagai panduan atau pembimbing kepada pelajar
● Guru melatih pelajar memberi pendapat secara kritis dan
menghasilkan tugasan menggunakan teknologi semasa
● Pelajar menghasilkan video atau tugasan menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan kreativiti sendiri
● Guru memberi dorongan kepada pelajar untuk menjadi seorang
yang kreatif dalam mencipta ataupun menghasilkan tugasan.
● Pelajar mengembangkan bakat dan berkongsi kemahiran mereka

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1


TERIMA
KASIH
CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by Flaticon,
and infographics & images by Freepik

BM1062120PDPP | NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF | TUGASAN TUTORIAL 1

You might also like