You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi


Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru 2010
 

Disediakan Oleh :
Muhammad Safwan Bin Alias
SMK Demak Baru, Kuching, Sarawak

K             

Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi Program Pendidikan


Khas Integrasi SMK Demak Baru 2011.

AMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran


dan pokok menggunakan kaedah Fetirgasi.

KTIF

i.           Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan


pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.
ii.         Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara moden.
iii.       Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.
iv.       Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan (Gigih) PPKI SMK Demak
baru.
v.         Menambahkan lagi dana tabung PPKI SMK Demak Baru dengan penjualan hasil dari
pertanian ini.

TAR BELAKANG       

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70% OKU tidak
mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat utama
program pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran
yang membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam persekolahan kepada
kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti
pendidikan dan latihan yang diterima. (Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002).
          Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat
penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli
masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga OKU serta memastikan mereka
menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti. Kajian Norasmah dan
Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila terdapat kajian yang mereka lakukan
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar
bermasalah penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang
upaya juga mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan
orang kurang upaya adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal.
(Norasmah & Safani, 2004).

          Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SMK
Demak Baru telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini Penanaman
Sayuran Menggunakan Kaedah Fertigasi mulai tahun 2011. Pada pringkat awal, projek
ini akan dibimbing oleh Encik Muhammad Safwan Alias serta akan dilaksanakan di
tapak pertanian PPKI bersebelahan kawasan pakir motosikal pelajar. Pokok yang akan
ditanam adalah pokok cili padi kerana berdasarkan ketahanan pokok dan buah tersebut
melawan penyakit. Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut
kesesuaian dan permintaan pasaran. Hasil tanaman akan diserahkan kepada bahagian
keusahawanan yang dibimbing oleh Puan Nozita Mohamed untuk dijual.

5.       PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

Apa Itu Fertigasi?

Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada


perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu
teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali
sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang
diperlukan oleh zon akar boleh dikawal mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis
dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat
dielakkan dan pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman


tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran
boleh ditanam menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai
tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan.
Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka
daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit
layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan
cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg.
Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan
larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja
diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien
untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi
tanaman adalah bergantung mengikut jenis pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman
mengambil masa 6 bulan untuk setiap musim sebelum pengeluaran hasil berkurangan
dan perlu ditanam dengan pokok baru.

Kelebihan Kaedah Fertigasi


         Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman
berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
         Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan
masalah penyakit.
         Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
         Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
         Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
         Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
         Kualiti hasil yang lebih baik.
         Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
         Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis
serangga diguna pakai.
         Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
         Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
         Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik
berselang.
         Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang
6.       KUMPULAN SASARAN 
         
Murid-murid pendidikan khas SMK Demak Baru yang mengambil aliran Kemahiran
Hidup Bersepadu (Pertanian).  Mereka akan keluar bertani mengikut jadual yang telah
ditetapkan

7.       TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan pakir
motosikal pelajar. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah yang rata
dan sesuai untuk fertigasi.

8.       JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Pengerusi                   : En. Rambli bin Hj. Hasbi


Naib Pengerusi          : En. Jamal Shukuri bin Bolhassan
Setiausaha                 : En. Muhammad Safwan bin Alias
Bendahari                  : Pn. Norzita bte Mohamed
AJK                            : Cik Ruhana bte Bujang
                                      Pn. Chong Fui Fong
                                      Cik Nillip a/k Kevas (PPM)
                                      Pn Norfauziah (PPM)
Ahli                            : Pelajar PPKI SMK Demak Baru
                       
ELAKSANAAN
Bil Peralatan Kos (RM)
.
1. EC Meter 150
2. Sisitem Fertigasi:
        - 30 helai Polibeg Putih 16″ x 16″
        - 30 unit mikro tube
        - 30 unit dripper
        - 30 unit joiner
        - 6 unit penyambung polypipe
        - 2 unit end clip
        - 1 unit penebuk mikro tiub
        - 1 unit Pam
        - 1 unit tapak semaian
        - 1 unit racun serangga
        - 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer)
        - 1 set Baja Fertigasi A dan B
        - 16mm polypipe (10 meter)
        - Silvershine
        - Media semaian
        - Biji benih 300
3. Tong 100 gelen 50
4. Sabut kelapa/sekam padi 30
5. Pendawaian elektrik 50
6. Pam racun 50
7. Media semaian 20
8. Lain-lain keperluan 50
Jumlah 700

10.     JADUAL PELAKSANAAN

Bil Jangka Masa Perkara


.
1. Januari – Febuari   Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar
  Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama
  Menyemai benih

  Penjagaan anak benih

2. Febuari – Mac   Menanam anak pokok

  Meracun dan merawat pokok


  Memancang tiang sokongan

  Pendebungaan
  Mencantas dahan

3. Mac – Jun   Memetik hasil


  Menjual hasil yang diperolehi
  Meracun dan merawat pokok
  Pendebungaan
  Mencantas dahan

4. Jun – Julai   Mencabut pokok


  Merawat media

  Menyemai benih
  Menyediakan semula tapak untuk musim kedua

  Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka
akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara bergilir-
gilir.
         

10.     PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek yang
pertama kali dijalankan di SMK Demak Baru dan seumpamanya di Program Pendidikan
Khas Integrasi di Kuching dan ianya dirasakan mampu untuk memberikan impak yang
cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju program pendidikan khas itu
sendiri.

Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SMK Demak Baru, projek
ini diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam
persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja
kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara
keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam
memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima kasih.

Disediakan oleh,                                                               Disemak oleh,

(MUHAMMAD SAFWAN BIN ALIAS)                     (EN JAMAL SHUKURI


BOLHASAN)
Guru PPKI,                                                                       Penyelaras PPKI,
SMK Demak Baru.                                                           SMK Demak Baru.

You might also like