You are on page 1of 19

JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

Semester 1 sesi 2020/2021

KAI1023
FALSAFAH, TEORI DAN DASAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KUMPULAN __A__

TUGASAN INDIVIDU :

PENULISAN ILMIAH

(Teori Perapatan (John Bowlby))

Disediakan Oleh: Nur Iffatul Izyani Binti Rosli (E20201026565)

Pensyarah: Puan Norrulkamari Binti Daud

1
BIL ISI KANDUNGAN BIL. MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3

2.0 Isi
2.1 Pengenalan / Latar belakang tokoh. 5

2.2 Pandangan tokoh / kandungan model 8


kurikulum kandungan teori.

2.3 Sumbangan tokoh dalam Pendidikan Awal 11


Kanak-Kanak.

2.4 Kepentingan dan implikasi teori kepada 12


Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

2.5 Cadangan / penambahbaikan terhadap 14


pandangan / teori tokoh

3.0 Kesimpulan 16

4.0 Rujukan 18

5.0 Lampiran 19

2
1.0 PENGENALAN

Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari lepas
lahir hingga ke umur lapan tahun. Anak-anak merupakan harta yang sangat berharga dan harus
dibentuk sebaikmungkin agar menjadi individu yang berguna pada masa depan. Kelahiran anakanak
bagi pasangan suami isteri merupakan tanggungjawab yang harus dipikul dengan penuh amanah
agar mampu melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat. Berdasarkan The National
Association for The Education of Young Children (NAEYC, 2011) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi
Pendidikan Kanak-Kanak Muda, Pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education)
merupakan program Pendidikan yang memberikan layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-
kanak sejak lahir hingga ke umur lapan tahun. Hal ini juga mempunyai kaitan rapat dengan jagaan
di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program Pendidikan Awal
Kanak-Kanak juga dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza.

Menurut pendapat Morrison (2011), beliau mentakrifkan pendidikan awal kanak-kanak


sebagai program yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari usia sejak lahir hingga
ke usia lapan tahun samada program secara separuh atau sepenuh masa di pusat, rumah, institusi,
tadika dan sekolah rendah. Pada abad ke-21 ini, mengikut arus pemodenan yang berjalan,
perjalanan zaman kanak-kanak abad ini adalah sangat berbeza berbanding dengan kanak-kanak
zaman dahulu. Kanak-kanak zaman dahulu majoritinya membesar di hadapan mata ibu bapa.
Namun kini, situasi tersebut telah jauh berbeza kerana kanak-kanak sering ditinggalkan di rumah
asuhan dan pusat asuhan kanak-kanak lantaran ibu bapa yang seharian sibuk bekerja. Maka
wujudlah cabaran-cabaran baru kepada ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak
pada zaman perkembangan teknologi maklumat ini. Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak abad
ke-21 ini telah diberikan penekanan dan perhatian yang lebih tinggi terutamanya dalam
kepelbagaian kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan, memberikan lebih perhatian
kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan seperti kanak-kanak khas di samping keperluan
memenuhi standard pencapaian seperti yang digariskan oleh NAEYC.

Terdapat begitu banyak falsafah dan teori serta pandangan daripada tokoh-tokoh yang
berbeza dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak di peringkat awal hidup mereka. Antaranya, menurut Abdullah Nashih
Ulwan (1996) dalam penulisannya yang terkenal iaitu Tarbiyatu’l-Aulad fi’l-Islam (Pedoman
Pendidikan Anak dalam Islam), beliau memberikan penekanan tentang tanggungjawab pendidik
kerana tanggungjawab pendidik terbesar terbahagi kepada tujuh iaitu tanggungjawab Pendidikan
Iman, tanggungjawab Pendidikan Akhlak(Moral), tanggungjawab Pendidikan Fizik, tanggungjawab

3
Pendidikan Intelektual, tanggungjawab Pendidikan Psikologi, tanggungjawab Pendidikan Sosial dan
tanggungjawab Pendidikan Seksual.

Menurut beliau juga, ibu bapa dan pendidik bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak
dengan memberikan pendidikan yang sempurna dan sewajarnya. Ibu bapa juga merupakan teladan
kepada anak-anak yang paling terhampir dengan anak-anak. Kebiasaannya, apa yang dilakukan
oleh ibu bapa dalam kehidupan seharian mereka memberikan impak kepada anak-anak kerana
mereka akan belajar dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka dalam proses
pembentukan tingkah laku dan keperibadian diri.

Pendidikan awal kanak-kanak mempunyai kesan besar terhadap perkembangan kanak-


kanak dalam kognitif, bahasa, sosioemeksi dan fizikal. Terdapat aktiviti-aktiviti seperti aktiviti seni
dalam pendidikan awal kanak-kanak yang dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak
juga mampu memberikan petunjuk kepada pendidik dan penyelidik tentang cara mengaplikasikan
seni dalam pengajaran. Hal ini menunjukkan Pendidikan awal kanak-kanak sedari usia yang
digalakkan mampu menjamin masa depan dan perkembangan yang baik serta responsif kepada
kanak-kanak.

4
2.0 Isi

2.1 Pengenalan/latar belakang tokoh

John Bowlby atau nama penuhnya Edward John Mostyn Bowlby merupakan seorang ahli
psikologi British, pakar psikiatri dan psikologi yang telah dilahirkan di London pada 26
Februari 1907. Pada tahun 2002, beliau diisytiharkan sebagai ahli psikologi ke-49 paling
terkenal pada abad ke-20. Bowlby merupakan anak keempat dari enam adik-beradik dan
dibesarkan oleh pengasuh dalam fesyen British yang mempunyai kelas setaraf dengannya
bernama Minnie yang menjadi tokoh dan contoh tauladan kepadanya serta adik-beradiknya.

Bapa Bowlby yang bernama Sir Anthony Alfred Bowlby merupakan seorang pakar
bedah kepada Rumah Tangga Raja. Hayat datuknya pula tidak terlalu panjang kerana
mereka kehilangan datuknya ketika Anthony berusia lima tahun yang terbunuh ketika Perang
Candu Kedua. Ibu bapa Bowlby iaitu Anthony ketika berumur 43 tahun dan Mary yang
berumur 31 tahun berjumpa di sebuah parti pada tahun 1897 dan memutuskan untuk
berkahwin pada tahun 1898. Mereka dipisahkan secara fizikal oleh kakak Anthony sendiri
yang menyukarkan mereka untuk menjaga anak Bersama. Mary memutuskan untuk
meninggalkan anak pertamanya, Winnie dalam penjagaan pengasuh untuk melawat Anthony.
Pemisahan dengan anaknya merupakan tema yang digunakan kepada keenam-enam
anaknya terutamanya dibesarkan oleh pengasuh dan nursemaid.

5
Bowlby hanya dapat melihat ibunya sehari iaitu selepas waktu the. Dia menganggap
bahawa ibu-ibu dan bapa-bapa ditaraf kelasnya yang memberikan perhatian dan kasih
saying membawa kepada merosakkan anak-anak. Selepas Minnie, pengasuhnya
meninggalkan mereka adik-beradik, dia menganggapnya sebagai sesuatu yang tragik
kerana kehilangan seorang ibu. Selepas itu, mereka dijaga oleh Nanny Friend yang lebih
bersikap dingin dan suka menyindir.

Semasa Perang Dunia I, Anthony berkhidmat dalam ketenteraan dan hanya pulang
sekali atau dua kali setahun. Surat yang diterima oleh Mary, ibunya tidak dikongsi atau
dibacakan kepada anak-anaknya. Ketika berusia tujuh tahun, Bowlby dan abangnya Tony
dihantar ke sekolah prep untuk melindungi mereka daripada pengeboman akibat peperangan
yang berterusan. Bowlby menganggap di ketika itu sebagai masa yang dahsyat untuknya
kerana sekolah berasri adalah untuk kanak-kanak berumur lapan tahun. Tambahan pula,
Bowlby mengalami kehilangan seorang godfather tercinta semasa zaman kanak-kanaknya.
Dia menganggap perkara tersebut juga sebagai tema pemisahan dan kerugian yang boleh
menyumbang kepada tumpuannya terharap penyelidikan pemisahan kemudian dalam
kerjayanya.

Bowlby telah berkahwin dengan Ursula Longstaff, anak perempuan kepada seorang
pakar bedah, pada 16 April 1938 dan dikurniakan empat orang anak, termasuk Sir Richard
Bowlby, yang menggantikan bapa saudaranya sebagai Baronet ketiga. Bowlby telah
meninggal dunia pada 2 September 1990 di rumah musim panasnya di Isle of Skye, Scotland.

Dari segi kerjaya pula, setelah ditemu bual oleh Dr. Milton Stenn pada tahun 1977,
Bowlby menjelaskan bahawa kerjayanya bermula dalam arah perubatan kerana beliau
mengikuti jejak langkah bapanya sebagai pakar bedah. Bapanya adalah pakar bedah
terkenal di London dan Bowlby menjelaskan bahawa dia digalakkan oleh bapanya untuk
belajar perubatan di Cambridge. Beliau mengikuti cadangan bapanya namun tidak
sepenuhnya berminat dalam anatomi dan sains semula jadi yang dibacanya. Walau
bagaimanapun, semasa beliau di Trinity College, beliau menjadi sangat berminat dalam
pembangunan psikologi yang menyebabkan beliau berhenti mempelajari perubatan
menjelang tahun ketiganya. Dia mengambil peluang mengajar di sebuah sekolah yang
dipanggil Priory Gates selama enam bulan. Bowlby menjelaskan bahawa salah satu sebab
mengapa dia pergi bekerja di Priory Gates adalah kerana kakitangan yang bijak, John Alford.

Bowlby mengkaji psikologi dan sains pra-klinikal di Trinity College,


Cambridge,memenangi hadiah untuk prestasi intelektual yang cemerlang. Pada usia dua
puluh dua tahun, beliau mendaftar di Hospital Kolej Universiti di London. Beliau mendaftarkan
6
dirinya di Institut Psikoanalisis ketika berumur 26 tahun dan pada tahun 1936, ketika berusia
30 tahun, beliau melayakkan diri sebagai psikoanalisis. Dalam tempoh enam bulan pertama
Perang Dunia II, Bowlby bekerja di klinik Bimbingan Kanak-kanak London di Canonbury
sebagai doktor. Kemudian ketika peperangan berlaku, Bowlby menjadi leftenan kolonel di
Kor Perubatan TenteraDiraja , di mana beliau menjalankan penyelidikan mengenai kaedah
psikologi pemilihan pegawai (yang menyumbang kepada penciptaan Lembaga Pemilihan
Pejabat Perang).

Bowlby menjelaskan dalam satu temu bual bahawa dia menghabiskan masa untuk
pulang dari Cambridge ke London, di mana dia akan melihat pesakit secara peribadi. Dari
pengalaman ini, Bowlby dapat bekerjasama dengan beberapa kanak-kanak di Cambridge
yang dipindahkan dari London dan dipisahkan dari keluarga dan pengasuh mereka. Semasa
musim sejuk pertama Perang Dunia II, Bowlby mula menghasilkan karya pertamanya iaitu
empat puluh empat Pencuri Juvana. Ia tidak diterbitkan sehingga tahun 1944 dan hanya
diterbitkan pada tahun 1946, ketika perang selesai. Bowlby mengkaji beberapa kanak-kanak
semasa beliau di klinik Canonbury, dan membangunkan projek penyelidikan berdasarkan
kajian kes tingkah laku kanak-kanak dan sejarah keluarga. Bowlby mengkategorikan kanak-
kanak delinkuen kepada enam jenis aksara yang berbeza yang termasuk: normal, tertekan,
bulatan, hipertiruan, tidak penyayang, dan skizoid.

Bowlby berminat untuk mengetahui corak interaksi keluarga yang terlibat dalam
pembangunan yang sihat dan patologi. Beliau memberi tumpuan kepada bagaimana
kesukaran lampiran disebarkan dari satu generasi ke generasi akan datang. Dalam
perkembangan teori lampirannya, beliau mencadangkan idea bahawa tingkah laku lampiran
adalah strategi survival evolusi untuk melindungi bayi daripada pemangsa. Mary Ainsworth,
pelajar Bowlby, turut melanjutkan dan menguji idea-ideanya. Beliau memainkan peranan
utama dalam mencadangkan bahawa beberapa gaya lampiran wujud.

7
2.2 Pandangan tokoh / kandungan model kurikulum kandungan teori

Teori perapatan adalah hasil usaha sama antara Bowlby dan Ainsworth (Bretherton, 1992).
Teori ini memberikan tumpuan khusus kepada perhubungan dan ikatan antara seseorang,
khususnya hubungan jangka panjang termasuk di antara ibu bapa dan anak serta antara
pasangan. John Bowlby merupakan ahli teori perapatan pertama yang menggambarkan
perapatan sebagai “keterkaitan psikologi yang berpanjangan di antara manusia”. Pada
asalnya, teori perapatan ini menekankan bahawa bayi memerlukan sekurang-kurangnya
seorang penjaga utama semasa proses pembesaran mereka bagi membolehkan
perkembangan sosial dan emosi mereka berlaku secara normal.

Seterusnya, teori perapatan diperkembangkan kepada perapatan dalam kalangan


individu dewasa yang merangkumi hubungan perapatan dengan rakan sebaya dan teman
istimewa atau pasangan. Di dalam teori ini, perapatan merujuk kepada hubungan atau ikatan
emosi antara seseorang individu dengan individu yang lain di dalam kehidupan mereka
seperti ibu bapa atau rakan-rakan sebaya. Hubungan emosi berfungsi untuk menimbulkan
perasaan diperlukan, selamat serta selesa kepada individu. Hubungan saling melengkapi ini
boleh dikekalkan dan dikukuhkan melalui kemesraan fizikal seperti penglihatan, sentuhan,
pendengaran atau perbualan serta komunikasi.

Menurut Bowlby (1969), pembentukan hubungan perapatan antara ibu bapa dengan
anak-anak terbahagi kepada empat fasa iaitu: fasa pertama, dimana bayi baru dilahirkan
hingga berumur lapan minggu, fasa kedua, melibatkan bayi yang telah berusia lapan minggu
hingga enam bulan, fasa ketiga pula adalah ketika usia bayi di antara enam bulan hingga
dua tahun serta asa terakhir iaitu membabitkan kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas.

Berdasarkan Teori Perapatan Keluarga (Family Attachment), John Bowlby turut


mengatakan bahawa pentingnya elemen pendedahan kendiri. Beliau menyatakan bahawa
pendedahan kendiri individu berkait rapat dengan sejarah hubungan sesebuah keluarga.
Menurut beliau dalam Teori Perapatan Keluarga, kanak-kanak dan murid berkembang
secara kognitif berasaskan individu yang mengambil berat tentang diri dan kehidupan
seharian mereka.

Bowlby mempunyai minat yang mendalam untuk mengkaji berkaitan kesedihan serta
kebimbangan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak ketika dipisahkan daripada penjaga
utama mereka. Antara teori tingkah laku yang paling awal menyatakan bahawa perapatan
hanyalah semata-mata tingkah laku yang dipelajari. Teori ini mancadangkan bahawa
perapatan hanya hasil daripada hubungan antara kanak-kanak dengan penjaga. Disebabkan
oleh pengasuh-pengasuh yang memberikan kepuasan dan rasa selamat kepada kanak-
8
kanak, maka teori perapatan ini telah disyorkan dan dihebahkan. Berdasarkan pemerhatian
Bowlby, hasilnya menunjukkan bahawa walaupun penjaga berhenti untuk memberikan
penyusuan, ia tidak dapat mengurangkan kebimbangan yang dialami oleh kanak-kanak
apabila mereka dipisahkan dari penjaga utama mereka. Kanak-kanak akan berasa bimbang
dan takut sekiranya tiada penjaga utama berdekatan dengan mereka walaupun ramai orang
dewasa di sekeliling mereka. Sebaliknya, dia mendapati bahawa perapatan itu mempunyai
ciri corak tingkah laku yang jelas dan bermotivasi.

Terdapat beberapa bentuk perapatan antaranya perapatan selamat, perapatan


separuh, perapatan mengelak dan perapatan tidak teratur (Ainsworth, Blehar, Waters, & Wall,
1989) dan (Main dan Solomon 1986). Menurut Hudson (2013), jenis perapatan seseorang
individu pada waktu bayi biasanya akan mempengaruhi jenis perapatan individu pada masa
dewasa.

2.2.1 Perapatan Selamat (secure)

Perapatan selamat dinyatakan sebagai perasaan susah hati atau tidak tenang apabila
dipisahkan daripada penjaga dan kembali riang setelah kembali bersama penjaga. Kanak-
kanak akan berasa lebih aman jika dapat bergantung kepada penjaga utama mereka. Apa-
bila penjaga mereka meninggalkan mereka, kanak-kanak berkenaan akan berasa kecewa
tetapi masih berasa yakin bahawa ibu bapa atau penjaga mereka akan kembali ke pangkuan
mereka. Apabila berada dalam masalah atau kesusahan, anak jenis perapatan selamat akan
segera mencari keselesaan daripada penjaga mereka kerana mereka tahu dan pada pen-
dapat mereka, ibu bapa atau penjaga akan memberi jaminan dan keselesaan. Oleh itu,
mereka akan merasa selesa untuk mencari penjaga mereka pada masa yang diperlukan.

2.2.2 Perapatan Tidak Selamat Penolakan (ambivalent)

Bagi seseorang yang mempunyai perapatan sepatuh kebiasaannya akan menjadi sangat
bermasalah apabila ibu bapa atau penjaga meninggalkan mereka. Kajian menunjukkan
bahawa perapatan separuh adalah hasil daripada kekurangan keberadaan ibu bapa di
sekeliling mereka. Anak-anak ini tidak dapat bergantung kepada ibu bapa atau penjaga
mereka untuk berada di sisi mereka apabila diperlukan.

9
2.2.3 Perapatan Tidak Selamat Pengelakkan (avoidant)

Kanak-kanak jenis perapatan mengelak cenderung untuk mengelakkan diri mereka daripada
ibu bapa atau penjaga. Apabila diberi pilihan, mereka akan menunjukkan bahawaw tidak ada
keutamaan dalam merujuk kepada penjaga dan orang yang tidak dikenali. Kajian telah
menunjukkan bahawa gaya perapatan ini berkemungkinan besar hasil daripada penjaga
yang tegas atau lalai. Anak-anak yang dihukum kerana bergantung kepada ibu bapa atau
penjaga akan belajar untuk mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan pada masa
hadapan.

2.2.4 Perapatan Tidak Selamat Berkecamuk (disorganized)

Kanak-kanak dengan Perapatan Tidak Teratur sering menunjukkan percampuran ting-


kahlaku yang mengelirukan dan mungkin akan kelihatan keliru. Anak-anak ini mungkin bakal
mengelakkan diri daripada ibu bapa atau penjaga malah lebih teruk, mereka bakal melawan
ibu bapa. Beberapa penyelidik percaya bahawa kekurangan corak perapatan yang jelas
mungkin dikaitkan dengan tingkah laku yang tidak konsisten daripada ibu bapa tau penjaga.
Dalam kes seperti ini, ibu bapa mungkin mungkin telah memberikan kedua-dua sumber
keselesaan dan sumber rasa takut pada masa yang sama. Akhirnya, hal ini membawa
kepada tingkah laku yang tidak teratur dalam diri anak-anak.

10
2.3 Sumbangan tokoh dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Terdapat beberapa sumbangan yang diberikan oleh John Bowlby dalam pendidikan awal
kanak-kanak, antaranya ialah salah seorang pelajar Harlow, Stephen Suomi telah menulis
sumbangan Bowlby yang dibuat kepada etologi, termasuk bahawa Barlow membawa
penyelidikan lampiran ke dalam penyelidikan haiwan khususnya dengan monyet rhesus dan
pelbagai spesies monyet dan beruk lain. Beliau juga merupakan salah seorang tokoh kepada
teori Etologi. Bowlby mengikuti panduan ini dan menjadi berminat dengan etologi kerana dia
mahu menulis semula psikosanalisis untuk menumpukan bidang penyelidikan ini di sekitar
teori konkrit di mana psikoanalisis kurang. Dari pembacaan yang mendalam tentang etologi,
Bowlby dapat mengetahui bahawa ahli etologi menyokong idea teori melalui data empirikal
konkrit.

Selain itu, sumbangan menurut Suomi ialah Bowlby mempengaruhi penyelidik haiwan
untuk memeriksa pemisahan pada haiwan. Tambahan pula, Suomi menulis bahawa Bowlby
membawa kepada bidang etologi pengiktirafan akibat dari masa ke masa melalui gaya lam-
piran yang berbeza yang berleluasa dalam monyet rhesus (khususnya dalam kerja Harlow).
Menurut Suomi, “Walaupun Bowlby adalah seorang ahli psikoanalisis oleh Latihan formal,
beliau adalah ahli etologi yang benar di hati”.

Bowlby mendorong Hinde untuk memulakan kerja pecah tanah pada lampiran dan
pemisahan dalam (primat (monyet dan manusia), dan secara umum menekankan kepent-
ingan pemikiran evolusi mengenai pembangunan manusia yang meramalkan pendekatan
antara disiplin baru psikologi evolusi. Jelas sekali, pertemuan teori ekologi dan lampiran
membawa kepada persenyawaan silang yang tulen.

Seterusnya, pada tahun 1950, Bowlby mula dirujuk oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia untuk menasihatkan tentang kemungkinan kesihatan mental anak-anak yang
menjadi gelandangan selepas peperangan. Sumbangan ini amat membantu untuk
mewujudkan Piagam Hak Kanak-kanak dari masa ke masa. Sumbangan kepada psikologi
Bowlby yang paling terkenal akan dibangunkan antara 1969 dan 1980, dilahirkan pada Teori
Lampiran seperti penerangan tentang hubungan antara pengalaman dan hubungan emosi
semasa kanak-kanak dan tingkah laku, mewujudkan keperluan untuk menjalin hubungan
lampiran yang selamat.

11
2.4 Kepentingan dan implikasi teori kepada Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Teori perapatan mempunyai beberapa kepentingan dan implikasi yang positif terutamanya
kepada semua manusia. Semua manusia memerlukan perapatan terutamanya daripada ahli
keluarga mereka sendiri. Sebagai contohnya, bayi yang baru lahir sehingga menjadi kanak-
kanak memerlukan perhatian dan perlindungan ibu bapa dari segi kesihatan, pemakanan
dan emosi untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Melalui perkara-perkara tersebut,
kemesraan dan kasih sayang yang diberikan turut membantu perkembangan kognitif kanak-
kanak. Perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral kanak-kanak juga
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

Selain itu, teori perapatan juga mampu mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak
mampu menilai diri mereka sendiri. Mereka bakal belajar untuk menganggap diri mereka
berharga dan hal ini mempengaruhi pergaulan dan perhubungan mereka bersama orang lain
di sekeliling mereka. Konsep kendiri yang sudah ada dalam diri mereka dapat membina
tingkah laku mereka sehingga dewasa kelak. Konsep kendiri yang positif mampu melahirkan
individu yang bertingkah laku positif manakala begitulah sebaliknya. Sebagai contohnya, ibu
bapa haruslah memuji kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku yang baik di khalayak
ramai atau telah mencapai sesebuah kejayaan atau kemenangan agar mereka berasa
dihargai. Hal ini secara tidak langsung dapat membina konsep kendiri yang positif dalam diri
kanak-kanak.

Di samping itu, perapatan selamat juga boleh mempamerkan sikap-sikap positif


dalam diri kanak-kanak. Contoh sikap positif yang terhasil ialah dengan monolong ibu bapa
ketika di rumah, menghormati orang yang lebih tua serta mendengar nasihat daripada orang
dewasa. Perapatan selamat juga dapat mempamerkan kepada kanak-kanak tentang
berkasih sayang serta menghargai orang lain. Sebagai tuntasnya, apabila ibu bapa
memimpin tangan anak-anak ketika melintas jalan, anak-anak akan berasa selamat dan
menghargai jasa mereka serta mereka akan lebih pandai menghargai pertolongan yang
diberikan.

Seterusnya, hubungan antara anak-anak dan ibu bapa mampu dieratkan melalui
proses perapatan selamat ini. Ibu bapa dapat mengawasi anak-anak dan mengenali rakan-
rakan mereka kerana anak-anak mampu berkongsi masalah dan cerita serta dapat
melindungi mereka daripada gejala negatif agar mereka akan sentiasa berasa selamat di
samping ibu bapa. Ibu bapa juga haruslah bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tidak
12
kira di mana mereka berada. Contoh yang paling mudah dilakukan, ibu bapa boleh
bertanyakan tentang hari persekolahan anak-anak pada setiap hari dan juga tentang rakan-
rakan mereka. Maka, berlakulah perapatan selamat di antara ibu bapa dan anak-anak.

Dari segi perapatan tidak selamat, hal ini sering dikaitkan dengan status ekonomi
sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak peranda atau anak-anak yang menjadi
mangsa dera kepada penjaga. Hal ini kerana, kanak-kanak akan mempunyai perasaan tidak
selamat jika keluarga mereka sering bergaduh. Mereka akan berasa bahawa tiada orang
yang menyayangi dan memberikan perhatian kepada mereka. Kanak-kanak juga yang
menjadi mangsa keadaan dan mangsa dera oleh ibu bapa akan berasa bahawa diri mereka
tiada nilai dan mereka tiada kepentingan bagi orang sekeliling mereka. Oleh itu, berlakulah
perkara-perkara negatif seperti kes bunuh diri, remaja bermasalah dan kes lari diri dari rumah.

13
2.5 Cadangan / penambahbaikan terhadap pandangan / teori tokoh

Antara cadangan-cadangan atau penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada teori


perapatan ialah guru-guru tadika, taska atau yang mengambil pendidikan awal kanak-kanak
perlulah mengambil bahagian dan mengetahui mengenai teori perapatan ini kerana selain
ibu bapa, guru-guru merupakan tonggak utama dan contoh tauladan yang baik kepada
kanak-kanak. Pengasuh atau pendidik perlu mendapat latihan yang berasingan berdasarkan
peranan masing-masing. Dicadangkan pengusaha perlu mendapatkan kursus kepimpinan
untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mengetahui berkenaan perapatan ini,
menguruskan TASKA dan meningkatkan teacher leadership mereka. Sementara
pengasuh/pendidik perlu mengikuti latihan yang berterusan dan tidak berhenti setakat
Kursus Asuhan dan Dididkan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP). Perlu ada satu agensi yang
menerajui aspek latihan untuk pengasuh-pengasuh.

Selain itu, pengasuh-pengasuh yang dianggap memberikan kepuasan dan rasa


selamat kepada kanak-kanak perlulah mengetahui tentang teori perapatan ini. Hal ini kerana,
tidak semua pengasuh mengetahui dan mempelajari tentang teori ini lalu mereka tidak
mengetahui bahawa mereka perlu mewujudkan perapatan selamat dengan anak-anak
asuhan mereka. Terdapat juga pengasuh-pengasuh yang menggunakan perapatan tidak
selamat tanpa mereka sedari. Namun, setelah beberapa tahun berlalu kes berkenaan deraan
kanak-kanak semakin berkurangan dan dapat dibasmi.

Seterusnya, ibu bapa dan penjaga haruslah mempunyai kemahiran interaksi dan
kemahiran sosial dengan kanak-kanak agar perasaan rendah diri serta tiada keyakinan
dengan kebolehan diri sendiri dapat dielakkan.Hal ini adalah antara cara-cara untuk
melaksanakan teori perapatan antara ibu bapa serta penjaga dengan anak-anak. Guru-guru
juga memainkan peranan sebagai kaunselor kepada anak-anak yang mempunyai masalah
atau tidak rapat dengan ibu bapa mereka. Hal ini kerana, guru-guru merupakan ibu bapa
kedua kepada anak-anak ketika di sekolah dan sudah menjadi tanggungjawab para guru
untuk menjaga kanak-kanak di tadika atau di taska.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai perapatan tidak selamat bersama keluarga


mereka, antara tingkah laku mereka ialah suka menyendiri. Perkara tersebut telah memberi
idea kepada penggunaan teknik pemerhatian, rekod berskala dan rekod kekerapan sebagai
satu petunjuk kepada masalah tingka laku tersebut. Guru-guru haruslah memainkan peranan
untuk mengubah tingkah laku dengan menggunakan terapi muzik, terapi lokomotor kasar,
tindakan tanpa lisan, token ekonomi, personaliti guru itu sendiri, persekitaran bilik darjah dan

14
pendekatan pembelajaran yang digunakan yang boleh menarik perhatian murid.
Walaubagaimanapun segala usaha itu perlu diulang beberapa kali supaya murid dapat
melakukan latih tubi sebagai satu pelaziman yang akhirnya dapat mengurangkan masalah
tingkah laku sasaran.

15
3.0 Kesimpulan

Perapatan merupakan antara asas yang paling penting dalam sesebuah keluarga kerana perapatan
mampu membentuk remaja atau individu yang bersahsiah dan berakhlak tinggi. Hal ini sangat
penting kerana akhlak seseorang individu mencerminkan peribadi mereka dan juga latar belakang
keluarga mereka. Majoriti remaja-remaja yang bermasalah terdiri daripada keluarga-keluarga yang
mempunyai perapatan tidak selamat. Oleh itu, ibu bapa harus dikenalkan dengan teori perapatan ini
agar mereka mampu mengetahui cara-cara mengelakkan anak-anak mereka menjadi seorang yang
bermasalah dan paling teruk menyusahkan orang ramai. Oleh itu, ia amat penting dalam
mewujudkan individu yang mempunyai pemikiran yang positif, berkeyakinan tinggi, saling
menghormati dan mempunyai akhlak yang baik.

Selain itu, modul didikan keluarga amat baik bagi membantu masyarakat membentuk
perapatan yang baik dengan anak-anak. Sebagai contohnya, di sesebuah sekolah, ibu bapa kepada
kanak-kanak mempunyai satu persatuan antara guru-guru dan ibu bapa. Melalui itu, para ibu bapa
boleh saling mengenali dan bertegur sapa. Ibu bapa yang prihatin terhadap hubungan mereka dan
anak-anak akan mencontohi ibu bapa yang mengamalkan perapatan selamat dan meminta nasihat
daripada mereka. Dengan itu, semakin banyak keluarga yang mengamalkan perapatan selamat ini
dan dapat mengurangkan keluarga yang bermasalah dan keluarga yang mengabaikan anak-anak
atas alasan kerjaya yang lebih penting. Kita dapat mengesan bahawa setiap fasa anak-anak
membesar mempunyai berlainan perkembangan. Jadi, ibubapa tidak boleh mengabaikan anak-anak
mereka kerana faktor kesibukan kerja. Ibubapa haruslah membimbing, memahami, dan menyelami
kehendak jiwa anak-anak mereka dan berfikiran terbuka. Ia dapat merapatkan hubungan antara
ibubapa dan anak-anak, juga mewujudkan suasana keluarga yang harmonis.

Ibu bapa yang mengambil berat tentang perapatan mampu mewujudkan generasi yang
gemilang. Pada zaman serba moden ini, generasi milenium atau lebih dikenali sebagai generasi ‘z’
mempunyai sebilangan remaja yang bermasalah, dan dipandang rendah oleh masyarakat serta
negara luar yang menyebabkan kegemilangan generasi Malaysia tercalar. Oleh itu, setiap lapisan
masyarakat tidak kira muda atau tua perlulah mengambil bahagian dalam memastikan
tanggungjawab melahirkan generasi gemilang Malaysia dapat dilaksanakan dan mampu menaikkan
lagi nama Malaysia di persada dunia.

Perapatan juga tidak terhad kepada ibu dan anak sahaja, malah anak boleh membina
perapatan yang positif denagn penjaga yang konsisten dalam menjaganya termasuklah bapa dan
kebiasaannya nenek sebelah ibu (Cassidy 2008 dalam Flaberty & Sadler 2010). Hal ini dapat dilihat
melalui beberapa hubungan perapatan seseorang individu dengan nenek dan ibu saudaranya yang

16
dilihat lebih positif berbanding dengan ibu bapa kandungnya sendiri kerana semenjak kecil lagi telah
dijaga dan dibesarkan oleh nenek dan ibu sardaranya. Oleh itu, remaja-remaja yang mempunyai
sisi kehidupan seperti ini perlulah berterima kasih dan menghargai nenek serta ibu saudara yang
sanggup bersusah payah menjaga dan membesarkannya.

Kesimpulannya, sokongan yang diperoleh daripada hubungan perapatan di antara seseorang


individu dan institusi kekeluargaan didapati berupaya membina daya tahan mereka yang dikaji
dalam menghadapi keadaan berisiko. Sokongan yang wujud dalam hubungan perapatan antara ahli
keluarga ini bukan sahaja melibatkan sokongan dari segi komunikasi, bahkan, sokongan dari segi
emosi, moral dan kewangan. Pembinaan hubungan perapatan yang wujud dalam sesebuah institusi
kekeluargaan berpotensi membina daya tahan setiap individu dalam institusi tersebut dan
seterusnya menyumbang kepada pembangunan belia yang positif. Oleh itu, setiap pihak perlu
memberi perhatian kepada kepentingan hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan agar
golongan belia khususnya daripada kelompok kemiskinan lebih berdaya tahan dan membangun
dengan positif walaupun berhadapan dengan pelbagai kesukaran.

17
4.0 Rujukan

Laman web:

https://www.simplypsychology.org/research-methods.html
https://en.wikipedia.org/wiki/John_Bowlby
https://www.scribd.com/document/414690016/Teori-Perapatan
https://www.researchgate.net/profile/Nor_Kassim/publication/303381860_KURIKU-
LUM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAK-KANAK_DAN_MODUL_PENDIDI-
KAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI/links/573f3d0e08ae9f741b321b36/KU-
RIKULUM-PENDIDIKAN-AWAL-KANAK-KANAK-DAN-MODUL-PENDIDIKAN-AKHLAK-
ISU-DAN-CABARAN-MASA-KINI.pdf
https://core.ac.uk/download/pdf/153828011.pdf

Buku:

Polly Bolshow & Jo Josephiduo (2019), Introducing Research In Early Childhood,


www.sagepublishing.com
Daniel Cervone & Lawrence A. Pervin (2019), Personality Theory And Research:
Fourteenth Edition

18
5.0 Lampiran

19

You might also like