You are on page 1of 9

.

1
PROSES PENUBUHAN PERSATUAN MUZIK
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEMERLOH

Pembentukan Jawatankuasa Penaja

Merancang perancangan kertas kerja persatuan

Menghantar permohonan rasmi kepada


Guru Besar

Mendapatkan kelulusan penubuhan dan


pendaftaran persatuan daripada Guru Besar

Mengadakan Mesyuarat Agong

Mengoperasikan Persatuan Muzik

2
PROSES PENUBUHAN KELAB MUZIK SK BANDAR TEMERLOH

Di sini akan dijelaskan berkaitan dengan proses penubuhan Proses penubuhan Kelab Muzik SK
Bandar Temerloh. Umumnya kita akan juruskan perbincangan kepada beberapa langkah dalam
proses penubuhan persatuan/kelab yang biasa dilaksanakan.

Proses pertama iaitu dengan mewujudkan Jawatankuasa Penaja. Jawatankuasa ini


adalah penting untuk menjadi satu jawatankuasa penggerak dalam menubuhkan sesebuah
persatuan. Satu mesyuarat penubuhan juga akan dijalankan, yang dihadiri sekurang-kurangnya
tujuh orang adalah perlu untuk dicatatkan nama-nama mereka yang hadir dalam minit
mesyuarat persatuan. Justeru, pelaksanaan dalam membentuk Jawatankuasa Penaja ini
adalah di bawah tanggungjawab penasihat persatuan tersebut.

Proses kedua pula iaitu merancang perancangan kertas kerja persatuan. Perancangan
kertas kerja ini adalah perlu supaya segala maklumat tentang persatuan yang ingin ditubuhkan
tersebut disusun dengan rapi. Sebagai contoh maklumat berkenaan perlembagaan persatuan,
cadangan aktiviti, logo dan sebagainya. Pelaksanaan dalam merancang kertas kerja ini adalah
di bawah tanggungjawab persatuan untuk bersama-sama memberikan idea dan kata sepakat.

Selain itu, proses ketiga pula berkenaan dengan menghantar permohonan rasmi kepada
Pendaftar seperti Pengarah, Pengetua atau Guru Besar. Di dalam permohonan rasmi itu juga
perlu disertakan dengan dokumen-dokumen termasuk perlembagaan yang telah dipersetujui
dalam mesyuarat sebelum ini. Contoh-contoh surat permohonan ini juga disertakan di bahagian
lampiran.

Di samping itu, proses keempat adalah untuk mendapatkan kelulusan penubuhan dan
pendaftaran persatuan daripada Guru Besar. Proses ini adalah untuk memastikan bahawa
persatuan yang telah dimohon tadi sama ada lulus atau tidak untuk ditubuhkan di sekolah.
Pihak persatuan dan pembantu tadbir adalah individu yang bertanggungjawab dalam proses
keempat ini. Borang-borang kelulusan permohonan ini juga terdapat di bahagian lampiran.

Selepas mendapat kelulusan, Jawatankuasa Penaja akan mengadakan Mesyuarat


Agong. Semasa berlangsungnya mesyuarat ini, Jawatankuasa Pengajar akan memberitahu
ahli-ahli persatuan berkenaan dengan draft aktiviti persatuan. Akan tetapi, sebelum mesyuarat
Agong ini bermula, adalah perlu untuk Jawatankuasa pelaksana membuat surat jemputan
mesyuarat Agong ini kepada semua ahli. Dengan ini secara tidak langsung dapat melicinkan
proses mesyuarat Agong yang dikendalikan.

3
Akhir sekali adalah untuk mengoperasikan persatuan iaitu melaksana tanggungjawab
sebagai Ahli Jawatankuasa Baru di dalam persatuan yang ditubuhkan ini. Jawatankuasa
persatuan yang telah dilantik semasa mesyuarat Agong pertama perlu mengendalikan
mesyuarat Jawatankuasa Kerja secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan usul atau
aktiviti yang telah dirancangkan. Berikut adalah contoh Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
ialah:

1. Ucapan Aluan pengerusi


2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat JK yang lalu.
3. Perkara berbangkit
4. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir
pada…………………..
5. Membincangkan usul-usul dan tindakan pelaksanaan berkenaan dengan usul yang telah
diluluskan dalam mesyuarat Agong yang lalu.
6. Membincangkan aktiviti tahunan
7. Hal-hal lain.

Segala maklumat dan perbincangan yang dilaksanakan adalah penting untuk diminitkan bagi
tujuan rekod dan rujukan tindakan dalam sesebuah persatuan. Setiap pelaporan yang dibuat
juga perlu dihantar ke pihak atasan setelah tujuh hari tarikh bekerja selepas mesyuarat Agong
dilaksanakan.

4
5
6
7
8
9

You might also like