You are on page 1of 12

8/25/2021

Kedaulatan
Malaysia
Disediakan oleh,
Ms. Aini Sollihah

Cabaran-cabaran Terhadap Kedaulatan Malaysia

1 2 3
Pertahanan Sosial dan Ekonomi
budaya

4 5 6
Politik Sains dan Integrasi dan
teknologi perpaduan

1
8/25/2021

Pertahanan
● Hal ehwal pertahanan negara terletak dibawah bidang kuasa Kementerian
Pertahanan.
● Terdiri daripada Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
● Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tentera darat, tentera laut dan tentera
udara.
● Mengurus semua hal ehwal pertahanan negara.
● Mewujudkan Dasar Pertahanan Negara dan doktrin keselamatan yang
mengutamakan prinsip kepentingan strategik negara, prinsip-prinsip pertahanan
dan konsep pertahanan.
● Menjaga keamanan, keselamatan dan kestabilan.
● Bertindak bersendirian dalam mempertahankan kedaulatan wilayah dan
kepentingan-kepentingan keselamatan dalam lingkungan kawasan terdekat
daripada ancaman-ancaman luar tahap rendah dan pertengahan.

Cabaran 1 : Amalan konsep HANRUH atau Pertahanan Menyeluruh


PUNCA

- Penduduk negara ini menganggap kerja pertahanan Malaysia berada bawah pengawasan tentera dan
pihak keselamatan sahaja. Mereka jarang memberi kerjasama dan tidak mengambil berat tentang
keadaan pertahanan negara.

PENYELESAIAN

1) Rakyat, agensi swasta, jabatan kerajaan dan institusi-institusi harus mempertahankan negara bersama
sama dengan pihak tentera dan polis.

2) Institusi pendidikan perlu menerapkan nilai-nilai murni murni, akhlak dan kekuatan mental disamping
penerapan unsur-unsur patriotisme dalam pendidikan prasekolah, mata pelajaran sejarah serta kajian
tempatan.

3) Menunjukkan sifat kasih sayang kepada negara .

2
8/25/2021

Cabaran 2 : Tidak mempunyai tahap kesiapsiagaan yang tepat


PUNCA

1) Pihak tentera atau badan sukarela ketenteraan seperti askar wataniah tidak pernah diuji dalam
mana-mana peperangan.
2) Tanggapan yang mengandaikan bahawa badan sukarela ketenteraan tidak menjalankan
tugas dengan baik.
3) Menganggap tujuan penubuhan badan sukarela adalah untuk tujuan undi pos semata-mata.

PENYELESAIAN

1) Pemberitahuan melalui media cetak, media sosial dan media elektronik berkenaan sumbangan
tentera dan badan sukarela.
2) Menggalakkan semua warganegara yang layak menjadi askar wataniah berkhidmat untuk
negara.
3) Menjelaskan kepada rakyat bahawa badan sukarela ketenteraan bukan dimiliki oleh satu kaum
sahaja.
4) Menyertai beberapa misi ketenteraan seperti dalam perang saudara di Congo (Republik Zaire),
Nambia, Iran-Iraq, Somalia dan Bosnia-Herzegovina.

Cabaran 3 : Menganggap ketahanan negara tidak kuat dan tidak


selamat
PUNCA

1) Kemasukan anasir jahat ke negara ini semakin bertambah.

2) Pihak tentera tidak melibatkan diri dalam peperangan.

PENYELESAIAN

1) Mengukuhkan sempadan negara.

2) Meningkatkan rondaan dalam menangani isu pertahanan serantau dan antarabangsa.

3) Pegawai memerintah dan kru kapal perang melaksanakan tugas serta tanggungjawab menjaga
kedaulatan perairan negara daripada diceroboh anasir luar.

4) Menyertai latihan ketenteraan.

3
8/25/2021

Cabaran 4 : Penggunaan senjata dan peralatan ketenteraan yang


kurang canggih

PUNCA

1) Kurangnya peruntukan yang disediakan untuk membeli senjata api.


2) Tidak ada perancangan projek menggunakan kepakaran tempatan.
3) Tidak ada kemajuan teknologi yang tinggi.

PENYELESAIAN

1) Bajet pertahanan ditambah.


2) Kementerian Pertahanan Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan Perancis supaya
mampu meningkatkan kualiti aset pertahanan negara.
3) Menyediakan kelengkapan perang seperti kapal selam dan jet pejuang.

Cabaran 5 : Kurang penyertaan daripada kaum bukan Melayu

PUNCA

1) Pendapatan rendah.

2) Terikat dengan peraturan.

3) Perasaan assabiyah.

PENYELESAIAN

1) Cadangan pelarasan skim gaji ATM.

2) Memperincikan tentang pelarasan gaji anggota tentera.

3) Parti-parti politik bukan Melayu perlu memainkan peranan penting untuk menarik penyertaan
masyarakat bukan Melayu menjadi anggota tentera.

4) Menjelaskan kepada masyarakat bahawa tidak ada diskriminasi dalam kenaikan pangkat.

4
8/25/2021

Sosial dan budaya


● Malaysia didiami oleh rakyat pelbagai bangsa, kaum dan etnik.

● Masyarakat pelbagai kaum mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan


perselisihan.

● Dari segi politik pula, masyarakat pelbagai kaum ini dikuasai oleh satu kelompok
tertentu yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri.

● Dalam aspek ini, masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas
dasar nilai bersama.

Cabaran 1 : Sosioekonomi masyarakat pelbagai kaum yang tidak


sekata
PUNCA

1) Keadaan kos sara diri kaum di negara ini berbeza.

2) Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat pelbagai kaum.

3) Perbezaan pekerjaan antara satu kaum dengan kaum lain.

4) Pemisahan penempatan : merenggangkan hubungan kaum dan interaksi pelbagai etnik. Memperkukuh
etnosentrisme dalam kalangan masyarakat boleh menimbulkan prasangka, streotaip dan curiga antara
satu sama lain.

PENYELESAIAN

1) Membasmi kemiskinan.
2) Menyusun semula masyarakat.
3) Menyediakan peluang pekerjaan dalam semua bidang kepada semua kaum.

5
8/25/2021

Cabaran 2 : Perbezaan nilai hidup antara kumpulan etnik

PUNCA

1) Latar belakang hidup yang berasaskan kebudayaan tradisi dan ikutan nenek moyang.

2) Kekal kepada corak hidup yang sama sejak dilahirkan.

3) Wujudnya polarisasi antara etnik.

4) Perbezaan agama dalam kalangan warga Malaysia.

PENYELESAIAN

1) Menggalakkan kahwin campur.

2) Menghayati perlembagaan negara dengan baik.

3) Menghormati dan memahami corak hidup masyarakat pelbagai kaum.

4) Menggunakan agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan.

Cabaran 3 : Sistem pendidikan persekolahan yang berasingan


PUNCA

1) Pada awal kemerdekaan, setiap kaum yang tinggal di Malaysia menggunakan sistem pendidikan yang
berasal dari negara asal masing-masing.

2) Tidak ada sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu.

3) Wujud empat aliran pendidikan yang berbeza, iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris.

4) Tidak ada bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan negara.

PENYELESAIAN

1) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan.


2) Menggunakan sistem kurikulum yang sama sebagai agen mengerat perpaduan.
3) Memperkukuh keperibadian pelajar pelbagai kaum untuk menerima sekolah kebangsaan sebagai tempat
untuk belajar.
4) Membentuk sebuah sekolah yang mengajar bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai satu
mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh semua kaum.

6
8/25/2021

Cabaran 4 : Pengaruh negatif budaya barat

PUNCA
1) Penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu.
2) Mempengaruhi corak hidup, ideologi, pemikiran orang tempatan.
3) Perkembangan budaya hedonisme dan pergaulan bebas.
4) Pecah dan perintah - tidak ada perpaduan.
PENYELESAIAN

1) Mengadakan program yang melibatkan hubungan kaum melalui Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN).

2) Mengamalkan Gagasan 1Malaysia.

3) Penerapan nilai murni dan ajaran Islam kepada generasi muda melalui pendidikan dan corak
hidup.

Ekonomi
● Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan
sosial sejak merdeka.

● Malaysia memerlukan model ekonomi baharu untuk menjadi sebuah negara


berpendapatan tinggi.

● Enjin pertumbuhan ekonomi pada awalnya lemah dan menghadapi risiko.

● Cabaran yang dihadapi memberi peluang kepada kerajaan untuk meningkatkan


tahap ekonomi negara kita.

7
8/25/2021

Cabaran 1 : Prestasi ekonomi belum mantap untuk membantu


mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia
PUNCA

1) Kadar kemiskinan tegar hampir mencecah tahap pembasmian.

2) Pendaftaran memasuki sekolah rendah masih tidak meliputi semua kanak-kanak.

3) Penjagaan kesihatan asas masih kurang memuaskan.

4) Peratus penduduk luar bandar hidup dibawah garis kemiskinan.

PENYELESAIAN

1) Meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui inklusif, berpendapatan tinggi dan mampan.
2) Berusaha meningkatkan kadar pertumbuhan benar tahunan sebanyak 6 peratus antara 2011 dan 2020.
3) Memberi sumbangan signifikan dari projek penggunaan dan pelaburan swasta serta dari segi
perbelanjaan Kerajaan dan eksport.
4) Perlu mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan
keperluan generasi masa hadapan.

Cabaran 2 : Kejatuhan nilai mata wang dan kemerosotan ekonomi


PUNCA
1) Kemelesetan ekonomi pada tahun 2007/2015 menjejaskan ekonomi negara.
2) Barangan tempatan tidak dapat dieksport disebabkan permintaan dunia merosot.
3) Kemasukan pelabur asing berkurangan.
4) Kejatuhan pasaran Bursa Malaysia.
5) Pemberhentian pekerja semakin bertambah.
6) Harga eksport komoditi menurun dengan ketara.
PENYELESAIAN

1) Merangka rancangan ekonomi yang berkesan.

2) Merancang transformasi yang lebih berkesan.

3) Menyediakan lebih banyak projek dan inisiatif berdasarkan analisis yang berkemahiran dan berilmu
pengetahuan tinggi ekonomi dan kewangan.

8
8/25/2021

Cabaran 3 : Keperluan modal insan yang berkemahiran dan berilmu


pengetahuan tinggi

PUNCA

1) Pelbagai sektor ekonomi mengalami kekurangan pekerja yang menggalakkan peluang


perniagaan.
2) Tidak mempunyai kemahiran untuk mengendali peralatan canggih dalam pengeluaran industri.
3) Bergantung kepada buruh asing dalam semua sektor ekonomi.

PENYELESAIAN

1) Memberi kursus yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran.


2) Menyediakan modal insan yang berkebolehan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
3) Menyediakan lebih ramai tenaga kerja berkebolehan dari segi pemikiran kritikal, teknikal dan
kemahiran kepimpinan.

Cabaran 4 : Persaingan dunia untuk pasaran, modal dan modal


insan
PUNCA
1) Ekonomi global menjadi semakin berdaya saing.
2) Kewujudan syarikat global dan serantau yang bersaing untuk memperkukuh kedudukan dalam
sektor pembuatan dan perkhidmatan.
3) Syarikat pelabur asing berbakat dan mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan lokasi.

PENYELESAIAN

1) Kerajaan perlu melabur dalam infrastruktur dan modal insan.

2) Menyediakan cukai dan persekitaran yang kondusif kepada pelabur tempatan dan asing bagi
meningkatkan pengeluaran.

3) Malaysia perlu menunjukkan nilai saranan yang jelas supaya dapat menarik dan mengekalkan
pelabur untuk bersaing dalam pasaran global.
4) Memberi gaji yang tinggi kepada tenaga kerja mahir supaya kepakaran mereka tidak disumbangkan
kepada negara luar.

9
8/25/2021

Politik
1) Politik merupakan interaksi antara warganegara dengan pemerintah dan institusi-institusi di luar
pemerintah (non-formal).

2) Politik menghasilkan dan membentuk variasi pendapat, pandangan dan pengetahuan tentang praktik-
praktik perilaku politik dalam semua sistem politik.

3) Mengukur pengetahuan perasaan dan sikap warganegara terhadap negara, pemerintah, pemimpin
politik dan lain-lain.

4) Di Malaysia, pemimpin dipilih melalui pilihan raya oleh rakyat yang layak mengundi.

5) Setiap rakyat mempunyai persamaan hak dalam semua perkara, kecuali jika ada peruntukan undang-
undang.

6) Kerajaan yang dipilih adalah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

7) YDPA merupakan ketua negara.

8) Terdapat pembahagian kuasa pemerintahan antara perundangan, pentadbiran dan kehakiman.

9) Bertujuan untuk mengelakkan pemusatan kuasa dan penyalahgunaan kuasa.

Cabaran 1 : Perbezaan ideologi dalam politik Malaysia

PUNCA

1) Terdiri daripada banyak parti politik yang mempunyai matlamat sendiri.

2) Memperjuangkan hasrat dan harapan parti mengikut inspirasi penubuhan, misalnya untuk agama, sosial, perkauman
dan persefahaman yang sama.

3) Parti politik bangga dengan ahlinya sahaja dan menganggap orang bukan ahli sebagai musuh.

4) Wujud dua jenis politik dalam negara ini, iaitu politik puak humanisme yang berjuang untuk melaksanakan keadilan, dan
puak oligarki (segelintir) yang menekan massa.

PENYELESAIAN

1) Memerlukan persefahaman untuk memahami ideologi negara.

2) Mempunyai persepsi bahawa negara aman dan selamat jika perjalanan politik dijalankan dengan baik dan secara
musyawarah.

3) Menjaga kebajikan masyarakat.

10
8/25/2021

Cabaran 2 : Politik wang semakin berleluasa

PUNCA

1) Ingin merasuah seseorang untuk tujuan peribadi.

2) Berlaku perbezaan antara pemimpin elit dengan rakyat sehingga mewujudkan suatu bentuk hegemoni.

3) Hilangnya maruah seseorang pemimpin hanya untuk menang pilihan raya.

4) Tamak untuk terus menjadi pemimpin.

PENYELESAIAN

1) Melaporkan kepada pihak berkuasa - SPRM

2) Pemimpin parti politik perlu memantau agar budaya politik wang tidak melarat sehingga menjatuhkan maruah
seseorang.

3) Tindakan tegas terhadap mana-mana individu terlibat dalam politik wang dengan menyingkirkannya daripada parti
atau direhatkan.

Cabaran 3 : Kepercayaan rakyat terhadap sistem politik negara


PUNCA

1) Terdiri daripada aliran politik nasional dalam negara kita, iaitu nasionalisme Melayu dan nasionalisme
bukan Melayu.
2) Walaupun mempunyai parti gabungan pelbagai kaum, namun kebajikan rakyat di Malaysia masih kurang
memuaskan.
3) Perkembangan badan-badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan yang lebih aktif menyuarakan
hasrat dan cita-cita rakyat.
4) Peranan media sosial, media elektronik dan media cetak semakin penting.

PENYELESAIAN

1) Gabungan parti politik pelbagai kaum harus memainkan peranan dengan baik dalam menjaga kebajikan
dan sosioekonomi rakyat.
2) Melaksanakan rancangan perpaduan oleh parti di setiap negeri, daerah, mukim dan kampung.
3) Sentiasa peka kepada permasalahan rakyat.
4) Parti politik berusaha mewujudkan identiti nasional dan semangat kekitaan melalui program nasional yang
melibatkan pelbagai kaum seperti rukun tetangga dan sambutan kongsi raya.

11
8/25/2021

Sekian, Terima Kasih.

“ If you don’t go after what


you want,
you’ll never have it.
Push yourself because no one
else is going to do it for you.

12

You might also like