You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEPAGAYA, LAHAD DATU

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN 6

BIL : 3 / TAHUN : 2021

Rujukan : XEA3104/100-32/21( 3 )
Tarikh : 04 Ogos 2021 (Rabu)
Masa : 02.00 – 03.50 petang
Tempat : Secara Google Meet di tempat masing-masing
Pengerusi : En. Jeff Joannes
Kehadiran (Bilangan) : 19

1. Jeff Joannes
2. Nurbaya Alimuddin
3. Denny Sumito Hj. Ribut
4. Alawi @ Razleen Syah bin Abd Bakil
5. Arlina Arifin
6. Tan Chee Tean
7. Chin Yen Sie
8. Naney bt Parinta
9. Muhamad Nazrul bin Adnan
10. Liaw Yun Khong
11. Abdul Syahrum Sahab
12. Mazuin Maihaiddin
13. Precilla Pedrera
14. Hetty bt Heban
15. Siti Salmah Mursaleh
16. Marlina Hj Boteh
17. Hasliana Miransala
18. Nurfazillah bt M. Suffian
19. Nur Elyna Syuhadah Lobah

1
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan salam dan ucapan terima kasih atas
kehadiran semua guru ke Mesyuarat Pengurusan kali ketiga bagi tahun 2021.

Tindakan : Makluman semua guru

2. LAPORAN PDPR STPM 2021 (SEMESTER 2)

2.1 Pengerusi meminta guru kelas dan guru subjek menyenaraikan nama pelajar yang
bermasalah kehadiran kelas sepanjang PDPR.
2.2 Pengerusi membincangkan masalah kehadiran pelajar bermula dengan kelas
Cambridge, terdapat seorang pelajar sahaja yang bermasalah iaitu Jarina bt Jarin.
Seterusnya kelas Harvard terdapat seramai 10 pelajar manakala kelas Oxford pula
seramai 17 pelajar yang bermasalah kehadiran kelas PDPR. Bagi kelas Stanford
pula seramai 4 pelajar sahaja yang bermasalah kehadiran kelas PDPR bagi
Semester 2 2021.
2.3 Pengerusi dan ahli mesyuarat membincangkan terdapat beberapa faktor pelajar
tidak dapat hadir kelas PDPR, antaranya ialah pelajar tinggal di kawasan estet yang
tidak mempunyai rangkaian telefon yang baik, berada di luar daerah dan masalah
keluarga. Namun begitu, faktor utama ketidakhadiran kelas adalah sikap pelajar itu
sendiri yang malas dan lewat bangun pagi.

Tindakan : Makluman semua guru

3. PROGRAM KECEMERLANGAN PEGASUS 4.00 DAN 100% LULUS

3.1 Pengerusi menjelaskan terdapat 7 orang pelajar di bawah Program Pengasus yang
terdiri daripada 3 pelajar Stanford dan 4 pelajar Harvard. Manakala bagi Program
100% Lulus seramai 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar gagal 4 subjek 14
pelajar, gagal 3 subjek 21 pelajar dan gagal 2 subjek 25 pelajar.
3.2 Pengerusi juga menyatakan terdapat pelajar di bawah Program Pengasus yang
lambat menghantar tugasan yang diberikan oleh guru. Pelajar tersebut perlu
mengubah sikap agar rajin menghantar tugasan. Manakala Program 100% Lulus,
pengerusi memohon agar guru-guru menghubungi ibu bapa pelajar untuk
memaklumkan keputusan pelajar tersebut.
3.3 Guru-guru memaklumkan terdapat nombor telefon ibu bapa yang tidak dihubungi
dan sebahagian ibu bapa telah mengetahui keputusan anak mereka dan mengambil
keputusan untuk meneruskan pengajian anak mereka.

Tindakan : Makluman semua guru

4. KERJA KURSUS SEMESTER 2 2021

4.1 Pengerusi menyatakan pelaksanaan kerja kursus semester 2 sedang dijalankan dan
tiada perubahan jadual kerja kursus setakat ini. Sebarang perubahan jadual kerja
kursus akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

2
4.2 Puan Arlina Arifin selaku guru KOKUM memaklumkan belum terdapat maklumat
berkaitan tarikh pengisian markah PAJSK setakat ini. Biasanya pengisian markah
akan bermula pada hujung bulan Oktober atau November.

Tindakan : Makluman semua guru

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi menyatakan sebarang maklumat berkaitan pembukaan sekolah akan


dimaklumkan dari masa ke semasa.

PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat
berikutnya pada akhir tahun 2021.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.50 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. ...............................................
(CIK HETTY HEBAN) (EN JEFF JOANNES)
Penolong Setiausaha Penolong Kanan Tingkatan 6
Tarikh :12 Ogos 2021 Tarikh : 12 Ogos 2021

You might also like