You are on page 1of 7

PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA (PPIB)

KOD: UL01502
KURSUS: PLURALITI ETNIK BORNEO

PANDUAN MENULIS ESEI KUMPULAN:

1. Esei yang dihasilkan merupakan kerja berkumpulan. Setiap kumpulan yang dibentuk
mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang dan tidak melebihi tujuh orang
ahli. Ahli kumpulan mestilah terdiri daripada kalangan pelajar lelaki dan perempuan serta
daripada pelbagai etnik, agama dan tempat asal.
2. Setiap kumpulan boleh memilih satu tajuk esei daripada mana-mana tajuk yang
disenaraikan.
3. Esei yang dihasilkan mestilah bersifat kajian ilmiah dan berdasarkan sumber/rujukan
yang telah disenaraikan dalam rangka kursus ataupun rujukan tambahan yang bersesuaian
dengan tajuk esei.
4. Sumber rujukan mestilah dicatat pada nota kaki dan pada bibliografi sebagai bukti atau
pengesahan sesuatu kenyataan atau fakta yang telah dikutip dan mesti dicatat mengikut
format yang ditetapkan. Hanya sumber dirujuk dan tercatat dalam esei sahaja yang boleh
dimasukkan dalam nota kaki dan bibliografi.
5. Plagiat, ciplakan atau meniru terhadap karya orang lain adalah dilarang sama sekali. Jika
berlaku sedemikian, esei tidak akan diberikan markah.
6. Tarikh penghantaran esei ialah pada atau sebelum______________. Esei yang telah siap
hendaklah dihantar kepada pensyarah dan jika lewat diterima akan dipotong markah.
7. Esei hendaklah ditaip langkau 2 baris (double spacing), saiz huruf font 12 (times new
roman) dan bilangan muka surat antara 20-25 halaman tidak termasuk bibliografi,
lampiran, gambar, jadual dan rajah.
8. Bahagian muka depan esei hendaklah dimasukkan maklumat berikut:- Tajuk esei, nama
dan nombor kumpulan, nama ketua dan senarai ahli kumpulan, no matrik, hari dan masa
kuliah, no. telefon dan nama pensyarah.
TAJUK - TAJUK ESEI KUMPULAN:

1. Bincangkan kesan penjajahan kuasa barat ke atas etnik di Sarawak.

2. Bincangkan peranan penjajah kuasa barat dalam membentuk pluraliti etnik di Sabah.

3. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang membolehkan pluraliti etnik di Borneo
dapat hidup harmoni dibawah bumbung yang sama?. Bincangkan.

4. Huraikan pengaruh warisan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik di


Borneo.

5. Bincangkan tranformasi budaya yang berlaku ke atas etnik Iban di Sarawak dan etnik
Kadazan di Sabah.

6. Setiap etnik di Sabah dan Sarawak mempunyai kepercayaan masing-masing. Bincangkan


peranan agama sebagai elemen penting identifikasi etnik di kedua-dua negeri tersebut.

7. Bincangkan cabaran yang wujud dalam usaha mengekalkan warisan etnik dan budaya di
Borneo.

8. Bandingkan situasi kehidupan pluraliti etnik di Borneo sebelum dan selepas tahun
pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

9. Terangkan kesan perkembangan teknologi maklumat terhadap warisan budaya pelbagai


etnik di Borneo.

10. Kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak mewujudkan pelbagai parti politik.
Bincangkan peranan parti politik terhadap kemajuan sesuatu etnik.

11. Berdasarkan pendapat anda, berikan satu platform paling sesuai sebagai agen untuk
memberi pengetahuan tentang kerencaman etnik dan budaya di Borneo.

12. Jelaskan peminjaman unsur-unsur budaya seperti bahasa, pakaian dan makanan antara
etnik di Borneo.

13. Terangkan sumbangan kepelbagaian etnik dan budaya di Sabah dan Sarawak kepada
kemakmuran pembangunan negara Malaysia.

14. Globalisasi mempercepatkan interaksi merentasi masa dan ruang namun ia juga
mewujudkan cabaran terhadap jati diri masyarakat di Borneo. Bincangkan.
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA (PPIB)

KOD: UL01502
KURSUS: PLURALITI ETNIK BORNEO

KRITERIA ESEI INDIVIDU:

1. Esei dihasilkan secara individu.


2. Esei yang dihasilkan mestilah bersifat kajian ilmiah dan berdasarkan sumber/rujukan
yang telah disenaraikan dalam rangka kursus ataupun rujukan tambahan yang bersesuaian
dengan tajuk esei.
3. Sumber rujukan mestilah dicatat pada nota kaki dan pada bibliografi sebagai bukti atau
pengesahan sesuatu kenyataan atau fakta yang telah dikutip dan mesti dicatat mengikut
format yang ditetapkan. Hanya sumber dirujuk dan tercatat dalam esei sahaja yang boleh
dimasukkan dalam nota kaki dan bibliografi.
4. Plagiat, ciplakan atau meniru terhadap karya orang lain adalah dilarang sama sekali. Jika
berlaku sedemikian, esei tidak akan diberikan markah.
5. Tarikh penghantaran esei ialah pada atau sebelum______________. Esei yang telah siap
hendaklah dihantar kepada pensyarah dan jika lewat diterima akan dipotong markah.
6. Esei hendaklah ditaip langkau 2 baris (double spacing), saiz huruf font 12 (times new
roman) dan bilangan muka surat antara 10-15 halaman tidak termasuk bibliografi,
lampiran, gambar, jadual dan rajah.
7. Bahagian muka depan esei hendaklah dimasukkan maklumat berikut:- Tajuk esei, nama
dan nombor kumpulan, nama ketua dan senarai ahli kumpulan, no matrik, hari dan masa
kuliah, no. telefon, nama pensyarah, semester dan sesi pengajian

TAJUK - TAJUK ESEI INDIVIDU:

1. Pilih beberapa jenis makanan tradisional daripada pelbagai etnik di Sabah dan jelaskan
bagaimana ia menjadi penyumbang kepada perpaduan.

2. Pilih beberapa jenis makanan tradisional daripada pelbagai etnik di Sarawak dan jelaskan
bagaimana ia menjadi penyumbang kepada perpaduan.

3. Huraikan beberapa jenis kesenian yang sinonim dengan etnik tertentu di Sabah.

4. Huraikan beberapa jenis kesenian yang sinonim dengan etnik tertentu di Sarawak.
5. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap masyarakat sekeliling, sejauh manakah sesuatu
kumpulan etnik itu masih mengekalkan identiti dan ciri-ciri budaya masing-masing?
Bincangkan.

6. Pilih beberapa gambar menarik berkenaan budaya etnik tempatan yang terdapat di sekitar
anda dan terangkan.

7. Kumpul beberapa keratan akhbar atau artikel yang membincangkan isu-isu terkini
berkaitan pluraliti etnik di Sabah. Bincangkan.

8. Kumpul beberapa keratan akhbar atau artikel yang membincangkan isu-isu terkini
berkaitan pluraliti etnik di Sarawak. Bincangkan.

9. Kumpul beberapa keratan akhbar atau artikel yang berkaitan dengan pesta kebudayaan
etnik yang diadakan Sabah. Huraikan.

10. Kumpul beberapa keratan akhbar atau artikel yang berkaitan dengan pesta kebudayaan
etnik yang diadakan Sarawak. Huraikan.

11. Pilih beberapa gambar menarik hasil seni warisan etnik di Sabah dan terangkan.

12. Pilih beberapa gambar menarik hasil seni warisan etnik di Sarawak dan terangkan.

13. Pilih seorang tokoh terkemuka dari Sabah dan Sarawak yang telah memberikan
sumbangan besar terhadap pemeliharaan seni warisan dan budaya di negeri-negeri
tersebut.
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA (PPIB)

KOD: UL01502
KURSUS: PLURALITI ETNIK BORNEO

KRITERIA PEMBENTANGAN KUMPULAN:

1. Masa pembentangan 20 hingga 25 minit termasuk sesi soal jawab.


2. Wajib menyediakan slaid pembentangan.
3. Sediakan naskhah edaran (handout) dan senarai rujukan.
4. Slaid pembentangan perlu dimuat naik dalam smartv3Ums.

TAJUK - TAJUK PEMBENTANGAN:

1. Jelaskan nilai-nilai masyarakat pagan yang masih diamalkan sehingga kini oleh suku
etnik tertentu di Borneo.

2. Huraikan keunikan yang dimiliki oleh etnik bumiputera di Borneo.

3. Kemudahan pelbagai bahan mentah yang banyak di persekitaran seperti daun nipah,
pandan dan mengkuang telah mempengaruhi reka bentuk corak, motif dan penggunaan
bahan kraf tangan sesuatu etnik di Borneo. Jelaskan.

4. Tradisi ngayau yang pernah menjadi amalan etnik Dayak seringkali di pandang negatif
oleh sesetengah masyarakat. Berikan pendapat anda.

5. Masyarakat Borneo terkenal dengan pelbagai warisan budaya etnik termasuklah tarian
tradisional. Pilih beberapa jenis tarian tradisional etnik di Borneo dan huraikan

6. Pilih beberapa etnik di Borneo kemudian huraikan adat istiadat dan budaya perkahwinan
yang diamalkan.

7. Perkahwinan campur antara etnik berbeza sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat
Sabah dan Sarawak. Berikan pendapat anda.

8. Pesta Menuai di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak merupakan perayaan yang disambut
meriah. Jelaskan kepentingan perayaan tersebut kepada masyarakat di Borneo.
9. “Ikatan kekeluargaan lebih kuat berbanding agama”. Berikan pandangan anda terhadap
penyataan di atas berdasarkan situasi di Borneo.

10. Pertembungan budaya tempatan dengan budaya barat menyebabkan sesetengah etnik
kehilangan identiti dan ciri-ciri budaya tradisi. Berikan pandangan anda.

11. Terangkan tentang hukuman mengikut adat yang diamalkan oleh etnik-etnik tertentu di
Borneo.

12. Senaraikan warisan budaya daripada beberapa etnik yang boleh ditonjolkan sebagai
produk pelancongan bagi negeri Sabah dan Sarawak.

13. Mengapakah parti-parti politik di Borneo ditubuhkan berdasarkan etnik dan kawasan.
Jelaskan.

14. Bincangkan isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi dalam mengeratkan lagi hubungan
etnik yang harmoni dalam kalangan masyarakat di Borneo.
KOD: UL01502
KURSUS: PLURALITI ETNIK BORNEO

KRITERIA ULASAN ARTIKEL:

1. Ulasan artikel dihasilkan secara individu.


2. Ulasan yang dihasilkan mestilah bersifat kajian ilmiah dan pelajar boleh memilih tajuk
yang dikehendaki berkaitan pluraliti etnik Borneo. Sumber atau tajuk artikel yang dirujuk
tercatat dalam rujukan atau bibliografi.
3. Ulasan mengandungi muka depan, pengenalan, isu dan persoalan kajian, objektif kajian,
metodologi kajian, kepentingan kajian dan kesimpulan.
4. Plagiat, ciplakan atau meniru terhadap karya orang lain adalah dilarang sama sekali. Jika
berlaku sedemikian, tugasan tidak akan diberikan markah.
5. Tarikh penghantaran tugasan ialah pada atau sebelum______________. Tugasan yang
telah siap hendaklah dihantar kepada pensyarah dan jika lewat diterima akan dipotong
markah.
6. Tugasan hendaklah ditaip langkau 2 baris (double spacing), saiz huruf font 12 (times new
roman) dan bilangan patah perkataan 1,000 tidak termasuk bibliografi, lampiran, gambar,
jadual dan rajah.
7. Bahagian muka depan esei hendaklah dimasukkan maklumat berikut:- Tajuk ulasan
artikel, nama pelajar, no matrik, hari dan masa kuliah, no. telefon, nama pensyarah,
semester dan sesi pengajian.

You might also like