You are on page 1of 4

Nama: Siti Nur Syahindah Binti Alihan

No. Kad Matrik: A171586


Kod Kursus: LMCU1422
Tajuk Kursus: Asas Keusahawanan Islam dan Pelaburan Emas

Soalan 1.

1. Bincangkan ciri-ciri dan etika keusahawanan Islam yang terdapat pada Datuk S
dengan mengintegrasikannya budaya keusahawanan yang di amalkan oleh para
pekerja Syarikat XYZ.

Jawapan:

Ciri-ciri dan etika keusahawanan Islam yang terdapat pada Datuk S ialah
mempunyai keinginan dan kesungguhan tinggi untuk berjaya. Hal ini dapat dilihat
melalui sikap tidak putus asa Datuk S meningkatkan hasil jualannya walaupun pada
peringkat awal sambutan kurang memberangsangkan. Seterusnya, beliau mempunyai
ilmu dan kemahiran yang tinggi sepertimana beliau mengikuti kursus keusahawanan
selama 6 bulan di sebuah agensi kerajaan. Seterusnya, sentiasa menjaga kualiti produk.
Hal ini dapat dilihat apabila Datuk S menggunakan kebolehannya dengan mencipta
pelbagai design telekong yang baru dan juga mengubahsuai design dan corak telekong
sedia ada untuk memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah. Selanjutnya,
beliau juga seorang yang bersyukur dengan kejayaan yang sedia ada. Kejayaan yang
beliau perolehi digunakan untuk membantu anak muda tempatan dengan
menyediakan pusat latihan, memberi derma kepada surau dan masjid di sekitar negeri
A dan juga memberi sumbangan untuk pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam
sekolah. Etika keusahawanan Islam yang diamalkan oleh Datuk S pula adalah
keikhlasan. Keikhlasan beliau dapat dilihat melalui sikap bersungguh-sungguh dan
ikhlas dalam meningkatkan mutu produk dari semasa ke semasa dan para pekerja
beliau juga sentiasa bersemangat dan berusaha mencapai target syarikat walaupun
terdapat pelbagai cabaran. Selain itu, wujud hubungan persaudaraan yang baik antara
pekerja. Hal ini dapat dilihat melalui tempoh rata-rata pekerja beliau mampu bertahan
dalam tempoh yang lama dan mereka bekerja seumpama satu keluarga besar. Amalan
pengambilan pekerja juga sangat bagus kerana beliau tidak pilih kasih dan bersikap
adil. Walaupun terdapat pekerja yang bukan Islam, beliau tetap mengambil sebagai
pekerja kerana beliau menilai tanggungjawab yang ada pada para pekerjanya.

2. Berdasarkan kredibiliti seorang usahawan yang ada pada Datuk S, sejauhmanakah


syarikat XYZ boleh bertahan dalam mengharungi cabaran pandemik Covid-19.
Bincangkan dengan mencadangkan penyelesaian.

Jawapan:

Perniagaan yang dijalankan oleh Datuk S masih mampu berkembang lebih maju
jika beliau mengekalkan ciri-ciri dan etika keusahawanan Islam. Dari segi produk,
beliau dapat mengubah design terbaru telekong yang dikeluarkan untuk menarik
perhatian pembeli. Datuk S dapat menggunakan kualiti kain yang sesuai dengan harga
yang berpatutan. Hal ini kerana terdapat ramai orang yang terjejas pendapatan mereka
sepanjang mengharungi pandemik Covid-19. Bagi menghabiskan stok lama, Datuk S
dapat membuat promosi bagi produk beliau supaya stok tidak beku digudang. Ia lebih
baik daripada produk tidak laku dan tidak dapat keuntungan sama sekali. Seterusnya,
Datuk S dapat menggunakan platform yang lebih mudah untuk mempromosikan
perniagaan telekong yang dijalankan dengan menggunakan media sosial seperi
Instagram. Facebook dan Youtube. Hal ini sekali gus dapat mengurangkan
pengeluaran modal untuk mempromosikan barang menggunakan papan iklan, siaran
televisyen dan radio. Datuk S dapat mengarahkan setiap pekerjanya mempromosikan
perniagaan telekong yang dijual. Oleh itu, perniagaan akan terus berjalan lancar
kerana pasti ada masyarakat yang membelinya. Semakin tinggi bentuk promosi dan
kekereatifan pekerja mempromosikan produk, maka semakun ramai yang akan
membeli. Selanjutnya, Datuk S juga dapat menjalankan program “coaching online”
dalam urusan perniagaan dibawah nama syarikat XYZ. Hal ini kerana, sepanjang
musim pandemik Covid-19, masyarakat banyak menghabiskan masa dirumah.
Program dalam talian untuk membimbing mereka yang berminat dalam urusan
perniagaan dapat memberi manfaat kepada pernigaan Datuk S dan orang lain juga.
Ramai yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan sepanjang pandemik
Covid-19, maka mereka mencuba perniagaan dalam talian untuk menjana pendapatan
sampingan. Sekiranya Datuk S konsisten dalam melaksanakan “coaching online” bagi
membantu mereka yang mahu berniaga, syarikat XYZ beliau akan terus berkembang
maju dalam mengharungi pandemik Covid-19. Seterusnya, Datuk S perlu meneruskan
prinsip keadilan kepada semua pekerjanya. Walaupun perniagaan beliau sedikit
terjejas sepanjang pandemik Covid-19, beliau perlu menjaga kebajikan pekerja,
membayar harga yang setimpal terhadap kerja keras yang dilakukan oleh pekerjanya.
Hal ini kerana, jika bukan kerana pekerja yang bersungguh-sungguh, perniagaan
beliau tidak mungkin berjaya sehingga ke hari ini. Jika perlu, pekerja yang tidak
bertanggungjawab boleh dibuang bagi mengurangkan kos gaji pekerja. Pada waktu
begini, peranan pekerja sangat penting bagi menjamin kelancaran perniagaan syarikat
XYZ.

Soalan 2.

Analisis kedudukan hukum bagi transaksi rantai emas yang dibuat oleh Puan D dan
Cik F dan berikan cadangan alternatif untuk kedua-dua keadaan tersebut?

Jawapan:

Hukum bagi transaksi rantai emas yang dibuat oleh Puan D adalah tidak
bertepatan dengan syarak jika akad termetrai ketika Puan D membayar deposit. Hal
ini kerana terdapat penangguhan sebahagian harga emas dan penyerahan emas. Hal ini
kerana syarat barang ribawi adalah serah terima dalam majlis akad, tiada
penangguhan dan persamaan kadar pertukaran sama jenis. Oleh itu, cadangan
alternatif untuk transaksi Puan D adalah menjadikan pembayaran secara dua kali
sebagai simpanan amanah, tetapi akad jual beli masih tidak boleh dimeterai. Apabila
pembayaran terakhir dibuat dan jumlahnya mencukupi harga emas, barulah dimeterai
akad jual beli emas dengan harga yang dipersetujui sebelum itu. Dalam hal ini,
apabila ‘bayaran’ penuh dibuat, rantai emas tersebut baru diserahkan kepada Puan D.
Pembayaran melalui kad kredit adalah sah . Hal ini kerana harus membeli emas
menggunakan kad kredit ada sandaran manakala kad kredit yang tiada sandaran tidak
boleh digunakan untuk membeli emas.
Selain itu, hukum transaksi rantai emas Cik F pula adalah tidak sah. Hal ini
kerana terdapat penangguhan dalam urusan serah dan terima. Selagi pembayaran
wang dan penyerahan emas gagal dilaksanakan secara serta merta, maka transaksi jual
beli emas melalui internet adalah haram. Oleh itu, cadangan alternatif bagi transaksi
emas Cik F adalah pihak kedai ABC melantik pihak ketiga sebagai wakil kepada Cik
F dengan persetujuan Cik F. Setelah pembeli memasukkan sejumlah harga emas ke
dalam akaun khas (sebagai akaun amanah), wakil Cik F akan mengeluarkan wang dan
menjalankan transaksi dengan pihak kedai ABC emas secara serta merta dalam satu
majlis akad. Setelah emas diterima oleh wakil Cik F, dia boleh menyerahkan emas
tadi kepada Cik F yang diwakilinya pada bila-bila masa yang dipersetujui. Dengan
demikian, tiga syarat barang ribawi terpenuhi dan tiada sebarang bentuk
penangguhan.

You might also like