You are on page 1of 12

Tarikh 01.01.

2019 Minggu 01 Kelas 3 UPM


Matapelajara Pendidikan Seni Visual
07.30 –
n Masa
08.30am
Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Tajuk Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri
Objektif Pembelajaran / Kriteria Kejayaan : Murid akan berjaya sekiranya dapat

i. Menjelaskan jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri


ii. Memperihalkan pengkaji pakaian tradisional dan perhiasan diri
iii. Membanding beza jenis pakaian tradisional dan motif pada perhiasan diri
iv. Menjana hasil persembahan portfolio pakaian tradisional dan perhiasan diri

Standard Kandungan

1.1 Persepsi Seni dalam Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri Pemahaman terhadap Pakaian
Tradisional dan Perhiasan Diri dalam bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
1.2 Eksplorasi Seni dalam Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri
Eksplorasi maklumat daripada pelbagai sumber bagi pengukuhan terhadap Pakaian Tradisional
dan Perhiasan Diri
1.3 Ekspresi Seni dalam Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri Penzahiran idea dan konsep melalui
pelbagai sumber dan teknologi dalam penjanaan tugasan

Standard Pembelajaran

Murid boleh:
1.1.1 Menjelaskan jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri mengikut kaum dan etnik di Malaysia
1.1.2 Memperihalkan sumbangan tokoh budaya yang mengkaji pakaian tradisional
1.1.3 Mengklasifikasikan motif perhiasan diri mengikut kaum
1.2.1 Membanding beza jenis pakaian tradisional mengikut kaum dan etnik di Malaysia
1.2.2 Menginterpretasikan jenis pakaian tradisional melalui penerokaan motif pada perhiasan diri
1.3.1 Menghasilkan portfolio tentang jenis dan motif pakaian tradisional dan perhiasan diri

Kemahiran / Kemahiran berfikir Kritis /


Strategi Pengajaran & Pembelajaran Inkuiri Terbuka
EMK Sains dan teknologi / patriotisme
Aktiviti

Guru membuat persembahan multimedia tentang jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri.

Guru menunjukkan contoh jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri mengikut kaum
dan etnik di Malaysia

Guru menjelaskan sumbangan tokoh budaya yang mengkaji pakaian tradisional


Murid menjawab soalan-soalan sumbangsaran

Secara berkumpulan murid diminta membuat portfolio tentang jenis dan motif pakaian tradisional
dan perhiasan diri

Bahan Bantu Mengajar LCD / Powerpoint, pakaian tradisional, perhiasan diri


Refleksi
Tarikh 08.01.2019 Minggu 02 Kelas 3 UPM
Matapelajara Pendidikan Seni Visual
07.30 –
n Masa
08.30am
Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Tajuk Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri
Objektif Pembelajaran / Kriteria Kejayaan : Murid akan berjaya sekiranya dapat

iv. Menjana hasil persembahan portfolio pakaian tradisional dan perhiasan diri
v. Mempamerkan karya dan menjelaskan pengalaman sendiri dengan menumpukan pada aspek
media dan teknik berpandukan Bahasa Seni Visual

Standard Kandungan

1.3 Ekspresi Seni dalam Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri Penzahiran idea dan konsep melalui
pelbagai sumber dan teknologi dalam penjanaan tugasan

1.4 Apresiasi Seni dalam Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri Penghayatan terhadap hasil karya
seni dalam Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri dengan menggunakan Bahasa Seni Visual

Standard Pembelajaran

Murid boleh:
1.3.1 Menghasilkan portfolio tentang jenis dan motif pakaian tradisional dan perhiasan diri
1.4.1 Mempamerkan hasil karya portfolio
1.4.2 Menghayati dan menjelaskan hasil karya portfolio sendiri dan rakan dengan menumpukan pada
aspek Bahasa Seni Visual
1.4.3 Menjelaskan pengalaman sendiri dalam penghasilan karya portfolio pakaian tradisional dan
perhiasan diri

Kemahiran / Kemahiran berfikir Kritis /


Strategi Pengajaran & Pembelajaran Inkuiri Terbuka
EMK Sains dan teknologi / patriotisme
Aktiviti

Guru mengingatkan kembali tentang tajuk yang akan dipelajari

Murid menyambung kembali aktiviti membuat portfolio tentang jenis dan motif pakaian tradisional
dan perhiasan diri

Murid mempamerkan hasil karya portfolio mengikut kumpulan (tumpu galeri)

Murid membuat pemerhatian terhadap hasil karya yang dipamerkan

Murid mengemukakan pengalaman sendiri dalam penghasilan karya

Bahan Bantu Mengajar Kertas sebak, pen marker, keratan akhbar/majalah


pakaian tradisional, perhiasan diri

Refleksi
BAHAN BANTU MENGAJAR
SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran membuat pakaian daripada kulit
kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai, batu penerap itu digunakan sebagai
penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut dan nipis.

Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas masyarakat Melayu.
Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang amat ringkas. Mereka hanya menutup
di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya menggunakan 2 helai kain iaitu kain di kepala yang
diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau kain sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai dan
selesa dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika. Kaum wanita pula hanya menggunakan 3 helai
kain; iaitu kain sarung, kain kemban dan kain selendang. Perbezaan golongan wanita bangsawan
dengan rakyat adalah golongan bangsawan menggunakan kain daripada jenis yang mahal dan indah
serta memakai perhiasan keemasan. Dapat dilihat jurang sosial yang wujud dari cara berpakaian
masyarakat, semenjak sebelum kedatangan Islam.

Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagang-pedagang Arab
melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional
masyarakat Melayu secara berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13, adalah satu
tempoh transisi dan penyesuaian yang panjang. Walaupun agama Islam telah tersebar di alam
Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat.. Dari segi pakaian, masyarakat tempatan mula
berpakaian secara sopan dengan menutup badan mereka dengan baju. Kaum wanita dan lelaki
memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan
kain sari sutera.
Baju tunik adalah baju yang ditebuk di bahagian leher supaya memudahkan pemakainya
menyarungkan baju ini melalui leher, seperti ketika memakai baju kurung.

Selain baju tunik, seperti yang telah disebutkan di atas, ada juga baju yang berlengan pendek,
berleher tunik juga dan berkancing sebutir butang emas. Baju ini dinamakan baju alang. Baju alang ini
dipakai oleh raja-raja sebagai baju basahan.

Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan kesannya. Agama Islam
mula dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian masyarakat tempatan mula dipengaruhi pakaian
orang Arab seperti pemakaian jubah.

Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu
Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman kegemilangannya dan
sehingga sekarang warisan budayanya masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa Melayu.
Seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup
semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk
baju Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun Hassan telah melabuhkan
baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan baju Melayu. Baju itu
dinamakan baju kurung. Dengan melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu serupa
dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab.

Sekiranya kaum lelaki memakai baju kurung dengan seluar panjang dan kain sarung yang
diikat di pinggang hingga ke paras lutut, kaum wanita pula memakai baju kurung dengan kain sarung.
Kaum wanita juga telah mula memakai kelubung untuk menutup kepala yang terdedah semasa
keluar rumah. Pada waktu itu, wanita - wanita yang berkelubung terdiri daripada golongan istana,
bangsawan, anak-anak yang keluarganya ialah guru-guru mengaji.

REVOLUSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Proses evolusi pakaian tradisional Melayu turut berlaku pada zaman penjajahan Barat di Asia
Tenggara. Pereka pakaian Melayu mulai menyerapkan ciri-ciri Barat yang dianggap sesuai ke pakaian
tradisional Melayu. Pakaian bagi kaum lelaki, pada zaman penjajahan British adalah, seperti pakaian
baju labuh berkolar dengan kain sarung atau pakaian kot, vest, seluar panjang serta kain samping.
Bagi golongan raja-raja pula, pakaian kot berbutang emas atau logam berbaris yang mengancing baju
yang terbuka di bahagian hadapan, seluar panjang berfesyen Inggeris serta memakai pedang. Ada
juga yang memakai hiasan jam berantai. Bagi kaum wanita pula, terutama sekali golongan
bangsawan, baju kurungnya masih dikekalkan dalam bentuk labuh dan longgar. Baju kurung ini
dikenakan dengan kain ikatan ‘ombak mengalun’. Selain baju kurung, ada juga ‘baju labuh’ yang
berbelah di hadapan. Bagi golongan istana atau golongan bangsawan, penggunaan aksesori seperti
kerongsang sering dipadankan dengan pakaian mereka.

Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi.Fesyen baju
tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana atau golongan bangsawan dan kemudian menjadi
ikutan rakyat biasa. Akhirnya, reka bentuk pakaian tradisional Melayu antara golongan istana
dengan rakyat hampir serupa, hanya jenis kain serta aksesori yang digunakan berbeza.
Dahulu, anugerah raja kepada rakyat yang telah berjasa adalah berupa bahan pakaian. Ada
diriwayatkan dalam sejarah Melayu, seorang hamba raja menerima anugerah sepersalinan pakaian.
Sepersalinan pakaian itu sebenarnya merupakan bekas pakaian yang pernah dipakai raja. Anugerah
sepersalinan pakaian dianggap tinggi kerana nilai sosial yang ada pada masyarakat menganggap apa
sahaja yang menjadi budaya diraja, sebagai suatu yang mulia. Sebenarnya anugerah sebegini dapat
memperkukuhkan kedudukan raja kerana raja tidak akan memakai atau mengambil sesuatu yang
pernah menjadi bekas rakyat tetapi sebaliknya, rakyat boleh mengambil sesuatu yang menjadi bekas
raja melalui anugerah raja.

Rakyat zaman dahulu juga tidak dibenarkan memakai kain berwarna kuning dan tidak boleh
memakai perhiasan diri serta kain sutera berwarna kuning dan sutera putih. Tercermin pengaruh
Hindu yang menganggap warna kuning sebagai warna keramat yang khusus untuk golongan
bangsawan.

Bagi orang Melayu, pakaian memainkan peranan penting sebagai suatu yang amat berharga
dan disanjung tinggi. Justeru banyaklah ungkapan yang menggunakan istilah ‘kain dipakai’ untuk
menerangkan nilai yang ada pada seseorang. Sebagai contoh, ungkapan ‘jika buruk kain dipakai,
buruklah sifat seseorang itu’. Namun ungkapan ini bukan bermaksud menghina golongan yang tidak
berkemampuan memakai pakaian cantik. Apa yang dimaksudkan dengan buruk kain dipakai adalah
cara seseorang itu mengikat kain. Jika tidak teliti dan mahir, kain akan kelihatan berkedut dan tidak
rapi. Simboliknya, memaparkan nilai yang ada pada si pemakai sebagai seseorang yang tidak tahu
mengurus diri dengan baik, tidak sabar dan kurang teliti.

JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Citra pakaian tradisional Melayu begitu penting sehinggakan sebarang perubahan,


penyesuaian dan gubahan yang dilakukan terhadap pakaian tradisional tidak boleh lari dari citra
asalnya. Buktinya, baju Melayu tetap memantulkan keperibadian Melayu dan terus dipakai hingga
kini.

Baju Kurung Teluk Belanga

Menurut Dato’ Haji Muhammad Said Haji Sulaiman, dalam bukunya Pakaian Patut Melayu,
pakaian baju kurung yang dipakai sehingga sekarang berasal dari negeri Johor. Menurut beliau,
pakaian tradisional ini dipakai di negeri Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu
Bakar; iaitu pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.
Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor. Orang Johor telah
mengubah suai pakaian Melayu di bahagian leher dengan menjahit “tulang belut” dan “sembat
halus” pada seluruh baju kurung itu; supaya kelihatan lebih kemas dan menarik. Baju kurung Teluk
Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan. Pada bahagian pangkal belahan
dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang. Rumah
kancing dibuat dengan jahitan ‘insang pari’.

Baju kurung Teluk Belanga memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang
yang berwarna emas atau perak. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar serta kain
samping dagang. Ciri-ciri ini telah memperlihatkan keunikan identiti baju kurung orang Johor. Bagi
kaum wanita, mereka biasanya memakai butang berbatu berlian atau batu lain yang bernilai. Kini,
kaum wanita gemar menggunakan keronsang kecil sebagai pengganti butang baju kurung. Baju
kurung ini dipakai dengan kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’.

Baju Kurung Cekak Musang

Baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan sejak dari mula baju ini dicipta. Baju kurung
yang ditambah dengan leher berdiri; dinamakan baju kurung cekak musang atau baju wan. Baju ini
telah dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah jemaah haji yang pulang dari Makkah). Jubah ini
telah dipendekkan ke paras punggung supaya selesa dipakai. Poketnya dijahit serupa dengan baju
kurung Teluk Belanga. Bahagian leher baju kurung cekak musang ini dikancing dengan tiga, lima,
tujuh atau sembilan butir butang. Bahagian leher ini tidak dijahit tulang belut halus. Bagi kaum lelaki,
baju ini dipadankan dengan seluar potong Melayu dengan kain samping dagang luar. Bagi kaum
wanita pula, baju kurung cekak musang juga dipakai dengan kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’.

Seluar

Pakaian seluar diperkenalkan oleh saudagar Arab, Parsi dan India Muslim. Semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah, seluar menjadi popular di kalangan pembesar dan orang istana.
Ini kerana pembuatan seluar pada masa itu memerlukan kepakaran penjahit dan kain yang banyak.
Hanya golongan berada yang mampu memakainya.

Golongan bangsawan memakai seluar potongan Acheh, manakala rakyat biasa


menggunakan dua jenis potongan seluar iaitu seluar ‘gunting Melayu’ dan seluar ‘gunting Cina’.
Seluar potongan gunting Melayu mempunyai potongan yang paling ringkas dan memudahkan
pergerakan lasak.

Kain Sarung

Pada masa dahulu, terdapat satu lagi kain sarung yang dinamakan ‘kain dagang’.Kain ini
dipakai oleh kaum wanita sebagai kain tudung. Kain dagang ini digunakan untuk melindungi diri
daripada cahaya matahari dan daripada pandangan lelaki. Apabila sampai di rumah, kain ini diikat
pada pinggang sahaja. Dahulu, kain sarung wanita ini boleh juga menjadi senjata kaum wanita jika
diserang.
Baju Kurung Moden

Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Baju
kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik. Ia tidak gelobor seperti baju kurung
tradisional. Ini kerana baju kurung moden mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi
baju. Namun, ciri-ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang
dan masih digunakan dengan kain sarung.

Baju Kebaya

Baju belah telah melalui evolusi kerana telah terpengaruh dengan pakaian wanita Barat. Baju
belah yang asalnya gelobor dan labuh kini mulai berubah dengan bentuk yang lebih kemas. Potongan
baju menjadi ramping di pinggang serta labuh baju disingkatkan sedikit. Nama yang sesuai telah
mengiringi perubahan baju belah ini menjadi baju kebaya.

Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju
kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Kain sarung diikat secara
ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai dengan
kancing berbunga atau kerongsang yang beransingan atau yang berantai.

Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan
sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju.

Baju kebaya moden telah mula dipakai orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Walaupun
dinamakan baju kebaya moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih ada kerana baju itu dipakai
dengan kain. Baju kebaya moden ini adalah baju kebaya pendek yang ketat dan dipadankan dengan
kain ikatan secara wiron. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah
belakang badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut bentuk
badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas.

Pada tahun 1960an, baju kebaya moden dipadankan dengan kain yang ketat dan dibahagian
hadapan kain dibuat satu belahan hingga ke paras lutut untuk memudahkan pergerakan. Apabila
pemakainya mengatur langkah, betisnya akan kelihatan.

Pada akhir tahun 1970an, baju kebaya moden tidak digemari. Fesyen pakaian itu berubah kepada
bentuk lebih longgar dan manis dilihat. Kebaya ini masih dipadankan dengan kain yang berbelah,
tetapi selisih kain di bahagian belahan dilebarkan supaya betis tidak kelihatan.

Dewasa ini, baju kebaya turut dipadankan dengan seluar. Seluar itu akan dikecilkan sedikit
pada bahagian buku lali. Ini bagi membolehkan si pemakai bergerak bebas.
Pakaian Tradisional Melayu

BAJU KURUNG

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja. Setelah kedatangan Islam,
mereka mula memakai baju kurung yang sopan. Baju kurung lazimnya diketahui sebagai jenis baju
longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat
tepi. Baju tersebut meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai
mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti
songket atau batik. Digandingkan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai
dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.

BAJU MELAYU

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju Melayu. Baju Melayu merupakan kameja
longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping
yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok. Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi
kepada dua iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan baju Melayu potongan cekak musang.
Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju Melayu Teluk Belanga
biasanya terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit
secara sulaman. Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga biasanya samping dipakai di sebelah
dalam baju. Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan
Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Cara memakai baju Melayu
Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju.

Pakaian Tradisional

Anyaman Tradisi Asia yang Memikat

Daripada topi berbulu kaum asli dengan pakaian kulit kayu kepada fabrik songket beranyam emas,
kepelbagaian kostum tradisional Malaysia dan tekstil yang pelbagai serta berwarna-warni.

Pada suatu masa dahulu, puak asli memakai kostum kulit kayu dan manik corak alami. Dengan
kewujudan kerajaan purba, tekstil dianyam tangan yang halus dan batik Melayu yang teliti telah
dipakai bangsawan Melayu. Apabila kegiatan perdagangan asing berkembang, kostum dan tekstil
seperti sutera Cina, pelikat India atau sarong berpetak-petak dan jubah Arab dengan lengan yang
luas, diperkenalkan ke negara kita.

Sekarang pemakaian tradisional dengan kebaya baju Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih
lagi dipakai meluas.

Melayu

Sebelum abad ke-20, wanita Melayu masih lagi berkemban, hanya sarong diikat di dada, dipakai ke
tempat awam. Apabila Islam menjadi lebih meluas, mereka mula memakai baju kurung yang sopan
tetapi elegan. Baju kurung adalah blaus longgar selabuh lutut yang biasanya dipakai di luar skirt
panjang dengan lipatan di tepi. Ia juga boleh dipasang dengan fabrik tradisional seperti songket dan
batik. Biasanya, pakaian tradisional dilengkapkan dengan selendang atau tudung serta skaf.

Pakaian tradisi lelaki Melayu ialah baju melayu. Baju melayu berbentuk kemeja dikenakan dengan
seluar. Ia biasanya disertakan dengan sampin - sarong pendek dililit di pinggang.

Cina

Selesa dan elegan, cheongsam tradisional atau 'baju panjang' juga adalah fesyen pilihan
kontemporari popular bagi wanita. Biasanya ia mempunyai kolar tinggi, butang ataupun butang
katup berdekatan bahu, ketat di bahagian pinggang, dan belahan di satu atau dua sisinya. Ia biasanya
dibuat daripada sutera berkilau, satin bersulam atau fabrik mewah yang lain.

India

Sari adalah pakaian India tradisional yang terkenal di seluruh dunia. Sehelai kain biasanya 5-6 ela
lebarnya, sari ini dipakai dengan anak baju dengan warna serupa atau blaus yang bertentangan
warnanya. Biasanya, ia dibalut pada badan dengan pallau - bahagian yang paling banyak bercorak -
diletakkan pada bahu kiri. Anak baju dipakai hanya di atas atau bawah perut dan berfungsi sebagai
pakaian sokongan untuk memegang sari. Dibuat daripada pelbagai bahan, tekstur dan rekaan, sari
adalah sangat istimewa.

Popular bagi wanita India utara adalah salwar kameez atau baju Punjabi; iaitu baju panjang dipakai
bersama seluar dengan selendang sepadan.

Kurta adalah pakaian tradisional masyarakat India untuk lelaki pada majlis formal. Ia adalah baju
panjang paras lutut yang biasanya dibuat daripada kain kapas atau linen.
Baba Nyonya

Pendatang dari China yang berkahwin dengan orang Melayu menggunakan pakaian kebaya elegan,
dan boleh kita kenalpasti sebagai ' haute couture' tradisional.

Buatan tangan dengan skil hebat menggunakan fabrik nipis, sulaman halus yang setara dengan
sulaman renda Venetia. Pièce de résistance bagi ini adalah teknik jahitan yang dipanggil tebuk lubang
- bermaksud melubangkan kain. Ini melibatkan menjahit garisan luar motif bunga pada fabrik dan
memotong keluar bahagian dalamnya. Apabila dilakukan dengan betul, hasilnya adalah sulaman
halus seperti renda pada kolar, dada, lengan, sisi, dan dua panel segi tiga di hadapan, yang berada di
bahagian pinggang, disebut sebagai lapik.

Portugis-Eurasia

Keturunan peneroka dari Portugis pada abad ke-16, pakaian Portugis-Eurasia Melaka mencerminkan
warisan mereka. Dengan bertemakan warna hitam dan merah, lelaki memakai jaket dan seluar
dengan tali pinggang lebar manakala wanita memakai skirt kembang beropol hadapan.

Sarawak

Dengan kepelbagaian kumpulan etniknya, negeri terbesar Malaysia, Sarawak mempunyai pelbagai
jenis pakaian tradisional suku kaum. Menggunakan pelbagai rekaan dan motif asli, bahan biasa bagi
puak hulu sungai atau Orang Ulu adalah kain anyam sendiri, fabrik kulit kayu, bulu dan manik.
Sarawak dikenali dengan pua kumbu beranyam daripada puak Iban, songket daripada Melayu
Sarawak, aksesori manik berwarna-warni, barang kemas tradisional dan hiasan kepala.

Sabah

Seperti Sarawak, Sabah juga dianugerahkan pelbagai kumpulan etnik. Setiap kumpulan memakai
pakaian, hiasan kepala dan hiasan diri dengan bentuk, motif, dan skema warna tertentu berdasarkan
puak dan kawasan asalnya. Namun begitu, kumpulan dengan perbezaan budaya tetapi tinggal
berdekatan mungkin mempunyai persamaan dalam pakaian tradisional. Topi dan hiasan kepala yang
terkenal termasuk topi anyaman wanita Kadazan Dusun, dastar anyaman Bajau dan hiasan kepala
lelaki Lotud, yang menunjukkan bilangan isterinya dengan bilangan bucu lipatan.

Orang Asli

Orang Asli Semenanjung Malaysia yang secara tradisinya tinggal di dalam hutan, dahulunya pernah
memakai pakaian daripada bahan semula jadi seperti kulit kayu terap, dan skirt rumput. Hiasan
termasuk hiasan kepala yang dianyam kemas dengan corak halus dibuat daripada jaluran daun.

You might also like