Professional Documents
Culture Documents
Kajian Tindakan Matematik
Kajian Tindakan Matematik
1
ISI KANDUNGAN
i. ISI KANDUNGAN 2
1.0 PENDAHULUAN
5–8
1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
13 – 24
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Jadual Pelaksanaan
Kos Kajian
7.0 LAMPIRAN 28 – 34
2
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Tukul dan
Pistol dalam meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan
pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam
Tajuk Nombor Bulat . Subjek kajian ini melibatkan 30 orang murid Tingkatan 1 di sebuah
sekolah di Kuala Lipis , Pahang yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang
perempuan . Data dikumpulkan melalui ujian pra , ujian pos , soal selidik , pemerhatian serta
temubual . Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan statistik deskriptif
manakala soal selidik persepsi murid dianalisis dengan mengira peratus . Saya telah
menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu pelajar menjawab soalan pendaraban
melibatkan tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Penggunaan
kaedah ini , akan mengggalakkan tingkah laku aktif dan seronok dalam kalangan murid dan
semua murid bersetuju bahawa kaedah ini dapat menarik minat mereka dalam mempelajari
Matematik . Kajian akan membuktikan bahawa Kaedah Tukul dan Pistol ini mampu
meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam menjawab soalan pendaraban dalam topik
Nombor Bulat dalam Matapelajaran Matematik Tingkatan 1.
3
ABSTRACT
This study was conducted to find out the use of Hammer And Pistol method in helping
student to answer questions involving multiplication of three-digit number with two digits,
which involves regrouping in Whole Numbers topic . The number of subjects for this study
were 30 pupils of Form 1 which consists of 15 boys and 15 girls from a school in Kuala
Lipis, Pahang . Data was collected through pre – test , post- test , questionnaires ,
observations and interviews . The results of pre-test and post-test were analyzed using
descriptive statistics and perception of students questionnaires were analyzed by calculating
the percentage . I use this Hammer an Pistol method to teach student to answer questions
involving multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping.
The use of this method can encouraged active and fun behavior among students and all of
them agreed that their interests has increased in learning Mathematics. This study proves that
this method can improve students skill and interests in answering questions involving
multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping in Whole
Numbers topic .
4
1.0 PENDAHULUAN
Kegunaan matematik dalam kehidupan seharian adalah suatu perkara yang tidak asing
lagi. Hal ini kerana, bidang matematik ternyata sangat meluas termasuklah bidang sains
semulajadi, diikuti kejuruteraan, perubatan, sains sosial dan sains gunaan. Matematik dapat
melatih individu untuk berfikiran mantik, analitis, sistematik, kritis, menyelesaikan masalah,
dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut secara bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian.
Matematik dijadikan salah satu matapelajaran teras di semua sekolah seantero dunia.
Pembelajaran Matematik bertujuan memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan
tugasan kreatif berbentuk penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis serta pemikiran abstrak
(Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010). Sebenarnya, matlamat-matlamat ini hanya
akan tercapai dengan cemerlang sekiranya guru sebagai agen perubahan menunjukkan etika
yang komited dalam mengimplementasikan kurikulum Matematik secara berkualiti.
Justeru itu , cadangan kajian ini disediakan berdasarkan permasalahan murid sukar
menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula dalam mata pelajaran Matematik dimana ianya memberikan
impak kepada keputusan ujian dan peperiksaan mereka kerana mereka sudah berada di
sekolah menengah . Ini akan memberikan kesan negatif terhadap murid dan sekolah kerana
mereka masih di tingkatan satu dan perlu menghadapi pelbagai aras soalan Matematik yang
lebih tinggi . Apabila kajian ini dibuat , secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah
dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat sedar betapa pentingnya
peningkatan pencapaian matapelajaran ini dalam PT3 dan SPM seterusnya . Langkah pertama
untuk melaksanakan kajian ialah membuat cadangan kajian kemudian disusuli dengan kajian
tindakan . Saya telah mencadangkan agar penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol digunakan
dalam kajian ini sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan
yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula .
6
1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Saya seorang guru Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala
Lipis . Sebagai seorang guru matematik, saya merasakan saya sudah menyampaikan
pengajaran dengan berkesan namun begitu semasa saya menjalankan pengajaran saya dapati
murid – murid daripada Tingkatan 1 Bestari tidak dapat menjawab latihan yang diberikan
dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan
dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.
Untuk makluman ,murid Tingkatan 1 Bestari terdiri daripada pelajar yang sederhana
dan lemah. Kelas ini juga terdiri daripada murid Orang Asli . Pelajar – pelajar Orang Asli
dalam kelas ini juga mempunyai motivasi diri yang rendah walaupun mereka mempunyai
potensi dan kemahiran yang tersendiri jika dibandingkan dengan pelajar Melayu di SMK
Kuala Lanar .
Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajaran saya kurang
berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang
diberikan, secara tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan
membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian
dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama
contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan
di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini
meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya. Kesannya
mereka akan merasakan adalah sukar untuk mempelajari Matematik .
7
Bagi mengenalpasti kelemahan pelajar , saya telah mengulang semula teknik
pengajaran ‘talk and chalk ‘ yang saya telah gunakan di mana saya menunjukkan contoh
pengiraan di hadapan papan hitam secara perlahan – lahan kerana saya . Namun begitu ,ianya
amat mendukacitakan saya apabila saya mendapati hanya dua orang sahaja dapat menjawab
dengan betul manakala yang lain tidak dapat menjawab dengan tepat serta ada sebahagian
daripada mereka tidak memberikan perhatian semasa saya mengajar .
Apabila saya bertanya secara rawak kepada mereka , kenapa mereka tidak dapat
menjawab soalan yang saya berikan jawapan mereka adalah mereka tidak berminat dengan
Matematik dan ianya sangat sukar kepada mereka . Ini sangat membimbangkan kerana
mereka baharu sahaja di Tingkatan Satu dan perjalanan mereka masih panjang . Justeru itu ,
saya perlu menarik minat mereka dan sekaligus menyangkal tanggapan mereka bahawa
matematik itu sukar . Ini adalah satu cabaran kepada saya .
Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda.
Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik
ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah
berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi
masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya bersemangat untuk
mengkaji permasalahan ini. Sehubungan dengan itu saya telah memilih masalah ini untuk
dijadikan tajuk kajian tindakan saya.
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak
sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Tukul dan Pistol
supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna.
Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi
menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga
dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat
mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna .
8
2.0 ISU / FOKUS KAJIAN
Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu
pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu
gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah
pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil
kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu
mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah
amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta
minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.
Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan
proses proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di
dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tingkatan 1 Bestari
dalam mata pelajaran Matematik.
Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal
dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula kepada tiga puluh orang murid Tingkatan 1 Bestari di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang.
Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat
dikuasai oleh murid , mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban
dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid
untuk menguasai konsep ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika
membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan
dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah.
9
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
i. Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit
dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.
ii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan
kemahiran mendarab.
iii. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.
i. Sejauh mana penggunaan alatan Tukul dan Pistol ini akan dapat membantu
murid-murid Tingkatan 1 Bestari ini untuk memperbaiki tahap penguasaan
murid-murid ini di dalam operasi darab tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula.
10
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 30 orang murid ( responden ) Tingkatan 1 Bestari dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang . Mereka terdiri daripada 15
orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan . Murid – murid dalam Tingkatan 1
Bestari ini adalah boleh dikategorikan sebagai murid yang lemah . Latar belakang murid
dalam kelas ini adalah daripada masyarakat Orang Asli yang datang dari kawasan pedalaman
seperti Pos Titom , Pos Senderut dan Pos Lenjang . Seperti yang sedia maklum , pelajar
Orang Asli ini adalah daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dari segi
ekonomi dan juga lemah dalam pelajaran .SMK Kuala Lanar pula adalah merupakan satu –
satunya sekolah menengah di daerah Lipis yang menempatkan hampir 500 orang pelajar
orang asli . Oleh sebab itu , kebanyakan murid murid – murid di sekolah ini dalam tahap
sederhana dan lemah dari segi penguasaan dan pencapaian pembelajaran mereka .
Melaui pemerhatian saya , murid – murid dalam Tingkatan 1 Bestari ini juga
mempunyai motivasi serta keyakinan diri yang rendah serta kurang menunjukkan minat
untuk belajar . Sebagai contohnya , mereka tidak suka bertanyakan soalan dan hanya gemar
menyalin sahaja . Mereka juga sering tidak hadir ke sekolah terutamanya selepas cuti
persekolahan di mana mereka dibenarkan pulang ke kampung . Murid – murid ini juga terlalu
pasif dari segi komunikasi , pergaulan mahupun psikomotor . Mereka gemar bertutur dalam
bahasa mereka sehingga menyukarkan guru untuk berkomunikasi dengan mereka .
JANTINA
BIL NAMA MURID
LELAKI PEREMPUAN
1 AKIYAH A/P JIMIN √
2 AKMEL A/L KAMAL √
3 AMENG A/L SOLIBIN √
4 AMISA A/P SALIM √
5 ASROL A/L BAH TIK √
6 BAH BEJON A/L BAH SIU √
7 DIANA A/P YOK LAS √
8 HASNOL BIN YOK TOI √
11
9 JAMADE A/L JUNAIDI √
10 JASNI A/L ROSLAN √
11 JUSIKA A/P SUHAIRI √
12 KAMARUL A/L AZAMI √
13 KRIS DAYANTI A/P ROSMAN √
14 MAIDIN A/L NORDIN √
15 MASADINA A/P HAMZAH √
16 METIUS A/P BAH KELOH √
17 PETER A/L YOK ASU √
18 RAZUAN A/L BAH GI √
19 RINA A/P BAH SEMAN √
20 ROHA A/P SIATU √
21 ROSMISA A/P ABAI √
22 SAMSURI A/L DAUD √
23 SANJAY A/L BAH LONG √
24 SHAROL A/L BAH CEGEH √
25 SUHAIDA A/P YOK TIAP √
26 TINI A/P YOK NOH √
27 WAK RIKENT A/P RAMAN √
28 WAK SAMBERIA A/P BAH RIYAH √
29 WAK SEPI A/P BOK YAK √
30 ZEBRA A/L AHLOI √
12
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Pada peringkat awal , permasalahan murid dapat dikenal pasti melalui pemerhatian ,
soala selidik , temubual , lebaran kerja dan hasil kerja rumah murid ( Lampiran A ) . Daripada
hasil tinjauan , saya mendapati sebab utama murid gagal dalam ujian yang dijalankan adalah
kerana tidak dapat melakukan pengiraan dengan tepat dan baik . Tinjauan juga dilakukan
dengan menggunakan senarai semak dari pemerhatian di dalam bilik darjah semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan .
Selain daripada itu , dapatan daripada temubual yang dijalankan kepada beberapa
orang guru Matematik di sekolah ini , saya mendapati bahawa murid – murid ini
( terutamanya pelajar asli ) sangat lemah dalam pengiraan Matematik . Mereka suka
menguasai kaedah pegiraan terutamanya darab dan bahagi . Kaedah pengajaran biasa seperti
penerangan dan tunjuk cara oleh guru tidak membantu meningkatkan pemahaman pelajar .
Justeru itu , saya perlu menggunakan cara lain yang lebih spesifik bagi membantu
meningkatkan pemahaman pelajar sekaligus menarik minat mereka mempelajari Matematik .
Bagi pelaksanaan kajian tindakan ini , saya telah merujuk kepada Model Penyelidikan
Tindakan Zuber – Skerrit ( 1990 ) daripada Buku Manual Kajian Tindakan ( Edisi Ketiga ) .
Langkah pelaksanaan kajian ini adalah berbentuk pilin di mana ianya terdiri daripada kitaran
perancangan , tinakan dan carian fakta berkenaan dengan keputusan tindakan . Satu kitaran
asas alam kajian tindakan seperti mana yang dikatakan oleh Zuber – Skerrit ( 1990 ) adalah
seperti berikut :
Refleksi
Pemerhatian Mengenalpasti
masakah
Tindakan Perancangan
13
a. Mengenalpasti masalah ( hanya terdapat dalam kitaran pertama )
Saya akan menegenalpasti masalah yang memberikan signifikan kepada saya sendiri
iaitu pencapaian dan minat murid dalam topik kajian saya . Masalah yang dikenalpasti
dianalisis bagi memastikan kemungkinan berlaku kesan kepada murid – murid
khususnya dalam pencapaian akaemik mereka . Saya turut dapat mengenalpasti faktor
– faktor yang memberi kemungkinan murid – murid dapat mengira dengan baik .
b. Perancangan
Setelah membuat analisis permasalahan yang dihadapi , saya akan menyenaraikan
beberapa teknik yang dapat digunakan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan
masalah ini . Saya telah membuat keputusan untuk menggunakan Kaedah Tukul dan
Pistol sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang
melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula . Saya turut akan merancang pelaksanaan tindakan intervensi
yang bakal dijalankan kepada kumpulan sasaran , iaitu merancang bagaimana kaedah
Tukul dan Pistol ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan sasaran yang telah
ditetapkan . Saya juga akan memilih instrumen yang akan digunakan untuk mengukur
keberkesanan kaedah tersebut .
c. Tindakan
Saya menjalankan tindakan intervensi kepada kumpulan sasaran seperti yang
dirancang . Saya akan merancang dua intervensi untuk memastikan kejituan
keputusan terhadap topik kajian saya ini . Semasa intervensi ini , saya akan
menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu kumpulan sasaran saya
menjawab soalan melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula .
Setiap murid akan menggunakan empat helai kertas lutsinar yang berlainan warna.
Murid perlu membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
14
Murid melakar pistol dan tukul dengan menggunakan dua helai kertas lutsinar
yang berlainan warna.
Kemudian, ianya digunting.
Pistol
Hammer
menggunakan kertas lutsinar yang lain, lakarkan tangga dan kotak jawapan. Buat
dan guntingkan lubang di bahagian tengah kotak.
15
Aktiviti 2 : Mengisi nombor dan menyelesaikan operasi darab. Tangga
Setelah pistol dan tukul dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan mengisi
Kotak
nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab nombor 3 digit dengan 2 digit.
Jawapan
Langkah 1: guru memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik untuk
diselesaikan oleh murid.
Contoh:
246 x 12 = ?
Murid akan mula mengisi nombor pada pistol dahulu.
Cara untuk mengisi nombor ialah dengan meletakkan “pistol” di atas
sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak
“pistol”. Kemudian cari hasil darabnya.
Langkah 2: Setelah selesai mencari jawapan pada “pistol”, letakkan bentuk
“tukul” pada kertas yang sama, dengan bertindih pada “pistol”.
16
Murid akan mula mengisi nombor dan menyelesaikan jawapannya.
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi
kerana barisan nombor pertama telah diisi dalam bentuk “pistol”.
Langkah 3 : Setelah jawapan “pistol” dan “tukul” dapat diselesaikan, murid akan
menggunakan bentuk “stairs” untuk diisikan dengan jawapan yang telah dibuat.
Langkah akhir ialah menggunakan kotak jawapan. Murid akan mencari
hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “tukul”. Jawapan ini akan
diisikan ke dalam kotak jawapan.
d. Pemerhatian
Saya akan menyelia keberkesanan tindakan intervensi yang akan dijalankan
menggunakan Kaeah Pistol dan Tukul ini . Saya akan meminta rakan sejawat
merekod tingkah laku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam
borang senarai semak .
e. Refleksi
Saya akan membuat analisisa dan refelksi terhadap tindakan intervensi yang telah
dijalankan . Saya akan turut membuat penambahbaikan tindakan dalam kitaran yang
seterusnya .
Pemerhatian METODOLOGI
Soal Selidik
KAJIAN
Temu bual
Terdapat empat jenis instrumen kajian yang telah digunakan iaitu ujian pra dan ujian
pos ( kuantitatif ) , soala selidik ( kualitatif ) , temu bual ( kualitatif ) dan pemerhatian
17
(kualitatif) . Cara pengumpulan data yang digunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini
telah diterangkan secara terperinci seperti berikut :
5.2.1 Pemerhatian
Murid
Aspek Penilaian M1 M2 M3 M4 M M M M M M1 M3
5 6 7 8 9 0 0
Suka berjalan / keluar dari kelas
Bising / suka berbual dengan rakan
Tidur / Mengantuk semasa P & P
Pasif / tidak melibatkan diri dalam P &
P
Aktif / melibatkan diri dalam P & P
Kerap bertanyakan soalan
Menyiapkan latihan
Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia
dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini
secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai
kemahiran mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan secara rambang terhadap
18
murid-murid yang saya dapati mempunyai masalah dalam mendarab tiga digit dengan
dua digit.
Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah
untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu
dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian
tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk
meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.
19
Ujian Pos ( Lampiran C ) akan dijalankan apabila selesai rawatan
dilaksanakan . Ujian ini di dilaksanakan untuk mengenalpasti keberkesanan Kaedah
Pistol dan Tukul yang telah digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam
mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula .
Soalan yang digunakan adalah berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai
bilangan soalan yang sama . Melalui keputusan ujian , saya dapat menilai
keberkesanan penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol dalam proses pengajaran dan
pembelajaran .
20
mengguanakan statistik deskriptif manakala persepsi murid dianalisis menggunakan
peratus bagi setiap item .
Markah ujian pra dan pos dianalisis dalam bentuk carta pai , graf garis dan
juga jadual bagi melihat pencapaian murid sama ada mengalami peningkatan atau
penurunan . Graf garis digunakan bagi menunjukkan keputusan dan hasil
perbandingan di antara markah ujian pra dan ujian pos bagi murid – murid Tingkatan
1 Bestari . Gred Pemarkahan bagi PT3 mengikut Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS) akan digunakan .
Ujian pos akan diberikan kepada murid – murid Tingkatan 1 Bestari selepas
tindakan intervensi dijalankan iaitu selepas Kaedah Pistol dan Tukul diaplikasikan
dalam topik kajian ini . Soalan bagi ujian pos adalah soalan yang digunakan adalah
berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai bilangan dan bentuk soalan
soalan yang sama.
21
5.3.3 Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian bertulis pra dan ujian bertulis pos akan dianalisis dengan membuat
perbandingan peningkatan gred setelah mengumpulkan markah pencapaian murid
dalam ujian . Data akan dianalisis secara satistik deskriptif iaitu menganalisis data
dengan mengira peratus , min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pos .
TARIKH
BIL AKTIVITI CATATAN
PELAKSANAAN
1.
Mengenalpasti isu dan fokus 20 Mei – 20 Jun 2015 Proses pengajaran dan pembelajaran.
22
02 Jun 2015 tingkah laku murid.
7. Merancang kajian tindakan 01– 05 Ogos 2015 Memmbuat kajian lanjut mengenai
kaedah pengajaran yang berkesan
Perancangan rapi bagi pelaksanaan
kajian tindakan
2015 2016
5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3
23
2. Pengumpulan data awal
24
2 30 helai kertas transparent 30 RM 3.00 RM 90.00
yang berlainan warna
JUMLAH RM 273.50
RUJUKAN
Abdul Rahim Abd. Rashid . (2000) . Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
25
Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya : Fajar
Bakti Sdn Bhd
Alis b. Putih. ( 2009) . Kajian tindakan di sekolah satu pengenalan . Shah Alam : Pure Honey
Enterprise
Amir Hasan Dawi . ( 2009 ) . Sekolah dan Masyarakat . Petaling Jaya : Quantum Books
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan
(2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd,
Selangor.
Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga . ( 2008 ). Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia . Kuala Lumpur
Borich & Tombari (1997). Educational Phsychology. A Contemporary Approach. Page 177.
Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist
Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment
(ASCD)
Chien Chin & Fou Lai Lin (2001). Values In Teaching and Learning of Mathematics : A
Case Study from Mathematical Induction. Mathematics Education Research Journal.
Clements, M. A. & Ellerton, N. F. (1993). The Centrality Of Language Factors In
Mathematics Teaching And Learning. Paper Presented At The International Seminar On The
Mathematical Sciences, MARA Institute, Kuching, Sarawak.
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.
Kamaluddin bin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah : Pengajaran
26
Pemusatan Murid dan Berasaskan Konstruktivisme. (Jurnal tidak diterbitkan). Maktab
Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.
Kamus dewan edisi ketiga (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2001). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norasmah binti Haji Othman, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd Ibrahim Nazri & Rohani
Ahmad Tarmizi (2001). Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja. Jurnal
Teknologi Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
Noor Azlan (1995). Isu-Isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Jurnal Pendidikan
Dalam Pendidikan Matematik, 14, 19-38.
Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah dan
27
Strategi. Kajang : Masa Enterprise.
Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat
Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd
Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
Tamby Subahan Mohd Meerah (1996). Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan Prestasi
Sains dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Lampiran A
28
Skala Pencapaian
1 2 3 4 5
JUMLAH
Lampiran B
Ujian Pra
40
Matematik Tingkatan 1
Tajuk : Nombor Bulat
Subtopik : Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit
29
Nama murid : _________________________________
Kelas : __________________
1. 265 x 56 = 2. 378 x 87 =
3. 765 x 31 = 4. 976 x 43 =
5. 765 x 31 = 6. 133 x 67 =
30
7. 246 x 57 = 8. 982 x 27 =
( 40 markah )
Lampiran C
Ujian Pos
31
40
Matematik Tingkatan 1
Tajuk : Nombor Bulat
Subtopik : Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit
Kelas : __________________
1. 764 x 21 = 2. 235 x 67 =
3. 962 x 76 = 4. 872 x 35 =
32
5. 712 x 96 = 6. 456 x 19 =
7. 379 x 87 = 8. 786 x 99 =
( 40 markah )
33
Lampiran D
SOALAN KAJI SELIDIK
Jantina: L / P
Item Skala
34
Lampiran E
Aspek Penilaian Sukar memberi Suka Bising / suka Tidur / Pasif / tidak
respon berjalan / berbual mengantuk melibatkan
Murid
terhadap keluar dari dengan rakan semasa P&P diri dalam
penyoalan guru kelas P&P
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
35
JUMLAH
36