You are on page 1of 26

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TENGGARA
Krisis alam sekitar dan hak asasi manusia yang
semakin terancam merupakan antara ancaman dunia
yang kelihatab semakin tua. Merujuk kepada
keadaan ini cuba anda kemukakan bagaimana
kedua-dua bahagian boleh memainkan peranan
dalam kesejahteraan masyarakat dunia dan dalam
usaha menruskan kesinambungan ketamadunan
peradaban.
PENDAHULUAN
 Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam
sekitar merupakan salah satu cabaran dalam
kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahu
pun global.
 Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat kompleks
dan melibatkan perhubungan di antara banyak faktor.
 Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang
berlaku pada hari ini adalah berkait dengan keputusan
yang dibuat di peringkat individu.
PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA
TERHADAP ALAM SEKITAR
 Pandangan dan sikap seseorang mengenai persoalan
alam sekitar boleh dilihat dalam tiga kategori yang utama
:

 Dominasi (Domination)
 Kekhalifahan (Stewardship)
 Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology )
1. Dominasi (Domination) 

 Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan


manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan
manusia.
  Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung
sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak
mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri.
  Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk
kepada keperluan manusia.
 Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.
2. Kekhalifahan (Stewardship) 
 Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah
khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini.
 Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam
dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan.
 Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang
berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain.
3. Romantisisme (Romanticism /
Deep Ecology )
 Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan
kepada setiap bentuk kehidupan.
 Spesies hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai
suatu entiti yang perlu dihormati haknya.
  Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu
yang suci.
 Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam
merupakan entiti yang sama.
 Manusia adalah sebahagian daripada alam.
PRINSIP-PRINSIP ISLAM
DI DALAM HUBUNGAN
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Tawhid Khalifah &


amanah

Syariah Keadilan &


kesederhanaan
(a) Tawhid
 Konsep tawhid merujuk kepada konsep keesaan
Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat Islam
seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam
setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya.
 Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan
perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya.
Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa yang
dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di
hari akhirat.
 Konsep tawhid ini tidak terhad kepada persoalan
ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap
aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan
manusia dan alam sekitar.
 Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini
adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia
hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya;
manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang
mendiami bumi ini.

 Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk


memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak
sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mestilah
mengambil kira kesan dan akibat tindakannya terhadap
spesies-spesies lain.
 Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala
tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian
kelak.

 Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, maksudnya,


‘Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu keluarga;
dan Dia paling menyayangi mereka yang paling
baik terhadap keluarga-Nya.’ 
(b) Khalifah dan Amanah
  Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan
mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan
seimbang dan harmoni.
  Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya menjadi
‘ayat’ atau ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat
kewujudan Allah s.w.t.
 Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53-54, yang
bermaksud: ‘Yang telah menjadikan bagimu bumi
sebagai hamparan dan telah menjadikan bagimu bumi itu
jalan-
 jalan dan menurunkan dari langit air hujan. Maka
kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis
dari tumbuhan yang bermacam-macam... Makanlah dan
gembalakanlah binatang-binatangmu. Sesungguhnya
 pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan
 Allah bagi orang yang berakal.’ 
 Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya
dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran berbanding
makhluk-makhluk lain.
 Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga
keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya
mendominasi alam ini.
  Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia ini perlu
dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan
dipersoalkan tentang tanggungjawabnya.
 Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam
menentukan kesudahan di hari akhirat.
 Surah al- An’am, ayat 165 menyatakan: ‘Dialah yang menjadikan
kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia meninggikan
setengah kamu atas setengah yang lain dengan beberapa
darjat supaya Dia boleh menguji kamu apa yang telah
dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan azab amat seksanya
tetapi sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha
Mengasihani.’ 
(c) Syariah
 Syariah menggariskan asas etika dan norma serta
perundangan untuk menjadi panduan umat Islam.
 Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran dan
 juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah
s.a.w.
 Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan
umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan
dunia dan juga akhirat.
 Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan
tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan.
  Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya
 jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini,
sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang
bermaksud: ‘D  ialah yang menjanjikan adanya mati dan
hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di antara kamu
yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha
Penyayang .’ 
(d) Keadilan dan kesederhanaan
 Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.
 Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90 menyatakan bahawa:
‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku
adil dan berbuat kebajikan.’ 
 Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat daripada penciptaan
alam semulajadi yang mematuhi ukuran-ukuran tertentu
serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan
keharmonian.
 Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam
kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan.
 Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak melarang
manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi
penggunaan ini tidaklah sehingga berlebih-lebihan,
sebaliknya cukup sekadar memenuhi keperluan.
 Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada menyatakan:
‘Dan binatang ternakan, diciptakan-Nya untuk kalian
daripadanya mendapat pakaian panas dan keperluan (lain-
lain) dan sebahagiannya untuk kalian makan’.

 Contoh lain tentang kesederhanaan dalam kehidupan


seharian ialah ketika berwuduk sebelum menunaikan
sembahyang, di mana hanya anggota tubuh tertentu sahaja
yang wajib dibasahi dan bukannya seluruh badan.

 Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan sikap


berjimat cermat dan tidak membazir dalam penggunaan air.
 APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM
DI DALAM HUBUNGAN
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Hubungan
manusia
dan
haiwan
Hubungan manusia
dan tumbuh-tumbuhan

Penggunaan
dan pemilikan
tanah
Hubungan Manusia & Haiwan
 Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan
sikap yang baik walaupun kepada haiwan.

 Hadis : ‘Kebaikan yang dibuat oleh seseorang itu terhadap


haiwan adalah sama baiknya dengan kebaikan yang dibuatnya
terhadap manusia; sementara kejahatan yang dilakukan
terhadap haiwan adalah sama jahatnya dengan
 perbuatan kejam yang dilakukan terhadap manusia.’ 

 Islam juga membenarkan manusia memelihara dan


menternak haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam,
itik dan kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati
(misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-
kegunaan lain yang berpatutan.

 Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya.


 Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya
mestilah dilakukan dengan kaedah yang betul bagi
mengurangkan kegelisahan dan rasa sakit kepada
haiwan itu.

 Kisah pada zaman Rasulullah saw : Lelaki dengan anjing


& Wanita dengan kucing.
Hubungan Manusia & Tumbuh-Tumbuhan

 Hadis Rasulullah s.a.w. : ‘Dunia ini hijau dan cantik dan


Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia
melihat apa yang kamu lakukan.’ 

  Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan


tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu
bermaksud: ‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan
makanannya. Sesungguhnya Kami telah benar-
benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah
bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-
bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan
pohon kurma. Kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan
serta rumput-rumputan untuk kesenanganmu dan
binatang- binatang ternakmu.’ 
 Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan
kehijauan bumi sememangnya mendapat
keutamaan dan amat digalakkan oleh Islam

 Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa


sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan
seseorang itu sebatang pokok, maka pokok itu
hendaklah ditanam.

  Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang


bercucuk tanam.

 Hadis : ‘Sesiapa yang menanam pokok dan


menjaganya dengan baik sehingga besar dan
mengeluarkan hasil akan mendapat ganjaran
di akhirat.’ 
Hadis : ‘Jika ada sesiapa yang menanam sebatang 
 pokok dan bercucuk tanam dan manusia serta haiwan
atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia
hendaklah menganggapnya sebagai satu kebajikan.’ 
Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah
menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s.a.w. di
Mekah dan Madinah.
 Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di
waktu peperangan di mana umat Islam dilarang
daripada mencabut atau membunuh tumbuhan
sekiranya tidak diperlukan.
Penggunaan dan pemilikan tanah
 Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh
dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah
yang sudah dibangunkan (amir ), tanah terbiar (mawat ),
tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan
secara kekal (hima).

 Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk


kepada mana-mana kawasan yang telah didiami manusia
atau mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian.

 Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak


didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk
tanam, misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan.

 Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada


secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari
kerajaan.
 Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan
yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang
dimajukan.
 Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang ada di
kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan
laluan masuk ke kawasan tersebut.
 Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh
dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal.
 Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan yang
sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau tidak
dibangunkan.
 Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau
masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh
kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam.
 Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi persendirian,
tebing sungai dan bahu jalan.
 Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan untuk
pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai
tempat simpanan kuda-kuda yang digunakan semasa
peperangan.
 Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati-hati
dan mengikut penggunaan yang ditetapkan.

 Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk


masyarakat setempat turut diberi perhatian.

 Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan zon


hima adalah dibuat secara adil.

 Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu dan


kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga
menganggu kegunaan orang ramai.

 Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu


hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenang-
wenangnya kerana kepentingan awam adalah diutamakan.
KRISIS ALAM SEKITAR
 Pemanasan Suhu dunia
 Krisis tenaga nuklear 
 Pencemaran udara dan jerebu
 Banjir kilat
KESIMPULAN
  Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s.w.t. dan
menjadi ‘ayat’ dalam memahami hakikat kewujudan dan
keagungan Allah s.w.t.
 Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda
kesyukuran dan demi mendapat keredaan Allah.
 Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sebenarnya
merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mendiami
alam ini, tanpa mengira batasan agama.
 Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai
panduan tertentu dalam menyatakan perhubungan mengenai
manusia dan alam sekitar.
  Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut
setiap agama dalam merealisasikan prinsip-prinsip panduan
menjadi amalan kehidupan seharian.
 Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada hari ini
akan menentukan kesejahteraan alam pada masa akan
datang.

You might also like