You are on page 1of 31

WEBINAR SKOR

A+ BM SPM
Kertas 2 : Bahagian B
• Petikan Umum
• Petikan Sastera

Cikgu Rinawati Mohd Dahlan


MRSM Mersing, Johor
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

FOKUS
MASA BAHAGIAN PENGISIAN

10.00 pagi – • Teknik Menjawab


Petikan
11.00 pagi • Item Contoh
Umum
• Latihan

11.00 pagi –
• Teknik Menjawab
12.00 tengah Petikan
• Item Contoh
hari Sastera
• Latihan

K2/RMD@MRSM2021 1
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

KERTAS 2 : BAHAGIAN B

PETIKAN UMUM DAN PETIKAN SASTERA

K2/RMD@MRSM2021 2
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

DUA/TIGA BENTUK BAHAN


SUMBER BENTUK BAHAN
BAHAN PETIKAN
BAHAN PETIKAN UMUM
DISEDIAKAN SASTERA

BAHAN 1 MAJALAH BERITA DRAMA

SURAT
BAHAN 2 JADUAL CERPEN
KHABAR

PROSA
BAHAN 3 INTERNET RENCANA
TRADISIONAL

PUISI
BUKU
TRADISIONAL

SAJAK

JUMLAH SOALAN : TIDAK TETAP


(BERGANTUNG KEPADA BAHAN)

JUMLAH MARKAH :
25 MARKAH

CADANGAN MASA MENJAWAB


SOALAN : 30 MINIT

K2/RMD@MRSM2021 3
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

• MAKSUD LITERAL
SOALAN (MAKNA PERKATAAN SEERTI
YANG PALING TEPAT)

i • MAKSUD BARIS/RANGKAP
(PETIKAN SASTERA)

SOALAN PEMINDAHAN MAKLUMAT


ii (BERDASARKAN ARAHAN SOALAN)

SOALAN KBAT/PEMIKIRAN KRITIS

iii (PENDAPAT)

SOALAN KBAT/PENYELESAIAN MASALAH


iv

Bentuk-bentuk soalan ini tidak tetap


bergantung kepada bahan.

K2/RMD@MRSM2021 4
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

PANDUAN MENJAWAB SOALAN INI :

§ BACA DAN FAHAMKAN BETUL-BETUL


ARAHAN/TUGASAN/KEHENDAK SOALAN.

§ BACA DAN TELITI TEMA ATAU ISU YANG


DIBINCANGKAN DALAM SETIAP BAHAN.

§ TELITI DAN FAHAMI MAKLUMAT-MAKLUMAT


YANG TERDAPAT DALAM BAHAN.

§ KENAL PASTI KATA KUNCI ISU SEPERTI


MASALAH, PUNCA MASALAH, KESAN
DARIPADA MASALAH, ATAU USAHA
TENTANG CARA UNTUK MENANGANI
MASALAH.

K2/RMD@MRSM2021 5
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN i
Þ KAEDAH PADANAN PERKATAAN

Contoh soalan :

Berdasarkan Bahan 1 berikan maksud terbelenggu oleh


ketidakmampuan.

terbelenggu oleh ketidakmampuan

• terikat
oleh ketidakupayaan
• tersekat

Contoh jawapan :

Maksud rangkai kata terbelenggu oleh ketidakmampuan yang


terdapat dalam petikan ialah terikat oleh ketidakupayaan.

Maksud yang diberikan hendaklah sesuai


dengan konteks atau hal yang
diperkatakan dalam petikan.

Maksud literal - Berasaskan makna


sebenar atau makna biasa kata-kata
yang digunakan ( bukan makna
kiasan atau makna yang tersirat
disebaliknya )

K2/RMD@MRSM2021 6
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN ii
Þ Soalan kedua berkaitan dengan pemahaman petikan
(kemahiran memindahkan maklumat)
Þ Calon menyatakan perbandingan antara bahan
(persamaan/perbezaan).
Þ Jawapan yang dikemukakan mestilah diambil daripada
petikan.
Þ Calon perlu menggunakan perkataan sendiri.

SOALAN iii
Þ Soalan yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).
Þ Calon perlu mengemukakan jawapan yang berbentuk
pendapat sendiri berdasarkan
tugasan/kehendak soalan.

SOALAN iv
Þ Soalan yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).
Þ Calon perlu mengemukakan jawapan yang berbentuk
penyelesaian masalah berdasarkan situasi/masalah yang
diberikan.
Þ Calon perlu menggunakan pelbagai pengetahuan atau ilmu
untuk menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.

K2/RMD@MRSM2021 7
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

K2/RMD@MRSM2021 8
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

CONTOH ITEM : PETIKAN UMUM


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1 CARA MENGENDALIKAN TEKNIK MEJA BULAT

Teknik Meja Bulat antara strategi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21
yang dapat digunakan dalam semua mata pelajaran khususnya dalam kemahiran menulis.
Teknik ini bermaksud murid perlu duduk dalam kumpulan. Guru akan mengedarkan kertas
kepada setiap ahli dalam kumpulan dan memberikan satu tajuk kepada mereka. Secara
bergilir-gilir setiap ahli kumpulan mencatat idea menggunakan pen dan kertas yang sama.
Hasil dapatan murid akan dibentangkan untuk dibincangkan di dalam kelas.

Menurut Kagan (1990) teknik Meja Bulat merupakan teknik yang sederhana dalam
pembelajaran koperatif. Walau bagaimanapun teknik ini kurang popular dalam kalangan
guru kerana bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas dan ruang bilik darjah yang
terhad. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya sentiasa menggalakkan pelaksanaan pelbagai
kaedah dalam PdPc kerana aktiviti yang dijalankan itu memberikan banyak faedah kepada
murid.

Dipetik dan diubah suai daripada


FAKTOR
‘Teknik Meja Bulat Untuk Kemahiran Menulis’
oleh Nabiha Yusof,
Pelita Bahasa Bil 7/2019
Dewan Bahasa dan Pustaka
APAKAH TEMA BAHAN 1
DAN BAHAN 2?

FAKTOR
BAHAN 2
Pada hari ini, aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah.
Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah dan ketiadaan
alat serta bahan yang berkaitan. Dalam konteks penghasilan produk pengajaran dan
pembelajaran inovasi, permainan bahasa ini sebenarnya cukup penting jika kita mengambil
kira murid yang lambat menerima pengajaran dan pembelajaran bahasa di kelas.

Antara aktiviti dalam permainan bahasa termasuklah kata bersilang, teka sinonim, teka
silang kata, sisip vokal, lingkaran kata, silang sinonim, teka teki bentuk kata, sisip suku kata,
jejak kata, ganda huruf, delapan kata, awal kata dan atur sinonim. Aktiviti-aktiviti ini sesuai
digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa iaitu daripada peringkat sekolah
rendah hingga peringkat sekolah menengah.

Dipetik dan diubah suai daripada


AKTIVITI PERMAINAN ‘Permainan Bahasa dalam Pengajaran’
oleh Hasan Baseri Budiman,
BAHASA Pelita Bahasa Bil 10,2017
Dewan Bahasa dan Pustaka

K2/RMD@MRSM2021 9
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cukup penting.
[2 markah]
JAWAPAN

Berdasarkan Bahan 2, cukup penting maksud ___________________.

cukup penting

•sangat •mustahak
•amat •perlu
•sungguh
•terlalu

Menukarkan sebahagian perkataan tetapi masih tepat dengan konteks ayat.


Contoh :
• cukup mustahak Ö
• sangat penting Ö

Menukarkan sebahagian perkataan tetapi tidak tepat dengan konteks ayat.


Contoh :
• cukup utama X
• sudah penting X

• Maksud perkataan/frasa mestilah sesuai


dengan konteks atau hal yang
diperkatakan.

• Gunakan perkataan yang sepadan dan


lebih mudah difahami.
TIP
Contoh : ............. sudah menjadi keutamaan X
(tidak sepadan)

• Tidak membina ayat yang menghuraikan


maksud frasa yang diuji

Contoh : .............. sesuatu yang sangat perlu


untuk murid X (hurian)

K2/RMD@MRSM2021 10
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan


perbezaan faktor yang menyebabkan kaedah pembelajaran
teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang dipraktikkan
di dalam kelas.
[3 markah]
JAWAPAN

Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan faktor yang


menyebabkan kaedah pembelajaran teknik Meja Bulat dan
Permainan Bahasa kurang dipraktikkan di dalam kelas ialah
________________________________. Perbezaan kedua-duanya
pula ialah dalam Bahan 1 _________________________________
manakala Bahan 2 ________________________________.

BAHAN 1 BAHAN 2
tiada ruang di dalam
ruang bilik darjah terhad
bilik darjah

bilangan pelajar ramai


ketiadaan alat dan
dalam sesebuah
bahan yang berkaitan
sekolah

Persamaan = sesuatu yang sama terdapat


TIP
dalam kedua-dua petikan
Perbezaan = kelainan maklumat antara kedua-
dua petikan
• ISI – 2
• AYAT GRAMATIS

K2/RMD@MRSM2021 11
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN

(iii) Aktiviti yang dijalankan melalui kaedah pembelajaran


abad ke-21 banyak memberikan faedah kepada murid.

Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut?

[3 markah]
JAWAPAN

Aktiviti yang dijalankan melalui kaedah pembelajaran abad


ke-21 banyak memberikan faedah kepada murid. Pada
pendapat saya, faedah-faedah tersebut ialah
______________________________________________________________.
Selain itu, _________________________________________.

FAEDAH-FAEDAH
Þ murid akan meningkatkan daya kreativiti dalam
menyelesaikan masalah.

Þ murid lebih berkeyakinan dalam pembelajaran dan


komunikasi sosial.

Þ murid lebih menguasai kemahiran teknologi maklumat (IT)

KBAT/PENDAPAT

TIP • Jawapan tiada dalam petikan

• Kemukakan 2 isi yang


lengkap dan relevan

• Ayat gramatis

K2/RMD@MRSM2021 12
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN
(iv) Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan
eksplorasi bahasa oleh guru anda dengan menggunakan
teknik permainan bahasa pada masa yang ditetapkan.
Namun, tugasan tersebut tidak berjaya diselesaikan.

Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untuk


menyiapkan tugasan yang sama dalam masa yang
ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan
tugasan tersebut dapat diselesaikan.
[4 markah]

JAWAPAN

Sekiranya kumpulan saya diberikan peluang kedua untuk


menyiapkan tugasan yang sama dalam masa yang ditetapkan,
langkah-langkah untuk memastikan tugasan tersebut dapat
diselesaikan ialah kumpulan saya/kami
________________________________________________________________.
Selain itu, kumpulan saya/kami juga
____________________________________. Tambahan pula, kumpulan
saya/kami akan __________________________________________.

TIP

PENYELESAIAN MASALAH

Apakah masalah sebenar?

Apakah punca masalah?

Apakah tindakan perlu diambil?

K2/RMD@MRSM2021 13
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

PENYELESAIAN MASALAH
PUNCA (LANGKAH-LANGKAH)
interaksi kurang berkesan kerana Þ meningkatkan cara
ada ahli yang tidak banyak berkomunikasi dengan setiap
bercakap/pendiam. ahli agar perbincangan
menjadi lebih efektif

semua tugasan dibuat bersama- Þ membahagikan tugas kepada


sama tidak dibahagikan dengan setiap ahli dengan adil untuk
adil sehingga mengambil masa menjimatkan masa
terlalu lama untuk
menyiapkannya.
tidak faham teknik permainan Þ bersama-sama merujuk
bahasa. maklumat di internet bagi
maklumat dan bahan untuk menjana idea yang lebih
menyiapkan tugasan tidak cukup. kreatif
tidak menyusun gerak kerja yang Þ menyusun semula gerak kerja
teliti menyebabkan banyak dengan lebih teliti bagi
bahagian tugasan tergendala. memastikan kerja lebih
tersusun dan lancar

• Kemukakan 3 isi yang lengkap dan


relevan.

Contoh :...... memohon maaf kepada guru X


(tidak menunjukkan langkah penyelesaian
masalah)
TIP
• Gunakan ayat yang gramatis

Contoh : .......menyusun gerak kerja X


(ayat tidak jelas dari segi maksud/
tatabahasa kurang sempurna)

K2/RMD@MRSM2021 14
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

LATIHAN 1

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

ALOR SETAR, 16 Februari – Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Changlun,
Yeap Sow Min, berkata beliau percaya bahawa perpaduan boleh disuburkan melalui kasih
sayang dalam sebuah komuniti. Menurutnya lagi, aktiviti kemasyarakatan kerap diadakan
bagi mengeratkan hubungan antara kaum seterusnya melahirkan masyarakat yang harmoni
dan bersatu padu.
“Di KRT Pekan Changlun, kami tidak mengetepikan kaum tertentu dalam sebarang
program, sebaliknya setiap program diadakan secara bersama-sama. Sebagai contoh,
apabila mengadakan sukaneka tadika, semua murid baik dari tadika Melayu, Cina ataupun
India akan turut serta. Begitu juga dengan sambutan perayaan setiap kaum, kami bersama-
sama meraikannya untuk merasai kemeriahan perayaan kaum lain,” katanya kepada Sinar
Harian di sini semalam.
Menurutnya, apabila anggota masyarakat sudah terbiasa berjumpa dan bergaul,
hubungan yang terjalin semakin erat dan menjadikan mereka seperti sebuah keluarga besar
yang saling memerlukan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Muakan dari Kawasan Kejiranan’
Oleh Roshila Murni binti Rosli
16 Februari 2020, Sinar Harian

Bahan 2

Generasi muda mesti diberi pemahaman tentang kepentingan perpaduan dan


perdamaian kerana mereka ialah tonggak utama kejayaan dan pembangunan negara. Oleh
sebab murid ialah pemimpin masa hadapan negara, adalah penting bagi mereka menjalinkan
hubungan yang lebih rapat walaupun terdapat perbezaan dalam sesuatu bangsa, budaya, dan
agama.
Memupuk perpaduan harus bermula di sekolah melalui usaha memupuk nilai
keharmonian, perpaduan, dan kedamaian antara kaum. Guru perlu menggunakan kreativiti
dan kemahiran supaya murid daripada semua kaum mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran bagi meningkatkan integrasi kaum. Murid pelbagai kaum perlu mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti di sekolah dan di luar sekolah bagi membolehkan mereka
berinteraksi antara satu sama lain, di samping membina persahabatan yang berkekalan.
Pengetua dan guru perlu menggalakkan murid agar saling memahami dan saling
menghormati.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Memupuk Semangat Perpaduan dan Patriotisme’
Oleh Lee Lam Thye
SOALAN
4 September 2018, Berita Harian

K2/RMD@MRSM2021 15
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata keluarga besar.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan langkah-langkah untuk memupuk


perpaduan di Malaysia.
[3 markah]

(iii) Generasi muda mesti diberi pemahaman tentang kepentingan perpaduan.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan memupuk perpaduan dalam kalangan


masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
[3 markah]

(iv) Anda tinggal di taman perumahan yang penduduknya berbilang kaum. Belakangan
ini, perhubungan dalam kalangan penduduk semakin renggang kerana masing-masing
sibuk dengan kerjaya dan urusan sendiri. Persatuan penduduk telah mengadakan
mesyuarat untuk membincangkan hal ini.

Sebagai ahli jawatankuasa persatuan penduduk, cadangkan kegiatan-kegiatan yang


boleh dianjurkan oleh persatuan untuk mengeratkan perpaduan dengan memberikan
alasan yang sesuai.
[4 markah]

K2/RMD@MRSM2021 16
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

LATIHAN 2

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Seluruh dunia mengiktiraf tarikh 4 Oktober sebagai Hari Haiwan Sedunia. Walau
bagaimanapun, Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan denda dan penjara ke
atas pelaku kekejaman terhadap haiwan, tidak mampu menghentikan perbuatan kejam
manusia terhadap haiwan.
Seseorang yang menzalimi haiwan boleh didenda maksimum RM75,000, dipenjara
tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Namun, undang-undang ini tidak
mendatangkan impak, termasuk kepada golongan dewasa yang banyak melakukan jenayah
kekejaman haiwan. Malah, masyarakat tidak sedar wujudnya undang-undang berkenaan.
Tindakan pengurusan cekap perlu dilaksanakan dengan bantuan kerajaan, pihak berkuasa
tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dengan kerjasama orang ramai untuk menangani masalah haiwan jalanan.
Dasar penjagaan, pendidikan dan pemantauan haiwan jalanan perlu diwujudkan oleh
kerajaan dengan amalan keprihatinan dan perikemanusiaan supaya masalah itu dapat
ditangani dengan pantas dan cekap. Kesedaran dan pendidikan mengenai hak penjagaan
haiwan juga perlu diberikan kepada kanak-kanak dan masyarakat. Dengan kewujudan
jawatankuasa ini, diharap masalah haiwan jalanan dan kekejaman terhadap haiwan dapat
dihapuskan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pangkalan Data Khas Atasi Masalah Haiwan Jalanan’
oleh Dr. Shamsul Arrieya Arifin
bhrencana@bhonline.com.my 9 Oktober 2020

Bahan 2

SHAH ALAM: Pertubuhan Kebajikan Haiwan Malaysia (MAWA) dengan kerjasama


syarikat EuGrow, mengadakan kempen #bolehadikikut bagi menyelamatkan kucing terbiar.
Pengasas MAWA, S Makunnan, berkata kempen terbabit membolehkan orang ramai
mengambil kucing terbiar yang diselamatkan pihaknya secara percuma. Selain itu, pencinta
kucing diberi peluang untuk memilih sendiri kucing yang diminati mereka.
“Sempena pelancaran kempen #bolehadikikut ini, sebanyak 30 kucing terbiar yang
sudah dijaga dan dimandulkan akan diberi kepada peminat si comel ini. Selama dua tahun
ini, kami sudah menyelamatkan kira-kira 600 kucing. Satu Akta Kebajikan Haiwan 2015
juga sudah digubal dan akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan. Akta ini dibuat bagi
memastikan kebajikan haiwan selain menyedarkan tanggungjawab manusia kepada
haiwan," katanya.
Kempen adalah satu langkah terpuji yang harus dicontohi pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) serta syarikat korporat. Kempen bukan sahaja memastikan kebajikan
haiwan terpelihara tetapi juga memastikan Malaysia bebas daripada haiwan terbiar.
Dipetik daripada
‘Kempen #bolehadikikut Selamatkan Kucing Terbiar’
oleh Norrasyidah Arshad, bhonline.com.my, 20 Ogos 2016.

K2/RMD@MRSM2021 17
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud amalan keprihatinan.


[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan langkah yang
diambil untuk menyelamatkan haiwan jalanan atau terbiar.
[3 markah]

(iii) Kebanyakan masyarakat masa ini mempunyai haiwan peliharaan sendiri seperti kucing,
anjing dan hamster.

Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan mempunyai haiwan peliharaan?

[3 markah]

(iv) Terdapat banyak kucing terbiar berada di kawasan kantin sekolah anda. Hal ini telah
menyebabkan pihak sekolah meminta Kelab Pencinta Haiwan di sekolah anda
menyelesaikan masalah tersebut.

Hasil daripada perbincangan dengan ahli-ahli Kelab Pencinta Haiwan, kemukakan


cadangan kelab anda untuk membantu pihak sekolah mengatasi masalah tersebut.
[4 markah]

K2/RMD@MRSM2021 18
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

PETIKAN SASTERA

K2/RMD@MRSM2021 19
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

Contoh item : Petikan Sastera


Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Bahan 1 Penulis mempersoalkan sama ada


manusia akan terus menjaga bumi
yang semakin tua.
Rintihan Bumi
Usia aku semakin lanjut
Kalau aku terbujur
Adakah yang ingin menjagaku
Aku semakin tua
Sudah terlalu uzur aku memelihara
Anak-anakku – manusia. Bumi memberi beberapa
teguran seperti Tsunami dan
Setiap hari aku berdoa agar anak-anakku banjir tetapi tidak
Menjaga adab dihiraukan manusia
Aku banyak kali menegur
Tetapi mereka tidak juga berubah
Aku hanya mampu menangis sehingga banjir
Aku pukul mereka dengan Tsunami
Tetapi mereka tidak menerima teguran itu untuk berubah.

Akhirnya apabila aku geram


Tuhan perintahkan aku menggoncang badan aku
Gempa maha dahsyat berlaku
Sehinggakan aku demam, mereka tetap terus
Mencabut pokok-pokokku
Apabila aku geram, keluarlah taufan tetapi mereka
Tetap tidak berubah.

Muhd. Syazwan Sahlan


Sungai Buluh, Selangor. Bumi yang telah tidak tahan dengan
Dewan Siswa, Bil. 1 2018 perlakuan manusia yang merosakkan alam
sekitar akhirnya telah menghukum manusia
dengan bencana alam yang dasyat seperti
APAKAH TEMA BAHAN 1? gempa bumi dan taufan

K2/RMD@MRSM2021 20
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

Bahan 2
Faktor
“Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan. Sindiket
yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan
sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.”
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan simpan,
20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya ditenggelami
kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila tiba di sana, mereka sudah
tiada, pokok-pokok ini juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai
perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteras
kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat menggantikan
tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu juga akan
terjamin,” hujah Jo.
Dipetik daripada cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’
Kesan Langkah
oleh Seroja Theavy a/p Balakrishnan
antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka

APAKAH TEMA BAHAN 2

Bahan 3
DAN BAHAN 3?

PANTUN SAYANGI ALAM


Keindahan negara tercinta dengan
Cerah dian di malam gelita, tumbuh-tumbuhan subur dan laut
Diserikan embun dibawa deru; yang tidak tercemar.
Indah nian negara tercinta,
Daun merimbun laut membiru.
Penulis menyeru masyarakat
Tumbuh pegaga di tanah rata, sama-sama menjaga keindahan
Penuh kawasan luas terbentang;
alam semulajadi untuk warisan
Mari dijaga alam semesta,
Jadi warisan generasi mendatang. generasi masa depan

Tercalit ranah di atas pelantar,


Sapu ke tepi cemar tak berubah; Penulis berpendapat sekiranya alam sekitar
Andai musnah alam sekitar, tecemar maka kita perlu bersedia menerima
Bersedia hadapi segala musibah. bencana alam yang mungkin terjadi

Di hujung desa tumbuh halban,


Kian tenggelam dilitupi lalang;
Harta binasa nyawa terkorban, Sekiranya terjadinya bencana
Keindahan alam turut hilang. kemungkinan harta dan nyawa akan
turut terkorban serta keindahan alam
Nor Hafuza Arif,
Shah Alam turut musnah

K2/RMD@MRSM2021 21
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga adab.
[2 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan Bahan 1, maksud menjaga adab ialah
_______________________________ .

menjaga adab

• memelihara • kelakuan
• mengawal • akhlak
• perangai

menjaga sopan santun X


mengamalkan adab X

Ø Memelihara kelakuan √
Ø Memelihara akhlak √
Ø Memelihara perangai √
Ø Mengawal kelakuan √
Ø Mengawal akhlak √ TIP
Ø Mengawal perangai √

K2/RMD@MRSM2021 22
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan
kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia.
[4 markah]
JAWAPAN
Berdasarkan semua bahan, kesan-kesan kemusnahan alam
sekitar akibat aktiviti manusia ialah ____________________________.
Selain itu, _____________________________________________.

LANGKAH-LANGKAH MENGANALISIS BAHAN

Þ Baca dan fahamkan ketiga-tiga bahan dengan teliti


Þ Kenal pasti tema/isu dahulu
Þ Bahan 1 - ?
Þ Bahan 2 - ?
Þ Bahan 3 -?
Þ Fahamkan kehendak soalan dengan melihat kata kunci

TIP

§ mengakibatkan kejadian tsunami

§ menyebabkan kepupusan pelbagai spesies


tumbuhan di sesuatu hutan

§ mengakibatkan kemusnahan harta dan kehilangan


nyawa

§ menjejaskan keindahan alam sekitar

K2/RMD@MRSM2021 23
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN
(iii) Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan
menjadi tanggungjawab bersama untuk memuliharanya.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan


memulihara hutan di negara ini?
[3 markah]

JAWAPAN
Pada pendapat saya, kepentingan-kepentingan memulihara
hutan di negara ini ialah ____________________________________.
Selain itu, _____________________________________________________.

PENDAPAT

• mengelakkan kepupusan flora dan fauna yang


menjaga keseimbangan ekosistem

• mengekalkan fungsi hutan sebagai kawasan


tadahan hujan yang menakung air hujan secara
semula jadi

• menurunkan kadar pencemaran udara kerana


pokok-pokok menyerap gas karbon dioksida

PILIH MANA-MANA
DUA DARIPADA ISI
DI ATAS

K2/RMD@MRSM2021 24
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

SOALAN
(iv) Pada suatu petang, anda sedang memancing ikan di
sebatang sungai yang jernih, tiba-tiba anda ternampak tiga
orang pemuda yang sedang mengangkut beberapa buah
tong yang mengandungi cecair. Mereka mencurahkan
cecair tersebut ke dalam sungai. Setelah mereka beredar,
anda mendapati warna air sungai semakin keruh dan
kelihatan beberapa ekor ikan mulai terapung. Anda yakin
bahawa cecair tersebut ialah sisa toksik.

Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat


membantu untuk mengatasi masalah ini?
[4 markah]
JAWAPAN
Cara saya dapat mengatasi masalah tersebut ialah
_______________________________________________________________.
Selanjutnya, __________________________________________________.
Akhir sekali, __________________________________________________.

APAKAH MASALAHNYA?
Þ air sungai semakin keruh dan kelihatan beberapa ekor ikan
mulai terapung

APAKAH PUNCANYA?
Þ tiga orang pemuda mencurahkan beberapa buah tong yang
mengandungi cecair yang diyakini sisa toksik.

BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT MEMBANTU


UNTUK MENGATASI MASALAH?

K2/RMD@MRSM2021 25
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

• melaporkan kejadian tersebut kepada pihak


berkuasa/Jabatan Alam sekitar untuk tindakan
lanjut

• mengambil gambar individu yang melakukan


kegiatan tersebut sebagai bahan bukti untuk
membuat laporan kepada pihak berkuasa

• memuat naik gambar sungai yang sudah


tercemar di media sosial bagi meraih kesedaran
masyarakat tentang kesan pembuangan sisa
toksik

• mengedarkan risalah tentang kepentingan sungai


dengan kerjasama NGO tertentu

PENYELESAIAN
MASALAH

K2/RMD@MRSM2021 26
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

LATIHAN 1

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa
anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan
maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak
muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama
yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil
bercakap dalam bahasa entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon
untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak
saya fahami. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa
asing yang mengelirukan saya. Saya jadi buntu.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri


Antologi Jaket kulit Kijang
Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 2

Harga Remaja

Betapakah sebenarnya harga remaja


yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kau penuhi


piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajar
dari ilmu yang susah?

Remaja amat mahal


sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu
penuhlah remajamu
dengan ketentuan tuju

Dipetik daripada “Harga Remaja”


oleh Rahman Shaari, antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka

K2/RMD@MRSM2021 27
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menunjukkan kemodenan.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan dua cara berbeza yang digunakan remaja untuk
mengisi masa remaja mereka.
[4 markah]

(iii) Gejala negatif dalam kalangan remaja pada hari ini seperti vandalisme, pergaulan bebas
dan lumba haram semakin membimbangkan semua pihak.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

[3 markah]

(iv) Rakan anda telah mengadu kepada anda tentang pencapaian peperiksaannya yang
tidak memuaskan. Kesannya dia telah dimarahi oleh ibu bapanya dan berasa sangat
tertekan.

Sebagai sahabat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu menyelesaikan


masalah tersebut?
[4 markah]

K2/RMD@MRSM2021 28
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

LATIHAN 2

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Teo Wei Sing

Dipetik daripada antologi Sejadah Rindu,


Dewan Bahasa dan Pustaka

K2/RMD@MRSM2021 29
WEBINAR SKOR A+ BM SPM 09/11/2021

Bahan 2

JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah,
menggembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu
ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku.
Kamu cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri.
Berapa duit kamu habis berbelanja? Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan
langsung! Kamu ingat duit ringgit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup
untuk gembirakan kami? Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang
tua. Kami tidak perlu duit ringgit kamu. (Berhenti seketika, menahan sebak di
dada) Kamu tidak malu pada Sani? Dia tu anak pungut? Bukan anak aku, tetapi
dia lebih dekat dengan aku, dengan bapa kamu, daripada kamu semua ini. Wan
bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakan dirinya untuk aku. Dia
dan Sani tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini aku dan bapa
kamu beri.

Sani : Emak, cukuplah itu, emak. Emak penat.

Dipetik daripada drama ‘Tiang Cengal Dinding Sayong’


oleh Suriani Mohd. Yusof,
antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud tiada makna.
[ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan keadaan yang dialami oleh warga tua akibat sikap
anak-anak mereka.
[4 markah]

(iii) Warga tua merupakan golongan yang sepatutnya dihormati dan dihargai khidmat bakti
mereka.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk


menghargai mereka?
[3 markah]

(iv) Kebajikan warga tua di tempat tinggal anda semakin terabai. Oleh itu, Kelab Warga
Prihatin di bawah pimpinan anda telah diminta untuk merancang aktiviti bersama-sama
dengan warga tua di kawasan tersebut. Setelah berbincang dengan ahli kelab, beberapa
idea dan cadangan telah diputuskan oleh ahli kelab.

Sebagai presiden kelab, jelaskan perancangan aktiviti ahli kelab tersebut untuk
dilaksanakan bersama-sama dengan warga tua di kawasan kediaman anda.
[4 markah]

K2/RMD@MRSM2021 30

You might also like