You are on page 1of 28

KELUARGA, MASYARAKAT DAN BUDAYA (KAP 1013)

TAJUK:

KEGANASAN KELUARGA DI KALANGAN KANAK-KANAK. BUAT SATU


ANALISA DARI TAHUN 2000 HINGGA SEKARANG.

PENSYARAH:

EN. NORDIN MAMAT

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 5

ELZAWATI BINTI MD. ELHAM D20041019259


ESTHER GERANG D20041019260
FAIZA BT. SANI D20041019262
FONG THAI KUAN D20041019263
GAN SIEW CHOO D20041019264
LIM HUI BIN D20041019272
WONG HUI FEN D20041019310
( PROGARAM : AT 34 )
Isi Kandungan:
Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi Keganasan Keluarga 3
3.0 Amaran-Amaran Keganasan Keluarga 5
4.0 Faktor-Faktor Penyebab Keganasan Keluarga 6
5.0 Kesan-Kesan Keganasan Keluarga Terhadap Kanak-Kanak 9
6.0 Menangani Keganasan Keluarga Mengikut Garis-Garis Yang 11
Ditetapkan Oleh Islam
7.0 Langkah-Langkah Mengatasi 12
7.1 Peranan Mangsa 12
7.2 Peranan Orang Ramai 13
7.3 Peranan Pegawai Biro Bantuan Guaman 13
7.4 Peranan Pegawai Kebajikan 14
7.5 Peranan Pegawai Polis 14
7.6 Peranan Mahkamah 15
8.0 Cadangan 17
8.1 Ombak- membela Wanita, Kanak-Kanak 17
8.2 Belajar Hormati Hak Kanak-Kanak, Elak Kes Dera Berulang 18
9.0 Statistik 21
9.1 Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri, Malaysia 2000- 21
2003
9.2 Malaysia: Penganiayaan Kanak-Kanak Mengikut Jenis 23
Penderaan
9.3 Malaysia: Kes Penderaan Kanak-Kanak Mengikut Kumpulan 24
Etnik Dan Jantina
9.4 Kes Penganiayaan Kanak-Kanak Mengikut Negeri, Malaysia 25
2000-2002
10.0 Kesimpulan 26
11.0 Bibliografi 28

2
1.0 Pengenalan

Keganasan rumahtangga bukanlah sesuatu isu yang baru sahaja terjadi, malahan
jenayah seperti ini telah lama menular dalam kehidupan masyarakat dahulu hinggalah
pada masa kini. Jenayah ini, seharusnya tidak dipandang ringan oleh sesetengah pihak
kerana keganasan rumahtangga akan memberi kesan ke atas keharmonian dan kestabilan
hidup berkeluarga serta boleh menjatuhkan imej negara dan sekaligus memberi gambaran
negatif negara lain dalam institusi kekeluargaan negara kita.
Mangsa keganasan tidak tertumpu kepada kaum wanita sahaja tetapi juga kanak-
kanak, suami dan bekas suami serta mana-mana anggota keluarga yang terdekat.
Pelbagai cara keganasan rumahtangga dilakukan sama ada dengan membuat
ancaman emosi, paksaan atau ugutan dan intimidasi. Ancaman berbentuk emosi adalah
seperti penghinaan yang boleh mencederakan emosi dan menjatuhkan maruah si mangsa
contohnya memaki, menyumpah dan menuduh mangsa dengan pelbagai tuduhan yang
tidak berasas. Manakala keganasan berbentuk paksaan dan ugutan adalah seperti
melakukan kecederaan, menghalang mangsa melapor kepadd pegawai kebajikan dan
membuat perkara yang haram dari seri agama. Manakala, intimidasi adalah keganasan
seperti membuat mangsa takut dengan menggunakan: air muka, isyarat dan perbuatan
lain, pemencilan, mengawal segala gerak-geri dan perbuatan kepada siapa mangsa jumpa
dan cakap serta apa yang dibacanya.

2.0 Definisi Keganasan Keluarga

Menurut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), definisi keganasan
keluarga adalah seperti berikut :

 Secara bersengaja atau sedari meletakkan atau cuba meletakkan


mangsa itu dalam keadaan ketakutan.

3
 Menyebabkan kecederaan fizikal pada mangsa dengan sesuatu
perbuatan yang diketahui atau sepatutnya diketahui akan
mengakibatkan kecederaan fizikal.
 Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu.
 Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk
melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual
atau selainnya , yang mangsa itu berhak tidak melakukan
 Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta
dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia
berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada
mangsa itu.

Keganasan keluarga biasanya dilakukan oleh seseorang yang tidak


bertanggungjawab terhadap isteri atau suaminya, bekas isteri atau suaminya. Selain itu,
keganasan keluarga juga dilakukan terhadap kanak-kanak, orang dewasa yang tidak
berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga.
Di samping itu, menurut Raslee Bin Haji Abbash (1999), keganasan keluarga
dapat ditakrifkan perbuatan yang termasuk serang (assault), sentuh (battery), gangguan
(harrasment), kekejaman fizikal dan mental, penganiayaan seksual dan perbuatan
pencerobohan.
Menurut Gellers (1987) pula, keganasan keluarga bermaksud berdendam dan
berniat untuk mencederakan seseorang dari segi fizikalnya. Selain itu, menurut Daniel
dan Kashani (1983) definisi keganasan keluarga ialah mencedera, mencela kanak-kanak
dengan teruk. Manakala menurut Geller dan Strans (1979), definisi keganasan keluarga
ialah melakukan sesuatu dengan niat untuk mencederakan seseorang dan mendera
seseorang antara ahli keluarga seperti ibu bapa nendera anak-anak.
Menurut Child Abuse Prerention and Treatment Art (PL 93-237), takrifan
penderaan kanak-kanak ialah kecederaan dari segi mental, penderaan seksual, pengabaian
kanak-kanak atau penganiayaan kanak-kanak yang dibawah umur 18 tahun oleh individu
yang tidak bertanggungjawab ke atas kebajikan kanak-kanak tersebut yang boleh

4
melibatkan mereka dalam keadaan yang menunjukkan kesihatan dan kebajikan mereka
diancam.
Selain itu, menurut Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232) seksyen
3 penganiayaan bermaksud kanak-kanak, orang muda yang telah dipukul, diseksa, diabai
, didedah kepada bahaya atau disuruh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan
mereka dipukul, diseksa, diabaikn atau didedah secara langsung atau tidak langsung yang
akan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan kepada kesihatannya. Ini termasuklah
yang menyebabkan hilang penglihatan dan perdengaran, kecederaan anggota tubuh badan
dan kecederaan otak.

3.0 Amaran-Amaran Keganasan Keluarga

Menurut Roslee bin Haji Abbash (1999), terdapat beberapa amaran-amaran


keganasan keluarga. Senarai amaran ini adalah merupakan tingkah laku yang sering
diperlihat oleh pendera dan penganiaya. Semua bentuk penderaan dan penagniayaan
psikologikal, ekonomi dan fizikal datangnya daripada keinginan pendera untuk
menunjukkan kuasanya serta kemampuannya untuk mengawal. Amaran ini boleh
membantu dalam mengenal pasti sama ada seseorang isteri atau anak itu sedang
menghadapi suatu perhubungan yang bersifat keganasan keluarga.
Amaran keganasan keluarga yang pertama ialah penganaiaya akan menggunakan
ancaman emosi, iaitu penganaiaya akan menghina si mangsa dengan penghinaan yang
boleh mencederakan emosi si mangsa seperti memaki, menyumpah, menuduh dan
seumpamanya. Disamping itu penganiaya akan membuat si mangsa merasa dirinya
seperti orang gila. Selain dari itu, si mangsa didesak untuk membuat sesuatu keputusan
secara kelam-kabut dengan cara menakutkan, mengancam dan mengugut untuk tidak
memberi wang. Si penganiaya juga akan menjatuhkan maruah si isteri di hadapan orang
ramai tentang hal-hal buruk keluarga dan sahabat si mangsa.
Amaran yang seterusnya ialah penganiaya akan menggunakan privilege lelaki
untuk melakukan keganasan keluarga. Penganiaya akan menggunakan kuasanya sebagai
lelaki untuk menghamba abdikan si mangsa. Segala keputusan-keputusan di dalam

5
keluarga dibuat oleh si penganiaya sahaja. Isteri atau si mangsa tidak mempunyai suara
dalam membuat sebarang keputusan.
Di samping itu, penganiaya juga akan menggunakan ancaman ekonomi untuk
malakukan keganasan keluarga. Penganiaya akan mencegah isteri atau si mangsa
daripada mendapat kerja atau bekerja. Si penganiaya juga akan mengambil kesemua
wang yang ada pada si mangsa dan tidak memberitahu tentang kedudukan kewangan
dalam keluarga.
Penganiaya juga akan menggunakan cara paksaan dan ugutan untuk malakukan
kaganasan keluarga. Penganiaya menggunakan ugutan untuk melakukan sesuatu
kecederaan terhadap si mangsa dan memaksa isteri atau mangsa membuat perkara-
perkara yang haram dari segi agama dan undang-undang. Mengugut untuk
meninggalkannya, membunuh diri, sekiranya si mangsa melaporkan kepada pihak
kebajikan atau polis.
Seterusnya, amaran keganasan keluarga ialah penganiaya menggunakan
intimidasi, iaitu membuat isteri atau mangsa takut dengan menggunakan air muka, isyarat
(gestures), atau perbuatan-perbuatan seperti memecahkan barang-barang kaca di hadapan
mangsa, dan mendera binatang kesayangan.
Selain itu, penganiaya juga akan menggunakan pemencilan untuk melakukan
keganasan keluarga. Penganiaya akan mengawal segala gerak-geri dan perbuatan
simangsa, dengan siapa dia berjumpa dan bercakap, apa yang dibacanya seperti majalah,
suratkhabar, ke mana dia pergi dan meminima kegiatan luar mangsa.

4.0 Faktor-Faktor Penyebab Keganasan Keluarga

Menurut Roslee Bin Haji Abbash (1999), terdapat sembilan faktor utama yang
menyebabkan berlakunya keganasan keluarga pada zaman sekarang.
Faktor pertama, kaum lelaki biasanya menganggap diri mereka sabagai golongan
yang dominan ke atas kaum perempuan dalam keluarga yang boleh membolehkan
mereka melakukan apa sahaja tanpa sebarang halangan. Manakala kaum perempuan yang
berpendapatan gajinya lebih tinggi daripada kaum lelaki dalam sesebuah keluarga pula,
kaum perempuan pula akan menganggap mereka sebagai golongan dominan dalam

6
sesebuah keluarga. Ini menyebabkan mereka menggunakan kuasa terhadap ahli-ahli
keluarga yang kurang berkuasa dan lemah. Selain itu, mereka juga menganggap semua
cakap mereka mesti dipatuhi dan ditaati oleh semua ahli keluarga mereka. Bentuk fizikal
wanita atau kanak-kanak yang berbeza juga menyebabkan suami mengambil peluang
untuk mendera melalui kelemahan wanita atau kanak-kanak dari segi fizikal dan mental.
Selain itu, pengunaan alkohol sering dikaitkan dengan asimilasi tingkah laku
agresif. Ini biasanya berlaku dalam golongan yang berpendapatan rendah yang kerap
menerima tekanan hidup. Apabila suami meminum alcohol secara berlebihan dan
pertimbangan rasional tidak lagi dapat mengawal diri maka akan berlakulah penderaan
rehadap orang yang paling rapat dengannya iaitu isteri atau anak-anaknya. Ketagihan
dadah serta kaki judi juga boleh menyebabkan berlakunya keganasan terhadap isteri atau
anak. Apabila mabuk akan mencetuskan pergaduhan atau konflik yang berkisar mengenai
isu kewangan, peranan isteri, reaksi dan sebagainya.
Faktor yang seterusnya, campurtangan ibu bapa mertua dalam urusan
rumahtangga anak dan menantu juga boleh membawa satu hubungan yang tidak
menyenangkan antara suami dan isteri. Perbandingan antara suami dan isteri,
perbandingan antara menantu, campurtangan kuasa dalam keluarga atau memandang
rendah terhadap suami akan menyebabkan jiwa suami tertekan dan ini akan
menyebabkan perbalahan dan pergaduhan antara suami dan isteri. Justeru suami atau
isteri pula akan melepaskan tekanan dan geram mereka terhadap anak-anak mereka yang
tidak berdosa.
Masalah perselisihan fahaman sering terjadi dalam sesebuah keluarga akibat
kurang berkemahiran komunikasi. Apabila timbul sebarang konflik dalam rumahtangga,
seringkali kata-kata kesat dan negatif yang diucapkan untuk tujuan menyakitkan hati dan
masing-masing ingin menunjukkan superioritinya. Ia merupakan leteran, serangan lisan
terhadap trait-trait personaliti pasangan atau kegiatan pasangan. Akibatnya pasangan
suami dan isteri berasa geram atau tekanan dan biasanya kanak-kanak merupakan mangsa
utama dipilih untuk melepaskan geram mereka.
Faktor yang lain, suami atau isteri yang pernah didera oleh ibu bapanya semasa di
zaman kanak-kanak boleh membentuk tingkah laku mendera seseorang melalui peniruan
dan pembelajaran dan teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapanya sewaktu kecil. Minda

7
kanak-kanak yang telah dicemari oleh penderaan memberi mesej yang jelas bahawa
penderaan itu merupakan satu hukuman yang diiktirafkan dan dibolehkan. Justeru itu,
hukuman tersebut akan diperturunkan ke atas isterinya atau anak-anaknya bila dia
berumahtangga kelak.
Suami yang menginginkan isteri lebih daripada satu akan mendapat tentangan
yang hebat dari isterinya juga merupakan salah satu foaktor yang menyebabkan
berlakunya keganasan keluarga. Biasanya isteri akan menentang sekeras-kerasnya niat
suaminya untuk berkhawin dua. Suami yang tidak puas hati dengan tindakan isterinya
yang tidak membenarkannya berkhawin dua akan menggunakan kuasa fizikalnya ke atas
isterinya atau anak-anaknya seperti memukul, menampar sama dengan menggunakan
tangan untuk meleraikan tekanan dan dendam akibat perbalahan dan konflik tersebut.
Dalam sesebuah keluarga, pasangan suami atau isteri yang mendapati pasangan
mereka mengadakan hubungan sulit dengan wanita atau lelaki yang lain sudah tentu tidak
mahu berdiam diri sahaja. Biasanya isteri yang mendapati suaminya mempunyai
hubungan sulit di luar akan meninggikan suara dan sering memarahi suaminya dan
bersikap dingin. Ini menyebabkan suami atau isteri tertekan dan menyumbangkan kepada
keganasan secara fizikal terhadap anak-anak mereka.
Selain itu, kedudukan kewangan yang tidak kukuh dalam sesebuah keluarga juga
merupakan salah satu faktor penyebab keganasan keluarga. Tambahan pula sikap isteri
yang suka meminta-minta akan menyebabkan jiwa suami tertekan. Bagi mengatasi
masalah ini suami akan menggunakan kata-kata kesat, herdikan atau pukulan terhadap
golongan yang lemah dalam sesebuah keluarga. Isteri yang menjadi mangsa dalam hal ini
pula akan melepaskan geram terhadap anak-anaknya yang bentuk fizikalnya lemah
dengan pukulan atau cara yang lain.
Akhirnya, suami yang mementingkan kepuasan diri dalam hubungan kelamin juga
dikenalpasti sebagai punca kepada keganasan keluarga. Suami yang mempunyai nafsu
seks yang tinggi akan menggunakan kuasa dominannya dengan menyeksa isteri untuk
mendapatkan kepuasan seks dengan cara memukul, mengikat dan merogol. Perbuatan ini
akan diulangi untuk mendapatkan kepuasan seks. Kalau isteri itu tidak dapat memenuhi
kepuasan seks suaminya, suaminya akan mengalih tumpuan terhadap anak perempuan.
Maka anaknya akan menjadi mangsa dalam kes kegansan keluarga.

8
5.0 Kesan-Kesan Keganasan Keluarga Terhadap Kanak-Kanak

Seringkali kita dapat lihat daripada berita-berita sama ada yang disiarkan di
televisyen ataupun yang terpampang di surat khabar tentang keganasan rumah tangga
yang menyedihkan. Terdapat kes-kes yang pelbagai jenis tetapi yang paling menyedihkan
adalah keganasan keluarga di kalangan kanak-kanak termasukalah penderaan.
Menurut Javad H. Kashari (1998), kanak-kanak yang mengalami keganasan
keluaga akan menghadapi kesan-kesan negatif yang ketara. Terdapat empat kesan yang
paling ketara dapat dilihat daripada kanak-kanak yang menghadapi masalah keganasan
keluarga. Dari segi fizikal, kanak-kanak yang didera akan dapat dilihat dengan jelasnya
parut-parut yang dibakar dengan puntung rokok, seterika, cerek dan peralatan yang panas.
Selain itu, luka dan lebam yang berlumuran darah pula didera dengan menggunakan
rotan, kayu, tali pinggang, penyangkut baju dan benda yang keras. Kanak-kanak sebegini
terdapat luka-luka bukan sahaja di kaki dan tangan, malah terdapat juga di seleruh badan
dan tempat-tempat yang berselindung. Ini kerana mangsa didera oleh manusia yang tidak
berperikemanusiaan dan semata-mat untuk melepaskan geram terhadap kanak-kanak.
Kesan mental bagi kanak-kanak yang didera pula terbahagi kepada kepada
masalah mental dan masalah-masalah dalaman kanak-kanak. Masalah mental yang
diakibatkan oleh penderaan adalah pembantutan mental. Kanak-kanak yang didera sejak
kecil lagi akan menghadapi masalah pembantutan mental iaitu fungsi kognitifnya terjejas.
Fungsi konitif membawa maksud pembelajaran ilmu pengetahuan yang diingat ataupun
difahami. Kanak-kanak seperti ini akan menjadi lembap dan lemah dalam pelajaran
kerana mereka lambat dalam mempelajari sesuatu. Ini menyebabkan mereka seringkali
lupa apa yang telah diajar atau diarah oleh guru dan ibu bapa.
Satu kajian telah dibuat oleh ahli-ahli psikologi di kalangan kanak-kanak untuk
membandingkan fungsi kognitif antara 30 orang kanak-kanak biasa dengan 60 orang
kanak-kanak yang didera. Dari kajian tersebut, keputusan menjawab soalan yang dikutip
daripada kanak-kanak yang didera adalah lemah daripada kanak-kanak yang tidak didera.
Ini disebabkan mereka terlampau takut dan perasaan taku ini sentiasa menghantui mereka
sehingga mereka tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya.

9
Selain itu, kanak-kanak yang mengalami penderaan akan mempunyai masalah
mental yang teruk terutamanya kanak-kanak yang terhantuk di bahagian kepalanya.
Kadang-kadang kanak-kanak tersebut tidak menghiraukan sesiapapun dan seolah-olah
hidup mengasingkan diri daripada orang lain. Mereka tidak suka bergaul dengan orang
lain. Maka personaliti mereka akan berubah secara beransur-ansur. Mereka lebih suka
bersendirian dan bercakap dengan diri sendiri. Emosi mereka menjadi tidak stabil dan
menyebabkan mereka berasa gembira dan sedih berselang-seli. Kadang-kadang mereka
boleh ketawa terbahak-bahak dan ada kalanya mereka menangis.
Terdapat juga kanak-kanak yang bersifat terlampau agresif dan ganas ekoran
daripada penderaan. Mereka berkelakuan demikian kerana mereka cuba melindungi diri
daripada terus dicederakan. Sebagai contohnya, mereka akan menggigit kaki sesiapa yang
cuba menghampirinya. Bagi mereka, semua orang akan mencederakan diri mereka dan
mereka hanya percaya kepada diri sendirinya. Rentetan itu, mereka akan hidup
menjauhkan diri daripada masyarakat.
Di samping itu, kanak-kanak yang didera akan sentiasa hidup dam kemurungan
dan kesedihan. Mereka akan berasa tawar hati terhadap orang di sekelilingnya. Mereka
juga selalu mengalami tekanan perasaan kerana hidup dalam ketakutan setiap hari.
Malah, mereka juga akan sanggup mencederakan diri sendiri demi melepaskan rasa
ketakutan dan ketidakpuashatian mereka. Tambahan pula, mereka akan menjadi pemarah
dan selalu bertengking kepada orang yang cuba bercakap dengannya. Kanak-kanak yang
demikian akan menjadi keras kepala dan sering melanggar peraturan di sekolah ataupun
tempat lain. Mereka akan menjadi pembangkang dan mengingkari segala arahan yang
diberi serta melakukan perkara yang dilarang.
Kesimpulannya, keganasan keluarga atau penderaan di kalangan kanak-kanak
memang mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Kesan-kesan ini
akan menjadi pengalaman yang pahit sepanjang hidup walaupun mereka sudah
membesar. Kebanyakan orang dewasa akan mengulangi perbuatan penderaan terhadap
kanak-kanak sekiranya mereka mempunyai kisah silam yang mengalami penderaan. Jadi,
hentikan perbuatan yang menyedihkan ini demi generasi muda yang akan datang.

10
6.0 Menangani Keganasan Keluarga Mengikut Garis-Garis Yang Ditetapkan Oleh
Islam

Menurut Roslee Bin Haji Abbash (1999), Islam telah menetapkan beberapa garis
panduan untuk diikuti oleh penganutnya bagi menangani masalah keganasan rumah
keluarga yang semakin berleluasa di masa ini. Sekiranya keganasan keluarga ini tidak
tidak dibendung dan diatasi, fenomena ini akan meninggalkan kesan terhadap anak-anak
malahan terhadap komuniti . Kesan yang serius akan menghapuskan sikap kasih sayang,
toleransi, dan hormat-menghormati sesama manusia.
Antara garis panduan yang ditetapkan oleh Islam bagi menangani masalah
keganasan keluarga adalah dengan memberikan nafkah zahir dan batin dengan sempurna.
Ketua keluarga berkewajipan untuk menunaikan tanggungjawab secara zahir seperti
menyediakan tempat tinggal yang selesa dan aman kepada keluarganya. Selain itu,
nafkah batin pula merupakan perhubungan intim antara suami isteri hendaklah berlaku
secara adil dan tidak hanya mementingkan kepuasan diri sahaja.
Garis panduan seterusnya adalah dengan menyediakan keperluan asas yang
mencukupi. Antara keperluan asas yang perlu disediakan adalah makanan, pakaiaan,
tempat tinggal dan peralatan yang munasabah mengikut kemampuan ketua keluarga.
Sikap isteri yang selalu meminta suami menyediakan barangan yang di luar kemampuan
suami memberikan banyak ruang kepada berlakunya keganasan dalam keluarga.Suami
akan berasa bosan dan cepat marah apabila isteri terus mendesaknya kerana suami
merasakan dirinya mempunyai kuasa dominan di rumah.
Pergaulan yang baik dalam sesebuah keluarga amat diperlukan untuk menangani
keganasan rumah tangga. Sikap mesra sesama ahli keluarga serta saling sayang
menyayangi antara satu sama lain amat diperlukan.
Bagi seorang suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu pula hendaklah
sentiasa menegakkan konsep keadilan. Suami hendaklah sentiasa berlaku adil kepada
isteri-isterinya dan juga anak-anaknya tidak kira sama ada anak kandung ataupun anak
tiri. Keganasan keluarga ataupun penderaan kanak-kanak biasanya dilakukan oleh bapa
atau pun ibu tiri,jadi konsep keadilan merupakan langkah yang baik bagi menangani
masalah keluarga.

11
Garis panduan yang terpenting dalam Islam bagi menangani masalah keganasan
keluarga adalah kesabaran.Setiap ahli keluarga seharusnya mempunyai tahap kesabaran
yang tinggi dalam kehidupan wsekeluarga. Setiap ahli keluarga berkewajipan untuk
menahan diri daripada menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang boleh
memudaratkan atau mencederakan ahli keluarga.

7.0 Langkah-Langkah Mengatasi

Menurut Biro Bantuan Guaman Malaysia (2000), peranan pihak-pihak tertentu


dalam menangani masalah keganasan rumah tangga di kalangan kanak-kanak sangat
penting. Bahagian ini akan membincangkan peranan-peranan masing-masing secara
ringkas.

7.1 Peranan Mangsa

Mangsa seringkali tidak tahu apakah tindakan yang patut diambil ketika berada
dalam keadaan yang tertekan ini. Di bawah Akta menyatakan banyak perkara yang boleh
dilakukan oleh mangsa.Antaranya ialah mendapatkan pertolongan atau panduan daripada
seorang pegawai kebajikan. Selain itu mangsa boleh membuat laporan polis seta
mendapatkan perlindungan, pertolongan dan panduan daripada pihak polis. Mangsa juga
boleh berjumpa atau menghubungi peguam atau pegawai Biro Bantuan
Guaman,memfailkan aduan di mahkamah dan mendapatkan perintah tertentu daripada
mahkamah termasuk perintah perlindungan, pampasan, pemulihan psikoterapi,
kaunseling, perdamaiandan sebagainya.

7.2 Peranan orang ramai

Bagaimanakah orang ramai dapat membantu mangsa? Peranan orang ramai


seperti kawan, saudara, jiran dan orang yang tinggal di persekitaran kita dapat
memainkan peranan dalam mencegah perbuatan yang melibatkan keganasan rumah
tangga. Penglibatan orang ramai disifatkan penglibatan secara langsung ataupun tidak

12
langsung. Penglibataan secara langsung yang boleh diambil ialah dengan menyediakan
“tempat selamat” kepada mangsa dan membuat laporan tentang keganasan rumah tangga
kepada pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Pemberi maklumat tidak
sepatutnya risau akan keselamatan mereka kerana Akta akan melindungi “pemberi
maklumat”. Di dalam seksyen 18(2) Akta menyatakan biarpun maklumat yang diberi
oleh pemberi maklumat adalah tidak betul atau kurang tepat mereka tetap akan diberi
perlindungan.
Penglibatan secara tidak langsung yang boleh dimainkan oleh mangsa ialah
dengan melibatkan diri dalam usaha-usaha untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah
tangga mereka sendiri. Mereka juga boleh memberi kefahaman tentang tanggungjawab
suami-isteri yang sepatutnya dalam pergaulan bersama orang-orang yang tinggal di
persekitaran mereka.

7.3 Peranan Pegawai-pegawai Biro Bantuan Guaman

Pegawai-pegawai Biro Bantuan Guaman ialah pegawai yang telah terlatih dalam
bidang undang-undang. Pegawai ini boleh memberikan nasihat untuk membantu mangsa
membuat laporan polis atau memfailkan aduan di mahkamah. Selain itu mereka boleh
memberi nasihat tentang permohonan untuk mendapatkan perintah di mahkamah. Dengan
ini, setelah di beri nasihat oleh pegawai-pegawai yang terlatih di bawah undang-undang
,mangsa akan dapat menegakkan hak-haknya dengan lebih berkesan.

7.4 Peranan Pegawai Kebajikan

Apabila seorang mangsa menghubungi seorang pegawai kebajikan, pegawai


kebajikan ini boleh menerangkan hak-hak mangsa di bawah undang-undang.Apabila
bersesuaian, pegawai kebajikan tersebut akan memberikan pertolongan kepada mangsa
untuk mengambil tindakkan tertentu. Di antara perkara yang boleh dibantu oleh pegawai
kebajikan ini ialah membuat aduan polis. Selain itu pegawai kebajikan ini akan
memfailkan aduan mangsa di mahkamah. Beliau juga bertanggungjawab mengatur
rawatan perubatan kepada mangsa, mengatur tempat perlindungan dan pengangkutan

13
untuk pergi ke tempat perlindungan kepada mangsa. Mengikut arahan pihak mahkamah
yang diberikan mengikt seksyen 6(1) (c) Akta pegawai ini boleh menemani mangsa ke
tempat kediaman bagi tujuan mengambil atau memindahkan barang-barang kepunyaan
mangsa. Sekiranya satu perintah sampingan telah diberikan oleh mahkamah di bawah
seksyen 6(1) (b) Akta, pegawai kebajikan ini akan bertindak sebagai penghubung di
antara pihak-pihak tertentu.

7.5 Peranan Pegawai Polis

Di bawah seksyen 19 Akta, seseorang pegawai polis mempunyai kuasa untuk


membantu mangsa sebagaimana kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai
kebajikan. Sebagai tambahan, seseorang pegawai polis mempunyai kuasa dan
tanggungjawab untuk mengambil tindakan sekiranyan sesuai untuk mencegah keganasan
rumah tangga yang sedang dilakukan. Selain itu pihak polis boleh menjalankan siasatan
terhadap laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa dan membuat cadanga kepada
Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan pertuduhan jenayah terhadap pesalah
sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi untuk berbuat demikian. Seterusnya polis
boleh melaksanakan atau menguatkuasakan perintah yang telah dikeluarkan oleh pihak
mahkamah. Misalnya dengan menangkap pesalah yang telah melanggar perintah yang
telah dikeluarkan oleh mahkamah atau mengeluarkan pesalah daripada tempat di mana
dia telah dihalang oleh perintah untuk memasuki atau tinggal di situ.

7.6 Peranan Mahkamah

Mahkamah mempunyai pelbagai peranan mengikut seksyen 14 Akta Keganasan


Keluarga 1994 (521). Mahkamah boleh menerima dan merekodkan aduan yang difailkan
oleh mangsa, mendengar serta membuat keputusan tentang aduan tersebut dengan
seberapa segera.
Seterusnya makahmah boleh menyelenggara rekod berhubung dengan butir-butir
terperinci tentang aduan yang difailkan seperti butir-butir pihak yang terlibat, kecederaan,
perintah yang dikeluarkan dan sebagainya. Butir-butir ini adalah amat berguna bagi

14
membantu pihak Mahkamah menilai keberkesanan amalan pada masa lalu, kajian sosial
tentang keganasan rumah tangga, menjadi panduan kepada pembuat dasar dan
sebagainya.
Selain itu, mahkamah boleh mengeluarkan perintah yang bersesuaian seperti
perintah perlindungan, pampasan kewangan untuk mangsa, memerintah supaya
pemulihan psikoterapi atau kaunseling diberi kepada mangsa atau pesalah dan
sebagainya.
Perintah Perlindungan ialah salah satu perintah yang boleh dikeluar oleh
mahkamah, Perintah Perlindungan ialah satu perintah dalam bentuk injunksi untuk
menghalang berlakunya perbuatan keganasan rumah tangga terhadap mangsa dan
menghalang pesalah daripada menghasut orang lain daripada melakukan perbuatan
keganasan rumah tangga terhadap mangsa serta memberi perlindungan kepada mangsa
dalam Perintah Sampingan, kuasa menangkap dan sebagainya. Aduan atau permohonan
untuk mendapat satu Perintah Perlindungan tidak semestinya dibuat oleh mangsa sendiri.
Perintah Sampingan juga merupakan satu Perintah Perlindungan di bawah
seksyen 6 Akta. Perintah-perintah itu adalah termasuklah menberi orang yang dilindungi
hak eksklusif untuk mendiami tempat secara keseluruhan atau secara sebahagian tertentu.
Menghendaki pesalah membenarkan orang yang dilindungi memasuki kediaman untuk
mengambil barang-barang kepunyaannya. Walau bagaimanapun, orang yang dilindungi
hendaklah ditemani oleh seorang pegawai kebajikan atau pegawai polis semasa berbuat
demikian. Selain itu, Perintah Sampingan juga melarang pesalah daripada memasuki
tempat kediaman atau kediaman alternatif orang yang dilindungi, tempat kerja atau
sekolah. Perintah ini juga melarang pesalah membuat perhubungan bertulis atau telefon
dengan orang yang dilindungi melainkan dengan kehadiran seorang pegawai
penguatkuasa atau orang lain yang dinyatakan dalam perintah. Selai itu, Perintah
Sampingan menghendaki pesalah membenarkan orang yang dilindungi untuk terus
menggunakan kenderaan pesalah yang sebelum itu biasanya digunakan oleh orang yang
dilindungi.
Selain itu, mahkamah juga boleh mengeluarkan Perintah Perlindungan Sementara.

15
Mengikut seksyen 4 dan 12 Akta, Perintah Perlindungan Sementara boleh dikeluarkan
sementara menunggu penyiasatan berhubung dengan suatu perbuatan keganasan rumah
tangga oleh pihak polis selesai.
Pesalah yang menaggar perintah perlindungan atau mana-mana peruntukannya
boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau
kedua-duanya sekali. Manakalah pesalah yang melanggar perintah perlindungan dengan
menggunakan kekerasan atau keganasan boleh didenda tidak lebih daripada RM4,000
atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam kes
perlanggaran kali kedua atau kemudiannya, dia boleh dihukum penjara tidak kurang
daripada 72 jam dan tidak lebih daripada dua tahun dan boleh juga didenda tidak
melebihi RM5,000.
Di samping itu, mangsa keganasan rumah tangga boleh menuntut pampasan
daripada pesalah melalui mahkamah, jika mangsa mengalami kecederaan diri, kerosakan
kepada harta dan kerugian kewangan. Tuntutan pampasan ini boleh dibuat sebagai suatu
tindakan sivil yang berasingan sungguhpun tindakan jenayah telah diambil terhadap
pesalah. Mahkamah akan membenarkan tuntutan itu sebagaimana yang difikirkannya adil
dan munasabah.
Mahkamah yang mendengar tuntutan bagi pampasan boleh mengambikira faktor-
faktor seperti kesakitan dan penderitaan mangsa dan takat kecederaan fizikal atau mentel
mangsa (berkaitan dengan kesesuaiannya), kos rawatan perubatan bagi kecederaan itu,
apa-apa kehilangan pendapatan yang berbangkit daripadanya, jumlah atau nilai harga
yang diambil atau dimasnahkan atau dirosakkan dan perbelanjaan perlu dan menasabah
yang ditanggung oleh mangsa, apabila mangsa terpaksa berpisah atau dipisahkan
daripada defendan contohnya perbelanjaan penginapan, pengangkutan dan pemindahan.

8.0 Cadangan

8.1 Ombak -- Membela wanita, kanak-kanak

Oleh Roslah Othman (2001), kes-kes jenayah dan keganasan melibatkan wanita
dan kanak-kanak semakin serius dalam masyarakat hari ini. Perkara yang menjadi

16
persoalan - apakah tindakan kita dalam mendepaninya? Adakah kita membuta? Membisu
atau membantu? Justeru pelbagai usaha dijalankan bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap gejala yang boleh meruntuhkan jiwa masyarakat kita. Mendepani
masalah itu, ia memerlukan sokongan banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan
(NGO), orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta.
Kempen Organisasi Membanteras Keganasan atau singkatannya Ombak di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat misalnya, sentiasa
berusaha menarik lebih ramai untuk menjayakan kempen itu. Bantuan yang dituntut
Ombak bukan sekadar kepekaan dan keprihatinan masyarakat bahkan sumbangan
kewangan daripada mereka yang berkemampuan untuk menggerakkan kempen itu.
Disuntik keinsafan, pelbagai pihak baru-baru ini tampil menghulurkan sumbangan
berupa wang ringgit kepada Ombak pada satu majlis yang berlangsung di ibu negara
baru-baru ini. Dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk
Shahrizat Abdul Jalil sumbangan berjumlah hampir RM300,000 diterima bagi
menjayakan kempen Ombak. Salah seorang penderma, Pengetua Clara International
Beauty Group, Dr. Clara L. Chee ketika ditemui Keluarga berkata, Ombak ibarat tempat
berteduh kepada mangsa terutama wanita dan kanak-kanak. Dalam sibuk memikirkan
soal keuntungan, kami tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial kepada
masyarakat,'' ujarnya yang menyumbang sebanyak RM15,000. Berkecimpung dalam
bidang kecantikan yang hampir 90 peratus pelanggan terdiri daripada wanita, Dr. Clara
berkata, faktor itu membuatnya terpanggil untuk turut menyumbang.
Pengarah Komunikasi Korporat dan Sokongan Jualan Prudential, Lee Kay Loon,
turut menyambut baik kempen tersebut yang disifatkan sebagai usaha baik kerajaan bagi
membanteras keganasan termasuk memantau jenayah rogol, penderaan dan
penganiayaan. Katanya, sebagai sebuah syarikat insuran yang sentiasa prihatin kepada
masyarakat, menjadi tanggungjawab pihaknya untuk turut melibatkan diri dalam aktiviti
sosial.
Prudential sendiri mempunyai rumah perlindungan yang menempatkan wanita
dan kanak-kanak yang menjadi mangsa dera dan penganiayaan di Petaling Jaya,'' kata
Loon yang menyerahkan sumbangan syarikatnya berjumlah RM50,000. Turut
menyambut baik penubuhan Ombak ialah Pengurus Perhubungan Awam Bahagian

17
Pemasaran Jaya Jusco Stores Bhd, Rowena Alia Rahim, yang menyifatkan ia sebagai satu
cara membanteras keganasan yang semakin serius melanda masyarakat hari ini. Beliau
mewakili Jaya Jusco yang menyumbang sebanyak RM10,000 sebagai tanda sokongan
padu kepada kempen tersebut.Tidak hanya wang ringgit, seboleh-bolehnya tenaga dan
masa juga dapat diberikan. Sebolehnya kami akan terus menyokong usaha-usaha
seumpamanya,'' ujarnya. Sementara itu, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) tidak
ketinggalan menyumbang sebanyak RM20,000 pada majlis tersebut.
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Bernas, Ahmad Fuad Abdul Wahab
berkata, sumbangan yang dihulur sekurang-kurangnya membolehkan pelbagai program
diatur termasuk menyediakan tempat perlindungan kepada mangsa, program pendidikan
dan projek komuniti. Katanya, sumbangan kepada kempen tersebut merupakan antara
aktiviti sosial yang telah dirancang setiap tahun.

8.2 Belajar Hormati Hak Kanak-kanak Elak Kes Dera Berulang

Vanakkam Malaysia (2004), menyatakan Isu penderaan masih belum reda. Dari
semasa ke semasa, negara dikejutkan dengan kes penderaan dan penganiayaan kanak-
kanak hingga menyebabkan kematian.
Biarpun ia berlarutan sejak sekian lama, kes penderaan kanak-kanak tidak begitu
memberi kesan, malah ada kalanya tidak dihiraukan masyarakat yang mengambil sikap
`tidak mahu menjaga tepi kain orang'. Walau bagaimanapun, kematian kanak-kanak
lelaki berusia 26 bulan, B. Balasundram, pada 1990 membuka mata pihak terlibat dan
juga masyarakat sehingga kes itu dijadikan rujukan kes-kes penderaan yang berlaku di
negara ini. Balasundram ditemui ditinggalkan sendirian di lantai simen di hadapan tandas
Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan kecederaan teruk, tubuhnya dipenuhi kesan lebam
dan calar, kesan cucuhan api rokok, kesan pukulan dengan benda keras dan mengalami
kecederaan di bahagian otak serta kerosakan buah pinggang.
Ketua Pediatrik HKL ketika itu, Prof Datuk Dr Mohamed Sham Kasim bersama
kakitangannya yang berusaha merawat kanak-kanak malang itu bagaimanapun terpaksa
akur dengan kehendak Tuhan setelah ia akhirnya meninggal dunia. Lelaki yang
bertanggungjawab menerima hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan setelah

18
rayuannya terhadap hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur diterima Mahkamah Persekutuan. Pelbagai reaksi timbul selepas itu. Ada yang
bersimpati, ada yang marah dan menuntut hukuman lebih berat dikenakan kepada pelaku.
Empat belas tahun telah berlalu. Baru-baru ini, rakyat sekali lagi digemparkan dengan kes
penderaan hingga menyebabkan kematian kanak-kanak malang, Nor Iszyani Amylia
Ahmad Iskandar, 2.
Biarpun pelbagai langkah diambil untuk menangani kes-kes seumpama ini, ia
masih lagi berlaku, bahkan statistiknya kian meningkat dari tahun ke tahun.
Mengulas mengenai perkara ini, Dr Mohamed Sham yang kini menerajui Persatuan
Perlindungan Kanak-kanak Malaysia (PPKM) berkata setiap tahun, terdapat sehingga
1,200 kes penderaan dan penganiayaan dilaporkan di seluruh negara. "Ini kerana kanak-
kanak adalah anggota masyarakat yang paling mudah terdedah kepada bahaya dan
penganiayaan kanak-kanak berlaku dalam pelbagai bentuk -- fizikal, seksual, mental,
emosional dan pengabaian," katanya.
Daripada keseluruhan kes yang dilaporkan, sebanyak 30 hingga 40 peratus adalah
kes penderaan berulang, iaitu penderaan yang berlaku apabila tiada tindakan diambil ke
atas pelaku, tambah beliau. Menurutnya, tahun lepas sahaja, empat mangsa dera
meninggal di HKL. Daripada 190 kes yang diterima, 77 adalah kes penderaan seksual, 62
kes penderaan fizikal manakala 42 kes pengabaian atau buang bayi. "Bagaimanapun,
angka itu dipercayai hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada bilangan kes yang
sebenarnya, masih banyak kes penganiayaan, penderaan dan pengabaian yang tidak
dilaporkan," katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.
Selaku pengasas 'Suspected Child Abuse & Neglected (SCAN) Team', beliau
menyifatkan stigma sosial, terutamanya pandangan seorong masyarakat terhadap mangsa
dan kes melibatkan ahli keluarga sendiri adalah antara sebab kes penderaan tidak
dilaporkan.
Selain itu, katanya, mangsa perlu menjalani temuduga, pemeriksaan dan
perbicaraan yang panjang di mahkamah yang tidak mesra kanak-kanak yang akhirnya
mencetuskan trauma emosi. "Mereka juga perlu berdepan dengan doktor, polis, pegawai
kebajikan masyarakat, pendakwa, peguam dan badan kehakiman. Dalam kekalutan itu,
mereka mungkin tidak mendapat sokongan keluarga jika kes berkenaan melibatkan

19
anggota keluarga," katanya lagi. Antara punca kes penderaan dalam keluarga ialah
tekanan hidup, kewangan, konflik keluarga seperti penceraian, keganasan rumah tangga
dan masalah dadah atau alkohol. Katanya, ia juga berpunca daripada tiada kemahiran
keibubapaan. Ini biasanya berlaku apabila isteri bekerja, dan suami yang tidak bekerja
perlu menjaga anak-anak, atau pasangan yang berkahwin dalam usia terlalu muda.
PPKM ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan, dianggotai sukarelawan pelbagai
latar belakang yang memperjuangkan hak kanak-kanak dan memupuk kesedaran
mengenai penganiayaan dan pengabaian ke atas mereka, juga sebagai susulan kepada kes
penderaan. Balasundram, bertujuan mengelak kes yang sama berulang lagi. Ditubuhkan
pada 1994, PPKM juga berfungsi melindungi kanak-kanak daripada dianiayai dan diabai
selain memberi sokongan kepada kanak-kanak teraniaya melalui sistem perundangan
agar mereka tidak terus mengalami perasaan trauma. PPKM giat mengadakan aktiviti
seperti ceramah, seminar dan bengkel kepada golongan profesional perubatan,
perundangan dan kebajikan masyarakat serta golongan sukarelawan mengenai pelbagai
isu berkaitan hak kanak-kanak.
Menurut Dr Mohamed Sham, fakta yang mungkin sukar untuk diterima oleh
masyarakat mengenai penderaan ialah semua orang, tidak kira apa jua latar belakang,
jantina, tahap pendidikan atau sosio ekonomi mereka, berpotensi melakukan perbuatan
sedemikian. "Mungkin dalam fikiran kita, perwatakan mereka yang melakukan penderaan
ialah seorang yang kejam, garang dan muka bengis. Tidak semestinya. Ini kerana ada
juga kes terdiri daripada mereka yang kelihatan baik dan berpendidikan tinggi.
"Kebanyakan kes dera berlaku secara spontan, berikutan pertengkaran, ibu bapa atau
penjaga cepat naik tangan dan anak-anak menjadi mangsa," katanya. Mengenai tuntutan
banyak pihak supaya peruntukan undang-undang yang lebih keras ke atas pendera, beliau
berpendapat undang-undang yang sedia ada sudah memadai. Menyifatkan Malaysia
sebagai antara negara yang mengenakan hukuman keras ke atas pendera, beliau
berkata:"Undang-undang sudah cukup keras. Apa yang diperlukan untuk mengurangkan
kes dera ialah sikap dan peranan masyarakat yang lebih agresif dalam mengiktiraf hak
kanak-kanak sebagaimana yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-
kanak." Menurutnya, masih banyak yang perlu dilakukan di masa depan untuk
memperbaiki keadaan ini. "Masyarakat masih dalam peringkat belajar. Belajar

20
menghormati hak kanak-kanak kerana mereka ada hak untuk hidup, hak untuk mendapat
keperluan asas kehidupan. Selain itu, sistem yang sedia ada perlu diperkembangkan dan
memperbaiki, misalnya pengamal perubatan perlu lebih peka dalam menangani sesuatu
kes yang mencurigakan." "Mereka perlu tahu membezakan sama ada kecederaan dialami
kanak-kanak akibat kemalangan atau kecederaan biasa. Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan pihak polis pula perlu lebih peka dalam menangani kes penderaan bagi
meminimumkan trauma mangsa," katanya.
Kerjasama tiga agensi berkenaan perlu dipertingkatkan terutamanya dalam
berkongsi maklumat bagi memastikan tindakan cepat dan berkesan dapat diambil segera,
tambahnya lagi. "Media yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan kes
penderaan dan pengabaian perlu lebih teliti dalam melaporkan kes-kes sedemikian.
Dalam keghairahan mendedahkan isu penderaan, jangan lupa apa yang ditanggung oleh
keluarga mangsa dan juga keluarga pendera terutama golongan kanak-kanak.

9.0 Statistik

9.1 Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri, Malaysia 2000-2003*

TAHUN
NEGERI
2000 2001 2002 2003*
PERLIS 39 27 39 7
KEDAH 177 179 177 118
P.PINANG 399 431 269 138
PERAK 269 185 135 106
SELANGOR 877 855 942 474
K.LUMPUR 264 162 131 76
N.SEMBILAN 349 318 242 162
MELAKA 92 56 67 38
JOHOR 377 379 187 125
PAHANG 150 161 202 133
TERENGGANU 24 29 10 5
KELANTAN 33 36 47 11
SABAH 102 86 85 40
SARAWAK 316 203 222 132
JUMLAH 3468 3107 2755 1565

21
2003* Sehingga Julai (Sumber: Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman)

Dari graf palang, didapati keganasan rumah tangga di Malaysia dari tahun 2000-2003* telah
menunjukkan pola menurun iaitu dari 348 kes merosot menjadi 155 kes.Walaupun demikian,
sebanyak 1565 kes pada kadar yang terendah. Bilangan ini masih berada di peringkat yang
membimbangkan. Negeri Selangor merupakan negeri yang mempunyai keganasan rumah tangga
yang paling tinggi iaitu sebanyak 877 kes (2000), 855 k3s (2001), 942 kes(2002), dan 474 kes
pada tahun 2003 sehingga bulan Julai. Manakala negeri Terengganu mempunyai bilangan kes
keganasan rumah tangga yang paling sedikit iaitu hanya 24 kes (2000), 29 kes (2001), 10 kes(2002)
5 kes pada tahun 2003 sehingga bulan Julai.

22
9.2 Malaysia: Penganiayaan Kanak-Kanak Mengikut Jenis Penderaan

TAHUN
JENIS
2000 2001 2002
PENDERAAN
L P L P L P
TERDAMPAR 50 21 35 35 53 68
DIABAIKAN 99 84 154 149 189 168
FIZIKAL 175 187 155 132 182 172
SEKSUAL 24 234 26 225 22 302
EMOSI/FSIKOLOGI 3 21 22 34 15 17
LAIN-LAIN 12 24 36 33 31 23
JUMLAH 363 571 428 608 492 750

MALAYSIA:PENGANIAYAAN KANAK-KANAK MENGIKUT JENIS


PENDERAAN
350

300

250

TERDAMPAR
200
BIL.KES

DIABAIKAN
FIZIKAL
150
SEKSUAL
EMOSI/FSIKOLOGI
100
LAIN-LAIN

50

L P L P L P

2000 2001 2002

TAHUN

(Sumber : Kementerian Dalam Negeri)


Graf di atas menunjukkan jenis-jenis penganiayaan yang dialami oleh kanak-kanak mengikut
jantina pada tahun 2000-2002. Pada tahun 2000, jumlah kes penganiayaan adalah 934 kes
dan meningkat menjadi 1252 kes pada tahun 2002. Jenis penganiayaan yang paling tinggi
Adalah penganiayaan dari segi fizikal manakala penganiayaan yang paling rendah adalah
penganiayaan dari segi emosi. Manakala pula penganiayann dari segi seksual hanya
tinggi di kalangan kanak-kanak perempuan. Sebanyak 41% kes adalah dari segi seksual
bagi kanak-kanak perempuan pada tahun 2000 dan 37% pada tahun 2001 serta 40% pada
tahun 2002.

23
9.3 Malaysia: Kes Penderaan Kanak-kanak Mengikut Kumpulan Etnik dan Jantina

KAUM 2000 2001 2002


L P L P L P
MELAYU 201 365 271 354 306 497
CINA 69 84 63 88 74 87
INDIA 72 95 79 115 95 131
BBISLAM/BUMIPUTRA SARAWAK 11 15 3 13 3 9
BBISLAM/BUMIPUTRA SABAH 0 0 2 19 3 14
LAIN-LAIN 10 12 10 19 11 12
JUMLAH 363 571 428 608 492 750

MALAYSIA; KES PENDERAAN KANAK-KANAK MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN


JANTINA

600

500

400
MELAYU
BIL. KES

CINA
INDIA
300 BBISLAM/ BUMIPUTRA SARAWAK
BBISLAM/ BUMIPUTRA SABAH
LAIN-LAIN
200

100

0
L P L P L P

2000 2001 2002

(Sumber: Kementerian Dalam Negeri)


Graf di atas memperlihatkan kes penderaan kanak-kanak mengikut kumpulan etnik dan jantina
dari tahun 2000 hingga tahun 2002. Dengan jelasnya dapat dilihat kanak-kanak perempuan yang
sering kali menjadi mangsa. Jumlah besar yang semakin meningkat iaitu dari 571 kes sehingga
750 kes. Kanak-kanak Melayu yang paling ramai didera iaitu sebanyak 60% daripada jumlah
besar pada tahun 2000 dan 2001.Manakala pada tahun 2002 pula, terdapat 64% daripada
jumlah besar yang berlaku di kaum Melayu. Ini menunjukkan peratusannya yang agak tinggi
dalam graf di atas. Kaum Bumiputra Sabah dan Sarawakmerupakan kaum yang paling kurang
mengalami kes penderaan kanak-kanak.

24
9.4 Kes Penganiayaan Kanak-Kanak Mengikut Negeri, Malaysia 2000-2002

TAHUN
NEGERI
2000 2001 2002
PERLIS 0 0 0
KEDAH 7 8 8
PULAU PINANG 27 28 14
PERAK 11 2 6
SELANGOR 40 49 43
KUALA LUMPUR 16 15 13
NEGERI SEMBILAN 6 7 4
MELAKA 6 8 5
JOHOR 23 20 14
PAHANG 7 6 7
TERENGGANU 0 2 2
KELANTAN 3 1 1
SABAH 0 2 0
SARAWAK 0 2 6
JUMLAH 146 150 123

( Sumber: Kementerian Dalam Negeri)


Graf di atas menunjukkan bilangan kes penganiayaan kanak-kanak mengikut negeri di Malaysia
dari tahun 2000-2002. negeri Selangor merupakan negeri yang tertinggi iaitu kadar
penganiayaan sebanyak 410 kes pada tahun 2000, 49 kes pada tahun 2001 dan 43 kes pada tahun
2002. Purata peratusannya pada ketiga-tiga tahun adalah sebanyak 31.5%. Negeri Terengganu,
Kelantan, Sabah dan Sarawak mempunyai kadar yang rendah iaitu kurang daripada 10 kes dalam
ketiga-tiga tahun masing-masing. Manakala Negeri Perlis menunjukkan kadar sifar pada ketiga-
tiga tahun.

25
10.0 Kesimpulan

Keganasan rumahtangga ini haruslah dibendung agar jenayah dapat dikurangkan


kapasitinya. Pelbagai langkah harus diambil seperti melaksanakan Program Utamakan
Keluarga – Semakin Hari Semakin Sayang “Family First - Bring Your Heart Home”.
Program ini telah melaksanakan satu inisiatif baru untuk mengukuhkan institusi keluarga,
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Matlamat program ini adalah untuk
melahirkan keluarga yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu, berdaya tahan, beriman serta
harmoni. Program ini telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia pada 31 Julai 2002.
Selain itu, haruslah perkenalkan program latihan peka gender di sekolah-sekolah dan
di tempat-tempat kerja (terutama bagi polis, kehakiman, pegawai kebajikan dan kesihatan)
untuk mengubah corak budaya dan perlakuan sosial lelaki dan wanita supaya dapat
membanteras semua amalan yang berasaskan idea inferioriti atau superioriti mana-mana seks,
serta membanteras peranan stereotaip wanita dan lelaki dalam masyarakat.
Malahan, pendidikan perlulah diselenggarakan sebagai langkah pencegahan untuk
masyarakat supaya dapat membanteras keganasan terhadap wanita. Timbulkan kesedaran
kepada kanak-kanak tentang pencabulan seks agar mereka tidak menjadi mangsa.keadaan.
Memastikan semua Pusat Krisis Bersepadu yang diwujudkan di hospital-hospital kerajaan
dianggotai oleh pegawai-pegawai yang terlatih dan mendapat peruntukan kewangan yang
secukupnya untuk memberikan khidmat-khidmat kecemasan dan kaunseling yang berkesan
terhadap mangsa rogol, keganasan rumahtangga, seks sumbang mahram (muhrim) dan
pencabulan seks.
Kaji semula dan memperbaiki undang-undang dan prosedur pentabiran yang sedia ada
untuk memastikan bahawa mangsa keganasan lebih mudah mendapatkan perlindungan dan
sokongan sejajar dengan semangat undang-undang itu. Pastikan keberkesanan perlaksanaan
undang-undang berkaitan dengan keganasan: Kanun Keseksaan, undang-undang berkaitan
dengan rogol, Akta Bukti dan Akta Keganasan Rumahtangga 1994.
Rumus dan laksanakan dasar-dasar menentang keganasan rumahtangga dan gangguan
seks, serta bangunkan program dan prosedur untuk membanteras jenayah tersebut. Semua
pihak kerajaan mahupun swasta haruslah berganding bahu bagi mengatasi masalah ini.

26
Masyarakat juga perlulah memainkan tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan
keharmonian hidup kekeluargaan tanpa menggunakan kekerasan. Kebahagiaan keluarga
sebenarnya terletak kepada kukuhnya kasih sayang yang diwujudkan dalam keluarga
bukannya keganasan.

27
11.0 Bibliografi
Cynthia J. Schellenbach & Penelope K. Trickett, (1998), Violence Against Childrin The
Family and The Community ; American Psychological Association, 750 1st Street,
NE, Washington
Javad H. Kashari, 1998, The Impact of Family Violence on Children and Adolecents ;
SAGE Publications, International Education & Professional Publisher,
Thousand Oaks London New Delhi.
Kementerian Dalam Negeri, (2003), Statistik Penganiayaan Mengikut Jenis Penderaan,
Malaysia (2000-2002),Malaysia: Kementerian Dalam Negeri.
Kementerian Dalam Negeri, (2003), Stastitik Kes Penderaan Kanak-Kanak Mengikut
Kumpulan Etnik Dan Jantina, Malaysia (2000-2002), Malaysia:Kementerian
Dalam Malaysia.
Kementerian Dalam Negeri, (2003), Statistik Kes Penganiayaan Kanak-Kanak Mengikut
Negeri, Malaysia (2000-2002),Malaysia: Kementerian Dalam Negeri..
Polis Diraja Malaysia, (2003), Statistik Keganasan Rumahtangga Mengikut Negeri,
Malaysia(2000-2003*), Kuala Lumpur: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Biro Bantuan Guaman Malaysia, (2000), Penerangan Tentang Akta
KeganasanRumahTangga1994,http://bheuu.mmu.edu.my/HOMEPAGE/risalah/ri
salahbuku/PeneranganTentangKeganasanRumahtangga.htm, (Diambil pada 22
Julai 2004)
Roslah Othman, (2001), Ombak -- Membela wanita, kanak-kanak,
http://www.kpwkm.gov.my/mal/press_ogos2001.shtml (Diambil pada 2 Julai
2004 )
Roslee bin Haji Abbash, (1999), Keganasan Keluarga Dari Perspektif Psikologi,
http://www.kempadu.gov.my/jkm/jurnal/dis%2099/jurnal_3_dis_1999.htm,
(Diambil pada 22 Julai 2004)
VanakkamMalaysia, (2004), Belajar Hormati Hak Kanak-kanak Elak Kes Dera
Berulang, http://www.vanakkammalaysia.com/webpage.php?pg=editorial_malay,
( Diambil pada 31 julai 2004 )

28

You might also like