You are on page 1of 160

BAB 1

DATA , MAKLUMAT DAN SISTEM MAKLUMAT

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Membezakan di antara data dan maklumat.
2. Menyenaraikan ciri-ciri maklumat yang bernilai dalam
pembuatan keputusan.
3. Menerangkan m a k n a s i s t e m m a k l u m a t .
4. Menerangkan manfaat yang boleh diperolehi daripada
pelaburan dalam sistem maklumat.

PENGENALAN

Maklumat memang merupakan perkara yang penting untuk kehidupan kita.


Kita akan menggunakan maklumat untuk membuat keputusan, mengawal
kewangan kita dan sebagainya. Dalam konteks sebuah organisasi pula,
maklumat dan data diperlukan untuk memastikan bahawa operasi sesebuah
organisasi dapat dijalankan dengan lancar. Jumlah data dan maklumat yang
terdapat dalam sebuah organisasi memang besar sehingga ia memerlukan
sistem maklumat untuk menguruskannya.

Untuk bab ini , konsep-konsep asas seperti data, maklumat, ciri-ciri


maklumat yang bernilai, pengurusan maklumat, konsep sistem dan sistem
maklumat akan dibincangkan. Pengetahuan tentang aspek-aspek ini akan
memudahkan kita untuk memahami apa yang akan dipelajari dalam kursus
ini.

1
DATA DAN MAKLUMAT

Pada setiap hari, k i t a a k a n d i d e d a h k a n k e p a d a p e l b a g a i


maklumat dan data. Contohnya,apabila kita
membaca suratkhabar dan menonton televisyen,
kita akan menerima data dan maklumat daripada
berita, iklan dan sebagainya yang dipaparkan
dalam media-media tersebut. Ada data dan
maklumat yang mudah difahami dan ada data dan
maklumat yang tidak begitu mudah untuk
d i f a h a m i . D ata merupakan fakta mentah yang mewakili peristiwa
yang wujud dalam organisasi atau persekitaran fizikal.
Maklumat pula merupakan data yang telah diproses; yakni data yang
disusun dalam bentuk yang bermakna dan boleh digunakan oleh manusia
(Oz, 2009).

Contohnya, pada hari ini anda telah membaca ruangan saham dan anda
mendapati bahawa harga saham XYZ adalah RM14. Seperti yang anda
ketahui, harga saham sering berubah-ubah pada setiap hari. Pada
keesokan harinya, anda mendapati bahawa harga saham tersebut telah
berubah kepada RM12.

Apakah kesimpulan yang anda perolehi daripada situasi


ini?

Benar, harga saham tersebut telah t urun! Sedarkah anda bahawa anda
telah memproses data kepada maklumat? Izinkan saya menunjukkan
bagaimana anda telah berjaya melakukannya. Sebenarnya, RM14 dan
RM12 hanyalah sejenis angka. Ia merupakan satu bentuk data.
Manakala perbandingan yang anda buat terhadap angka-angka tersebut
(harga hari ini dan harga keesokan hari) telah menunjukkan bahawa anda
telah memproses data-data tersebut kepada maklumat.

Mari kita melihat satu lagi contoh untuk membezakan di antara data dan
maklumat. Apabila seorang pengkaji menjalankan kajian, beliau akan
mengedar borang soal selidik. Borang soal selidik yang telah diisi akan
dikutip semula. Borang-borang yang telah diisi merupakan sejenis contoh
data. Selepas itu, pengkaji tersebut akan memasukkan semua data yang
terdapat dalam borang soal selidik ke dalam komputer untuk dianalisakan.
Hasilnya mungkin berada dalam bentuk peratusan seperti 10% daripada
lelaki suka makan KFC. Inilah yang dikatakan sebagai maklumat.

2
PELBAGAI BENTUK DATA

Seperti yang anda sedia maklum, terdapat p e l bagai bentuk data. Fakta
mentah dalam sesebuah firma mungkin terdiri daripada nama pekerja,
gambar pekerja, bilangan inventori, atau pesanan jualan. Jadual 1.1 yang
disediakan di bawah, menunjukkan pelbagai jenis bentuk data yang
berbeza.

Jadual 1.1
Jenis-Jenis Data

JENIS DATA BENTUK


a.Data a. Nombor, huruf dan watak-
Alfanumerik watak lain

b.Data imej b.Imej grafik/gambar

c.Data audio c . Bunyi, bising dan intonasi


bunyi
d.Data video d. Imej atau gambar bergerak

Seseorang pengurus mungkin akan memerlukan data dalam pelbagai bentuk


untuk menjalankan tugasnya. Sumber media yang berbeza akan
memberikan data dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Contohnya,
kebanyakan maklumat yang diperolehi melalui laporan tahunan, mungkin
akan berada dalam bentuk alfanumerik dan imej. Sementara itu, youtube
mempunyai banyak data dan maklumat dalam bentuk audio, imej dan
video.

CIRI-CIRI MAKLUMAT BERNILAI

Seandainya anda merupakan seorang pelabur yang ingin melabur


dalam pasaran saham. Sudah tentu, anda memerlukan maklumat yang
terbaik untuk membolehkan anda membuat keputusan yang akan
memaksimumkan keuntungan anda. Oleh itu, apakah ciri-ciri maklumat
yang anda perlukan untuk membuat pelaburan yang baik?

Sememangnya terdapat pelbagai ciri yang kita boleh fikirkan. Antara


ciri-ciri maklumat yang bernilai termasuklah maklumat yang tepat, lengkap,
ekonomikal, fleksibel, boleh dipercayai, relevan, ringkas, tepat pada masa
dan sah (O’Brien & Marakas, 2011).

3
Tepat

Sudah tentu anda menginginkan maklumat yang tepat iaitu maklumat


yang bebas daripada sebarang kesilapan. Mengapakah ketidaktepatan
maklumat boleh berlaku? Kadangkala ketidaktepatan berlaku disebabkan
oleh data itu sendiri, di mana data yang tidak tepat telah digunakan
sebagai input dalam proses transformasi. Keadaan ini dikenali sebagai
kemasukan 'sampah' dan keluaran sebagai output yang tidak
memenuhi kehendak yang dianggap seperti 'sampah' juga. Dalam
istilah lain, ia dikenali sebagai garbage in, garbage out (GIGO).

Selain itu, ketidaktepatan juga boleh berlaku akibat daripada kesilapan


yang dilakukan oleh pekerja dalam organisasi. Contohnya, nombor 900
telah ditaip sebagai nombor 90. Kesilapan ini akan memberi kesan yang
negatif kepada organisasi.

Lengkap

Maklumat yang tidak lengkap tidak akan memberi gambaran yang jelas
tentang sesuatu keadaan atau peristiwa. Oleh itu, sebelum membuat
keputusan, seorang pengurus haruslah memastikan bahawa maklumat yang
ada pada beliau adalah lengkap dan mencukupi untuk memastikan bahawa
beliau dapat membuat keputusan yang baik. Contoh maklumat yang tidak
lengkap ialah catatan nombor pelanggan yang tidak penuh seperti 012-
33XXX . Memang jelas bahawa kita tidak boleh membuat panggilan telefon
dengan nombor tersebut.

Ekonomikal

Memandangkan bahawa organisasi mempunyai sumber yang terhad, maka


pembuat keputusan mestilah memastikan bahawa nilai atau hasil yang boleh
diperolehi daripada maklumat tersebut adalah lebih tinggi daripada kos
untuk menperolehinya. Sudah tentulah kita tidak mahu menghabiskan
sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang
akan memberikan pulangan yang kecil.

Fleksibel

Maklumat juga seharusnya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai


contoh, maklumat berkaitan harga saham boleh digunakan untuk membuat
keputusan pelaburan. Maklumat tersebut juga boleh digunakan oleh
perancang ekonomi untuk mendapatkan gambaran tentang keadaan
ekonomi negara. Seterusnya, maklumat ini juga boleh digunakan oleh
Ketua Pegawai Eksekutif untuk merangkakan hala tuju syarikat pada masa
hadapan.

4
Boleh Dipercayai

Satu faktor yang mempunyai kaitan dengan kebolehpercayaan


maklumat adalah punca maklumat iaitu dari manakah atau dari siapakah
anda memperolehi maklumat tersebut. Contohnya, khabar angin daripada
punca yang tidak diketahui yang menyatakan bahawa harga saham XYZ
akan meningkat adalah tidak boleh dipercayai. Hal ini adalah kerana anda
sendiri tidak dapat mengenal pasti punca maklumat tersebut, dan sama ada
penyebaran maklumat tersebut mempunyai sebarang kepentingan yang
disembunyikan daripada pengetahuan umum.Oleh itu, seorang pengurus
harus memastikan bahawa beliau memperolehi maklumat daripada
sumber yang boleh dipercayai.

Relevan

Maksud istilah relevan di sini ialah maklumat yang digunakan untuk


menyelesaikan masalah atau membuat keputusan mestilah mempunyai
kaitan dengan tujuan kita atau mempunyai hubungan dengan skop
sesuatu masalah yang hendak. Contohnya, maklumat tentang harga ikan
tentulah tidak relevan kepada anda sebagai seorang pelabur saham.
Maklumat yang digunakan mestilah bersesuaian dengan tujuan sesuatu
aktiviti di mana maklumat itu diperlukan.

Ringkas

Maklumat mestilah ringkas dan tidak terlalu kompleks supaya mudah


difaham oleh penggunanya. Keadaan di mana terdapat terlalu banyak
maklumat akan menjadikan maklumat tersebut bercelaru dan
membebankan. Sekiranya pembuat keputusan mempunyai terlalu banyak
maklumat, dia mungkin tidak dapat mengenal pasti maklumat yang betul-
betul penting. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran sama ada
dari segi masa, kos, tenaga dan sebagainya kerana pekerja terpaksa memilih
maklumat yang betul-betul diperlukan sahaja.

Tepat Pada Masa

Penerimaan maklumat perlulah tepat pada masa ia diperlukan. Anda


perlu mendapatkan maklumat tentang harga saham XYZ sebelum anda
membuat keputusan untuk melabur. Pengetahuan tentang harga saham
XYZ adalah tidak berguna lagi jika anda sudah melabur dalam saham
tersebut. Begitu juga dalam keadaan harian di mana pengetahuan tentang
keadaan cuaca untuk minggu lepas tidak lagi boleh membantu anda
untuk membuat keputusan sama ada untuk membawa payung atau tidak
pada hari ini. Maklumat yang diterima ini jelaslah sudah lambat dan tidak
bernilai lagi.

5
Sah

Maklumat yang bernilai juga adalah maklumat yang boleh dipastikan sama
ada ia betul atau tidak. Ini dapat dilakukan dengan memeriksa
p e l bagai punca bagi maklumat yang sama. Sekiranya anda diberitahu
bahawa harga saham XYZ akan meningkat, anda perlulah memastikan
punca maklumat itu dan membandingkan dengan punca-punca lain.
Contohnya, maklumat tentang keadaan ekonomi negara kita boleh
diperolehi melalui pelbagai sumber yang sah seperti laporan ekonomi bank
swasta dan Bank Negara Malaysia.

Bolehkah anda fikirkan semula kenapakah maklumat


perlu mempunyai ciri-ciri seperti yang telah
diterangkan tadi?

PENGURUSAN MAKLUMAT
Cuba anda bayangkan bagaimana seorang pengurus di sebuah hotel
bertugas. Seorang pengurus yang berada di kawasan yang kecil seperti
di lobi hotel boleh mengurus dengan memerhatikan aset yang ketara
seperti barangan urus niaga, kaunter hadapan, sofa tetamu, bilik, dan
pergerakan pelanggan.

Akan tetapi, apabila tahap operasi bagi sesebuah firma meningkat sehingga
pengurus perlu mengendalikan beberapa ratus atau beberapa ribu
pekerja dan operasi organisasi pula berlaku dalam kawasan yang luas,
maka pengurus haruslah bergantung kepada maklumat untuk menjalankan
tugasnya dengan baik. Kaedah pemerhatian secara fizikal tidak lagi begitu
sesuai dan perlu dikurangkan. Pengurus perlu menggunakan banyak
laporan dan maklumat untuk mengurus organisasi dengan baik. Oleh itu,
pengurus seharusnya pandai mengurus maklumat dengan baik untuk
memastikan bahawa maklumat yang diperlukan untuk melakukan tugasnya
dapat diperolehi pada masa yang diperlukan. Jadi, apa yang penting ialah
kewujudan sesuatu sistem maklumat untuk memastikan bahawa maklumat
dapat direkod dengan betul, disusun dengan betul dan boleh dikeluarkan
apabila ia diperlukan. Sebelum kita membincang tentang sistem maklumat,
kita akan membincang tentang konsep sistem.

6
KONSEP SISTEM

Secara amnya, sistem diertikan sebagai satu set komponen yang saling
berinteraksi bagi mencapai sesuatu matlamat. Contohnya, sebuah sistem
komputer yang terdiri daripada alat pemprosesan, skrin, papan kunci dan
sebagainya, saling bekerjasama dan berinteraksi untuk memastikan bahawa
tugasan anda dapat disiapkan. Apa yang penting ialah sekiranya terdapat
masalah di dalam satu komponen, komponen lain tidak dapat menjalankan
tugas dengan lancar dan matlamat sistem tidak akan dicapai. Untuk
mencapai matlamatnya, sebuah sistem akan melibatkan empat elemen
a t a u a k t i v i t i utama iaitu input, output, mekanisme pemprosesan
dan maklum balas.

Rajah 1.1
Model Sistem Am

7
Untuk membantu anda memahami elemen-elemen tersebut dengan
lebih jelas lagi, saya akan menggunakan contoh sistem pengurusan
sesebuah institusi pendidikan. Elemen yang pertama adalah elemen input.
Input bagi sesebuah organisasi adalah perkara yang diperlukan oleh
organisasi untuk proses pengeluaran produk dan perkhidmatan. Terdapat
lima jenis input yang sangat penting bagi sesebuah organisasi iaitu
modal, bangunan dan peralatan, bahan mentah, pekerja dan maklumat.
Oleh itu, bagi sebuah institusi pendidikan, inputnya termasuklah para
pelajar, tenaga pengajar, peralatan pembelajaran, pihak pentadbiran, dan
juga buku-buku.

Elemen yang kedua ialah elemen mekanisme pemprosesan.


Mekanisme pemprosesan adalah segala bentuk proses yang berlaku
dalam organisasi yang menukarkan input organisasi kepada output.
Dalam contoh yang saya gunakan, mekanisme pemprosesan ialah proses
pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, dan perkhidmatan-perkhidmatan
lain bagi menghasilkan elemen yang terakhir, iaitu elemen output.

Elemen output bagi sistem ialah produk atau perkhidmatan yang


dihasilkan oleh organisasi untuk kegunaan para pelanggan. Maka dengan
itu, output sebuah institusi pengajian ialah para graduan, hasil
penyelidikan dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Akhir sekali, sebuah sistem memerlukan aktiviti maklum balas untuk


melaksanakan kerja dengan baik. Aktiviti maklum balas boleh digunakan
untuk menambahbaikan proses-proses dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh sesebuah sistem. Maklumat maklum balas boleh diperolehi sekiranya
pihak pengurusan meletakkan sesuatu mekanisme kawalan yang efektif.
Pihak pengurusan seharusnya mengukur pencapaian sebenar sistem dan
membandingkan hasil tersebut dengan piawaian yang telah ditetapkan.
Sekiranya, hasil sebenar tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan,
maka pihak pengurusan haruslah mengunakan maklumat ini untuk
menambahbaikan sistem tersebut.

Untuk meringkaskan perbincangan pada bahagian ini, jadual 1.2


menunjukkan beberapa jenis sistem dan elemen-elemen input,
pemprosesan dan output bagi pelbagai sistem.

8
Jadual 1.2
Kaitan Sistem, Elemen dan Matlamat
Elemen

Sistem Matlamat Input Mekanisme Output


Pemprosesan

Universiti Mendapatkan Pelajar Pengajaran Intelek


pengetahuan Pensy arah Peny elidikan Hasil Kajian
dan ilmu Pentadbir Perkhidmatan Khidmat kepada
Buku Teks Penerbitan masy arakat,
Peralatan negeri dan negara

Kilang Mengeluarkan Pakar Pembuatan Produk mengikut


produk Operator Pemerik saan Spesifikasi
berkualiti Mesin Pembungkusan
Material

Sistem Memperolehi Soal selidik Proses dengan Maklumat.


maklumat hasil kajian individu yang perisian Cth. 10%
(komputer) dikutip. SPSS(statistik) daripada lelaki
suka makan KFC

Dengan contoh yang diberikan dalam jadual 1 .2, saya yakin bahawa
anda dapat melihat persekitaran atau pekerjaan anda dari pandangan
sistem, elemen, dan matlamat. Perlu diingat bahawa sekiranya satu
daripada langkah atau elemen tersebut tertinggal, maka keseluruhan proses
akan tergendala.

Sekarang cuba fikirkan bagaimana tubuh badan anda


berfungsi sebagai satu sistem?

SISTEM MAKLUMAT

Berasaskan perbincangan di atas, sistem maklumat bolehlah didefinisikan


sebagai satu set elemen atau komponen berkaitan yang berfungsi untuk
mengutip, proses dan menyimpan serta menyebarkan output untuk
mencapai sesuatu objektif (Stair & Reynolds, 2014). Ia dapat digunakan
untuk menyokong proses pembentukan keputusan dan pengawalan
dalam sesebuah organisasi. Sistem ini boleh memproses input dengan
kaedah seperti mengkategorikan input, menyusun input dan membuat
kiraan terhadap input. Walaupun maklumat boleh diurus secara manual,
namun untuk kelas ini, kita hanya membincang tentang sistem
pengurusan maklumat yang berasaskan sistem computer sahaja.
9
Menurut Kroenke (2010), sistem maklumat pengurusan bolehlah dilihat
sebagai pembangunan dan penggunaan sistem maklumat untuk
membantu sesuatu perniagaan untuk mencapai matlamat dan objektif
perniagaan.

Secara amnya, sistem maklumat terdiri daripada 6 komponen utama


iaitu perkakasan, perisian, telekomunikasi, data , prosedur dan orang
(Oz, 2009). Komponen perkakasan merujuk kepada komputer dan
peralatan sokongan yang digunakan untuk memproses dan menyimpan
data.Komponen perisian pula merujuk kepada set arahan yang
memberitahu apa yang harus dibuat oleh komputer. Data pula merujuk
kepada input yang digunakan oleh sistem untuk diproses menjadi
maklumat. Komponen prosedur pula merujuk kepada polisi dan kaedah
yang perlu diikuti apabila seseorang menggunakan sistem maklumat.
Komponen telekomunikasi pula merujuk kepada perkakasan dan
perisian yang digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat
dalam bentuk elektronik. Akhir sekali, komponen orang pula merujuk
kepada pengguna sistem dan pakar komputer yang membangunkan dan
menguruskan sistem maklumat.

Pada hari ini, kita tidak dapat menafikan bahawa sistem maklumat
memang memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perniagaan.
Kita dapat melihat dengan jelas bahawa terdapat syarikat-syarikat yang
melaburkan jutaan ringgit untuk membangunkan sistem maklumat
dalam organisasi mereka. Sistem maklumat boleh digunakan untuk
mempereratkan lagi hubungan syarikat dengan pelanggan mereka,
membantu syarikat untuk membentuk strategi dan produk baru,
mengurangkan kos pengeluaran syarikat dan memastikan kewujudan
syarikat berkekalan.

KESIMPULAN

Daripada perbincangan di atas, memang jelas bahawa maklumat dan sistem


maklumat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita, tidak
kira sama ada dalam kehidupan peribadi kita atau semasa kita bekerja. Bab
ini telah menjelaskan kepada anda tentang konsep data, maklumat dan
sistem. Selain itu, bab ini juga membincangkan apa yang dimaksudkan
sebagai sistem maklumat dan manfaat yang akan diperolehi sekiranya
syarikat atau organiasi melabur wang untuk membangunkan sistem
maklumat.

10
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.Borang soal selidik yang dikutip oleh penyelidik ialah contoh _____.

2.Kenyataan “95% lelaki suka makan roti” adalah contoh .

3.Maklumat yang boleh disemak adalah dilihat sebagai _______.

4.Maklumat yang berkaitan dengan kegawatan ekonomi


berkemungkinan adalah kepada seorang penganalisis ekonomi.

5.Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan istilah sistem.

6.Bincangkan apakah manfaat yang boleh diperolehi oleh organisasi yang


melabur sejumlah wang untuk membina sebuah sistem maklumat.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

11
BAB 2

SISTEM MAKLUMAT DALAM ORGANISASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Membincang jenis-jenis sistem fungsian.
2. Membincang sistem enterprais, sistem pengurusan
rantaian pembekal dan sistem pengurusan hubungan pelanggan.
3. Membezakan sistem-sistem yang digunakan oleh pengurus
di peringkat organisasi yang berbeza.

PENGENALAN
Menurut Stair dan Reynolds (2014), organisasi merupakan satu koleksi
formal (manusia dan sumber-sumber lain) yang ditubuhkan untuk mencapai
sesuatu objektif. Sesebuah organisasi akan menggunakan wang, manusia,
bahan mentah dan peralatan untuk mencapai objektifnya. Sebuah
perniagaan pula bolehlah didefinisikan sebagai sebuah organisasi formal
yang mengeluarkan produk untuk mendapatkan keuntungan.
Seperti yang dibincangkan dalam bab yang lepas, sistem maklumat boleh
digunakan oleh pihak organisasi untuk mencapai objektif mereka. Untuk
bab ini, kita akan membincang tentang jenis-jenis sistem maklumat yang
terdapat dalam organisasi. Perbincangan ini akan melibatkan dua perspektif
iaitu jenis-jenis sistem maklumat berasaskan fungsi-fungsi utama sesebuah
perniagaan dan jenis-jenis sistem maklumat berasaskan penggunaan oleh
pelbagai jenis pengurus di pelbagai peringkat pengurusan seperti pengurus
operasi, pengurus pertengahan dan pengurus atasan (Laudon & Laudon
,2009).

SISTEM MAKLUMAT FUNGSIAN


Secara amnya, sebuah perniagaan atau organisasi harus menjalankan empat
fungsi untuk memastikan bahawa ia akan berjaya untuk mencapai
matlamatnya. Empat fungsi tersebut mempunyai kaitan dengan aktiviti
pengeluaran produk, pemasaran dan jualan produk, pengurusan sumber
manusia dan akhir sekali, pengurusan kewangan serta aktiviti merekod
kewangan.
Oleh itu, untuk memastikan bahawa aktiviti-aktiviti tersebut dapat
dijalankan dengan lancar, struktur sesebuah organisasi akan terdiri daripada
jabatan-jabatan seperti jabatan pemasaran, jabatan pengeluaran , jabatan
pengurusan sumber manusia dan jabatan kewangan dan perakaunan.
Pekerja yang bekerja dalam sesebuah jabatan akan membuat aktiviti yang
berkaitan dengan jabatannya sahaja. Contohnya, pekerja dalam jabatan
pemasaran akan berfungsi sebagai jurujual dan berusaha untuk mencapai
sasaran jualannya. Oleh itu, sistem maklumat yang digunakan untuk
12
membantu pekerja dalam jabatan masing-masing untuk membuat kerja
mereka adalah dikenali sebagai sistem maklumat fungsian (Laudon &
Laudon, 2009). Untuk bab ini, kita akan membincang tentang empat sistem
maklumat fungsian iaitu sistem maklumat jualan dan pemasaran, sistem
maklumat pengeluaran, sistem maklumat kewangan dan perakaunan dan
sistem maklumat pengurusan sumber manusia.
Sistem maklumat jualan dan pemasaran boleh digunakan untuk menyokong
dan membantu pekerja dalam jabatan pemasaran untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti penjualan dan pemasaran produk organisasi. Sistem ini boleh
digunakan untuk mengenal pasti dengan lebih tepat sasaran yang berpotensi
menjadi bakal pelanggan organisasi. Selain itu, sistem maklumat ini juga
boleh membuat analisis tentang trend dan tahap jualan produk organisasi
dan pesaing organisasi. Contoh sistem maklumat ini ialah Salesforce.com.
Sistem maklumat pengeluaran pula boleh menyokong aktiviti-aktiviti yang
terlibat dalam proses pembentukan sesuatu produk. Sistem tersebut boleh
digunakan untuk mengurus status sesuatu produk dalam proses
pengeluaran. Selain itu, sistem ini juga boleh digunakan untuk mengawal
dan menganalisa kos pengeluaran dan bahan mentah. Secara khususnya, ia
merupakan sistem yang memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti
pengeluaran produk seperti aktiviti mereka bentuk produk, penjadualan
pengeluaran, pengawalan inventori, pengawalan proses, pengujian output
dan pengawalan kualiti. Contohnya, perisian reka bentuk berbantukan
komputer (CAD) boleh digunakan semasa proses mereka bentuk produk
berlaku.
Sistem maklumat kewangan dan perakaunan boleh menyokong aktiviti-
aktiviti seperti pengurusan aset kewangan dan pengurusan rekod kewangan.
Sistem ini boleh digunakan untuk menjejaki aliran kewangan sesebuah
syarikat. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada sesebuah
organisasi menpunyai tahap kewangan yang mencukupi untuk
melaksanakan aktivitinya. Secara khususnya, sistem maklumat kewangan
digunakan untuk menganalisis aktiviti kewangan terdahulu dan terkini,
membuat unjuran keperluan kewangan untuk masa hadapan dan memantau
serta mengawal penggunaan dana syarikat.
Antara output yang dapat dihasilkan oleh sistem maklumat kewangan ialah
laporan ramalan kewangan, laporan keuntungan/kerugian dan kos, dan
laporan penggunaan serta pengurusan kewangan.
Sistem maklumat pengurusan sumber manusia digunakan untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pencarian pekerja, pembangunan
pekerja dan penentuan keperluan sumber manusia pada masa akan datang.
Contoh sistem yang berkaitan dengan sistem pengurusan sumber manusia
ialah sistem penilaian prestasi staf UUM.
Sistem maklumat fungsian akan memudahkan pekerja untuk melakukan
fungsi mereka di dalam jabatan mereka . Namun begitu, untuk sesebuah
organisasi berfungsi dengan bagus, pihak pengurusan memerlukan
maklumat daripada semua jabatan yang terdapat dalam organisasi. Oleh itu,
adalah tidak wajar dan lambat sekiranya pihak pengurusan terpaksa pergi
kepada semua jabatan untuk mendapat semua maklumat yang diperlukan.
Selain itu, terdapat proses-proses perniagaan yang akan melibatkan tindakan
dan maklumat daripada pelbagai jabatan yang terdapat dalam organisasi.
Contohnya, proses pembelian seorang pelanggan secara atas talian akan
melibatkan aktiviti dari jabatan perakaunan (memastikan bahawa pelanggan
sudah bayar), aktiviti dari jabatan pengeluaran (memastikan sama ada

13
terdapat stok untuk produk yang dikehendaki oleh pelanggan) dan aktiviti
dari jabatan logistik (memastikan bahawa ada kenderaan untuk menghantar
produk kepada pelanggan).
Oleh itu, kedua-dua masalah di atas dapat diatasi sekiranya pelbagai sistem
yang terdapat dalam sesebuah organisasi dapat disambung bersama untuk
membolehkan penukaran maklumat yang lebih lancar dan juga
membolehkan proses automasi berlaku terhadap semua aktiviti-aktiviti yang
harus dilakukan untuk memastikan sesuatu proses perniagaan dapat
dijalankan secara lancar, walaupun ia melibatkan pelbagai jabatan dalam
sesebuah organisasi. Di antara sistem-sistem yang boleh digunakan untuk
mengatasi masalah di atas ialah sistem enterprais (enterprise system), sistem
pengurusan rantaian pembekal (supply chain management system) dan sistem
pengurusan hubungan pelanggan (customer relationship management system).

SISTEM ENTERPRAIS
Sistem enterprais dapat mengatasi masalah di atas dengan menarik
maklumat-maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu proses
perniagaan dari sistem maklumat yang lain (contohnya, sistem maklumat
pemasaran, pengeluaran dan sebagainya) dan menyimpan maklumat
tersebut di satu tempat simpanan data. Oleh itu, pihak pengurusan hanya
perlu merujuk kepada satu tempat sahaja sekiranya mereka ingin
mengetahui apa yang berlaku dalam organisasi. Selain itu, sistem enterprais
juga boleh memberi arahan kepada jabatan-jabatan yang terlibat dalam
sesuatu proses perniagaan untuk menjalankan tugas mereka. Contohnya,
apabila seorang pelanggan meletakkan pesannya untuk membeli produk
organisasi, sistem ini akan mengarahkan jabatan pergudangan untuk
menghantar produk tersebut. Selain itu, ia juga akan mengarahkan jabatan
perakaunan untuk menghantar invois kepada pelanggan.

SISTEM PENGURUSAN RANTAIAN PEMBEKAL


Untuk memastikan bahawa operasi sesebuah perniagaan dapat berjalan
dengan lancar, pihak pengurusan perlu memastikan bahawa bahan mentah
yang dikehendaki ada atau akan sampai ke kilang pada masa ia diperlukan.
Selain itu, pihak pengurusan juga harus memastikan bahawa produk yang
dijual dapat diterima oleh pelanggan pada masa yang ditetapkan. Oleh itu,
hubungan pihak pengurusan dengan pembekal, pengedar dan pelanggan
adalah perkara yang penting.
Sistem pengurusan rantaian pembekal digunakan untuk mengurus
hubungan pihak syarikat dengan pembekal, pengedar dan syarikat-syarikat
logistik yang menghantar produk syarikat kepada pelanggan. Secara
kebiasaanya, sistem ini akan dihubungkan dengan sistem-sistem yang
digunakan oleh pembekal, pengedar dan sebagainya. Hubungan yang
dibentuk ini akan membolehkan pihak-pihak yang ada dalam rantaian
untuk mengongsi maklumat tentang jumlah pesanan, tahap inventori, status
penghantaran produk supaya sesebuah syarikat dapat mengurangkan kos
dan masa yang diperlukan untuk menghantar produk kepada pelanggan.

SISTEM PENGURUSAN HUBUNGAN PELANGGAN


Sistem ini membantu dalam proses pengurusan hubungan pelanggan.Sistem
ini akan menyediakan maklumat yang boleh digunakan oleh pihak
pengurusan untuk memperkemaskan lagi aktiviti jualan, pemasaran dan
promosi organisasi.
14
Maklumat yang dihasilkan oleh sistem ini juga boleh digunakan untuk
meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan dan memastikan bahawa
pelanggan akan kekal berurusan dengan syarikat. Sistem ini berkeupayaan
untuk merekod dan menggabungkan pelbagai maklumat (maklumat tentang
jualan, hasil promosi, aduan dan cadangan pelanggan) dari pelbagai sumber
seperti panggilan telefon, email dan laman web.

Pernahkah anda menerima mesej tawaran istimewa


( diskaun dan sebagainya) melalui sistem pesanan ringkas
(SMS) telefon bimbit anda? Ini adalah satu contoh
penggunaan sistem pengurusan hubungan pelanggan.
Adakah tawaran tersebut betul-betul istimewa?

JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT DAN TAHAP-TAHAP


PENGURUSAN

Rajah 2.1
Tahap-Tahap Pengurus Yang berbeza

Pengurus
Atasan

Pengurus
Pertengahan

Pengurus
Operasi

Pekerja bawahan seperti operator dan kerani

Pekerja-pekerja di dalam sesebuah organisasi secara kebiasaanya akan


diagihkan mengikut peringkat organisasi yang berbeza. Oleh itu, tidak
hairanlah bahawa terdapat juga pelbagai peringkat yang berbeza untuk pihak
pengurusan. Tahap pertama terdiri daripada pihak pengurusan atasan.
Contoh pengurus atasan ialah CEO dan CFO. Tugas mereka ialah untuk
menentukan arah atau matlamat jangka panjang syarikat. Mereka juga akan
membentuk strategi utama organisasi dan membuat keputusan yang akan
memberi kesan kepada keseluruhan organisasi. Tahap kedua pula terdiri
15
daripada pihak pengurusan pertengahan. Tugas mereka ialah untuk
memastikan bahawa strategi dan pelan yang dibentuk oleh pihak
pengurusan atasan dapat dijalankan dengan berjaya. Mereka juga akan
memerhati dan menyelia pihak pengurusan operasi atau bawahan untuk
memastikan bahawa mereka menjalankan tugas mereka seperti yang telah
ditetapkan oleh pelan yang dibentuk. Contoh pengurus pertengahan ialah
pengurus kawasan (regional manager). Akhirnya, tahap ketiga pula terdiri
daripada pihak pengurusan operasi atau bawahan. Pengurus bawahan ini
dan pekerjanya adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan produk yang
dijual oleh syarikat mereka. Contoh pengurus di tahap ini ialah pengurus
cawangan bank.

Kita perlu peka bahawa pengurus-pengurus di setiap peringkat yang berbeza


ini mempunyai tanggungjawab yang berbeza, membuat keputusan yang
berbeza dan memerlukan maklumat yang berbeza untuk menjalankan tugas
mereka. Pengurus di peringkat atasan memerlukan maklumat dalam bentuk
yang ringkas supaya mereka dapat mengetahui apa yang berlaku di dalam
syarikat secara keseluruhannya dalam masa yang singkat. Contoh maklumat
tersebut ialah prestasi keuntungan syarikat secara keseluruhan dan peratus
pengurangan jualan secara keseluruhan. Pengurus di peringkat pertengahan
pula memerlukan maklumat yang lebih spesifik. Contohnya, beliau mungkin
memerlukan maklumat seperti jumlah jualan di bahagian utara Malaysia.
Akhir sekali, pengurus operasi memerlukan maklumat yang lebih terperinci
seperti jumlah jualan dan pengeluaran harian dan mingguan. Oleh itu, untuk
bahagian yang seterusnya, kita akan membincang tentang jenis-jenis sistem
maklumat yang boleh digunakan untuk menyokong pengurus-pengurus di
pelbagai peringkat organisasi.

Sistem Pemprosesan Transaksi

Sistem ini secara kebiasaannya digunakan untuk menyokong pengurus di


peringkat operasi. Sebelum kita mempelajari tentang sistem pemprosesan
transaksi dengan lebih lanjut, marilah kita mendefinisikan beberapa istilah
yang penting untuk bahagian ini. Pertama sekali, transaksi atau urusniaga
boleh dimaksudkan sebagai apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh organisasi
bagi melaksanakan perniagaannya. Contohnya, membuat pesanan bahan
mentah, menerima pesanan daripada pelanggan, menghasilkan produk yang
dipesan oleh pelanggan dan mengambil pekerja untk menghasilkan produk
tersebut. Pemprosesan transaksi pula didefinisikan sebagai aktiviti
merekodkan transaksi perniagaan sama ada secara manual, mahupun secara
berkomputer. Oleh itu, sistem pemprosesan transaksi merupakan
sistem berkomputer yang merekodkan, menyelenggara, mengemas kini
dan menghasilkan laporan tentang segala urusniaga perniagaan sesebuah
organisasi. Di antara contohnya ialah sistem point of sales yang kita kena lalui
semasa kita membeli barang di pasaraya. Sistem tersebut boleh
mengeluarkan laporan yang asas seperti jualan harian. Secara kebiasaannya,

16
data yang diperolehi dari sistem ini akan dijadikan sebagai sumber data
kepada sistem sokongan keputusan (decision support system) dan sistem
pengurusan maklumat.

Secara umumnya, terdapat tiga sebab mengapa sesebuah organisasi perlu


merekodkan segala transaksi yang berlaku.

Sebab yang pertama ialah untuk menyediakan maklumat bagi pekerja


melakukan tugas mereka. Contohnya, seorang jurujual perlu mengetahui
apakah produk yang dikehendaki oleh pelanggan dan sama ada produk
tersebut berada di dalam stor syarikat ataupun tidak. Selain itu, pihak
pengurusan juga memerlukan maklumat tentang transaksi untuk membuat
keputusan. Contohnya, seorang pengurus pemasaran mungkin perlu
membuat analisis tentang kesan program promosi yang telah dijalankan ke
atas produk tertentu. Oleh itu, beliau akan menyemak laporan jualan
produk tersebut sebelum promosi dilakukan dan selepas promosi
dilakukan. Beliau juga mungkin mahu meneliti jumlah jualan untuk
seminggu, sebulan dan setahun selepas promosi.

Sebab yang kedua kenapa pihak pengurusan perlu merekodkan transaksi


ialah maklumat tersebut diperlukan untuk menyediakan pesanan jualan, resit
dan lain-lain rekod transaksi untuk pelanggan dan pembekal. Contohnya,
apabila anda membeli sesuatu barang, dan anda membuat pembayaran
untuk barang tersebut, transaksi itu akan direkodkan untuk kegunaan
kedai tersebut. Selain daripada barang yang dibeli, biasanya, anda juga
akan menerima sekeping resit. Resit ini merupakan bukti bahawa
bayaran telah pun dibuat.

Akhir sekali, maklumat tentang transaksi diperlukan untuk menyediakan


jejak audit bagi mempermudahkan pengaudit organisasi untuk
mengesahkan maklumat yang disediakan oleh organisasi. Di kebanyakan
negara, organisasi dikehendaki merekodkan segala transaksi organisasi
untuk tujuan pengiraan cukai di hujung tahun. Oleh itu, laporan yang
dihasilkan oleh sistem pemprosesan transaksi diperlukan oleh akauntan
syarikat bagi menyediakan laporan cukai untuk lembaga hasil dalam
negeri. Kadang kala, apabila organisasi terlibat dalam penyiasatan polis
kerana berlaku pecah amanah, laporan transaksi organisasi akan diaudit
oleh akauntan luar untuk menentukan sama ada kejadian tersebut
telah berlaku ataupun tidak. Bagi organisasi yang telah menjualkan
sahamnya kepada orang awam, ia bertanggungjawab untuk
membentangkan laporan kewangannya sekurang-kurangnya sekali
dalam setahun dan laporan ini dapat dihasilkan dengan menggunakan
maklumat yang dihasilkan oleh sistem pemprosesan transaksi.

17
Sistem Maklumat Pengurusan
Pengurus di peringkat pertengahan memerlukan sistem yang boleh
membantu beliau melaksanakan aktiviti seperti pemantauan, pengawalan,
pembentukan keputusan dan pentadbiran organisasi. Beliau perlu
memastikan bahawa perkara yang dilakukan dalam organisasi adalah berada
dalam landasan yang betul. Salah satu sistem yang boleh digunakan untuk
membantu beliau ialah sistem maklumat pengurusan. Walaupun, di bab
yang lalu, kita telah mendefinisikan sistem maklumat pengurusan sebagai
pembangunan dan penggunaan sistem maklumat untuk membantu sesuatu
perniagaan untuk mencapai matlamat dan objektif mereka, namun sistem
maklumat pengurusan juga boleh digunakan untuk merujuk kepada sejenis
sistem yang boleh digunakan untuk mengumpul data dan maklumat serta
menyediakan laporan.

Seperti yang anda telah fahami, sistem pemprosesan transaksi mampu


mengumpul dan menstor pelbagai jenis data yang boleh digunakan untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sesebuah
organisasi. Namun begitu, tidak ada gunanya, jika sesebuah organisasi itu
hanya mempunyai sebuah sistem yang tugasnya sekadar mengumpul dan
menstor data dan maklumat, tanpa membolehkan data dan
maklumat ini digunakan dengan cara yang sistematik. Maka, di sinilah,
sistem maklumat pengurusan memainkan peranan yang penting.

Data-data yang telah dikumpulkan dari kesemua sistem pemprosesan


transaksi akan diproses oleh sistem maklumat pengurusan untuk
menghasilkan maklumat yang berguna kepada pihak pengurusan. Antara
jenis-jenis laporan yang boleh dihasilkan adalah laporan berjadual, laporan
penunjuk utama, laporan atas permintaan dan laporan khas.

Laporan berjadual disediakan berdasarkan jadual tertentu seperti laporan


bulanan, mingguan dan tahunan. Laporan tentang jumlah jualan bulanan
sesuatu produk adalah contoh yang baik bagi kategori laporan ini.

Laporan penunjuk utama pula merupakan sejenis laporan berjadual. Namun


begitu, ia selalunya disediakan di awal pagi sebelum aktiviti harian bermula
dan lebih menumpukan kepada aktiviti kritikal yang berlaku pada hari
sebelumnya. Laporan ini bertujuan untuk membantu pengurus mengambil
tindakan-tindakan pembetulan dalam aspek-aspek kritikal organisasi.

Laporan atas permintaan disediakan mengikut permintaan seorang


pengurus. Contohnya, seorang pengurus jualan mungkin akan meminta
sebuah laporan tentang jumlah jualan sejenis produk untuk satu
tempoh tertentu.

Laporan khas pula disediakan secara automatik apabila sesuatu di luar


18
kebiasaan berlaku dan perkara ini memerlukan tindakan susulan
dilakukan dengan segera. Contohnya, laporan jualan untuk sebuah
cawangan syarikat yang tidak memuaskan.

Cuba anda teliti laporan prestasi pengajian anda yang diterima pada setiap
semester. Apakah jenis kategori laporan tersebut?

Sistem Sokongan Keputusan

Satu lagi sistem yang boleh membantu pengurus di peringkat pertengahan


ialah sistem sokongan keputusan. Sistem ini secara kebiasaanya digunakan
untuk membuat keputusan tentang perkara yang tidak rutin. Sistem ini akan
membantu untuk menjawab soalan seperti apakah yang akan berlaku kepada
jumlah jualan sekiranya kita mengurangkan kos pengiklanan sebanyak 10%?
Selain daripada menggunakan maklumat dalaman daripada sistem
pemprosesan transaksi dan sistem pengurusan maklumat, sistem ini juga
memerlukan maklumat luaran (contoh seperti harga saham pasaran) untuk
menjalankan proses analisis. Sistem ini juga akan menggunakan model-
model matematik dan statistik untuk tujuan analisis. Kita akan membincang
tentang sistem ini dengan lebih mendalam lagi pada bab yang akan datang.

Sistem Sokongan Eksekutif

Pengurus di peringkat atasan akan membuat keputusan yang akan


mempengaruhi keseluruhan organisasi. Selain daripada maklumat dalaman,
mereka juga memerlukan maklumat dari luar syarikat seperti keadaan
ekonomi, trend sebenar pasaran dan sebagainya; semasa mereka
menjalankan tugas mereka. Akan tetapi, sebagai seorang manusia, pengurus
atasan ini mempunyai kapasiti yang terhad untuk menyerap semua
maklumat yang mereka terima. Oleh itu, mereka memerlukan satu sistem
yang boleh meringkaskan maklumat. Sistem sokongan eksekutif boleh
menapis,memperkemaskan dan meringkaskan serta menjejak data-data yang
kritikal supaya maklumat-maklumat tersebut dapat diserap dengan
mudahnya oleh pengurus atasan.Selain itu, ia juga mempunyai kemudahan
“drill down” yang boleh digunakan oleh pengurus untuk mengetahui
sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Jadi, pengurus atasan boleh
memokuskan tenaga beliau terhadap perkara yang penting untuk organisasi
sahaja.

19
KESIMPULAN

Bab ini telah membincang tentang jenis-jenis sistem maklumat yang ada
dalam konteks organisasi dan perniagaan. Daripada perbincangan di atas ,
kita dapat lihat bahawa terdapat pelbagai sistem maklumat yang boleh
digunakan oleh syarikat dan organisasi untuk melancarkan dan
meningkatkan lagi operasi mereka. Oleh itu, seorang pengurus haruslah
sedar tentang jenis-jenis sistem maklumat yang wujud supaya beliau boleh
membuat keputusan yang bijak semasa beliau membuat pilihan tentang jenis
sistem yang harus digunakan dalam organisasi beliau.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.Sistem kawalan inventori merupakan sejenis sistem maklumat ____.

2.Pengeluaran wang dari akaun simpanan anda adalah contoh sejenis____.

3.Tugas pengurus pertengahan ialah memastikan bahawa ___ dan ___


yang dibentuk oleh pengurus atasan dapat dijalankan dengan berjaya.

4.Sistem point of sales merupakan contoh sejenis sistem pemprosesan____.

5.Bincangkan maksud laporan berjadual.

6.Terangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh sistem maklumat


eksekutif.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

20
BAB 3

SISTEM MAKLUMAT DAN KELEBIHAN


PERSAINGAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menerangkan maksud sistem maklumat strategik.
2. Mendefinisikan kelebihan persaingan.
3. Menyenaraikan lima gerak kuasa persaingan.
4. Membincang empat strategi persaingan.
5. Membincang b a g a i m a n a s i s t e m m a k l u m a t b o l e h
mempertingkatkan lagi aktiviti dan tahap
kualiti organisasi

PENGENALAN
Organisasi menggunakan sistem maklumat untuk pelbagai tujuan. Sistem
maklumat bukan sahaja boleh digunakan untuk mengurus maklumat,
bahkan ia juga boleh digunakan untuk mengubah proses-proses di dalam
operasi syarikat untuk mengurangkan ketidakberkesanan. Contohnya, dalam
proses pengagihan, kehadiran pemborong sering dikaitkan dengan pelbagai
jenis masalah seperti pertambahan kos, kelewatan barang sampai di tempat
ia diperlukan dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan ketidakberkesanan dalam
proses pengagihan. Oleh yang demikian, sistem maklumat yang strategik
dapat membantu organisasi mengatasi masalah ini serta cabaran-cabaran
lain yang mungkin dihadapi oleh organisasi.
Organisasi tidak wujud dalam vakum tetapi wujud di dalam sebuah
persekitaran yang penuh dengan elemen-elemen seperti pembekal,
pelanggan, pemegang saham, pesaing, kesatuan sekerja, institusi
kewangan, kerajaan, komuniti dan sebagainya. Suasana persekitaran
organisasi memanglah dinamik dan akan sentiasa berubah. Perubahan dari
segi undang-undang dan tahap persaingan daripada syarikat lain sudah pasti
akan memberi kesan kepada organisasi.
Menurut laman web Investopedia, kelebihan persaingan merupakan satu
kelebihan yang terdapat pada firma berbanding dengan pesaingnya.
Kelebihan ini akan membolehkan sesebuah firma untuk menjana jualan atau
margin keuntungan yang lebih tinggi atau memastikan bahawa jumlah
pelanggannya adalah lebih tinggi daripada jumlah pelanggan pesaingnya.
Kelebihan persaingan dapat diperolehi melalui pengawalan struktur kos
firma , penawaran produk yang unik, pembentukan rangkaian pengedaran
yang efisyen dan sebagainya.
Jesturu itu, sebuah organisasi seharusnya melihat sistem maklumat dari
sudut strategik kerana ia mempunyai kemampuan untuk membantu
organisasi untuk membentuk strategi dan mencapai kelebihan persaingan
untuk syarikat supaya syarikat dapat wujud secara berkekalan.

21
Untuk bab ini, kita akan membincang tentang sistem maklumat strategik ,
pendekatan lima gerak kuasa persaingan Porter, strategi-strategi persaingan
dan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kualiti
organisasi.

SISTEM MAKLUMAT STRATEGIK


Sistem maklumat strategik bermaksud sistem komputer, tanpa
mengira tahap atau jenisnya (sama ada sistem pemprosesan transaksi atau
sistem pengurusan hubungan pelanggan dan sebagainya), yang digunakan
secara berkesan untuk mengubah matlamat, operasi, produk, perkhidmatan
atau perhubungan persekitaran bagi membantu organisasi mendapatkan
kelebihan persaingan. Ringkasnya di sini, untuk bersaing adalah tidak
cukup sekadar membentuk dan membangunkan sistem maklumat
pengurusan yang tercanggih, malahan sistem tersebut mestilah digunakan
dengan betul dan cekap.
Di dalam bidang sistem maklumat pengurusan, mendapatkan kelebihan
persaingaan bermaksud menggunakan maklumat untuk meningkatkan daya
saing organisasi serta mendapatkan faedah-faedah jangka panjang. Bukan
mudah untuk sesebuah syarikat mencapai kelebihan persaingan, namun
ia harus terus mencuba untuk mendapatkannya kerana tanpanya kewujudan
dan kejayaan sesebuah syarikat akan terancam.

MODEL LIMA GERAK KUASA PERSAINGAN PORTER

Rajah 3.1
Model Lima Gerak Kuasa Persaingan Porter

Pesaing Sedia ada


Barang gantian

FIRMA
Pelanggan

Kemasukan
Pembekal syarikat baru

Dalam dunia perniagaan, terdapat banyak faktor yang menyebabkan para


peniaga bersaing di antara satu sama lain. Menurut O’Brien dan Marakas
(2008), sesebuah syarikat boleh kekal wujud untuk jangkamasa yang panjang
sekiranya ia dapat membentuk strategi-strategi untuk mengatasi lima gerak
kuasa persaingan yang dicadangkan oleh Porter. Lima gerak kuasa

22
persaingan ini akan mempengaruhi struktur atau tahap persaingan di dalam
sesebuah industri (Baltzan, 2015) . Industri boleh dilihat sebagai gabungan
jumlah syarikat yang mengeluarkan produk yang sama.Contohnya, industri
automobil terdiri daripada syarikat-syarikat seperti Toyota, Proton dan
sebagainya. Seterusnya, kita akan membincang kelima- lima gerak kuasa
persaingan Porter.
Persaingan di Kalangan Pesaing yang Sedia Ada
Secara kebiasaanya, industri tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia tidak
mempunyai tahap persaingan yang tinggi kerana ia hanya mempunyai satu
syarikat yang mengeluarkan tenaga elektrik iaitu Tenanga Nasional Bhd.
Akan tetapi, untuk industri seperti industri serbuk pencuci, tahap
persaingannya adalah sangat sengit. Terdapat pelbagai jenama serbuk
pencuci yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat dalam pasaran dan
kesemuanya hampir serupa di antara satu sama lain. Oleh itu, untuk
bersaing, ada pengeluar yang menawarkan serbuk pencuci mereka dengan
haruman yang lain dari yang sedia ada di pasaran. Ada pula yang
menggunakan bungkusan yang menarik untuk menawan pengguna.
Ancaman Kemasukan Syarikat Baru
Ancaman seperti ini akan wujud apabila kos dan teknologi yang diperlukan
untuk memasuki sesuatu industri adalah agak rendah. Contohnya,
perniagaan seperti gerai makanan kecil-kecilan. Di antara perkara yang kita
sering lihat ialah apabila seseorang peniaga membuka sebuah gerai
makanan di sebuah kawasan dan mendapat sambutan menggalakkan,
tidak lama kemudian, tentu akan wujud beberapa buah gerai makanan yang
berhampiran dengan gerai makan yang pertama tadi.Ini adalah kerana
perniagaan gerai makanan ini mudah ditembusi kerana ia tidak memerlukan
modal dan teknologi yang tinggi. Akan tetapi, bukanlah mudah untuk
membuka sebuah kilang elektronik. Oleh itu, industri yang senang dimasuki
akan mempunyai tahap persaingan yang tinggi.
Ancaman Produk dan Perkhidmatan Pengganti
Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis dan jenama produk dan
perkhidmatan dalam pasaran. Akibatnya, para pengguna mempunyai banyak
pilihan untuk memuaskan keperluan mereka. Sekiranya, sesuatu industri
mempunyai produk atau perkhidmatan pengganti, maka tahap persaingan
adalah lebih tinggi kerana pelanggan sesebuah syarikat boleh memindahkan
permintaannya kepada syarikat yang lain sekiranya harga sesuatu produk
adalah mahal. Contohnya, kain batik sutera lukisan tangan memang
cantik dan sangat digemari oleh kaum wanita. Namun begitu, kain ini
sangat mahal . Oleh itu, bagi mereka yang kurang mampu, mereka akan
membeli kain poliester yang dicetak hampir serupa dengan batik sutera
lukisan tangan yang juga sangat cantik, tetapi pada harga yang lebih murah.
Jadi, sekiranya sesuatu industri mempunyai produk pengganti, maka syarikat
yang berada dalam industri tersebut akan mempunyai persaingan yang lebih
sengit.
Kuasa Tawar Menawar Para Pelanggan
Selalunya peniaga mahu mengekalkan para pelanggan yang sering
membeli pada jumlah yang banyak. Pelanggan sebegini mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap sesebuah syarikat, terutama sekali jika
mereka boleh mengancam untuk mendapatkan bekalan daripada pesaing-
pesaing syarikat. Oleh itu, peniaga yang mempunyai ramai pesaing
kadangkala terpaksa tunduk kepada permintaan pelanggan kerana mereka
tidak mahu kehilangan pelanggan tersebut.

23
Kuasa Tawar Menawar Para Pembekal
Jika pembekal syarikat tidak ramai dan syarikat mempunyai pesaing yang
ramai yang memerlukan bekalan yang sama, para pembekal pula
mempunyai pengaruh yang kuat ke atas syarikat. Ini adalah kerana
pembekal boleh mendapatkan pembeli untuk barangan mereka dengan
mudah.
Untuk menangani masalah-masalah persaingan ini, sebuah syarikat perlu
bersifat kreatif, inovatif, produktif dan juga perlu bertindak balas
terhadap situasi persekitaran perniagaan dengan lebih cepat. Jika berlaku
sebaliknya, syarikat mungkin sukar mendapatkan keuntungan atau lebih
teruk lagi, ia tidak dapat meneruskan operasinya.

SISTEM MAKLUMAT DAN EMPAT STRATEGI PERSAINGAN


Menurut Laudon & Laudon (2011), terdapat empat strategi persaingan yang
boleh digunakan oleh pengurus untuk mengatasi tahap persaingan yang
disebabkan oleh lima faktor di atas. Pengurus boleh menggunakan sistem
maklumat untuk mencapai dan mengimplementasikan keempat-empat
strategi tersebut. Kita akan membincangkan keempat-empat strategi ini
dengan lebih mendalam.
Strategi Kepimpinan Kos Rendah (Low Cost Leadership Strategy)
Sistem maklumat boleh digunakan untuk mengurangkan kos operasi dan
kos pengeluaran syarikat sehinggakan syarikat boleh menjual produknya
pada harga yang lebih rendah berbanding dengan pesaingannya. Sistem
pengurusan rantaian pembekal yang digunakan oleh Toyota dapat
mengurangkan jumlah stok bahan mentah yang perlu disimpan oleh syarikat
tersebut. Sistem ini secara automatik akan menghantar pesanan kepada
pembekal pada masa syarikat tersebut memerlukan bahan mentah. Ini akan
mengurangkan kos penyimpanan stok seperti insurans dan sewa
pergudangan.
Strategi Pembezaan Produk (Product Differentiation Strategy)
Sistem maklumat boleh digunakan untuk membantu syarikat untuk mereka
produk baru atau membezakan produk syarikat daripada produk pesaing.
Contohnya, syarikat Google sentiasa memperkenalkan kemudahan-
kemudahan baru dalam laman webnya seperti Google Maps. Perkara yang
sedemikian akan menarik lebih banyak orang ke laman webnya.
Selain daripada perkara di atas, teknologi juga boleh digunakan untuk
memudahkan lagi proses-proses perniagaan sebuah organisasi. Contoh
proses-proses yang ada ialah seperti proses untuk membeli bahan mentah
dan proses untuk pelanggan membeli produk . Satu proses akan melibatkan
banyak aktiviti. Pembaikian proses-proses yang sedia ada dapat
menjimatkan kos dan masa organisasi. Selain daripada pembaikian secara
berterusan, seorang pengurus juga boleh mengambil pendekatan business
proses reengineering. Pendekatan ini melibatkan perubahan yang radikal
terhadap isu bagaimana sesuatu perkara dilakukan. Contohnya, sebelum
wujudnya syarikat Amazon, proses pembelian buku secara tradisional akan
melibatkan banyak aktiviti, masa dan kos sampingan. Akan tetapi,
kewujudan syarikat Amazon telah membolehkan kita membeli buku
daripada rumah kita. Hasil daripada perubahan radikal ini telah
membolehkan kita menjimat masa dan kos sampingan.

24
Strategi Memokus Kepada Pasaran Tertentu (Focus On Market
Niche Strategy)
Apabila sesebuah syarikat tidak boleh bersaing di pasaran yang besar, maka
ia terpaksalah memokuskan sasarannya kepada pasaran yang lebih kecil.
Contohnya, pasaran sasaran lamping guna buang secara kebiasaannya adalah
bayi . Namun, ada syarikat yang hanya menjual lamping guna buang yang
disasarkan kepada orang tua.
Sistem maklumat dapat digunakan oleh syarikat untuk memokus terhadap
pasaran atau pelanggan tertentu yang akan memberi pulangan yang lebih
kepada syarikat. Contohnya, sistem maklumat pengurusan hubungan
pelanggan dapat mengumpul pelbagai maklumat tentang pelanggan
organisasi. Maklumat yang dikumpul dapat dianalisa dan pengurus boleh
mengindentifikasikan pelanggan-pelanggan yang membeli dengan banyak
dan pelanggan-pelanggan yang tidak membeli dengan banyak. Sekiranya
syarikat tersebut menghadapi masalah kekurangan sumber untuk kempen
promosi, pengurus mungkin akan menumpukan perhatiannya terhadap
pelanggan-pelanggan yang membeli dengan banyak.
Strategi Memperkukuhkan Hubungan Pembeli Dan Pembekal
Untuk memastikan bahawa operasi sesebuah perniagaan dapat berjalan
dengan lancar, pihak pengurusan perlu memastikan bahawa bahan mentah
yang dikehendaki ada atau akan sampai ke kilang pada masa ia diperlukan.
Selain itu, pihak pengurusan juga harus memastikan bahawa produk yang
dijual dapat diterima oleh pelanggan pada masa yang ditetapkan. Oleh itu,
hubungan pihak pengurusan dengan pembekal, pengedar dan pelanggan
adalah perkara yang penting. Lebih erat , lebih bagus.
Sistem pengurusan rantaian pembekal dan sistem pengurusan hubungan
pelanggan boleh digunakan untuk mengurus hubungan pihak syarikat
dengan pelanggan, pembekal, pengedar dan syarikat-syarikat logistik yang
menghantar produk syarikat kepada pelanggan. Hubungan yang dibentuk ini
akan membolehkan pihak-pihak yang ada dalam rantaian untuk mengongsi
maklumat tentang kelemahan dan kekuatan produk serta status
penghantaran produk. Maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk
meningkatkan kualiti produk dan sistem pengagihan produk.

SISTEM MAKLUMAT DAN RANTAIAN NILAI (VALUE CHAIN)


Apabila sesebuah firma ingin mencapai tahap operasi yang tinggi, ia
seharusnya tahu tentang aktiviti mana yang penting dan harus
dipertingkatkan. Untuk tujuan ini, seorang pengurus dapat menggunakan
model rantaian nilai. Secara amnya, model rantaian nilai melihat sesuatu
firma sebagai satu siri aktiviti yang akan menambah nilai margin produk
organisasi apabila produk tersebut bergerak daripada satu aktiviti kepada
aktiviti yang lain. Aktiviti-aktiviti ini boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu aktiviti primari/utama dan aktiviti sokongan.

25
Rajah 3.2
Rantaian Nilai

Inbound Outbound Jualan dan


Logistics Operasi Perkhidmatan
Logistics Pemasaran

Aktiviti Sokongan seperti pengurusan


dan pentadbiran dan sebagainya

Aktiviti-aktiviti primari terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang mempunyai


kaitan yang langsung dengan pengeluaran dan pengedaran produk dan
perkhidmatan syarikat. Aktiviti-aktiviti ini akan menambah nilai produk dan
perkhidmatan syarikat. Kita perlu tahu bahawa pelanggan memainkan
peranan yang penting untuk menentukan sama ada produk sesuatu syarikat
bernilai atau tidak. Pelanggan tidak akan membeli sesuatu produk sekiranya
ia dilihat sebagai tidak bernilai.
Terdapat lima aktiviti primari iaitu inbound logistic , operasi, outbound logistics, ,
jualan dan pemasaran, dan perkhidmatan pelanggan.
Aktiviti inbound logistics terdiri daripada aktiviti penerimaan and penstoran
bahan mentah untuk aktiviti pengeluaran. Aktiviti operasi pula akan
mentransformasikan input-input kepada produk. Aktiviti outbound logistics
pula terdiri daripada aktiviti penstoran dan penghantaran produk syarikat
kepada pelanggan. Aktiviti jualan dan pemasaran terdiri daripada aktiviti
promosi dan penjualan produk kepada pelanggan. Aktiviti perkhidmatan
pelanggan merujuk kepada aktiviti-aktiviti lepas jualan seperti
penyelenggaraan dan pembaikian produk dan perkhidmatan.
Aktiviti-aktiviti sokongan tidak mempunyai kaitan yang langsung terhadap
proses pengeluaran dan pengedaran produk dan perkhidmatan syarikat.
Aktiviti-aktiviti ini dijalankan untuk memastikan bahawa aktiviti-aktiviti
primari dapat berjalan dengan lancar. Di antara aktiviti-aktiviti sokongan
ialah pengurusan dan pentabdiran , pembelian input-input pengeluaran dan
pengurusan sumber manusia.
Contohnya di UUM, pemberian kuliah oleh pensyarah adalah merupakan
aktiviti primari kerana UUM merupakan sebuah institusi pendidikan.
Namun begitu, kuliah mungkin tidak akan dijalankan sekiranya aktiviti-
aktiviti sokongan seperti penyediaan bilik kuliah dan peralatan tidak
dijalankan.
Seorang pengurus yang ingin mempertingkatkan lagi tahap operasi
syarikatnya haruslah meneliti aktiviti-aktiviti primari dan sokongan yang
dijalankan dalam syarikatnya. Selepas itu, beliau haruslah menanyakan
soalan bagaimanakah sistem maklumat dapat digunakan untuk
menambahbaikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Contohnya, sistem
pengurusan hubungan pelanggan boleh digunakan untuk mempertingkatkan
26
lagi aktiviti jualan dan perkhidmatan dan sistem pengurusan sumber
manusia boleh digunakan untuk mempertingkatkan lagi aktiviti pengurusan
pekerja.

Sebagai seorang pelajar di UUM, pada pendapat anda,


apakah aktiviti-aktiviti yang harus dipertingkatkan lagi
untuk memastikan bahawa proses pembelajaran yang
dilalui oleh anda akan menjadi lebih bagus? Apakah jenis-
jenis sistem maklumat yang boleh digunakan untuk
membantu proses peningkatan tersebut?

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI UNTUK MENINGKATKAN


KUALITI
Kualiti merupakan suatu konsep yang membawa maksud yang luas.
Dari pandangan pihak pengurusan, kualiti bolehlah dilihat sebagai
keupayaan untuk membuat sesuatu mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Contohnya, sebuah mesin perlu memotong sekeping kain pada
ukuran 7 inci. Sekiranya ia memotong lebih daripada 7 inci, maka hasilnya
bolehlah dikatakan sebagai tidak berkualiti.
Akan tetapi, dari segi pandangan pengguna pula, kualiti sesuatu produk
disamakan dengan sama ada produk tersebut boleh tahan lama, selamat
untuk digunakan, mudah digunakan dan mudah untuk dipasang. Kualiti
perkhidmatan pula disamakan dengan ketepatan iklan, waranti yang
boleh dipercayai dan juga sokongan yang berterusan. Di sini, jelas kelihatan
bahawa kualiti mempunyai banyak dimensi.
Namun, walau apa pun tanggapan anda tentang kualiti, ia adalah sangat
penting untuk memastikan bahawa sesebuah organisasi terus wujud dan
beroperasi. Kini, banyak organisasi yang menekankan pengurusan kualiti
menyeluruh (TQM) iaitu suatu konsep yang menjadikan kualiti sebagai
tanggungjawab setiap anggota di dalam organisasi. Ini adalah penting kerana
organisasi yang mementingkan kualiti boleh meningkatkan kelebihan
persaingannya.
Sistem maklumat boleh digunakan untuk membantu organisasi mencapai
matlamat pengurusan kualiti menyeluruh. Sistem maklumat boleh
membantu organisasi untuk mempermudahkan proses pengeluaran produk,
mencapai piawaian yang ditetapkan, membuat pembaikan mengikut
permintaan pelanggan dan meningkatkan kualiti dan ketepatan reka bentuk
dan pengeluaran.
Mempermudahkan Proses Pengeluaran
Kebanyakan program kualiti menerima pakai falsafah “semakin kurang
semakin baik”. Proses yang tidak mempunyai banyak aktiviti dan tidak
mengambil masa yang panjang akan mengurangkan peluang berlakunya
kesilapan. Sistem maklumat boleh digunakan untuk mempermudahkan lagi
proses pengeluaran dan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam
sesuatu proses. Contohnya, sistem perbankan atas talian dapat
mempermudahkan cara pelanggan menjalankan urusan perbankan.

27
Mencapai Piawaian yang Telah Ditetapkan
Untuk memastikan tahap kualiti yang tinggi, sesuatu piawaian perlu
ditetapkan bagi produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat.
Piawaian ini akan dibandingkan dengan prestasi syarikat pada satu-satu
masa dan sekiranya prestasi yang ditunjukkan sama atau mengatasi
piawaian, ini bermaksud matlamat kualiti organisasi telah dicapai. Proses ini
dikenali sebagai mengukur takat (benchmarking). Selain daripada menetapkan
piawaian sendiri, syarikat juga boleh menggunakan piawaian industri dan
piawaian yang telah ditetapkan oleh syarikat lain. Sistem maklumat boleh
digunakan untuk mengumpul maklumat tentang piawaian-piawaian yang
hendak dibandingkan. Selain itu, salah satu strategi yang boleh digunakan
untuk membantu organisasi mencapai piawaian mereka ialah menggunakan
sistem maklumat yang digunakan oleh syarikat yang mempunyai piawaian
yang lebih tinggi daripada organisasi.
Menggunakan Permintaan Pelanggan bagi Menambahbaik
Produk
Pelanggan merupakan satu sumber maklumat yang baik tentang produk atau
perkhidmatan kita. Ini adalah kerana merekalah yang menggunakan produk
tersebut. Maka sudah tentulah mereka lebih arif tentang kelebihan dan
kekurangannya. Oleh itu, sebuah sistem yang merekodkan segala maklumat
pelanggan adalah penting terutama sekali apabila kita hendak membuat
perubahan kepada produk yang sedia ada dan juga apabila kita mahu
mengeluarkan produk baru.
Meningkatkan Kualiti dan Ketepatan Reka Bentuk
Reka bentuk yang berkualiti dan tepat boleh mengelakkan pelbagai
masalah pengeluaran daripada berlaku. Untuk ini, perisian seperti perisian
reka bentuk berbantukan komputer (Computer Aided Design atau CAD)
boleh digunakan untuk memastikan bahawa reka bentuk sesuatu produk
lebih berkualiti. Terdapat pelbagai jenis simulasi yang boleh dilakukan ke
atas reka bentuk produk sebelum produk yang sebenar dibentuk untuk
diuji secara fizikal. Ini bermakna pembetulan akibat daripada kesilapan reka
bentuk boleh dilakukan sebelum produk sebenar atau fizikal dikeluarkan.
Perkara ini dapat menjimatkan kos dan masa untuk organisasi.
Meningkatkan Ketepatan Pengeluaran
Perisian reka bentuk berbantukan komputer bukan sahaja boleh
digunakan untuk mereka bentuk produk malahan ia juga boleh
digunakan untuk mereka bentuk proses pengeluaran. Oleh itu,
produk yang mempunyai ketepatan reka bentuk yang lebih tinggi boleh
dikeluarkan dengan menggunakan proses yang lebih berkesan. Piawaian dan
spesifikasi produk yang dibentuk dalam perisian reka bentuk
berbantukan komputer dapat dipindahkan dengan mudah kepada sistem
pengeluaran. Ini akan mengelak kesilapan daripada berlaku semasa
maklumat tersebut dihantar ke jabatan lain untuk tindakan selanjutnya.
Perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa sememangnya terdapat
pelbagai cara sistem maklumat dapat digunakan untuk membantu
meningkatkan kualiti produk syarikat dan meningkatkan keupayaan
syarikat untuk bersaing.

28
KESIMPULAN
Pada zaman yang mencabar ini, memanglah sukar untuk membangunkan
sebuah perniagaan. Apatah lagi untuk memastikan bahawa ia terus
berkembang maju. Persaingan yang amat sengit, tidak kira dalam industri
apa jua pun, memerlukan supaya pengusaha-pengusaha bekerja dengan
lebih keras dan cepat bertindak balas terhadap persekitarannya. Sistem
maklumat strategik boleh membantu untuk meningkatkan keupayaan
bersaing sesebuah organisasi. Ia bukan sahaja boleh membantu untuk
meningkatkan kualiti produk, bahkan ia boleh digunakan untuk
meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos organisasi.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.Kelebihan persaingan dapat diperolehi melalui ___ struktur kos.

2.Industri boleh dilihat sebagai gabungan jumlah syarikat yang mengeluarkan


produk yang ______.

3.Sekiranya sesuatu industri mempunyai produk _____, tahap persaingan industri


tersebut lebih tinggi.

4.Aktiviti-aktiviti _____ dijalankan untuk memastikan bahawa aktiviti primari dapat


dijalankan dengan lebih lancar.

5.Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan sistem maklumat strategik.

6.Bincangkan lima aktiviti primari.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

29
BAB 4

PERKAKASAN KOMPUTER

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami seni bina komputer.
2. Menyenaraikan komponen fizikal sistem komputer.
3. Menerangkan peranan yang dimainkan oleh setiap komponen
sistem komputer.
4. Membincangkan beberapa jenis peranti output dan input.

PENGENALAN

Seperti yang dinyatakan di bab yang pertama, komponen perkakasan


merujuk kepada komputer dan peralatan sokongan yang digunakan
untuk memproses dan menyimpan data dan maklumat. Di zaman yang
serba moden dan canggih ini, terdapat pelbagai jenis dan saiz komputer
yang boleh digunakan untuk mengurus maklumat (Laudon & Laudon,
2011). Terdapat komputer yang bersaiz besar yang dipanggil kerangka
utama (mainframe), dan terdapat komputer yang lebih besar daripada itu
yang dipanggil supercomputer. Supercomputer merupakan sebuah sistem
komputer yang berkuasa tinggi kerana komputer jenis ini mengandungi
berbilang pemproses (processor) yang bekerjasama untuk membuat kerja-
kerja pemprosesan data. Oleh itu, supercomputer secara kebiasaannya,
hanya digunakan oleh organisasi tertentu seperti agensi pertahanan
negara ataupun organisasi- organisasi saintifik yang perlu membuat
pengiraan berbentuk kejuruteraan dan saintifik yang kompleks. Kerangka
utama pula digunakan dalam organisasi besar untuk mengendalikan
pelbagai aktiviti organisasi seperti mengurus jaringan (network) dan aliran
trafik dalam jaringan.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, terdapat kecenderungan untuk


menghasilkan komputer yang bersaiz kecil yang mempunyai kuasa
pemprosesan yang tinggi. Oleh yang demikian, p a d a m a s a ini,
komputer mini dan komputer mikro yang juga dikenali sebagai personal
computer, menjadi semakin popular di kalangan pengguna
persendirian dan organisasi yang tidak begitu besar kerana komputer-
komputer ini lebih mudah untuk dikendalikan. Stesen-stesen kerja
(workstations) yang terdiri daripada sistem komputer mikro berkuasa tinggi
30
merupakan komputer yang digunakan oleh pekerja teknikal dan
professional seperti pelukis pelan, arkitek dan p e n g a t u r c a r a . Selain
itu, komputer mudah alih seperti telefon pintar, tablet , laptop, notebook,
palmtop dan personal digital assistant (PDA) juga menjadi semakin popular
kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

Dua perkara yang membezakan jenis-jenis komputer di atas ialah kapasiti


pemprosesan dan kapasiti storan. Apabila kita mengatur jenis-jenis
komputer mengikut dua faktor ini, kita akan mendapat urutan ini:
Peralatan mudah alih yang kecil (smartphone, tablet), komputer peribadi
(termasuk laptop), stesen-stesen kerja, kerangka utama dan akhir sekali
supercomputer.

SENI BINA KOMPUTER

Pemahaman tentang komponen-komponen yang terdapat dalam sistem


komputer serta fungsi-fungsi mereka akan memudahkan lagi kita untuk
memahami bagaimana sistem komputer memproses data menjadi
maklumat.

Merujuk kepada rajah 4.1, sistem komputer terdiri daripada komponen-


komponen fizikal yang dinamakan perkakasan (hardware) yang
merangkumi unit pemprosesan pusat (Central Processing Unit atau CPU),
unit storan sekunder (Secondary Storage Unit), peranti-peranti input, dan
akhir sekali peranti-peranti output.

CPU mengandungi unit storan primer (Primary Storage Unit), unit kawalan
(Control Unit) dan unit aritmetik-logik (Arithmetic-Logic Unit). Selain
daripada itu, sebuah sistem komputer juga mengandungi sekumpulan
arahan-arahan, yang dipanggil tatacara, yang ditulis dalam bahasa khusus
yang difahami oleh komputer tersebut. Ia dinamakan perisian (software).
Dengan menggunakan perisian, maka kita boleh mengawal operasi
kesemua perkakasan di dalam sebuah komputer.

31
Rajah 4.1
Komponen-Komponen Sistem Komputer

Sekarang, marilah kita pelajari dengan lebih lanjut tentang setiap


komponen sistem komputer.

UNIT PEMPROSESAN PUSAT

Unit pemprosesan pusat (CPU) merupakan sebuah perkakasan yang


penting bagi sebuah sistem komputer. Ia juga dikenali sebagai otak
komputer. CPU mengawal kesemua unit yang lain serta mengubah
segala bentuk input kepada pelbagai bentuk output. Dari awal
penciptaan komputer sehingga ke hari ini, unit pemprosesan ini telah
melalui pelbagai perubahan yang jelas terhadap litar-litar yang digunakan
di dalamnya. Evolusi perubahan litar ini telah membahagikan zaman
komputer kepada beberapa generasi. Komputer generasi pertama
menggunakan litar elektronik yang diperbuat daripada tiub-tiub vakum,
manakala komputer generasi kedua pula menggunakan transistor. Dalam
generasi ketiga, litar bersepadu telah digunakan. Selepas itu, pertukaran
generasi menjadi semakin kurang jelas, dan kini tiada siapa pun yang boleh
menentukan dengan nyata komputer generasi ke berapakah yang wujud
sekarang ini. Yang pasti, litar bersepadu yang digunakan sekarang ini
adalah lebih canggih dan lebih baik daripada yang sebelumnya. Di antara
jenama CPU yang terkenal ialah Intel dan AMD.

Walaupun komputer telah menjalani pelbagai arus perubahan mengikut


keperluan masa kini, namun, CPU tetap memerlukan ketiga- tiga unit lain
seperti yang dinyatakan di atas . Unit-unit yang dimaksudkan ialah unit
storan primer, unit aritmetik logik, dan unit kawalan yang setiap
daripadanya mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.

32
Unit Storan Primer

Unit storan primer sebenarnya merupakan litar-litar bersepadu (integrated


circuits) yang diperbuat daripada cip-cip silikon yang dipanggil
semikonduktor. Terdapat beberapa jenis ingatan semikonduktor yang
digunakan di dalam sebuah komputer seperti ingatan capaian rawak
(Random Access Memory atau RAM) dan ingatan hanya baca (Read Only
Memory atau ROM). Jenis-jenis ingatan semikonduktor ini akan
dibincangkan dalam bahagian akan datang. Yang penting, terlebih
dahulu, anda perlu tahu bahawa unit storan primer menjalankan tiga
jenis tugas, iaitu:

a.menyimpan kesemua atau sebahagian daripada program yang sedang


dilaksanakan.

b.menyimpan program sistem pengoperasian yang menguruskan operasi


sesebuah komputer.

c.memegang data yang sedang digunakan oleh sesebuah program,


sebelum berlakunya pemprosesan, semasa di antara langkah-langkah
pemprosesan dan selepas berakhirnya pemprosesan, iaitu sebelum ia
dihantar semula ke storan sekunder atau dikeluarkan sebagai output.

Sebelum anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenai unit storan


primer ini, marilah kita melihat dahulu bagaimana data diwakili di dalam
sebuah komputer.

Bit dan Bait (Byte)


Setiap bentuk data tanpa mengira sama ada ia simbol atau perkataan atau
gambar, diwakili dengan suatu rentetan digit perduaan (binary digit) yang
dipanggil bit. Oleh itu, setiap satu bit akan diwakili dengan ‘0’ atau ‘1’,
dan di dalam sebuah komputer, kehadiran sesuatu isyarat magnetik
menandakan ‘1’ dan ketiadaannya menandakan ‘0’. Setiap rentetan yang
mengandungi lapan bit, dianggap sebagai satu bait (byte). Biasanya
setiap satu bait boleh digunakan untuk menyimpan satu nombor, abjad,
simbol atau sebahagian daripada sebuah gambar. Sebagai contoh, anda
boleh merujuk kepada jadual 4.1. Di sini, anda boleh lihat bahawa
setiap abjad diwakili oleh satu rentetan ‘0’ dan ‘1’ yang tersendiri.

Jadual 4 .1 juga menunjukkan bahawa terdapat dua jenis kod yang


berlainan. Kod yang pertama adalah EBCDIC atau nama sebenarnya
Extended Binary Coded Decimal Interchange Code yang dicipta oleh IBM
pada tahun 1950-an, dan kod yang kedua adalah ASCII atau American
Standard Code for Information Interchange yang dibentuk oleh
American National Standard Institute. Untuk pengetahuan anda, walaupun
33
terdapat jenis-jenis kod yang lain, namun, kedua-dua inilah yang
paling popular. EBCDIC selalunya digunakan di dalam komputer IBM
dan sesetengah komputer kerangka utama, manakala ASCII pula
banyak digunakan untuk penghantaran data dan lain-lain jenis
komputer.

Jadual 4.1
Kod-Kod Perwakilan Data

Aksara Perduaan EBCIDIC Aksara Perduaan ASCII


A 1100 0001 A 1010 0001
B 1100 0010 B 1010 0010
C 1100 0011 C 1010 0011
D 1100 0100 D 1010 0100
E 1100 0101 E 1010 0101

Walau apa jua jenis kod yang digunakan , yang penting ialah anda
harus sedar bahawa sebuah komputer perlu menyimpan data yang sangat
banyak untuk mewakili pelbagai jenis aksara dan simbol. Sekarang ini,
komputer sekecil komputer mikro pun, mempunyai kapasiti storan
sehingga beberapa gigabait. Jika satu bait boleh digunakan untuk
menyimpan satu aksara, maka satu kilobait mengandungi satu ribu
tempat storan. Oleh itu, satu megabait pula mengandungi satu juta bait
(byte), manakala satu gigabait mewakili lebih kurang satu bilion bait.

Di mana dan bagaimana agaknya data yang sangat


banyak ini disimpan dalam sebuah komputer?

Ingatan Semikonduktor

Tempat storan yang paling utama ialah unit storan primer. Seperti yang
telah dinyatakan di awal perbincangan, storan primer yang juga dikenali
sebagai ingatan utama ini sebenarnya adalah terdiri daripada litar bersepadu
yang terdiri daripada ribuan dan mungkin juga jutaan transistor
yang sangat halus yang dicetak ke atas sebuah cip silikon yang sangat kecil
yang dipanggil semikonduktor. Terdapat pelbagai jenis cip semikonduktor
yang digunakan di dalam storan primer. Satu daripadanya ialah ingatan
capaian rawak (random access memory) yang lebih dikenali sebagai RAM.
RAM digunakan sebagai tempat storan sementara bagi data dan tatacara
program. Ia adalah ingatan yang meruap. Ini bermaksud apabila bekalan

34
elektrik kepada komputer terputus atau diputuskan, maka
kandungannya akan hilang. RAM dinamakan sebegitu kerana setiap lokasi
storan di dalamnya boleh dicapai secara rawak dalam jangka waktu yang
sama.

Terdapat beberapa jenis RAM yang digunakan dalam sistem komputer


seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.2.

Jenis yang banyak sekali digunakan sekarang ialah Extended Data Out RAM
(EDO RAM). EDO RAM beroperasi dengan lebih cepat jika
dibandingkan dengan RAM biasa. Jenis yang terbaru sekali adalah
Synchronous Dynamic RAM (SDRAM) dan Dynamic RAM (DRAM).
Prestasi SDRAM adalah lebih baik daripada EDO RAM, bahkan
kelajuan perpindahan data dari pemproses mikro kepadanya juga adalah
lebih pantas. DRAM pula sentiasa memerlukan voltan yang rendah
dimasukkan ke dalamnya bagi setiap lebih kurang dua milisaat bagi
memastikan ia tidak kehilangan maklumat yang disimpannya.

Jenis ingatan yang kedua pula dipanggil ingatan hanya baca (read-only
memory) atau lebih dikenali sebagai ROM. ROM mengandungi arahan-
arahan untuk program-program yang ditentukan oleh
pembuat komputer, biasanya program-program yang sering digunakan. Ia
berguna untuk menghidupkan sistem komputer dan memulakan
operasi komputer. Seperti namanya, arahan pada cip semikonduktor ROM
ini hanya boleh dibaca sahaja, dan kita tidak boleh menulis arahan-
arahan baru ke atasnya.

Rajah 4.2
Jenis-Jenis Memori

Jenis
Memori
Meruap Tidak Meruap

RAM ROM

EDO -RAM SDRAM DRAM PROM EPROM

35
Selain daripada cip-cip ROM biasa ini, terdapat dua lagi jenis cip ROM
iaitu programmable read-only memory (PROM) dan erasable programmable read-only
memory (EPROM). PROM secara kebiasaannya digunakan sebagai alat
kawalan dalam produk-produk elektronik berkomputer . Dengan
adanya cip ini, para pengeluar barangan elektronik ini tidak perlu
membuat cip-cip khas bagi setiap produk mereka, malahan mereka
hanya perlu memprogram cip PROM untuk produk-produk yang
berlainan. Cip EPROM pula selalunya digunakan sebagai alat kawalan di
dalam robot-robot pengeluaran di kilang-kilang. Robot-robot ini sering
kali digunakan untuk beberapa tugas-tugas yang berlainan. Oleh itu,
dengan menggunakan cip EPROM, program-programnya boleh diubah-
ubah untuk tugas-tugas yang berlainan. Ini adalah kerana cip EPROM
boleh dipadam dan diprogram semula.

Selain daripada RAM dan ROM, terdapat dua jenis lagi ingatan iaitu
registers dan ingatan cache (cache memory). Registers merupakan sejenis
ingatan yang sangat cepat dan sangat mahal. Ia merupakan tempat di
mana arahan diletakkan , sebaik sahaja sebelum dan selepas ia diproses.
Ingatan cache pula digunakan untuk menyimpan data atau arahan yang
sering digunakan. Ia merupakan sejenis ingatan yang berkelajuan tinggi.
Walaupun kelajuannya kurang sedikit daripada registers, unit kawalan
boleh mencapai data dan arahan di dalamnya dengan lebih cepat daripada
mencapai kepada ingatan utama yang telah dibincangkan sebelum
ini. Kedua-dua jenis ingatan ini diperlukan kerana kemampuan unit
pemprosesan pusat (unit kawalan dan unit aritmetik-logik) yang sangat
tinggi memerlukan pergerakan arahan-arahan program yang laju dari RAM.

Unit Logik dan Aritmetik dan Unit Kawalan

Kedua-dua unit ini adalah sebahagian dari unit pemprosesan pusat.


Tugas utama unit logik dan aritmetik (ALU) adalah untuk menjalankan
segala operasi aritmetik dan logik. Oleh itu, ia melakukan tugas-tugas
mencampur, menolak, mendarab, dan membahagi nombor-nombor. ALU
juga akan menentukan sama ada sesuatu nombor itu positif, negatif atau
sifar. Selain daripada itu, ia menjalankan tugas logiknya dengan
menentukan bilakah sesuatu nombor itu lebih besar atau lebih kecil atau
sama dengan nombor yang lain. S e l a i n d a r i p a d a n o m b o r -
n o m b o r , t ugas logik ini juga boleh dilakukan ke atas abjad- abjad.

Unit Kawalan pula bertanggungjawab untuk menyelaraskan dan


mengawal bahagian-bahagian lain di dalam sesebuah sistem komputer.
Ini termasuklah proses pembacaan satu-persatu arahan-arahan program-
program yang d i simpan, dan mengarahkan komponen-komponen lain
di dalam sistem komputer untuk menjalankan tugas-tugas yang
diperlukan oleh program-program yang sedang dijalankan. Rajah 4.3
menunjukkan cara setiap satu arahan itu diproses.
36
Rajah 4.3
Pelaksanaan Sesuatu Arahan

Unit Kawalan ALU

(2) Menyahkod (3)Pelaksanaan

(1) Pengambilan (4) Penyimpanan


Registers

Ingatan Utama

Jika anda bandingkan rajah 4.3 dengan rajah 4.1, anda akan dapati rajah 4.3
ini adalah lebih kurang sama dengan bahagian unit pemprosesan pusat di
dalam rajah 4.1. Yang berbeza di sini ialah terdapat penambahan bahagian
registers. Fungsi registers telah pun diterangkan dalam bahagian sebelum ini.
Walaupun begitu, yang penting, anda perlu tahu bahawa pelaksanaan
arahan melibatkan dua fasa iaitu fasa arahan dan fasa pelaksanaan. Berikut
adalah perkara yang akan berlaku semasa fasa arahan:

a.Langkah 1:Arahan yang hendak dilaksanakan akan diambil dari


ingatan utama oleh unit kawalan. (fetch)

b.Langkah 2 :Arahan ini kemudiannya akan dinyahkodkan supaya


pemproses tahu perkara yang harus dilakukan. Selain daripada itu, data-
data yang berkaitan juga akan dipindahkan dari ingatan ke dalam
register, dan l okasi arahan yang seterusnya juga dikenal pasti.
(decode)

Perkara yang akan berlaku semasa fasa pelaksanaan adalah seperti berikut:

c. Langkah 3: ALU dan komponen-komponen lain dalam sistem komputer akan


melaksanakan tugas mereka apabila menerima arahan daripada unit kawalan.(execute)

d.Langkah 4:Hasil daripada proses di langkah 3 akan disimpan di dalam registers atau
ingatan. (store)

Pelaksanaan kedua-dua fasa ini yang melibatkan empat langkah ini dikenali
sebagai 1 pusingan mesin (machine cycle) dan pusingan mesin ini akan
dilaksanakan berulang- ulang kali selagi komputer tidak dimatikan.

Salah satu cara untuk membandingkan prestasi komputer peribadi adalah


37
dengan membandingkan kelajuan unit pemprosesan pusat. Kelajuan unit ini
diukur dengan ukuran hertz. Ia melihat kepada berapa pusingan mesin yang
dapat dilakukan dalam satu saat. Contohnya, 1 gigahertz (GHz) bermaksud
unit pemprosesan pusat itu dapat melaksanakan 1 bilion kitaran mesin
dalam sesaat. Ia memang pantas.

Sehingga tahap ini, anda seharusnya memahami bahawa CPU


mengandungi unit storan primer yang digunakan untuk menyimpan data-
data dan arahan-arahan tertentu sahaja. Anda juga harus faham
bahawa ALU dan unit kawalan hanyalah digunakan untuk memproses
data sahaja. Oleh itu, tempat penstoran yang berasingan memang
diperlukan untuk menyimpan pelbagai bentuk program dan data.

UNIT STORAN SEKUNDER

Storan sekunder merupakan tempat storan data dan program yang tidak
boleh disimpan dalam storan primer. Ia adalah ingatan yang tidak
meruap. O l e h i t u , data yang disimpan di dalamnya masih akan
kekal walaupun bekalan elektrik diputuskan. Terdapat pelbagai jenis
storan sekunder yang wujud. Di antara unit storan sekunder yang
popular sekarang ialah cakera magnetik, pita magnetik, storan optik
dan memori kilat.

Pita Magnetik

Pita magnetik merupakan peranti storan sekunder yang paling awal


digunakan. Ia serupa dengan kaset radio dan kaset video. Ia diperbuat
dari sejenis bahan yang dipanggil filem Mylar yang disaluti dengan ferum
oksida. Setiap bit diwakili dengan kawasan-kawasan kecil yang
dimagnetikkan. Pita magnetik merupakan satu contoh alat storan
capaian berjujukan (Sequential Access Storage Device atau SASD). Ini
bermakna, seandainya komputer perlu mendapatkan data yang berada di
tengah-tengah pita, ia perlu membaca semua data yang disimpan di
tempat sebelum data yang diperlukan. Oleh itu, aktivti pemprosesan
akan mengambil masa yang panjang. Akan tetapi, ia merupakan
media storan yang paling murah pada ketika ini. Oleh sebab itu, ia masih
banyak digunakan untuk menyimpan data-data lama yang tidak mahu
dibuang atau digunakan untuk menyimpan fail-fail sokongan (backup).

Cakera Magnetik

Walau bagaimanapun, cakera magnetik merupakan media storan yang


paling popular pada ketika ini. Anda mungkin sering mendengar atau
sering memperkatakan tentang cakera keras. Cakera keras merupakan
tempat storan sekunder yang terdapat di dalam sebuah komputer
Ia diperbuat daripada sejenis logam yang disaluti dengan ferum oksida.
38
Sesebuah komputer mikro sekurang-kurangnya mempunyai sebelas
keping cakera keras yang disusun secara bertingkat-tingkat seperti
yang ditunjukkan di dalam rajah 4.4.

Rajah 4.4
Cakera Keras

Cakera

Kepala baca/tulis

Walau bagaimanapun, cakera keras merupakan alat storan capaian terus


(Direct Access Storage Device atau DASD) kerana data di dalamnya boleh
dicapai secara terus tanpa mengira lokasi, dalam jangka masa yang sama.

Storan Optik

Jenis media storan sekunder yang menjadi semakin popular kini adalah
cakera optik yang juga dikenali sebagai cakera padat (compact disk) atau
cakera laser. Ia diperbuat daripada plastik, dan sejenis laser khas
digunakan untuk membentuk lekukan-lekukan kecil di atas permukaan
cakera tersebut. Lekukan kecil inilah yang mewakili data yang direkodkan
di dalam cakera optik. Biasanya data yang telah direkodkan ke atas cakera
optik tidak boleh diubah-ubah. Ini adalah kerana kebanyakan cakera optik
adalah dalam bentuk CD-ROM (compact disk read-only memory). Kita hanya
boleh membaca maklumat yang disimpan di dalamnya dengan
menggunakan pancaran laser yang berkuasa rendah.

Namun begitu, terdapat juga sejenis cakera padat yang boleh dipadam
isi kandungannya dan boleh ditulis semula. Ia dinamakan CD-
Rewritable (CD-RW) atau magneto-optical (MO) disk. Disk MO boleh
digunakan sama seperti cakera magnetik, tetapi jangka
masa capaiannya agak lambat sedikit jika dibandingkan dengan cakera
magnetik. Di antara contoh-contoh cakera MO adalah PowerMO yang
dicipta oleh Olympus dan DynaMO yang dicipta oleh Fujitsu.

39
Satu lagi teknologi storan optik ialah cakera video digital. Cakera video
digital (digital video disk atau DVD) ialah sejenis cakera padat
berketumpatan tinggi yang memberikan kapasiti storan tujuh kali lebih
tinggi daripada kapasiti CD-ROM. Oleh itu, ia boleh menyimpan lebih
banyak data multimedia yang terdiri daripada pelbagai bentuk.

Peranti Storan yang Lain

Seperti juga bahagian-bahagian komputer yang lain, peranti-peranti


storan juga telah mengalami banyak perubahan untuk memenuhi
keperluan masa kini. Penggunaan komputer yang semakin meluas
telah meningkatkan permintaan terhadap komputer yang lebih
berkuasa dan lebih serba guna. Melihat kepada keperluan ini, pelbagai
jenis bentuk storan telah dicipta untuk kemudahan pengguna sistem
komputer. Di antara bentuk-bentuk storan yang baru adalah sistem RAID
dan ingatan kilat (flash memory).

Sistem RAID (redundant array of inexpensive disks) merupakan satu


teknologi yang membolehkan lebih daripada satu pemacu cakera keras
digunakan. Biasanya, dengan sistem RAID ini, satu blok data akan
diagih-agihkan kepada beberapa cakera keras yang berbeza. Cakera keras
yang berbeza akan dihubungkan dengan menggunakan satu jaringan.
Apabila seseorang pengguna ingin mendapatkan data tersebut, sistem
RAID boleh mencapai kepada data-data yang teragih tersebut pada satu
masa. Perkara ini akan menyingkatkan lagi masa untuk mencapai data.

Akhir sekali, jenis storan yang akan dibincangkan di sini adalah ingatan
kilat. Ingatan kilat ialah cip-cip ingatan yang digunakan dalam kad PC
yang boleh berfungsi seperti cakera keras, tetapi mempunyai kemampuan
beroperasi dengan kelajuan yang setaraf dengan RAM. USB flash drive
atau thumbdrive yang begitu popular pada hari ini mempunyai
ingatan kilat di dalamnya.

PERANTI-PERANTI INPUT

Peranti-peranti input memang memainkan peranan yang penting semasa


kita menggunakan komputer. Tanpa peranti input, kita tidak boleh
menggunakan komputer, apatah lagi untuk memproses data dan
sebagainya. Secara amnya, peranti input merujuk kepada peralatan yang
digunakan untuk memasukkan data atau memperkenalkan data ke dalam
sistem komputer.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memasukkan data ke


dalam komputer. Satu peranti input tradisional yang masih digunakan
sekarang ialah papan kekunci. Papan kekunci secara biasanya kelihatan

40
seperti sebuah mesin taip biasa.

Tetikus (Mouse) pula merupakan alat kecil yang boleh dimuatkan di


bawah tapak tangan. Ia disambungkan kepada komputer dengan
menggunakan seutas kabel atau tanpa wayar. Di bahagian atas tetikus ini,
secara kebiasaanya terdapat sama ada satu atau dua butang. Butang-butang
di atas tetikus ini boleh digunakan untuk membuat pemilihan arahan
yang patut dijalankan oleh komputer.

Skrin sentuh (Touch screen) merupakan peralatan input yang sangat popular
pada hari ini. Ini adalah disebabkan oleh penggunaan tablet dan telefon
pintar yang begitu berleluasa. Ia membolehkan pengguna berinteraksi
dengan sistem dengan menyentuh skrin paparan. Dengan adanya skrin
sentuh, anda hanya perlu menyentuh permukaan skrin dengan jari anda
untuk memasukkan data dan arahan. Kadang-kadang, tablet dan telefon
pintar juga menyediakan pen khas yang boleh digunakan untuk
menyentuh skrin sentuh.

Pengecaman aksara optik [Optical Character


R e c o g n i t i o n ( O C R ) ] merupakan suatu alat yang boleh menukarkan
tanda-tanda, aksara- aksara dan kod-kod khas kepada bentuk digital.
Contohnya, alat yang digunakan untuk membaca kod palang (bar code)
yang terdapat di pasar raya. Dengan kod palang, kita boleh mengenal
pasti sesuatu barang dan meletakkan maklumat seperti tarikh dan masa,
jika kita mahu. Ini sudah tentunya akan mengurangkan kerja-kerja
memasukkan data melalui papan kekunci.

Pengecaman aksara dakwat magnet [Magnetic Ink Character Recognition


(MICR)] digunakan di dalam industri perbankan. Sekiranya anda
menggunakan cek, cuba anda lihat nombor-nombor yang tertera di
bahagian bawah cek anda. Nombor-nombor tersebut, yang biasanya
menunjukkan nombor akaun dan nombor cek, dicetak dengan
menggunakan sejenis dakwat khas. Mesin pembaca MICR akan
digunakan untuk membaca nombor-nombor tersebut. Oleh itu,
juruwang bank tidak perlu menggunakan papan kekunci untuk
memasukkan nombor akaun dan nombor cek ke dalam sistem.

Satu lagi teknologi yang dapat memudahkan kemasukkan data dan


arahan adalah peranti pengecaman pertuturan. Ia merupakan teknologi
yang membolehkan anda memasukkan arahan ataupun data dengan
hanya bercakap di hadapan sebuah mikrofon yang disambungkan
kepada unit pengecaman pertuturan. Unit ini akan menukarkan corak
gelombang suara yang bersifat analog kepada bentuk digital. Corak
gelombang yang dihasilkan oleh seseorang itu akan dibandingkan dengan
corak-corak gelombang yang telah direkodkan dan distorkan sebelum ini.
Sekiranya terdapat persamaan, maka. input ini akan diterima.

41
Kebanyakan unit pengecaman pertuturan ini adalah speaker dependent, iaitu
ia hanya boleh mengecam suara orang-orang yang telah merakamkan
suara mereka ke dalam sistem tersebut. Namun begitu, usaha-usaha
sedang dilakukan untuk menghasilkan sistem yang speaker independent
supaya sesebuah unit pengecaman pertuturan boleh digunakan oleh
sesiapa sahaja tanpa terbatas kepada mereka yang telah merekodkan suara
mereka.

Peralatan seperti kamera digital dan scanner juga boleh dikategorikan sebagai
peranti input. Sememangnya kesemua peranti input ini mempunyai tujuan
untuk memudahkan kemasukan data dan arahan ke dalam komputer dan
meminimumkan kesilapan yang mungkin dilakukan oleh manusia.

PERANTI-PERANTI OUTPUT

Setelah anda memasukkan data dan arahan ke dalam sebuah sistem


komputer dan sistem ini telah memproses data tersebut, sudah tentu anda
ingin melihat hasilnya. Maka dengan ini, peranti output adalah sangat
penting. Peranti output ialah peralatan yang akan memaparkan data
yang telah diproses.Hasil pemprosesan komputer boleh dipaparkan
dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk paparan skrin , cetakan atau
dalam bentuk bunyi.

Seperti mana yang anda sedia maklum, bentuk output yang paling
popular di kalangan pengguna komputer ialah paparan skrin. Paparan
skrin y a n g p o p u l a r s e k a r a n g i a l a h skrin rata (flat-screen
technology). Skrin ini banyak digunakan pada komputer mudah alih dan
komputer peribadi. Di antara jenis teknologi skrin rata yang wujud
ialah paparan hablur cecair (liquid crystal display) dan paparan plasma (plasma
display). Seperti nama mereka, bahan yang digunakan dalam skrin
sebegini adalah sama ada ia sejenis hablur cecair ataupun plasma.

Walaupun hasil pemprosesan yang dikeluarkan dalam bentuk paparan


skrin sudah memuaskan, namun ia masih belum memadai. Kita masih
memerlukan hasil dalam bentuk kertas untuk pelbagai urusan perniagaan.
Oleh yang demikian, pencetak memainkan peranan yang amat penting
untuk tujuan ini. Terdapat dua kategori pencetak iaitu pencetak berimpak
(impact printer) dan pencetak tidak berimpak (nonimpact printer). Contoh
pencetak berimpak ialah pencetak dot matriks dan contoh pencetak yang
tidak berimpak ialah pencetak laser dan inkjet.

Akhir sekali, apabila data berada dalam format audio, maka kita
memerlukan speakers untuk memaparkan output tersebut.

42
KESIMPULAN

Perubahan dalam teknologi komputer sememangnya berlaku dengan


amat pantas sekali. Namun begitu, komponen-komponen utama
sesebuah sistem komputer masih lagi tidak berubah. Yang berubah ialah
perkakasan yang digunakan untuk membentuk komponen tersebut.
Antara perkara yang berubah dalam perkakasan-perkakasan tersebut
adalah tahap kelajuan, tahap kecekapan dan keupayaannya. Hal ini telah
menjadikan perkakasan komputer pada masa kini lebih baik dan mampu
melaksanakan tugas-tugas yang lebih canggih dalam masa yang lebih
singkat.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.Terdapat dua fasa dalam pelaksanaan sesuatu arahan program


komputer iaitu dan .

2.Tetikus adalah contoh peranti


yang digunakan untuk menggerakkan kursor.

3. digunakan untuk membaca cek, manakala ______ digunakan


untuk membaca kod palang.

4. Dua bentuk peranti output yang utama adalah


dan .

5. Bincangkan tugas yang dilakukan oleh unit logik dan aritmetik .

6. Bincangkan sistem RAID.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

43
BAB 5

PERISIAN KOMPUTER

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menerangkan evolusi bahasa pengaturcaraan.
2. Membincangkan dua jenis perisian.
3. Memperjelaskan perisian sistem dan jenis-jenis perisian sistem.
4. Memperjelaskan perisian aplikasi dan jenis-jenis perisian
aplikasi.

PENGENALAN

Dalam bab yang lalu, anda telah pun mempelajari tentang perkakasan-
perkakasan yang perlu ada bagi menukar data kepada maklumat.
Sememangnya terdapat banyak perkara yang dapat dilakukan dan
dihasilkan oleh komputer bersama peranti-peranti input dan outputnya.
Namun begitu, peranti-peranti ini tidak dapat digunakan sekiranya sistem
komputer tidak mempunyai perisian .

Menurut Stair dan Reynolds (2014), perisian bolehlah dilihat sebagai set
arahan yang digunakan untuk mengawal perkakasan komputer. Ia juga
merupakan nama am yang diberikan kepada program komputer.
Ringkasnya, perisian mengandungi program-program yang digunakan
untuk mengawal pengoperasian perkakasan sesebuah sistem komputer.
Selain daripada itu, perisian juga mengandungi dokumentasi program iaitu
keterangan yang berbentuk naratif mengenai program. Ia dibentuk untuk
membantu proses penggunaan dan pelaksanaan program tersebut.
Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem (system software), dan
perisian aplikasi (application software).

Secara amnya, perisian sistem merupakan program yang digunakan untuk


mengurus dan mengawal fungsi-fungsi perkakasan computer. Contoh
perisian sistem ialah Windows XP. Perisian aplikasi pula merupakan
program yang digunakan oleh pekerja organisasi untuk memenuhi
keperluan mereka untuk pemprosesan maklumat yang spesifik dan untuk
melaksanakan kerja mereka.

44
Kedua-dua jenis perisian ini dibentuk dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan. Walau bagaimanapun, sebelum kita membincang
tentang perisian sistem dan perisian aplikasi dengan lebih lanjut,
marilah kita memahami terlebih dahulu evolusi bahasa pengaturcaraan.

EVOLUSI BAHASA PENGATURCARAAN

Seperti sistem komputer, bahasa pengaturcaraan juga telah


mengalami banyak perubahan. Ia berl aku kerana terdapat
keinginan untuk meningkatkan lagi keupayaan komputer untuk
memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. Bahasa
pengaturcaraan di peringkat awal sering dikaitkan dengan masalah
ketiadaan konsistensi dari segi kenyataan program dan prosedur.
Akibatnya, satu perisian sistem akan menhadapi masalah untuk berinteraksi
dengan dua jenis program aplikasi yang berlainan, walaupun kedua-duanya
dibentuk dengan bahasa pengaturcaraan yang sama. O l e h itu, American
National Standards Institute (ANSI) telah membentuk satu piawaian
untuk beberapa bahasa pengaturcaraan yang popular. Piawaian bahasa
pengaturcaraan merupakan sekumpulan peraturan yang menjelaskan
tentang bagaimana kenyataan dan arahan program patut ditulis.
Dengan adanya piawaian ini, organisasi boleh menumpukan lebih
perhatian kepada penggunaan bahasa pengaturcaraan untuk
membentuk program yang dapat menyelesaikan masalah perniagaan
dengan lebih berkesan.

Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membentuk perisian boleh


dikategorikan kepada beberapa generasi (O’Brien & Marakas, 2011).
Untuk bahagian yang seterusnya, kita akan membincang tentang
jenis-jenis bahasa pengaturcaraan.

Bahasa Generasi Pertama – Bahasa Mesin

Bahasa mesin merupakan bahasa yang penting kerana ia adalah satu-


satunya bahasa yang difahami oleh komputer. Ini adalah kerana ia
terdiri daripada satu siri nombor ‘ 0’ dan ‘ 1 ’ , seperti mana digit
perduaan.
Oleh sebab itu, bahasa mesin dianggap sebagai bahasa tahap rendah kerana
ia merupakan cara pengekodan program yang paling tidak sofistikated. Di
samping itu, menulis program dengan menggunakan bahasa mesin
adalah sangat sukar dan proses mengaturcara programnya pula sangat
lambat. Oleh itu, para saintis computer sentiasa berusaha untuk mencipta
bahasa pengaturcaraan yang mempunyai banyak persamaan dengan cara
manusia berkomunikasi. Oleh itu, semua bahasa pengaturcaraan yang
digunakan pada masa ini perlu ditukarkan kepada bahasa mesin kerana
komputer hanya memahami bahasa mesin .

45
Bahasa Generasi Kedua – Bahasa Assembly

Bahasa generasi kedua telah dibentuk untuk mengatasi masalah


kesukaran memprogram dengan menggunakan bahasa mesin. Oleh itu,
digit perduaan telah ditukar dengan simbol-simbol yang lebih mudah
untuk difahami oleh manusia. Oleh itu, semua bahasa pengaturcaraan
selepas generasi pertama dikenali sebagai bahasa simbolik.
Contohnya, bahasa generasi kedua, menggunakan kod-kod seperti ‘A’
untuk mewakili campur (add) dan ‘MVC’ untuk mewakili pindahkan (move).
Bahasa generasi kedua juga dikenali sebagai bahasa assembly kerana ia
memerlukan penghimpun (assemblers) untuk menterjemahkannnya kepada
bahasa mesin. Bahasa ini lebih mudah untuk digunakan berbanding dengan
bahasa mesin. Akan tetapi satu masalah besar berkaitan dengannya ialah
unit pemprosesan yang berlainan menggunakan bahasa assembly yang
berlainan. Selain daripada itu, bahasa assembly juga masih lagi dianggap
sebagai bahasa tahap rendah.

Bahasa Generasi Ketiga – Bahasa Tahap Tinggi

Bahasa pengaturcaraan generasi ini adalah lebih mudah untuk digunakan


kerana ia menggunakan kod-kod simbolik yang lebih mudah difahami
oleh manusia . Contohnya, PRINT TOTAL_SALES, READ,
HOURS_WORKED dan NORMAL_PAY =HOURS_WORKED
*PAYRATE. Di antara contoh bahasa generasi ketiga adalah COBOL,
PL/I, BASIC, dan C. Walau bagaimanapun, dengan bahasa generasi
ketiga ini, para pengaturcara perlu menyatakan dengan terperinci setiap
langkah dan susunan setiap langkah untuk membolehkan sistem
komputer melaksanakannya dengan betul. Oleh sebab itulah, bahasa ini
juga dipanggil bahasa prosedur.

Bahasa Generasi Keempat

Berbeza daripada bahasa generasi ketiga, bahasa generasi keempat ialah


bahasa tanpa prosedur. Ia dinamakan sebagai bahasa semula jadi kerana ia
lebih menyerupai bahasa yang kita gunakan . Ia membolehkan
pengaturcara atau pengguna untuk mengarahkan komputer tentang tugas
atau apa yang harus dilakukan tanpa memberitahu cara atau bagaimana
untuk melakukan sesuatu. Ia juga tidak memerlukan pengaturcara untuk
menyatakan setiap langkah dan urutannya dengan terperinci. Contoh
bahasa ini ialah bahasa pertanyaan pangkalan data (Database Query
Language).Secara amnya, ia digunakan untuk mendapatkan data dan
maklumat daripada pangkalan data secara ad hoc. Dengannya, anda boleh
menghasilkan laporan-laporan khas dari isi kandungan pangkalan
data dengan lebih mudah.

46
Bahasa generasi keempat ini adalah lebih mudah untuk digunakan. Oleh
itu, ia menggalakkan pembangunan perisian dengan lebih cepat dan
bebas daripada kesilapan.

Bahasa Generasi Kelima – Bahasa Semula jadi

Bahasa generasi kelima juga dikenali sebagai bahasa semula jadi kerana ia
lebih menyerupai bahasa percakapan berbanding generasi sebelumnya. Ia
membolehkan mereka yang menulis program berkomunikasi dengan
komputer dengan menggunakan ayat-ayat biasa. Contohnya, komputer
yang diprogram menggunakan bahasa generasi kelima boleh memahami
pertanyaan seperti “How many clocks did our company sell last
month?”. Oleh itu, bahasa generasi kelima ini sangat sesuai untuk
digunakan bagi membentuk program untuk kepintaran buatan (artificial
intelligence) dan sistem pakar. Sekiranya anda tidak tahu apakah
kepintaran buatan dan sistem pakar, tidak mengapa, kerana topik ini
akan dibincangkan dalam bab yang akan datang.

Pengaturcaraan Berorientasikan Objek

Kebanyakan bahasa pengaturcaraan mengasingkan tatacara program


daripada elemen data. Namun begitu, bahasa pengaturcaraan
berorientasikan objek menggabungkan tatacara program dengan data
yang digunakan bagi membentuk objek. Dengan itu, sesebuah objek
itu mengandungi data dan juga tatacara yang menentukan tugas yang
akan dilakukan terhadap data tersebut. Sesebuah program kemudiannya
dibentuk dengan menghubungkan objek-objek di a ntara satu sama lain
dengan menggunakan mesej. Satu kelebihan bahasa berorientasikan objek
ini adalah setiap objek itu boleh digunakan berulang kali untuk
membentuk program-program yang berlainan. Oleh yang demikian,
sebuah perpustakaan (library) yang mengandungi objek-objek yang telah
siap ditulis boleh dibangunkan, dan apabila seorang pengaturcara perlu
membuat sebuah program, ia bolehlah menggunakan objek-objek yang
terdapat di dalam perpustakaan ini. Beliau tidak lagi perlu membentuk
program dari awal tetapi hanya perlu membentuk hubungan atau
mesej bagi membolehkan interaksi di antara objek-objek sahaja.

Walaupun bahasa pengaturcaraan jenis ini mempunyai banyak kelebihan,


namun kelemahannya adalah masa untuk m elaksanakan arahan
programnya adalah lama dan ia memerlukan ingatan yang banyak. Antara
bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek yang popular adalah C++
dan Smalltalk.

Daripada perbincangan di atas, memang nyatalah bahawa terdapat


pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk
membentuk

47
program. Namun begitu, pemilihan bahasa pengaturcaraan yang terbaik
untuk satu-satu program akan melibatkan isu-isu keseimbangan di antara
ciri-ciri fungsian, kos, tahap kawalan dan kerumitan bahasa tersebut.
Perlu diingatkan bahawa bahasa pengaturcaraan pada masa kini adalah
lebih kompleks daripada yang sebelumnya tetapi ia lebih mudah untuk
digunakan dan program dapat dihasilkan dengan lebih cepat. Keadaan
sebegini akan menjimatkan kos. Walau bagaimanapun, kos untuk melatih
pengaturcara bagi menggunakan bahasa pengaturcaraan yang terkini
melibatkan kos yang sangat tinggi. Akan tetapi, organisasi dapat
menjimatkan kos dalam jangka masa panjang jika menggunakannya.
Kelebihan bahasa mesin dan bahasa assembly pula ialah mereka dapat
memberikan tahap kawalan yang lebih tinggi terhadap perkakasan-
perkakasan komputer. Oleh itu, terdapat pengeluar-pengeluar perisian
yang menggunakannya untuk sebahagian daripada program mereka bagi
mempertingkatkan lagi tahap kelajuan program tersebut.

Untuk bahagian yang seterusnya, kita akan membincang tentang perisian


sistem dan perisian aplikasi.

PERISIAN SISTEM

Perisian sistem merupakan sekumpulan program am yang menguruskan


sumber-sumber komputer seperti unit pemprosesan pusat, talian
komunikasi dan lain-lain perkakasan. Biasanya, perisian sistem ini
disediakan oleh pembuat sesebuah perkakasan tersebut ataupun syarikat
yang mengkhusus dalam pengeluaran perisian. Secara amnya, terdapat tiga
jenis perisian sistem iaitu sistem pengoperasian (operating system), program
utiliti (utility program) dan penterjemah bahasa (language translators) (Laudon
& Laudon, 2011).

Sistem Pengoperasian

Sistem ini merupakan perisian yang menguruskan dan mengawal aktiviti


sesebuah komputer. Ia berfungsi sebagai antara muka yang
menghubungkan pengguna dan perisian yang memproses data dengan
perkakasan. Di antara contoh-contoh sistem pengoperasian yang sering
digunakan dalam komputer adalah DOS (disk operating system), LINUX,
Windows 10 dan Machintosh OS. Sistem pengoperasian boleh
melaksanakan beberapa jenis fungsi seperti:

48
Rajah 4.1
Hubungan Sistem Pengoperasian , Perisian Aplikasi dan Perkakasan

a.Melaksanakan fungsi perkakasan.


Setiap program aplikasi berkomunikasi dengan
perkakasan komputer melalui sistem pengoperasian kerana sistem
pengoperasian bertindak sebagai pengantara di antara keduanya.
Oleh itu, sistem pengoperasian akan menukar permintaan dari program
aplikasi kepada arahan-arahan yang akan dilaksanakan oleh perkakasan.
Contohnya, apabila kita menekan butang print dalam perisian aplikasi
seperti Microsoft Word, arahan tersebut akan melalui sistem pengoperasian
dan sistem ini akan mengarahkan pencetak untuk mencetak dokumen
yang dikehendaki.

Setiap perkakasan yang berlainan memerlukan arahan yang berlainan


untuk melaksanakan fungsi-fungsi mereka . Oleh itu, sistem
pengoperasian perlu memastikan bahawa setiap perkakasan memahami
tugas yang perlu dilakukan.

Selain itu, sistem ini juga perlu mengurus tahap penggunaan ingatan
(memory)supaya komputer mempunyai jumlah ingatan yang mencukupi
untuk menjalankan fungsinya. Sistem ini juga mengurus dan menjejaki
fail-fail yang distor dalan alat penstoran sekunder untuk memastikan
bahawa fail tersebut dapat dikeluarkan apabila ia diperlukan.

49
b.Pengurusan kerja.
Kadangkala sebuah sistem komputer perlu menjalankan beberapa
perisian aplikasi (multitasking) pada masa yang sama untuk memenuhi
pelbagai keperluan pemprosesan maklumat sesebuah organisasi. Sistem
pengoperasian membolehkan semua ini dilakukan dengan bantuan
unit pemprosesan pusat di dalam komputer kerangka utama yang boleh
memproses dengan sangat pantas. Selain daripada itu, sistem
pengoperasian juga membolehkan satu sistem komputer digunakan oleh
beberapa pengguna dalam masa yang sama (time- sharing). Contohnya,
sebuah komputer kerangka utama digunakan untuk memproses data
yang dimasukkan melalui terminal yang berlainan. Seandainya
anda menggunakan komputer yang besar, seperti sebuah supercomputer,
multiprocessing juga boleh berlaku. Ini adalah kerana komputer yang
sebegini mempunyai lebih daripada satu unit pemprosesan pusat.

c.Ketidakbergantungan perkakasan.
Setiap program aplikasi berkomunikasi dengan perkakasan komputer
melalui sistem pengoperasian kerana sistem pengoperasian bertindak
sebagai pengantara di antara keduanya. Oleh itu, tidak ada
kebergantungan yang keterlaluan di antara keduanya. Ini bermaksud
kita boleh menukar perkakasan yang digunakan dengan mudah tanpa
perlu mengubah atau menulis semula perisian aplikasi bagi
menjadikannya serasi dengan perkakasan yang baru.

d.Menyimpan rekod penggunaan.


Sistem pengoperasian juga boleh mengawasi dan merekod aktiviti
penggunaan yang berlaku dalam sistem komputer.Contohnya, siapa
yang guna dan berapa lama dia menggunakan sumber-sumber
tersebut.
Maklumat sebegini selalunya disimpan sekiranya organisasi mengenakan
bayaran tertentu ke atas jabatan- jabatannya di atas
penggunaan sumber-sumber pengkomputeran.

Secara amnya, semua jenis komputer memerlukan sistem pengoperasian.


Walaupun begitu, komputer yang berlainan memerlukan kemampuan
sistem pengoperasian yang mempunyai kemampuan yang berlainan.
Sebuah kerangka utama memerlukan sistem pengoperasian yang lebih
kompleks daripada sebuah komputer mikro. Yang pentingnya, sistem
pengoperasian sememangnya diperlukan untuk setiap jenis dan saiz
komputer.

50
Program Utiliti

Sekiranya anda sudah biasa menggunakan komputer, anda tentunya


pernah menyalin fail, memadam fail, memformat cakera keras atau
menggabungkan dua atau lebih fail ke dalam satu fail. Untuk
pengetahuan anda, program utilitilah yang membolehkan anda
melakukan semua ini. Selain daripada operasi yang telah dinyatakan
sebentar tadi, terdapat pelbagai jenis operasi yang boleh dilakukan oleh
program utiliti. Ada program utiliti yang boleh mendapatkan semula fail-
fail yang hilang atau rosak, mengawasi prestasi sistem, dan ada juga
yang boleh mengawal pengaliran data di antara pengguna dan
komputer. Perisian antivirus yang digunakan untuk menjaga keselamatan
sistem juga merupakan sejenis program utiliti.
Penterjemah Bahasa

Perbincangan di bab yang lepas telah menyatakan bahawa bahasa-bahasa


pengaturcaraan yang bukan bahasa mesin perlu ditukarkan kepada
bahasa mesin terlebih dahulu sebelum ia dapat difahami oleh sistem
komputer. Umumnya, bahasa yang digunakan untuk menulis sebuah
program dikenali sebagai aturcara sumber (source program), dan versi bahasa
mesin pula dikenali sebagai aturcara objek (object program). Untuk
menukarkan aturcara sumber kepada aturcara objek pula, kita memerlukan
satu perisian sistem yang dipanggil penterjemah bahasa seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 5 .2.

Dua jenis contoh penterjemah bahasa iaitu compilers dan interpreters.


Perbezaan di antara keduanya adalah compilers akan menterjemahkan satu
set program dari bentuk aturcara sumber kepada bentuk aturcara objek,
dan kemudiannya melaksanakan program tersebut. Manakala Interpreters
pula menterjemahkan satu arahan dari bentuk aturcara sumber kepada
bentuk aturcara objek dan melaksanakannya sebelum ia pergi kepada
arahan yang berikutnya. Contoh bahasa pengaturcaraan
yang menggunakan compilers ialah COBOL dan PL/I. BASIC dan C pula
menggunakan interpreters.

Rajah 5.2
Proses Penterjemahan Sebelum Data Diproses

Aturcara Sumber

Penterjemah

Input Aturcara Objek Output

51
PERISIAN APLIKASI

Perisian aplikasi merupakan program-program yang ditulis untuk


pengguna untuk memenuhi keperluan mereka untuk pemprosesan
maklumat yang spesifik. Dengannya, seorang pekerja boleh menggunakan
kemampuan yang ada pada sistem komputer untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang tertentu.
Antara contoh-contoh perisian aplikasi adalah perisian untuk
menyediakan senarai gaji, menentukan inventori, menyediakan invois
untuk pelanggan dan merekod transaksi organisasi. Seperti juga perisian
sistem, terdapat perisian aplikasi yang dibentuk sendiri oleh para
penggunanya dan ada juga yang boleh dibeli di kedai.

Perisian yang diaturcara sendiri biasanya mempunyai beberapa kelebihan.


Pertamanya, perisian sebegini biasanya dapat memenuhi keperluan
pengguna secara spesifik. Kedua, ia adalah lebih fleksibel terutama
sekali dalam melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan pada
perisian tersebut. Akhir sekali, perisian yang diaturcara sendiri boleh
dibentuk untuk menyelesaikan masalah tertentu dalam organisasi.
Pakej-pakej perisian yang dijual di kedai atau yang boleh disewa juga
mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya adalah ia lebih murah,
tidak banyak risiko yang terlibat,berkualiti tinggi, boleh digunakan
dengan serta-merta dan tidak memerlukan tenaga kerja sistem maklumat
yang ramai.

Secara amnya, terdapat banyak jenis perisian aplikasi yang boleh


digunakan oleh orang perseorangan atau organisasi. Di antara jenis
perisian aplikasi yang banyak digunakan adalah perisian pemproses
perkataan, perisian lembaran kerja, perisian pengurusan pangkalan data,
perisian bersepadu, dan perisian perayauan web (web surfing).

Perisian Pemproses Perkataan

Perisian ini merupakan program yang memudahkan para penggunanya


untuk membentuk pelbagai jenis dokumen seperti surat, memo dan
laporan. Pemproses perkataan seperti Microsoft Word dan WordPerfect
menawarkan pelbagai kemudahan seperti keupayaan untuk menyunting
dan mencetak dokumen-dokumen. Ini termasuklah kemudahan untuk
bergerak kepada mana-mana bahagian di dalam dokumen anda
dan menambah atau membuang atau mengubah apa-apa perkataan,
ayat atau perenggan. Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil
apa-apa bahagian teks dari dokumen lain dan memasukkannya ke dalam
dokumen anda tanpa perlu menaipnya semula. Anda juga boleh
menyemak ejaan dan nahu ayat anda.

52
Rajah 5.2
Contoh Pemproses Perkataan Microsoft Word

Perisian Lembaran Kerja Elektronik

Program aplikasi ini yang digunakan untuk menganalisis, merancang


dan membuat permodelan boleh menggantikan penggunaan kertas, pensil
dan mesin kira. Lembaran kerja mengandungi lajur dan baris dan paparan
skrinnya adalah seperti di rajah 5.3. Anda hanya perlu memasukkan data
dan formula-formula yang tertentu ke dalamnya, dan komputer akan
melakukan pengiraan yang diperlukan. Hasil daripada pengiraan tersebut
juga akan dipaparkan di atas skrin dan anda boleh mencetaknya untuk
tujuan membuat laporan dan sebagainya. Di antara contoh
lembaran kerja elektronik ini adalah Lotus 1-2-3, Quattro Pro dan Microsoft
Excel.

53
Rajah 5.3
Contoh Lembaran Kerja Elektronik Excel

Perisian Pengurusan Pangkalan Data

Kita akan mempelajari tentang pangkalan data dengan lebih mendalam


dalam b a b y a n g a k a n d a t a n g . Walau bagaimanapun, program ini
selalunya digunakan oleh organisasi untuk membantu dalam proses
mereka bentuk pangkalan data yang mengandungi fail-fail dan rekod-
rekod di dalam sistem komputer mereka. Pangkalan data membolehkan
data disimpan dan dicapai semula dengan cepat. Di antara jenis-jenis yang
terkenal adalah dBASE, Paradox dan Microsoft Access.

Perisian Bersepadu

Biasanya, pakej ini akan menggabungkan beberapa program penggunaan


am untuk memudahkan program-program tersebut berinteraksi di antara
satu sama lain dan bekerja dengan fail-fail dan data yang sama. Namun
begitu, pakej-pakej bersepadu ini selalunya memerlukan jumlah ingatan
yang banyak. Contoh-contoh pakej bersepadu adalah Microsoft Office,
Symphony dan Framework IV.

Perisian Perayauan Web

Ini merupakan perisian yang digunakan untuk mencapai kepada


World Wide Web dan internet. Di antara perayauan web yang terkenal
ialah Microsoft Internet Explorer dan Google Chrome.

54
Rajah 5.4
Contoh Perayauan Web Microsoft Internet Explorer

Pada hari ini, memang terdapat pelbagai perisian aplikasi yang boleh dibeli
di pasaran. Syarikat-syarikat pengeluar perisian selalunya bersaing untuk
mengeluarkan pakej perisian dengan mencipta produk-produk baru yang
lebih mesra pengguna atau user-friendly.

PERISIAN MESRA PENGGUNA

Apakah yang dimaksudkan dengan mesra pengguna, dan apakah ciri-ciri


yang ada pada sesebuah perisian yang menjadikannya mesra pengguna?
Sebuah pakej perisian yang mesra pengguna mestilah mempunyai ciri-
ciri berikut:

a.Manual atau dokumentasi yang disertakan mestilah jelas dan mudah


difahami.

b.Menu dan pengesa (prompts) yang dipaparkan pada skrin


perlulah jelas.

c.Perlu ada bantuan on-line untuk menerangkan tentang arahan dan


membantu dalam penyelesaian aduan.

d.Perlu ada tutorial yang mengajar para pengguna cara untuk


menggunakan perisian tersebut.

e.Perlu ada kemudahan kemudahan teknologi terkini untuk


mempermudahkan penggunaan perisian.

55
Oleh itu, untuk mencapai kemesraan pengguna ini, para pengaturcara
perisian telah mencipta pelbagai teknik dan peralatan seperti guided
dialogue, context sensitive help dan graphical user interface. Perisian yang mesra
pengguna bermakna perisian tersebut adalah sangat mudah untuk
dipelajari dan mudah untuk digunakan.

Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan


perisian yang mesra pengguna?

Benar, ia bukan sahaja akan menggalakkan penggunaan perisian tersebut,


malahan ia akan mengurangkan rasa takut orang ramai terhadap
penggunaan komputer.

Guided dialogue dan context sensitive help banyak digunakan dalam komputer
kerangka utama dan komputer peribadi. Dengan guided dialogue,
seseorang pengguna tidak perlu mengingati cara untuk memasukkan
data dan arahan. Ia akan menentukan apakah maklumat yang pengguna
perlu masukkan, di mana ia perlu dimasukkan dan bila ia perlu
dimasukkan. Perkara ini dapat dicapai dengan dua cara iaitu melalui
penggunaan menu atau teknik mengisi borang, seperti yang ditunjukkan
dalam r ajah 5 .5. Context sensitive help pula membolehkan para
pengguna meminta program tersebut memaparkan cara-cara untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan
program tersebut. Paparan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.6 adalah
dinamakan help screen atau help message.

56
Rajah 5.5
Contoh Guided Dialogue

Rajah 5.6
Contoh Help Screen

Graphical user interface (GUI) m e r u p a k a n p e r k a r a y a n g


sangat
popular penggunaannya dalam komputer . Ia melibatkan banyak
penggunaan ikon atau imej-imej grafik untuk mewakili fail-fail data atau
pilihan-pilihan pemprosesan. Para pengguna hanya perlu menggerakkan
kursor di atas skrin dengan menggunakan tetikus dan memilih ikon
57
yang dikehendaki. Apabila ikon tersebut telah dipilih dengan menekan
butang yang terdapat pada tetikus , fail data atau pemprosesan yang dipilih
akan diaktifkan.

Rajah 5.7
Contoh Graphical User Interface

Seandainya anda sudah biasa menggunakan komputer, anda mungkin


telah bertemu dengan kebanyakan ciri-ciri komputer yang dibincangkan
sebentar tadi. Kesemua ciri-ciri tersebut memang dapat memudahkan
kerja anda semasa anda menggunakan komputer.

KESIMPULAN

Sebuah komputer tidak bo l e h d i gunakan sekiranya ia tidak mempunyai


perisian. Namun begitu, untuk mengaturcara sesuatu program bukanlah
satu kerja yang mudah dan murah. Malah kosnya yang agak tinggi
telah menyebabkan perisian tulen menjadi mangsa cetak rompak. Para
pengeluar perisian telah melakukan pelbagai perkara u n t u k
mengelakkan gejala ini daripada berlaku. Namun, mereka masih belum
berjaya untuk mengatasi masalah ini. Sebagai pengguna, kita tidak
sepatutnya menggunakan perisian cetak rompak walaupun harganya
sangat murah.

58
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Dua jenis perisian utama ialah dan _____.

2.Bahasa generasi kedua dikenali sebagai .

3. bertujuan untuk mengurus dan mengawal aktiviti sesebuah


komputer.

4. membolehkan penggunaan komputer menyalin fail, memadam


fail dan menggabungkan dua fail menjadi satu.

5.Kenapa bahasa generasi pertama juga dikenali sebagai bahasa


mesin?

6.Apakah perbezaan di antara compilers dan interpreters?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

59
BAB 6

TELEKOMUNIKASI
DAN JARINGAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menerangkan maksud telekomunikasi.
2. Mengenal pasti komponen-komponen sistem telekomunikasi
dan kegunaan mereka.
3. Menyenaraikan protokol komunikasi.
4. Membincangkan jenis-jenis jaringan komunikasi.
5. Menerangkan dengan ringkas tentang internet, www, intranet
dan extranet.

PENGENALAN

Aktiviti komunikasi memang memainkan peranan yang penting dalam


proses pengurusan sesebuah organisasi. Seorang pengurus mungkin perlu
mendapatkan maklumat dan informasi daripada pekerja dalam
organisasinya sebelum beliau boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
Komunikasi merupakan satu keadaan di mana isyarat-isyarat tertentu
dihantar melalui satu saluran daripada penghantar kepada penerima.
Walau bagaimanapun, untuk berkomunikasi, kedua-dua penghantar dan
penerima perlu memahami isyarat yang dihantar, dan kedua-duanya juga
perlu sepakat apabila menterjemahkan maksud isyarat tersebut.
Telekomunikasi pula didefinisikan sebagai penghantaran maklumat
dalam pelbagai bentuk seperti suara, data, teks dan imej, dari satu
tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan media elektronik atau
media pemancar cahaya. Di antara contoh-contoh alat telekomunikasi
ialah radio, telefon pintar, komputer dan juga televisyen (Stair &
Reynolds, 2014) . Namun untuk kursus ini, kita akan menumpu perhatian
kepada telekomunikasi berasaskan komputer sahaja.

Telekomunikasi boleh berlaku sekiranya terdapat jaringan yang


menyambungkan kombinasi peranti atau nod (seperti komputer, pencetak
dan peranti komunikasi). Apabila peranti seperti komputer sudah
disambungkan dalam satu rangkaian, maka ia boleh digunakan untuk
menerima dan menghantar maklumat dan mesej (Oz, 2009) . Jaringan yang
paling terbesar di dunia ini ialah internet.

60
Komunikasi data bermaksud menghantar dan menerima data melalui
talian-talian komunikasi di antara beberapa peranti perkakasan sistem
komputer. Komunikasi data juga dikenali sebagai datakom,
teleprosesan, dan juga telekom. Walaupun definisi perkataan
telekomunikasi dan komunikasi data adalah agak berbeza, namun
keduanya sering digunakan secara bertukar- ganti kerana pada zaman
teknologi yang serba moden ini, semua bentuk telekomunikasi akan
melibatkan penggunaan komputer. Oleh itu, dalam bab ini, kita juga akan
menggunakan kedua-dua istilah ini secara bertukar- ganti.

MODEL JARINGAN TELEKOMUNIKASI

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang telekomunikasi dan


jaringan, adalah wajar sekiranya kita merujuk kepada model jaringan
telekomunikasi (rajah 6.1). Model tersebut menunjukkan bahawa terdapat
lima komponen asas dalam sesuatu rangkaian telekomunikasi (O’Brien &
Marakas, 2011). Bahagian ini akan memperkenalkan lima komponen
tersebut. Komponen-komponen tersebut adalah:

a.Terminal
Ia merujuk kepada mana-mana peranti input / output yang menggunakan
jaringan telekomunikasi untuk menghantar atau menerima data.
Contohnya ialah seperti komputer peribadi kita dan telefon pintar.

b.Perisian Telekomunikasi
Ia terdiri daripada program-program yang mengawal aktiviti-aktiviti
telekomunikasi dan mengurus fungsi-fungsi rangkaian telekomunikasi.
Perkara yang mempunyai kait rapat dengan perisian ialah protokol
telekomunikasi. Ia merupakan peraturan atau piawaian yang
membolehkan komputer berkomunikasi di antara satu sama lain.
Program-program pengurusan jaringan seperti sistem operasi rangkaian
(network operating systems) secara kebiasaannya terdapat dalam
komputer kerangka utama. Komputer ini boleh digunakan untuk
bertindak sebagai pelayan jaringan (network server).

c.Alat Pemprosesan Telekomunikasi (Telecommunication Processors)


Ia merujuk kepada peranti yang menyokong transmisi dan penerimaan
data di antara terminal dan komputer. Peranti–peranti seperti modem,
switch dan router menjalankan tugas kawalan dan sokongan di dalam
rangkaian telekomunikasi.

d.Saluran Telekomunikasi
Ia merujuk kepada media di mana data dihantar dan diterima. Saluran
telekomunikasi secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
saluran yang menggunakan wayar (wired) dan tanpa penggunaan wayar
(wireless). Contoh jenis-jenis wayar yang boleh digunakan untuk
menyalurkan maklumat ialah dawai pintal kabel coaxial dan gentian optik.
Contoh saluran tanpa wayar ialah gelombang mikro, radio dan sebagainya.
61
Pada masa ini, secara kebiasaannya, sesuatu organisasi akan menggunakan
pelbagai kombinasi saluran telekomunikasi untuk menyalurkan
maklumatnya. Contohnya di UUM, anda boleh mengakses Internet
melalui media wireless dan wired.

e.Komputer
Terdapat pelbagai jenis dan saiz komputer yang boleh dihubungkan
melalui rangkaian telekomunikasi. Tujuan mereka dihubungkan ialah
untuk menjalankan tugas memproses maklumat. Jangan keliru komputer
di sini dengan komputer terminal yang digunakan untuk menghantar dan
menerima maklumat. Contoh komputer di bahagian ini ialah komputer
kerangka utama (mainframe) yang menjadi komputer perumah (host
computer) untuk rangkaian yang besar. Ia mungkin dibantu oleh komputer
pertengahan (midrange) yang bertindak sebagai pemproses hujung depan
(front end processor). Sementara itu, sebuah komputer mikro mungkin
akan bertindak sebagai pelayan rangkaian(network server) di dalam satu
rangkaian yang kecil (small network).

Rajah 6.1
Model Rangkaian Telekomunikasi

Untuk bahagian yang seterusnya, kita akan membincang tentang kelima-


lima komponen ini dengan lebih mendalam.

TERMINAL
Seperti yang dikatakan di atas, terminal merujuk kepada peranti yang
digunakan untuk menerima dan menghantar maklumat. Contoh yang
paling ketara sekali ialah komputer peribadi yang telah disambungkan
dalam jaringan. Selain daripada itu, perkakas maklumat (information
appliances)seperti pembantu digital peribadi (personal digital assistant) dan
telefon pintar juga boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat.

62
PERISIAN TELEKOMUNIKASI

Selain daripada terminal, satu lagi komponen telekomunikasi


yang tidak kurang pentingnya adalah perisian komunikasi.
Perisian komunikasi menyediakan beberapa fungsi yang penting dalam
sebuah jaringan. Ini termasuklah aktiviti seperti menyemak kesilapan,
memformat mesej, membuat log komunikasi, menjaga keselamatan data
dan melakukan aktiviti penterjemahan untuk sesebuah jaringan. Perisian
komunikasi juga boleh menghubungkan komputer peribadi kepada
kerangka utama. Di dalam sebuah organisasi, hubungan (link) dengan
kerangka utama korporat akan memudahkan para pekerja untuk
mendapatkan maklumat yang mereka perlukan untuk menjalankan tugas-
tugas mereka dengan lebih berkesan. Terdapat beberapa jenis program
dan komponen tertentu yang diperlukan untuk menghubungkan
platform komputer mikro kepada platform komputer kerangka utama.
Di antaranya ialah sistem pengoperasian jaringan, perisian pengurusan
jaringan, dan protokol komunikasi.

Sistem Pengoperasian Jaringan

Sistem pengoperasian jaringan atau network operating system (NOS)


merupakan sejenis perisian sistem yang mengawal sistem komputer dan
peranti lain yang terdapat dalam sesebuah jaringan. Ia juga membolehkan
setiap daripadanya berkomunikasi di antara satu sama lain. Secara amnya,
dari aspek pengurusan kerja dan memori , NOS berfungsi seperti OS yang
biasa . Biasanya, apabila anda melanggan kepada syarikat perkhidmatan
jaringan seperti Telekom, syarikat tersebut akan menyediakan NOS untuk
anda. Di antara jenis-jenis NOS yang popular sekarang ini adalah
NetWare dan Windows NT.

Perisian Pengurusan Jaringan

Perisian ini mempunyai banyak kegunaan. Dengan perisian ini, seseorang


pengurus boleh mengawasi penggunaan komputer dan lain-lain
perkakasan yang digunakan oleh para pekerjanya. Kerja-kerja
mengemas kini fail-fail dan program-program yang ada di dalam jaringan
dapat dibuat dengan perisian ini.Pengguna hanya perlu membuat
perubahan kepada pelayan (server) dan tidak perlu membuat perubahan
pada setiap komputer. Perisian pengurusan jaringan juga mencegah
perisian-perisian daripada disalin, diubah atau dipindah secara haram.
Penggunaannya akan memberikan banyak kelebihan. Di antaranya ialah
penjimatan masa untuk menjalankan kerja-kerja rutin seperti
memasukkan perisian baru. Selain itu, ia juga membolehkan pihak
pengurusan untuk bertindak balas terhadap masalah dengan lebih
cepat dan boleh mengawal keseluruhan jaringan dengan lebih baik.

63
Protokol Komunikasi

Protokol komunikasi ialah piawaian atau peraturan yang digunakan untuk


membolehkan aktiviti komunikasi berlaku di antara pelbagai jenis
komputer yang dikeluarkan oleh pengeluar komputer yang berlainan.
Kebanyakan protokol mempunyai beberapa lapisan piawaian dan
prosedur. Salah satu model yang boleh digunakan sebagai piawaian
untuk pembentukan protokol ialah Open Systems Interconnection (OSI).
Model ini telah disahkan oleh International Standards Committee. OSI
menggunakan beberapa lapisan untuk menerangkan pelbagai aspek
piawaian komunikasi.

Rajah 6.2 menunjukkan model OSI yang membahagikan proses


komunikasi kepada tujuh lapisan. Piawaian boleh diwujudkan bagi
setiap satunya. Protokol-protokol komunikasi yang sering digunakan
ialah ISDN, TCP/IP dan SNA . ISDN (Integrated Services Digital
Network) merupakan satu set piawaian bagi menggabungkan penghantaran
data komputer, suara dan video dalam satu saluran telefon yang
sama. TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) pula
merupakan protokol jaringan yang digunakan apabila seseorang
menggunakan Internet. SNA ataupun Systems Network Architecture
adalah protokol yang digunakan oleh sistem IBM.

Walaupun perisian-perisian dan protokol adalah


penting untuk memastikan komponen-komponen di
dalam sesebuah jaringan boleh dihubungkan,
bagaimana anda boleh menghubungkan dua atau
lebih jaringan? Anda perlu ingat bahawa dua jaringan
yang berlainan kadangkala menggunakan dua jenis
kabel yang berlainan atau beroperasi pada kelajuan
yang berlainan ataupun menggunakan protokol yang
berlainan.

Kalau anda tidak tahu jawapannya, jangan bimbang. Jawapan ada di


bahagian yang seterusnya.

64
Rajah 6.2
Tujuh Lapisan Model OSI

Lapisan Mengawal input pengguna daripada terminal dan


Aplikasi menjalankan program aplikasi pengguna di dalam
komputer perumah.

Struktur kawalan untuk komunikasi di antara


aplikasi termasuklah membentuk, mengurus, dan
Lapisan mengakhiri satu-satu sesi di antara aplikasi-
Persembahan
aplikasi yang bekerjasama.

Memformat data untuk dipersembahkan kepada


pengguna atau perumah. Contohnya, data yang
Lapisan Sesi akan dipaparkan pada skrin pengguna perlu
diformatkan bilangan barisan yang akan
ditunjukkan dalam satu skrin.

Membolehkan nod-nod pengguna dan perumah


Lapisan pengangkutan berkomunikasi di antara satu sama lain. Ia juga
menyelaraskan peranti-peranti yang laju dan
perlahan serta mengelakkan pembebanan yang
berlebihan pada satu-satu peranti.

Lapisan Jaringan Membolehkan frame mengalir melalui jaringan dari


satu lokasi/nod ke lokasi lain.

Memformatkan data kepada blok-blok yang


Lapisan Pautan Data dipanggil frame serta melaksanakan pengesanan
ralat supaya boleh dihantar melalui saluran
telekomunikasi.

Lapisan Fizikal Membuat penghantaran dengan memastikan cara


perhubungan fizikal dibentuk, diteruskan dan
diakhirkan.

65
ALAT PEMPROSESAN KOMUNIKASI

Jawapannya adalah modem, multiplexer, router, bridge, hub dan switch. Kesemua
alat ini membolehkan data bergerak dari satu jaringan ke jaringan yang
lain.Keenam-enam ini merupakan sebahagian daripada alat pemprosesan
komunikasi.

Modem

Modem merupakan perkakasan yang paling asas dalam komunikasi data.


Modem memang merupakan alat yang popular semasa talian atau wayar
telefon merupakan saluran utama yang digunakan oleh pengguna untuk
mencapai internet. Modem merupakan alat yang menukarkan isyarat-
isyarat yang berbentuk digital kepada isyarat-isyarat analog dan
sebaliknya. Kita akan membincang tentang modem dengan lebih lanjut lagi
pada bahagian akan datang.

Multiplexer

Alat ini ialah peranti yang membenarkan satu saluran telekomunikasi


melakukan penghantaran data untuk berbilang terminal secara serentak.
Oleh itu, seandainya terdapat beberapa terminal yang berkongsi satu
saluran, multiplexer perlu ditambah seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 6.3. Terdapat dua cara bagaimana sebuah multiplexer akan
melakukan tugasnya iaitu melalui pembahagian frekuensi dan
pembahagian masa. Melalui pembahagian frekuensi (frequency division), julat
frekuensi (bandwidth) yang besar akan dibahagikan kepada beberapa
bandwidth yang lebih kecil. Dengan itu, setiap terminal yang membuat
penghantaran data akan ditentukan frekuensi penghantaran yang berlainan.
Melalui pembahagian masa (time division) pula, setiap terminal yang
disambungkan kepada sesebuah saluran telekomunikasi itu akan diberikan
sejumlah masa yang sama untuk menerima atau menghantar sebahagian
daripada mesej mereka secara bersilih ganti sehingga kesemua mesej
tersebut selesai diterima atau dihantar.

66
Router dan Bridge
Router digunakan untuk menghubungkan dua jaringan yang menggunakan
protokol atau peraturan komunikasi yang berlainan. Router digunakan
untuk menyambung jaringan dalam rumah anda dengan jaringan syarikat
telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan internet.

Bridge pula digunakan untuk menghubungkan dua jaringan yang


menggunakan protokol atau peratur an komunikasi yang
sama.Contohnya, ia digunakan untuk menghubungkan dua
jaringan yang berbeza di dalam satu organisasi.

Hub dan Switch

Kedua-dua alat pemprosesan komunikasi ini digunakan untuk


menghubungkan komponen-komponen atau peranti-peranti yang terdapat
dalam satu jaringan. Apabila hub menerima sesuatu data, ia akan
menghantar data tersebut kepada semua peranti yang terdapat dalam
jaringan. Switch pula lebih pandai kerana ia boleh menapis dan menghantar
data kepada peranti yang sepatutnya menerima data tersebut sahaja
berdasarkan alamat yang terdapat dalam mesej tersebut. Oleh itu, switch
dapat mengurangkan aliran trafik dalam sesuatu jaringan.

KOMPUTER

Seperti yang telah dinyatakan di atas , di antara komputer-komputer di


bahagian ini ialah:

Perumah

Perumah ialah komputer kerangka utama yang menjalankan pemprosesan


data dalam sesebuah jaringan. Data yang datang dari pemproses hujung
depan akan dikendalikan sama seperti data yang datang terus dari
peranti-peranti input. Selepas diproses, data dalam bentuk mesej-mesej
akan dihantar kembali ke pemproses hujung depan untuk dihantar ke
terminal-terminal yang sepatutnya.

Dalam konteks sebuah jaringan, biasanya hubungan komputer kerangka


utama dengan terminal bolehlah diklassifikasikan sebagai hubungan
pelanggan dan pelayan (client/server relationship). Ini adalah kerana
komputer kerangka utama melayan terminal dengan membolehkan
terminal untuk memproses data yang banyak dan menyimpan data yang
banyak di dalam komputer kerangka utama. Selain itu, server juga boleh
digunakan untuk mengurus trafik jaringan. Contohnya, sebuah jaringan
mengandungi dua buah komputer peribadi dan satu mesin pencetak.
Masalah akan timbul apabila pada masa yang sama, kedua-dua komputer
memberi arahan kepada pencetak untuk mencetak dokumen. Masalah ini
67
dapat diselesaikan oleh server. Ia akan menentukan arahan mana yang akan
diproses dahulu.

Pemproses Hujung Depan

Pemproses hujung depan (front-end processor) merupakan sebuah komputer


yang mengendalikan trafik komunikasi data yang keluar masuk ke
perumah. Sebarang jenis dan saiz komputer boleh dijadikan pemproses
hujung depan dan perumah. Namun begitu, selalunya sebuah kerangka
utama digunakan sebagai perumah, manakala sebuah komputer mini pula
digunakan sebagai pemproses hujung depan. Dalam rajah 6.3, terdapat
beberapa saluran yang dihubungkan kepada pemproses hujung depan dan
ia berfungsi sebagai unit input kepada perumah. Ia akan menggabungkan
bahagian-bahagian mesej yang masuk untuk memudahkan perumah
menggunakannya. Sebagai unit output pula, ia menerima mesej dari
perumah untuk dihantar kepada terminal-terminal.

T erdapat pelbagai jenis peralatan yang dapat digunakan untuk


melancarkan komunikasi data. Semua perkakasan ini boleh digunakan
secara serentak. Namun begitu, sekiranya anda menggunakan sebuah
komputer peribadi untuk tujuan telekomunikasi, maka anda hanya
memerlukan sebuah modem sahaja untuk menyambungkan komputer
anda kepada saluran komunikasi iaitu talian telefon. Kesemua perkakasan
yang dinyatakan di atas hanyalah diperlukan oleh sebuah organisasi
besar yang menggunakan kerangka utama untuk memproses semua
bentuk data dan maklumat daripada terminal yang banyak.

Rajah 6.3
Komponen-komponen Sistem Telekomunikasi

Front-end
processor
Komputer
Komputer Mini
perumah

Multiplexer
Terminal

Multiplexer

68
Setelah anda menyediakan kesemua perkakasan yang dinyatakan di atas,
terdapat satu lagi komponen telekomunikasi yang tidak kurang
pentingnya. Tanpa komponen ini, semua perkakasan di atas tidak dapat
berfungsi. Hal ini kerana komponen inilah yang membawa data dari satu
tempat ke tempat yang lain. Komponen yang dimaksudkan adalah
saluran komunikasi.

SALURAN TELEKOMUNIKASI

Dalam bahagian ini, kita akan membincang tentang ciri-ciri saluran


telekomunikasi dan media telekomunikasi.

Ciri-Ciri Saluran Telekomunikasi

Ciri-ciri saluran telekomunikasi boleh membantu kita untuk menentukan


kemampuan dan kecekapan sesebuah sistem telekomunikasi. Di antara
ciri-ciri yang akan dibincangkan termasuklah mod penghantaran, arah
pergerakan isyarat dan kelajuan penghantaran.

Adakah anda masih ingat apakah ASCII dan EBCIDIC?

ASCII dan EBCIDIC ialah dua jenis kod yang digunakan untuk mewakili
data. Kedua-dua jenis kod ini memang popular digunakan dalam
penghantaran data sehinggakan kebanyakan jaringan komunikasi
menyediakan peranti-peranti yang boleh memahami kedua-dua jenis kod
ini. Semua komputer yang berkomunikasi akan menggunakan isyarat
digital iaitu isyarat yang terbentuk daripada denyutan
elektromagnetik. Isyarat ini membentuk digit-digit perduaan dan ia
merupakan satu-satunya bahasa yang difahami oleh semua jenis
komputer. Anda tentu masih ingat tentang bit dan bait. Lanjutan
daripada itu, kita akan membincang tentang mod penghantaran pula.

a.Mod Penghantaran.
Perbincangan tentang mod-mod penghantaran akan dimulakan dengan
perbezaan di antara penghantaran digital dan penghantaran analog,
serta penghantaran segerak dan tidak segerak. Sebagaimana yang
telah dinyatakan sebentar tadi, komputer berkomunikasi dengan
menggunakan isyarat digital yang dinamakan penghantaran digital.
Manusia pula menggunakan suara untuk berkomunikasi. Suara yang
bergerak dalam talian telefon menggunakan isyarat analog. Ini dinamakan

69
penghantaran analog. Oleh itu, untuk membolehkan komunikasi data
dilakukan melalui talian telefon , isyarat digital perlulah
ditukarkan menjadi isyarat analog terlebih dahulu. Maka, modem akan
menukarkan isyarat digital kepada isyarat analog dan sebaliknya.
Namun begitu, teknologi terkini telah membolehkan data dan suara
disalurkan dengan isyarat digital atau isyarat analog. Bukan itu sahaja,
kebanyakan talian telefon yang baru juga menggunakan isyarat digital.
Ini adalah kerana penghantaran digital mempunyai banyak kelebihan
seperti pengurangan kebisingan dan kesilapan semasa penghantaran.

Penghantaran segerak dan tidak segerak pula mempunyai beberapa


perbezaan. Penghantaran tidak segerak (asynchronous transmission)
membolehkan setiap aksara dihantar melalui saluran penghantaran secara
berasingan. Ini bermaksud setiap unit penghantaran panjangnya hanyalah
satu aksara. Selalunya, setiap penghantaran dimulakan dengan satu
bit permulaan dan diakhiri dengan satu atau lebih bit penutup untuk
memberitahu peranti penerimaan bahawa p enghantaran telah berakhir.
Bit penutup selalunya akan diikuti dengan satu bit pariti yang digunakan
oleh peranti penerimaan untuk mengesahkan bahawa penghantaran
tersebut telah diterima dengan betul. Penghantaran segerak (synchronous
transmission) pula membolehkan satu blok yang mengandungi
beberapa aksara dihantar secara serentak. Penghantaran ini juga
memerlukan beberapa bit permulaan, bit penutup dan bit pariti untuk
tujuan pengesahan penghantaran. Bentuk penghantaran sebegini boleh
mengurangkan kos operasi. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa
peralatan yang digunakan untuk penghantaran segerak adalah lebih
mahal. Oleh itu, sekiranya anda ingin melabur ke atas peralatan untuk
penghantaran segerak, anda perlu memastikan bahawa pelaburan anda
berpadanan dengan kos yang dapat dijimatkan.

b.Arah pergerakan.
Anda juga patut tahu tentang arah pergerakan data di dalam saluran
komunikasi. Terdapat sesetengah jaringan komunikasi yang menghantar
mesej secara satu hala sahaja. Contohnya, rangkaian radio komersil
yang anda sering dengar melalui stereo anda. Ini dinamakan
penghantaran simplex kerana anda hanya boleh mendengar dan tidak
boleh berbual secara terus dengan pengacara stesen radio. Selain
daripada itu, terdapat saluran komunikasi yang membenarkan mesej
dihantar secara dua hala, tetapi bukan pada masa yang sama. Contohnya
radio komunikasi yang digunakan di dalam kereta polis dan teksi.
Proses ini dinamakan penghantaran half-duplex. Saluran-saluran
telekomunikasi yang lain, seperti telefon, membenarkan penghantaran
mesej dua hala secara serentak. Ini pula dinamakan penghantaran full-
duplex.

70
c.Kelajuan Penghantaran.
Maklumat yang dihantar melalui sesebuah saluran telekomunikasi diukur
dalam bit per saat (BPS). Saluran telekomunikasi yang berlainan
mempunyai kapasiti komunikasi yang berlainan. Ia diukur dengan
perbezaan di antara frekuensi yang terendah dan tertinggi yang boleh
melalui saluran tersebut yang dipanggil bandwidth. Lebih besar julat
frekuensi tersebut, lebih besar bandwidth dan lebih besar kapasiti
penghantaran bagi saluran telekomunikasi tersebut. Media saluran
yang mempunyai kapasiti yang besar dan mampu menyalurkan beberapa
aliran data secara serentak dipanggil sebagai broadband, manakala media
yang mempunyai kapasiti yang terendah, contohnya dawai telefon,
dikatakan mempunyai kapasiti baseband. Pada hari ini, kita memang dapat
melihat perkataan broadband di merata tempat kerana aktiviti pengiklanan
yang begitu agresif yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi di negara
kita seperti Maxis, Celcom dan Digi.

Jenis-Jenis Saluran Komunikasi

Terdapat p e l bagai jenis media penghantaran telekomunikasi yang


boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat. Di
a n t a r a s a l u r a n - s a l u r a n t e r s e b u t i a l a h dawai pintal, kabel
coaxial, gentian optik, gelombang mikro, dan satelit. Setiap daripadanya
mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

a.Dawai Pintal.
Dawai pintal merupakan sejenis media yang sudah lama digunakan.
Ia terdiri daripada helaian-helaian dawai kuprum (tembaga) yang dipintal
secara berdua-dua. Ia banyak digunakan dalam sistem telefon untuk
komunikasi analog. Kos penggunaan dawai pintal adalah murah. Akan
tetapi, kadar kelajuan penghantarannya agak lambat dan yang lebih
buruk lagi ialah ia boleh menyebabkan gangguan yang dipanggil crosstalk
sekiranya digunakan untuk penghantaran berkelajuan tinggi.

b.Kabel Coaxial.
Kabel jenis ini terdiri daripada dawai tembaga yang disalut dengan
penebat yang tebal. Ia boleh menghantar lebih banyak data
berbanding dengan dawai pintal. Ia selalunya digunakan sebagai
pengganti dawai pintal untuk penghantaran data yang penting kerana ia
adalah lebih laju, dan lebih bebas gangguan. Walau bagaimanapun,
kabel ini sangat tebal dan sukar untuk dipasang di dalam bangunan.
Selain daripada itu, ia tidak boleh digunakan untuk sambungan telefon.

c.Gentian Optik.
Kabel gentian optik diperbuat daripada helaian-helaian gentian kaca
setebal sehelai rambut manusia. Helaian-helain itu diikat bersama untuk
menjadi kabel.

71
Untuk melalui kabel gentian optik ini, data perlulah ditukar
menjadi denyutan-denyutan cahaya dengan menggunakan sejenis
peranti laser. Selain daripada penghantaran yang sangat pantas, kabel
ini juga lebih ringan dan tahan lama jika dibandingkan dengan media
lain. Oleh itu, ia sesuai untuk penghantaran data dalam kapasiti yang
banyak. Walau bagaimanapun, media ini sukar untuk dikendalikan,
lebih mahal dan sukar dipasang. Hal ini membuatkannya lebih sesuai
untuk dijadikan sebagai sambungan utama atau tulang belakang
sesebuah jaringan dan ia tidak sesuai bagi menyambungkan peranti-
peranti kepada jaringan.

d.Kabel Elektrik Berkuasa Tinggi.


Kabel elektrik berkuasa tinggi ialah kabel-kabel yang sering kita lihat di
atas tiang-tiang logam gergasi yang terdapat di kawasan-kawasan tertentu.
Satu kelebihan kabel ini ialah ia boleh digunakan untuk menghubungkan
kawasan-kawasan terpencil negara kita. Namun begitu, penghantaran
maklumat melalui kabel ini mungkin akan menyebabkan gangguan
terhadap frekuensi radio polis.

e.Penghantaran Tanpa Dawai.


Penghantaran tanpa dawai bermaksud isyarat-isyarat dihantar melalui
udara tanpa menggunakan apa-apa media fizikal. Penghantaran
jenis ini menjadi semakin popular sebagai pengganti kepada media
dawai. Penghantaran tanpa dawai banyak digunakan untuk peralatan
seperti alat kelui, telefon pintar, tablet, satelit komunikasi, pembantu
peribadi digital, dan juga alat kawalan jauh televisyen dan radio. Untuk
tujuan ini, media gelombang mikro, gelombang radio dan gelombang
infrared digunakan.

Perkhidmatan penghantaran data melalui gelombang mikro disediakan


oleh beberapa syarikat telekomunikasi di negara kita. Biasanya, kaedah
ini m e n g g u n a k a n beberapa cakera atau parabola yang diletakkan
pada kawasan yang tinggi untuk menghantar maklumat. Penggunaan
satelit diperlukan untuk menghantar maklumat ke tempat-tempat yang
berjauhan di antara satu sama lain. Berbeza daripada gelombang
mikro, gelombang radio dan gelombang inframerah (infrared) hanya
sesuai untuk jarak yang pendek sahaja. Gelombang infrared hanya
yang sesuai untuk digunakan dalam sebuah bilik.

Terdapat pelbagai jenis media saluran telekomunikasi yang dapat


memenuhi pelbagai keperluan perniagaan (Oz, 2009). Rajah 6.4
memberikan sedikit perbandingan tentang kapasiti penghantaran,
keluasan kawasan liputan dan tahap gangguan elektromagnetik
saluran-saluran telekomunikasi yang telah dibincangkan.

72
Rajah 6.4
Ciri-Ciri Media Saluran Komunikasi
MEDIA KAPASITI KETERDEDAHAN KAWASAN LIPUTAN
PENGHANTARAN KEPADA
GANGGUAN
ELEKTROMAGNETIK

Dawai Pintal Rendah ke Tengah Tinggi Tinggi

Kabel Coaxial Tinggi Rendah Tinggi

Gelombang Mikro Tinggi Rendah Rendah

Gentian Optik Paling Tinggi Tiada Sederhana

Kabel elektrik Tinggi Tinggi Sangat tinggi

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat telekomunikasi seperti Telekom,


Maxis, Digi dan Celcom yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan
saluran telekomunikasi untuk memenuhi pelbagai keperluan peribadi dan
organisasi.

JARINGAN TELEKOMUNIKASI

Jaringan telekomunikasi membolehkan perkongsian perkakasan, perisian


dan juga pangkalan data di serata organisasi. Penghantaran dan
penerimaan data boleh dilakukan dengan mudah, dan ini akan
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Di dalam
bahagian seterusnya, kita akan membincang tentang strategi pemprosesan
data dan jenis-jenis jaringan.

Strategi Asas Pemprosesan Data

Apabila sebuah organisasi menggunakan lebih daripada satu komputer,


organisasi tersebut boleh memilih untuk mengikut satu daripada tiga jenis
strategi pemprosesan data iaitu terpusat, terpencar ataupun teragih.

Pemprosesan terpusat (centralized) bermaksud semua bentuk pemprosesan


berlaku pada satu lokasi. Terminal-terminal tempat data dimasukkan
hanyalah merupakan terminal dungu atau dumb terminal yang tidak
mempunyai keupayaan untuk memproses data. Pendekatan ini
menawarkan tahap kawalan yang tertinggi. Biasanya, data akan diproses di
ibu pejabat syarikat.

Dengan pemprosesan terpencar (decentralized), peranti-peranti pemprosesan


terdapat pada beberapa lokasi yang berlainan. Ini bermaksud setiap
komputer berada di lokasi yang berbeza dan tidak berkomunikasi di antara
73
satu sama lain. Pemprosesan jenis ini adalah sesuai untuk syarikat di mana
cawangan- cawangannya beroperasi secara bersendirian.

Strategi pemprosesan teragih (distributive) pula adalah satu keadaan di


mana komputer adalah terasing di antara satu sama lain tetapi dihubungkan
melalui peranti-peranti telekomunikasi. Contohnya, cawangan di Johor
Bahru, Alor Setar dan Raub serta ibu pejabat di Kuala Lumpur semuanya
mempunyai sistem komputer mereka sendiri yang dihubungkan di antara
satu sama lain. Ini bermakna semua lokasi boleh berkongsi data dan
program. Setiap lokasi boleh melakukan kerja-kerja memproses mengikut
keperluan mereka dan pada masa yang sama, sebuah lokasi juga boleh
melakukan pemprosesan bagi pihak yang lain. Contohnya, ibu pejabat
di Kuala Lumpur mungkin mempunyai sistem komputer yang mempunyai
kapasiti memproses yang lebih besar, maka ia akan memproses maklumat
gaji pekerja untuk semua lokasi.

JENIS-JENIS JARINGAN

Bergantung kepada jarak di antara nod-nod atau komputer-komputer di


dalam sesebuah jaringan, jaringan boleh diklasifikasikan kepada jaringan
kawasan tempatan, jaringan kawasan metropolitan dan jaringan kawasan
luas.

Jaringan Kawasan Tempatan

Jaringan kawasan tempatan atau local area network (LAN) merupakan


sebuah jaringan yang menghubungkan sistem komputer dan pelbagai
peranti yang terletak dalam satu kawasan yang sama, seperti di dalam
sebuah bangunan pejabat atau kilang. Contoh LAN ialah jaringan sistem
komputer di UUM.

Ia membolehkan pengguna-pengguna yang dihubungkan oleh LAN boleh


mengongsi perisian dan perkakasan dan pada masa yang sama tidak
perlu terlalu bergantung kepada sistem komputer pusat. Selain itu, ia
juga boleh digunakan di kilang-kilang untuk menghubungkan komputer-
komputer kepada mesin- mesin pengeluaran yang dikawal oleh komputer.

74
Jaringan Kawasan Metropolitan

Jaringan kawasan metropolitan atau metropolitan area


network (MAN) ialah satu jaringan yang digunakan un tuk
menghubungkan komputer dan peranti dalam satu kawasan
seluas sebuah bandar seperti Georgetown atau Kuala Lumpur.

Jaringan Kawasan Luas

Jaringan kawasan luas atau wide area network (WAN) pula digunakan untuk
menghubungkan sebuah organisasi dengan cawangan-cawangannya,
anak-anak syarikatnya atau agen-agen pengagihnya yang meliputi satu
kawasan geografi yang agak luas seperti sebuah negara dan juga luar
negara. Jaringan ini boleh dibentuk dengan menggunakan talian telefon
atau melalui penghantaran gelombang mikro dan satelit. Contoh WAN
ialah internet yang merupakan jaringan yang terbesar di dunia.

WAN boleh digunakan untuk memastikan bahawa proses komunikasi di


antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya dijalankan dengan lancar
dan lebih cepat. Apabila ibu pejabat boleh mendapatkan data
dan maklumat yang terkini daripada cawangannya atau sebaliknya,ia
membolehkan para pengurus menjalankan tugas-tugas mereka dengan
lebih baik.

Apabila sebuah organisasi beroperasi secara global, ia perlu menggunakan


jaringan antarabangsa. Oleh itu, pihak pengurusan harus
memastikan bahawa aktiviti mereka mematuhi pelbagai undang-
undang negara dan antarabangsa yang mengawasi pengaliran data
merentasi sempadan antarabangsa. Undang-undang yang berbeza di
berlainan negara akan menyukarkan pengendalian dan penyelenggaraan
jaringan antarabangsa.

Setelah anda faham tentang jaringan telekomunikasi dan kegunaannya,


kini, tibalah masanya untuk membincang tentang internet, world wide web,
intranet dan extranet.

INTERNET

Internet merupakan satu koleksi jaringan komunikasi yang terdiri


daripada beribu-ribu pelayan (servers) yang saling berhubungan di antara
satu sama lain. Di dalam internet, terdapat sebuah talian komunikasi
utama yang dikenali sebagai tulang belakang jaringan, dan komputer-
komputer yang dihubungkan secara terus kepadanya dinamakan
pelayan internet. Pelayan-pelayan internet mengandungi pelbagai jenis
maklumat yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang menggunakan
internet. Pelayan ini akan memberi servis kepada komputer kita yang juga
dikenali sebagai pelanggan (client). Contohnya, apabila kita ingin mencapai
75
sebuah laman web, web browser komputer kita akan membuat permohonan
kepada pelayan yang menyimpan laman web tersebut untuk memaparkan
laman web tersebut di skrin komputer kita.

Setiap komputer yang bertindak sebagai pelayan internet akan


diidentifikasikan dengan label numerika yang dipanggil Internet Protocol
(IP). Nombor IP dibahagikan kepada empat bahagian. Contohnya,
123.456.78.9012. Pelayan-pelayan ini juga boleh diberi nama-nama tertentu
supaya lebih mudah untuk diingat. Penamaan ini menggunakan sistem
domain yang membahagikan pelayan-pelayan kepada beberapa kumpulan
tertentu. Nama- nama pelayan yang diberikan selalunya terdiri daripada
beberapa kod yang diasingkan dengan noktah. Contohnya nama
pelayan di UUM adalah uum.edu.my. Kod yang terakhir sekali adalah
nama negara. Bagi pelayan-pelayan yang terletak di luar Amerika Syarikat,
terdapat kod-kod berbeza untuk negara negara yang berlainan, seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 6.10. Kod yang kedua terakhir pula ialah
kod yang menunjukkan jenis organisasi. Secara keseluruhannya, kod-kod
ini menyatakan pihak yang bertanggungjawab terhadap komputer-
komputer pelayan.

Rajah 6.10
Sistem Penamaan Domain

Kod Jenis
Kod Negara
.my Malaysia
.jp Japan
.uk United Kingdom
Kod Organisasi
.edu Institusi pengajian
.gov Agensi kerajaan
.com Organisasi komersial
.org Organisasi bukan berasaskan
keuntungan
.net Pemberi perkhidmatan internet

Internet menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada penggunanya.


Namun, tiga jenis perkhidmatan yang sangat popular ialah mel elektronik
newsgroup dan media sosial.

76
Mel Elektronik

Mel elektronik atau lebih dikenali dengan nama emel merupakan satu
cara yang popular untuk menghantar mesej-mesej elektronik di antara
individu atau pekerja organisasi. Pada hari ini, emel bukan sahaja
boleh digunakan untuk menghantar mesej berbentuk teks sahaja. Mesej
yang dihantar juga boleh diselitkan dengan imej dan audio.

Newsgroup

Newsgroup merupakan satu kumpulan perbincangan atas talian yang


membincangkan topik-topik tertentu. Kumpulan-kumpulan yang dibentuk
boleh menumpu perhatian kepada topik-topik tertentu seperti sukan,
kereta, pertanian dan s e b a g a i n y a . Kumpulan yang m e m bincang
tentang sukan pula boleh dipecahkan kepada mereka yang membincang
tentang sukan secara umum dan mereka yang membincangkan sukan-
sukan tertentu seperti badminton, bola sepak dan sebagainya.

Media Sosial.

Menurut Kroenke (2013), media sosial merupakan saluran yang berasaskan


internet yang membenarkan orang ramai untuk membentuk hubungan,
mengongsi atau menukar maklumat, idea-idea, dan gambar di antara ahli-
ahli dalam sesuatu komuniti maya atau jaringan. Di antara contoh-contoh
media sosial ialah Facebook, Twitter dan sebagainya. Pada hari ini, kita
dapat melihat bahawa terdapat banyak perniagaan yang menggunakan
media sosial untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan,
memasarkan dan mempromosikan produk mereka.

Walaupun emel , newsgroup dan media sosial merupakan perkhidmatan


internet yang paling digemari, internet juga menyediakan perkhidmatan
pencarian maklumat dan muat turun (downloading) fail-fail. Perkhidmatan
ini amat berguna kerana internet mengandungi banyak maklumat yang
penting. Selain daripada itu, dengan menggunakan Skype, anda boleh
membuat sidang video dengan kawan atau rakan sekerja anda.

WORLD WIDE WEB

World wide web atau lebih dikenali sebagai www, pada mulanya, hanya
merupakan satu sistem pengurusan dokumen dalaman yang telah
dibentuk oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1991. Www dan internet
merupakan dua perkara yang berbeza walaupun, secara biasanya, kita
menggunakan kedua-dua perkataan tersebut sebagai perkataan yang
sama.Internet merupakan infrastruktur yakni jaringan komputer di mana
wujudnya www. Www bolehlah dilihat sebagai satu kemudahan yang ada

77
dalam internet. The web terdiri daripada gabungan perisian pelayan dan
pelanggan, bahasa pemprograman hypertext markup language (HTML),
hypertext transfer protocol (HTTP) dan standard untuk menyalurkan
maklumat dan perkhidmatan melalui internet.

Www menggunakan hypertext transfer protocol bagi menentukan cara


sesuatu data dikod, disimpan, dipindah dan dilihat di dalam internet.
Oleh itu, semua fail yang hendak dipaparkan pada Web perlu dikodkan
dengan menggunakan bahasa pemprograman hypertext markup
language . Perkembangan baru dalam teknologi w eb adalah bahasa
pemprograman Java yang bukan sahaja memiliki ciri-ciri HTML, bahkan
ia mampu mengendalikan animasi dan lain-lain ciri interaktif dengan
menggunakan program-program kecil yang dinamakan applet.

Secara keseluruhannya, internet bukan sahaja menyediakan banyak


perkhidmatan yang boleh digunakan oleh mana-mana individu, malahan
perniagaan juga boleh menggunakan internet untuk pelbagai aktiviti.

INTERNET DAN PERNIAGAAN

Pada mulanya, internet dibentuk untuk kegunaan komunikasi


ketenteraan kerajaan Amerika Syarikat. Pada hari ini, penggunaannya
telah berkembang kepada orang ramai di seluruh dunia. Oleh itu, ia juga
memainkan peranan yang penting untuk aktiviti pengurusan
perniagaan. Di antara sumbangan internet kepada perniagaan ialah:

a.Satu Kaedah Komunikasi.


Internet membolehkan para pekerja, pelanggan, pembekal dan rakan
niaga yang lain berhubung secara terus tanpa perlu mengambil kira lokasi
mereka melalui laman-laman interaktif, emel, kumpulan perbincangan,
sistem papan buletin (bulletin board), serta sidang video dan audio.
Malahan pasukan maya (virtual team) juga boleh dibentuk untuk
menyatukan ahli-ahli pasukan dari organisasi atau lokasi yang
berjauhan dan membolehkan mereka bekerjasama untuk melaksanakan
sesuatu projek.

b.Perdagangan Elektronik.
Internet, w w w dan teknologi-teknologi lain yang berasaskan internet
seperti intranet telah menghubungkan pelanggan kepada pembekal
dan sebaliknya secara global. Ia membolehkan pemasaran,
penjualan, pembelian dan sokongan selepas jualan dilakukan melalui
jaringan-jaringan ini. Topik ini akan dibincang dengan lebih lanjut
dalam bab akan datang.

78
c.Pemasaran Interaktif.
Internet telah menjadikan proses pemasaran produk dan servis sebagai
satu proses yang interaktif. Dengan menggunakan laman-laman web di
internet, syarikat bukan sahaja boleh menyediakan katalog produk serta
bahan-bahan promosi yang lain, bahkan internet membolehkan syarikat
berdialog dengan pelanggan melalui kumpulan-kumpulan perbincangan
dalam talian, borang soal selidik elektronik dan emel.

d.Permuafakatan Strategik (Strategic Alliances).


Internet membolehkan perikatan di antara perniagaan-perniagaan
di seluruh dunia dibentuk dengan lebih cepat. Tujuannya adalah untuk
menggabungkan kekuatan-kekuatan yang terdapat pada setiap ahli di
dalam satu jaringan bersepadu dan mendapatkan apa-apa peluang yang
wujud di dalam pasaran. Inilah yang dinamakan syarikat maya. Mereka
juga boleh mengongsi maklumat, pendapat dan pengetahuan perniagaan
dan sumber supaya operasi mereka dapat dipertingkatkan lagi.

e. Cloud Computing.
Menurut Haag dan Cummings (2013), cloud computing merujuk kepada
penggunaan internet untuk menyediakan perkhidmatan perisian,
perkakasan, penstoran, keupayaan pemprosesan dan sebagainya. Sebuah
perniagaan boleh menyewa kemudahan-kemudahan ini daripada syarikat
seperti IBM dan sebagainya. Perkhidmatan ini memang penting kepada
perniagaan yang mempunyai musim yang aktif dan musim yang tidak
aktif. Perkhidmatan ini boleh digunakan apabila sesebuah perniagaan
memerlukan sumber-sumber tambahan pada musim yang aktif. Oleh itu,
daripada membazir duit untuk membeli perkakasan dan perisian untuk
digunakan pada musim yang aktif sahaja dan membiarkan perisian dan
perkakasan tersebut pada musim tak aktif, bukankah lebih baik kalau
peniaga hanya menyewa sumber-sumber tersebut apabila ia diperlukan.

Kelebihan cloud computing ialah ia dapat menjimatkan kos operasi syarikat


kerana kita hanya membayar untuk sumber yang kita guna sahaja. Selain
itu, kita juga tidak perlu menyediakan tempat untuk menyimpan sumber-
sumber tersebut. Cloud computing juga membolehkan syarikat untuk
menambah dan mempertingkatkan sumber-sumber teknologi dengan
mudah kerana syarikat boleh dengan serta-merta menyewa sumber-
sumber tambahan daripada syarikat yang menyediakan perkhidmatan cloud
computing.

Namun begitu, cloud computing juga mempunyai kelemahan. Kelemahan


yang pertama ialah perkhidmatan ini memerlukan akses internet yang
baik. Maklumlah di Malaysia, masih terdapat banyak kawasan yang tidak
mempunyai jaringan internet yang konsisten dan boleh dipercayai.
Kelemahan yang kedua ialah maklumat dalam syarikat akan berada di
tangan pihak ketiga. Ini akan menimbulkan persoalan keselamatan data
dan privasi data.

79
INTRANET DAN EXTRANET

Organisasi boleh menggunakan teknologi internet, seperti protokol


jaringan TCP/IP, pangkalan data dan penerbitan dokumen HTML dan
sebagainya, untuk membentuk jaringan korporat dalaman (internal) yang
dipanggil intranet. Intranet boleh menyediakan satu persekitaran yang
sesuai untuk perkongsian maklumat, komunikasi, permuafakatan dan
sokongan proses perniagaan yang sama seperti internet. Walaupun
intranet boleh dicapai menerusi internet, namun ia dilindungi dengan
pelbagai kaedah keselamatan seperti kata kunci, encryption dan fire wall.
Oleh itu, hanya mereka yang dibenarkan sahaja boleh memasukinya
menerusi internet. Extranet pula merujuk kepada jaringan yang
menghubungkan intranet organisasi kepada pihak ketiga seperti pelanggan,
pembekal serta lain-lain rakan niaga. Pihak ketiga ini akan diberikan kata
kunci. Hubungan yang sebegini akan memudahkan pertukaran
maklumat dan juga bentuk- bentuk komunikasi yang lain.

KESIMPULAN

Kemampuan untuk menghantar segala bentuk data melalui jaringan


telekomunikasi kini menjadi semakin penting bagi kejayaan sesebuah
organisasi. Walau bagaimanapun, membentuk sebuah jaringan
telekomunikasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan pelbagai
sumber-sumber komunikasi. Akhir sekali, organisasi juga perlu
memastikan bahawa jaringannya sentiasa diuruskan dan
diselenggarakan dengan baik untuk memastikan b a h a w a i a a k a n
beroperasi dengan lancar selalu.

80
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.Kelajuan media penghantaran boleh diukur dengan .

2.Penghantaran menggunakan satelit komunikasi adalah serupa


dengan penghantaran _.

3.Terdapat 2 jenis multiplexer iaitu ____dan _____.

4. Tiga jenis perkhidmatan internet yang popular adalah ______,


dan _.

5.Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi data dan


telekomunikasi?

6.Senaraikan kelima-lima komponen telekomunikasi.

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

81
BAB 7

PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menjelaskan hierarki data.
2. Membincangkan kaedah pengurusan data tradisional.
3. Menerangkan masalah yang wujud akibat dar ipada
p e n g g u n a a n kaedah tradisional untuk mengurus data.
4. Menyenaraikan kelebihan penggunaan sistem pengurusan
pangkalan data (DBMS).
5. Mengenal pasti komponen-komponen DBMS.
6. Membincangkan model-model pangkalan data.
7. Membincangkan arah aliran terkini pangkalan data.

PENGENALAN

Setiap aktiviti di dalam organisasi akan menghasilkan maklumat, dan


setiap aktiviti juga memerlukan maklumat untuk berjalan dengan lancar.
Maklumat digunakan untuk pelbagai tujuan, terutama sekali dalam aktiviti
pembuatan keputusan. Keputusan yang berkesan memerlukan data
dan maklumat yang baik. Jadi, untuk menghasilkan data dan maklumat
yang berguna, semua data dan maklumat yang dihasilkan dan diperolehi
daripada pelbagai sumber perlulah diuruskan dengan baik.

Sebelum kita mempelajari dengan lebih lanjut tentang penggunaan


komputer sebagai alat untuk menguruskan maklumat, kita akan
membincang tentang hierarki data.

82
HIERARKI DATA

Sistem komputer menyusun data secara berhierarki. Penyusunan ini


bermula dari elemen yang paling kecil iaitu bit kepada bait dan
seterusnya medan, rekod, fail dan pangkalan data. Anda telah pun
m e m pelajari t e n t a n g bit dan bait dalam bab yang lalu. Sekarang,
marilah kita lihat kedudukan bit dan bait di dalam hierarki data. Rajah 7.1
menunjukkan bahawa bit merupakan unit data yang paling kecil yang
dikendalikan oleh sesebuah komputer. Sekumpulan bit akan menjadi satu
bait, yang akan mewakili satu aksara, iaitu sama ada abjad, nombor
ataupun simbol. Sekumpulan bait pula akan membentuk satu perkataan,
atau suatu nombor yang lengkap seperti nama dan umur seseorang, dan
inilah yang kita panggil sebagai medan (field). Sekumpulan medan yang
berkaitan di antara satu sama lain akan membentuk rekod, dan
sekumpulan rekod yang mengandungi maklumat dari jenis yang sama pula
akan membentuk fail.

Rajah 7.1
Hierarki Data

MATRIK NAMA SEM


12345 Ali bin Abu 3
Fail 12346 Siti bte Mat 3

12345 Ali bin Abu 3


Rekod

Medan Ali bin Abu

Byte 10010011

Bit ‘0’ atau ‘1’

83
Biasanya sesuatu rekod akan menerangkan tentang sesuatu entity. Entiti ini
mungkin berkaitan dengan seseorang, sesebuah tempat, sesuatu perkara
atau sesuatu kejadian.Contohnya, rajah 7.1 menunjukkan bahawa terdapat
rekod yang menerangkan tentang seorang pelajar yang bernama Ali bin
Abu. Rekod tersebut mengandungi ciri-ciri yang menerangkan
tentang Ali bin Abu (pelajar), seperti semester tiga dan nombor
matrik 12345.

Selain daripada itu, biasanya s e suatu medan kekunci (key field)


diperlukan bagi memudahkan proses mendapatkan semula rekod, bagi
tujuan untuk mengemaskini rekod. Contohnya, nombor matrik boleh
menjadi medan kekunci yang baik kerana ia mudah untuk digunakan
dan ianya unik. Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Ali
bin Abu hanya perlu menaipkan nombor matrik ini ke dalam sistem
pengurusan pangkalan data.

Sesebuah organisasi perlu menyimpan pelbagai jenis data dan rekod


dan biasanya media storan sekunder diperlukan untuk tujuan ini. Di dalam
bab yang lalu, anda telah pun diperkenalkan kepada konsep storan capaian
berjujukan dan storan capaian terus.

Seterusnya, marilah kita membincang dengan lebih lanjut tentang proses


menstor dan mencapai semula rekod-rekod.

PENSTORAN DAN PENCAPAIAN MAKLUMAT

Cara untuk mendapatkan semula rekod-rekod adalah berbeza-beza dan


ianya bergantung kepada media yang digunakan untuk menstor rekod. Pita
magnetik merupakan sebuah media penstoran capaian berjujukan. Oleh
itu, seandainya pita magnetik digunakan untuk menyimpan rekod, cara
rekod disusun adalah seperti yang digambarkan dalam rajah 7.2 iaitu
setiap rekod disusun secara berturutan dan terdapat ruangan kosong yang
memisahkan di antara dua rekod yang berlainan. Apabila rekod disusun
secara berjujukan seperti ini, ia akan dikeluarkan semula secara berjujukan
juga. Oleh itu, sekiranya anda perlu mendapatkan rekod yang berada di
tengah-tengah fail atau di hujung fail, rekod-rekod yang terletak di awal fail
akan dibaca terlebih dahulu sehingga rekod yang dikehendaki dijumpai.
Oleh itu, masa yang diperlukan untuk mendapatkan rekod yang
tertentu adalah bergantung kepada kedudukan rekod tersebut di dalam
media penstoran.

84
Rajah 7.2
Penstoran Capaian Berjujukan

Sekiranya media penstoran capaian terus seperti cakera magnetik


digunakan, anda boleh mendapatkan semula rekod-rekod yang
dikehendaki tanpa mengambilkira kedudukan fizikal rekod-rekod tersebut
dalam media penstoran. Ini adalah kerana medan kunci boleh digunakan
untuk menentukan alamat fizikal sesebuah rekod. Oleh itu, rekod boleh
didapatkan semula dengan lebih cepat.

Terdapat satu lagi cara untuk menstor data iaitu dengan kaedah
capaian jujukan berindeks (indexed sequential access method - ISAM).
Melalui kaedah ini, rekod disimpan pada media capaian terus secara
berjujukan. Yang menarik tentang kaedah ini ialah anda boleh
mendapatkan rekod-rekod yang anda perlukan atau memproses rekod-
rekod secara berjujukan atau secara terus. Cara ini memerlukan sebuah
fail itu menyimpan indeks sebagai salah satu rekod di dalamnya. Indeks ini
akan digunakan untuk menjejaki alamat bagi setiap rekod yang terdapat di
dalam fail tersebut. Indeks ini berfungsi seperti indeks dalam sebuah buku.
Ia akan menyenaraikan medan kekunci bagi setiap rekod dan menyatakan
kedudukan fizikal rekod tersebut dalam media penstoran.

KAEDAH TRADISIONAL MENGURUSKAN DATA-


KONSEP FAIL

Pada peringkat awal di mana sistem komputer digunakan sebagai alat


untuk menguruskan data, kaedah yang digunakan banyak berorientasikan
kepada sistem aplikasi, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7.3.
Maksud di sini ialah setiap program aplikasi memerlukan fail-fail
tersendiri untuk menstor data yang digunakan oleh aplikasi tersebut.
Contohnya, program aplikasi pemasaran hanya digunakan oleh jabatan
pemasaran untuk mencapai fail pemasaran sahaja.
Selalunya, fail-fail ini adalah berbeza untuk aplikasi yang berbeza. Ini
bermaksud sekiranya terdapat dua jabatan dalam organisasi yang sama
yang menggunakan aplikasi yang berlainan, mereka memerlukan dua jenis
fail data yang berlainan, walaupun data yang distor

85
oleh kedua-dua fail ini adalah hampir serupa. Contohnya, jabatan
pemasaran mempunyai fail-fail berkaitan dengan pelanggan
organisasi yang mengandungi maklumat tentang nama organisasi,
alamat, akaun pelanggan, dan barang-barang yang dibekalkan kepada
pelanggan tersebut. Jabatan perakaunan juga mungkin mempunyai
maklumat tentang pelanggan iaitu maklumat tentang nama organisasi,
jenis barang yang dibekalkan dan spesifikasinya.

Rajah 7.3
Pemprosesan Fail Secara Tradisional

Pengguna di Program Fail


Jabatan Aplikasi 1 Kewangan
Kewangan

Pengguna di Program Fail


Jabatan Aplikasi 2 Pemasaran
Pemasaran

Pengguna di Program Fail


Jabatan Sumber Aplikasi 3 Pekerja
Manusia

Perbezaan dari segi program aplikasi dan fail-fail data yang digunakan
adalah disebabkan aktiviti sesebuah organisasi untuk memulakan proses
automasi pemprosesan maklumat di jabatan-jabatan secara kecil-kecilan
dahulu. Oleh itu, setiap jabatan biasanya akan membangunkan sistem
mereka tersendiri tanpa sebarang perancangan untuk meliputi
keseluruhan organisasi. Walaupun cara ini nampak logikal kerana setiap
jabatan mempunyai keperluan data mereka yang tersendiri, namun, ia
memang akan menghasilkan banyak masalah.

MASALAH KAEDAH TRADISIONAL

Di antara masalah yang telah dikenal pasti akan berlaku daripada


pengurusan data berasaskan konsep tradisional adalah kelebihpadaan
data , pergantungan di antara data dan program, ketiadaan
fleksibiliti, tahap keselamatan yang rendah, ketiadaan pengongsian data
dan kehilangan integriti data.

86
Kelebihpadaan Data (Data Duplication)

Kelebihpadaan data berlaku apabila jabatan atau bahagian yang berbeza


mengumpul maklumat tentang operasi mereka secara bersendirian, tanpa
berhubung dengan jabatan atau bahagian yang lain. Perkara ini berlaku
kerana aplikasi yang digunakan oleh bahagian yang berbeza mungkin
mempunyai cara yang tersendiri untuk menstor data, di mana kadangkala
kaedah yang digunakan adalah berbeza dari satu aplikasi kepada aplikasi
yang lain. Akibatnya data dan maklumat yang serupa akan wujud di
dalam beberapa fail yang berbeza dalam bentuk yang mungkin juga
berbeza. Contohnya, medan untuk ‘jantina’. Ada pelbagai cara jantina
boleh diwakili. Anda boleh merujuk kepada jadual 7.1.

Jadual 7.1
Perwakilan untuk ‘Jantina’

Aplikasi A Jantina - Lelaki, Perempuan


Aplikasi B Jantina - Male, Female
Aplikasi C Jantina - Y, X
Aplikasi D Jantina - 1, 0

Ini bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan, bahkan ia juga


merupakan suatu bentuk pembaziran kerana maklumat yang sama telah
disimpan lebih daripada dua kali.

Pergantungan di antara Data dan Program (Data-


Program Dependence)

Apa yang dimaksudkan di sini ialah data yang disimpan mempunyai kaitan
dengan program aplikasi atau program yang digunakan untuk menyimpan
data tersebut. Contohnya, data yang disimpan di jabatan pemasaran dengan
menggunakan sistem pemasaran, hanya boleh dikeluarkan dan dikemaskini
oleh sistem pemasaran sahaja. Sistem pengeluaran tidak boleh akses data
tersebut.

Setiap aplikasi atau sistem mempunyai cara yang tersendiri untuk menstor
data. Sekiranya kita hendak mengubah bentuk data yang telah distor
supaya ia serupa dengan apa yang digunakan oleh aplikasi yang lain,
maka, keseluruhan program tersebut perlu diubah. Proses perubahan ini
adalah tidak mudah dan akan mengambil masa dan kos yang banyak.

87
Tidak Fleksibel

Laporan yang dihasilkan oleh sesebuah aplikasi hanya mengandungi


maklumat yang diproses oleh aplikasi tersebut sahaja dan tidak boleh
digabungkan dengan maklumat yang dihasilkan oleh aplikasi yang lain.
Malahan pemposesan maklumat-maklumat yang memerlukan kombinasi
data dari fail yang berlainan akan mengambil masa yang lama dan adalah
agak mahal untuk dihasilkan.

Tidak Selamat

Akibat daripada kekurangan kawalan dan pengurusan ke atas data yang


terdapat di p e l bagai lokasi, capaian dan penyebaran maklumat
menjadi sukar untuk dikawal. Apabila ia sukar dikawal, maklumat
organisasi menjadi tidak selamat dan terdedah kepada kesilapan dan
kecurian.

Tidak Boleh Mengongsi Data

Perkongsian data dan maklumat di antara satu jabatan dengan jabatan


yang berlainan tidak boleh berlaku secara automatik kerana data-data
tidak disimpan dalam satu tempat. Ia seolah-olah jabatan-jabatan ini
tidak berada di bawah satu organisasi.

Kehilangan Integriti Data

Tahap kawalan data yang rendah juga boleh menyebabkan data


kehilangan integritinya. Data akan kehilangan
i n t e g r i t i n y a a p a b i l a t e r d a p a t perbezaan yang wujud pada
data dan maklumat yang sepatutnya serupa. Perbezaan ini b o l e h
disebabkan oleh beberapa perkara. Yang pertama ialah akibat dari
kesilapan yang dilakukan oleh pekerja kerana terpaksa mengemas kini
banyak fail dan keduanya, ia mungkin disebabkan aktiviti
pengemaskinian yang hanya dilakukan terhadap beberapa fail
dan bukan semua fail.Maka dengan ini, terdapatlah perbezaan
maklumat. Persoalan tentang maklumat manakah yang betul akan timbul.

Melihat kepada masalah yang timbul akibat daripada kaedah pengurusan


maklumat tradisional ini, teknologi pangkalan data telah diperkenalkan
bagi menyelesaikan masalah ini.

88
SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Pangkalan data bermaksud satu koleksi data berkaitan yang disusun


dalam satu lokasi untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis aplikasi
(Laudon & Laudon, 2011). Pangkalan data adalah amat berguna kerana
ia boleh menstor, menyusun dan membenarkan capaian data dalam
bentuk yang seragam dan konsisten. Perisian yang digunakan untuk
melakukan proses-proses ini adalah dinamakan sistem pengurusan
pangkalan data (database management system (DBMS)). Dalam sistem ini,
sesebuah program aplikasi tidak boleh mendapatkan data terus daripada
media penstoran, malahan aplikasi tersebut perlu membuat permintaan
kepada DBMS. DBMS pula akan mendapatkan data yang diperlukan
daripada media penstoran dan memberikannya kepada program
aplikasi, seperti yang digambarkan dalam rajah 7.4. Oleh ini, pelbagai
masalah yang wujud dengan penggunaan sistem fail dapat diselesaikan
kerana terdapat hanya satu cara dan satu tempat untuk menyimpan
semua data operasi syarikat.

Di antara kelebihan pangkalan data ialah:

a.meminimumkan kelebihpadaan data kerana penstoran data dipusatkan.

b.memudahkan proses mengemas kini data kerana satu-satu jenis data


itu distorkan di dalam satu fail sahaja. Dengan itu, hanya satu
pembetulan sahaja yang perlu dilakukan.

89
Rajah 7.4
Perhubungan antara Program Aplikasi, Sistem Pengurusan
Pangkalan Data dan Pangkalan Data

Program
Aplikasi

DBMS
Program Bahasa Diskripsi
Aplikasi Data
Pangkalan
data
Bahasa Manipulasi
Data

Program
Aplikasi

Kamus Data

c.memperbaiki ketekalan data.

d.penyusunan data tanpa bergantung kepada program aplikasi


yang menggunakannya.

e.capaian ke atas data dapat diseragamkan.

f.data yang dipusatkan adalah lebih mudah untuk dikawal dan


keselamatannya juga boleh dipastikan dengan lebih baik.

g.membolehkan perkongsian data dan maklumat di kalangan pengguna


dari jabatan dan bahagian yang berlainan.

h.meningkatkan fleksibiliti iaitu data boleh dikaitkan di antara


satu sama lain dan ini mungkin boleh menghasilkan maklumat
baru yang berguna untuk pembuatan keputusan.

Oleh kerana penggunaan pangkalan data mempunyai banyak kelebihan,


maka penggunaannya adalah begitu berleluasa di organisasi-organisasi
besar yang menyimpan banyak data-data operasi.

REKA BENTUK PANGKALAN DATA

Seperti juga perisian yang lain, terdapat pelbagai jenis sistem


pengurusan pangkalan data yang wujud. Kebanyakan organisasi membeli
90
sistem ini daripada vendor-vendor komersial, dan ada yang
membangunkannya sendiri. Kepelbagaian ini menyebabkan wujudnya
kepelbagaian dari segi komponen-komponen yang membentuk sesebuah
sistem pengurusan pangkalan data ini. Namun begitu, terdapat
beberapa komponen yang biasanya terdapat dalam sesebuah sistem
pengurusan pangkalan data.

Komponen-Komponen DBMS

Seperti yang ditunjukkan dalam r a jah 7 .4, komponen-komponen yang


dimaksudkan termasuklah kamus data (data dictionaries), bahasa-bahasa
data (data languages), sistem bantuan dan pemulihan (backup dan recovery
system), bahasa pertanyaan (query language) dan pemproses statistik prestasi
(performance statistics processor).

a.Kamus Data.
Kamus data merupakan tempat penyimpanan maklumat berkaitan data
seperti jenis rekod, nama dan jenis medan, serta maklumat tentang
struktur pangkalan data. Ia juga mengandungi maklumat
tentang bagaimana setiap elemen data berkait di antara satu
sama lain. Contohnya, elemen data yang diberi nama MATRIK yang
mewakili data nombor matrik pelajar mempunyai ciri-ciri yang telah
ditetapkan, seperti setiap aksara di dalamnya adalah dalam bentuk
nombor dan panjangnya adalah sebanyak lima aksara sahaja. Oleh itu,
kamus data dapat memastikan bahawa setiap pengguna dan pengaturcara
program aplikasi mengikut ketetapan ini. Ia dapat mencegah para
pengguna dan pengaturcara daripada membuat kesilapan apabila
membentuk rekod baru.

b.Bahasa Data.
Terdapat dua jenis bahasa data yang digunakan di dalam sistem
pengurusan pangkalan data. Yang pertama ialah bahasa diskripsi data
(data description language atau DDL) iaitu bahasa yang digunakan oleh
para pengaturcara untuk membina sesebuah pangkalan data. Ia terdiri
daripada satu koleksi arahan yang menerangkan tentang ciri-ciri setiap
elemen data dan perhubungan di antara data. Yang kedua ialah
bahasa manipulasi data (data manipulation language atau DML). Ia
digunakan untuk memastikan bahawa terdapat keseragaman dalam
mendapatkan data daripada pangkalan data. DML biasanya
mengandungi sekumpulan arahan yang boleh digunakan oleh para
pengaturcara untuk menulis program bagi mendapatkan data dan
memproses data dari pangkalan data. Contoh-contoh arahan yang
dimaksudkan adalah seperti STORE, RETRIEVE, MODIFY, DELETE,
dan INSERT.

c.Bahasa Pertanyaan.
Bahasa pertanyaan pula digunakan oleh pengguna biasa untuk membuat
pelbagai pertanyaan kepada pangkalan data. Berbeza daripada DML,
91
yang mana ia digunakan dalam program-program aplikasi, bahasa-bahasa
pertanyaan boleh digunakan untuk mendapatkan data secara ad hoc.
Biasanya bahasa yang digunakan untuk tujuan ini adalah Bahasa Inggeris
yang mudah, seperti:

DISPLAY ALL EMPLOYEE.employee-name FOR


EMPLOYEE. employee-age > 60

Bahasa di atas bermaksud ‘paparkan pada skrin senarai semua


nama pekerja untuk pekerja yang berumur lebih dari 60 tahun’. Contoh
bahasa pertanyaan yang banyak digunakan sekarang ialah standardized
query language (SQL).

d.Sistem Bantuan dan Pemulihan.


Komponen ini p enting untuk aktiviti membuat salinan pangkalan
data. Apabila berlaku kerosakan pada pangkalan data, k ita dapat
memastikan bahawa kita tidak akan kehilangan data yang penting.
Hal ini juga mungkin berlaku kerana salinan ini dikemas kini sebaik
sahaja terdapat perubahan pada pangkalan data yang sebenarnya.

e.Pemproses Statistik Prestasi.


Komponen ini pula digunakan untuk mengendalikan statistik pengunaan
pangkalan data. Penggunaan jenis data, waktu penggunaan dan
sebagainya dapat direkodkan untuk tujuan menguruskan pangkalan
data dari segi caj, kawalan dan sebagainya.

Selain daripada komponen-komponen yang dinyatakan di atas, terdapat


program-program lain yang mungkin disertakan bersama dengan sistem
tersebut seperti penjana laporan (report generators), alat pembangunan
aplikasi (application development tools), pemantau telepemproses (teleprocessing
monitors), dan perisian keselamatan (security software).

MODEL-MODEL PANGKALAN DATA

Pada tahap ini, anda mungkin boleh bayangkan bahawa sesebuah


pangkalan data itu mengandungi banyak data dan rekod di dalamnya.
Aktiviti penyusunan rekod pangkalan data yang besar dan proses mengenal
pasti hubungan di antara rekod-rekod merupakan satu tugas yang
amat rumit. Oleh itu, produk-produk pangkalan data komersial
menggunakan salah satu daripada empat model bagi menyusun
rekod dan menentukan perhubungan di antaranya. Model- model ini
adalah model pangkalan data berhierarki (hierarchal database), model
pangkalan data jaringan (network database), model pangkalan data berkait
(relational database) dan model berorientasikan objek.

92
Model Berhierarki

Rekod-rekod dalam pangkalan data model ini membentuk struktur


bertingkat seperti yang anda boleh lihat dalam rajah 7.5. Rajah 7.5
menunjukkan satu struktur yang mungkin digunakan oleh pangkalan data
sumber manusia. Segmen yang teratas sekali iaitu ‘pekerja’, mungkin
mempunyai maklumat asas seperti nama, alamat, nombor kad
pengenalan, dan nombor pekerja. Segmen ini mempunyai hubungan
terus dengan segmen-segmen di bawahnya iaitu ‘pampasan’
(mengandungi data gaji, dan kenaikkan pangkat), ‘tugas’
(mengandungi data jawatan, dan jabatan) dan ‘faedah’ (mengandungi
data tanggungan, dan jenis-jenis faedah yang diterima).

Hubungan di antara rekod-rekod kelihatan seperti sebuah carta


organisasi iaitu segmen-segmen di bahagian atas dihubungkan kepada
segmen-segmen di bahagian bawah dengan perhubungan penjaga dan
anak. Di sini, setiap penjaga boleh mempunyai anak yang ramai,
tetapi setiap anak hanya boleh mempunyai satu penjaga sahaja. Kekangan
ini menjadikan sukar untuk mewakili “hubungan pelbagai” di antara data.
Contohnya, “hubungan pelbagai” di antara tugas dan projek yang
dijalankan adalah tidak mudah untuk diwakili. Secara logiknya, tugas
adalah sebahagian daripada pekerja dan juga sebahagian daripada projek.
Akan tetapi, hubungan ini tidak boleh dilakukan kerana ia menyalahi
peraturan pendekatan hierarki data.Selain itu, untuk mengakses data
tentang penilaian prestasi, pengguna kena melalui segmen pekerja dan
pampasan dulu.

Contoh produk sistem pengurusan maklumat yang menggunakan


model ini ialah Sistem Pengurusan Maklumat (Information Management
System atau IMS) yang dibangunkan oleh IBM. Ia telah banyak digunakan
untuk sistem yang berasaskan transaksi. K os untuk menukarkannya
kepada model lain adalah lebih tinggi berbanding dengan kos untuk
memprogramnya semula. Namun begitu, pada hari ini, pembangunan
sistem pangkalan data yang baru tidak lagi menggunakan model ini.

93
Rajah 7.5
Model Hierarki

Pekerja

Pampasan Tugas-Tugas Faedah

Penilaian Sejarah
Gaji Pencen Pinjaman Kesihatan
Prestasi

Model Jaringan

Model jaringan menawarkan satu struktur pangkalan data yang


memudahkan perhubungan di antara data. Ia adalah variasi daripada
model berhierarki. Walau bagaimanapun, ia berbeza daripada model
berhierarki kerana ia membolehkan perhubungan di mana penjaga boleh
mempunyai ramai anak dan anak boleh mempunyai ramai penjaga.

Rajah 7.6
Model Jaringan

Kursus 2 Kursus 3
Kursus 1

Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3 Pelajar 4

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7.6, di dalam sesebuah universiti


terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan dan terdapat juga ramai pelajar
yang mengambil pelbagai jenis kursus. Data dalam r ajah 7 .6 ini boleh
diwakili secara berhierarki, tetapi ia akan menyebabkan kelebihpadaan
data dan melambatkan pemprosesan sesetengah pertanyaan yang
diajukan kepada pangkalan data.

94
Oleh kerana model jaringan ini adalah variasi kepada model berhierarki,
maka kedua-dua model ini mempunyai masalah yang sama, iaitu kedua-
duanya adalah kurang fleksibel berbanding dengan model yang
lain. Ini adalah kerana perhubungan di antara rekod-rekod perlu
ditentukan dan dilaksanakan sebelum pencarian maklumat boleh
dilakukan. Oleh itu, perhubungan di antara rekod-rekod adalah
ditetapkan oleh model. Sekiranya terdapat pertanyaan ad hoc yang
memerlukan perhubungan yang lain daripada yang telah ditetapkan,
perhubungan tersebut adalah sukar atau memerlukan masa yang panjang
untuk dibentuk.

Model Berkait

Model berkait dicipta untuk memperbaiki kelemahan yang wujud


dalam model berhierarki dan model jaringan. Model berkait mewakili
semua data di dalam pangkalan data dengan menggunakan jadual dua
dimensi. Selain itu, dua jadual yang berlainan boleh dikaitkan di antara
satu sama lain sekiranya keduanya mempunyai elemen data yang sama.

Jadual 7.2
Contoh Jadual Model Berkait

MATRIK NAMA-PELAJAR ALAMAT TARIKH LAHIR


12345 Ali bin Abu No.1, Jalan Ubi, 7 April 1978
Kedah.
12346 Siti bte Mat 32, Jalan Mawar, Johor. 10 Julai 1978
12347 Kumari A/P Ramasamy 7, Jalan Setia, Perak. 2 Ogos 1978

95
Dalam model ini, entiti merujuk kepada subjek di mana kita mengumpul
maklumat tentangnya. Berpandukan jadual 7.2, Ali bin Abu
merupakan satu entiti (pelajar) sementara matrik, alamat dan tarikh lahir
adalah atribut atau sifat bagi Ali bin Abu. Setiap baris pada jadual
ini memberikan data bagi entiti yang berlainan. Atribut akan menceritakan
tentang entiti.

Persoalan di sini i alah bagaimana dua jadual yang berlainan boleh


dikaitkan? Contohnya, jika terdapat satu jadual kursus yang mengandungi
gred pelajar, bagaimana jadual ini dikaitkan dengan jadual maklumat
pelajar di atas? Kedua-dua jadual ini boleh dikaitkan dengan meletakkan
medan nombor matrik dari jadual pelajar di dalam jadual kursus.
Dengan adanya medan yang sama dalam dua jadual, pengguna boleh
mendapatkan gred yang didapati oleh seseorang pelajar bagi kursus
tertentu. Model berkait ini tidak memerlukan perhubungan di antara
elemen data ditentukan terlebih dahulu. Bahkan perkaitan-perkaitan baru
boleh dibentuk pada bila-bila masa. Model ini akan memudahkan para
pengurus untuk menggunakan pangkalan data bagi menghasilkan pelbagai
jenis laporan. Contoh perisian yang menggunakan model ini ialah Microsoft
Access.

Model Berorientasikan Objek

Sehingga tahap ini, adalah diharapkan bahawa anda telah memahami


bahawa sistem pangkalan data akan berubah mengikut keperluan
manusia yang selalu berubah. Kini, terdapat bermacam-macam perisian
aplikasi yang wujud dan terdapat situasi yang menjadikan model
berkait kurang sesuai untuk digunakan, walaupun ia fleksibel. Hal ini
adalah kerana model berkait lebih sesuai untuk menyimpan data dalam
bentuk teks.Namun begitu, banyak aplikasi pada zaman ini y a n g
berasaskan imej, bunyi, video dan lain-lain data yang bukan teks. Data-
data sebegini ialah hasil daripada sistem multimedia seperti perisian
reka bentuk berbantukan komputer (computer aided design atau CAD),
kejuruteraan perisian berbantukan komputer (computer aided software
engineering atau CASE), dan perisian- perisian kejuruteraan dan
pengeluaran. Teknologi pangkalan data berorientasikan objek (object-
oriented data base atau OODB) adalah lebih sesuai untuk mengurus data
dalam bentuk imej.

96
Rajah 7.7
Model Berorientasikan Objek

mesej
Data & Tatacara Data & Tatacara

Objek Bangunan Objek Bilik

Data & Tatacara

Objek Lantai

Di dalam bab yang lalu, kita telah pun membincang tentang bahasa
pengaturcaraan berorientasikan objek. OODB menggunakan konsep
yang sama di mana setiap objek menggabungkan data dan tatacara
yang menerangkan tentang gelagat dan sifat-sifat objek tersebut. Rajah
7.7 menunjukkan sebahagian daripada pangkalan data lukisan
arkitektur. Objek ‘bangunan’ mungkin mengandungi sifat-sifat
lukisan arkitektur seperti saiz dan warna, manakala kaedah yang distorkan
pula merangkumi arahan-arahan seperti display, rotate, shrink dan explode.

KEPERLUAN PENGURUSAN

Apabila pangkalan data telah menjadi sebahagian daripada organisasi, ia


yang perlu diurus dan perlu diubah sekiranya organisasi berubah. Tanpa
kefahaman ini dan sokongan pihak pengurusan atasan, segala usaha yang
dilaburkan ke dalam pembangunannya akan menghadapi kegagalan. Oleh
yang demikian, proses pengurusan pangkalan data akan melibatkan
perkara-perkara seperti pentadbiran data, perancangan data dan
metodologi permodelan, teknologi dan pengurusan pangkalan data, dan
akhir sekali, peranan pengguna.

Pentadbiran Data

Apabila sesebuah organisasi menggunakan sistem pangkalan data, ia perlu


sedar tentang peranan strategik yang dimainkan oleh maklumat. Sebuah
jabatan harus ditubuhkan untuk mengendalikan isu-isu yang
berkaitan dengan pentadbiran data dalam organisasi. Jabatan ini
seharusnya bertanggungjawab untuk membentuk dasar-dasar maklumat,
membuat perancangan data, menyelenggarakan kamus-kamus data, dan
menetapkan piawaian kualiti data. Secara amnya, bahagian ini sepatutnya
mempunyai kuasa untuk menetapkan keperluan maklumat bagi seluruh
organisasi. Oleh sebab itu, bahagian ini memerlukan seseorang yang
boleh berinteraksi dengan pihak pengurusan atasan, penganalisa sistem,
97
pengaturcara program, pengaturcara sistem, dan pengguna. Jabatan ini
haruslah diketuai oleh ketua pegawai maklumat (CIO). CIO ini haruslah
setaraf dengan para CEO kerana hanya dengan inilah, seorang CIO akan
mempunyai pengaruh yang kuat untuk mendapatkan sokongan
pengurusan atasan untuk melaksanakan projek sistem maklumat
yang akan melibatkan pelaburan kewangan yang banyak.

Perancangan Data dan Metodologi Permodelan

Oleh kerana DBMS melibatkan pengurusan data bagi keseluruhan


organisasi, maka perancangan awal yang melibatkan input daripada
keseluruhan organisasi amatlah diperlukan. Keperluan maklumat bagi
setiap bahagian perlu diketahui bagi mengenal pasti entiti-entiti utama,
atribut-atributnya, dan hubungan di antara entiti. Ini adalah penting untuk
membentuk model yang sesuai bagi sesebuah organisasi .

Teknologi dan Pengurusan Pangkalan Data

Seperti yang telah dinyatakan di awal b a b ini, data perlu


diuruskan secara efisien. Oleh itu, selain daripada CIO, pekerja
pentadbiran pangkalan data juga diperlukan untuk mengendalikan aspek-
aspek operasi dan teknologi dalam proses pengurusan pangkalan data.
Mereka ini bertanggungjawab untuk:

a.menentukan dan menyusun struktur dan isi kandungan pangkalan


data.

b.membangunkan prosedur bagi memastikan keselamatan pangkalan data.

c.membentuk dokumentasi pangkalan data.

d.menyelenggarakan perisian pengurusan pangkalan data.

Pekerja pentadbiran pangkalan data perlu berkerjasama dengan


pengguna semasa membentuk pangkalan data tersebut, untuk menentukan
hubungan logik di antara elemen-elemen data, serta menentukan prosedur
dan peraturan capaian ke atas pangkalan data.

Peranan Pengguna

Semua pengguna, sama ada para pengurus atau kakitangan sokongan,


mempunyai peranan dalam aktiviti pembangunan pangkalan data. Ini adalah
kerana hanya mereka yang tahu tentang tugas yang mereka perlu lakukan,
dan mereka sajalah yang boleh memberitahu para profesional sistem
maklumat tentang bantuan, peralatan dan maklumat yang mereka perlu
untuk melakukan tugas mereka. Apabila pangkalan data telah siap dibina,
merekalah yang akan menggunakan segala kemudahan yang
98
disediakan oleh pangkalan data ini. Oleh itu, sejumlah wang yang
agak besar juga perlu dilaburkan untuk melatih para pengguna akhir.

Di sini, kita dapat melihat bahawa terdapat banyak perkara yang perlu
diambil kira sebelum kita boleh mendapat manfaat daripada penggunaan
pangkalan data. Kita perlu ingat bahawa walaupun pangkalan data
mempunyai banyak kelebihan, terdapat juga beberapa masalah yang akan
disebabkan oleh penggunaannya.

MASALAH PANGKALAN DATA

Terdapat beberapa masalah yang akan wujud akibat daripada


penggunaan pangkalan data. Ini termasuklah:

a.Sistem ini memerlukan jumlah memori dan ruang cakera yang


besar. Ini bukan sahaja untuk menempatkan data yang digunakan oleh
sesebuah organisasi itu, bahkan juga untuk perisian pengurusan
pangkalan data, serta lain- lain yang berkaitan dengannya seperti kamus
data dan perhubungan di antara data-data.

b.Kos pembinaan y a n g tinggi terutama sekali apabila


komputer kerangka utama diperlukan.

c. Isu keselamatan, di mana ia lebih terdedah kepada capaian yang tidak


dibenarkan. Ini adalah kerana terlampau banyak data yang disimpan pada
satu tempat, dan sekiranya sistem keselamatan dapat dicerobohi, lebih
banyak data yang dapat diperoleh oleh penceroboh.

d. Kesukaran untuk menyelenggara sistem yang kompleks ini.


Oleh itu, pekerja khas diperlukan untuk mentadbir dan
menyelenggarakan pangkalan data .

Namun begitu, kewujudan masalah-masalah ini tidak membantut


perkembangan teknologi pangkalan data. Malahan, ia bagaikan
mewujudkan peluang bagi pengusaha-pengusaha untuk mencipta kaedah-
kaedah yang boleh digunakan bagi mengurangkan beban masalah yang
ditanggung oleh organisasi-organisasi yang menggunakan pangkalan data.

ARAH ALIRAN TERKINI

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pangkalan data khas


telah dibina untuk digunakan oleh para pembuat keputusan. Mereka ini
selalunya memerlukan aplikasi yang membolehkan mereka
menggabungkan pelbagai jenis data dari dalam dan luar organisasi
untuk mempertingkatkan lagi mutu keputusan yang dibuat oleh mereka.
Justeru itu, wujudlah pelbagai jenis pangkalan data bagi memenuhi
99
keperluan mereka. Di antara jenis-jenis pangkalan data ini ialah gudang
data , data mart dan pangkalan data on-line.

Gudang Data Dan Data Mart

Gudang data (data warehouse), ialah satu terma yang digunakan bagi
sesebuah sistem yang menstor dan menguruskan satu jumlah data yang
amat besar. Ia mengandungi data yang datangnya dari dalam dan luar
organisasi yang mengendalikannya. Selalunya, ia adalah sebuah pangkalan
data yang diasingkan dari pangkalan data biasa yang merekodkan operasi
sesebuah organisasi. Perbezaan di antara kedua-duanya adalah kaedah
penyusunan datanya yang berorientasikan perkara, dan bukannya
berorientasikan urusniaga seperti pangkalan data biasa. Tujuan ia
diwujudkan adalah untuk memudahkan para pembuat keputusan
mendapatkan maklumat kerana ia boleh menggabungkan maklumat
dari pelbagai sumber. Oleh kerana ia diasingkan daripada pangkalan
data biasa, para pembuat keputusan boleh mendapatkan data dan maklumat
daripadanya dengan lebih cepat dan proses merekod urus niaga semasa juga
tidak akan terganggu. Contohnya, sebuah gudang data akan menyimpan
data jualan, kos operasi dan pengiklanan untuk lebih daripada 10 tahun.

Berbeza daripada gudang data yang mengumpulkan pelbagai jenis data,


data mart pula mengkhusus kepada data yang diperlukan oleh sesebuah
bahagian atau bidang fungsian sahaja. Data mart merupakan subset
gudang data. Oleh itu, skopnya adalah lebih kecil dan lebih mudah untuk
dibina daripada gudang data. Selalunya, organisasi yang hendak
membina gudang data, akan membentuk beberapa data mart dahulu.
Kemudian data mart yang berbeza ini akan digabungkan menjadi gudang
data.

Data-data lama ini disimpan untuk membolehkan analisis dijalankan


terhadap mereka. Melalui analisis yang dijalankan, pihak pengurusan boleh
mengenal pasti trend-trend atau hubungan di antara beberapa faktor yang
penting seperti hubungan di antara peningkatan kos pengiklanan terhadap
jumlah jualan. Contohnya, adakah peningkatan dalam kos pengiklanan akan
memberi kesan yang tinggi atau rendah terhadap jumlah jualan?
Selain itu, pihak pengurusan juga boleh melihat sama ada kelarisan sesuatu
produk bergantung kepada musim atau bulan-bulan tertentu atau produk
lain. Maklumat-maklumat ini memanglah penting semasa pihak
pengurusan ingin membentuk strategi untuk organisasi.

Pangkalan Data On-line

Kewujudan internet dan teknologi telekomunikasi telah membolehkan kita


menghantar maklumat dengan begitu mudah sekali. Kita juga boleh
mencapai kepada pangkalan-pangkalan data o n - l i n e . Ww w mengandungi
banyak pangkalan data on-line. Yang anda perlu lakukan hanyalah membuat
pencarian berdasarkan topik atau subjek yang anda inginkan. Kemudian,
100
anda boleh muat turun atau download maklumat tersebut ke dalam
komputer anda.

KESIMPULAN

Secara amnya, memang terdapat pelbagai jenis pangkalan data bagi


memenuhi keperluan masa kini, selaras dengan teknologi yang semakin
canggih. Pangkalan data memang penting untuk proses menyusun dan
menguruskan data dan maklumat sesebuah organisasi. Jadi, pihak
pengurusan seharusnya memberi tumpuan dan komitmen yang
sepenuhnya semasa proses pembangunan sistem pengurusan
pangkalan data dan pangkalan data , untuk memastikan bahawa
syarikat mereka dapat menikmati manfaat yang sewajarnya.

101
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.P endekatan pengurusan data secara ____ akan mempunyai masalah


pergantungan di antara aplikasi dengan fail.

2.Terdapat dua jenis bahasa data iaitu yang


digunakan oleh para pengaturcara untuk membina pangkalan
data, dan yang diigunakan untuk mendapatkan data daripada
pangkalan data.

3.Terdapat empat model pangkalan data iaitu , ,


, dan .

4. merupakan satu medan atau sekumpulan medan di dalam sebuah


rekod yang secara uniknya merujuk kepada rekod tersebut.

5. Apakah lima masalah utama yang wujud dalam pengurusan data


secara kaedah tradisional ?

6.Semenjak kebelakangan ini, terdapat pelbagai jenis pangkalan data khas


yang dibina untuk memenuhi pelbagai keperluan organisasi. Senaraikan tiga
pangkalan data yang dimaksudkan.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

102
BAB 8

PERDAGANGAN ELEKTRONIK

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefinisikan perdagangan elektronik.
2. Menyenaraikan ciri-ciri perdagangan elektronik.
3. Menghuraikan kebaikan serta kelemahan perdagangan elektronik.
4. Memahami aspek perundangan dalam perdagangan elektronik.

PENGENALAN

Perbincangan dalam bab yang lalu, jelas menunjukkan bahawa internet


mempunyai peranan yang penting dalam sektor perniagaan. Jaringan ini
dapat membolehkan aktiviti perdagangan elektronik atau E-dagang
dijalankan. Menurut Stair dan Reynolds (2014), perdagangan elektronik
bolehlah didefinisikan sebagai penggunaan jaringan komputer untuk
melakukan aktiviti-aktiviti perniagaan (termasuklah pengedaran, pemasaran,
penjualan dan pembelian) secara elektronik. Dengan perdagangan
elektronik, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual
beli di mana sahaja di dunia ini. Jumlah nilai perdagangan elektronik
dijangka akan melonjak naik dari setahun ke setahun. Perdagangan
elektronik telah menukar corak operasi sesebuah organisasi dengan
organisasi yang lain. Ia juga memberi kesan kepada gaya hidup masyarakat.
Selain itu, penggunaan teknologi mudah alih seperti tablet dan telefon
pintar telah membentuk satu lagi cabang bagi perdagangan elektronik
yang dikenali sebagai M-dagang (mobile commerce).

JENIS-JENIS PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Secara amnya, terdapat tiga jenis kategori utama perdagangan elektronik


iaitu di antara perniagaan dan perniagaan(B2B), di antara perniagaan dan
pengguna (B2C) dan di antara pengguna dan pengguna (C2C) (Laudon
&Laudon 2011). Kategori-kategori ini dibentuk berasaskan pihak-pihak
yang terlibat dalam aktiviti perdagangan elektronik.

Kategori yang pertama ialah B2B. Ia akan melibatkan transaksi di antara dua
atau lebih perniagaan atau syarikat. Secara kebiasaanya, satu pihak
merupakan syarikat pembekal bahan mentah dan pihak yang lain ialah
103
syarikat yang memerlukan bahan mentah tersebut. Contoh B2B ialah
pasaran atas talian di mana pembeli dan pembekal bahan mentah akan
bertemu. Konsepnya adalah sama seperti pasar malam yang kita lawati.
Akan tetapi, pasaran jenis ini adalah bersifat maya.

Kategori yang kedua pula iaitu B2C. Secara amnya, ia akan melibatkan
transaksi di antara pengeluar atau penjual sesuatu produk dan pengguna
terakhir. Contohnya ialah apabila kita membeli tiket kapal terbang melalui
laman web Airasia.

Kategori yang ketiga iaitu C2C. Ia melibatkan transaksi di antara pengguna


terakhir dengan pengguna terakhir. Laman web seperti Ebay menyediakan
tempat untuk kedua-dua pihak ini untuk menjual dan membeli produk
secara atas talian. Secara kebiasaanya, produk-produk yang dijual adalah
produk terpakai (secondhand) dan produk baru. Contohnya ialah seperti
kereta dan telefon pintar terpakai.

CIRI-CIRI PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengkategorikan


sesebuah perniagaan itu sebagai perdagangan elektronik. Di antara ciri
tersebut adalah ia mestilah bersifat maya, 24 jam atas talian , dilakukan
tanpa sempadan, dan akhir sekali ia menggunakan internet sebagai
perantaraan.

Bersifat Maya (Virtual)

Secara amnya, konsep perniagaan secara elektronik bukan sahaja


melibatkan aktiviti membeli belah dalam talian, bahkan merangkumi
pengendalian urus niaga perniagaan dengan pelanggan, pembekal, vendor
dan pihak-pihak yang berhubung kait dengan rantaian nilai sesebuah
perniagaan. Maya merupakan suatu keadaan di mana sesuatu perkara itu
pada hakikatnya wujud (urusan perniagaan elektronik) tetapi yang
membezakannya daripada kebiasaan (perdagangan manual) ialah ia tidak
dapat dilihat secara fizikal.

24 Jam Atas Talian (on-line)

Perniagaan konvensional memerlukan perantara-perantara yang begitu


kompleks seperti stor pergudangan/peruncitan dan pekerja untuk
menjalankan aktiviti perdagangan. Namun demikian, perdagangan
elektronik tidak memerlukan perantara-perantara yang begitu kompleks
melainkan komputer, modem dan server. Selain itu, ia tidak banyak
menimbulkan kerenah dan halangan kepada para pengguna kerana selain
bersifat atas terus (on-line) dan selesa, perdagangan elektronik juga dapat
memberi banyak kemudahan kepada pengguna. Ini adalah kerana
perdagangan elektronik dijalankan 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
104
Pelanggan hanya perlu melayari laman web syarikat dalam internet
untuk mendapatkan barangan dan servis yang mereka perlukan.

Berbanding dengan kaedah perdagangan konvensional yang memerlukan


modal yang besar, bilangan pekerja yang ramai, di samping terikat dengan
kekangan waktu operasi.

Tanpa Sempadan (Borderless)

Jaringan internet yang meliputi seluruh kawasan di dunia ini


membolehkan pihak peniaga mengembangkan perniagaannya ke luar
negara dengan mudah. Perdagangan elektronik dapat dijalankan di seluruh
dunia tanpa mengira pengguna dari negara mana yang terlibat kerana
seluruh dunia dianggap sebagai satu kawasan sahaja.

Internet Sebagai Medium Perantara

Internet merujuk kepada jaringan komputer yang terbesar di dunia di


mana ia mengandungi kumpulan jaringan-jaringan kecil di dalamnya.
Perdagangan elektronik menggunakan aplikasi internet sebagai medium
perantaraan untuk menjalankan proses perdagangan. Pengguna hanya perlu
melayari halaman web syarikat-syarikat yang dikehendaki di dalam internet
untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
syarikat. Oleh yang demikian, keperluan-keperluan untuk menjalankan
perdagangan elektronik perlu dipenuhi seperti penyediaan modem, talian
telefon, langganan talian dari pihak yang menyediakan kemudahan internet
dan sebagainya.

KELEBIHAN PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Perdagangan elektronik mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan


perdagangan tradisional. Ini adalah kerana selain daripada ciri-ciri
istimewa yang terdapat di dalam perdagangan elektronik itu sendiri,
ia juga memberi kesan ke atas aspek-aspek campuran pemasaran,
promosi dan sebagainya. Bahagian ini akan membincang tentang
kelebihan perdagangan elektronik.

Pasaran Global

Apabila anda membina sebuah laman web untuk menjual produk anda,
anda, secara tidak langsung telah memperkembangkan pasaran anda ke
peringkat global. Laman web tersebut boleh dilihat oleh semua orang yang
mempunyai akses kepada internet.

105
Produk Yang Sama

Melalui perdagangan elektronik, setiap pengguna berpeluang untuk


mendapatkan produk yang sama tidak kira di mana mereka berada.
Secara tidak langsung, kepuasan pengguna akan berada pada tahap
optimum. Bagi pengeluar, ini merupakan satu kelebihan persaingan
kerana syarikat tidak perlu mengeluarkan produk yang berlainan bagi
segmentasi pasaran yang berlainan.

Penjimatan Kos Dan Masa

Perdagangan elektronik boleh menjimatkan kos dan masa bagi pengguna


dan pemasar. Dengan adanya perdagangan elektronik, pengguna hanya
perlu membuat pembelian dari terminal komputer di rumah dan
barangan yang dipesan akan dihantar ke rumah. Oleh itu, pengguna tak
perlu membazirkan masa dan kos untuk pergi ke kedai. Dengan ini,
pengguna dapat mengelakkan kos pengangkutan dan kos-kos lain
yang mungkin timbul dalam usaha untuk mendapatkan produk tersebut.
Produk yang dibeli melalui cara ini, secara kebiasaanya, adalah lebih murah
kerana pengguna membeli terus daripada pengeluar tanpa melalui pihak
ketiga seperti pemborong dan peruncit yang akan meletakkan margin
keuntungan ke atas produk yang dijual.

Bagi pengeluar pula, ia dapat menjimatkan kos dan masa kerana ia tak
perlu membina pasaraya yang berbentuk fizikal untuk menjual
dan menyimpan produknya. Kos pengiklanan juga dapat dikurangkan
kerana kos pengiklanan secara atas talian adalah
tidak begitu mahal berbanding dengan kos
pengiklanan media t r a d i s i o n a l . Contohnya, untuk
menerbitkan iklan, pihak pengeluar perlu memilih media pengiklanan
seperti suratkhabar, majalah, radio ataupun televisyen. Oleh kerana liputan
media komersial ini tidak meluas, maka pengeluar perlu menggunakan
lebih banyak media dan ini akan meningkatkan kos operasi. Jadi, kos
pengiklanan secara atas talian adalah lebih murah berbanding dengan kos
pengiklanan media tradisional.

Kemudahan Mengutip Maklumat Pelanggan

Perdagangan elektronik dapat memudahkan lagi pengeluar atau


pemasar untuk mengutip data dan maklumat yang berharga mengenai
pelanggan mereka.Contohnya, semasa pelanggan membuat pesanan secara
on-line, terdapat sistem maklumat yang boleh mengumpul maklumat
mereka secara automatik. Dengan maklumat yang ada ini, pengeluar atau
pemasar dapat membentuk satu sistem maklumat pelanggan yang dapat
digunakan untuk membantu menjayakan lagi perniagaan. Pengeluar dapat
mengenal pasti pelanggan-pelanggan yang berpotensi dan menbentuk
106
hubungan yang lebih rapat dengan mereka.

Kemudahan Pembayaran Tunai Elektronik (e-Cash)

Perdagangan elektronik dapat menyediakan beberapa kemudahan


pembayaran yang boleh mengambil-alih bayaran secara tunai. Di antara
kaedah-kaedah tersebut ialah penggunaan kad kredit, p e m i n d a h a n
d u i t s e c a r a e l e k t r o n i k m e l a l u i a k a u n b a n k dan
akaun perbankan atas talian dan juga melalui
perkhidmatan pembayaran pihak ketiga seperti
P a y p a l . K aedah-kaedah ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada
pengguna. Masalah pertukaran wang asing tidak lagi wujud kerana
mekanisme pertukaran berlaku pada masa sebenar (realtime).
Perbezaan kadar pertukaran juga tidak membebankan pengguna kerana
segalanya berlaku secara automatik dan tidak timbul keadaan yang dikenali
sebagai arbitraj di mana perbezaan kadar pertukaran matawang di negara
yang berlainan akan menyebabkan kerugian kepada pengguna.

Di samping itu , pengguna tidak perlu lagi bimbang tentang


keselamatan dalam penghantaran pembayaran. Kaedah klasik dalam
pembayaran yang masih bersifat fizikal seperti penghantaran tunai, cek,
kiriman wang dan sebagainya mempunyai risiko yang berkemungkinan
bukti pembayaran tersebut hilang, rosak, tidak dapat dikenal pasti dan
sebagainya. Semua kemungkinan ini akan merugikan pengguna dan
melambatkan urus niaga yang dijalankan. Melalui tunai elektronik,
pengguna akan dimaklumkan apabila pembayaran telah dibuat dan bukti
pembayaran akan disahkan pada masa sebenar.

Kemudahan Bil Elektronik (e-Bill)

Apabila perdagangan elektronik mula mengambil tempat dalam dunia


perniagaan, bil elektronik akan menggantikan bil-bil fizikal yang
digunakan sekarang. Ini bermakna penggunaan kertas sebagai bil
pembayaran akan berkurangan dari masa ke semasa. Ini akan
mempercepatkan lagi proses perniagaan dan pembayaran.

KEBURUKAN PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Walaupun perdagangan elektronik mempunyai banyak kelebihan,


namun kaedah ini juga ada kelemahannya. Kita akan membincang
tentang kelemahan-kelemahannya di bahagian seterusnya.

Masalah Keselamatan

Faktor keselamatan merupakan masalah utama yang menjadi kekangan


kepada amalan perdagangan elektronik. Contohnya, pencerobohan yang
dilakukan oleh penggodam (hackers) terhadap server atau laman web
107
organisasi tanpa disedari oleh pengguna dan pemilik. Masalah ini menjadi
tumpuan utama semasa pelanggan ingin membuat bayaran secara atas
talian. Persoalan di sini ialah adakah laman web yang dimiliki oleh peniaga
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang canggih untuk memastikan bahawa
maklumat yang diberikan oleh pelanggan tidak dicuri oleh pihak ketiga.

Masa Menunggu

Di antara masalah lain yang sering menjadi halangan kepada perdagangan


elektronik ialah masa menunggu yang lama. Ini berlaku terutamanya
kepada barangan fizikal yang dipesan melalui internet. Sekiranya terdapat
sedikit kesilapan, masa yang diperlukan untuk menghantar produk akan
meningkat. Contohnya, pemberian maklumat yang tidak lengkap oleh
pelanggan atau kesilapan ketika membuat pesanan akan mengakibatkan
syarikat pengeluar menghadapi masalah untuk menyediakan dan
menghantar produk tersebut.

Perkhidmatan Jualan

Masalah seterusnya m e m p u n y a i kaitan dengan perkhidmatan


jualan . Contohnya, pelanggan tidak dapat melihat contoh atau menguji
produk tersebut. Mereka hanya dapat melihat gambar tentang produk
yang ingin dibeli tanpa mengetahui/melihat saiz sebenar produk
tersebut. Masalah akan timbul apabila produk yang dilihat tidak sama
dengan produk yang diterima.

Hubungan antara Pelanggan dan Pengeluar

Dalam operasi perdagangan elektronik, tidak berlaku hubungan secara


langsung di antara pengguna dan pemasar. Hal ini berlaku kerana
hubungan ini hanya wujud melalui skrin komputer yang menghadkan
hubungan langsung seperti bentuk perdagangan biasa. Selain daripada
itu, pelanggan juga tak ada peluang untuk bermesra dengan penjual.
Hubungan yang tak erat ini akan menyebabkan pelanggan menghadapi
kesukaran untuk meminta khidmat nasihat tentang sesuatu produk.

ASPEK PERUNDANGAN DALAM PERDAGANGAN


ELEKTRONIK

Memandangkan bahawa perdagangan elektronik adalah perdagangan yang


bersifat global , maka terdapat beberapa isu perundangan yang harus diberi
tumpuan untuk memastikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan
perdagangan elektronik dapat dipercepatkan. Antara persoalan yang
penting adalah sama ada perdagangan elektronik patut dikawal di bawah
satu peraturan tertentu atau dibiarkan tanpa kawalan. Jika tiada peraturan
atau undang- undang d iwujudkan, perlukah diwujudkan satu garis
panduan atau kod perilaku? Semua persoalan ini masih belum
108
dijawab dengan memuaskan. Sementara itu, beberapa isu dasar yang
rumit masih lagi di bawah pertimbangan oleh beberapa negara. Antara
isu-isu ini adalah seperti berikut:

a.Tarif.
Wajarkah cukai import dikenakan terhadap pihak yang membeli
barangan atau perkhidmatan melalui internet?

b.Cukai.
Bagi cukai pendapatan dan cukai jualan, persoalan yang
dibangkitkan ialah wajarkah cukai sedemikian dikenakan kepada
penjual? Jika cukai pendapatan dikenakan, apakah asasnya? Jika cukai
jualan hendak dihapuskan, apakah implikasinya terhadap hasil negara?

c.Kesahan.
Isu kesahan di sini merujuk kepada tindakan untuk memastikan bahawa
urus niaga yang dijalankan adalah benar-benar sah atau identiti pihak
yang menjalankan urusniaga itu adalah betul-betul sah . Satu langkah
yang boleh diambil untuk memastikan aspek kesahan ialah melalui
tandatangan digital. Ia berfungsi seperti tandatangan bertulis biasa.
Tandatangan digital ini merupakan nombor yang dikeluarkan melalui
pengiraan kompleks yang melibatkan mesej tertentu.

Adakah undang-undang tandatangan digital yang kini sedang digubal dan


akan dilaksanakan oleh semua negara sudah memadai atau masih lagi ada
kekurangannya? Akta Tandatangan Digital negara kita telah digubal
berasaskan undang-undang yang d i pakai di Utah, Amerika
Syarikat, iaitu satu-satunya undang-undang yang kini banyak
menerima kecaman dan kritikan. Adakah akta yang kita hendak
laksanakan ini sudah sempurna, atau masih perlu dikemas kini?

d.Kerahsiaan.
Isu kerahsiaan di sini mempunyai kaitan dengan data peribadi.
Persoalan yang timbul ialah apakah tindakan undang- undang yang
boleh diambil terhadap pihak peniaga yang membocorkan maklumat
pelanggan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran pelanggan?

e.Harta Intelektual.
Adakah harta intelektual pihak-pihak yang berdagang selamat
dan dilindungi di semua negara di mana mereka mempamerkan
p r od uk ny a melalui internet? Apakah yang akan terjadi jika
berlakunya perlanggaran hak cipta produk mereka di negara-negara
tersebut? Apakah remedi yang ada pada mereka?

109
f.Perlindungan Pengguna.
Kemajuan yang dicapai melalui perdagangan elektronik tidak sepatutnya
menyebabkan undang-undang negara mengenai perlindungan
pengguna diketepikan ataupun diperkecilkan. Jika produk yang dibeli
menerusi internet tidak sesuai untuk keperluan pengguna, tidak
mematuhi spesifikasi yang dikehendaki ataupun memudaratkan diri
pengguna, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna terhadap
penjual produk terbabit?

g.Bidang Kuasa.
Persoalan yang timbul adalah di manakah tindakan undang-undang patut
difailkan jika pengguna ingin mengambil tindakan undang-
undang terhadap penjual produk menerusi internet atas sebab-sebab
tertentu? Terdapat juga persoalan lain seperti jika sekiranya tindakan
undang-undang diambil oleh pengguna, undang-undang negara manakah
yang patut diterima pakai?

Walau apa pun persoalan yang timbul, aspek perundangan dalam


perdagangan elektronik perlulah diberi perhatian yang sewajarnya
oleh kerajaan demi untuk melindungi hak dan kepentingan para
pengguna.

KESIMPULAN

Perdagangan elektronik m e m a n g telah memberi impak yang besar


terhadap cara hidup dan gaya masyarakat berbelanja. Ia dapat
memudahkan proses pembelian dan menjimatkan kos perbelanjaan dan
masa. Namun begitu, kita juga harus peka tentang isu keselamatan semasa
membeli melalui internet. Ini adalah kerana terdapat kes-kes di mana
pembeli telah ditipu. Oleh itu, aspek perundangan harus dipertingkatkan
untuk memastikan bahawa aktiviti ini dapat berkembang.

110
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.Kategori perdagangan elektronik ____ biasanya melibatkan penguna


dengan pengguna.

2.Menjual produk kepada pelanggan di dalam world wide web


merupakan suatu contoh .

3. merujuk kepada kumpulan j a r i n g a n komputer terbesar di


dunia di mana ia mengandungi kecil di
dalamnya.

4.Akta Tandatangan Digital negara kita telah digubal berasaskan


undang-undang di .

5.Terangkan maksud perdagangan elektronik.

6.Bincangkan kemudahan bil elektronik.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

111
BAB 9

SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:

1. Membincangkan empat aktiviti yang berlaku dalam


proses pembentukan keputusan.
2. Menjelaskan bagaimana komponen-komponen di dalam sistem
sokongan keputusan berfungsi.
3. Membincangkan s i s t e m m a k l u m a t g e o g r a f i k
dan sistem pakar.
4. Menjelaskan k e b a i k a n d a n k e l e m a h a n s i s t e m
pakar.

PENGENALAN

Untuk bab ini , kita akan membincang tentang sistem sokongan


keputusan (SSK) atau decision support system. SSK merupakan
sebahagian daripada sistem maklumat yang dibentuk untuk membantu
pihak pengurusan dalam proses membuat keputusan. Sebelum saya
membincang sistem ini dengan lebih mendalam, cuba anda renungi senario
yang paparkan di bawah.

Puan Zaharah ialah seorang pengurus butik pakaian yang terkenal di


Kuala Lumpur. Sejak akhir-akhir ini, beliau telah menerima rungutan
daripada pelanggan tentang harga produknya. Pelanggannya telah
meminta supaya harga produk diturunkan kerana masalah
kegawatan ekonomi yang berlaku sejak tahun lepas. Beliau menghadapi
masalah untuk membuat keputusan. Patutkah beliau menurunkan
harga produknya atau menawarkan pakej alternatif untuk meningkatkan
lagi hasil jualan produknya. Ini adalah satu senario yang sering kali
dihadapi oleh s e o r a n g pengurus.

112
Keputusan yang hendak diambil oleh Puan Zaharah sudah tentu akan
melibatkan risiko yang tinggi dan bantuan yang boleh diperolehi dari
sistem SSK akan sekurang-kurangnya dapat meminimumkan risiko
tersebut. Jika dibandingkan dengan sistem-sistem lain, SSK adalah lebih
disasarkan kepada sesuatu keputusan yang spesifik atau darjah-darjah
keputusan yang meliputi penilaian, peramalan dan sebagainya.

Andaikan syarikat yang anda bekerja menghadapi


kesukaran untuk membuat keputusan sama ada hendak
membeli atau menjual saham di dalam keadaan ekonomi
sekarang. Anda sebagai pengurus pelaburan sudah tentu
berada di dalam dilema untuk membuat keputusan. Pada
pendapat anda, apakah ciri-ciri yang patut ada pada SSK
untuk membolehkan sistem ini berfungsi dengan lebih
baik?

Jika anda sudah ada jawapan kepada persoalan di atas, simpan dulu
jawapan anda. Kita akan membincang tentang latar belakang SSK terlebih
dahulu.

LATAR BELAKANG SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN

Menurut Herbert A. Simon ( Haag & Cummings, 2013), proses


membuat keputusan akan melibatkan empat aktiviti. Aktiviti-aktiviti
tersebut ialah:

a.Aktiviti perisikan.
Di mana kita melihat persekitaran kita dan mengumpul maklumat
untuk menentukan sama ada terdapat masalah yang perlu dicari
penyelesaiannya.

b.Aktiviti mereka bentuk.


Aktiviti ini berlaku apabila kita mencipta, membentuk dan menganalisis
beberapa alternatif penyelesaian.

c.Aktiviti memilih.
A k t i v i t i d i m a n a kita membuat pilihan yang terbaik daripada beberapa
alternatif yang kita ada.

d.Aktiviti implementasi.
Ia merujuk kepada pelaksanaan pilihan kita dan aktiviti menilai semula keputusan
yang kita telah buat.

113
Menurut O’Brien dan Marakas (2008), terdapat 3 jenis keputusan yang
akan dibuat oleh pengurus dalam sebuah organisasi iaitu keputusan
berstruktur, keputusan separa struktur dan keputusan tidak berstruktur.
Secara kebiasaanya, keputusan yang berstruktur dibuat untuk
menyelesaikan satu masalah yang berstruktur. Keputusan berstruktur
merujuk kepada keputusan yang boleh dibuat apabila seseorang pengurus
mengikut beberapa langkah yang telah ditetapkan. Contoh keputusan
tersebut ialah berapakah jumlah bahan mentah yang kita boleh beli?.
Jawapan untuk soalan tersebut boleh diperolehi dengan membahagikan
jumlah wang yang ada dengan harga seunit bahan mentah . Keputusan ini,
secara kebiasaanya, akan dibuat oleh pengurus bawahan atau operasi.

Sementara itu, keputusan yang separa struktur dan tidak berstruktur


mempunyai kaitan dengan masalah separa struktur dan masalah tidak
berstruktur. Keputusan separa struktur pula merujuk kepada keputusan
yang mana hanya sebahagian daripadanya boleh dibuat dengan
menggunakan langkah-langkah yang telah ditetapkan. Namun, langkah-
langkah tersebut tidak mencukupi untuk memberi cadangan tentang
alternatif yang harus diambil. Keputusan tak berstruktur pula merujuk
kepada keputusan yang tidak mempunyai langkah-langkah yang telah
ditetapkan. Keputusan yang berkaitan dengan strategi jangkamasa panjang
mempunyai elemen-elemen keputusan separa struktur dan keputusan tak
berstruktur. Contohnya, apakah perniagaan yang akan diceburi oleh
syarikat pada lima tahun akan datang? Untuk membuat keputusan yang
sedemikian, perbincangan secara kumpulan dan analisis secara ad hoc dan
terperinci harus dilakukan. Keputusan ini biasanya dibuat oleh pengurus
atasan.

SSK merupakan sejenis sistem maklumat yang merangkumi koleksi


manusia, tatacara-tatacara, perisian, pangkalan data, pangkalan model dan
alat-alat yang digunakan untuk membantu pengurus untuk membuat
keputusan yang bersifat separa struktur dan tidak berstruktur (Haag &
Cummings, 2013).

SSK dibangunkan setelah mengambil kira kekangan yang terdapat di


dalam fungsi sistem maklumat pengurusan (SMP) yang tidak dapat
membantu pengurus dalam kesemua empat aktiviti pembuatan keputusan.
Seperti yang telah dibincangkan di dalam bab-bab yang lepas, SMP
adalah satu sistem yang menghasilkan output dalam bentuk laporan
yang sistematik untuk kegunaan para pengurus.

Pada peringkat permulaan, SSK hanyalah disasarkan kepada pengurusan di


peringkat atasan dan peringkat pertengahan sahaja. Akan tetapi, pada
masa sekarang, ia digunakan oleh semua peringkat organisasi. Sistem
ini boleh menjadi sistem yang berdikari (stand alone) ataupun
diintegrasikan dengan sistem yang telah wujud seperti sistem pemprosesan
transaksi dan sistem maklumat pengurusan.

114
FUNGSI SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN

Seperti yang telah dinyatakan tadi, SSK bertujuan untuk membantu pihak
pengurusan mendapatkan penyelesaian kepada masalah atau
keputusan separa struktur dan masalah atau keputusan tidak berstruktur.
SSK mempunyai pelbagai fungsi. Di antaranya termasuklah:

a.membantu dalam pembangunan model pembuatan keputusan


untuk pengurus. Contohnya, model matematik untuk lihat kesan pelbagai
variabel. a=b+yc-xb

b.membenarkan analisis what if. Iaitu membolehkan pengurus


menilai impak perubahan. Contohnya, kesan perubahan jumlah
kos pengiklanan terhadap jumlah jualan.

c.membuat pencarian untuk mencapai matlamat. Iaitu membolehkan


pembuat keputusan menentukan nilai input yang harus dilaburkan untuk
mencapai sesuatu matlamat tertentu. Berapakah jumlah wang yang perlu
dilaburkan untuk meningkatkan jumlah jualan sebanyak 10%?

d.menganalisis risiko. Contohnya menganalisis kesan negatif cukai


GST kepada syarikat.

e.menyediakan alat-alat bantuan pembuatan keputusan seperti analisis


graf yang membolehkan pembuat keputusan melihat data dan
maklumat dalam format graf. Perkara ini dapat memudahkan pengurus
untuk melihat sesuatu maklumat atau data.

Berdasarkan fungsi-fungsi SSK di atas, k i t a p e r l u p e k a bahawa


sesebuah SSK bukanlah sistem yang membuat keputusan bagi pihak
pengurus. Ia hanya membantu sahaja dan orang yang bertanggungjawab
untuk membuat keputusan ialah pengurus. Malah, objektif sesebuah SSK
hanyalah untuk:

a.membantu pengurus menyelesaikan masalah separa struktur dan tidak


berstruktur.

b.menyokong pertimbangan yang dibuat oleh pengurus dan


bukan membuat pertimbangan untuk pengurus.

c.meningkatkan keberkesanan keputusan yang dibuat dan bukan


meningkatkan kecekapan pembuatan keputusan pengurus.

115
KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM SOKONGAN
KEPUTUSAN

Terdapat e m p a t komponen utama dalam SSK iaitu antara muka


pengguna, sistem pangkalan data, sistem pengurusan model atau pangkalan
model dan penjana SSK atau DSS Generator. Bagi memudahkan
pemahaman anda dalam perbincangan ini, sila rujuk kepada model SSK
yang dipaparkan dalam rajah 9.1.

Rajah 9.1
Model Sistem Sokongan Keputusan

Antara muka pengguna

Sistem Pangkalan Data

Pangkalan Model dan


Penjana SSK

Antara Muka Pengguna

Komponen antara muka pengguna (user interface) SSK membenarkan


dan membolehkan pihak yang mahu membuat keputusan, mencapai,
memanipulasi dan berinteraksi dengan sistem ini. Contohnya, dalam
Microsoft Excel, anda boleh cut and paste data dan memilih jenis analisis
atau model (seperti analisis regressi) yang hendak digunakan untuk
menganalisa data tersebut.

Sistem Pangkalan Data

Data untuk membuat keputusan boleh diperolehi secara dalaman atau


luaran. Terdapat pelbagai data yang boleh diperolehi dari pangkalan data
luaran seperti pangkalan data jurnal-jurnal akademik, pangkalan data
statistik yang disediakan oleh jabatan statistik Malaysia dan
sebagainya.Sumber-sumber data dalaman pula terdiri daripada data- data
yang dihasilkan oleh sistem maklumat perakaunan atau sistem
pemprosesan transaksi dan juga sistem maklumat pengurusan. Kesemua
data ini perlu diurus oleh sistem pengurusan pangkalan data. Sistem
pengurusan pangkalan data (DBMS) berfungsi untuk mengkompilasi,
116
memanipulasi, menghasilkan, mengemas kini, menyebarkan dan
menyelenggara data.

Sistem Pangkalan Model

Pangkalan model atau sistem pengurusan model di dalam SSK


bertujuan untuk menyimpan model dan membolehkan pihak
pembuat keputusan mencapai pelbagai model sama ada kuantitatif atau
kualitatif untuk digunakan semasa membuat keputusan. Selain itu, ia
juga digunakan untuk mereka bentuk kamus model. Kebanyakan
pangkalan model mempunyai komponen pembangun model yang
membolehkan pengguna mereka bentuk, mengubah, menyelenggara dan
mengurus model. Model merupakan satu komponen yang penting kerana
ia digunakan di dalam banyak tugasan seperti mereka bentuk fasiliti
pembuatan, menganalisa kewangan syarikat, meramal permintaan ke atas
sesuatu produk dan lain- lain. Oleh itu, fungsi sistem pengurusan model
ialah membangunkan, memilih, memanipulasi, mengemas kini,
menyelenggara dan menyebarkan penggunaan model. Penggunaan model-
model ini juga bergantung kepada keperluan pembuat keputusan.
Pembuat keputusan boleh menggunakan satu atau lebih daripada satu
model untuk membantunya dalam proses membuat keputusan. Antara
model-model yang terdapat di dalam sistem pengurusan model ialah:

a.Model Statistik
Kegunaan model ini adalah untuk menyediakan ringkasan
statistik, ramalan trend, pengujian hipotesis atau membuat
andaian. Model statistik digunakan di dalam bidang kewangan,
pemasaran, perakaunan, sumber manusia, kawalan kualiti dan
pengurusan. Di antara contoh perisian bagi model ini ialah Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) atau Statistical Analysis Software (SAS).

b.Model Kewangan dan Perakaunan


Model ini digunakan untuk menyediakan analisis berkaitan dengan
kewangan seperti menyediakan aliran tunai, analisis pelaburan dan
lain- lain. Perisian yang seringkali digunakan untuk model ini ialah
LOTUS 1-2-3 dan juga Microsoft Excel.

Penjana Sistem Sokongan Keputusan

SSK dapat dibangunkan dengan menggunakan penjana S S K . Penjana


SSK m e rujuk k e p a d a alat- alat pengurusan data, lembaran elektronik,
penghasil laporan, alat-alat pembangunan model, pakej statistik, grafik,
bahasa persoalan (query language) yang boleh digunakan oleh juruanalisa
sistem untuk membangunkan SSK. Di antara contoh perisian yang
boleh menjana SSK ialah perisian seperti SYMPHONY, EXCEL, dan
juga LOTUS.

117
SSK juga dapat dibangunkan dengan menggunakan DSS Shells. DSS
Shells mengandungi versi rangka pangkalan data, pangkalan model dan
antara muka. Dengan adanya DSS Shells, pakar IT tidak
perlumembangunkan pangkalan data , sistem pengurusan model dan antara
muka pengguna yang baru. Seseorang pengguna hanya perlu
menghubungkan Shells dengan pangkalan data luaran atau dalaman yang
sedia ada serta menginput model yang bersesuaian untuk
mendapatkan SSK yang berfungsi sepenuhnya. Oleh itu, secara
ringkasnya, SSK bolehlah dibangunkan oleh juruanalisa sistem di
sesebuah organisasi dengan bantuan penjana SSK dan DDS Shells.

SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN BERKUMPULAN

Sistem sokongan keputusan berkumpulan (SSKK) atau g roup


decision support system m er up ak a n s e j en is s is t em interaktif
berdasarkan komputer yang digunakan untuk memudahkan pembuatan
keputusan secara berkumpulan (Desantis dan Gallupe, 1987). Sistem ini
dapat meningkatkan kualiti pembuatan keputusan secara berkumpulan.
SSKK d a p a t memudahkan pengaliran dan penukaran maklumat di
antara ahli-ahli dalam organisasi. Dengan adanya SSKK, satu keputusan
yang diterima oleh semua ahli dapat dihasilkan dengan lebih cepat.

Fungsi Sistem Sokongan Keputusan Berkumpulan

Sebelum membincang tentang fungsi SSKK, saya ingin menjelaskan


kepada anda tentang bahagian-bahagian yang terdapat di dalam sistem
ini. Terdapat peralatan dan perisian yang mesra pengguna (user friendly) di
dalam SSKK. Di antaranya ialah seperti berikut:

a.Soal selidik elektronik.


S oal selidik yang digunakan untuk mengumpul maklumat atau
pendapat daripada ahli-ahli kumpulan. Identiti ahli-ahli yang memberi
pendapat akan dirahsiakan.

b.Alat-alat percambahan fikiran secara elektronik.


Alat- alat yang membolehkan ahli-ahli menyatakan, mengongsi dan
menganalisa idea.

c.Alat penyusunan idea.


Alat-alat yang digunakan untuk memudahkan penyelarasan, kompilasi
dan p enyusunan idea mengikut keutamaan.

d.Alat-alat pengundian.
Alat-alat yang digunakan untuk menyatakan pemilihan ke atas sesuatu
idea. Identiti pengundi juga boleh disembunyikan untuk memastikan
bahawa orang tidak takut untuk mengundi.

118
Di antara fungsi SSKK ialah:

a.menggalakkan ahli-ahli untuk menyumbang buah fikiran untuk


menyelesaikan masalah.

b.menggalakkan penghasilan idea yang tidak dikritik kerana penyumbang


sesuatu idea itu tidak diketahui pengenalan dirinya. Penyumbang idea
akan berasa bebas untuk menyatakan pendapatnya tanpa perlu takut
dikritik.

c.menyumbang kepada suasana mesyuarat yang lebih berorientasikan


kerjasama. Penyumbang pendapat tidak perlu khuatir tentang
penilaian yang akan dibuat oleh ketua jabatan kerana identiti diri
penyumbang tidak akan didedahkan.

Pengoperasian Sistem Sokongan Keputusan Berkumpulan

Secara kebiasaanya, operasi SSKK akan bermula dengan proses


penerimaan data atau jawapan kepada soal selidik elektronik yang
dibuat oleh ahli-ahli. Kesemua data yang diinput oleh setiap ahli akan
dipaparkan pada skrin komputer tanpa mendedahkan pengenalan diri
ahli kepada umum. Melalui sistem ini, pengerusi boleh mengira undi bagi
setiap jawapan yang diberikan. Jawapan yang mendapat undi yang tertinggi
akan dipilih sebagai penyelesaian yang terbaik.

Selain daripada itu, SSKK juga boleh dikendalikan dalam pelbagai cara
(Stair & Reynolds, 2012).Hal ini bergantung kepada keperluan
kumpulan, frekuensi atau kekerapan aktiviti pembuatan keputusan
secara berkumpulan , dan lokasi f i z i k a l ahli-ahli kumpulan. Antara
alternatif kaedah pengoperasian SSKK ialah:

a.Bilik Mesyuarat.
Kaedah operasi bilik mesyuarat sesuai untuk situasi di mana pembuat
keputusan berada di dalam bangunan atau bahagian geografi yang sama
dan frekuensi membuat keputusan secara berkumpulan adalah tidak
begitu kerap.Kaedah operasi bilik mesyuarat yang baik akan
menggunakan kombinasi interaksi bersemuka dan teknologi
perkomputeran. Sebagai contoh, di dalam bilik mesyuarat, perlu ada
sebuah komputer yang berfungsi seperti komputer pusat atau
stesen kawalan, projektor dan beberapa komputer peribadi untuk
kegunaan ahli-ahli kumpulan yang terbabit.

b.Jaringan Setempat.
Kaedah ini sesuai untuk digunakan apabila ahli-ahli kumpulan berada di
dalam satu bangunan atau kawasan geografi yang sama dan aktiviti
membuat keputusan perlu dilakukan secara kerap (setiap satu atau dua
hari). Dalam kes ini, teknologi dan peralatan pendekatan SSKK
119
seperti komputer yang dilengkapkan dengan jaringan setempat akan
diletakkan di dalam pejabat ahli-ahli kumpulan yang terbabit. Oleh itu,
mereka boleh membincang secara atas talian apabila aktiviti
pembuatan keputusan perlu dilakukan.

c.Telepersidangan atau Persidangan Video.


Kaedah telepersidangan sesuai untuk situasi di mana frekuensi aktiviti
membuat keputusan adalah rendah dan ahli pula berada berjauhan
di antara satu sama lain. Contohnya, satu ahli berada di Kuala Lumpur
sementara yang lain berada di Jeddah, Washington, Beijing dan Sydney.
Mereka ini boleh berjumpa secara fizikal. Akan tetapi, kadangkala,
terdapat kekangan yang tidak mengizinkan untuk mereka membuat
demikian. Oleh itu, cara ini merupakan alternatif yang terbaik kerana
sekiranya mereka menggunakan telepersidangan ini, mereka bukan
sahaja boleh bersemuka di antara satu sama lain, bahkan mereka tidak
perlu berpenat lelah untuk membuat perjalanan ke suatu tempat tertentu
untuk bersemuka secara fizikal.

d.Jaringan Antarabangsa.
Kaedah jaringan antarabangsa boleh dibentuk sekiranya frekuensi
pembuatan keputusan adalah tinggi dan ahli-ahli b e r a d a d i l o k a s i
f i z i k a l y a n g agak jauh. Organisasi boleh membentuk jaringan
antarabangsa sekiranya ahli-ahli perlu bersemuka secara kerap.

SSKK boleh mempertingkatkan kualiti pembuatan keputusan secara


berkumpulan dan memendekkan jangka masa untuk aktiviti
membuat keputusan serta memudahkan penyelesaian diterima secara
bersama. Selain daripada itu, ia juga dapat mengelak situasi yang
dikenali sebagai groupthink daripada berlaku. Groupthink berlaku apabila
ahli-ahli kumpulan terpengaruh untuk memilih alternatif yang dipilih oleh
majoriti walaupun pada dasarnya, ahli tersebut tidak bersetuju dengan
pihak majoriti. Dengan menggunakan SSKK, ahli-ahli juga tidak akan
mengetahui orang yang memilih alternatif tersebut kerana pengenalan
diri m e r e k a dirahsiakan.

Untuk bahagian yang seterusnya, kita akan membincang tentang dua jenis
SSK iaitu sistem maklumat geografik dan sistem pakar.

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFIK

Sistem ini merupakan satu sistem SSK yang menggunakan pangkalan


data geografik (berasaskan peta dan taburan) untuk membantu
pengurus semasa beliau ingin membuat keputusan yang berkaitan
dengan taburan geografik manusia dan pelbagai sumber yang lain
(O’Brien & Marakas, 2011). Contohnya, apabila sebuah syarikat ingin
membuka cawangan yang baru, pihak syarikat boleh menggunakan
120
sistem ini untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang mempunyai
konsentrasi penduduk yang tinggi. Oleh itu, cawangan yang baru hanya
akan dibuka di kawasan yang mempunyai konsentrasi penduduk yang
tinggi.

SISTEM PAKAR

Pernahkah anda pergi ke farmasi untuk membeli ubat batuk dan


kemudian maklumat tentang penyakit anda dimasukkan ke dalam
komputer? Sistem ini telah diprogramkan untuk mendiagnosis keadaan
penyakit anda dan ia akan mencadangkan kepada ahli farmasi tentang
ubat yang sesuai untuk anda. Inilah yang dinamakan sistem pakar.

Sistem pakar merupakan sejenis kepintaran buatan (artificial intelligence).


Sistem kepintaran buatan merupakan sejenis sistem yang
berkeupayaan untuk memaparkan gelagat yang dikira sebagai pintar jika
dilihat dari sudut manusia. Objektif kepintaran buatan bukanlah untuk
menggantikan manusia, tetapi untuk mengikut atau meniru tingkah laku
manusia dalam proses untuk menyelesaikan masalah tertentu. Namun
begitu, matlamat kepintaran buatan yang paling utama adalah untuk
membantu organisasi mencapai matlamatnya.

Sistem pakar merupakan program komputer yang cuba mewakili


kepintaran manusia dalam bentuk yang heuristik. Heuristik bermaksud
rule of thumb atau peraturan untuk meneka dengan baik. Masih ingatkah
anda tentang contoh yang saya berikan di bahagian pengenalan kepada
sistem pakar? Sistem pakar akan berfungsi sebagai seorang pakar dan akan
memberi nasihat seperti seorang pakar untuk menyelesaikan masalah
tertentu. Oleh kerana sistem ini berfungsi sebagai perunding, tindakan
untuk menggunakannya adalah dipanggil perundingan (consultation) iaitu
pengguna berunding dengan sistem untuk mendapatkan nasihat. Sistem
pakar sebenarnya sesuai untuk apa-apa jua tugas yang dijalankan
berasaskan alasan dan pengetahuan. Untuk memahami sistem ini
dengan lebih baik, anda perlu mengetahui ciri-ciri sistem pakar.

CIRI-CIRI SISTEM PAKAR

Sistem pakar mempunyai pelbagai ciri dan keupayaan. Antaranya adalah


seperti berikut:

a.Menerangkan Alasan dan Cadangan Keputusan.


Ciri yang sangat bernilai pada sistem ini ialah keupayaannya untuk
menerangkan bagaimana dan kenapa keputusan tersebut dicapai. Seperti
contoh yang telah saya berikan pada bahagian pengenalan tadi, sistem
ini boleh memberi alasan dan penerangan mengapa ubat batuk
121
A yang sepatutnya diberikan dan bukannya ubat B.

b.Memaparkan Gelagat Yang Pintar.


Dengan mengambil kira data-data yang telah dikumpul, sistem
pakar dapat mencadangkan idea-idea untuk menyelesaikan masalah. Ini
merupakan satu daripada ciri-ciri yang ada pada sistem yang dianggap
pintar.

c.Memanipulasikan Maklumat Yang Simbolik Dan Membuat


Kesimpulan.
Ciri ini bermaksud sistem ini mampu memahami imej-imej dan ayat-ayat
yang berbentuk simbolik dan bertindak balas terhadapnya. Walaupun
manusia telah biasa bekerja dengan imej yang boleh dilihat, satu hari
nanti, sistem pakar juga akan berupaya untuk meniru gelagat tersebut.

d.Menyediakan Pengetahuan Yang “Mudah Alih”.


Satu daripada keupayaan sistem pakar yang unik adalah ia
dapat digunakan untuk menyimpan dan mengekalkan kepakaran
manusia yang akan hilang. Satu contoh yang klasik ialah sistem pakar
yang dipanggil DELTA (Diesel Electric Locomotive Troubleshooting Aid)
yang dibangunkan untuk mengekalkan kepakaran David Smith, satu-
satunya jurutera yang mempunyai tahap pengetahuan teknikal yang
tinggi terhadap mesin.

e.Boleh Mengendalikan Ketidakpastian.


Walaupun dengan ketiadaan maklumat yang lengkap, sistem pakar masih
mampu mengendalikan sesuatu masalah dengan menggunakan kaedah
heuristik, sama seperti kebolehan seorang manusia.

Dengan adanya kebolehan-kebolehan di atas, sistem pakar b o l e h


digunakan untuk a k t i v i t i pembuatan keputusan dan untuk kerja-
kerja penetapan dan perancangan matlamat strategik organisasi.

KOMPONEN-KOMPONEN DALAM SISTEM PAKAR

Sistem pakar mengandungi himpunan komponen-komponen yang


berkaitan di antara satu sama lain seperti antara muka pengguna, asas
pengetahuan, enjin peramal dan enjin pembangunan (McLeod & Schell,
2007). Mari kita membincang komponen-komponen tersebut dengan
lebih lanjut.

122
Antara Muka Pengguna (User Interface)

Bahagian ini membenarkan pengurus berinteraksi dengan sistem pakar.


Pengurus boleh memasukkan arahan-arahan dan maklumat ke dalam
sistem pakar dan menerima maklumat daripadanya. Arahan-arahan
yang diberikan ini, biasanya akan mengkhususkan parameter yang
akan memberi panduan kepada sistem semasa proses pentaakulan
(reasoning).

Antara muka pengguna ini juga direka untuk menjana dialog dua arah di
antara sistem dan pengguna. Sistem akan memaparkan maklumat di
atas skrin dan pengguna akan memasukkan maklumat dengan
menggunakan papan kekunci, tetikus atau apa-apa sahaja jenis mekanisme
penunjuk.

Rajah 9.2
Komponen-Komponen dalam Sistem Pakar

Arahan Penyelesaian
dan dan Pengetahuan
Pengguna maklumat Penjelasan

Antara muka
Pengguna

Domain
Enjin Pangkalan Masalah
Peramal Pengetahuan

Enjin
Pembangunan

Pakar dan
Jurutera
Pengetahuan

123
Pangkalan Pengetahuan (Knowledge Base)

Pangkalan pengetahuan mengandungi semua maklumat, data, peraturan,


kes-kes dan perhubungan yang berkaitan dengan sesuatu bidang atau
domain masalah (problem domain). Oleh itu, pangkalan pengetahuan yang
berbeza diperlukan untuk kegunaan sistem pakar yang berbeza.
Sebagai contoh, sistem pakar perubatan akan mengandungi fakta-fakta
tentang penyakit-penyakit dan simptom- simptomnya.

Teknik popular yang digunakan untuk mewakilkan pengetahuan dalam


sistem pakar ialah teknik penggunaan peraturan. Peraturan akan
menetapkan perkara yang hendak dilakukan dalam sesuatu situasi dan ia
mengandungi dua bahagian, iaitu keadaan yang boleh jadi betul atau tidak
dan tindakan yang akan diambil jika keadaan adalah benar. Sebagai
contoh:

IF INCOME > RM45,000 (keadaan)


THEN PRINT NAME AND ADDRESS (tindakan)

Selain daripada peraturan, pangkalan pengetahuan juga menggunakan


rangka (frame) untuk menstor ilmu. Rangka digunakan untuk
menghubungkan sesuatu objek atau butiran dengan pelbagai fakta dan
nilai. Oleh itu, pangkalan pengetahuan akan mengandungi slot-slot tertentu
untuk menyimpan maklumat tentang objek-objek tertentu. Berbalik kepada
contoh pangkalan pengetahuan perubatan untuk penyakit tertentu.
Pangkalan data akan ada slot untuk suhu badan, tekanan darah,
denyutan nadi dan lain-lain lagi. Ia juga akan menstor kes-kes
tertentu yang akan dijadikan perbandingan s e m a s a membuat keputusan.

Tujuan keseluruhan asas atau pangkalan pengetahuan adalah untuk


memegang dan menyimpan fakta dan maklumat yang sesuai untuk sistem
pakar . Satu cabaran untuk membangunkan asas pengetahuan ialah untuk
menggembelingkan pengetahuan pelbagai kepakaran manusia kerana
ini merupakan satu tugas yang rumit dan mengambil masa yang panjang.

Enjin Peramal (Inference Engine)

Objektif utama enjin peramal i a l a h untuk mendapatkan maklumat


dan perhubungan (relationships) dari pangkalan pengetahuan dan
menyediakan jawapan, ramalan dan cadangan kepada pengguna.
Oleh itu, semasa sesi perundingan, enjin peramal akan memeriksa
peraturan pada asas pengetahuan dan bila keadaan adalah benar,
tindakan tertentu akan dilakukan. Dua kaedah utama yang digunakan oleh
enjin peramal untuk memeriksa peraturan ialah pentaakulan ke
hadapan (forward reasoning) dan pentaakulan ke belakang (reverse
reasoning). Pentaakulan ke hadapan bermula dengan data dan
kesimpulan akan dibuat berasaskan data tersebut. Biasanya, ia
digunakan jika matlamat tidak jelas dan sistem terpaksa menentukan
124
semua kesimpulan berdasarkan data yang ada. Pentaakulan ke belakang
pula ialah proses yang bermula dengan kesimpulan dan kemudiannya
bergerak ke belakang, iaitu melihat data-data yang ada, sama ada terdapat
data yang menyokong kesimpulan yang telah dibuat. Biasanya cara ini
digunakan apabila sistem pakar mempunyai matlamat yang khusus
misalnya mengenal pasti penyakit hepatitis. Walau bagaimanapun,
sistem pakar boleh menggunakan kedua-duanya secara bersama.

Jadi, secara keseluruhan, tujuan enjin peramal adalah untuk mendapatkan


maklumat dan perhubungan daripada asas pengetahuan dan
menyediakan jawapan, ramalan serta cadangan. Enjin peramal ialah
komponen yang memberi nasihat seperti seorang pakar. Tugasnya
bukanlah senang kerana ia terpaksa mencari fakta yang benar, interpretasi
dan peraturan, dan menggembelingkan mereka dengan cara yang betul.

Enjin Pembangunan (Development Engine)

Bahagian terakhir dalam komponen sistem pakar ialah enjin


pembangunan. Ia digunakan untuk mencipta sistem pakar. Sebentar tadi,
kita telah membincang bahawa enjin peramal mengandungi peraturan-
peraturan yang digunakan untuk mencapai penyelesaian yang
dikehendaki. Oleh itu, enjin pembangunan mengandungi
pendekatan pengaturcaraan untuk m e m b e n t u k p e r a t u r a n -
peraturan tersebut.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SISTEM PAKAR

Seperti semua aplikasi komputer yang lain, sistem pakar


mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahan. Perbincangan
mengenai kebaikan sistem ini akan dibahagikan kepada dua bahagian,
iaitu kebaikan kepada pengurus dan kebaikan kepada firma.

Pengurus menggunakan sistem pakar dengan harapan untuk membaiki


dan meningkatkan mutu keputusannya. Di antara kebaikan sistem ini
ialah:

a.Sistem pakar membolehkan pengurus untuk mengambilkira lebih


banyak alternatif dalam proses penyelesaian masalah. Sebagai
contoh, keupayaan pengurus kewangan yang hanya dapat memeriksa
prestasi 30 saham akan dapat dipertingkatkan sehingga 300 saham
dengan bantuan sistem pakar. O l e h itu, pengurus akan mendapat
lebih banyak pilihan untuk melabur.

b.Sistem ini dapat meningkatkan lagi “tahap pengetahuan” pengguna


sistem tersebut. Pengurus yang menggunakan sistem ini dapat
mengaplikasikan logik dan pengetahuan seperti seorang pakar di
dalam bidang tersebut.
125
c.Pengurus dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menilai
hasil keputusan kerana dia akan mendapat nasihat dan cadangan
penyelesaian yang segera dari sistem. Ini akan memberinya banyak
masa untuk menilai nasihat dan cadangan tersebut sebelum
sesuatu tindakan diambil.

d.Sistem pakar dapat membuat keputusan yang konsisten kerana


tidak seperti manusia, komputer tidak mempunyai “mood” dan bias. Di
samping itu, komputer juga tidak berasa letih.

Firma yang melaksanakan sistem pakar akan mendapat pelbagai faedah.


Antaranya ialah prestasi firma adalah lebih baik kerana objektifnya
dapat dicapai dengan lebih cekap dan berkesan. Selain itu, sesebuah firma
juga dapat menetapkan kawalan ke atas pengetahuan firma, iaitu jika
seorang pakar meninggalkan firma tersebut, maka kepakarannya akan dapat
dikekalkan dalam sistem yang ada.

Walaupun terdapat banyak kelebihan yang dapat diperolehi daripada


sistem pakar, namun terdapat dua kelemahan utama sistem pakar
yang menghadkan kebolehannya. Kelemahan yang pertama ialah sistem ini
tidak dapat mengendalikan pengetahuan yang tidak konsisten atau sering
berubah-ubah. Ini merupakan kelemahan yang amat ketara kerana dunia
perniagaan mengandungi banyak perkara yang tidak konsisten yang perlu
diselesaikan oleh pengurus. Kelemahan yang kedua ialah sistem pakar tidak
dapat membuat pertimbangan wajar dan menggunakan rasa hati. Kedua-
dua perkara ini merupakan bahan yang sangat penting apabila hendak
menyelesaikan masalah yang separa struktur atau tidak berstruktur.

Bayangkan anda sedang membina peraturan untuk


sistem pakar yang membantu pasukan bolasepak negeri
anda membuat pilihan pemain. Apakah peraturan atau
heuristik yang akan anda masukkan?

PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN SISTEM


PAKAR

Untuk bahagian ini, kita akan melihat pihak yang bertanggungjawab


ataupun yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan sistem pakar.
Di antara mereka yang terlibat adalah pakar domain (domain expert),
jurutera pengetahuan (knowledge engineers) dan pengguna.

Secara kebiasaanya, sistem pakar hanya akan dibangunkan untuk kawasan


pengetahuan yang tertentu sahaja kerana pembangunan sistem pakar
melibatkan jumlah masa, tenaga dan kos yang tinggi. Oleh itu, penilaian
yang rapi terhadap domain pengetahuan dalam sistem pakar memang
126
diperlukan untuk menentukan kestabilan sistem ini. Pakar domain ialah
individu atau kumpulan yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan
yang akan dimasukkan ke dalam sistem pakar. Biasanya, pakar ini
mempunyai kebolehan-kebolehan seperti yang dinyatakan di bawah:

a.Mengenal pasti masalah yang sebenar.

b.Membangunkan rangka kerja umum kepada penyelesaian masalah.

c.Memformulakan teori-teori tentang situasi.

d.Membangun dan mengguna peraturan umum untuk


menyelesaikan masalah.

e.Mengetahui masa yang sesuai untuk memecahkan peraturan atau


prinsip umum.

f.Menyelesaikan masalah secara pantas dan berkesan.

g.Mempelajari dari pengalaman yang lalu.

h.Mengetahui perkara yang penting dan tidak penting dalam


penyelesaian masalah.

i.Menerangkan situasi dan penyelesaian terhadap masalah


kepada orang lain.

Jurutera pengetahuan pula merupakan pakar yang mempunyai pengalaman


dalam aktiviti mereka cipta, membangun, mengimplimentasi dan
menetapkan sistem pakar. Mereka juga telah dilatih dan
mempunyai pengalaman dalam penggunaan kerangka sistem pakar.
Jurutera pengetahuan perlu berinteraksi dengan pakar domain dan
pengguna untuk mendapatkan maklumat untuk membangunkan sistem
pakar. Oleh itu, mereka perlu pandai membentuk soalan-soalan bagi
mendapatkan jawapan yang terperinci daripada pakar dan pengguna.

Akhir sekali, pengguna merupakan individu atau kumpulan yang


mengguna dan memperolehi manfaat dari sistem pakar. Mereka ini
sepatutnya perlu menjalani latihan terlebih dahulu sebelum boleh
menggunakan sistem pakar. Oleh itu, sistem pakar yang dibentuk
perlulah mesra pengguna supaya ia mudah untuk digunakan.

127
KESIMPULAN

SSK, SSKK , sistem maklumat geografik dan sistem pakar merupakan


sistem-sistem yang b o l e h d i g u n a k a n u n t u k meningkatkan
kualiti pembuatan keputusan di dalam organisasi. Namun begitu,
s eor ang pengurus tidak s eharusnya hanya bergantung kepada
s is tem- sis tem ini s emas a membuat s es uatu keputus an.
Sistem -s istem ini tidak sehar us nya menggantikan pengurus
dan pengurus s eharusnya tahu bahawa tanggungjawab
terhadap s es uatu keputus an har us lah dipikul oleh beliau dan
bukan s is tem - sistem ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.Peraturan-peraturan yang mencadangkan kesimpulan-kesimpulan yang


tertentu dipanggil .

2.Tujuan keseluruhan bagi adalah untuk


memegang fakta dan maklumat yang releven bagi sistem pakar yang
tertentu.

3.Sistem pakar dapat menggunakan


dalam membina penyelesaian kepada masalah atau situasi semasa.

4. bertujuan untuk mendapat maklumat dan perhubungan dari


knowledge base dan menyediakan jawapan, anggaran dan cadangan.

5.Bincangkan definisi sistem sokongan keputusan.

6.Senaraikan tiga komponen utama sistem sokongan keputusan.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

128
BAB 10

PEMBANGUNAN SISTEM

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Membincang pendekatan kitaran hayat pembangunan sistem.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pendekatan kitaran
hayat pembangunan sistem.
3. Membincang pendekatan prototyping.
4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pendekatan
prototyping.
5. Membincang aktiviti outsourcing.
6. Menerangkan faktor-faktor yang akan mempengaruhi kejayaan
pembangunan sistem.

PENGENALAN

Secara kebiasaanya, sistem maklumat dibangunkan untuk menyelesaikan


masalah dalam organisasi, mempertingkatkan prestasi organisasi dan
mengembangkan atau mengeksloitasi peluang yang wujud dalam
persekitaran. Kefahaman terhadap pembangunan sistem memang
penting kepada semua p e k e r j a d a l a m o r g a n i s a s i kerana
pembangunan sistem yang efektif memerlukan usaha secara berpasukan.
Pasukan ini seharusnya terdiri daripada pengguna, pengurus, pakar
pembangunan sistem (programmer) , dan pelbagai pekerja sokongan yang
lain. Pasukan yang dibentuk patutlah bertanggungjawab untuk menentukan
objektif sistem maklumat dan bagaimana ia dapat mencapai objektif
organisasi.

Untuk bab ini, kita akan menyentuh dua pendekatan utama dalam aktiviti
pembangunan sistem iaitu pendekatan kitaran hayat pembangunan sistem
atau systems development life cycle (SDLC) dan pendekatan prototyping.

129
KITARAN HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (SDLC)

Menurut McLeod dan Schell (2007), pendekatan ini membahagikan


proses pembangunan sistem maklumat kepada beberapa fasa. Fasa-fasa
ini mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Proses pembangunan
sistem dilihat sebagai satu proses yang berterusan. Seperti yang
digambarkan dalam rajah 10.1, SDLC mengandungi lima fasa iaitu fasa
penyiasatan awal (preliminary investigation) , analisis sistem (systems analysis),
reka bentuk sistem (systems design), pelaksanaan dan penilaian sistem (systems
implementation and evaluation) dan akhir sekali, penyelenggaraan sistem
(systems maintenance ).

Rajah 10.1
Fasa-Fasa dalam SDLC

Permintaan sistem

FASA I:
PENYIASATAN AWAL

Laporan penyiasatan awal

FASA II: ANALISIS


SISTEM

FASA III:
REKA BENTUK SISTEM

FASA IV:
PELAKSANAAN &
PENILAIAN SISTEM

FASA V:
PENYELENGGARAAN SISTEM

Gantikan sistem maklumat

130
Penyiasatan Awal

Tujuan penyiasatan awal dijalankan adalah untuk mendapat gambaran


yang lebih jelas tentang keadaan dan skop masalah. Penyiasatan awal
mungkin berlaku kerana terdapat aduan yang diterima daripada staf atau
pelanggan berkenaan dengan sesuatu masalah yang mereka hadapi. Selain
itu, ia juga boleh disebabkan oleh permintaan yang dibuat oleh staf tentang
pembentukan sistem maklumat baru yang boleh mempertingkatkan lagi
prestasi organisasi. Apabila permintaan sistem ini diperolehi, penyiasatan
awal akan dijalankan. Sekiranya tidak terdapat masalah seperti yang
dilaporkan atau masalah tersebut hanyalah masalah kecil dan sistem
maklumat tidak diperlukan, maka fasa yang seterusnya tidak akan
dijalankan. Sekiranya, setelah penyiasatan awal dijalankan dan didapati
bahawa terdapat masalah seperti yang dilaporkan, fasa yang seterusnya
akan dijalankan dan laporan penyiasatan awal akan dikeluarkan. Laporan
ini akan diberikan kepada pihak pengurusan dan ia akan menyatakan
masalah yang telah dikenal pasti serta memberi cadangan untuk
meneruskan dengan fasa yang seterusnya atau tidak. Fasa yang kedua
ialah analisis sistem.

Analisis Sistem

Fasa analisis sistem dijalankan untuk menjawab soalan apakah yang harus
dilakukan oleh sistem maklumat untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi? Ia juga bertujuan untuk menentu dan mendokumentasikan
secara terperinci perkara yang dilakukan oleh sistem semasa. Selain itu, fasa
ini juga melibatkan pembentukan cadangan kepada pihak pengurusan
terhadap alternatif bagi penyelesaian masalah.

Aktiviti pengumpulan data harus dijalankan untuk mempelajari apa yang


berlaku dalam sistem semasa. Secara kebiasaannya, seorang juruanalisa
sistem akan menggunakan beberapa peralatan yang tidak teknikal untuk
mengumpul data. Ini termasuklah melalui pembacaan dokumen bertulis,
temu duga, soal selidik, pemerhatian dan juga persampelan. Dokumen
bertulis termasuklah laporan-laporan, manual, memo, pelan perniagaan
dan juga pernyataan dasar organisasi. Pihak yang membangunkan
sistem juga boleh menemuduga pengurus, pekerja, pembekal, dan
pelanggan organisasi. Mereka dapat memberikan gambaran sebenar
terhadap sesuatu masalah dan keperluan-keperluan pengguna. Soal selidik
pula sesuai untuk digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada
kumpulan manusia yang ramai . Di samping itu, kaedah ini adalah
mudah dan dapat memperolehi data yang banyak.

Aktiviti terakhir fasa analisis sistem ialah penyediaan laporan kepada


pihak pengurusan. Laporan ini dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian yang pertama akan menerangkan tentang bagaimana sistem

131
sekarang beroperasi dan masalah yang timbul. Bahagian yang kedua pula
menerangkan tentang apakah keperluan-keperluan pengguna yang
harus dipenuhi oleh sistem baru dan bahagian yang terakhir sekali
melibatkan pembentukan cadangan untuk sistem baru.

Reka Bentuk Sistem

Fasa yang ketiga dalam SDLC ialah reka bentuk sistem. Tujuan fasa ini
dijalankan ialah untuk melihat bagaimana kehendak dan keperluan
pengguna yang dapat dipenuhi oleh sistem baru. Fasa ini akan
memperincikan perkara yang berkaitan dengan input dan output sistem,
antara muka pengguna, perkakasan, perisian, pangkalan data,
telekomunikasi, pekerja, prosedur dan bagaimana setiap komponen ini
dapat diintegrasikan. Aktiviti reka bentuk sistem mengandungi dua
aspek utama iaitu reka bentuk sistem logikal dan reka bentuk sistem
fizikal.

Reka bentuk sistem logikal merujuk kepada apa yang harus dibuat oleh
sistem untuk memenuhi kehendak pengguna. Contohnya, dari aspek
pemprosesan sistem, program gaji perlu mengira kadar bayaran gaji
bersih dan kasar, mengira jumlah cukai, potongan pinjaman dan lain-
lain.

Reka bentuk fizikal pula merujuk kepada ciri-ciri yang harus ada pada
komponen-komponen sistem (perkakasan, perisisian, telekomunikasi dan
sebagainya) untuk memastikan bahawa reka bentuk sistem logikal dapat
dicapai. Contohnya, dari segi telekomunikasi, sistem tersebut memerlukan
sambungan internet yang pantas untuk memastikan bahawa maklumat
yang penting dapat disampaikan dengan lebih cepat kepada pekerja yang
hendak buat keputusan.

Akhir sekali, satu laporan yang berkaitan dengan reka bentuk sistem harus
dibuat untuk dijadikan sebagai rujukan di fasa yang seterusnya.

Pelaksanaan dan Penilaian Sistem

Fasa yang seterusnya ialah fasa pelaksanaan dan penilaian sistem.


Fasa ini akan melibatkan beberapa langkah seperti membeli dan
mendapatkan perkakasan dan perisian, membuat pengaturcaraan,
mengambil dan melatih pekerja, menguji sistem, menyediakan tapak untuk
sistem, memasang sistem di tempat di mana ia akan digunakan dan
mendapat maklum balas daripada pengguna tentang sistem baru.

Untuk mendapatkan komponen yang diperlukan bagi sistem maklumat,


seorang pengurus boleh memilih untuk membeli atau menyewa
perkakasan yang diperlukan. Proses-proses ini memerlukan aktiviti
pengenalpastian dan pemilihan vendor. Vendor sistem maklumat

132
merupakan syarikat yang menawarkan perkakasan, perisian, sistem
telekomunikasi, pangkalan data, pekerja dan juga sumber-sumber yang
berkaitan dengan teknologi maklumat.

Penyediaan pengguna pula melibatkan proses untuk menyediakan


pengurus, pembuat keputusan, pekerja dan pengguna-pengguna lain
untuk menggunakan sistem baru. Oleh itu, pihak pengurusan seharusnya
menjalankan aktiviti latihan dan bengkel untuk memastikan bahawa
pengguna dapat menggunakan sistem maklumat baru dengan cekap.

Penyelenggaraan Sistem

Fasa penyelenggaraan sistem pula melibatkan pemeriksaan, penukaran dan


pengubahsuaian sistem untuk menjadikannya lebih berguna dan efektif
dalam aktiviti untuk mencapai matlamat pengguna dan organisasi. Dalam
sesetengah kes, penyelenggaraan melibatkan perubahan yang besar;
manakala dalam kes yang lain, ia hanya melibatkan pengubahsuaian
yang kecil dalam sistem. Di antara alasan yang menyebabkan
penyelenggaraan perlu dilakukan ialah terdapat permintaan baru dari
pengguna dan pengurus, terdapat ralat dalam program, keperluan biasa
untuk sesuatu sistem untuk diupdate, masalah teknikal dan perkakasan,
berlakunya penggabungan dan pengambilalihan syarikat,
dan terdapat perubahan dalam proses operasi dan peraturan kerajaan.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN KITARAN


HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

Menurut Laudon dan Laudon (2011), pendekatan ini lebih sesuai untuk
membangunkan sebuah sistem maklumat yang besar dan kompleks. Ini
adalah kerana projek yang besar lebih memerlukan penganalisaan keperluan
yang lebih teliti dan kawalan yang ketat terhadap proses pembangunan
sistem.

Satu lagi kelebihan pendekatan ini ialah komponen dokumentasi.


Penyediaan dokumen di pelbagai fasa akan memudahkan pihak pengurusan
untuk menilai dan mencari balik kelemahan yang ada pada sistem yang
hendak dibangunkan.

Namun begitu, proses penyediaan dokumen akan mengambil masa dan juga
menyebabkan kos meningkat. Jadi, pendekatan ini adalah satu pendekatan
yang mahal dan memerlukan masa yang banyak. Pendekatan ini tidak sesuai
untuk projek yang kecil seperti sistem yang hanya digunakan oleh satu
komputer sahaja kerana sistem ini kurang berstruktur dan lebih kepada
memenuhi keperluan inidividu.

133
Satu lagi kelemahan pendekatan ini ialah tahap penglibatan pengguna yang
lemah dalam proses pembangunan sistem. Secara kebiasaanya, pihak pakar
pembangunan sistem akan memainkan peranan utama dalam fasa-fasa
pembangunan sistem. Pengguna hanya memainkan peranan di peringkat
analisa dan penilaian sistem sahaja. Oleh itu, terdapat risiko pembentukan
sebuah sistem yang tidak sesuai untuk pengguna.

PENDEKATAN PROTOTYPING

Menurut Laudon dan Laudon (2011), protoyping merujuk kepada


pembangunan sebuah sistem eksperimental secara cepat dan tidak
memakan kos yang tinggi; untuk dinilai oleh pengguna. Prototaip
merupakan sejenis model yang akan mempunyai ciri-ciri yang akan dimiliki
oleh sistem sebenar. Pendekatan ini melibatkan empat langkah iaitu
mengenal pasti keperluan asas pengguna, membangunkan prototaip awal,
penggunaan prototaip oleh pengguna dan akhir sekali, menyemak semula
dan meningkatkan prototaip.

Pada langkah yang pertama, pakar teknologi akan mendapat maklum balas
daripada pengguna tentang keperluan mereka. Selepas itu, mereka akan
membangunkan protaip berasaskan maklum balas yang diterima. Apabila
prototaip tersebut sudah siap dibina, pakar teknologi akan menjemput
pengguna untuk mencubanya. Sekiranya, pengguna berpuas hati dengan
prototaip tersebut, prototaip tersebut akan digunakan dalam operasi
organisasi. Sekiranya pengguna tidak puas hati dengan prototaip tersebut,
pakar teknologi akan menyemak semula, membaiki dan mempertingkatkan
lagi prototaip tersebut. Selepas ini, ia akan diuji semula oleh pengguna.
Langkah ini akan berulang sehingga pengguna berpuas hati dengan
prototaip tersebut.

134
Rajah 10.2
Empat Langkah Pendekatan Prototaip

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PROTOTYPING

Pendekatan ini lebih sesuai untuk sistem kecil yang tidak melibatkan
keseluruhan organisasi. Di antara kebaikan pendekatan ini ialah ia
menggalakkan penyertaan yang aktif daripada pengguna. Oleh itu,
pengguna akan mendapat gambaran tentang sistem yang bakal digunakan
olehnya. Perkara ini akan memudahkan seorang pengguna untuk menerima
sistem yang baru ini. Selain itu, pembinaan sebuah prototaip dapat
membantu pihak pembangun sistem untuk menentukan kebolehlaksanaan
teknikal (technical feasibility) sesuatu sistem. Akhir sekali, sebuah prototaip
boleh digunakan untuk membantu menjual idea tentang sistem yang
dibangunkan. Dengan adanya prototaip, adalah lebih mudah untuk
mempelawa orang untuk melabur dalam projek kita.

Di antara kelemahan sistem ini ialah kurangnya proses dokumentasi. Ini


akan menyebabkan proses mencari semula kelemahan sesebuah sistem
menjadi lebih rumit. Selain itu, ia mengabaikan beberapa langkah yang
penting seperti analisis dan rekabentuk sistem, yang terdapat dalam SDLC.
Akhir sekali, terdapat risiko bahawa sesuatu prototaip tidak boleh berfungsi
di dalam keadaan yang sebenar kerana prototaip secara kebiasaanya
dibentuk di dalam keadaan yang dikawal atau makmal.

135
PIHAK YANG MEMBANGUNKAN SISTEM

Sistem maklumat yang baru boleh dibangunkan secara dalaman iaitu


dengan penggunaan pakar yang bekerja dalam organisasi atau secara luaran,
yakni dengan menggunakan syarikat yang mempunyai kemahiran dalam
bidang teknologi. Penggunaan syarikat luar untuk membangunkan sistem
dikenali sebagai outsourcing. Pembelian perisian yang telah siap dibina dari
sebuah kedai komputer bolehlah dianggap sebagai outsourcing. Ini adalah
kerana orang lain yang membuat sistem tersebut. Namun begitu dalam
perbincangan kita, kita akan menumpukan perhatian kita terhadap
pembangunan sistem secara keseluruhan dan bukan kepada perisian sahaja.

Di antara kebaikan yang dapat diperolehi daripada pembangunan sistem


secara dalaman ialah sistem tersebut dapat memenuhi keperluan organisasi
dengan lebih tepat. Selain itu, pihak pengurusan juga tidak perlu bergantung
kepada pihak luar, sekiranya terdapat masalah yang berlaku kerana mereka
mempunyai pengetahuan yang luas tentang sistem yang dibangunkan.
Namun begitu, sekiranya sesebuah organisasi tidak mempunyai jabatan
sistem maklumat dan pengetahuan dalam bidang teknologi, maka ia
seharusnya mendapat bantuan dari pihak luar.

Di antara kebaikan yang dapat diperolehi daripada outsourcing ialah kos


pembangunan yang rendah. Biasanya, syarikat hanya akan outsource apabila
kos luaran adalah lebih rendah berbanding dengan kos untuk
membangunkan sistem secara sendiri. Selain itu, pihak syarikat juga boleh
meminjam atau menggunakan kepakaran yang terdapat pada syarikat luar.
Aktiviti outsourcing juga akan membolehkan syarikat untuk menumpukan
perhatiannya terhadap aktiviti perniagaan utamanya.

Akan tetapi, aktiviti outsourcing juga mempunyai beberapa kelemahan. Yang


pertama, syarikat terpaksa bergantung kepada syarikat luar sekiranya
berlaku masalah dalam sistem yang dibangunkan. Selain itu, aktiviti
outsourcing akan menimbulkan masalah dari segi isu kerahsiaan maklumat
kerana apabila sesebuah organisasi mengupah syarikat luar untuk
membangunkan sistem, syarikat luar mempunyai akses kepada maklumat
dalaman syarikat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN


PEMBANGUNAN SISTEM

Kejayaan pembangunan sistem bermaksud menyediakan sistem yang


dapat memenuhi kehendak pengguna dan organisasi mengikut masa dan
belanjawan yang telah ditetapkan. Di antara faktor yang dikenal pasti
dapat mempengaruhi kejayaan pembangunan sistem ialah tahap perubahan
yang terlibat, kualiti perancangan projek, penggunaan peralatan

136
pengurusan projek, penggunaan proses jaminan kualiti yang formal dan
juga penggunaan peralatan CASE. Perbincangan seterusnya akan berkisar
tentang kesemua faktor tersebut.

Tahap Perubahan

Faktor utama yang boleh menentukan kejayaan pembangunan sistem


ialah tahap perubahan yang disebabkan oleh sistem tersebut.
Keupayaan pihak pengurus untuk mengurus perubahan adalah penting
untuk proses pembangunan sistem. P e r u b a h a n y a n g b e s a r
seperti pemberhentian staf adalah lebih susah
untuk diurus berbanding dengan perubahan
yang kecil seperti penukaran posisi tempat
bekerja pekerja.

Kualiti Pengurusan Projek

Satu lagi faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan pembangunan projek


ialah kualiti pengurusan projek. Semakin besar sesuatu projek, semakin
penting ia memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang tidak
baik a k a n m e n i m b u l k a n lebih banyak masalah dan ini akan
menjejaskan kejayaan projek.

Penggunaan Peralatan Pengurusan Projek

Pengurusan projek melibatkan perancangan, penjadualan, pengarahan


dan pengawalan manusia, kewangan dan teknologi. Antara peralatan
pengurusan projek ialah Program Evaluation and Review Technique (PERT)
dan carta Gantt. Secara biasanya, PERT akan melibatkan anggaran tiga
jangka waktu untuk menyiapkan projek, iaitu masa yang terpendek,
masa yang tepat (most likely) dan masa yang terpanjang. Satu formula
kemudiannya akan digunakan untuk menghasilkan satu masa
anggaran PERT. Carta Gantt pula merupakan peralatan grafik yang
digunakan untuk perancangan, pemantauan, dan penyelarasan tugasan
projek. Setiap kali sesuatu tugas telah diselesaikan, garisan hitam akan
diletakkan untuk menggambarkan penyiapan tugas. Kedua-dua teknik ini
boleh digunakan secara bersama.

Penggunaan Proses Pengawasan Kualiti yang Formal

Pada hari ini, standard kualiti seperti piawaian ISO 9000 telah digunakan
secara meluas. Ia boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti
pembangunan sistem maklumat. ISO 9000 merupakan standard kualiti
antarabangsa yang dibangunkan di Eropah pada 1987. Standard ini
membolehkan setiap perniagaan mendefinisi dan mendokumentasikan
prosedur kualiti masing-masing untuk tujuan pengeluaran produk dan
perkhidmatan.

137
Penggunaan Peralatan CASE

Peralatan CASE (computer aided software engineering) dapat mengautomasikan


banyak tugas yang diperlukan dalam pembangunan sistem. Pakej CASE
yang memokus kepada aktiviti berkaitan tahap awal dalam
pembangunan sistem dikenali sebagai peralatan CASE atas. Pakej ini
menyediakan peralatan automasi yang membantu dalam aktiviti
penyiasatan sistem, analisis dan juga reka bentuk sistem. Pakej yang
seterusnya iaitu peralatan CASE bawah pula memokus kepada aktiviti
pelaksanaan dalam pembangunan sistem. Kebaikan dan kelemahan
peralatan CASE adalah seperti di jadual 10.1.

Jadual 10.1
Kebaikan dan Kelemahan Peralatan CASE

Kebaikan Kelemahan
• Menyediakan sistem dengan • Merupakan sistem yang
masa operasi yang lebih lebih mahal untuk dibina
efektif. dan diselenggara.
• Menyediakan sistem yang • Sukar untuk diseragamkan.
lebih hampir memenuhi • Latihan perlu diberikan
kehendak dan keperluan kepada staf
pengguna. penyelenggaraan.
• Menyediakan sistem yang • Sukar untuk digunakan
mempunyai dokumentasi dengan sistem yang sedia
yang baik. ada.
• Menyediakan sistem yang
kurang memerlukan
sokongan sistem.
• Menyediakan sistem yang
lebih fleksibel.

KESIMPULAN

Daripada perbincangan dalam bab ini, kita dapat simpulkan bahawa


proses untuk membangunkan sistem bukanlah satu proses yang mudah
kerana ia melibatkan banyak pihak dan aktiviti. Oleh itu , kefahaman tentang
pembangunan sistem adalah penting kepada semua pihak dalam
sesebuah organisasi untuk memastikan bahawa sistem yang dibangunkan
akan beroperasi dengan lancar dan memenuhi keperluan pengguna.

138
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.Kitaran Hayat Pembangunan Sistem juga dikenali sebagai___.

2.Kajian yang dijalankan oleh juru analisa sistem dalam fasa analisis
sistem juga dikenali sebagai .

3. menerangkan apakah yang akan dilakukan oleh sistem untuk


memenuhi keperluan pengguna.

4. merujuk kepada ciri-ciri yang harus ada pada komponen sistem


untuk memastikan bahawa reka bentuk logikal sistem dapat dicapai.

5.Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pembangunan


sistem.

6.Bincangkan sebab-sebab berlakunya penyelenggaran sistem.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

139
BAB 11

ETIKA DAN TEKNOLOGI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefinisikan i s t i l a h e t i k a .
2. Menghubungkaitkan etika dan undang- undang.
3. Menerangkan bagaimana seseorang boleh menyemak bahawa
perbuatannya beretika atau tidak.
4. Membincang isu-isu etika yang berkaitan dengan sistem
maklumat.

PENGENALAN

Pertimbangkan dilema ini. Kawan baik anda telah meminta anda


untuk menandatangani kehadiran bagi pihaknya. Anda tahu bahawa beliau
tidak dapat hadir ke kelas kerana ada masalah keluarga yang serius.
Kelas anda merupakan kelas yang besar yang mana peluang untuk
ditangkap ialah sifar. Adakah anda akan membantu kawan anda? Apakah
faktor yang akan mempengaruhi jawapan anda? Jelas bahawa keputusan
yang hendak dibuat ini mempunyai kaitan dengan isu etika. Sama ada anda
akan menolong beliau atau tidak akan bergantung kepada standard moral
yang dipegang oleh anda. Tahap moral anda akan dipengaruhi oleh apa
yang anda telah pelajari daripada ibu bapa, keluarga, guru, rakan sekerja,
sahabat dan sebagainya.

Menurut Velasquez (2012), evolusi dan perubahan dalam bidang teknologi


seperti teknologi maklumat akan menyebabkan terbentuknya isu-isu etika
yang baru. Di antara isu etika yang wujud disebabkan oleh perubahan
dalam teknologi maklumat adalah isu privasi dan masalah cetak rompak.

Oleh itu, untuk bab ini, kita akan membincang tentang definisi etika,
hubungan antara etika dan undang-undang, panduan semakan etika dan isu-
isu etika yang berkaitan dengan sistem maklumat.

140
DEFINISI ETIKA

Etika boleh didefinisikan sebagai satu set nilai dan peraturan yang
menjelaskan sama ada sesuatu gelagat itu betul atau salah. Nilai dan
peraturan ini akan menunjukkan bila sesuatu gelagat boleh diterima
dan bila sesuatu gelagat tidak boleh diterima (Hellreigel, Jackson &
Slocum, 2002). Selain itu, Shaw dan Barry (2010) mendefinisikan etika
sebagai kajian mengenai apa yang dianggap betul dan salah, adil dan tidak
adil, baik dan buruk yang harus digunakan sebagai panduan untuk tindakan
kita. Seperti yang kita bincang di bahagian pengenalan, set nilai dan
peraturan moral yang kita gunakan untuk mengawal gelagat kita mungkin
berbeza dengan orang lain kerana sumber-sumber untuk membentuk
peraturan kita adalah berbeza.

HUBUNGAN ANTARA ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Apabila kita menyebut tentang etika, kita tidak dapat lari daripada
membincang tentang undang-undang. Kedua- dua elemen ini
sebenarnya berkait rapat dalam usaha untuk memastikan bahawa
tindakan seseorang itu mengikut kehendak dan juga nilai masyarakat
setempat (Velasquez, 2012).

Undang-undang merupakan peraturan yang formal tentang sesuatu


tindakan atau kelakuan yang perlu dipatuhi oleh ahli masyarakat dan
i a digariskan serta dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa di dalam
sesebuah negara. Contohnya apabila kita melihat dari perspektif teknologi
maklumat, pihak kerajaan telah menggubal undang-undang siber bagi
membanteras masalah seperti aktiviti cetak rompak perisian dan
sebagainya.

Undang-undang yang dibentuk juga menyentuh tentang apa yang baik dan
tidak baik. Namun begitu, ia adalah satu kesilapan untuk melihat undang-
undang sebagai memadai untuk menubuhkan piawaian moral yang
seharusnya menjadi pegangan kita. Ini adalah kerana undang-undang tidak
boleh meliputi semua tingkah laku yang boleh dibuat oleh manusia (Shaw
dan Barry, 2010). Etika dan undang-undang adalah dua perkara yang
berbeza dan kadang-kadang, terdapat benda yang tidak beretika tapi tidak
salah dari segi undang-undang. Contohnya, seorang jurujual kereta yang
hanya memberitahu perkara baik tentang kereta yang dijualnya, walaupun
beliau tahu bahawa kereta yang dijualnya ada kelemahan tertentu.

PANDUAN SEMAKAN ETIKA

Menurut Blanchard (1988), t e r d a p a t tiga soalan yang perlu dijawab


satu persatu, untuk mengetahui sama ada tindakan kita beretika atau
141
tidak. Jika jawapannya adalah ya untuk soalan pertama, barulah boleh cuba
untuk menjawab soalan kedua. Namun, jika jawapan untuk soalan
pertama adalah tidak, kita tak perlu menjawab soalan yang kedua dan
seterusnya. Ertinya, sudah tentu tindakan tersebut tidak beretika.

Soalan yang pertama ialah adakah tindakan kita itu sah d a r i s e g i undang
-undang? Maka di sini, kita sering dengar ungkapan “Dari segi
undang-undangnya sah, tetapi dari segi moralnya dipersoalkan”. Ertinya
tidak semuanya yang sah di sisi undang-undang adalah beretika. Jadi,
kita juga kena peka bahawa undang-undang adalah
berbeza di antara satu negara dengan negara yang
lain.

Soalan yang kedua ialah adakah tindakan kita itu adil bagi semua
orang yang terlibat dengan tindakan tersebut sama ada secara langsung
atau tidak langsung?

Soalan yang terakhir ialah adakah kita berpuas hati dengan tindakan
tersebut? Ertinya, adakah kita rasa tenang dengan tindakan tersebut?
Kadang kala kita dapati dari segi undang-undangnya sah. Dari segi
keadilannya pula, seolah-olah tidak ada masalah, ertinya tiada siapa yang
dicederakan atau dianiaya. Tetapi nun jauh di sudut hati kecil kita masih
a d a k e raguan. Ada sesuatu yang tidak kena. Lebih-lebih lagi bisikan
dalaman yang datang semasa kita duduk dalam keadaan sunyi. Bagi
Blanchard (1988), untuk menguji soalan ini, k i t a hanya perlu
menanya diri kita, adakah kita suka untuk menceritakan tindakan kita
kepada orang yang kita hormati dan kita sayangi? Atau adakah kita
sanggup beritanya dihebohkan di media massa?

ISU-ISU ETIKA BERKAITAN SISTEM MAKLUMAT

Menurut Mason (Valacich dan Schneider: 2010), empat isu etika yang
berkaitan dengan pengunaan sistem maklumat pada era maklumat ini ialah
isu privasi, isu maklumat tepat , isu harta intelektual dan isu untuk akses
maklumat.

Isu Privasi

Sistem maklumat telah memudahkan keupayaan syarikat untuk


mengutip maklumat dan data tentang pelanggan dan pekerja
syarikat. Namun begitu, pengumpulan data dan maklumat tanpa
pengetahuan dan persetujuan kita merupakan satu perbuatan yang
melanggar hak privasi kita iaitu hak untuk bersendirian.
Contohnya, apabila kita memasuki website tertentu, terdapat
perisian yang mengumpul data tentang kita. Di antara maklumat
142
tersebut ialah alamat email kita, di mana kita berada secara
fizikal, website mana yang kita telah lawati sebelum memasuki
website ini dan sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita
tiba-tiba menerima berita promosi melalui email atau sms dari
pihak yang kita tak pernah berurusan. Perkara yang sedemikian
memang melanggar hak privasi kita.

Isu Maklumat Tepat

Masyarakat mempunyai hak untuk memastikan bahawa maklumat yang


dikeluarkan atau dihasilkan oleh komputer adalah tepat kerana dari segi
keupayaan, komputer mempunyai kebarangkalian yang sedikit untuk
membuat kesilapan berbanding dengan sistem manual. Sebagai contoh, bil
elektrik yang telah disalah input jumlah bayarannya akan melibatkan
kerugian serta kos yang tinggi dari segi pembetulan, servis dan lain-lain
lagi. Oleh itu, pihak syarikat seharusnya mempunyai tanggungjawab moral
untuk memastikan bahawa sistem maklumat mereka berfungsi seperti yang
sepatutnya dan tidak membuat kesilapan.

Ketika anda menerima berita bahawa kerajaan akan


membuang pekerja awam seramai 50% daripada emel
yang dihantarkan oleh rakan anda, apakah tindakan yang
akan anda lakukan? Adakah anda cuba memikirkan
tentang kebenaran isi berita tersebut ataupun anda terus
menghantar berita tersebut kepada rakan-rakan yang
lain?

Isu Harta Intelektual

Isu ini mempunyai kaitan dengan harta intelektual dalam konteks


hakmilik data peribadi dan hakmilik produk yang berkaitan dengan sistem
maklumat seperti program komputer. Ada di antara pengguna yang
menyalin perisian atau program lalu menjualkannya pada harga yang
lebih murah. Kesannya, perisian yang asli tidak mendapat sambutan di
pasaran.

Gejala cetak rompak merupakan masalah yang serius di dalam negara kita.
Ganjaran daripada aktiviti haram ini begitu lumayan sehingga kita boleh
melihat orang menjual DVD cetak rompak di khalayak umum seperti di
pasar malam dan sebagainya.

Satu cara untuk menyekat ketidakadilan ini adalah dengan menggubal


dan melaksanakan undang-undang paten, hak cipta dan sebagainya.
Selain itu, kita juga harus memastikan bahawa terdapat sumber tenaga
manusia yang mencukupi untuk menguatkuasakan undang-undang ini.

143
Kerajaan juga boleh membuat kempen untuk mengajar masyarakat
tentang kesan negatif yang akan timbul daripada aktiviti ini.

Satu lagi isu yang berkaitan dengan harta intelektual ialah berkenaan dengan
data peribadi anda. Syarikat yang memperolehi maklumat peribadi daripada
anda tidak seharusnya menjual maklumat tersebut kepada pihak ketiga.
Perbuatan yang sedemikian bolehlah dianggap sebagai telah melanggar
hakmilik anda ke atas data peribadi anda.

I s u Akses Maklumat

Isu ini mempunyai kaitan dengan apakah maklumat peribadi yang boleh
disimpan oleh organisasi dan siapakah yang mempunyai akses terhadap
maklumat tersebut. Sekiranya sesuatu syarikat menyimpan maklumat
peribadi anda, syarikat tersebut seharusnya memberitahu anda tentang
perkara ini dan membenarkan anda untuk mengakses maklumat anda.
Sekiranya, anda tidak mempunyai akses kepada maklumat tersebut, anda
tak boleh buat sebarang pengemaskinian terhadap maklumat yang
disimpan oleh syarikat . Ini adalah tidak adil kepada anda kerana maklumat
yang disimpan oleh syarikat itu mungkin bukanlah maklumat terkini dan
maklumat tersebut akan kehilangan integritinya. Selain itu, syarikat
tersebut juga kena mendapat kebenaran daripada anda sekiranya ia ingin
membenarkan pihak ketiga untuk mengakses maklumat anda.

KESIMPULAN

Sesungguhnya dalam mana-mana bidang ilmu sekalipun, etika pasti


memainkan peranan yang penting. Etika sebenarnya mempunyai
definisi dan penerimaan yang berbeza berdasarkan kepada masyarakat
setempat. Hubungan di antara etika dan undang-undang adalah berkait
rapat. Hal ini kerana kerana kedua-dua elemen ini memainkan peranan
yang penting di dalam memimpin perlakuan atau tindakan beretika
seseorang individu. Oleh itu, seorang pengurus yang menggunakan
teknologi maklumat atau bertanggungjawab terhadap sesuatu
teknologi maklumat, seharusnya memastikan bahawa beliau tidak
menggunakan teknologi tersebut untuk melakukan perkara yang
tidak beretika dan melanggar undang-undang.

144
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.Etika boleh didefinisikan sebagai satu set _____ dan _____ yang menjelaskan
sama ada sesuatu gelagat itu betul atau salah.

2._____ ialah peraturan formal terhadap sati tindakan yang perlu dipatuhi oleh
masyarakat.

3.Bincangkan tentang isu privasi.

4.Senaraikan tiga soalan yang boleh digunakan untuk menyemak sama ada sesuatu
tindakan beretika atau tidak.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

145
BAB 12

SEKURITI DAN SISTEM MAKLUMAT

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefinisikan istilah sekuriti.
2 Membincangkan sumber-sumberr ancaman terhadap
sistem maklumat.
3. Menerangkan langkah- langkah untuk mengata si
ancaman terhadap sistem maklumat.

PENGENALAN

Organisasi yang besar, sama ada, yang menjalankan perniagaan ataupun


yang tidak menjalankan perniagaan memang perlu menyimpan banyak
maklumat untuk memastikan bahawa operasi mereka dapat dijalankan
dengan lebih lancar. Apabila mereka menyimpan jumlah data yang banyak
dalam bentuk elektronik, maka, mereka akan terdedah kepada banyak jenis
ancaman seperti pencerobohan oleh hackers dan serangan virus. Oleh itu,
isu keselamatan dan kawalan sistem maklumat merupakan satu isu yang
penting pada hari ini. Menurut Laudon dan Laudon (2011), istilah sekuriti
merujuk kepada polisi, prosedur dan langkah-langkah teknikal yang boleh
diambil untuk mencegah sistem daripada diceroboh, dicuri dan
dimusnahkan. Seorang pengurus seharusnya memastikan bahawa
syarikatnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi
sistem maklumat daripada ancaman-ancaman dari luar dan dalam syarikat.
Ini adalah kerana sistem komputer yang gagal berfungsi akibat daripada
berlakunya malapetaka atau pencerobohan akan merugikan syarikat dari
segi kewangan dan juga reputasi syarikat.

ANCAMAN KEPADA SISTEM MAKLUMAT

Menurut Kroenke (2013) terdapat tiga jenis sumber ancaman terhadap


sistem maklumat. Mereka ialah ancaman dari kesilapan manusia (human
error) , malapetaka semulajadi dan jenayah komputer.

146
Kesilapan Manusia

Istilah kesilapan manusia merujuk kepada masalah yang timbul secara tidak
sengaja, yang disebabkan oleh pekerja atau orang luar. Apa yang dilakukan
oleh mereka adalah secara tidak sengaja dan mereka tidak mempunyai niat
untuk melakukan perkara yang jahat dan melanggar undang-undang.
Contohnya, seorang pekerja yang tidak begitu mahir menggunakan
komputer telah secara tidak sengaja memadamkan semua rekod pelanggan
syarikat yang disimpan dalam pangkalan data.

Malapetaka Semulajadi

Ancaman dari kategori ini termasuklah peristiwa kebakaran, gempa bumi,


tsunami dan peristiwa-peristiwa lain yang berkaitan dengan alam semulajadi.
Ancaman-ancaman ini bukan sahaja boleh memberi kesan yang buruk
kepada sistem maklumat sahaja, namun, ia akan memberi kesan kepada
operasi keseluruhan organisasi. Contohnya, aktiviti gempa bumi boleh
meranapkan bangunan atau kedai yang dimiliki oleh syarikat. Oleh itu,
pihak syarikat mestilah mempunyai pelan bencana alam untuk memastikan
bahawa sistem-sistem dan operasi syarikat dapat dipulihkan dengan secepat
mungkin dan mengurangkan jumlah downtime.

Jenayah Komputer

Jenayah komputer merujuk kepada aktiviti-aktivti seperti merosakkan,


mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu.
Aktiviti-aktiviti tersebut boleh dilakukan oleh orang luar dan juga pekerja
syarikat. Contohnya, seperti pekerja yang mencuri komputer yang
mengandungi pelan strategik syarikat untuk dijual kepada pesaingnya.
Contoh jenayah komputer yang lain adalah seperti:

a.hackers yang menceroboh ke dalam jaringan dan sistem syarikat untuk


mencuri maklumat pelanggan.

b.penulis virus yang menjangkitkan komputer syarikat dengan virus yang


ditulisnya. Virus tersebut mungkin akan memusnahkan maklumat yang
disimpan oleh syarikat. Virus merupakan sejenis progam yang akan
memberitahu sistem maklumat untuk membuat sesuatu yang ia secara
biasanya tidak akan buat. Virus boleh memasuki sistem atau jaringan
syarikat melalui emel. Oleh itu, pekerja seharusnya memastikan bahawa
emel yang beliau terima adalah daripada pihak yang dikenali dan tidak
mencurigakan sebelum membuka emel tersebut.

c.penggunaan perisian dan teknik sniffing untuk mengesan dan hijack


maklumat-maklumat yang sedang dihantar oleh syarikat. Contohnya,
nombor-nombor kad kredit.

147
d.kaedah phishing, di mana penjenayah akan membentuk satu laman web
yang menyamar sebagai laman web sah untuk memperolehi maklumat
seperti ID dan password daripada mangsa. Secara kebiasaanya, teknik ini
digunakan untuk memperolehi ID dan password untuk akaun bank atas
talian mangsa. Pada mulanya, mangsa akan dijemput ke laman web palsu
melalui emel. Dalam emel tersebut, pihak penjenayah akan berkata
bahawa terdapat masalah dalam akaun mangsa dan mangsa perlu
memasuki laman web tersebut untuk mengemaskini semula ID dan
password mangsa. Apabila penjenayah telah memperolehi ID dan password
mangsa, beliau akan memasuki laman web bank yang sebenar dengan
menggunakan ID dan password mangsa dan mengeluarkan duit mangsa.
Penggunaan ID dan password mangsa oleh penjenayah juga merupakan
sejenis jenayah yang dipanggil pencurian identiti (identity theft).

e.pelancaran perisian pengintip (spyware) ke dalam komputer orang lain


tanpa disedari, sama ada untuk mencuri maklumat mangsa ataupun untuk
melancarkan tetingkap iklan pop-up secara berterusan. Perkara ini boleh
berlaku apabila kita melayari laman web yang tidak begitu dikenali. Sebaik
sahaja kita memasuki laman web tersebut, laman web tersebut akan
menghantar spyware ke dalam sistem kita. Selepas memasuki sistem kita,
spyware tersebut akan menghantar maklumat dari sistem kita kepada pihak
penjenayah.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI ANCAMAN

Menurut Stair dan Reynolds (2014), terdapat beberapa langkah yang


boleh diambil oleh pihak pengurusan untuk memastikan bahawa sistem
maklumat dan data yang disimpan oleh syarikat selamat. Untuk
bahagian ini, kita akan membincangkan langkah-langkah tersebut.

Penggubalan Polisi , Prosedur dan Pelan Keselamatan

Di antara langkah tersebut ialah penggubalan dan pembentukan polisi dan


prosedur keselamatan. Polisi dan prosedur bolehlah meliputi isu-isu yang
berkaitan dengan keupayaan pekerja untuk mengakses sistem maklumat.
Contohnya, untuk mengakses sistem maklumat dan data yang disimpan oleh
organisasi, seseorang pekerja kena melalui 2 tahap proses keselamatan iaitu
penggunaan kad staf dan password. Pekerja perlu masukkan kad staf beliau
dan menaip password sebelum beliau boleh akses sistem tersebut. Terdapat
juga syarikat yang menggunakan sistem biometrik seperti cap jari untuk
mengidentifikasikan stafnya.

Selain itu, sesebuah syarikat juga boleh memberi kebenaran untuk


mengakses sistem maklumat tertentu kepada jabatan atau staf tertentu sahaja.
Contohnya, jabatan pemasaran hanya boleh mengakses sistem maklumat
pengurusan pelanggan sahaja dan tidak boleh mengakses sistem maklumat
kewangan. Langkah ini akan memudahkan lagi proses kawalan dan
pemantauan keselamatan.
148
Sementara itu, pihak pengurusan juga boleh membentuk polisi, prosedur dan
pelan untuk mengatasi masalah malapetaka semulajadi. Pelan tersebut
seharusnya mengandungi langkah-langkah yang harus diambil oleh pekerja
sekiranya peristiwa malapetaka berlaku.

Di antara perkara yang harus ditentukan di bahagian ini ialah siapakah yang
bertanggungjawab untuk memindahkan sistem maklumat, di manakah
letaknya tapak-tapak alternatif yang boleh digunakan untuk menyambung
kerja dan operasi syarikat dan apakah kaedah-kaedah dan peralatan yang
boleh digunakan untuk back up data dan sistem maklumat. Perkara-perkara
ini ditentukan untuk memastikan bahawa gangguan terhadap operasi syarikat
dan sistem maklumat dapat diminimumkan dan operasi dapat disambung
balik dengan secepat mungkin.

Kita perlu ingat bahawa penggubalan dan pembentukan polisi dan prosedur
adalah tidak berkesan sekiranya ia tidak diketahui oleh staf. Oleh itu, aktiviti-
aktiviti pendidikan harus dijalankan untuk memastikan bahawa perkara yang
digubal dapat difahami oleh pekerja. Untuk pelan pengurusan malapetaka,
pihak pengurusan juga perlu menjalankan raptai untuk memastikan bahawa
apa yang terkandung dalam kertas boleh dilaksanakan dengan lancar semasa
berlakunya peristiwa yang tidak diingini. Akhir sekali, aktiviti audit juga perlu
dijalankan untuk memastikan bahawa pekerja membuat kerja mengikut
prosedur-prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

Langkah-Langkah Teknikal Untuk Mengatasi Pengancaman

Selain daripada langkah di atas, pihak pengurusan juga boleh menggunakan


perisian dan peralatan teknikal untuk mengatasi masalah keselamatan yang
dihadapi oleh sistem maklumat. Langkah-langkah ini melibatkan pemasangan
peralatan untuk mengawal akses kepada sistem, firewall , sistem pengesanan
pencerobohan , perisisan antivirus dan antispyware dan kaedah penyulitan
(encryption) (Laudon & Laudon, 2009) .

Kawalan akses merujuk kepada semua polisi dan prosedur yang digunakan
oleh syarikat untuk memastikan bahawa orang yang mengakses sistem
maklumat adalah orang yang dibenarkan. Perkara tentang polisi dan prosedur
akses telah dibincangkan di bahagian sebelum ini. Apa yang hendak
dibincangkan di bahagian ini ialah peralatan yang digunakan untuk
mengesahkan identiti pengguna sebelum pengguna boleh menggunakan
sistem maklumat. Di antara peralatan yang boleh dipasang ialah pembaca kad
pintar dan kad pekerja, peralatan seperti keypad untuk pekerja memasukkan
password mereka dan alat pengesahan biometrik. Ketiga-tiga benda ini boleh
digunakan untuk memastikan bahawa orang yang mengakses sistem
maklumat adalah orang yang betul-betul mempunyai kuasa dan kebenaran
untuk memasuki sistem tersebut.

149
Pada hari ini, ID dan password merupakan perkara yang
penting dalam kehidupan kita. Adakah anda menggunakan
password yang mudah untuk diingat seperti 12345 atau
menggunakan password yang susah? Adakah anda
mengongsi password emel anda dengan kawan anda?
Perbuatan-perbuatan yang sedemikian tidak seharusnya
digalakkan.

Selain daripada peralatan untuk mengawal akses pekerja, pihak pengurusan


juga boleh memasang firewall. Ia merupakan kombinasi perisian dan
perkakasan yang mengawal aliran trafik yang keluar dan masuk ke dalam
jaringan syarikat. Apabila orang luar menghantar emel kepada pekerja
syarikat, firewall akan memeriksa sama ada emel tersebut mencurigakan.
Emel yang mencurigakan akan ditapis dan tidak dibenarkan masuk. Selain
itu, firewall juga akan menghalang pekerja daripada menghantar maklumat-
maklumat penting syarikat kepada orang luar. Jadi, pihak pengurusan boleh
menetapkan apakah kriteria-kriteria maklumat yang boleh masuk dan
maklumat yang boleh keluar daripada sistem atau jaringan syarikat. Sistem-
sistem maklumat seakan-akan macam kota besar yang dikelilingi oleh dinding
yang besar yang dikenali sebagai firewall.

Selain daripada firewall, pihak pengurusan juga boleh memasang sistem


pengesanan pencerobohan. Secara kebiasaanya, sistem ini akan dipasang di
bahagian jaringan syarikat yang lemah. Ia akan bekerja sepenuh masa untuk
memantau dan melaporkan perkara yang mencurigakan kepada sistem pihak
pengurusan. Satu contoh perkara yang mencurigakan ialah kemasukan
password yang salah dalam kuantiti yang banyak untuk sebuah komputer. Ini
mungkin berlaku kerana terdapat orang yang ingin mencuba nasib beliau
untuk menceroboh ke dalam sistem syarikat. Selain itu, sistem ini juga boleh
menutup mana-mana bahagian jaringan syarikat yang telah diceroboh.
Perbuatan ini akan mengelakkan aktiviti pencerobohan daripada tersebar ke
bahagian lain.

Seterusnya, pihak pengurusan boleh memasang perisian antivirus dan


spyware untuk mengelakkan sistem maklumat mereka daripada diancam oleh
virus dan spyware. Perisian antivirus boleh mengesan, membuang dan
kuarantin virus komputer. Perisian antispyware juga boleh mengesan,
membuang dan menghalang spyware daripada memasuki sistem maklumat.
Kalau boleh, janganlah membeli perisian cetak rompak kerana perbuatan ini
juga akan mengancam keselamatan sistem maklumat.

Akhir sekali, pihak syarikat boleh menggunakan kaedah penyulitan untuk


melindungi maklumat yang dihantar oleh syarikat kepada rakan dagangnya.
Apabila kita menggunakan kaedah penyulitan, teks atau data yang akan
dihantar, akan ditransformasikan ke dalam teks rahsia yang tidak boleh
150
dibaca oleh penerima yang tidak diingini. Data tersebut akan disulitkan
dengan menggunakan satu kod numerik rahsia. Kod tersebut juga dikenali
sebagai kunci penyulitan. Mesej tersebut tidak boleh dibaca tanpa kunci
penyulitan. Jadi, apabila teks rahsia tersebut sampai kepada pihak penerima,
penerima akan menukar teks rahsia tersebut kepada mesej asal dengan
menggunakan kunci yang ada pada beliau.

KESIMPULAN

Perbincangan dalam bab ini jelas menunjukkan bahawa ancaman kepada


sistem maklumat boleh datang dari pelbagai sumber. Pihak pengurusan
sepatutnya peka terhadap ancaman-ancaman tersebut dan mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa sistem
maklumat dan data yang mereka simpan itu selamat. Ini adalah kerana
sekiranya berlaku masalah kemusnahan dan kecurian data , orang awam akan
kehilangan keyakinan terhadap sesebuah syarikat dan mungkin tidak akan
berurus niaga dengan syarikat tersebut.

151
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.______ akan menceroboh ke dalam rangkaian dan sistem syarikat untuk


mencuri maklumat.

2.Istilah ____ manusia merujuk kepada masalah yang timbul secara tidak
sengaja, yang disebabkan oleh pekerja dan orang luar.

3.Aktiviti _____ perlu dilakukan untuk memastikan bahawa pekerja melakukan


kerja mereka mengikut prosedur-prosedur keselamatan.

4.Pihak pengurusan boleh menggunakan ____ dan peralatan ____ untuk


mengatasi masalah keselamatan.

5.Bincangkan maksud istilah sekuriti.

6.Bincangkan kaedah penyulitan.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

152
Jawapan Soalan Penilaian Kendiri

BAB 1

1. data

2. maklumat

3. sah

4. relevan

5.Secara amnya, sistem diertikan sebagai satu set komponen yang saling
berinteraksi bagi mencapai sesuatu matlamat. Contohnya, sebuah
sistem computer yang terdiri daripada alat pemprosesan, skrin, papan
kunci dan sebagainya, saling bekerjasama dan berinteraksi untuk
memastikan bahawa tugasan anda dapat disiapkan.

6.Sistem maklumat boleh digunakan untuk mempereratkan lagi


hubungan syarikat dengan pelanggan mereka, membantu syarikat
untuk membentuk strategi dan produk baru, mengurangkan kos
pengeluaran syarikat dan memastikan kewujudan syarikat berkekalan.

BAB 2

1.pengeluaran

2.transaksi

3.strategi, pelan

4.transaksi

5.Laporan berjadual disediakan berdasarkan jadual tertentu seperti laporan


bulanan, mingguan atau tahunan. Analisis jualan bulanan bagi pelanggan
adalah contoh yang baik bagi kategori laporan ini.

6.Sistem sokongan eksekutif boleh menapis,memperkemaskan dan


meringkaskan serta menjejak data-data yang kritikal supaya maklumat-
maklumat tersebut dapat diserap dengan mudahnya oleh pengurus
atasan.Selain itu, ia juga mempunyai kemudahan “drill down” yang boleh
digunakan oleh pengurus untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih
mendalam lagi. Jadi, pengurus atasan boleh memokuskan tenaga beliau

153
terhadap perkara yang penting untuk organisasi sahaja.

BAB 3

1. pengawalan

2. sama

3. pengganti

4. sokongan

5.Sistem maklumat strategik bermaksud sistem komputer, tanpa


mengira tahap atau jenisnya (sama ada sistem pemprosesan transaksi
atau sistem pengurusan hubungan pelanggan dan sebagainya), yang
digunakan secara berkesan untuk mengubah matlamat, operasi, produk,
perkhidmatan atau perhubungan persekitaran bagi membantu organisasi
mendapatkan kelebihan persaingan.

6. Aktiviti inbound logistics terdiri daripada aktiviti penerimaan and penstoran


bahan mentah untuk aktiviti pengeluaran. Aktiviti operasi pula akan
mentransformasikan input-input kepada produk. Aktiviti outbound logistics
pula terdiri daripada aktiviti penstoran dan penghantaran produk syarikat
kepada pelanggan. Aktiviti jualan dan pemasaran terdiri daripada aktiviti
promosi dan penjualan produk kepada pelanggan. Aktiviti perkhidmatan
pelanggan merujuk kepada aktiviti-aktiviti lepas jualan seperti
penyelenggaraan dan pembaikian produk dan perkhidmatan.

BAB 4

1. fasa arahan , fasa pelaksanaan

2. input

3. pengecam aksara dakwat bermagnet; pengecam aksara optik

4. skrin , pencetak

5.Tugas utama unit logik dan aritmetik (ALU) adalah untuk menjalankan
segala operasi aritmetik dan logik. Oleh itu, ia melakukan tugas-tugas
mencampur, menolak, mendarab, dan membahagi nombor-nombor.
ALU juga akan menentukan sama ada sesuatu nombor itu positif, negatif
atau sifar. Selain daripada itu, ia menjalankan tugas logiknya dengan
menentukan bilakah sesuatu nombor itu lebih besar atau lebih kecil atau
sama dengan nombor yang lain. S e l a i n d a r i p a d a n o m b o r -
n o m b o r , t ugas logik ini juga boleh dilakukan ke atas abjad-
abjad.

154
6. Sistem RAID (redundant array of inexpensive disks) merupakan satu
teknologi yang membolehkan lebih daripada satu pemacu cakera
keras digunakan. Biasanya, dengan sistem RAID ini, satu blok data
akan diagih-agihkan kepada beberapa cakera keras yang berbeza. Cakera
keras yang berbeza akan dihubungkan dengan menggunakan satu
rangkaian. Apabila seseorang pengguna ingin mendapatkan data
tersebut, sistem RAID boleh mencapai kepada data-data yang teragih
tersebut pada satu masa. Perkara ini akan menyingkatkan lagi masa
untuk mencapai data.

BAB 5

1. perisian sistem, perisian aplikasi

2. Assemblers

3. sistem pengoperasian

4. program utiliti

5.Kerana ia adalah satu-satunya bahasa yang difahami oleh


komputer.

6. Compilers menterjemahkan satu set program dari bentuk aturcara


sumber kepada bentuk aturcara objek, dan kemudiannya melaksanakan
program tersebut., manakala Interpreters pula menterjemahkan satu arahan
dari bentuk aturcara sumber kepada bentuk aturcara objek dan
melaksanakannya sebelum ia pergi kepada arahan yang berikutnya.

BAB 6

1. Bits Per Second (BPS)

2. gelombang mikro

3. multiplexer pembahagi frekuensi, multiplexer pembahagi masa

4. e-mel, news group dan media sosial

5.Komunikasi data bermaksud perhubungan yang melibatkan


penghantaran dan penerimaan data melalui talian-talian komunikasi di
antara beberapa peranti perkakasan sistem komputer. Manakala,
telekomunikasi pula lebih meluas lagi maksudnya iaitu penghantaran
dan penerimaan maklumat pelbagai bentuk seperti suara, data, teks,
dan imej, dari satu tempat ke tempat yang lain dengan
menggunakan media elektronik atau media pemancar cahaya.

155
6. Terminal input/output, alat pemprosesan komunikasi , saluran telekomunikasi
perisian telekomunikasi dan komputer

BAB 7

1. tradisional

2. bahasa deskripsi data, bahasa manipulasi data

3. hierarki, jaringan, berkait, berorientasikan objek

4. Medan kekunci

5. Di antara masalah yang telah dikenalpasti akan berlaku daripada


pengurusan data berasaskan konsep tradisional adalah kelebihpadaan
data , pergantungan di antara data dan program, ketiadaan
fleksibiliti, tahap keselamatan yang rendah, ketiadaan pengongsian data
dan kehilangan integriti data.

6. Gudang data , data mart dan pangkalan data atas talian.

BAB 8

1. C2C

2. perdagangan elektronik perniagaan kepada pelanggan (business-to


customer)

3. Internet, jaringan-jaringan

4. Utah, Amerika Syarikat

5. Menurut Stair dan Reynolds (2014), perdagangan elektronik bolehlah


didefinisikan sebagai penggunaan jaringan komputer untuk melakukan
aktiviti-aktiviti perniagaan (ternasuklah pengedaran, pemasaran penjualan
dan pembelian) secara elektronik.

6. Apabila perdagangan elektronik mula mengambil tempat dalam dunia


perniagaan, bil elektronik akan menggantikan bentuk bil-bil yang
digunakan sekarang. Ini bermakna penggunaan kertas sebagai bil
pembayaran akan berkurangan dari masa ke semasa. Ini kan
mempercepatkan lagi proses perniagaan dan dan bayaran.

156
BAB 9

1.kenyataan if –then

2.pangkalan pengetahuan (knowledge base)

3.kes-kes

4.enjin peramal (inference engine)

5. SSK ialah satu sistem maklumat yang merangkumi koleksi


manusia, tatacara-tatacara, perisian, pangkalan data, model dan alat-
alat yang digunakan untuk membantu pembuatan keputusan bagi pihak
pengurusan di dalam menyelesaikan masalah-masalah yang bersifat
separa berstruktur dan tidak berstruktur. Selain daripada itu, sistem ini
juga digunakan bagi membantu organisasi mencapai matlamat dan
objektifnya.

6. Sistem pangkalan data, sistem pengurusan model, penjana sistem


sokongan keputusan dan antara muka pengguna.

BAB 10

1. SDLC

2. pengumpulan data

3. Reka bentuk logikal

4. Reka bentuk fizikal

5.Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pembangunan sistem ialah


tahap perubahan, kualiti pengurusan projek, penggunaan peralatan
pengurusan projek, penggunaan proses pengawasan yang formal dan
penggunaan peralatan CASE.

6. Di antara alasan yang menyebabkan penyelenggaraan perlu dilakukan


ialah terdapat permintaan baru dari pengguna dan pengurus, terdapat
ralat dalam program, masalah teknikal dan perkakasan, berlakunya
penggabungan dan pengambilalihan syarikat dan terdapat perubahan
dalam proses operasi dan peraturan kerajaan.

157
BAB 11

1. nilai, peraturan

2. Undang-undang

3. Sistem maklumat telah memudahkan keupayaan syarikat u ntuk


mengutip maklumat dan data tentang pelanggan dan pekerja
syarikat. Namun begitu, pengumpulan data dan maklumat tanpa
pengetahuan dan persetujuan kita merupakan satu perbuatan
yang melanggar hak privasi kita iaitu hak untuk bersendirian .
Contohnya, apabila kita memasuki website tertentu, terdapat
perisian yang mengumpul data tentang kita. Di antara maklumat
tersebut ialah alamat email kita, di mana kita berada secara
fizikal, website mana yang kita telah lawati sebelum me masuki
website ini dan sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita
tiba-tiba menerima berita promosi melalui email atau sms dari
pihak yang kita tak pernah berurusan. Perkara yang sedemikian
memang melanggar hak privasi kita.

4. Soalan yang pertama ialah adakah tindakan kita itu sah dari segi undang
-undang? Soalan yang kedua ialah adakah tindakan kita itu adil bagi semua
orang yang terlibat dengan tindakan tersebut sama ada secara langsung
atau tidak langsung? Soalan yang terakhir ialah adakah kita berpuas hati
dengan tindakan tersebut?

BAB 12

1. Hackers

2. kesilapan

3. audit

4. perisian, teknikal

5. Istilah sekuriti merujuk kepada polisi, prosedur dan langkah-langkah


teknikal yang boleh diambil untuk mencegah sistem daripada diceroboh,
dicuri dan dimusnahkan.

6. Apabila kita menggunakan kaedah penyulitan, teks atau data yang akan
dihantar, akan ditransformasikan ke dalam teks rahsia yang tidak boleh
dibaca oleh penerima yang tidak diingini. Data tersebut akan disulitkan
dengan menggunakan satu kod numerik rahsia. Kod tersebut juga
dikenali sebagai kunci penyulitan. Mesej tersebut tidak boleh dibaca tanpa
kunci penyulitan. Jadi, apabila teks rahsia tersebut sampai kepada pihak
158
penerima, penerima akan menukar teks rahsia tersebut kepada mesej asal
dengan menggunakan kunci yang ada pada beliau.

159
BIBLIOGRAFI

Baltzan, P. (2015). Business Driven Technology (6th ed.). New York: McGraw
Hill Education.

Blanchard, K. H. (1988). The power of ethical management (1st ed.). New


York: W. Marrow.

Haag, S., & Cummings, M. (2010). Management information systems for the information age. (8th
ed.). New York: McGrawHill.

Haag, S., & Cummings, M. (2013). Management information systems for the information age (9th
ed.). New York: McGrawHill.

Hellriegel, D., Jackson, S. E., & Slocum, J. W. (2002). Management: A competency-based


approach (9th ed.). Cincinnati, OH: Thomson South- Western.

Kroenke, M. D. (2013). Using MIS (5th ed). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Laudon, K. C., & Laudon, J. P. (2009). Essentials of management information


systems (8th ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Laudon, K. C., & Laudon, J. P. (2011). Essentials of management information


systems (9th ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

McLeod, R., & Schell, G. P. (2007). Management information systems (10th ed).
New Jersey: Pearson Prentice Hall.

O’Brien, J. A. & Marakas, G. M. (2008). Management information systems


(8th ed.). New York: McGraw Hill.

O’Brien, J. A. & Marakas, G. M. (2011). Management information systems


(10th ed). New York: McGraw Hill.

Oz, E. (2009). Management information systems (6th ed.). USA: Cengage Learning.

Shaw, W. H. & Barry, V. (2010). Moral issues in business (11th ed.). Wadsworth Cengage.

Stair, R., & Reynolds, G. (2014). Information systems (11th ed.). USA: Cengage Learning.

Valacich, J. & Schneider, C. (2010). Information systems today: Managing in the digital world (4th
ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Velasquez, M. G. (2012). Business ethics: Concept and cases (7th ed.). New Jersey: Prentice
Hall.

160

You might also like