You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PIHAK BERKEPENTINGAN PASARAN 4

3.0 PIHAK BERKEPENTINGAN YANG BUKAN PASARAN 6

4.0 CADANGAN UNTUK ORGANISASI 9

5.0 KESIMPULAN 11

6.0 RUJUKAN 13

1.0 PENGENALAN

Malaysia sememangnya terkenal dengan negara yang menjadi tumpuan kepada pelabur-
pelabur terutama pelabur-pelabur asing. Kesan daripada pelaburan ini telah memberikan
banyak kelebihan kepada aspek ekonomi negara selain mewujudkan peluang pekerjaan
kepada rakyat di negara ini. Organisasi perniagaan yang baik akan dapat menjamin
keuntungan disamping dapat menjaga hubungan yang baik semasa ahli dalam sesebuah
organisasi. Namun demikian, harus diingat bahawa adanya pihak berkepentingan dalam
sesebuah organisasi yang mungkin boleh mengganggu gugat organisasi jika tidak dijaga
dan diambil peduli oleh organisasi tersebut.

1
Istilah kepentingan merujuk kepada pegangan, tuntutan atau bahagian dalam aku janji
sesuatu perniagaan. Biasanya, sesebuah organisasi perniagaan yang besar mempunyai
lebih banyak pihak berkepentingan. Pihak berkepentingan ini adalah penting dalam
menjamin kelangsungan dan tahap kejayaan sesbuah organisasi perniagaan. Freeman
(1984) menyatakan bahawa dalam istilah perniagaan, definisi yang diberikan bagi pihak-
pihak berkepentingan adalah merupakan individu atau kumpulan yang boleh menjejaskan
atau yang terjejas oleh tindakan-tindakan, keputusan, dasar, amalan atau matlamat
organisasi.
Secara umumnya, terdapat dua kategori pihak berkepentingan yang harus diketahui oleh
sesuatu organisasi perniagaan iaitu pihak berkepentingan pasaran dan pihak
berkepentingan bukan pasaran (Wheeler dan Sillanpaa, 1997). Kedua-dua kategori pihak
berkepentingan ini memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dalam
sesebuah organisasi.
Tugasan ini akan membincangkan secara terperinci berkaitan dengan pihak-pihak
berkepentingan dalam konteks organisasi perniagaan. Perbincangan akan lebih menjurus
kepada dua jenis pihak berkepentingan iaitu pihak berkepentingan pasaran dan pihak
berkepentingan bukan pasaran. Kedua-dua jenis pihak berkepentingan ini akan dikaitkan
dengan sebuah organisasi perniagaan yang akan dibina dalam memastikan kefahaman
yang lebih jelas akan kepentingan pihak berkepentingan dalam sesbuah organisasi
perniagaan yang telah diwujudkan.
Berikut merupakan profail organisasi perniagaan yang telah diwujudkan bagi
membolehkan penerangan dibuat dengan lebih jelas berkaitan pelaksanaan dan kesan
pihak berkepentingan terhadap sesebuah organisasi.

Berikut merupakan maklumat syarikat yang telah dibina;


1) Nama Organisasi : Syarikat Beras Emas
2) Jenis Perniagaan : Perniagaan Beras
3) Jumlah Pekerja : 150 Orang
4) Carta Organisasi:

2
Rajah 1.0 : Carta Organisasi Syarikat Beras Emas

2.0 PIHAK BERKEPENTINGAN PASARAN

Pihak berkepentingan pasaran merujuk kepada individu atau kumpulan yang mempunyai
kepentingan langsung dalam organisasi serta terlibat dalam urus niaga ekonomi dengan
organisasi tidak kira sama ada dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan
(Lawrence & Weber, 2011). Pihak berkepentingan pasaran merupakan pihak
berkepentingan utama yang meliputi pelanggan, pemegang saham, pembekal, pemiutang
dan majikan.
2.1 Pekerja

Pekerja merupakan individu yang sangat mempengaruhi sesebuah organisasi


perniagaan. Biasanya, organisasi perniagaan yang lebih besar memerlukan jumlah
pekerja yang ramai untuk meneruskan produk dan perkhidmatannya kepada
3
pelanggan. Tanpa adanya pekerja, sesebuah organisasi tidak akan dapat dijalankan
dengan baik.
Hubungan baik antara pekerja dengan pengurus harus dijaga dalam usaha untuk
mendapatkan kualiti kerja yang baik dalam aspek sumber manusia. Ini kerana jika
seorang pekerja mempunyai masalah dengan majikan, kualiti tugas dan
tanggungjawab serta komitmen yang akan diberikan terhadap kerja yang seharusnya
dilaksanakan tidak dapat diperoleh dengan baik dan sempurna seperti mana yang
diinginkan atau dengan kata lain pekerja tersebut melakukan kerja dengan secara
paksa untuk mendapatkan gaji bulanan semata-mata. Selain itu juga, hubungan baik
antara pekerja dengan pekerja, pekerja dengan majikan haruslah dijaga untuk
mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa dalam sesebuah organisasi perniagaan.

2.2 Pemilik/Pemegang Saham

Pemilik merupakan majikan kepada pekerja-pekerja. Pemilik atau lebih dikenali


dengan panggilan “boss” merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya
dalam mengendalikan organisasi perniagaan termasuklah dalam konteks produk
pengeluaran syarikat mahupun persekitaran perniagaan yang baik dalam usaha untuk
memastikan perniagaan yang dijalankan dapat memberikan keuntungan yang
berterusan.
Namun demikian, ada juga perusahaan yang dijalankan secara besar-besaran yang
memerlukan pemegang-pemegang saham yang dilantik sebagai ahli-ahli lembaga
pengarah atau sebagainya. Pemegang-pemegang saham ini akan sentiasa berinteraksi
antara satu sama lain bagi membincangkan aspek pengurusan sumber manusia,
pengurusan pasaran perniagaan dan aspek-aspek lain yang menjurus kepada
kepentingan syarikat.

2.3 Pembekal

Pembekal juga memainkan peranan penting dalam pertubuhan organisasi perniagaan


yang dijalankan. Dalam hal ini, pembekal berperanan untuk memberikan bekalan
dalam bentuk bahan-bahan mentah atau bahan sedia guna untuk tujuan perdagangan.
Dalam kontek perniagaan syarikat Beras Emas ini, pembekal membekalkan bahan-
bahan seperti beras untuk dibungkus dan dipatenkan sebelum dijual kepada pembeli
4
dan pemborong. Pembekal menjadi pihak berkepentingan yang sememangnya penting
dan harus dijaga hubungannya dengan baik supaya tidak mendatangkan masalah stok
bahan bekalan tidak mencukupi.

2.4 Pesaing

Pesaing merujuk kepada syarikat atau indivu yang menjalankan perniagaan yang sama
atau yang hampir sama dengan syarikat yang kita jalankan. Perasingan yang sihat
harus dilaksanakan dengan baik supaya wujudnya persaingan yang baik dalam
kalangan syarikat-syarikat yang menjual produk yang sama. Persaingan dalam bentuk
harga produk, cara promosi dan juga kawalan harga harus dilaksanakan dengan baik
dan selebihnya adalah bergantung kepada pengguna atau pembeli untuk memilih
syarikat mana yang mereka inginkan. Pihak berkepentingan ini amat penting dalam
usaha untuk memberikan komitmen kepada syarikat untuk menjaga mutu dan prestasi
syarikat. Jika tidak, pengguna atau pembeli akan beralih ke syarikat lain yang dapat
memberikan keyakinan yang lebih kepada mereka untuk mendapatkan bahan bekalan
mereka.

2.5 Peruncit/ Pemborong

Peruncit atau pemborong juga merupakan pihak berkepentingan yang harus dijaga dan
dilindungi dengan baik. Jagaan terhadap peruncit atau pemborong ini bermaksud
penjagaan daripada aspek kawalan harga dan juga mutu barangan atau produk yang
dijual atau dibekalkan. Peruncit harus diyakinkan dengan baik supaya mereka dapat
mengambil produk daripada syarikat supaya produk yang dijual di kedai-kedai
mereka diterima oleh semua pihak terutama pengguna.
Memandangkan syarikat ialah syarikat beras dan seperti yang telah kita sedia maklum,
pilihan kepada produk tersebut telahh banyak terdapat di pasaran. Persaingan yang
sihat berlaku di mana peruncit atau pemborong hendak mendapatkan harga yang
terbaik yang boleh dirunding oleh mereka supaya sama-sama mendapat keuntungan
daripada produk yang dijual.

2.6 Pemiutang

5
Pihak berkepentingan yang seterusnya ialah pemiutang. Pemiutan ialah individu atau
organisasi yang menyumbang kepada aspek kewangan di mana modal diperoleh
daripada mereka untuk mendapatkan bekalan bahan-bahan. Hubungan yang baik
antara syarikat dengan pemiutang supaya syarikat tidak terbeban dengan masalah
modal tidak mencukupi. Syarikat juga harus menepati terma-terma yang dikenakan
oleh pemiutang terutama dalam aspek pembayaran balik hutang-hutang yang dipinjam
supaya pemiutang tidak mengalami masalah dengan syarikat.

3.0 PIHAK BERKEPENTINGAN YANG BUKAN PASARAN

Menurut Lawrence & Weber (2011), mereka yang berkepentingan bukan pasaran
termasuk individu dan kumpulan-kumpulan yang tidak terlibat dalam urus niaga ekonomi
secara langsung dengan organisasi tetapi dipengaruhi oleh atau tindakannya yang boleh
menjejaskan syarikat. pihak-Pihak berkepentingan termasuk komuniti pertengahan,
media, kumpulan sokongan perniagaan, kerajaan dan orang awam.
Berikut merupakan pihak-pihak berkepentingan bukan pasaran yang diperoleh dalam
konteks Syarikat Beras Emas.

3.1 Masyarakat Setempat

Syarikat Beras Emas adalah sebuah syarikat besar yang mana syarikat ini juga
terdapat kilang untuk pemprosesan dan pembungkusan beras secara besar-besaran
untuk tujuan eksport ke negeri-negeri dan negara-negara lain. Dalam hal ini, syarikat
ini harus memastikan kepentingan pihak masyarakat setempat dijaga dengan baik bagi
mengelakkan masalah tidak diingini berlaku di kilang pemprosesan tersebut. Selain
itu juga, pihak syarikat juga harus mengambil kira aspek kesihatan dan keselamatan
penduduk setempat di masa sisa-sisa daripada kilang dilupuskan dengan baik supaya
tiada aduan yang diterima daripada penduduk setempat. Jika syarikat menerima aduan
daripada penduduk setempat, syarikat harus memainkan peranan untuk menyelesaikan
aduan tersebut seperti mana yang diingini oleh masyarakat setempat supaya aduan
tersebut tidak sampai ke pihak yang lebih tinggi. Jika aduan yang telah dibuat tidak
disusuli dengan langkah pembaikan oleh pihak syarikat, dikhuatiri perkara atau aduan
tersebut akan smpai ke pihak lain yang seterusnya akan memberikan impak kepada
pasaran produk syarikat dan seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat.
6
3.2 Media

Media memainkan peranan penting kepada syarikat terutama dalam usaha untuk
mempromosi produk syarikat dengan baik. Hubungan baik dengan pihak media harus
dijaga supaya tidak timbul salah faham dan masalah yang berlaritan berlaku antara
syarikat dengan pihak media. Pihat syarikat amat memerlukan pihak media tidak kira
media cetak mahupun elektronik dalam usha untuk mempromosikan produk syarikat
kepada orang ramai supaya keuntungan yang diperoleh akan dipertingkatkan serta
keyakinan pembeli untuk mendapatkan produk keluaran syarikat dapat ditingkatkan
lagi.
Fungsi media juga adalah berperanan untuk memberikan persaingan yang sihat di
antara pesaing-pesaing yang mengeluarkan produk yang sama. Maklumat-maklumat
berkaitan dengan pesaing lain juga dapat diperoleh dengan adanya iklan-iklan yang
dimuatkan dalam media-media massa. Jatuh bangun syarikat adalah bergantug kepada
media massa, sebagai contoh, syarikat yang mempunyai masalah aduan yang tidak
diambil endahkan oleh pihak syarikat akan diceritakan oleh media-media dan
seterusnya akan disampaikan kepada masyarakat sekeliling. Ini akan memberikan
impak menjatuhkan prestasi syarikat itu sendiri yang akan memberikan masa yang
lama untuk mendapatkan kembali keyakinan daripada pembeli atau pengguna untuk
mendapatkan produk syarikat.

3.3 Kerajaan

Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk memastikan syarikat
dapat berkembang dengan baik. Pihak berkepentingan ini amat membantu dalam
menjadikan syarikat sebagai salah sebuah syarikat yang berjaya di mata dunia.
Sumbangan terhadap kerajaan dapat dilaksanakan dalam bentuk mematuhi dasar-dasar
yang dikenakan oleh kerajaan dalam penubuhan syarikat. Syarikat haruslah mematuhi
segala peraturan dan dasar yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan sama ada
penetapan cukai, penyelarasan harga bahan dan produk, kawalan harga dan
sebagainya. Kerajaan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya jika pihak syarikat
tidak dapat mematuhi peraturan dan dasar yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan
lesen perniagaan dan sebagainya.
7
3.4 Orang Awam

Orang awam juga memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat. Selain itu
juga, orang awam juga merupakan pelanggan aatau pembeli kepada produk yang
dihasilkan oleh syarikat. Seperti mana yang telah sedia maklum, orang awam
menjadikan beras sebagai makanan nombor satu mereka dan mereka memakan nasi
yang berasaskan beras pada setiap hari. Oleh yang demikian, pihak syarikat haruslah
menjaga kepentingan orang awam supaya syarikat dapat menambat hati orang awam
untuk memdapatkan produk keluaran syarikat dengan lebih baik.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara pihak berkepentingan pasaran dan pihak
berkepentingan bukan pasaran.

Pihak Berkepentingan Pasaran Pihak Berkepentingan Bukan Pasaran


Pekerja Masyarakat setempat
Pemilik/ pemegang stok/ pemegang saham Aktiviti social
Pelanggan Media
Pembekal Kumpulan sokongan perniagaan
Pesaing Kerajaan
Peruncit/ pemborong Persekutuan, negeri dan kerajaan temoatan
Pemiutang Orang awam
Jadual 3.0 : Pihak-Pihak Berkepentingan

4.0 CADANGAN UNTUK ORGANISASI

Perbincangan seterusnya adalah berkaitan dengan cadangan-cadangan yang boleh


dilakukan oleh syarikat dalam usaha untuk menjaga kepentingan pihak berkepentingan
supaya wujudkan satu hubungan yang b aik antara syarikat dengan pihak-pihak
berkepentingan yang telah dibincangkaann sebelum ini. Berikut merupakan cadangan-
cadangan tersebut.

4.1 Ekonomi

Cadangan saya yang pertama adalah dalam aspek ekonomi yang mana pihak
syarikat haruslah sentiasa menjaga sentiment orang awam dan pengguna dalam

8
aspek ekonomi. Pengguna pada masa kini lebih celik akal dan mereka lebih arif
dalam aspek ekonomi seperti kenaikan harga, kawalan harga barang dan
sebagainya. Dalam hal ini, pihak syarikat tidak boleh menaikkan harga barang
sesuka hati. Promosi harus dilakukan dari masa ke semasa untuk meyakinkan
pengguna dan pembeli untuk mendapatkan produk keluaran syarikat.
Selain itu juga, pihak syarikat juga harus menjaga hubungan yang baik dengan
pihak berkepentingan pasaran iaitu pekerja-pekerja itu sendiri. Produk tidak akan
dapat dihasilkan dan dipasarkan tanpa adanya pekerja-pekerja. Pihak syarikat
boleh memberikan sumbangan dalam bentuk bonus kepada ahli-ahli dalam
syarikat melihat kepada kenaikan jualan dan keuntungan yang diperoleh oleh
syarikat. Rata-rata pekerja akan mahupun layanan yang baaik daripada majikan
mereka. Tolak ansur yang diberikan oleh majikan kepada pekerja juga harus
dalam memastikan kepentingan dan kebajikan pekerja dapat dijaga dengan baik
oleh pihak syarikat.

4.2 Undang-Undang

Seterusnya dalam aspek undang-undang. Pihak syarikat haruslah sentiasa


mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan termasuklah
pelaksanaan cukai dan sebagainya. Pihak syarikat tidak boleh mengambil tindakan
sesuka hati dan tidak tertakluk kepada dasar dan peraturan yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak
6% dikenakan kepada syarikat. Syarikat tidak boleh sesuka hati menamb atau
mebgurangkan cukai tersebut mengikut nilai yang tertentu yang ditetapkan sendiri
oleh pihak syarikat. Pelaksanaan undang-undang dan pematuhan yang baik amat
penting dalam mengekalkan prestasi syarikat supaya masalah tidak timbul pada
kemudian hari.

4.3 Etika

Etika merupakan aspek yang paling penting dalam kejayaan sesebuahh syarikat.
Etika yang dimaksudkan ialah dalam bentuk disiplin tidak kira disiplin daripada
majikan atau pekerja itu sendiri. Pihak syarikat juga harus melaksanakan audit

9
secara berkala bagi memastikan saliran kewangan syarikat diuruskan dengan baik
dan tiada istilah pecah amanah berlaku dalam syarikat.
Dewasa ini, banyak kes yang kita dengar dan lihat berkaitan organisasi yang
menggelapkan dan mengambil duit syarikat atau dalam kata lain pecah amanah.
Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kewangan syarikat tidak
menjalankan tugas dengan baik dan mengambil hak syarikat untuk kepentingan
diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merosakkan nama baik syarikat malah juga
turut memburukkan nama semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam syarikat tersebut.

4.4 Dermawan

Selain itu juga, sebagai tambahan, saya berpendapat bahawa majikan perlu
bersikap dermawan. Dermawan yang idmaksudkan ialah dengan pemberian
sumbangan dan tajaan kepada pihak-pihak yang memerlukan sebagai contoh.
Misalnya, sumbangan kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin dan
sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk menjaga pihak berkepentingan tertentu
seperti orang awam danmasyarakat setempat. Bukan itu sahaja, media juga akan
dapat memberikan gambaran yang positif kepada syarikat.

Pihak syarikat harus menjaga kebajikan dan hubungan baik dengan pihak-pihak
berkepentingan sepertimana yang telah dinyatakan, ini bermaksud semua pihak yang terlibat
dalam pengendalian syarikat daripada pengarah urusan kepada pekerja am haruslah sama-
sama berganding bahu dan sentiasa memikirkan idea untuk memastikan syarikat menjaga
kepentingan pihak-pihak berkepentingan kepada syarikat supaya nama baik syarikat dapat
dijaga selain dapat memastikan keuntungan syarikat tidak terjejas malahan sentiasa
mengingkat dari masa ke semasa.

5.0 KESIMPULAN

Pihak berkepentingan adalah individu atau kumpulan yang berkepentingan dalam


sesebuah organisasi perniagaan yang berkait rapat dengan sesebuah ornagisasi perniagaan
tersebut. Pihak berkepentingan ini akan menentukan sejauh mana keberhasilan sesebuah
organisasi dalam aspek perusahaan yang dijalankan. Pemilik, pemegang saham terbesar
10
misalnya merupakan beberapa contoh pihak berkepentingan yang mana merupakan aspek
utama dalam pembentukan sesebuah organisasi perniagaan. Pihak berkepentingan ini
saling berkait antara satu sama lain. Jika musnah salah satu pihak berkepentingan ini,
maka pengurusan organisasi perniagaan tersebut akan terjejas. Sebagai contoh, hubungan
baik antara pihak organisasi dengan pembekal tidak dijaga dengan baik, syarikat akan
mengalami masalah dalam mendapatkan barangan dan stok untuk meneruskan
permintaan yang tinggi oleh pemborong-pemborong dan penjual di luar sana. Ini akan
memberikan satu tamparan hebat kepada organisasi yang mungkin sekali gus akan
memberikan kerugian yang besar kepada sesebuah organisasi tersebut.
Pihak berkepentingan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pihak berkepentingan
pasaran yang melibatkan pekerja, pemegang saham, pelanggan, pembekal, pesaing,
peruncit dan juga pemiutang. Kesemua yang telah disenaraikan di atas merupakan pihak
berkepentingan yang memberikan peranan masing-masing dalam penubuhan organisasi
perniagaan. Selain itu juga, pihak berkepentingan juga terdapat dapat bentuk bukan
pasaran yang mana pihak berkepentingan bukan pasaran lebih menjurus kepada individu
atau kumpulan yang tidak berkait rapat dengan organisasi perniagaan itu sendiri sebagai
contoh masyarakat setempat, aktivitis social, media, kumpulan sokongan, kerajaan,
persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta orang awam. Walaupun kelihat pihak ini
tidak terlibat secara langsung dalam keberhasilan organisasi, namun, pihak ini juga
sebenarnya memainkan peranan yang agak besar dalam aspek pengurusan sokongan
terhadap organisasi yang dibina.
Oleh yang demikian, pihak-pihak berkepentingan ini haruslah dijaga dengan baik supaya
ia tidak mendatangkan masalah kepada organisasi. Permasalahan yang timbul dalam
menjaga hubungan baik antara pihak organisasi dengan pihak berkepentingan akan
memberikan kesan yang negative kepada organisasi. Setiap organisasi harus memainkan
peranan penting dalam usaha untuk mendapatkan hubungan yang baik dan mendapatkan
kepercayaan yang tinggi daripada pihak-pihak berkepentingan yang telah dibincangkan di
atas.
(2,458 patah perkataan)

11
6.0 RUJUKAN

Majid, F. (1991). Ethical Theories In Islam. Laden. E.J.

Micheal, D.B. (1991). Professional Ethics. Wadsworth Publishing Company, Belmont,


California.

Mohd Janib Johari (2001). Etika Profesional. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.

Prof. Dr Ansary Ahmad et. al. (2007). Open University Malaysia:OUMM3203 –


Professional Ethics.. Kuala Lumpur. MeteorDoc Sdn. Bhd.

RUJUKAN INTERNET

http://professionalethics-rosemariesinlao.blogspot.com/2011/06/professional-ethics-
assignment-1.html
http://www.fxcm.com/my/legal/code-of-conduct/
12
http://takingoff.tripod.com/etika.html
http://www.scribd.com/doc/20947558/Etika-Profesional#scribd
http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/etika-profesional.html
http://pengurusanetika.blogspot.com/

13

You might also like