You are on page 1of 8

Senario 1

(KAUNSELOR/GBK)

Cikgu Maslan merupakan Kaunselor di SMKP lepasan UKM di sebuah sekolah menengah di pedalaman Sabah
(Enrolment 575 orang). Beliau sudah lima tahun bertugas di sekolah ini. Berperwatakan ceria dan mudah mesra dan
komited dengan tugasnya sebagai seorang Kaunselor. Beliau juga dikenali dengan gelaran “Lan syura” kerana amat
mementingkan kerja berpasukan dan membuat keputusan bersama atau membuat sesuatu keputusan secara kolektif
(mesyuarah). Sepanjang bertugas di sini, beliau dapat menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan hal
ehwal murid. Beliau sangat mementingkan muridnya. Sebagai contoh, dia menggalakkan muridnya berjumpa
dengannya untuk berkongsi masalah dan berbincang (klien 18-25 murid sebulan). Untuk memudahkan murid
membuat temujanji dengannya, di luar biliknya dipamerkan jadual dan nombor telefon.

Namun begitu, En. Maslan akan berpendirian tegas terutama dalam hal-hal berkaitan dengan peraturan dan
pekeliling. Kehebatan beliau yang ketara adalah memahami dan mengetahui serta sentiasa mematuhi peraturan dan
pekeliling yang berkaitan dengan bidang tugasnya. Oleh sebab beliau sangat berminat dengan tugas selaku
kaunselor menyebabkan beliau kerap kelihatan (turun padang) dalam program-program yang dianjurkan di sekolah.
Justeru minat dan cinta akan kerjaya, beliau tidak jemu berusaha menambah pengetahuannya dalam bidang ini. Hal
ini dapat dilihat, apabila kita ke biliknya terdapat banyak buku yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling.
Kelihatan juga di dinding biliknya di paparkan sijil penyertaan kursus berkaitan bimbingan dan kaunseling yang
pernah dihadiri.

Jawapan;

No Aspek Ayat Justifikasi Berdasarkan Deskripsi Instrumen


A2.4 BUDAYA KERJA Beliau juga dikenali dengan gelaran -Sentiasa menunjukkan kesediaan berkongsi idea
SEPASUKAN “Lan syura” kerana amat dan tenaga dengan rakan sekerja dalam
mementingkan kerja berpasukan dan melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat
membuat keputusan bersama atau organisasi.
membuat sesuatu keputusan secara -Sentiasa menunjukkan kesediaan untuk
kolektif (mesyuarah). bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam
organisasi.
-Sentiasa merancang/ melaksanakan tugasan
secara sepasukan.
-Sentiasa mewujudkan suasana kerja yang selesa/
kondusif/ harmoni dalam organisasi semasa
menjalankan sesuatu tugasan.
-Sentiasa menyesuaikan diri dengan pelbagai
kumpulan/ unit/ jabatan untuk mencapai matlamat
sesuatu organisasi.

A2.5 BERFOKUSKAN Beliau sangat mementingkan -Sentiasa bertanggungjawab dan bersedia


PELANGGAN muridnya menyantuni pelanggan yang memerlukan
perkhidmatan berkaitan bidang tugas.
-Sentiasa menunjukkan kesungguhan dan berusaha
memenuhi keperluan/ kehendak pelanggan
berkaitan bidang tugas selaras dengan SOP yang
telah ditetapkan.
A4.2 PERATURAN DAN Kehebatan beliau yang ketara adalah -Sentiasa dapat menerangkan peraturan dan
PEKELILING memahami dan mengetahui serta pekeliling yang berkaitan bidang tugas dengan jelas.
sentiasa mematuhi peraturan dan -Sentiasa mempamerkan pematuhan/ pelaksanaan
pekeliling yang berkaitan dengan peraturan dan pekeliling yang berkaitan dalam
bidang tugasnya. menjalankan tugas.
A4.3 PENGUASAAN BIDANG Oleh sebab beliau sangat berminat -Sentiasa dapat menerangkan fungsi bidang tugas
TUGAS dengan tugas selaku kaunselor dengan jelas dan tepat.
menyebabkan beliau kerap kelihatan -Sentiasa menjalankan tugas dengan berkesan.
(turun padang) dalam program-
program yang dianjurkan di sekolah.
…... Hal ini dapat dilihat, apabila kita
ke biliknya terdapat banyak buku
yang berkaitan dengan bimbingan
dan kaunseling.
SENARIO 2

(GPK)

Puan Sarah ialah seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Puncak Awan. Beliau telah bertugas di
sekolah tersebut selama 6 tahun dan pernah dilantik menjadi Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum di sekolah yang
sama tiga tahun lalu.

Sebagai GPK HEM, Pn. Sarah terpaksa menghadapi masalah salah laku disiplin murid (340 kes salah laku sehingga
31 April) terutama bagi SMKPA yang mempunyai bilangan murid yang ramai (enrolment 1250 orang) dan terletak
berhampiran pusat bandar. Keadaan ini menyebabkan murid sekolah akan sentiasa terdedah kepada gejala tidak
sihat yang berlaku di sekitar sekolah. Masalah ini menyebabkan berlakunya kemerosotan disipin seperti gejala
ponteng, vandalisme, merokok, sikap melawan, biadap dan seterusnya tidak menghormati guru.

Sejak bertugas sebagai GPK HEM, Pn. Sarah telah mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada pengetua mengenai
tugas-tugas dan prosedur yang perlu beliau laksanakan. Beberapa program serta aktiviti-aktiviti dirancang bersama
guru-guru yang terlibat bagi mengurangkan atau mengatasi beberapa masalah utama disiplin sekolah.Walau pun
demikian, hasil pelaksanaan program tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Setelah pascanilai (post
mortem atau bedah siasat) dijalankan, Pn. Sarah mendapati ramai guru tidak melaksanakan tugas yang diberi
dengan berkesan.

Setelah mendapat persetujuan pengetua, beliau telah mengambil tindakan dengan merangka semula pelan tindakan
yang lebih dinamik dengan penubuhan jawatankuasa baharu. Jadual kerja dan spesifikasi kerja yang diberi kepada
guru-guru digunakan sebagai alat pemantauan sepanjang tahun. Namun disebabkan kekangan masa, Pn. Sarah
tidak mampu melaksanakan bimbingan kepada guru-guru yang bermasalah. Walau pun jadual perjumpaan
profesional HEM secara berkala telah ditetapkan di awal tahun, ia masih belum dapat dilaksanakan dengan baik. Pn.
Sarah hanya mampu memberikan garis panduan, cadangan dan berkongsi idea tentang pelaksanaan tugas-tugas
HEM dalam taklimat atau mesyuarat-mesyuarat yang dipimpinnya.

No Aspek Ayat Justifikasi Berdasarkan Deskripsi Instrumen


A2.1 MENGUTAMAKAN Beberapa program serta aktiviti- -Menunjukkan komitmen tinggi dalam
PENCAPAIAN aktiviti dirancang bersama guru-guru menyelesaikan tugasan tetapi tidak secara
yang terlibat bagi mengurangkan berterusan.
atau mengatasi beberapa masalah -Mencari peluang dalam sebarang halangan tetapi
utama disiplin sekolah. tidak secara berterusan.
-Berusaha/ melihat jalan menyelesaikan sebarang
masalah tetapi tidak secara berterusan.
-Melakukan lebih daripada keperluan dan memberi
kepuasan kepada diri serta meningkatkan kredibiliti
tetapi tidak secara berterusan.

A2.2 KEPANTASAN BERTINDAK beliau telah mengambil tindakan -Mengambil tindakan yang relevan untuk
dengan merangka semula pelan menyelesaikan tugasan sebelum tempoh yang
tindakan ditetapkan tetapi tidak secara berterusan.
-Mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa
disuruh/ melengahkan masa dalam melaksanakan/
menyelesaikan tugas tetapi tidak secara berterusan.
-Melaksanakan tugasan yang memberi impak
kepada organisasi tetapi tidak secara berterusan.
-Melaksanakan tugasan dengan pantas dan
menepati menepati standard kualiti tetapi tidak
secara berterusan.
A3.4 PEMIKIRAN KREATIF DAN beliau … lebih dinamik dengan -Sentiasa mencipta/ menjana idea baharu untuk
INOVATIF penubuhan jawatankuasa baharu. tujuan penambahbaikan kualiti kerja dalam bidang
Jadual kerja dan spesifikasi kerja tugas.
yang diberi kepada guru-guru -Sentiasa mengaplikasi idea/ pendekatan/ kaedah
digunakan sebagai alat pemantauan dalam menyelesaikan/ menjalankan tugas sama ada
sepanjang tahun. dalam bentuk idea baharu atau penambahbaikan
idea/ kaedah sedia ada.
A5.2 KEUPAYAAN Pn. Sarah tidak mampu -Menunjukkan kesediaan untuk berkongsi idea bagi
MELAKSANAKAN melaksanakan bimbingan kepada meningkatkan ilmu atau kemahiran dalam bidang
BIMBINGAN DAN guru-guru yang bermasalah. tugas tetapi tidak secara berterusan.
PEMENTORAN -Jarang-jarang berusaha memberikan tunjuk ajar/
bimbingan/ coaching & mentoring bagi
meningkatkan ilmu atau kemahiran dalam bidang
tugas kepada rakan sekerja/ orang bawah seliaan.
Senario 3

(PENGETUA / GURU BESAR)

Kedatangan En. Omar Salim sebagai pengetua baru di SMK Tanjong, Kuala Selangor memberikan harapan dan
sinar kepada warga sekolah setelah ketiadaan pengetua selama hampir 4 bulan selepas persaraan pengetua lama.
Pihak PPD mengharapkan pelantikan beliau di SMK Tanjong dapat meningkatkan prestasi akademik sekolah
tersebut dalam pencapaian PT3 dan SPM. Sebagai pengetua yang berpengalaman selama 6 tahun di dua buah
sekolah menengah, sudah tentulah kedatangan beliau amat dinanti-nantikan oleh warga SMK Tanjong terutama Pn.
Normah Ahmad, GPK1 yang menjalankan tugas pengetua.

Pn. Normah Ahmad merasa lega dengan kedatangan pengetua baru pada penghujung bulan April yang lalu. Beliau
merasa dirinya tidak berupaya lagi dalam menangani masalah utama di sekolah iaitu masalah disiplin murid
(enrolment 1,235 orang: 531 Kes salah laku). Pelajar sesuka hati datang lewat malahan minum kopi di kedai di luar
kelas yang telah menjadi bualan umum baik di kalangan masyarakat sekeliling mahupun di peringkat daerah dan
jabatan. Semasa majlis serah tugas Pn. Normah Ahmad telah menceritakan masalah tersebut kepada pengetua
baru.

Setelah perbincangan dengan pihak pengurusan diadakan dalam kalangan pentadbir sekolah, En. Omar Salim
memutuskan bahawa misi utama beliau sebagai pengetua baru dalam empat bulan pertama adalah menyelesaikan
masalah disiplin murid. Walaupun mandat PPD ialah beliau dapat meningkatkan pencapaian akademik sekolah tetapi
beliau berani memberi tumpuan kepada menangani disiplin murid terlebih dahulu dalam masa 4 bulan pertama beliau
bertugas.

Beliau telah menetapkan KPI terutama menanggani masalah disiplin murid seperti ponteng sekolah, datang lewat
dan minum di luar menurun sebanyak 70%. Langkah pertama beliau ialah mendapatkan komitmen PIBG, AJK
Disiplin dan Badan Pengawas Sekolah serta kerjasama PDRM.Setelah beliau berjaya membangkitkan semangat dan
komitmen kerja berpasukan dalam menanggani masalah disiplin murid, maka pelbagai program dan tindakan telah
dibuat oleh pihak sekolah. Beliau telah berjaya mewujudkan hubungan yang baik dan mesra dengan warga kerja dan
pegawai di PPD, JPN dan KPM.

Kelebihan En. Omar Salim adalah keupayaannya memahami peraturan disiplin dan mengingati kesalahan disiplin
murid. Sebarang kes disiplin murid dapat diterangkan dan dijelaskan dengan baik oleh pengetua. Oleh itu keputusan
hukuman merotan, menggantung dan membuang murid dibuat dengan adil dan tepat.Murid dan ibu bapa sendiri
tidak dapat mengemukakan sebarang kelemahan dan kesalahan yang mungkin ada pada pengetua (37 Kes Salah
Laku dilaporkan berakhir 31 Ogos).

Walau bagaimanapun, hubungan beliau dengan ibu bapa murid kurang mesra dan agak kurang sopan. Ibu bapa
murid yang dihukum merasakan diri mereka tidak dihormati dan tidak diberi peluang untuk berbincang baik secara
bersemuka atau melalui panggilan telefon.

Keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform selalu diberi penegasan oleh beliau.
Namun begitu, beliau sangat menekankan aspek akademik sahaja dengan mengabaikan aktiviti sukan dan
kokurikulum.
Jawapan;
No Aspek Ayat Justifikasi Berdasarkan Deskripsi Instrumen
A1.2 HUBUNGAN DGN 1. Beliau telah berjaya mewujudkan -Mewujudkan hubungan yang positif dengan
PELANGGAN hubungan yang baik dan mesra pelanggan melalui pelbagai cara seperti e-mel/
dengan warga kerja dan pegawai di surat/ memo/ video/ keratan akhbar/ media lain yang
PPD, JPN dan KPM. sesuai tetapi tidak secara berterusan.
2. Walau bagaimanapun, hubungan -Mempraktik kemahiran berkongsi maklumat yang
beliau dengan ibu bapa murid sesuai dengan pelanggan dalam pelbagai situasi
kurang mesra dan agak kurang tetapi tidak secara berterusan.
sopan. -Jarang-jarang dapat mewujudkan suasana yang
mesra ketika berurusan dengan pelanggan dan
menjaga nama baik organisasi.
A3.1 KEPIMPINAN Langkah pertama beliau ialah -Sentiasa mempraktik kemahiran dalam
BERWAWASAN DAN mendapatkan komitmen PIBG, AJK melaksanakan tugas melalui perancangan kerja
MEMBUAT KEPUTUSAN Disiplin dan Badan Pengawas yang sistematik/ berfokus bagi mencapai hala tuju/
Sekolah serta kerjasama PDRM. matlamat.
Setelah beliau berjaya -Sentiasa berusaha menggerakkan/ merangsang
membangkitkan semangat dan sumber/ rakan sekerja untuk mencapai matlamat/
komitmen kerja berpasukan dalam sasaran organisasi.
menanggani masalah disiplin murid, -Sentiasa membuat keputusan yang selari dengan
maka pelbagai program dan tindakan matlamat/ sasaran organisasi.
telah dibuat oleh pihak sekolah.
A3.2 PENYESUAIAN Walaupun mandat PPD ialah beliau -Peka dan responsif terhadap perubahan dasar/
PERUBAHAN dapat meningkatkan pencapaian kepimpinan/ perubahan persekitaran dalam
akademik sekolah tetapi beliau menjalankan tugas.tetapi tidak secara berterusan.
berani memberi tumpuan kepada -Bersedia menghadapi/ menyesuaikan diri dengan
menangani disiplin murid terlebih perubahan dasar/ kepimpinan/ perubahan
dahulu dalam masa 4 bulan pertama persekitaran dalam menyelesaikan tugas/ masalah
beliau bertugas. berdasarkan bidang tugas tetapi tidak secara
berterusan.

A4.1 DASAR-DASAR KERAJAAN Keperluan penyertaan murid dalam -Sentiasa dapat menerangkan dasar-dasar kerajaan
1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan yang berkaitan bidang tugas dengan jelas
Beruniform selalu diberi penegasan -Sentiasa mempamerkan pematuhan/ pelaksanaan
oleh beliau. dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dalam
menjalankan tugas
Senario 4

(GURU AKADEMIK/GURU PENOLONG)

Cikgu Nora komited mengajar sesi pagi, subjek Lukisan Kejuruteraan di SMTC. Beliau selalu menepati masa masuk
ke kelasnya dengan berpakaian kemas setiap masa. Cikgu Nora selalu membuat kelas tambahan walaupun dalam
keadaan sibuk sekalipun kerana yakin akan keupayaannya sebagai guru pemeriksa kertas Lukisan Kejuruteraan.
Beliau dengan rela hati akan mengajar subjeknya walaupun mengambil masa yang panjang sampai ke waktu petang
sehingga muridnya dapat menguasai sepenuhnya topik yang diajarnya pada hari itu (2 kelas: Tingkatan 4 Jaya dan
Tingkatan 5 Maju).

Beliau sedar jika murid itu berjaya mendapat A dalam matapelajaran yang diajarnya itu maka murid tersebut mudah
untuk memohon kemasukan ke universiti disamping subjek teras yang lain. Beliau juga memahami dan berasa
tenang hati kerana usaha ini juga boleh melonjakkan nama sekolah dimata masyarakat dalam daerah dan dapat
memberi kepuasan hati ibubapa murid tersebut dengan pencapaian anak mereka.

Cikgu Nora selalu mengikuti kelas atau kursus berkaitan Lukisan Kejuruteraan terutamanya berkaitan dengan
Autocad walaupun dengan perbelanjaan sendiri demi untuk menambah ilmunya serta memenuhi kehendak sekolah
dan negara agar guru itu perlu berilmu pengetahuan luas. Itulah falsafah yangmemudahkan beliau untuk
menyelesaikan masalah matapelajarannya dan dapat menolong pihak sekolah jika ada sesuatu berkaitan dengan
komputer.

Dengan kemahiran dan pengalaman yang sedia ada, Cikgu Nora sentiasa mengajar pelajarnya berkaitan laman
sesawang untuk mengaplikasikan contoh-contoh soalan didalam talian dan cara untuk menyelesaikannya. Beliau
selalu menekankan supaya setiap muridnya mesti membuat latihan dan jawapan menggunakan komputer untuk
dihantar kepadanya, dan mesti membuat pembentangan dari semasa ke semasa.

Jawapan;

No Aspek Ayat Justifikasi Berdasarkan Deskripsi Instrumen


A1.1 AMALAN PROFESIONAL Cikgu Nora komited mengajar sesi -Dapat menerangkan etika kerja PPP dengan jelas.
pagi, subjek Lukisan Kejuruteraan di -Mempamerkan tingkah laku beretika dan
SMTC. Beliau selalu menepati berketerampilan sesuai dengan tugas dan tempat
masa masuk ke kelasnya dengan bertugas seperti melaksanakan tugas dengan
berpakaian kemas setiap masa. amanah, komitmen dalam tugas, cara berpakaian,
tidak berpihak kepada mana-mana parti politik,
berintegriti, mampu menjadi suri teladan kepada
rakan sekerja/ pelanggan, dan lain-lain tetapi tidak
secara berterusan.

A2.3 KEMATANGAN EMOSI DAN Beliau sedar jika murid itu berjaya -Menunjukkan perasaan/ fikiran yang tenang/
KEYAKINAN DIRI mendapat A dalam mata pelajaran rasional.
yang diajarnya itu maka murid -Dapat mengawal keadaan/ tidak mudah
tersebut mudah untuk memohon dipengaruhi oleh suasana/ situasi yang tidak
kemasukan ke universiti di samping sihat tetapi tidak secara berterusan.
subjek teras yang lain. Beliau juga -Jarang-jarang dapat mempraktik kemahiran
memahami dan berasa tenang hati membuat keputusan/ memilih cara yang
kerana usaha ini juga boleh berkesan/ sesuai yang dapat menyelesaikan
melonjakkan nama sekolah di mata tugasan/ masalah yang dihadapi dengan baik.
masyarakat dalam daerah dan dapat
memberi kepuasan hati ibu bapa
murid tersebut dengan pencapaian
anak mereka. 

A3.3 KEINGINAN MENIMBA Beliau selalu mengikuti kelas atau -Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu
PENGETAHUAN kursus berkaitan Lukisan pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai
Kejuruteraan terutamanya berkaitan kaedah kursus, bengkel dan seminar.
dengan Autocad walaupun dengan -Sentiasa bersedia mengaplikasikan ilmu yang
perbelanjaan sendiri demi untuk diperoleh untuk menyelesaikan masalah dalam
menambah ilmunya serta memenuhi menjalankan tugas.
kehendak sekolah dan negara agar
guru itu perlu berilmu pengetahuan
luas.
A4.4 TEKNOLOGI MAKLUMAT Cikgu Nora sentiasa mengajar -Sentiasa menguasai ilmu tentang TMK yang sesuai/
DAN KOMUNIKASI (TMK) pelajarnya berkaitan laman berkaitan dengan bidang tugas.
sesawang untuk mengaplikasikan -Sentiasa mempraktik kemahiran mengaplikasi/
contoh-contoh soalan didalam talian mengintegrasi kemahiran TMK yang sesuai secara
dan cara untuk menyelesaikannya. cekap semasa menjalankan tugas untuk
Beliau selalu menekankan supaya meningkatkan mutu perkhidmatan.
setiap muridnya mesti membuat
latihan dan jawapan menggunakan
komputer
Senario 5

(GURU KOKO, SUKAN DAN BADAN BERUNIFORM)

Cikgu Nurul adalah seorang guru Pendidikan Khas dan Guru Kelab Catur sekolah. Beliau selalu mewakili pihak
pentadbir untuk membawa murid caturnya memasuki pertandingan catur peringkat daerah samada anjuran kelab
sukan atau dengan arahan PPD. Beliau seorang guru yang komited dengan tugasnya di sekolah. Beliau selalu
mewakili pengetuanya untuk keseminar berkaitan Pendidikan Khas juga berkaitan catur jika masa pengetuanya
terlalu sibuk, tanpa engkar kepada arahan dari pihak atasannya. Beliau juga menjadi pengadil catur dipertandingan
yang dianjurkan oleh badan-badan selain sekolah dengan kebenaran pihak sekolah. Di sekolah jadual permainan
catur untuk program Kokurikulum dan pertandingan di peringkat sekolah dan daerah telah ditampalkan diruang
papan kenyatan bagi memudahkan murid melihat serta mengambil bahagian.

Dalam setahun lebih kurang 5 kali mereka menyertai pertandingan catur, sama ada muridnya menjadi johan atau
tidak adalah perkara kedua, yang penting bagi beliau ialah pendedahan kepada muridnya.

Cikgu Nurul sentiasa membawa murid caturnya menyertai program yang dianjurkan oleh pihak NGO berkaitan
kursus permainan catur dengan kebenaran pihak PPD, sekolah dan ibubapa. Biasanya aktiviti ini akan disertainya
pada masa cuti sekolah bagi mengelakkan berlaku pertembungan dengan PdP sekolah beliau.

Cikgu Nurul juga pernah lima kali dalam tahun tersebut membawa murid caturnya menyertai “Kem Catur” peringkat
daerah dan negeri, sama ada beliau sebagai fasilitator bersama muridnya atau sebaliknya tidak menjadi masalah.
Semangat beliau adalah untuk memupukkan semangat muridnya dan murid lain agar menguasai catur. Antara badan
yang pernah menganjurkan seminar ini ialah Bank Rakyat, Lion Club dan Rotary Club.

Jawapan;
No Aspek Ayat Justifikasi Berdasarkan Deskripsi Instrumen
A5.1 KESEDIAAN Beliau selalu mewakili pengetuanya - Sentiasa bersedia menerima arahan
MENJALANKAN ARAHAN/ untuk ke seminar berkaitan melaksanakan tugas selain tugas hakiki dalam/ luar
TUGAS-TUGAS LAIN Pendidikan Khas juga berkaitan catur organisasi.
jika masa pengetuanya terlalu sibuk, -Sentiasa bersedia melaksanakan tugas selain
tanpa engkar kepada arahan dari tugas hakiki yang diarahkan.
pihak atasannya. -Sentiasa melaksanakan tugas lain yang diarahkan
dengan bertanggungjawab dan berkesan.

A1.1 JALINAN DAN JARINGAN Cikgu Nurul sentiasa membawa -Sentiasa menunjukkan kesediaan untuk
(D1E1) murid caturnya menyertai program mewujudkan jalinan/ jaringan yang diperlukan oleh
yang dianjurkan oleh pihak NGO organisasi.
berkaitan kursus permainan catur -Sentiasa mewujudkan jalinan/ jaringan yang
dengan kebenaran pihak PPD, berkesan dengan pihak luar yang diperlukan oleh
Sekolah dan ibu bapa. organisasi.
-Sentiasa melaksanakan aktiviti jalinan/ jaringan
yang berkesan dengan pihak luar yang diperlukan
oleh organisasi
E2.1 SUMBANGAN sama ada beliau sebagai fasilitator Sentiasa menunjukkan kesediaan untuk melibatkan
PROFESIONAL DAN/ ATAU bersama muridnya atau sebaliknya diri dalam memberi sumbangan profesional/ sosial.
SOSIAL tidak menjadi masalah -Sentiasa memberikan sumbangan profesional/
sosial berdasarkan bidang kepakaran dan memberi
kesan positif kepada pelbagai pihak.
-Sentiasa melaksanakan tugas-tugas luar dengan
kebenaran ketua jabatan.

You might also like