You are on page 1of 9

SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN NO.

MATRIK : 266095

SEMESTER APRIL 2022/2023 (JA221)

SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

TUGASAN BERPASANGAN

KUMPULAN C

TAJUK:

FUNGSI DAN KEPENTINGAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN &


STRATEGI KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

NO MATRIK NAMA
266095 MUHAMAD IZZAFIQ BIN MOHD SHOFI
266606 MOHAMMAD HOMIDI BIN ADNAN

PENSYARAH

PN. SYALILA MOHD ARSHAD

ADMINISTRATIVE

MARKS REMARKS

1
SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN NO. MATRIK : 266095

1.0 PENGENALAN

Komunikasi adalah satu bentuk proses penghantaran, penerimaan,atau tindakan

pertukaran maklumat yang ingin disampaikan kepada individu dan pelbagai pihak

tertentu. Pihak yang menerima maklumat tersebut akan memproses maklumat yang telah

diterima. Komunikasi penting untuk menggerakkan ke arah pencapaian matlamat

organisasi ataupun matlamat peribadi. Kemahiran dalam berkomunikasi membantu

dalam proses penyelesaian masalah organisasi. Pengurusan ialah suatu proses merancang

dan memelihara persekitaran di kalangan anggota kerja dalam organisasi bagi tujuan

pencapaian matlamat yang telah ditetapkan bersama. Pengurus dan penyelia mempunyai

kesan yang signifikan terhadap iklim komunikasi dalam sesebuah organisasi. Memalui

2
SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN NO. MATRIK : 266095

kefahaman terhadap proses komunikasi, pengurus boleh mengalakkan komunikasi yang

berkesan dan meningkatkan keberkesanan organisasi. Tema jurnal yang dipilih adalah

berdasarkan fungsi serta kepentingan komunikasi dan kepengurusan. Pengurusan

komunikasi adalah penting dalam sesebuah organisasi dalam memastikan keberkesanan

keseluruhan operasi dan pengurusan. Ianya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk

komitmen daripada seluruh organisasi untuk mencapai objektif organisasi. Tema jurnal

yang berikutnya ialah Strategi Komunikasi Kepengurusan. Komunikasi yang berjaya

ialah komunikasi yang bersandarkan hasil kajian melalui perancangan yang teliti,

pelaksanaan yang berhati-hati serta penilaian yang berterusan. Meletakkan strategi

komunikasi membolehkan pekerja merujuk kepada pelan piawai untuk berinteraksi lebih

baik dengan rakan sekerja dalam organisasi.

2.0 ULASAN KANDUNG ARTKEL

Berdasarkan kepada jurnal yang bertajuk Pengurusan Dalam Komunikasi

Pemimpin Dalam Organisasi Dan Hubungannya Terhadap Peningkatan

Produktiviti Pekerja yang ditulis oleh seorang ahli pendidikan iaitu Norliana

Hashim daripada bahagian Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia. Isi utama yang dibincangkan dalam jurnal yang dipilih

ini adalah bagaimana pengurusan komunikasi dapat mengembangkan lagi

sistem komunikasi menjadi lebih efisien dalam sesebuah organisasi. Komunikasi

juga dianggap sebagai proses yang menjadi medium maklum balas, perkongsian

idea, penyampaian mesej untuk tujuan itrapersonal, interpersonal, organisasi

3
SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN NO. MATRIK : 266095

kumpulan dan juga antara budaya. Jurnal kedua bertajuk Komunikasi Strategik

Dan Peranannya Untuk Mewujudkan Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi

yang ditulis oleh empat penulis daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka

ialah Maizatul Haizan Mahbob, Nik Anis Syakira Megat Ali, Wan Idros Wan

Sulaiman dan Wan Amizah Wan Mahmud. Isi utama yang dibincangkan dalam

jurnal ini ialah kepentingan komunikasi strategik dalam organisasi. Komunikasi

strategik merupakan komunikasi berencana, terancang dan digunakan untuk

mencapai matlamat organisasi. Ia juga dilihat sebagai kostitutif dan berlandaskan

perancangan yang teliti.

2.I. TUJUAN KAJIAN

Tujuan jurnal bertajuk Pengurusan Dalam Komunikasi Pemimpin Dalam Organisasi

Dan Hubungannya Terhadap Peningkatan Produktiviti Pekerja ditulis adalah untuk

mengenalpasti hubungan pengurusan komunikasi pemimpin dengan peningkatan

produktiviti pekerja, untuk mengukur tahap keberkesanan gaya komunikasi yang

diamalkan serta tahap kepercyaan yang diberikan oleh pemimpin yang

mempengaruhi peningkatan produktiviti serta hubungannya terhadap peningkatan

produktiviti pekerja. Tujuan kajian jurnal kedua yang bertajuk Komunikasi Strategik

dan Peranannya Untuk Mewujudkan Komunikasi Berkesan dalam Organisasi ialah

membincangkan kepentingan komunikasi strategik dalam organisasi. Komunikasi

strategik merupakan 4 komunikasi berencana, terancang dan digunakan untuk

mencapai matlamat organisasi. Komunikasi perlu dilihat sebagai suatu yang

konstitutif, berlandaskan perancangan yang teliti, pelaksanaan yang berhati-hati

serta penilaian yang berterusan.

2.I.I. KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan dalam jurnal Pengurusan Dalam

Komunikasi Pemimpin Dalam Organisasi Dan Hubungannya Terhadap

4
SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN NO. MATRIK : 266095

Peningkatan Produktiviti Pekerja ialah kaedah perpustakaan. Kajian

perpustakaan ini digunakan dengan cara mengumpul data dan

mempelajari serta memahami data yang mempunyai kaitan rapat dengan

masalah daripada buku, teori, nota dan dokumen. Ia adalah perpustakaan

umum atau khusus yang mengumpul bahan untuk digunakan dalam

projek penyelidikan ilmiah. Kaedah kajian perpustakaan turut digunakan

dalam jurnal Komunikasi Strategik dan Peranannya Untuk Mewujudkan

Komunikasi Berkesan dalam Organisasi. Kajian ini juga digunakan

dengan cara merujuk buku teks.Tatabahasa dan buku rujukan di

perpustakaan Universiti Awam Malaysia untuk mendapatkan maklumat

tambahan.

2.I.I.I. HASIL DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian dalam kajian ini dapat digunakan sebagai bukti di mana

pengurusan komunikasi yang berkesan oleh pemimpin dapat

meningkatkan tahap produktiviti kerja pekerja dalam organisasi. Tiga

bentuk ujian analisis dilakukan untuk menguji kedua-dua pembolehubah

iaitu gaya komunikasi dan kepercayaan pemimpin. Hasil kajian telah

membuktikan semua hipotesis dan objektif yang dibangunkan pengkaji

adalah positif dan diterima. Kesemua ujian yang dijalankan dalam kajian

ini mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain.

3.0 ANALISIS

Berdasarkan perbincangan yang diulas oleh penulis dalam pengurusan komunikasi, ia

terdiri daripada dua jenis komunikasi iaitu komunikasi formal dan tidak formal.

Komunikasi formal ialah merupakan komunikasi yang lebih rasmi dan terlibat didalam

sebuah organisasi dan tempat kerja yang berkaitan arahan, tugasan, dasar sebagai contoh

5
SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN NO. MATRIK : 266095

mesyuarat, intranet syarikat dan laporan. Sementara itu, komunikasi tidak formal pula

merupakan perkara yang tidak rasmi berdasarkan inisiatif orang ramai yang

meningkatkan komunikasi luaran dan dalaman terutama dari segi penglibatan pergaulan

social, kaunseling, malahan gosip atau khabar angina yang memberi kesan negatif pada

sesuatu organisasi. Dalam sesebuah organisasi, komunikasi adalah sesuatu yang

meningkatkan hubungan antara seluruh organisasi dan ia memerlukan pengurusan dan

penyelarasan yang berkesan daripada pihak sesebuah pengurusan. Dalam sesebuah

organisasi juga seorang pemimpin dan pengurusan diperlukan untuk merancang

infrastruktur komunikasi yang bersesuaian serta memberi kesan efektif pada semua.

Terdapat dua cara untuk mendapatkan peningkatan produktiviti pekerja iaitu gaya

komunikasi pemimpin dan kepercayaan pemimpin. Penulis juga mengulas bahawa gaya

pengurusan komunikasi dalam sesebuah organisasi dapat dikembangkan kearah tertentu

seperti merujuk kepada komunikasi yang naik ke puncak hierarki, ke bawah yang

merujuk kepada komunikasi daripada organisasi yang lebih tinggi ke peringkat yang

rendah. Proses komunikasi positif yang berlaku di dalam jabatan, di kalangan rakan

sekerja dalam organisasi sebagai tahap interaksi yang mana jika dirancang dengan baik

akan memberi kesan yang positif serta menggalakkan kerjasama dan meningkatkan

produktiviti di seluruh organisasi. Manakala kepercayaan pemimpin pula merupakan satu

elemen penting dalam sesebuah organisasi. Menurut jurnal yang ditulis oleh penulis,

kepercayaan boleh dikategorikan kepada dua iaitu kepercayaan bersama atau

kepercayaan dalam hubungan dan ia terdapat perbezaan dalam kedua-dua bentuk

kepercayaan. Kepercayaan didefinisikan sebagai perasaan seseorang individu terhadap

orang lain.

4.0 PANDANGAN IDEA

Pada pandangan saya, kedua-dua jurnal ini mempunyai kekuatan yang sama dimana

bahasa dan penyampaian yang disampaikan di dalam jurnal ini sangat mudah difahami.

Penggunaan ayat ddan subtopik bagi menggariskan topik yang diulas juga sangat jelas

dan teliti. Selain itu, penulis menggunakan banyak rujukan serta kenyataan dari pelbagai

6
SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN NO. MATRIK : 266095

sumber yang terdiri daripada buku ilmiah, kajian-kajian lepas dan sebagainya. Hasil

perbincangan dalam jurnal yang diulaas memberi kesedaran dan sumbangan yang baik

kepada pelajat dan masyarakat bahawa sesuatu organisasi perlulah mengetahui strategi

komunikasi dan cara pengurusan komunikasi dalam sesebuah organisasi. Terdapat

beberapa kemahiran mendengar utama yang membantu individu. Antaranya ialah

mendengar dengan aktif dan memberi responsif. Melalui mendengar dengan baik, kita

bukan sahaja mewujudkan hubungan yang lebih mendalam dan positif tetapi juga

menimbulkan impak yang harmoni dalam sesebuah hubungan dan komuniti. Penulis juga

mengetengahkan tentang impak negatif, jika seseorang individu tidak menguruskan

komunikasi dengan baik dan ia menyebabkan penurunan dalam sesebuah organisasi dan

menyebabkan kurang kerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, komunikasi perlulah

dipandang sebagai perkara yang penting untuk mewujudkan persefahaman dan

peningkatan kerjasama dalam sebuah organisasi. Terdapat empat jenis komunikasi

organisasi, antaranya ialah komunikasi formal dan tidak formal, komunikasi arah,

komunikasi dalaman dan luaran serta komunikasi lisan dan bertulis. Keempat-empat

komunikasi ini boleh digunakan sebagai aspek penting dalam sesebuah organisasi untuk

mewujudkan kerharmonian dalam sesebuah organisasi atau tempat kerja.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dua jurnal ini telah berhasil dalam menyampaikan objektif yang

disasarkan. Kedua-dua jurnal ini mempunyai kekuatan dari segi penyampaian maklumat

dan pemilihan bahasa yang mudah difahami. Melalui hasil kajian yang telah dilakukan,

pelajar dapat mempelajari dan memahami strategi komunikasi dan perancangan

komunikasi serta kerberkesanannya.Pengurusan komunikasi yang baik telah dibuktikan

7
SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN NO. MATRIK : 266095

dapat memberi hasil kualiti kerja yang baik, suasana persekitaran kerja yang kondusif

dan semangat yang positif sekaligus meningkatkan tahap produktiviti kerja oleh pekerja

dalam organisasi. Strategi komunikasi menunjukkan bagaimana komunikasi strategik

mampu mewujudkan komunikasi berkesan dalam organisasi. Langkah lain yang boleh

diambil iaitu, para pengurus komunikasi perlu menjadi sebahagian daripada pihak

pengurusan atasan bagi memikirkan dan memberi cadangan tentang komunikasi strategik

kepada pemimpin organisasi demi kelangsungan organisasi.

RUJUKAN

Kahai, S. S. & Cooper, R. (2003). Exploring the Core Concepts Of Media Richness Theory:

The Impact Of Cue Multiplicity And Feedback Immediacy On Decision Quality. Journal of

Management Information Systems, 20(1), 263– 299

Zuliana Zookefli, & Khalid Md Nor. (2008). Hubungan budaya organisasi dengan

perkongsian pengetahuan. Jurnal Kemanusiaan, 11, 68- 79.

Upik, A. S. E. P. (2016). Strategi komunikasi program “Anti Pemadaman (Zero Trip Feeder)

PT PLN (Persero) area Surakarta PT PLN (PERSERO)

Watson, K. D. (2007) Remote Management: Traditional Leadership Behaviors in a

contemporary work environment

8
SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN NO. MATRIK : 266095

Nelson, C. (2010) Communication styles and business growth. Journal of Financial Planning,

third quarter, p. 8-11 Walker, R. (2011).

Strategic management communication for leaders (2nd ed.).

You might also like