You are on page 1of 16

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

MAGICAL DISPLAY

Pengunaan Alat Bantu Belajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PENGKAJI

NOORMAWATI BINTI CHE AZMI


Sekolah Kebangsaan Padang Lumat,08800 Guar Chempedak, Kedah.
noormacheazmi.gc@gmail.com

1 PPDKMY/2021
2021

MAGICAL DISPLAY

NOORMAWATI BINTI CHE AZMI


Sekolah Kebangsaan Padang Lumat 08800 Guar Chempedak, Kedah Darul
Aman. noormacheazmi.gc@gmail.com

ABSTRAK
MAGICAL DISPLAY merupakan alat rekacipta inovasi sebagai Alat Bantu Mengajar(ABM) dan Alat
Bantu Belajar (BBM).Ia dihasilkan bagi membantu guru mengajar dan menyampaikan konsep sains
dalam tajuk Cahaya bagi tahun 5 dan tajuk Terang Gelap bagi tahun 2. MAGICAL DISPLAY mempunyai
dua fungsi utama iaitu yang pertama sebagai ABM bagi guru untuk menerangkan konsep sains dengan
lebih berkesan dan kedua sebagai ABB bagi murid untuk menguasai konsep dan pemahaman tentang
fakta sains. Selain itu , MAGICAL DISPLAY merupakan serampang dua mata bagi menggalakkan murid
untuk melakukan pembentangan hasil ujikaji atau projek sains di dalam kelas. MAGICAL DISPLAY
membantu murid melakukan pembentangan konsep pembentukan dan saiz bayang-bayang dengan lebih
yakin apabila murid dapat menguasai fakta sains. MAGICAL DISPLAY merupakan alat seperti
pemancar tetapi dalam versi yang lebih mudah, ringkas, kecil, ringan dan mudah dikendalikan oleh
murid sekolah rendah. Pembentangan murid adalah salah satu aspek penting dalam penilaian murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Aspek ini selalunya cukup mencabar
kerana dalam kebanyakan keadaan, murid tidak dapat membentangkan hasil kerja atau dapatan mereka
seperti yang guru jangkakan. Penguasaan sesuatu fakta sains, gugup dan tidak berkeyakinan merupakan
beberapa faktor yang mempengaruhi murid untuk berkomunikasi dengan baik. Oleh itu satu inovasi telah
direka bagi membantu murid membuat pembentangan di dalam kelas . Selain itu, MAGICAL DISPLAY
boleh digunakan sebagai alat bantu melukis dengan menggunakan sifat cahaya boleh menembusi objek
lut sinar dan lut cahaya. Murid boleh menggunakan MAGICAL DISPLAY unruk membantu mereka
menyurih gambar. Ia berfungsi menggunakan plastik lut sinar sebagai medium untuk menulis, melukis
dan dipancarkan ke atas cermin . Imej tulisan, lakaran atau gambarajah akan terbentuk di skrin.
Saiznya lebih kecil, ringan dan berfungsi menggunakan lampu suluh. Ia sangat praktikal kerana boleh
dikendalikan oleh semua murid termasuk murid kelas Pendidikan Khas Intergrasi(PPKI). Murid boleh
melukis, menulis, mewarna di atas plastik dan dipancarkan ke skrin dengan menggunakan MAGICAL
DISPLAY . MAGICAL DISPLAYjuga berfungsi sebagai Alat Bantu Belajar(ABB) dan Alat Bantu
Mengajar(ABM) yang boleh digunakan oleh semua murid dan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sains Sekolah Rendah.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sepanjang pengalaman saya selama 23 tahun mengajar mata pelajaran sains


sekolah rendah, saya mendapati beberapa tajuk di dalam DSKP Sains adalah sukar

2 PPDKMY/2021
untuk dikuasai oleh murid-murid. Rekacipta Magical Display direka bagi
mengatasi masalah yang saya hadapi serta membantu murid menguasai tajuk
Cahaya (Sains Tahun 4) dan Terang Gelap (Sains Tahun 2). Dengan penghasilan
Magical Display saya dapat menyampaikan konsep dan faktor pembentukan
bayang-bayang dengan lebih berkesan dan murid dapat melakukan ujikaji serta
pembentangan hasil ujikaji dengan lebih baik. Dalam tajuk ini, murid perlu
menyatakan faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang melalui aktiviti.
Walaupun pelbagai kaedah pengajaran digunakan, hanya dengan aktiviti hands-on
murid dapat menguasai konsep dengan betul. Manakala bagi murid tahun dua pula,
Magical Display dapat membantu saya mengasah bakat murid dalam
berkomunikasi dan membantu murid melakukan pembentangan projek permainan
wayang kulit dengan lebih menarik.

2. FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini, saya akan memfokus kepada penggunaan alat bantu mengajar
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am:

i. Bahan inovasi ini dihasilkan untuk memudahkan murid dalam memahami konsep
sains sekolah rendah dalam tajuk Cahaya dan Terang Gelap.
ii. Membentuk kemahiran berkomunikasi dan melatih murid melakukan
pembentangan hasil ujikaji atau projek.
iii. Membantu murid melukis rajah atau gambarajah dengan tepat dan jelas.
.
Objektif Khusus:
i. Membantu murid melakukan ujikaji sains bagi tajuk faktor Pembentukan
Bayang-bayang Sains Tahun 4

ii. Membantu murid melakukan pembentangan hasil ujikaji dan projek


sains dengan lebih berkesan.

iii. Membantu murid menguasai konsep sains dengan mudah.

iv. Membantu murid menguasai konsep asas Terang Gelap melalui aktiviti
permainan cahaya bagi murid tahun 2

4. DEMOGRAFI / KUMPULAN SASARAN

SK Padang Lumat merupakan sekolah Gred A luar bandar dengan bilangan pelajar
seramai 321 orang termasuk murid PPKI dan Pra sekolah. Bilangan murid yang

3 PPDKMY/2021
terlibat dalam kajian ini ialah seramai 94 terdiri daripada murid tahun 2 dan tahun
4

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah


Bagi mendapatkan maklum balas yang lebih tepat, saya telah menggunakan kaedah
berikut:

i. Pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan


pembelajaran dijalankan.
ii. Ujian Formatif
iii. Eksperimen
iv. Projek Mini Wayang Kulit

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Tajuk cahaya bahgi tahun 4 dan Terang gelap bagi tahun 2 merupakan salah satu tajuk
yang agak mencabar dalam mata pelajaran sains sekolah rendah. Dalam tajuk ini ,
murid perlu menguasai bebarapa fakta penting berkaitan konsep cahaya dan merlu
melakukan pembentangan sebagaimana terdapat dalam standard prestasi KSSR sains
tahun 2 dan 4. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, saya mendapati murid
kurang menguasai bebarapa aspek penting seperti:
Tahun 2:
1. Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.
2. Membanding dan membezakan kejelasan bayang-bayang apabila cahaya
dihalang oleh objek yang berlainan dengan menjalankan penyiasatan
Tahun 4:
1. Mengeksperimen untuk menentukan factor yang mempengaruhi saiz dan bentuk
bayang-bayang
2. Menjelaskan pemerhatian tentang cahaya bergerak lurus melalui lakaran,
TMK,penulisan atau lisan secara kreatif.

Selain itu juga dalam proses melaksanakan ujikaji, murid perlu melakukan
pembentangan hasil ujikaji dihadapan kelas bagi melahirkan pelajar yang mahir
berkomunikasi . Hal ini menyebabkan murid kurang berkeyakinan untuk melakukan
pembentangan hasil eksperimen di hadapan kelas .

1.Membantu murid membuat pembentangan projek sains di dalam kelas. Murid


tidak berkeyakinan untuk melakukan pembentangan projek di hadapan rakan-rakan
sekelas

4 PPDKMY/2021
2.Membantu murid melukis gambar atau gambarajah dengan tepat, mudah dan cepat.
Murid tidak mahir melukis gambarajah atau radas sains.

3.Sebagai ABB belajar bagi tajuk sains tahun 2 dan tahun 5 berdasarkan sukatan di
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Murid kurang faham
sesuatu fakta sains tanpa melakukan ujikaji atau eksperimen terutama untuk
menentukan faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang

4.Sebagai ABM bagi melancarkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC)


Sains sesuai dengan amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).

5.3 Tindakan yang dijalankan

5.3.1 AKTIVITI 1- MAGICAL DISPLAY

Merekacipta alat bantu mengajar Magical Display.

Magical Display ialah alat bantu mengajar (ABM) dan alat bantu
belajar(BBM) yang direka menggunakan paip pvc, lampu suluh, kertas A4 dan
cermin. MCP berfungsi seperti pemancar untuk memaparkan bayang-bayang
objek pada skrin dalam aktiviti menyiasat pembentukan dan saiz bayang-
bayang. Skrin dan lampu suluh merupakan komponen utama dalam rekacipta
alat ini. Ia merupakan rekabentuk alat yang mempunyai rangka seperti meja
kecil yang dapat digunakan oleh murid sekolah rendah. Rekabentuk Magical
Display terdiri daripada 2 komponen.

a) Bahagian cermin atas sebagai mini skrin untuk murid menyurih gambar.
Lampu suluh berfungsi sebagai sumber cahaya bagi membantu murid
menyurih gambar. Ia sangat membantu murid untuk mengasah kemahiran
melakar spesimen dengan betul sebagaimana yang terdapat kemahiran
manipulatif sains.

b) Bahagian skrin merupakan bahagian membantu guru mengajar konsep


cahaya dan bayang-bayang. Guru akan menggunakan bahagian ini sebagai
ABM dengan membuat demontrasi pembentukan bayang-bayang. Murid
pula menggunakan bahagian ini sebagai ABB untuk membuat pembentangan
projek.

Rekabentuk Magical Display ini sangat praktikal dan mudah dikendalikan


kerana ianya ringan, mudah dibawa dan membantu menarik minat murid untuk
berinteraksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Senarai bahan yang digunakan

5 PPDKMY/2021
Magical Display direka menggunakan bahan kitar semula yang terdapat
disekeliling sekolah dan rumah. Antara bahan dan alat yang diganakan ialah:

Bi Alatan/ bahan Kuantiti Kos (RM)


l
1. Paip pvc 2 batang 4.20
2. Paip pvc bentuk 8 4.00
(t)
3. Paip pvc bentuk (l) 10 5.00
4. Bingkai gambar lama 2 Tiada
5. Lampu suluh 1 2.10
6. Lampu led 1 2.10

7. Cat (spray) 1 tin 10.00


8. Bekas makanan ringan 2 Tiada

9. Gam PVC 1 tin 2.10


Jumlah keseluruhan RM 29.5
0
Jadual 1: Senarai alat dan bahan

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian di atas, saya telah melakukan beberapa intervensi


bagi mengesan dan menyelesaikan masalah di atas berdasarkan isi kandungan
mata pelajaran, bahan pengajaran dan cara berkomunikasi murid di dalam
kelas. Saya mencari idea dan berusaha menggunakan isi pelajaran yang ada
kaitan dengan minat atau pengalaman murid. Saya mendapati murid perlu ada
alat bantu belajar khas bagi membantu mereka memahami dan menerangkan
kembali isi kandungan pelajaran yang dipelajari.

Refleksi

Membantu murid membuat pembentangan projek sains di dalam kelas. Murid


memperolehi kemahiran komunikasi terutama sekali semasa sesi temu bual dan

6 PPDKMY/2021
pembentangan dalam kelas. Kemahiran berkomunikasi juga dapat dipertingkatkan
semasa perbincangan dan refleksi kumpulan. Murid lebih yakin dan dapat
menguasai fakta sains dengan baik dan tepat melalui aktiviti ujikaji di dalam
kelas.

i. Menggunakan alat bantu belajar khas iaitu Magical Display bagi


membantu pelajar melakukan eksperimen dan permainan berkaitan
cahaya.

ii. Menggunakan model mini wayang kulit pelbagai karektor sebagai patung
permainan bayang-bayang.

iii. Menggunakan kaedah membaca skrip ( laporan eksperimen) secara kuat


sebelum aktiviti pembentangan.

iv Mengadakan ujian dan kuiz pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi mengenal pasti keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

5.4. Penilaian

Setelah murid menjalani proses pengajaran dan pemudahcara menggunakan


Magical Display, guru membuat penilaian melalui dua kaedah iaitu ujian/kuiz dan
juga pemerhatian. Didapati murid dapat memahami semua tajuk dengan baik
yang mana secara purata murid mendapat markah yang tinggi dalam ujian dan
kuiz serta menunjukkan murid dapat menguasi tajuk ini dengan baik dan
berkesan. Murid juga lebih berkeyakinan untuk melakukan pembentangan di
hadapan kelas dan berjaya melakar gambarajah dengan tepat.

Bagi murid tahun 2, hanya 10% daripada 49 orang atau 5/49 murid yang boleh
menerangkan kembali secara membanding dan membezakan kejelasan bayang-
bayang apabila cahaya dihalang oleh objek yang berlainan.

Bagi tahun 4 pula hanya 15 % daripada 45 orang murid atau 7/45 murid sahaja
dapat membentang dan menerangkan faktor yang mempengaruhi saiz dan
bentuk bayang-bayang dengan betul.

Sains Fizikal Tahun Tp 1 Tp 2 Tp 3 Tp 4 Tp 5 Tp 6


2:Tahap Penguasaan
Bil. Murid 0 0 0 17 19 6
Jumlah Murid 42

7 PPDKMY/2021
Jadual 2: Tahap Penguasan Murid Tahun 2

25 22
20
15
10 8
5
5
0 0 0
0
TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6

GRAF 1: Tahap Penguasaan Murid Tahun 2

Berdasarkan pemerhatian terhadap pencapaian murid tahun 2 didapati tahap


penguasan dalam TP6 adalah 19% daripada keseluruhan murid manakalah TP 5 ialah
45% dan TP4 sebanyak 11%. Ini menunjukkan murid dapat menguasi tajuk ini
dengan baik dan berkesan.

Sains Fizikal Tahun 4 :

Tahap Penguasaan Tp 1 Tp 2 Tp 3 Tp 4 Tp 5 Tp 6
Bil. Murid 0 0 0 5 22 8
Jumlah Murid 35
Jadual 3: Tahap Penguasaan Murid Tahun 5

25 22
20
15
10 8
5
5
0 0 0
0
TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6

8 PPDKMY/2021
Graf 2: Tahap Penguasaan Murid Tahun 5

Dapatan ujian topikal Sains Tahun 5 selepas menggunakan Magical Display

Gred Sebelum menjalankan Selepas menjalankan


eksperimen eksperimen
A 2 8
B 15 22
C 10 5
D 8 0
E 0 0
Jadual 4

Berdasarkan pemerhatian terhadap pencapaian murid tahun 5 didapati tahap


penguasan selepas menjalankan ujian dalam TP6 adalah 23% daripada keseluruhan
murid manakalah TP 5 ialah 62% dan TP4 15%. Ini menunjukkan murid dapat
menjawab soalan ujian dengan lebih baik selepas menjalankan ujikaji. Selain itu juga
tahap keyakinan murid ketika melakukan pembentangan juga bertambah di mana
murid dapat menghuraikan faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang dengan
lebih tepat.

5.5 Refleksi Kajian


Saya bersyukur kepada Allah kerana setiap aktiviti telah berjalan dengan lancar,
tanpa sebarang masalah. MAGICAL DISPLAY dapat embantu murid melukis
gambar atau gambarajah dengan tepat, mudah dan cepat. Melukis adalah
kemahiran artistik yang menyeronokkan untuk dimuridi dan boleh menjadi hobi
yang hebat.Kemahiran melukis merupakan kemahiran berkomunikasi yang
terdapat dalam kemahiran saintifik disekolah rendah. Dengan menggunakan
MAGICAL DISPLAY, murid dapat melukis dengan tepat dan mudah.
Sebagai ABB belajar bagi tajuk sains tahun 2 dan tahun 4 berdasarkan sukatan di
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Penggunaan alat
bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) telah terbukti dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran (pdp).

9 PPDKMY/2021
Sebagai ABM bagi melancarkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Sains sesuai dengan amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Alat bantu
mengajar(ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada media pengajaran
yang ditakrifkan sebagai audia visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya
yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran( Heinich et.al tahun
2002 ). Berdasarkan definisi di atas, jelas menekankan alat bantu mengajar
sebagai satu elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

6. PENUTUP / CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Kajian tindakan yang telah saya jalankan ini telah menghasilkan satu perubahan yang
positif bukan sahaja terhadap pencapaian murid, malah terhadap perubahan
tingkahlaku murid tersebut. Magical Displayamat membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pelbagai kebaikan yang boleh
diperolehi dengan menggunakan Magical Display. Penggunaan Magical Display
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mengetengahkan konsep.
Oleh itu, murid dapat melihat sendiri tunjuk cara yang digunakan oleh guru dalam
menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan Magical
Display yang bersesuaian dengan tajuk Sains . Magical Display mencetuskan minat
murid untuk memahami tajuk yang sukar seperti tajuk Cahaya bagi tahun 5 dan
Terang Gelap bagi tahun 2. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam
penyampaian murid.Cadangan kajian seterusnya saya akan menambahbaik fungsi
dan kegunaan alatan ini dengan memberi nilai tambah pada rekaan dan saiz seperti
menggunakan sumber eletrik yang ebih mesra alam dan mudah dikendalikan.

10 PPDKMY/2021
A 7. RUJUKAN

https://www.google.com/search?
q=dskp+sains+tahun+5&oq=DSKP+SAINS&aqs=chrome.0.0j69i57j0l8.4488j0j15&s
ourceid=chrome&ie=UTF-8. Dicapai pada 21 Jan 2021
http://mohdshamsurizal.blogspot.com/p/kebaikan-bahan-bantuan-mengajar-
bbm.html. Dicapai pada 16 Feb 2021
http://eprints.utm.my/id/eprint/10998/1/
Kemahiran_Komunikasi_Dalam_Meningkatkan_Keyakinan_Diri_Pelajar.pdf.
Dicapai pada 16 Feb 2021

11 PPDKMY/2021
8. LAMPIRAN

MAGICAL DISPLAY

a) Bahagian cermin untuk melukis

Pandangan bahagian atas . Terdiri


daripada lampu suluh dan bingkai
cermin sebagai bahagian menyurih
gambar radas atau gambarajah.

Lampu suluh
membantu murid
melukis sesuatu
12 gambarajah dengan PPDKMY/2021

lebih jelas dan kemas


Rajah 1. Aktiviti murid melukis gambarajah menggunakan Magical Display

b) Bahagian skrin untuk pembentangan dan pengajaran

Pandangan hadapan dan sisi bahagian skrin.Lampu suluh


berfungsi sebagai sumber cahaya dalam proses pembentukan
bayang-bayang objek.

Pembentangan murid bagi menyiasat


faktor yang mempengaruhi saiz
bayang-bayang

13 PPDKMY/2021
Aktiviti permainan wayang kulit
oleh murid tahun 2.
Soalan ujian

Set soalan dan kuiz berdasarkan DSKP Sains

Tahun Tema Standard Standard Tahap Penguasan


pembelajaran Kandungan
2 Sains Fizikal 6.1 Terang dan 6.1.4 Membanding 4 Membuat kesimpulan
gelap dan membezakan tentang kejelasan bayang-
kejelasan bayang- bayang yang terhasil.
bayang apabila
cahaya dihalang oleh 6 Mereka cipta permainan
objek yang berlainan bayang-bayang dan
dengan menjalankan menjelaskan cara
penyiasatan. pembentukan bayang-
bayang dalam permainan
6.1.5 Mencipta tersebut.
permainan bayang-
bayang
4 Sains Fizikal 6.1Cahaya 6.1.2 4.Meramalkan yang
bergerak lurus mempengaruhi saiz dan
Mengeksperimen bentuk bayang-bayang.
untuk menentukan
yang mempengaruhi 5.Menguji yang
saiz bayang-bayang. mempengaruhi saiz dan
bentuk bayang-bayang.
6.1.3
Mengeksperimen 6.Membuat kesimpulan
untuk menentukan tentang yang
yang mempengaruhi mempengaruhi saiz dan
bentuk bayang- bentuk bayang-bayang.
bayang.

SAINS TAHUN 2
Tema: Sains Fizikal Tajuk: 6.0 TERANG DAN GELAP
Standard Kandungan : 6.1 Terang dan gelap
Standard Pembelajaran:

14 PPDKMY/2021
6.1.3 Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.
6.1.4 Membanding dan membezakan kejelasan bayang-bayang apabila cahaya
dihalang oleh objek yang berlainan dengan menjalankan penyiasatan.
6.1.5 Mencipta permainan bayang-bayang.
6.1.6 Menjelaskan pemerhatian tentang terang dan gelap melalui lakaran,
TMK,penulisan atau lisan

15 PPDKMY/2021
16 PPDKMY/2021

You might also like