You are on page 1of 3

INTERNSHIP

JURNAL

Nama Pelajar : VENODINI A/P SOKKALINGAM


MINGGU
Bidang Teras : BAHASA MELAYU
Bilangan Jurnal :1
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 30 APRIL 2024 1

JURNAL
Tajuk : MENGENALPASTI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya sebagai guru pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
menjalankan praktikum fasa kedua di SJK(T) Kerajaan selama 12 minggu. Saya diamanahkan
oleh pihak pentadbir sekolah untuk mengajar murid-murid tahun 5. Walaubagaimanapun, saya
berkeupayaan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Dengan ini, dapatlah diketahui bahawa murid-murid ini lemah
dalam memahami dan menggunakan tiga aspek tatabahasa iaitu Kata Sendi Nama (KSN) ‘dari’
dan ‘daripada’, Penjodoh Bilangan dan Kata Ganti Nama Diri (KGND). Selepas membincangkan
masalah ini dengan guru-guru yang lain, saya dapat mengetahui bahawa bukan sekadar murid-
murid tahun 5 yang mengalami masalah ini malah murid-murid tahun 4 dan 6 juga menghadapi
masalah yang sama.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Punca berlakunya masalah ini adalah kerana pengaplikasian kaedah dan teknik yang kurang
berkesan kepada murid bagi pengajaran tajuk KSN ‘dari’ dan ‘daripada’, KGND dan Penjodoh
Bilangan di sekolah rendah yang menyebabkan mereka mengalami kekeliruan serta lemah dalam
menguasai perbezaan KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ walaupun melangkah ke alam persekolahan
menengah dan IPT. Proses pengajaran yang kurang berkesan menyukarkan murid menguasai
aspek tatabahasa secara mendalam di samping menyebabkan mereka tidak boleh
menterjemahkan aspek tatabahasa dengan tepat dalam sesuatu penulisan. Berdasarkan proses
refleksi dapat dinyatakan bahawa kekurangan penerapan kaedah dan teknik menyebabkan murid-
murid sukar untuk menguasai rumus tatabahasa dalam proses pembelajaran bahasa Melayu.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Penguasaan yang lemah dalam tatabahasa bukan sahaja berlaku dalam kalangan penutur jati
bahasa Melayu malah melibatkan bukan penutur jati bahasa Melayu (Zeckqualine Melai & Dayang
Nurlisa Abang Zainal Abidin, 2020). Buktinya kajian yang dijalankan oleh Alhaadi Ismail dan Zaitul
Azma Zainon Hamzah (2018) menyatakan bahawa kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-
murid bukan penutur jati bahasa Melayu iaitu India dan Cina dalam penulisan ialah kesalahan
daripada aspek morfologi. Kesalahan morfologi merupakan kesalahan yang melibatkan struktur,
bentuk dan penggolongan kata (Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif, 2021).

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah, antaranya ialah:-
I. Menyediakan Modul Bestari bagi menguasai ketiga-tiga aspek tatabahasa ini secara
mendalam. Dalam Modul bestari ini terdapat nota dan latihan yang boleh dibaca dan dibuat
oleh murid-murid mahupun boleh digunakan oleh guru dalam proses PdP.
II. Menghasilkan inovasi yang berbentuk permainan seperti ‘Kit Permainan Tatabahasa’
agar dapat meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk belajar berkaitan
ketiga-tiga aspek tatabahasa.
Saya memilih alternatif penyelesaian yang kedua.

EDISI TERKINI 2022


INTERNSHIP

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan menyenaraikan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan inovasi
ini berdasarkan anggaran perbelanjaan yang ditetapkan. Saya akan membuat rujukan yang
banyak berkaitan cara penghasilan satu permainan yang berkesan ke arah meningkatkan
pengetahuan murid-murid dalam sesuatu topik. Saya turut akan menyelitkan elemen Teknologi
dan Maklumat (TMK) dalam inovasi ini agar sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


7 Mei 2024

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Kebolehgunaan kit yang diperkenalkan adalah terhadap dua pihak utama iaitu guru bahasa
Melayu dan murid-murid. Kit ini memudahkan pengajaran guru kerana guru tidak perlu
penerangan yang banyak yang berbentuk abstrak malah hanya perlu memperkenalkan kit yang
dihasilkan supaya murid-murid dapat menguasai konsep ketiga-tiga aspek tatabahasa ini dengan
lebih mendalam lagi. Lantaran itu, kit tersebut memudahkan pengajaran guru bagi tajuk KSN ‘dari’
dan ‘daripada’, Penjodoh Bilangan dan KGND kerana guru mempunyai satu platform khas yang
efektif yang boleh digunakan bagi pengajaran tajuk-tajuk tertentu manakala murid-murid pula
mudah memahami ketiga-tiga aspek tatabahasa. Dari perspektif yang lain, pengaplikasian kit ini
penting bagi seseorang guru bahasa Melayu ke arah menambah baik sesi pengajaran aspek
tatabahasa supaya dapat menjamin keberkesanan pengajaran dan mencapai objektif PdP yang
dihasratkan di samping memenuhi kriteria kejayaan murid. Dari segi kriteria kerelevanan, kit ini
relevan digunakan oleh para pendidik bahasa Melayu di sekolah kerana diintegrasikan dengan
teknik didik hibur, amalan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) dan Teori Kecerdasan Pelbagai untuk
mengajar KSN ‘dari’ dan ‘daripada’ kepada murid-murid secara berkesan. Jadi, apabila murid
dapat menguasai tiga aspek tatabahasa menerusi kit ini, maka akan berlaku peningkatan
akademik bagi mata pelajaran bahasa Melayu yang turut akan meningkatkan tahap
kecemerlangan sekolah.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Sebagai menggulung semua perkara di atas, dapatlah dirumuskan bahawa penghasilkan ‘Kit
Permainan Tatabahasa’ merupakan satu usaha yang efektif dalam pelaksananaan PdP yang
bersifat didik hibur kerana menekankan pembelajaran berpusatkan murid yang menunjukkan
kefahaman yang lebih tinggi dan gambaran yang lebih positif berbanding kaedah konvensional.
Kecenderungan seseorang murid terhadap sesuatu perkara yang ditambah dengan perasaan
yang positif terhadap aktiviti pembelajaran membolehkan murid-murid mudah menguasai input
pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab guru pelatih untuk memiliki sikap fleksibiliti yang
tinggi dan pengetahuan, pedagogi serta kreativiti yang menarik dan mencukupi untuk merancang
dan membina satu penyelesaian yang berkesan kepada masalah pembelajaran murid dalam kelas
bagi mengatasi masalah yang dihadapi sepnjang proses penghasilan ‘Kit Permainan Tatabahasa’
ini.

RUJUKAN
Alhaadi Ismail & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis kesalahan dalam penulisan pelajar
bahasa kedua dari aspek morfologi. Jurnal Linguistik, 22(1), 24-31.

Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis kesalahan bahasa dalam
penulisan Bahasa Melayu pelajar antarabangsa. International Social Science and
Humanities Journal, 4(1), 113- 127.

Zeckqualine Melai & Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin. (2020). Pengajaran Bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar asing: Analisis pola kesalahan tatabahasa dalam penulisan. Issues
in Language Studies, 9(1), 86-106.

EDISI TERKINI 2022


INTERNSHIP

Disemak oleh Mentor (Guru Pembimbing)

__________________________
Tandatangan
Nama : _____________________
Tarikh : _____________________

EDISI TERKINI 2022

You might also like