You are on page 1of 141

PENGURUSAN

KOKURIKULUM
National Profesional
Qualification for
Educational Leaders

MUHAMAD SAUKI RAZALI


PENSYARAH KANAN
JABATAN PENGURUSAN KURIKULUM & KOKURIKULUM
Standard Kompetensi Pemimpin
Sekolah Malaysia

1. Pengurusan & Kepimpinan Organisasi


2. Pengurusan Kurikulum
3. Pengurusan Kokurikulum
4. Pengurusan Hal Ehwal Murid
5. Pengurusan Kewangan
6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat
7. Pengurusan Persekitaran & Kemudahan Fizikal
8. Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia
9. Pengurusan Perhubungan Luar
IAB (2006)
PENGURUSAN KOKURIKULUM
Academic Excellence + Co-curricular
Excellence + High Moral Values
HALATUJU
PENGENALAN KOKURIKULUM
1. Definisi Kokurikulum
2. Objektif Kokurikulum
3. Matlamat Kokurikulum
4. Konsep Kokurikulum
5. Dasar Kokurikulum
6. Fungsi Kokurikulum
7. Panduan Pelaksanaan Kokurikulum
8. Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum
9. Skema Pelaksanaan Kokurikulum
10. Strategi Pelaksanaan Kokurikulum
KOKURIKULUM?

MATLAMAT
KURIKULUM PENDIDIKAN
KOKURIKULUM
KEBANGSAAN
NEGARA
DEFINISI KOKURIKULUM
1.1 Sub peraturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A)
531/97

“Kokurikulum adalah sebahagian daripada


Kurikulum Kebangsaan”

"Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang


termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan."
1.2 Warta Kerajaan No. 5652 Jilid 11/Bil.27 (Tambahan No. 2)
bertarikh 28hb Disember 1967, (Peraturan Kursus Pengajian
Sekolah 1956).

“Kokurikulum adalah kegiatan kumpulan”

1.3 Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Kurikulum Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan
Jilid 42/No.11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A)/P.U.(A) 196
bertarikh 21 Mei 1998

“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang


lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dipelajari di bilik darjah”
1.4 Kamus Dewan (Edisi Ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka
(2002)
“Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran
yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai
sebahagian daripada kursus pendidikan murid di sekolah
(misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan,
dan lain-lain)”

1.5 Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,


Dewan Bahasa dan Pustaka (1992)

“Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang


berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini
merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum
dapat menyediakan peluang kepada murid untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah”
1.6 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka (1984)

“Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau


yang tidak formal”

1.7 Ramlan Abd. Wahab (2002). Dewan Masyarakat

“Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani


dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran
dan latihan, berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan
yang bersepadu dan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri,
kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada
alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan
negara, kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya akan
membantu murid menentukan hala tuju kehidupan masa depannya”
OBJEKTIF KOKURIKULUM
1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada
Tuhan;
2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan
rohani, jasmani dan emosi murid-murid;
3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah
dan di antara sekolah;
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti
yang diceburi;
5. Membina dan meningkatkan disiplin murid;
6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala
antara sekolah dan masyarakat;
8. Mewujudkan sekolah berwatak;
9. Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara; dan
10. Mengukuhkan integrasi nasional.
PENDIDIKAN?

MURID
KONSEP KOKURIKULUM
1. Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan
mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu
(sosial, jasmani dan rohani);
2. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;
3. Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan
rakan sebaya;
4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan
masyarakat dan negara;
5. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik
murid-murid.
KESEIMBANGAN JERIS

KOGNITIF PSIKOMOTOR
(knowledge) (skills)

AFEKTIF
(attitude)
CIRI-CIRI PEMIMPIN PELAJAR
OBJEKTIF PENDIDIKAN SAHSIAH OBJEKTIF PEMBELAJARAN AKADEMIK

SOPAN KREATIF
BERWAWASAN KOGNITIF
AFEKTIF

INISIATIF

PATRIOTIK
BAIK HATI PINTAR
DISIPLIN

TERLATIH

TERTIB BERSATUPADU
CERDAS
KOPERATIF
INOVATIF

CERGAS
BERKEMAHIRAN
MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA
PSIKOMOTOR
OBJEKTIF PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
Domain Kognitif
(Benjamin S. Bloom)

1. Pengetahuan
2. Fahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Ee, A.M (2006)


Skima Ebel (1965):

1. Pemahaman istilah
2. Pemahaman fakta/prinsip/kesimpulan
3. Kebolehan menerang/ demonstrasi
4. Kebolehan mengira
5. Kebolehan meramal di dalam keadaan tertentu
6. Kebolehan untuk mencadangkan tindakan yang sesuai
7. Kebolehan untuk membuat penilaian

21
Skima Walbesser (1965)
1. Mengenal pasti
2. Membezakan
3. Menamakan
4. Menyusun
5. Menghurai
6. Menggunakan peraturan
7. Menyatakan peraturan
8. Mendemonstrasikan
9. Menginterpretasikan

22
Domain Psikomotor
E. J Simpson

1. Pengamatan
2. Set
3. Gerak balas terbimbing
4. Mekanisme
5. Respons kompleks yang nyata
6. Penyesuaian
7. Keaslian

Ee, A.M (2006)


Domain Afektif
(David R. Krathwohl, Benjamin S. Bloom, Betram B. Masia)

1. Penerimaan (perhatian)
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Organisasi
5. Perwatakan

Ee, A.M (2006)


DASAR KOKURIKULUM
• DASAR PELAJARAN NEGARA 1956
• PENYATA RAZAK 1956
• ORDINANCE PELAJARAN 1952/1957
• LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
• AKTA PELAJARAN 1961
• THE EDUCATION ORDINANCE, 1957 (NO. 2 OF 1957). THE SCHOOLS (TOURS)
REGULATIONS, 1957
• LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PELAKSANAAN DASAR PELAJARAN
7hb NOVEMBER 1979
• FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1988
• AKTA PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1996
• DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1996
• Warta Kerajaan 1967
• Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid 42. No. 11 Tambahan No.41,
Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA PENDIDIKAN 1996
• PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998
• SURAT PEKELILING IKHTISAS 1966 hingga
KOKURIKULUM
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET
MENGKAJI PELAKSANAAN DASAR PELAJARAN
1979
BAB-BAB DALAM LAPORAN
I. BIDANG TUGAS, TAFSIRAN dan CARA KERJA
II. SISTEM PENDIDIKAN SEKARANG
III. KURIKULUM
IV. DISIPLIN
V. PENGURUSAN
VI. KEMUDAHAN dan PERBEKALAN PELAJARAN
VII. PENUTUP
DISIPLIN
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET
MENGKAJI PELAKSANAAN DASAR PELAJARAN
1979
Perkara 172

Kegiatan kokurikulum adalah penting di semua peringkat persekolahan dan


dibahagikan kepada 3 kumpulan.

i. Pasukan pakaian seragam


ii. Kelab/ persatuan
iii. Sukan
Perkara 173

Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar bilik darjah adalah penting untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan (esprit de corps) antara
murid-murid berbagai-bagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan
cara hidup yang berlainan. Ia bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap
bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu
lapangan yang disertai.
Perkara 174

Adalah didapati kebanyakan kegiatan kokurikulum kurang dijalankan di


sekolah-sekolah kecil terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Ini adalah
disebabkan oleh beberapa faktor di antaranya termasuklah kekurangan
kemudahan, kewangan dan galakan daripada sekolah itu sendiri. Sebaliknya
pula kegiatan kokurikulum dapat dijalankan dengan giat nya di sekolah-sekolah
dalam bandar kerana sekolah-sekolah ini mempunyai persekitaran sosial dan
fizikal yang menggalakkan. Keadaan yang tidak seimbang yang terdapat di
sekolah-sekolah kecil di luar bandar ini menghalang perkembangan murid-
murid dalam serba kegiatan.
Perkara 175

Kegiatan kokurikulum di sekolah dapat dijayakan sepenuhnya sekiranya guru-


guru yang mengendalikan kegiatan-kegiatan itu mengetahui akan tugas mereka
serta menjalankan tugas itu dengan penuh minat, jujur dan dedikasi. Guru-
guru berkenaan hendaklah sentiasa sedar akan objektif-objektif yang hendak
dicapai menerusi kegiatan-kegiatan kokurikulum. Pada masa kini sebab utama
guru-guru kurang berminat mengendalikan kegiatan kokurikulum ini kerana
khidmat mereka dalam bidang ini amnya tidak diberi pengiktirafan.
Perkara 216

Disiplin yang dimaksudkan sebagai kesanggupan seseorang individu


menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan
dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

Kesanggupan :
Membuat sesuatu dengan cukup tertib
Menghormati hak individu lain
Mengamalkan tingkah laku yang baik
Tidak mengganggu kepentingan orang lain
Hormat-menghormati, tolong-menolong
Membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina
Berkhidmat dengan masyarakat
Perkara 217

Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan individu-individu yang


berdisiplin. Individu yang berdisiplin sedar tanggungjawab terhadap diri,
keluarga, masyarakat, institusi pelajaran dan sosial negara.

Disiplin diri adalah mustahak dalam usaha kita hendak mewujudkan


masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan
progresif.
Perkara 218

Disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan
masyarakat juga mempunyai pengaruh terhadap pembentukan disiplin
seseorang murid. Masyarakat sekeliling dan persekitaran murid-murid di luar
sekolah amat kuat pengaruhnya di dalam pembentukan disiplin murid.
Perkara 219

Huraian disiplin di bawah 3 tajuk:

Disiplin dan masyarakat


Disiplin dan perpaduan negara
Disiplin di sekolah
Perkara 228

Perhimpunan murid, istiadat menghormati bendera kebangsaan, nyanyian lagu


kebangsaan dan gerak kerja yang serupa itu adalah merupakan asas-asas
penting dalam pembentukan disiplin dan perpaduan murid-murid serta
menyemai perasaan cintakan negara.
Perkara 229

Pada hari ini masih terdapat sekolah-sekolah yang jarang mengadakan


perhimpunan murid-murid. Jika ada pun pihak sekolah kurang menekankan
kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk menyemaikan perasaan cintakan negara.

Perkara 229.1

Adalah diperakukan semua pihak sekolah hendaklah menggunakan


perhimpunan murid-murid untuk menyemai, menanam dan memupuk
perasaan cintakan negara di kalangan murid-murid di kalangan murid-murid.
MATLAMAT KOKURIKULUM
1. Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
2. Perkara 52 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
“menyemai semangat disiplin dan berdikari”
3. Perkara 53 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
“peranan dalam pembentukan perpaduan”
4. Perkara 55 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
“memupuk disiplin”
5. Sub perkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/ Jilid.
11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985
“Penyertaan setiap murid dalam salah satu gerak kerja pasukan badan
beruniform, satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan
atau permainan”
“Peningkatan penyertaan murid dalam kegiatan
pasukan badan beruniform hendaklah diusahakan”
MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA
Melahirkan masyarakat yang BERSATU PADU, BERDISIPLIN DAN TERLATIH.

BERSATU PADU
Masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan
kesediaan untuk hidup dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran,
keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

BERDISIPLIN
Masyarakat Malaysia yang menghormati dan mematuhi undang-undang serta
peraturan, bersedia bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna,
menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
menjejaskan kepentingan orang lain, memperbaiki keadaan secara membina, dan
bersedia berkhidmat untuk negara.

TERLATIH
Masyarakat Malaysia yang mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh
menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara.
FUNGSI KOKURIKULUM
1. Pengukuhan dan Pengayaan

Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat


diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga
dapat memberi peluang kepada murid-murid memahami konsep latihan
dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam
konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begini juga
dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik
darjah. Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu
supaya selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik
darjah. Ini boleh membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi
mereka dalam pelajaran.
2. Khidmat Masyarakat

Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada


masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk
hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai
semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu
sama lain.
3. Hobi dan Rekreasi

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat


memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa
lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan
mental. Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara
contoh aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam
bunga, menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis
sajak/ cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun
kayu/ keratan akhbar, membuat model, mengukir dan memancing.
4. Kerjaya

Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada murid. Ia juga


dapat membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta
dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid.
Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki
dunia pekerjaan kelak. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kumpulan atau
individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau
kepakaran yang ada di sekolah itu sahaja. Sekolah yang mempunyai
masalah ini bolehlah berusaha mendapatkannya daripada sekolah lain atau
masyarakat setempat.
5. Perkembangan Diri Individu

Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih


diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta
membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan
kewarganegaraan.
PANDUAN PELAKSANAAN
KOKURIKULUM
1. Kandungan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah

Sub peraturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum


Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97

“penyertaan dalam sukan dan permainan, persatuan dan kelab,


badan beruniform dan kegiatan ditentukan oleh Menteri”

Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang


diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jilid. 42/No. 11 (Tambahan No. 41),
Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998

“kategori mata pelajaran dinyatakan dalam


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
hobi dan rekreasi, sukan dan permainan, badan beruniform,
Atau persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar”
2. Status Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah

Sub perkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/ Jilid.
11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985

“Penyertaan setiap murid dalam gerak kerja pasukan badan beruniform,


persatuan atau kelab, dan sukan atau permainan.
Peningkatan penyertaan murid dalam kegiatan pasukan
badan beruniform hendaklah diusahakan”

Sub perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jilid.
11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985

“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan


keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah”
Sub perkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jilid.
11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985

“Sekolah yang kurang kemudahan hendaklah menggalakkan murid dalam


membuat kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong royong
memperbaiki kawasan sekolah, gerak kerja yang menekankan perpaduan
kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian”

Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jilid. XVI(16) bertarikh


13 Nov. 2000

“Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan


prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi
atau paksaan dan yang bercanggah dengan
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara”
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jilid. 11/(41)
bertarikh 15 Januari 1986

“Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah WAJIB.


Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah
direkodkan”

Rujuk Sub perkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985, KP.
8591-11(32) bertarikh 2hb Februari 1985

“Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan


dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran
anggota-anggota masyarakat setempat”
Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum
1. Menyediakan kemudahan asas dan peralatan supaya mewujudkan pembelajaran
yang menyeronokkan merentasi kurikulum.

2. Merancang, menganjur, mengelola dan menilai kegiatan Kokurikulum yang


berbentuk aktiviti yang melengkapi dan memperkukuhkan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

3. Program kokurikulum memberi penekanan kepada pemerolehan, peningkatan ilmu,


kemahiran baru bagi memupuk sikap positif, nilai-nilai murni untuk meningkat kualiti,
sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing bagi kesejahteraan diri murid dan
masyarakat.

4. Program kokurikulum memberi penekanan kepada usaha bersepadu ke arah


memperkukuhkan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum.

5. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum dan


memperagakan kepada masyarakat secara Integrasi.
6. Memastikan perjalanan aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan kepada
kurikulum badan induk/gabungan atau yang berkaitan

7. Menyediakan skema penilaian aktiviti kokurikulum dalam pelbagai bidang dan


memberi peluang kepada murid untuk mempertingkatkan tahap pencapaian secara
berterusan.

8. Kegiatan kokurikulum yang dirancang dan dikelolakan memberi peluang serta


kesempatan kepada murid untuk mengembangkan minat, bakat kreativiti dan
Inovatif masing-masing.

9. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan,


Syarikat-syarikat Swasta dan Institusi pengajian tinggi.

10. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum.

11. Memberi penghargaan dalam aktiviti kokurikulum.


Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah
1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.

2. Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. {Rujuk Surat Pekeliling


Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2hb. Januari 1985}

3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan


Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat persatuan/kelab, pasukan
pakaian seragam, dan sukan/permainan.

4. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan
menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. (Visi dan misi sekolah dalam
bidang kokurikulum ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa
Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan Jawatankuasa Bimbingan
Pelajar Sekolah).

5. Menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru penasihat.


{Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan bertarikh 21 Hb. Mei 1998 Jil. 42/No. 11 : PU (A) 196}
6. Mengkaji dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan
kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan
kaedah baru pelaksanaan.

7. Mengenal pasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan, seperti sumber tenaga
dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan dan kewangan, dan
kecenderungan pelajar.

8. Memperoleh dan mengemas kini inventori , bekalan pejabat, dan harta modal
bidang kokurikulum.

9. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru
pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan.

10. Menyediakan keperluan asas pentadbiran (termasuklah fail; dokumen-dokumen


rujukan berkaitan prosedur, undang-undang atau peraturan dan tatacara pelaksanaan;
kurikulum kegiatan; borang-borang penilaian; dan sijil-sijil).

11. Menyediakan atau memperoleh keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan


asas.

12. Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab.


13. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

14. Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform berdasarkan


objektif/matlamat setiap persatuan/ kelab/ badan beruniform berkenaan, rangka
perancangan kokurikulum sekolah, dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan
negeri.

15. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah.

16. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru.

17. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan.

18. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum.

19. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap


persatuan/kelab, badan beruniform dan persatuan/kelab sukan dan permainan.

20. Melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar.

21. Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.


STRATEGI & PELAKSANAAN
KOKURIKULUM
1. Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum
dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di
sekolah;
2. Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab, kelab
sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan
memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara
individu atau kumpulan;
3. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum,
yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
4. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;
5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah (JBPS), Persatuan Ibu Bapa
Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan
aktiviti kokurikulum;
6. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
7. Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;
8. Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
9. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa ke
semasa;
10. Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni
dalam aktiviti kokurikulum; dan
11. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif yang
dikehendaki.
IAB (1989) LAPORAN PEMBANGUNAN KOKURIKULUM
ANJURAN BANK DUNIA
1. Pelajar-pelajar belajar bagaimana hidup secara demokratis
dengan pelajar-pelajar lain dan dengan orang dewasa.
2. Pelajar-pelajar belajar mengenai persekitaran fizikal, pentingnya
sumber-sumber alam dan bagaimana menjaganya.
3. Terdapat satu apresiasi kepada alam luar dan sumbangannya.
4. Mewujudkan dan memperkembangkan sifat-sifat untuk
warganegara yang baik seperti tanggungjawab kepimpinan,
kerjasama dalam satu pasukan dan kejujuran.
5. Sumbangan yang boleh didapati daripada kegiatan luar kepada
kesihatan lebih jelas terbukti.
6. Sifat suka mengembara (adventure) pada setiap kanak-kanak dan
belia mendapat perhatian.

Dewey, “The educative process is a continuous


process of growth..”
7. Pelajar dapat perangsang untuk belajar bahan tempatan dan
hubung kaitnya dengan pembelajaran dalam bilik darjah.
8. Peluang belajar kemahiran yang berguna dalam program rekreasi
seperti membaca peta dan memancing.
9. Terdapat manfaat daripada pengalaman yang terancang ini.
10. Pelajar-pelajar berdikari dalam melaksanakan hidup yang sihat.
11. Pelajar mempelajari sebahagian asas/peraturan keselamatan.
12. Objektif-objektif di atas adalah matlamat yang murni dan ada
ikatan rapat dengan tujuan pendidikan sosial, intelek dan
kesihatan.
FASA PERANCANGAN

ISU & UNDANG &


CABARAN PROSEDUR

KURIKULUM
LATIHAN
(PENDIDIKAN LUAR)
ISU & CABARAN?
AKTIVITI PERSEPSI
PERUNTUKAN 4% 3%
MASA 4%
4% GURU
IBU BAPA 27%
10%

KEMUDAHAN
11%
PENTADBIRAN
MURID 22%
15%

MEMAHAMI ISU DAN CABARAN MENGURUSKAN GERAK KERJA


KOKURIKULUM SEKOLAH
(Jurnal Muaddib, 2013)
194
Isu Pentadbiran (Pengetua & Guru Besar)

1. Kurang ilmu dan kemahiran kokurikulum, ada kaitan bila jadi pengurus.

2. Kurang pemahaman dalam konsep pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional


(MMI).

3. Tidak mengikut takwim yang dirancang kerana banyak perubahan.

4. Pembahagian tugas bidang kokurikulum dalam kalangan guru tidak seimbang.

6. Tiada tindakan pada guru-guru yang tidak melibatkan diri di dalam kokurikulum.

7. Tidak melakukan pemantauan dan penyeliaan ke atas aktiviti kokurikulum.

9. Amalan post mortem selepas pelaksanaan program tidak dibudayakan.

10. Kurang penghargaan dan pengiktirafan kepada guru.


Isu Pentadbiran (GPK)
1. Pertelingkahan antara GPK, guru pening.

2. GPK Kokurikulum dilantik tidak mempunyai pendedahan ilmu dan kemahiran.

3. GPK Kokurikulum dilantik berdasarkan kepada kekanan perkhidmatan.

4. Pelaksanaan kokurikulum ‘rutin’ ikut amalan dan budaya sedia ada.

5. Perancangan strategik sekolah tidak dihayati sepenuhnya untuk dilaksanakan.

6. Dokumentasi program tidak dipastikan lengkap, guru lain sukar untuk membuat
rujukan.

7. GPK Kokurikulum tidak dapat menumpukan aspek pengurusan kokurikulum.

8. Terdapat guru yang menjalankan tugas GPK Kokurikulum kerana perjawatan tersebut
tidak diisi .
DASAR KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA

CABARAN
GURU DALAM
KOKURIKULUM
CABARAN BIDANG PENDIDIKAN

GURU
TINDAKAN
MAKAMAH ?

Mengapa trend ini muncul?


DEFINISI UNDANG-UNDANG
Alat untuk mempertahankan hak setiap individu
yang hidup dalam satu kelompok masyarakat

DOKUMEN UNDANG-UNDANG

1. Perlembagaan
2. Akta Pendidikan/Ordinan Pelajaran
3. Akta lain yang berkaitan
4. Pemberitahu Undang-Undang (Am)
5. Surat-surat Pekeliling (Perbendaharaan/ Ikhtisas)
6. Surat-surat Siaran
Perlembagaan & Dasar-Dasar
Kerajaan
1. Akta Pendidikan 1996(Pindaan 2002)
2. Akta acara kewangan 1957
3. Arahan perbendaharaan
4. PKPA
5. Surat Pekeliling Ikhtisas
6. Dasar-dasar Kementerian Pelajaran dan
7. Semua Dasar & undang-undang Kerajaan Malaysia.
Surat-Surat KSN: PKPA
MENGAPA KITA PERLU TAHU
UNDANG-UNDANG

1. Penjawat awam bertanggungjawab menjaga reputasi


kerajaan
2. Tidak melakukan tindakan yang melampaui bidang
kuasa (ultra-vires)
3. Keperluan menjaga hak setiap individu
4. Masyarakat yang semakin terpelajar dan sedar

TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH

1. Memastikan segala dokumen berkaitan ada dan disimpan


2. Mengambil tindakan, menyalur maklumat kepada anak
buah
3. Mewujudkan iklim yang kondusif dan selamat.
4. Mewujudkan kerjasama yang mantap dengan pihak
PPD/JPN
PUNCA KUASA GURU BESAR

1. Bertanggungjawab secara langsung terhadap semua


perkara yang berlaku

2. Bertanggungjawab – penjaga

PUNCA KUASA GURU

1. Doktrin in loco parentis= in place of parent (sesiapa sahaja yang


menjaga kanak-kanak sebagai enggantikan peranan ibu bapa)

2. Bertanggungjawab sebagaimana ibu bapa

3. Kecuaian boleh didakwa


TANGGUNGJAWAB GURU
1. Mendidik dengan sewajarnya
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif
3. Menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan
4. Menyelengara peralatan yang berkaitan

TANGGUNGJAWAB GURU DARIPADA ASPEK


UNDANG-UNDANG
1. Menyelia dan melindungi murid daripada segala mudarat
2. In loco parentis mewujudkan tanggungjawab menjaga (duty
of care)
FAKTOR MENENTUKAN (TANGGUNGJAWAB
MENJAGA) DUTY OF CARE
1. Bilangan pelajar
2. Jenis aktiviti dan alatan serta fizikal sekolah
3. Umur dan Jantina
4. Kemahiran pelajar

TANGGUNGJAWAB GURU
DARIPADA SEGI PERUNDANGAN

1. Menyelia dan memastikan keselamatan pelajar


2. Mengambil langkah proaktif mencegah elemen-elemen
bahaya dan berpotensi mendatangkan bahaya
3. Menyelia pelajar dengan kadar yang munasabah
Tort = kesalahan yg dilakukan oleh defendan dan
Liabiliti Tort membolehkan plantif mendapat ganti rugi di dalam
mahkamah sivil)

Sebarang tindakan yang dilakukan yang akan/mungkin


mendatangkan:

1. Kecederaan kepada individu


2. Kemusnahan harta benda
3. Kehilangan harga diri atau maruah

TORT YANG DINIATKAN

1. Melakukan sesuatu tindakan dengan niat/sengaja


untuk mendatangkan kecederaan
2. Melibatkan serangan dan hentaman (‘assault’ dan
‘battery’)
PERTIMBANGAN MAHKAMAH DALAM TORT YANG
DINIATKAN

1. Sejauh mana wujud unsur berlebihan dalam


tindakan seseorang?
2. Pertimbangan berdasarkan aspek:
i. umur pelajar
ii. alatan yang digunakan
iii. beratnya kesalahan yang dilakukan
KECUAIAN
1. DEFINISI KECUAIAN (1)
MELAKUKAN sesuatu yang biasanya TIDAK DILAKUKAN
oleh seseorang yang WARAS dalam
satu masa dan keadaan

2. DEFINISI KECUAIAN (2)

TIDAK MELAKUKAN sesuatu yang biasanya DILAKUKAN


oleh seseorang yang WARAS dalam
satu masa dan keadaan
KECUAIAN DALAM PENDIDIKAN
1. Kecuaian Guru
2. Kecuaian Pendidikan

1. Kecuaian Guru

Berpunca daripada konsep tanggungjawab


berjaga-jaga daripada segi undang-undang
yang dipertanggungjawabkan kepada guru.

2. Kecuaian Pendidikan

Merujuk kepada kegagalan guru


mendidik pelajar
ASAS MENENTUKAN KECUAIAN

1. Apakah yang akan dilakukan oleh seorang manusia yang


waras dalam masa dan keadaan berkenaan?
2. Adakah defendan mempunyai tanggungjawab melindungi?
3. Adakah defendan gagal mematuhi peraturan yang
ditetapkan?
4. Adakah terdapat hubungan langsung antara sebab dan
akibat?
5. Adakah wujud musibah dan kerugian?
ASAS UNTUK MENOLAK
DAKWAAN CUAI

Kaedah untuk mengelak/ menolak hujah plaintif


1. Foreseeability -Sejauh mana sesuatu kecuaian boleh dijangka
oleh seseorang? (Setakat yang boleh tahu)

2. Contributory Negligent -Keadaan di mana plaintif sendiri cuai


dalam melakukan sesuatu perkara atau tindakan. (Pengabaian
Sumbangan)
3. Volenti fit non injuria -Plaintif mengetahui risiko yang berkaitan,
memahami risiko yang bakal dialami & mempunyai pilihan untuk
tidak mengambil risiko yang dinyatakan.
Suatu bentuk pembelaan di mana
plantif bersetuju menanggung
Kecederaan atau menerima risiko
bahawa dia mungkin akan mengalami
kecederaan semasa mengambil
bahagian dalam sesuatu aktiviti
KESIMPULAN
1. Pengetahuan undang-undang amat perlu diketahui oleh
semua pengurus sekolah

2. Ia dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan


yang tepat

3. Memberikan keyakinan kepada pengurus sekolah dalam


mengurus berdasarkan lunas-lunas yang betul (intra vires)
AKTA PENDIDIKAN

KURIKULUM KEBANGSAAN 1997

SCHOOL TOURS REGULATIONS 1957

SPI Bil 1 Tahun 1985

SPI Bil 9 Tahun 2000 & Tambahan

SPI Bil 5 & 8 Tahun 2007

SPI Bil 8 Tahun 2009


Surat Siaran Pengurusan Kokurikulum
Bil 2 Tahun 2010
FASA OPERASI

SESI
LADAP
LATIHAN

PENYELIAAN
MEDIUM

PENDIDIKAN
KOKURIKULUM?
PENDIDIKAN KOKURIKULUM
KURIKULUM PASUKAN BERUNIFORM

KEUSAHAWANAN KHIDMAS

KETAHANAN
ALAM
DIRI &
SEKITAR
KEBUDAYAAN
TINGKATAN 1
REKREASI PERKHEMAHAN
1.Jenis Khemah
2.Pengurusan Tempat
3.Ciri-ciri Tapak Perkhemahan
4.Cara Mendirikan Khemah
5.Aspek Keselamatan Dalam Perkhemahan
6.Faedah Aktiviti Perkhemahan

PERTOLONGAN CEMAS
1. Tatacara D.R.A.B.C
TINGKATAN 2
REKREASI ORIENTEERING
1.Faedah Melakukan Orienteering
2.Membaca Peta, Kompas & Mengambil
Bearing
3.Penggunaan Kompas & Mengambil Bearing
4.Aspek Keselamatan

PERTOLONGAN CEMAS
1. Prinsip & Prosedur TOTAPS
TINGKATAN 3
REKREASI MENJEJAK
1.Faedah Aktiviti Menjejak
2.Isyarat & Pandu Arah Dalam Aktiviti Menjejak
3.Pelaksanaan Aktiviti Menjejak
- Persediaan Peralatan
- Organisasi Kumpulan
- Posisi & Jarak Pergerakan
- Formasi Pergerakan
- Rehat & Rawat
4. Pendidikan Konservasi Dalam Aktiviti
Menjejak & Aspek Keselamatan
TINGKATAN 3
PERTOLONGAN CEMAS
1. Petanda & Situasi Yang Memerlukan CPR
2. Prinsip-prinsip CPR
3. Prosedur CPR
- CPR Untuk Dewasa
- CPR Untuk Kanak-kanak
- CPR Untuk Bayi
4. Kedudukan Pemulihan
TINGKATAN 4
REKREASI PERKHEMAHAN
1. Mendirikan Khemah
2. Tujuan Perkhemahan
3. Faedah-faedah Perkhemahan
4. Aktiviti Perkhemahan
- SEBELUM PERKHEMAHAN
(Pembentukan JK, Kenal pasti Kawasan, Surat
Kebenaran, Belanjawan, Peralatan)
- SEMASA PERKHEMAHAN
(Kedudukan Kawasan Perkhemahan, Susunan
Tempat Perkhemahan, Aktiviti Dijalankan,
TINGKATAN 4

Peraturan & Keselamatan Berkhemah)


- SELEPAS PERKHEMAHAN
(Di Tapak Perkhemahan, Di Sekolah)

PERTOLONGAN CEMAS
1. Kecederaan Fraktur
2. Prosedur RICE
3. Prinsip EAR
TINGKATAN 5
Rekreasi & Kesenggangan
1. Abseiling
- Jenis Abseiling & Peralatan
2. Kemahiran Tali
- Ikatan Bunga Geti, Simpul Buaian
3. Prosedur Abseiling
- Kenal Pasti Lokasi, Pemasangan Main & Safety
Line, Persediaan Melakukan Abseiling
4. Aspek-aspek Keselamatan
TINGKATAN 5

PERTOLONGAN CEMAS
1. Fraktur
2. Keracunan
3. Lemas
4. Tercekik
MEDIUM

MEDIUM
PENDIDIKAN LUAR?
6. MEDIUM PENDIDIKAN LUAR
1. KURIKULUM
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
& Mata pelajaran lain

2. HEM
Asrama
Pengawas
RIMUP

3. KOKURIKULUM
Kelab & Persatuan
Sukan & Permainan
Pasukan Unit Beruniform

4. PERKEMBANGAN STAF
KURIKULUM
PENDIDIKAN JASMANI &
KESIHATAN
& MATA PELAJARAN LAIN
HAL EHWAL MURID
ASRAMA
PENGAWAS
ASRAMA
HAL EHWAL MURID

PENGAWAS
KOKURIKULUM
PASUKAN UNIT BERUNIFORM
JOHAN KEBANGSAAN 1999
DISIPLIN & KERJASAMA
PASUKAN
KOKURIKULUM

KELAB & PERSATUAN


PERKEMBANGAN STAF
Gill (2000) MOTIVASI PENGLIBATAN

INTRINSIC EXTRINSIC
1. FUN 1. STATUS/ ACHIEVEMENT
2. FITNESS 2. FRIENDSHIP
3. ENERGY RELEASE 3. TEAM
4. KNOWLEDGE & SKILL 4. SITUATIONAL
DEVELOPMENT
PROSEDUR
& KESELAMATAN
PROSEDUR & KESELAMATAN
GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG
DI BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957
(THE SCHOOLS TOURS REGULATIONS 1957)

Pendahuluan

Takrif ‘melancong’ adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Peraturan


2(1) dan 2(2) ‘The Schools (Tours) Regulations 1957’. Sila rujuk salinannya yang
tertera pada muka surat 110.

1. Peraturan-Peraturan Am Yang Patut Diikuti:

Peraturan (Melancong) Sekolah 1957 “The Schools (Tours) Regulation 1957”

Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP 8592/L bertarikh 12.7.1966.

Bagi yang menggunakan Bas (Bas Sekolah/Bas Pelancong, dan lain-lain)


Kebenaran Pengarah Pengangkutan Jalan hendaklah diperoleh.
2. Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti contoh


yang dilampirkan. Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak
sekolah.

Bagi Lawatan Dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan.

Bagi Lawatan Keluar Negeri:

Tiap-tiap permohonan hendaklah dalam 6 salinan

Tambahan satu salinan bagi tiap-tiap satu negeri yang dilawati.

Contoh: Ke Bandar Melaka di Negeri Melaka )


Port Dickson di Negeri sembilan ) 3 Negeri
Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan )

( 6 + 3 = 9 salinan )

Tentukan semua maklumat yang dikehendaki diisi dengan lengkap.


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Guru
Besar / Pengetua sekolah 6 minggu sebelum tarikh lawatan.
Guru Besar / Pengetua hendaklah menyampaikan borang tersebut kepada Pendaftar
Sekolah-Sekolah Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 5 minggu sebelum
tarikh lawatan.

Sertakan sampul surat beralamat sendiri tanpa setem.


Surat kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga tidak perlu dihantar kepada Pendaftar
Sekolah-Sekolah Negeri Johor.

3. Panduan Mengisi Borang:

3.1 Permohonan hendaklah ditandatangani sendiri oleh Guru Besar / Pengetua.


(Sebab-sebab hendaklah diberi jika penandatangan bukan Guru Besar /
Pengetua)

3.2 Bahagian Butir-Butir Berkenaan Wang: (Maklumat hendaklah mengandungi)


3.2.1 Jumlah wang yang dipungut.
3.2.2 Punca wang sama ada dari murid-murid, guru, PIBG, Jemaah Pengurus
/Pengelola, Peruntukan Kementerian atau subsidi Jabatan atau lain-
lain punca (sebutkan punca itu)
3.2.3 Jika daripada murid-murid, catatkan jumlah bayaran yang dikenakan
bagi seorang murid.
3.2.4 Jumlah bayaran sewa bas, makan minum, bayaran tiket masuk ke
tempat yang dilawati, bayaran tempat penginapan dan bayaran-
bayaran lain (jika ada)
3.2.5 Maklumat orang / orang-orang yang dibenarkan memungut dan
membelanjakan wang.

3.3 Bahagian Tempat-tempat Yang Dilawati:


3.3.1 Di bahagian ini hendaklah dicatatkan semua nama-nama tempat yang
hendak dilawati termasuk nama negeri yang berkenaan.
3.3.2 Tarikh dan masa.
3.3.3 Nama tempat bermalam, jika bermalam.

3.4 Senarai peserta hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:


3.4.1 Nama Penuh (Contoh: Ahmad bin Hassan, Vellu a/l Subramaniam)
3.4.2 Nama Dalam Tulisan Cina bagi peserta keturunan Tionghua.
3.4.3 Jantina (Catatkan ”L” bagi lelaki dan ”P” bagi perempuan)
3.4.4 Darjah / Tingkatan (jika bukan murid, catatkan perihalnya)
3.4.5 Umur
3.4.6 Alamat tempat tinggal. Jangan gunakan alamat sekolah kecuali
jika murid yang berkenaan tinggal di asrama.
4. Hal-Hal Lain:
4.1 Persetujuan bertulis daripada ibu bapa / penjaga murid hendaklah
diperoleh terlebih dahulu sebelum lawatan diadakan. Perakuan
kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga hendaklah mengikut format
yang dilampirkan.
4.2 Jika peserta rombongan melibatkan murid-murid dari sekolah lain,
kebenaran bertulis Guru besar / Pengetua hendaklah diperoleh.

5. INGATAN:

5.1 Peraturan keselamatan hendaklah diterangkan kepada murid-murid


dan guru sebelum lawatan itu dibuat.
5.2 Alat pertolongan cemas hendaklah dibawa bersama semasa lawatan.
5.3 Kebenaran Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Johor hendaklah
diperoleh terlebih dahulu jika hendak meminda atau menangguhkan
tarikh lawatan. Dalam hubungan ini Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri
Johor boleh meminta pihak sekolah membuat permohonan baru.
5.4 Sekiranya lawatan berkelompok yang melibatkan beberapa buah
sekolah, permohonan hendaklah dibuat melalui salah seorang Guru
Besar / Pengetua sekolah-sekolah yang berkenaan dan permohonan
hendaklah dibuat atas nama Guru Besar /Pengetua sekolah yang
berkenaan.
5.5 Sebarang pertukaran peserta atau tambahan peserta adalah tidak dibenarkan.

5.6 Jika peserta rombongan terdiri daripada murid lelaki dan perempuan, guru
pengawas nya hendaklah terdiri daripada guru lelaki dan perempuan.

5.7 Untuk mengadakan kawalan yang lebih berkesan bilangan guru pengawas
hendaklah bersesuaian dengan ramai murid.

5.8 Permohonan yang diterima kurang daripada 5 minggu tanpa sebab-sebab yang
munasabah tidak akan dilayani.

5.9 Ketua rombongan atau guru pengawas hendaklah setiap masa memastikan
bilangan peserta rombongan cukup sebelum bertolak ke sesuatu tempat atau berlepas
balik.

5.10 Jika ibu bapa / penjaga telah diberitahu tentang masa ketibaan rombongan di
tempat menunggu (Perjalanan balik), jika berlaku sebarang kelewatan, hendaklah
diberitahu kepada ibu bapa / penjaga terlebih dahulu. Dari segi ini hendaklah ditugaskan
seorang murid untuk menerima maklumat supaya dapat disampaikan kepada ibu bapa /
penjaga.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 5
TAHUN 2007: Garis Panduan Lawatan Murid
Dibaca bersama;
1. SPI Bil 12 Tahun 2000: Lawatan Pendidikan
Murid Di Hari Persekolahan

2. SPI Bil 5 Tahun 2002: Lawatan Sekolah


Pada Hari Persekolahan
PROSEDUR SEBELUM LAWATAN
KERTAS
MEMASTIKAN PERMIT PERJALANAN
CADANGAN MINIMUM 6 MINGGU
SALINAN KE JPJ
TAKLIMAT LAWATAN

TINDAKAN
KERTAS KERJA
SUSULAN

KEBENARAN LANTIKAN
JABATAN MESYUARAT PRA LAWATAN BERTULIS
PELAJARAN TEMPAHAN PENGINAPAN & PENGETUA
PENGANGKUTAN
MINIMUM 5 MINGGU MELENGKAPKAN PERMOHONAN LAWATAN KETUA ROMBONGAN
PERBELANJAAN KEWANGAN
KEBENARAN
LANGKAH KESELAMATAN & KEBAJIKAN BERTULIS TARIKH & TEMPAT LAWATAN
SURAT KEBENARAN & PENGESAHAN KESIHATAN WARIS JADUAL AKTIVITI
KERTAS CADANGAN
KERTAS CADANGAN
1. School Tours Regulation 1957
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2007

• TUJUAN LAWATAN
1
• TEMPAT-TEMPAT LAWATAN
2
• KADAR KUTIPAN KEWANGAN
3
• SENARAI NAMA MURID
4
• SENARAI NAMA GURU
5
• KETUA ROMBONGAN
6
KERTAS KERJA
1. School Tours Regulation 1957
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2007

• PELAKSANAAN AKTIVITI
1
• MAKLUMAT KEWANGAN LENGKAP
2
• SENARAI MURID LENGKAP
3
• SENARAI NAMA GURU BERTUGAS
4
• SENARAI NAMA GURU MENYERTAI
5 AKTIVITI

• MAKLUMAT KETUA ROMBONGAN


6 LENGKAP
PERMOHONAN LAWATAN
1. School Tours Regulation 1957
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2007

1 • KERTAS CADANGAN

2 • SENARAI JAWATANKUASA LAWATAN

3 • BUTIRAN LENGKAP GURU PENGIRING

4 • BUTIRAN LENGKAP MURID

5 • TENTATIF LAWATAN

6 • MAKLUMAT KEWANGAN

• MAKLUMAT GURU DIBERI KUASA


7 MENGURUS KEWANGAN
TAKLIMAT LAWATAN

Prosedur Keselamatan

Edaran maklumat guru & murid


Syarat Pakaian
Syarat Pakaian
kepada waris

Arahan TugasanMurid
Arahan Tugasan Murid Taklimat waris

Senarai
Senarai peralatan
peralatan & barangan
& barangan yang Memastikan First Aid Kit & Fire
dibenarkan
yang dibenarkan Extinguisher
Dokumen kebenaran rawatan
Tatacara pergerakankumpulan
Tatacara pergerakan kumpulan
murid
Bersama waris tempat
Tanda pengenalandiri
Tanda pengenalan diri
penghantaran pulang murid
PROSEDUR SEMASA LAWATAN
Memastikan ahli rombongan terdiri
dari yang tersenarai sahaja

Memastikan arahan & peraturan bertulis Pergerakan murid sentiasa diawasi dan dalam
dibaca, difahami dan dipatuhi murid dan guru makluman guru

Menentukan setiap pergerakan dicatat di Memastikan ada penyelamat kelemasan


dalam Buku Log bertauliah jika melibatkan aktiviti air

Menentukan First Aid Kit sentiasa bersama Lawatan hanya di tempat yang tersenarai
sepanjang aktiviti dalam Jadual Lawatan sahaja

Memperoleh maklumat berkenaan pusat


Jika kenderaan rosak, murid berkumpul di luar
kesihatan, balai polis dan JPN/ PPD
kenderaan di tempat selamat
berhampiran kawasan lawartan
Memastikan murid diambil oleh waris @ di
Maklumkan Urus Setia waris hendak berjumpa
mana tempat yang ditentukan selepas
@ membawa keluar murid
rombongan

Murid yang tidak dibawa pulang waris Memastikan makanan bersesuaian (halal &
hendaklah dihantar ke rumah vegetarian) mengikut keperluan murid
KEBENARAN IBU
BAPA/ PENJAGA
SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 8 TAHUN
2009: Langkah-langkah Keselamatan Semasa
Mengikuti Aktiviti Lawatan Di Luar Waktu
Persekolahan

Dibaca bersama;
1. SPI Bil 8 Tahun 1999: Keselamatan Murid
Dalam Perjalanan Pergi & Balik Sekolah
2. SPI Bil 6 Tahun 2000: Menangani Masalah
Keselamatan, Dadah & Gangter
3. SPI Bil 9 Tahun 2000 & Tambahan
4. SPI Bil 5 Tahun 2007: Garis Panduan
Lawatan Murid
KESELAMATAN
BERDASARKAN SPI
SURAT SIARAN PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 2
TAHUN 2010: Garis Panduan Pelaksanaan Program
Pendidikan (Kokurikulum) Tajaan Agensi Luar

Nisbah Guru/ Murid:


1 Guru: 10 Murid
Murid Perempuan = Guru Perempuan Dan
Sebaliknya
Masa Perjalanan:
Program harian = waktu pejabat
Melebihi 9 jam < 1030 pm
Masa Aktiviti:
Program Harian < 0430/ 0500 pm
Tempat bermalam disediakan < 1030 pm
SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 3
TAHUN 2004: Memperkasakan Pendidikan
Pencegahan Dadah Di Sekolah

Sekolah merancang dan melaksanakan


melalui 4 strategi utama; 1. pengurusan
& kepimpinan, 2. kurikulum, 3.
kokurikulum dan, 4. pembangunan
sahsiah

Matlamat untuk memberi


pengetahuan, kesedaran & keinsafan
kepada murid, guru, kakitangan & ibu
bapa
SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 12
TAHUN 2004: Garis Panduan Umum Pemberian
Kerja Rumah Kepada Murid Sekolah

Pelaksanaan kerja rumah perlu dirancang


dengan teliti dan sistematik supaya murid
berpeluang untuk mengikuti aktiviti-
aktiviti luar, aktiviti kokurikulum, riadah @
masa untuk berehat bagi membentuk
pengalaman dan minda yang sihat dan
seimbang.

perancangan, pelaksanaan , pemantauan


SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 8 TAHUN
2007: Garis Panduan Pemakaian Kokurikulum Di
Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan
Kokurikulum

Perkara 2.1:
“Pemakaian Pakaian Seragam Setiap Hari
Rabu”

Perkara 2.2:
“Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Hari
Pertama Minggu Ketiga Setiap Bulan”
IAB (1989) LAPORAN PEMBANGUNAN KOKURIKULUM
ANJURAN BANK DUNIA

1. PERKEMBANGAN SOSIAL

Dalam semua aspek perkhidmatan pendidikan, elemen atau


komponen yang sentiasa hadir ialah elemen sosial. Elemen sosial ini
amat penting sehingga matlamat ini diterima tanpa perlu disebut
sebagai satu tujuan dalam apa juga jenis perkhidmatan atau tugas
pendidikan. Perkembangan sosial ini lazimnya dihubungkaitkan
dengan kegiatan yang berlangsung dalam suasana perkhemahan.
Hidup bersama dalam satu kumpulan, sama ada kumpulan itu kecil
atau besar, dalam jangka masa tertentu jauh pula dari rumah dapat
mempengaruhi belia supaya;
1. Wujud dan berkembangnya satu kefahaman dan toleransi terhadap diri
sendiri dan orang lain.
2. Memahami dan menerima hakikat betapa perlunya garis panduan
sama ada tinggal dalam satu masyarakat kecil yang padu.
3. Mewujudkan satu keinginan untuk menyumbang ke arah kebajikan
kumpulan, dalam kegiatan masa lapang, pengajian atau kerja-kerja
rumah.
4. Mengembang perhubungan yang lebih baik dengan ketua mereka dan
antara mereka.
5. Menyesuaikan diri dalam stail hidup yang berbeza dengan yang biasa
mereka alami
6. Belajar menerima cabaran-cabaran baru dari segi fizikal, sosial dan
mental.
7. Membina satu kesedaran rasa berdikari dan rasa bertanggungjawab.
8. Mengalami keadaan yang memberi pembelajaran baru.
9. Mengetuai dan boleh menerima kekuatan serta kelemahan diri dan
orang lain.
10. Membina satu kesedaran tentang belas kasihan dan simpati dan
kepekaan.
2. REKREASI DAN PENDIDIKAN

Rekreasi ialah kegiatan yang dilakukan di luar waktu kerja. Kegiatan ini
dilakukan atas dorongan atau pilihan sendiri. Penglibatan ini memberi
satu pengalaman yang menyeronokkan dan membantu seseorang dalam
perkembangan fizikal, sosial, mental dan estetika. lebih tepat lagi rekreasi
yang disarankan oleh pendidikan mempunyai lima ciri.

1. Masa lapang: kegiatan rekreasi yang dilakukan pada masa lapang


sahaja.
2. Seronok: kegiatan mestilah memberi kepuasan dan menyeronokkan
yang terlibat.
3. Sukarela: kegiatan adalah pilihan sendiri bukan dipaksa.
4. Membina: kegiatan hendaklah yang membina, iaitu tidak merosakkan
sama ada fizikal atau sosial, malah boleh menyebabkan seseorang
menjadi individu yang seimbang.
5. Non-survival: kegiatan rekreasi bukan dari jenis yang berbahaya iaitu
yang tidak menentukan hidup atau matinya seseorang.
Bidang kegiatan rekreasi dapat memenuhi keperluan manusia
untuk menunjukkan sesuatu kebolehan minat atau untuk creative
felt expression. rekreasi patut membantu membina kesihatan -
jasmani, emosi, dan sosial.

Antara Matlamat Rekreasi Adalah :

1. Memenuhi keperluan diri


2. Kemahiran dan minat dalam masa lapang
3. Kesihatan dan kecergasan.
4. Perhubungan manusia secara demokratis.
5. Penjelmaan kreatif dan apresiasi estetika.
6. Persekitaran untuk hidup dalam masyarakat yang bermasa
lapang.
7. Memberi perkhidmatan kepada perseorangan dan kumpulan.
Sekolah bagaimanapun berperanan mengemukakan dan
memajukan konsep rekreasi dan bertanggungjawab dalam bidang
ini.

1. Sekolah patut mendidik pelajar cara mengguna masa lapang


dengan manfaat, misalnya dalam bidang seni dan muzik.
2. Sekolah patut mampu menterjemahkan pengajaran dengan
rekreasi. Satu pengurusan sekolah yang baik boleh mewujudkan
program pendidikan yang dinamik, menjalinkan hubungan guru
pelajar yang berkesan dan merancang , membina rekreasi.
3. Sekolah patut bina bersama program rekreasi dengan segala
kemudahan yang ada dalam masyarakat.
4. Sekolah patut menyelaras dan mengumpul semua sumber
kemudahan untuk rekreasi.
5. Sekolah patut terjemahkan apa rekreasi itu kepada masyarakat.
3. SEKOLAH SEBAGAI PUSAT REKREASI

1. Sekolah patut anggap dan menerima sebagai tanggungjawab


utama pendidikan masa lapang.
2. Sekolah patut membina dan memberi peluang kepada pelajar
terlibat dalam kegiatan kreatif.
3. Kemudahan dan sumber sekolah dapat digunakan untuk
kegiatan rekreasi jika dan apabila diperlukan.
4. Jika masyarakat tiada kemudahan rekreasi, sekolah patut
mengambil alih dan membekal nya
5. Sekolah patut bekerjasama dengan masyarakat menaja program
rekreasi.
6. Sekolah patut melantik seorang guru yang bertanggungjawab
kepada program pendidikan rekreasi di sekolah.
7. Pendidikan Rekreasi dan pendidikan tidak sama, masing-masing
mempunyai keunikannya.
8. Guru yang bertanggungjawab kepada program pendidikan
rekreasi patut mengadakan kursus kepada staf dalam pendidikan
rekreasi.
9. Patut ada peruntukan tahunan dari kementerian sebagai
sokongan kepada program rekreasi.
10. Kegiatan rekreasi bergantung kepada pada sokongan dan
kefahaman masyarakat untuk berjaya.
11. Rekreasi hendaklah mencungkil dan memajukan minat
masyarakat.
12. Program rekreasi patut mengandungi pelbagai kegiatan.
13. Kegiatan rekreasi patut mengutamakan kesihatan mental
individu.
Program rekreasi hendaklah diatur sepanjang tahun. Jika sebuah
sekolah menjalani program rekreasi sepanjang tahun, perkara-
perkara berikut adalah penting :

1. Kerjasama sokongan dan penglibatan PIBG dan agensi-agensi


lain.
2. Program rekreasi sentiasa dinilai dan diatur semula jika perlu.
3. Memaklumkan masyarakat perubahan-perubahan dalam
program.
4. Membuat pembaharuan program baru dan projek pilot adalah
penting.
5. Pegawai dan kakitangan yang mengendalikan program
hendaklah imaginatif dan mampu menyumbang kepada program-
program baru.
FASA PENILAIAN

GPS GURU

10% PBS

You might also like