You are on page 1of 11

QUEENS COLLEGE KUALA LUMPUR

NO. 2, JLN DEWAN SULTAN SULAIMAN 1, 


KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR.

KOD DAN NAMA PUSAT


L02667 QUEENS COLLEGE
BERTAULIAH

PENILAIAN PRESTASI
(PERFORMANCE ASSESSMENT)

KOD UNIT KOMPETENSI/


COMPENTENCY UNIT FB-024-2:2012-C03/PA(1/1)

NAMA UNIT KOMPETENSI/


COMPETENCY UNIT TITLE OFFICE ADMINISTRATION

NAMA CALON/CANDIDATE’S NAME

NO.KAD PENGENALAN/ NRIC


NUMBER
MASA/TIME
2 JAM
TARIKH/DATE

MARKAH/SCORE %

Arahan kepada calon/Instruction To Candidate:

Tuliskan Nama dan nombor Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.

1. Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan sehingga dibenarkan.


2. Baca arahan soalan dengan teliti. Rujuk Pegawai Penilai (PP) sekiranya
terdapat kekeliruan.
3. Sebarang kerosakan peralatan/bahan perlu dimaklumkan kepada Pegawai
Penilai (PP).
4. Calon dilarang membawa keluar kertas soalan.
5. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang
ditetapkan.
KERTAS PENILAIAN INI MENGANDUNGI 8 MUKASURAT BERCETAK.

MukaSurat/Page : 2
NO. KOD / CODE N0. FB-024-2:2012/CO3/PA(1/1)
Drpd/of 4

A. TAJUK / TITLE
BUAT AKTIVITI PEMFAILAN ORGANISASI

B. TUGASAN / ASSIGNMENT

Sebagai Kerani Am di Syarikat Mitrajaya Holdings Johor Bahru, anda


diarahkan oleh pegawai atasan anda untuk menguruskan urusan dokumen
masuk dan keluar bagi organisasi anda.

a) Anda dikehendaki :

i. Mewujudkan satu fail yang mengandungi dokumen LAMPIRAN


1 dan dokumen LAMPIRAN 2 dan 3 mengikut prosedur yang
betul.
ii. Meminitkan LAMPIRAN 3 dengan bilangan ke 100.
iii. Menutup fail tersebut mengikut prosedur yang betul.

C. JADUAL

No rujukan
Nama fail
fail

100-3/4/1 PELANGGAN/ADUAN PELANGGAN

100-3/4/4 KURSUS SEMINAR/BENGKEL/TAKLIMAT/MESYUARAT

100-3/5/1 SURAT KEBENARAN LAWATAN PELAJAR

100-4/3/1 DERMA
MukaSurat/Page :3
NO. KOD / CODE N0. FB-024-2:2012/CO3/PA(1/1)
Drpd/of 4

D. PERALATAN, PERKAKASAN DAN BAHAN/TOOLS, EQUIPMENTS AND


MATERIALS

KUANTITI
BIL PERALATAN / PERKAKASAN
(Bahan:Calon)
1 Fail terbuka (putih) 2:1

2 Tali putih 1:1

3 Tali hijau 1:1

4 Marker pen biru/hitam 1:1

5 Marker pen merah 1:1

6 Pen merah 1:1

7 Pen hitam 1:1

8 Kertas minit 2:1

9 Penebuk Lubang 1:1

E. MASA : 2 JAM

F. KRITERIA PENILAIAN/ASSESSMENT CRITERIA

(a) Persediaan kerja


 memastikan semua peralatan tersedia

(b) Proses kerja yang betul


 Mewujudkan fail
 Menutup fail

(c) Hasil kerja


 Fail yang telah diwujudkan
 Fail yang telah ditutup
MukaSurat/Page : 4
NO. KOD / CODE N0. FB-024-2:2012/CO3/PA(1/1)
Drpd/of 4

(d) Sikap sebelum, semasa dan selepas melakukan kerja.


 Cekap mengendalikan peralatan
 Mengikut arahan

(e) Sikap/Keselamatan/Pesekitaran
 Kekemasan
 Kehadiran
LAMPIRAN 1

Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru,


Susur 7, Jalan Tun Abd. Razak,
80350 Johor Bahru,
Johor.

____________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : KVPJB/100-3/4/4


Tarikh : 9 Mei 2021

Hang Tuah Sdn. Bhd.


KM5, Jalan Larkin Lama,
80350 Johor Bahru,
Johor.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DI KARNIVAL KERJAYA

Dengan segala hormatnya ayat di atas dirujuk.

2. Sukacitanya pihak kami ingin memohon wakil daripada pihak tuan untuk menjadi penceramah
jemputan di karnival kerjaya kami yang akan di adakan pada 25 Mei 2021, Sabtu.

3. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MENERAJUI KUALITI KERJAYA”

Saya yang menurut perintah,

HashimOmar

(HAJI HASHIM BIN OMAR)


Pengarah,
Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru.
LAMPIRAN 2

HANG TUAH SDN. BHD.


KM5, Jalan Larkin Lama,
80350 Johor Bahru,
Johor.
____________________________________________________________________________

10 MEI 2021

Pengarah,
Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru,
Susur 7, Jalan Tun Abd. Razak,
80350 Johor Bahru,
Johor.

Tuan,

PENGESAHAN KEHADIRAN KE KARNIVAL KERJAYA

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan mengenai perkara tersebut di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa saya amat berbesar hati di atas kepercayaan dan kesudian tuan
menjemput saya untuk hadir ke Karnival Kerjaya anjuran Kolej Vokasional Perdagangan Johor
Bahru, pada 25 Mei 2021.

Di sini saya ingin mengesahkan bahawa saya bersetuju untuk memberi ceramah kerjaya kepada
pelajar-pelajar Diploma Kesetiausahaan di Karnival Kerjaya tersebut. Saya mempunyai
pengalaman kepakaran lebih sepuluh tahun dalam menyampaikan ceramah terutamanya dalam
tajuk “Kerjaya” dan ditujukan khas untuk pelajar-pelajar lepasan universiti. Ini adalah kerana
mereka amat memerlukan ilmu dan latihan dalam mengejar persaingan di alam korporat.

Untuk memenuhi keperluan tuan, saya akan menghantar butir-butir peribadi saya dalam waktu
yang terdekat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Azman Hakim
(Azman Hakim bin Idrus)
Pengarah,
Hang Tuah Sdn Bhd.
LAMPIRAN 3

PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU


JKR 6365, JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK,
80350 JOHOR BAHRU, Tel : 072334455
JOHOR.

Pengarah, Ruj. Kami: JPA1002/36/100-19/4/4 Jld.3(07)


Tarikh : 8 Januari 2021
Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru,
Susur 7, Jalan Tun Abd. Razak,
80350 Johor Bahru,
Johor.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MEMBERI SUMBANGAN UNTUK TABUNG MANGSA BANJIR DAN


PROGRAM PRIHATIN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2021

Merujuk perkara di atas, adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan
Kemanusiaan (Hal Ehwal Murid), Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan melancarkan tabung
tersebut dalam bulan Januari ini. Tabung ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang terlibat
dengan bencana banjir dan juga untuk murid-murid yang memerlukan bantuan prihatin atas sebab
kesihatan (penyakit), rawatan klinik, kemalangan, kemiskinan (keperluan sekolah) dan sebagainya.

1. Sehubungan itu, pihak sekolah diharap dapat menjalankan pungutan derma dari kalangan murid-
murid, guru-guru dan warga sekolah amnya dengan sukarela dan ikhlas tanpa paksaan mulai, 12
Januari hingga 30 April 2021 ini.

2. Sumbangan derma ini hendaklah dimasukkan ke dalam akauan berikut :

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU


NO AKAUN : 5510 1620 8866 (Maybank)

3. Salinan ‘bank slip’ kemasukan wang sumbangan derma itu hendaklah dihantar kepada kami di
Unit Hal Ehwal Murid, PPD Johor Bahru (UP: En. Salim bin Ibrahim) pada atau sebelum hari
Isnin 27 Januari 2021.
Kerjasama dan sokongan pihak Tuan dalam menjayakan program prihatin ini adalah sangat dihargai
dan diucapkan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,
BAHROM
(HJ. BAHROM BIN ALI)
Penyelia Kokurikulum,
Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.
SKEMA PEMARKAHAN PENILAIAN PRESTASI

NAMA CALON / CANDIDATE NAME : NO. KP / NRIC NUMBER :

MASA MULA / TIME START : TARIKH / DATE :

MASA TAMAT / TIME END :

SKALA PEMARKAHAN :

0=Tidak dilakukan / Salah; 1=Tidak memuaskan; 2=Memuaskan;

3=Sangat memuaskan
BHG KRITERIA PENILAIAN MARKAH
Tandakan ( / ) pada
ruangan terima atau
Perkara Kritikal (60%) Tidak Terima bagi perkara
kritikal berikut :

Terima Tidak
Terima

Pembukaan dan penutupan fail dapat


dilaksanakan mengikut prosedur
1.

(*Kriteria Kritikal: Markah 60 diberi sekiranya semua perkara


kritikal di atas diterima dan markah 0 sekiranya terdapat 1 atau
lebih perkara kritikal tidak diterima)
Jumlah Markah Bahagian 1 (60%)

Proses Kerja (25%)


2.1 Menamanakan fail – KURSUS
SEMINAR/BENGKEL/TAKLIMAT/
MESYUARAT
2.2 Menulis nombor rujukan fail
KVPJB100-3/4/4
2.
2.3 Menebuk lubang pada fail dan
dokumen
2.4 Menyusun dokumen mengikut tarikh
2.5 Menulis bilangan dokumen pada
penjuru atas kanan dokumen
2.6 Minitkan pada kertas minit. Surat
masuk mengggunakan pen merah ,
surat keluar menggunakan pen
biru/hitam
2.7 Menulis – DITUTUP PADA (tarikh)
pada kulit fail
2.8 Menulis bilangan dokumen terakhir
pada nombor rujukan fail
2.9 Mengikat fail menggunakan tali putih
Jumlah markah diberi
Jumlah markah penuh 27
Jumlah Markah Bahagian 2 (25%)

Hasil kerja (10%)


Fail yang telah diwujudkan
Fail yang telah ditutup
Kekemasan
Mengikut arahan
3.
Jumlah Markah Diberi
Jumlah Markah Penuh 12
Jumlah Markah Bahagian 3 (10%)

Sikap / Keselamatan / Persekitaran


(5%)
Persediaan Diri

Etika
Penggunaan Peralatan Dengan Betul
4.
Jumlah Markah Diberi
Jumlah Markah Penuh 9
Jumlah Markah Bahagian 4 (5%)
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

(Bahagian 1 + 2 + 3 + 4)
KEPUTUSAN PENILAIAN AKHIR
PERFORMANCE ASSESSMENT (PA)

MARKAH/ TERAMPIL / BELUM TERAMPIL


SCORE: ____/ ____ x 100 = COMPETENT/ NOT COMPETENT

ULASAN PEGAWAI PENILAI/ASSESSOR


COMMENTS:

Tandatangan Pegawai Penilai


Assessor’s Signature

Nama/Name:

Tarikh/Date:

You might also like