You are on page 1of 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATEMATIK TINGKATAN 5
MINGGU 22 HARI Isnin
TARIKH 15.09.2022 MASA 2:00-3:00ptg
KELAS 5 HAMZAH JUMLAH MINIT 60 minit
TEMA STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN
TAJUK SUKATAN SERAKAN DATA TERKUMPUL
STANDARD KANDUNGAN 7.1 Serakan
STANDARD 7.1.1 Membina histogram dan poligon kekerapan bagi suatu set data terkumpul.
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Membina histogram dan poligon kekerapan bagi suatu set data terkumpul.
KRITERIA KEJAYAAN Murid dapat membuat 3 kesimpulan tentang cara membina histogram dan poligon kekerapan
dengan betul.
AKTIVITI 1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan
(Buku Teks MS ) objektif pelajaran dan kriteria kejayaan. SI: Video
2. Murid diterangkan mengenai cara membina histogram dan poligon kekerapan.
3. Murid mengenal pasti had bawah, had atas, titik tengah, sempadan bawah dan
sempadan atas bagi suatu set data.
4. Diberi suatu set data bagi wang saku harian, dalam RM, yang diterima oleh 20 orang
murid pada suatu hari tertentu.
5. Murid mengenal pasti data terkecil dan data terbesar.
6. Merujuk kepada data, murid mengumpulkan data kepada 3, 4, 5 atau 6 bahagian
mengikut urutan. Contoh, satu kumpulan dengan 3 bahagian yang seragam
bermaksud 1 – 5, 6 – 10 dan 11 – 15.
7. Dengan menggunakan kaedah gundalan, murid memilih dan memasukkan data
dalam bahagian kumpulan data yang telah ditentukan.
8. Berdasarkan setiap bahagian data, murid menentukan (a) had bawah (nilai terkecil
dalam suatu bahagian data) dan had atas (nilai terbesar dalam suatu bahagian data),
(b) titik tengah setiap bahagian data, (c) (i) nilai pertengahan antara had bawah
suatu bahagian dengan had atas bahagian sebelumnya, (ii) nilai pertengahan antara
had atas suatu bahagian dengan had bawah bahagian selepasnya.
9. Murid melengkapkan jadual kekerapan dengan hasil dari langkah 3, 4(a), 4(b), 4(c)
(i) dan 4(c)(ii)
10. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keseluruhan aktiviti
11. Murid melengkapkan latihan yang diberi oleh guru.
12. Murid mendengar guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran.
BBM Buku teks, Kertas manila , Pen Marker
PENTAKSIRAN Projek
REFLEKSI Pada akhir pengajaran;
70% pelajar dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 30% pelajaryang tidak mencapai
objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.
Tingkatan 4
Seminar Peperiksaan
SMA
12/9/2022 -16/9/2022

You might also like