Professional Documents
Culture Documents
Akujanji Penggunaan Makmal - 2020
Akujanji Penggunaan Makmal - 2020
2. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh
dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
3. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas
arahan dan panduan guru.
4. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan
hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
5. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
9. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain
tanpa kebenaran guru.
10. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal
hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.
11. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.
12. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan
sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
13. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal
tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam
tong sampah yang disediakan.
14. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
15. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
1. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa
bahan kimia yang akan digunakan itu betul.
3. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari
tangan.
4. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera
setelah diambil bahannya.
5. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa
sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.
AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak
diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di
atas.
D. Perakuan Pemohon
Saya……………………………………..Tingkatan : ………………………. dengan ini :
[ ] telah membaca dan memahami setiap peraturan keselamatan yang telah
ditetapkan dalam akujanji perjanjian ini,
[ ] bersetuju untuk mengikuti peraturan tersebut,
[ ] akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk mengekalkan
persekitaran makmal yang selamat,
[ ] akan bertanggungjawab ke atas penggunaan alatan, bahan kimia dan radas di
dalam makmal,
[ ] bersetuju kebenaran menggunakan peralatan dan membayar denda jika
merosakkan peralatan makmal seperti yang telah ditetapkan,
……………………...
Tandatangan Murid Tarikh :