You are on page 1of 1

TEKS EMCEE PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2022

Ucapan aluan *Pelajar diminta bersedia dan mengambil tempat masing-masing. Majlis akan
bermula sebentar sahaja lagi.

Assalamualaikum wbt, serta Salam sejahtera.


Yang Berusaha Tuan Pengetua, Encik Ismail bin Md Nor.
Yang Berusaha, Penolonag Kanan Pentadbiran, Pn. Roshita binti Idrus.
Yang Berusaha, Penolong Kanan HEM, Encik Rostam Bin Man@Othman.
Yang Berusaha, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Zanisham binti Abdullah.
Barisan Guru-Guru Kanan, Guru-guru, serta pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Syed Ahmad sekalian.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul
pada pagi ini untuk bersama-sama menjayakan program HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED AHMAD.

Buat pengetahuan semua, Hari Sukan Negara ini dianjurkan bertujuan


menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat
yang sentiasa bersukan sehingga menjadi budaya hidup.

Ucapan Hadirin sekalian,


Perasmian Bagi meneruskan program kita, majlis menjemput Tuan Pengetua, Encik Ismail
oleh Pengetua bin Md. Nor bagi menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan program HARI
SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED AHMAD.
Tuan, dipersilakan.

Terima kasih Tuan Pengetua atas kesudian untuk menyempurnakan majlis


sebentar tadi.

Sesi Seterusnya, dipersilan semua barisan pentadbiran,Tuan Pengetua, Guru-guru


bergambar Penolong Kanan, Guru-guru Kanan untuk naik ke pentas bagi sesi bergambar.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru.

Bersurai Hadirin sekalian,


Dengan itu, Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Syed Ahmad pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya.

Akhir kata, marilah kita bersukan untuk kesihatan, bersukanlah demi perpaduan,
kesejahteraan dan keharmonian kita bersama.

Sekian,
Terima kasih dan Assalamualaikum wbt.

** Pelajar boleh bersurai.

You might also like