You are on page 1of 11

PEMAKANAN HALALAN TAYYIBAN MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH:

ANALISIS PRAKTIK PENYEDIAAN MAKANAN OLEH PENGUSAHA KANTIN


PUSAT TAHFIZ PERSENDIRIAN DI MALAYSIA
PEMAKANAN HALALAN TAYYIBAN MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH:
ANALISIS PRAKTIK PERKHIDMATAN MAKANAN PUSAT TAHFIZ PERSENDIRIAN
DI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN
Perkembangan alaf kini menyaksikan kewujudan sekolah berorientasikan tahfiz semakin
mendapat permintaan istimewa dikalangan Ibu-Bapa. Akibatnya, sekolah tahfiz kelolaan
kerajaan tidak mampu menampung permintaan tersebut sekaligus membuka peluang emas
kepada pihak swasta untuk menubuhkan sekolah tahfiz secara persendirian. Sebagaimana
yang dimaklumi sekolah tahfiz kelolaan kerajaan mempunyai pengurusan efisien, insftruktur
lengkap serta dana mencukupi berbanding sekolah persendirian yang serba kekurangan dalam
setiap sudut dan perlu berdiri atas kaki sendiri. Justeru itu, berlaku banyak kelemahan dan
kekurangan di sekolah tahfiz persendirian termasuklah dalam aspek penyediaan makanan
patuh halal tayyiban kepada para pelajar. Kelemahan dan kekurangan tersebut menyebabkan
berlaku pengabaian dalam aspek halal tayyiban semasa penyediaan makanan kepada para
pelajar. Penyediaan makanan mengikut standard halal tayyiban sangat penting kepada pelajar
tahfiz kerana memberi kesan kepada hafazan al-Quran. Justeru itu, sangat penting untuk
menyediakan suatu panduan khusus kepada pihak sekolah formula penyediaan makanan halal
tayyiban berteraskan sumber Nabawi untuk diikuti oleh pihak sekolah agar dapat membantu
pelajar untuk menghafal al-Quran dengan baik.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkembangan terkini menunjukkan bahawa sekolah aliran menghafal al-Quran atau institusi maahad
tahfiz mula mendapat perhatian istimewa dari masyarakat (Noor Hisham Md Nawi, Dr Nur Azuki
Yusuff, Mohd Binyamin Che Yaacob dan Nasrul Hakim Salleh, 2014; Norazman Alias et al, tt) dan
terus berkembang pesat kerana permintaan tinggi terhadap pendidikan yang berteraskan kepada tahfiz
al-Quran. (Mohamad Marzuqi Abdul Rahim et al, 2021). Ini kerana kesedaran masyarakat untuk
kembali kepada penghayatan ajaran agama semakin tinggi (Dr Noor Hisham Md Nawi, Dr Nur Azuki
Yusuff, Mohd Binyamin Che Yaacob dan Nasrul Hakim Salleh, 2014) serta meningkatnya kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan menghafaz al-Quran (Abd Rahman Abd Ghani & Azmil Hashim,
2017) dan kepentingan membina generasi al-Quran. (Siti Nur Fatin Jaafar & Mohd Isa, 2020).
Masyarakat juga melihat sekolah aliran agama merupakan institusi penting bagi melahirkan pelajar
yang berakhlak dan berkeperibadian Islam (Siti Rashidah Abd Razak, 2020). Justeru itu, kita melihat
pertumbuhan institusi tahfiz di Malaysia ibarat “cendawan tumbuh selepas hujan” (Syahiza Arsad,
Rahayati Ahmad et al, 2018) dimana permohonan masuk ke sekolah tahfiz semakin bertambah dari
semasa ke semasa (Siti Rashidah Abd Razak et al, 2018) dimana ibubapa menempatkan anak-anak
mereka di sekolah aliran tahfiz sama ada sekolah kerajaan mahupun persendirian (Siti
Rashidah Abd Razak et al, 2018). Permintaan ibubapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah
agama dan tahfiz al-Quran melebihi penawaran (Dr Noor Hisham Md Nawi, Dr Nur Azuki Yusuff,
Mohd Binyamin Che Yaacob dan Nasrul Hakim Salleh, 2014) dan kesanggupan pihak pentadbir bagi
menyediakannya. (Mardhiah Yahaya, Zetty Nurzulianam Aslam Farah, 2018). Bagi mereka sistem
pengajian tahfiz yang memiliki dwi sistem iaitu sistem akademik dan sistem keagamaan atau
hafazan al-Quran adalah setanding dengan kehendak pasaran global. (Muhammad Zulazizi
Mohd Nawi, Mohd Rashidi Omar & Muhammad Amirul Mohd Nor, 2021). Justeru itu,
institusi tahfiz yang dipelopori oleh kerajaan tidak berupaya menampung jumlah permintaan daripada
masyarakat (Siti Rashidah Abd Razak, 2020; Azman Ab Rahman et al, 2020). Kesannya ia telah
membuka ruang bagi institusi tahfiz swasta(Siti Rashidah Abd Razak, 2020; Solahuddin bin Ismail,
2016) dan persendirian (Azman Ab Rahman et al, 2020) untuk turut serta membantu kerajaan dalam
memenuhi permintaan yang banyak. (Siti Rashidah Abd Razak, 2020). Institusi tahfiz kerajaan
merujuk kepada institusi tahfiz yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri
manakala institusi tahfiz swasta pula diuruskan secara persendirian oleh individu atau sesebuah
organisasi. (Solahuddin Ismail, 2016). Peluang yang terhad dalam institusi Pendidikan tahfiz
yang dikelolakan oleh kerajaan telah mendorong ibubapa dan masyarakat untuk turut memilih
institusi tahfiz swasta (Zetty Nurzuliana Rashed, 2021; Ashraf Ismail, 2018) yang merupakan salah
satu alternatif kepada ibubapa dan penjaga (Siti Rashidah Abd Razak, 2018). Institusi tahfiz swasta
kebanyakkan adalah pemilikan sendiri dan tidak rasmi (Syahiza Arsad et al, 2018) serta tidak
berdaftar (Syahiza Arsad et al, 2018). Sebab itulah sebahagiannya pula sangat daif (Dr Noor Hisham
Md Nawi et al, 2014) dan perlu ditambah baik dalam pelbagai aspek bagi memperkasakan
institusi ini. Transformasi dan pemerkasaan perlu dilakukan dalam aspek penubuhan dan
pendaftaran, keselamatan premis, kualiti tenaga pengajar, kebolehpasaran murid, kurikulum
tahfiz (Azman Ab Rahman et al, 2020) pembangunan sumber manusia, kemudahan
infrastruktur serta aspek-aspek lain (Zetty Nurzuliana Rashed et al, 2021). Namun, kemudahan
infrastruktur merupakan suatu aspek yang sangat perlu diambil berat bagi memastikan
pelajar-pelajar yang akan mengikuti pengajian tersebut dapat belajar ditempat yang selesa
dan sesuai kerana faktor ini sangat mempengaruhi proses PdP seseorang pelajar. (Abd
Rahman Abd Ghani & Azmil Hashim, 2017). Infrastruktur yang lengkap dan teratur sudah
pasti dapat menyediakan persekitaran yang kondusif bagi tujuan pembelajaran dan seterusnya
kemudahan yang dapat melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (Zetty Nurzuliana
Rashed et al, 2021). Dengan wujudnya suasana pembelajaran yang teratur dan selesa, ia sudah
pasti dapat melancarkan proses pembelajaran yang seterusnyta dapat menyokong faktor-
faktor utama lain yang menjadi penyumbang kepada kualiti pendidikan dan keberhasilan
pendidikan. (Zetty Nurzuliana Rashed et al, 2021). Antara infrastruktur penting yang perlu
disediakan ialah kemudahan premis makanan dan paling penting ialah pengurusan makanan yang
disediakan oleh pihak institusi perlu mengikut piawaian halal tayyiban. Hal ini kerana makanan
mempunyai hubungan signifikan dengan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Dalam kajian yang
dijalankan membuktikan adab-adab pembelajaran tahfiz mempunyai hubungan yang kuat dengan
pencapaian pelajar dan item-item ini perlu diberikan perhatian khusus oleh pihak berkepentingan
dalam merangka kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz seperti penjagaan tentang makanan
dan minuman halal serta pemakanan berkhasiat membantu untuk menghafaz dengan baik. (Siti Nur
Fatin Jaafar & Mohd Isa Hamzah, 2020). Ini juga ditegaskan oleh tenaga pengajar di Maahad Tahfiz
al-Quran Mafatihul Ulum (almafaatih) iaitu Ahmad Fuad Abdul Razakk yang akan memastikan apa
sahaja makanan yang dimakan perlu datang dari sumber halal dan bersih untuk memudahkan hafazan
al-Quran. (https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/01/116457/jaga-adab-dan-makanan-
mudahkan-hafaz-al-quran-diambil pada 03.11.2022). Begitu juga menurut Zainora Daud et al, (2016)
antara adab-adab pembelajaran tahfiz yang perlu dijaga ialah menjaga pemakanan halal, menjaga
pemakanan berkhasiat dan menjauhi syubhat. Ini selari dengan dapatan kajian oleh Azmil Hashim et
al, (2014) yang merumuskan bahawa adab-adab pembelajaran tahfiz mempunyai kaitan yang kuat
dengan pencapaian pelajar dan perlu diberikan perhatian khusus oleh semua pihak dalam mernagka
kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz. Banyak institusi tahfiz khususnya persendirian
tidak memiliki dana yang banyak untuk menguruskan institusi mereka. (Abd Rahman Abd
Ghani, Latar Belakang Guru Tahfiz di Institusi Tahfiz Persendirian Negeri Selangor, Sains
Humanika, 2018, hal. 138). Institusi-institusi tahfiz tersebut ini mempunyai prasarana dan
infrastruktur yang berbeza-beza mengikut kemampuan yang mereka miliki. Terdapat sebahagiannya
yang mungkin boleh dikategorikan sebagai sempurna namun terdapat juga sebahagian yang lain
masih boleh dikategorikan sebagai serba kekurangan. (Persepsi Guru Tahfiz al-Quran Terhadap
Kemudahan Infrastruktur Institusi Tahfiz Persendirian di Negeri Selangor, 2017, Abd Rahman Abd
Ghani & Azmil Hashim, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung
Malim, hal. 1). Institusi Tahfiz Swasta (ITS) dibelenggu masalah kewangan dan kelemahan tadbir
urus yang menjejaskan kualiti huffaz. (Mohd Aariffin Taharin & Norazmi Anas, Populariti Aktiviti
Keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di Malaysia, Sains Insani, 2021, hal. 197). dilihat tidak
mampu menampung kos pengurusan sedia ada. (Othman, A. M. A., & Anas, N. (2020).

[The Evolution of Private Tahfiz Governance in Malaysia] Evolusi Tadbir Urus Tahfiz
Swasta
di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 21(2), 127-133). Tambahan pula
kelemahan tadbir urus bertambah buruk berikutan isu akauntabiliti ITS yang menjalankan
kutipan dana awam menyalahi undang-undang. (Bani, H., Jaaffar, M.Y., Katan, M. & Noor,
A.H.M. (2017). An overview of governance and accountability of tahfiz institutions in
Malaysian: Religious Councils Perspective. In SHS Web of Conferences (Vol. 36, p. 00028).
EDP Sciences). akibat kekangan kewangan. (Ab Rahman, A. H., & Yahya, S. (2020).
Reputation, Competitive Advantage and Financial Performance of Infaq Received Among
Private Islamic Schools in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business
and Sosial Science). kekurangan sumber kewangan. (Profiling Institusi Tahfiz di Kedah,
Syahiza Arsad, Rahayati Ahmad, Roslida Zalila Ahmad Rusli, Faathirah Jamaluddin & Farah
Nadirah Abdul Manan, 2018, THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT
CONFERENCE (IMDeC 2018), hal. 2).
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa masalah utama institusi pengajian tahfiz di
Malaysia ialah pengurusan pendidikan yang lemah dan lebih mengharapkan bantuan derma
dari masyarakat luar yang tidak konsisten. (Ismail, M. J., Mohamad, S., Puji, T. I. Z. T., &
Yusof, N. H. (2017), Strategi Kecemerlangan Institusi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Di
Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 15(1)
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/220).
Kos operasi tahfiz tinggi dan antaranya kos penyediaan makanan. Tim Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Fuziah Salleh (https://malaysiadateline.com/wujudkan-bank-makanan-
perhalusi-ide-penubuhan-majlis-tahfiz-negara/)-04.11.2022
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata semasa menghadiri majlis
anugerah kantin bersih, selamat dan sihat peringkat kebangsaan, 2014. sebanyak 5265 kes
keracunan makanan membabitkan makanan yang disediakan di kantin atau dewan makan
asrama sekolah. Jumlah tersebut adalah 43 peratus daripada 12, 122 kes keracunan makanan
di seluruh negara. Peningkatan kes keracunan makanan setiap tahun melibatkan pelajar
sekolah perlu dilihat secara lebih serius dalam meamstikan makanan yang disediakan kepada
generasi muda sentiasa bersih, selamat dan sihat. Katanya lagi kebanyakkan insiden
(keracunan makanan) berlaku kerana mereka (pengusaha kantin) tidak mematuhi pelbagai
syarat yang ditetapkan dan tak beri tumpuan kepada aspek kebersihan dan kesihatan dalam
penyediaan makanan. Statistik kementerian kesihatan menunjukkan peningkatan kes
keracunan makanan sejeka beberapa tahun lepas dengan 3,822 kes, pada 2010, 3.959 kes,
pada 2011, 4305 kes pada 2012 dan 5, 017 kes pada 2013. Beliau berkata lagi sepanjang 7
bulan pertama tahun ini sebanyak 9780 kantin dan dapur asrama diperiksa dan 98
daripadanya diarah tutup kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.
(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/10/03/keracunan-makanan)-04.11.2022
Dr HilmiYahaya, Tim Men Kesihatan berkata pengendali makanan perlu peka terhadap aspek
kebersihan dan penyediaan makanan bagi memastikan kualiti makanan yang disediakan
benar-benar mencapai piawaian yang ditetapkan dan bagi memastikan insiden keracunan di
sekolah tidak berulang. Beliau berucap pada majlis program hadiah kasih saying “beg to
school) di sekolah kebangsaan telok bahang. Beliau mengulas tentang insiden keracunan
makanan melibatkan 47 pelajar tingkatan 1 hingga 6 di sekolah menengah agama hidayah
islamiah selepas memakan daging masak kari di kantin tersebut. Siasatan mendapati makanan
tersebut dimasak dengan tidak sempurna.
(https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengendali-makanan-perlu-patuhi-arahan-kkm-
dr-hilmi-129635)-04.11.2020

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementerian kesihatan
menerima 60 laporan keracunan makanan di sekolah seluruh negara membabitkan 2,325 kes
bagi tempoh jan hingga 16 april 2016. Beliau berkata lagi kes yang dilaporkan berlaku di
sekolah atau institusi di bawah kementarian Pendidikan membabitkan 1900 warha sekolah
dan selebihnya di sek bawah agensi seperti mara, kerajaan negeri dan serta sekolah swasta.
Beliau berkata lagi keracunan makanan di kantin dan dapur asrama sekolah boleh dielak jika
pengusaha memantau kebersihan, mengambil tahu sumber bekalan maknana serta menyelia
proses penyediaan makanan mengikut garis panduan yang disediakan. Beliau berkata kes
keracunan makana di sekolah menengah sains tapah, perak pada 3 april lalu adalah contoh
pencearan silang Ketika penyediaan roti jala dimana bakteria dari bahan mentah
mencemarkan makanan yang dimasak melalui pengendalian yang tidak bersih. Beliau berkata
kagi bahawa rekod episode keracunan makanan di sekolah di bawah KPM meningkat 57
peratus berbanding 30 episod lepas. Daripada 47 episod, 95.7 peratus (45 episod) berpunca
daripada makanan yang disediakan di kantin sekolah atau dapur asrama. Berdasarkan
siasatan, factor utama yang dikenal pasti menyumbang keracunan makanan ialah bahan
mentah tercemar, pencemaran silang semasa pengendalian makanan, makanan disedia terlalu
awal dan dimakan lewat iaitu melebihi empat jam dari masa ia disediakan. Selain itu didapati
berlaku pengabian suhu semasa pemprosesan, pengankutan, penjualan dan penimpanan bahan
mentah serta makanan yang telah dimasak
(https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/04/148373/2325-kes-keracunan-
makanan-di-sekolah-setakat-16-april)-04.11.2022

Manakala di Sekolah Kebangsaan Seri Pristanac(SKSP) sekumpulan pelajar seramai 10


mengalami keracunan makanan dan dibawa ke klinik kerana mengalami muntah-muntah
selepas menjamah nasi goreng. (https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/05/18/nasi-
goreng-basi-di-kantin?itm_source=parsely-api)-04.11.2022

Pada masa kini permintaan untuk ke sekolah aliran tahfiz semakin meningkat. Atas faktor
yang pelbagai, selain institusi tahfiz kendalian pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO)
dan pihak persendirian turut membangunkan pusat tahfiz mereka sendiri adakalanya tanpa
pemantauan pihak berwajib. (Siti Rashidah Abd Razak, Isu Pendidikan Guru Tahfiz:
Pengetahuan Pedagogi dan Amalan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat
Tahfiz Persendirian di Selangor, ISLAMIYYAT 42, 2020, HAL. 102)

Dalam membincangkan Pendidikan tahfiz, terdapat banyak kajian yang mengkaji tentang
kurikulum Pendidikan tahfiz di Malaysia yang meliputi aspek kandungan kurikulum serta
kaedah pengajaran dan pembelajaran. (Zetty Nurzuliana Rashed et al, 2021).
Berdasarkan kepada data yang diperoleh daripada En. Muhamad Shafie bin Ismail, Ketua Unit
Pemerkasaan Pengajian al-Quran, KPM, sehingga Fen 2019 terdapat hampir 1381 buah sekolah tahfiz
aliran swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan jumlah pelajar
mencecah 70k. (Norazman Alias et al, 2020). Namun pada masa yang sama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan JAKIM tidak mempunyai data berkaitan sekolah tahfiz yang tidak mendaftar
dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. (Azman Ab Rahman, 2020).
Namun angka sebenar tidak dapat dipastikan kerana masih banyak institusi tajfiz persendirian yang
tidak berdaftar. Sebagai contohnya di Negeri Selangor dianggarkan sebanyak 150 institusi tahfiz
persendirian yang telah ditubuhkan dan dari jumlah tersebut hanya 24 buah sahaja yang
berdaftar di bawah JAIS dan 107 buah sahaja yang telah berdaftar dengan Persatuan Institusi
Tahfiz al-Quran Selangor (PITAS). (Abd Rahman Abd Ghani, 2018) manakala yang lain tidak
dapat dipantau sepenuhnya oleh pihak berwajib khususnya Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS). (Abd Rahman Abd Ghani, 2018)

PENUTUP
Sejajar dengan permintaan yang agak tinggi daripada Ibubapa maka seharusnya pihak
institusi-institusi tahfiz yang terlibat perlu mempersiapkan beberapa aspek berkaitan dengan
baik. (Persepsi Guru Tahfiz al-Quran Terhadap Kemudahan Infrastruktur Institusi Tahfiz
Persendirian di Negeri Selangor, 2017, Abd Rahman Abd Ghani & Azmil Hashim, Fakulti
Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, hal. 2). Sistem
pengurusan institusi tahfiz yang sistematik juga merupakan antara faktor yang utama
terhadap kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar tahfiz. Pemerkasaan dan dasar perlu
dilakukan dalam usaha untuk memartabatkan sistem Pendidikan tahfiz agar setanding dengan
sistem arus perdana. (Azman Ab Rahman et al, 2020).
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pendidikan tahfiz al-Quran berkembang begitu pesat di Malaysia disebabkan permintaan masyarakat
yang terlalu tinggi di samping kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menghafaz al-Quran.

Kesedaran masyarakat terhadap pendidikan agama terutama pengajian tahfiz


menyebabkannya berkembang pesat di Malaysia kini. Namun begitu, tadbir urus lemah dan
tidak selaras menyebabkan isu-isu berbangkit yang telah menjejaskan imej institusi ini
khususnya Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di Malaysia. (Mohd Aariffin Taharin & Norazmi
Anas, Populariti Aktiviti Keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di Malaysia, Sains
Insani, 2021, hal. 198). Laporan ini selari dengan Mohd Yusof yang menyatakan bahawa
Pendidikan tahfiz di Malaysia tidak berkembang dengan meluas kerana kekangan dari segi
kemudahan, prasarana fizikal, kewangan dan sebagainya. (Mohd Yusof, A. (2015), Institut
Pendidikan al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. CARI
SUMBER ASAL DAN EDIT. Perkembangan institusi tahfiz dilihat semakin pesat apabila
ramai pihak telah menubuhkan institusi-institusi tahfiz secara persendirian. Namun begitu isu
yang dihadapi oleh institusi tahfiz telah menjejaskan kestabilan institusi tersebut. Hal ini
menyebabkan isntitusi tahfiz terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran yang terpaksa
dihadapi demi memastikan institusi tahfiz kekal utuh dan cemerlang. (Dasar Pemerkasaan
Institusi Tahfiz di Malaysia, Azman Ab Rahman, Afaf Sukari, Nurul Nadia Nozlan,
Mohamad Anwar Zakaria & Muhd Faiz Abd Shakor, The 3 rd Internasional Conference of The
Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2020 (INPAC 2020), 2020, hal.
291)

Hasil daripada laporan Audit negara tahun 2010, didapati pengurusan Maahad Tahfiz masih
belum mencapai objektif penubuhannya. Antara kelemahan utama yang dikenal pasti adalah
penurunan prestasi pembelajaran dan kekurangan sumber kewangan. (Profiling Institusi
Tahfiz di Kedah, Syahiza Arsad, Rahayati Ahmad, Roslida Zalila Ahmad Rusli, Faathirah
Jamaluddin & Farah Nadirah Abdul Manan, 2018, THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT
DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018), hal. 2).
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa masalah utama institusi pengajian tahfiz di
Malaysia ialah pengurusan pendidikan yang lemah dan lebih mengharapkan bantuan derma
dari masyarakat luar yang tidak konsisten. (Ismail, M. J., Mohamad, S., Puji, T. I. Z. T., &
Yusof, N. H. (2017), Strategi Kecemerlangan Institusi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Di
Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 15(1)
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/220).

Lambakan institusi tahfiz terutama institusi tahfiz swasta turut memberi kesan dan akibat dari
ketidakselarasan dalam pentadbiran, kurikulum, isu pendidikan guru, penarafan sijil (Siti
Rashidah Abd Razak, 2020) tempoh pengajian dan sebagainya. (Solahuddin bin Ismail,
2016).
Sistem Pendidikan negara Malaysia sangat terkehadapan dalam memartabatkan pengajian tahfiz al-
Quran. Namun begitu, masih ada beberapa aspek perlu diambil perhatian dalam usaha meningkatkan
lagi kualiti Pendidikan tahfiz negara. Hal ini kerana sistem pendidikan tahfiz negara dilihat masih
berada pada tahap sederhana berbanding pendidikan arus perdana. Sistem pengurusan institusi tahfiz
yang sistematik juga merupakan antara faktor yang utama terhadap kejayaan dan kecemerlangan
pelajar-pelajar tahfiz. Pemerkasaan dan dasar perlu dilakukan dalam usaha untuk memartabatkan
sistem Pendidikan tahfiz agar setanding dengan sistem arus perdana. (Azman Ab Rahman et al, 2020).
Pelbagai isu yang berkaitan dengan pendidikan tahfiz telah hangat dibincangkan demi
menjadikan tahfiz lebih terarah dan tersusun dari pelbagai sudut. (Zetty Nurzuliana Rashed et
al, 2021).
Perkembangan institusi tahfiz di Malaysia semakin berkembang pesat dari masa ke semasa
dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada masyarakat. Penubuhan institusi tahfiz
di bawah keloloaan kerajaan negeri, institusi tahfiz persendiran dan swasta juga menunjukkan
peningkatan dan wujud usaha positif untuk memartarbatkan program pengajian tahfiz di
Malaysia dengan pelbagai penambaikan sistem program pengajian. (Solahuddin bin Ismail.
2016. Institusi Tahfiz di Malaysia/; Prospek dan Cabaran. Simposium Antarabngsa Tahfiz
Sempena Sambutan 50 tahun Jubli Emas Darul Quran. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) bertempat di institute Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi: Selangor,
2016)..CARI SUMBER ASAL DAN EDIT).
3.0 MASALAH KAJIAN

kehidupan. Untuk mendapatkan makanan yang selamat dan sihat, ia bermula daripada amalan
pengendali makanan tersebut. Pengendali makanan perlu menitik beratkan unsur keselamatan
makanan dan kebersihan bermula daripada awal penyediaan makanan sehingga makanan
terhidang di meja makan. Keselamatan makanan dan kebersihan adalah unsur utama yang
perlu dititikberatkan ketika mengendalikan makanan terutamanya di kawasan perkhidmatan
makanan seperti restoran ataupun kantin sekolah. Keselamatan makanan dan kebersihan
adalah unsur utama yang perlu dititikberatkan ketika mengendalikan makanan terutamanya di
kawasan perkhidmatan makanan seperti restoran ataupun kantin sekolah. (Nora F. Kamal,
Mimi H.Hassim & Mahmood N.A.N, Penilaian Kebersihan Makanan di Kalangan Pengendali
Makanan di Sekolah Menegah Sains Negeri Johor Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015,
Hal. 2). Oleh itu, pengusaha dan pengendali makanan perlu mempunyai ilmu dalam bidang
keselamatan makanan dan mempunyai latihan kebersihan yang cukup sebelum
mengendalikan makanan di premis makanan. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim & Mahmood
N.A.N, Penilaian Kebersihan Makanan di Kalangan Pengendali Makanan di Sekolah
Menegah Sains Negeri Johor Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 2).

Azmil Hashim et.al (2014) menunjukkan terdapat kaitan hubungan yang sangat rapat antara
adab-adab pembelajaran tahfiz pencapaian al-Quran seperti ikhlas, sentiasa berwuduk,
mengadap kiblat, membaca doa khusus hafaz al-Quran, menghormati guru tahfiz, bersabar
dalam menghafaz, bergaul dengan golongan huffaz, menjaga pemakanan halal, mewnjaga
pemakanan berkhasiat, menjauhi perkara syubhat, menjaga solat berjemaah, menjauhi
maksiat, menjauhi perkara makruhat. Azmil Hashim, Misnan Jemali, Ab. Halim Tamuri &
Mohd Aderi Che Noh. 2014. Hubungan Antara Adab-Adab Pembelajaran Tahfiz Dan
Pencapaian Hafazan Pelajar. The Online Journal of Islamic Education. 2(2) : 73-82.

Unsur keselamatan dan kebersihan dalam penyediaan makanan adalah sangat penting di
dalam kehidupan seharian tetapi persoalannya, sejauh mana unsur ini dititikberatkan oleh
pengendali makanan di premis makanan. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim & Mahmood
N.A.N, Penilaian Kebersihan Makanan di Kalangan Pengendali Makanan di Sekolah
Menegah Sains Negeri Johor Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 3)

Derthrage, kualiti kebersihan yang rendah dalam penyediaan makanan boleh menyebabkan
penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan. (Deathrage, A. J. (1975). Food
Poisoning. The Health Education Journal)

Oleh itu, amalan keselamatan makanan dan kebersihan yang baik dapat menghalang manusia
daripada mendapat penyakit terutamanya penyakit hasil daripada jangkitan virus, bakteria
dan parasit seperti hepatitis E virus, Staphylococcus aereus atau Toxoplasma yang berada di
dalam makanan. (Lawley, R., Curtis, L., and Davis, J., (2008). The Food Safety Hazard
Guidebook. United Kingdom: RCS Publishing)
Di dalam premis makanan, pengusaha dan pengendali makanan adalah individu yang
bertanggungjawab dalam memastikan kadar kebersihan makanan yang disediakan kepada
pengguna. (Lah, C. R. C. (2000). Satu Tinjauan keatas Amalan Kebersihan di Kalangan
Pengusaha Kedai Makan di Pentadbiran Majlis Daerah Kota Bharu. Kertas Projek Sarjana
Muda Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia)

Menurut Akta Makanan Kebangsaan 1983, semua pengendali makanan perlu menjalani
Latihan Pengendali Makanan sebelum terlibat dalam perkhidmatan berasaskan makanan.
Latihan ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diselia oleh pengajar yang
mempunyai sijil khas dalam perkhidmatan makanan. Di dalam latihan ini, pengendali
makanan akan didedahkan pengetahuan tentang kebersihan diri, kebersihan alatan memasak,
cara penyediaan makanan dan penggunaan alat pembungkusan yang selamat terhadap
makanan. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim & Mahmood N.A.N, Penilaian Kebersihan
Makanan di Kalangan Pengendali Makanan di Sekolah Menegah Sains Negeri Johor
Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 3)

Sebelum melakukan pengendalian makanan, kesihatan pengendali makanan itu sendiri


hendaklah dalam keadaan yang baik. Setiap bahagian anggota badan dan pakaian hendaklah
bersih terutamanya di bahagian tangan. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim & Mahmood
N.A.N, Penilaian Kebersihan Makanan di Kalangan Pengendali Makanan di Sekolah
Menegah Sains Negeri Johor Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 3)

Anggota tangan pengendali makanan boleh menjadi penyebab kepada penyebaran


mikroorganisma melalui pencemaran silang. (Bas, M., Ersun, A. S., and Kıvanc, G. (2006).
The evaluation of food hygiene knowledge, attitudes, and practices of food handlers in food
businesses in Turkey. Food Control. 17(4), 317-322. 64)
Pencemaran silang boleh berlaku sekiranya pengendali makanan mengabaikan kebersihan
tangan ketika penyediaan makanan. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim & Mahmood N.A.N,
Penilaian Kebersihan Makanan di Kalangan Pengendali Makanan di Sekolah Menegah Sains
Negeri Johor Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 3)
Ini kerana terdapat mikroorganisma seperti Escherichia coli dan Staphylococcus aureus pada
tangan yang tidak dibersihkan dengan sempurna. (Lues, J. F. R., &Tonder, I. V. (2007). The
occurrence of indicator bacteria on hands and aprons of food handlers in the delicatessen
sections of a retail group. Food Control. 18(4), 326-332)
Oleh itu, pengendali makanan mestilah mempunyai amalan kebersihan yang baik untuk
memastikan pencemaran silang tidak berlaku sekaligus menghalang daripada pengguna
terkena penyakit bawaan makanan. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim & Mahmood N.A.N,
Penilaian Kebersihan Makanan di Kalangan Pengendali Makanan di Sekolah Menegah Sains
Negeri Johor Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 3)
Keracunan makanan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengenal sesiapa. Punca
keracunan makanan disebabkan oleh beberapa faktor dan di antaranya adalah pengetahuan
keselamatan makanan yang cetek dan amalan pengendali makanan yang tidak mementingkan
kebersihan. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim & Mahmood N.A.N, Penilaian Kebersihan
Makanan di Kalangan Pengendali Makanan di Sekolah Menegah Sains Negeri Johor
Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 3)
Selain itu, keracunan makanan juga boleh berpunca daripada pengambilan makanan dan
minuman yang telah dicemari oleh mikroorganisma patogen seperti Escherichia coli dan
PERINTIS E-Journal, 2015, Vol. 5, No. 1, pp.1-21
4

Staphylococcus aureus. Keracunan makanan boleh menyebabkan kehilangan upaya dan


masalah kesihatan yang kekal seperti radang kolon. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim &
Mahmood N.A.N, Penilaian Kebersihan Makanan di Kalangan Pengendali Makanan di
Sekolah Menegah Sains Negeri Johor Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 3-4)
Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu garis panduan yang melibatkan
pengurusan kantin sekolah di mana panduan ini dapat memberi info untuk mengelak daripada
berulangnya kes keracunan makanan di sekolah. Panduan ini dibuat berdasarkan Akta
Makanan Kebangsaan 1983 di mana panduan ini melatih pengendali makanan di kantin
sekolah untuk mengamalkan penyediaan makanan secara selamat dan bersih. (Nora F. Kamal,
Mimi H.Hassim & Mahmood N.A.N, Penilaian Kebersihan Makanan di Kalangan Pengendali
Makanan di Sekolah Menegah Sains Negeri Johor Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015,
Hal. 4)
Walaupun kesedaran tentang kebersihan makanan semakin meningkat, namun kes keracunan
makanan tetap terjadi di Malaysia. (Yusof, N. A. M. (2012, November 16). Risiko jangkitan
kuman. Berita Harian. Diambil Oktober 26, 2014 daripada:
http://beritaharianonline.com.my/.)
Adalah menjadi tanggungjawab pengendali makanan untuk memastikan makanan yang
disediakan di sekolah selamat serta pengetahuan dan amalan kebersihan di kalangan
pengendali makanan memainkan peranan yang penting di atas terjadinya kes keracunan
makanan. (Angelillo, I. F., Viggiani, N. M. A., Greco, R. M., Rito, D., & Collaborative
Group. (2001). HACCP and food hygiene in hospitals: knowledge, attitudes, and practices of
food-services staff in Calabria, Italy. Infection Control and Hospital Epidemiology. 22(6),
363-369)
Peningkatan kes keracunan makanan di sekolah di Malaysia perlu disiasat dan dinilai dari
aspek pengetahuan dan amalan pengendali makanan ketika penyediaan makanan. Penyelidik
mendapati latihan yang berkualiti dalam amalan pengendalian makanan dapat memberi kesan
yang positif kepada pengendali makanan dalam menghasilkan makanan yang selamat dan
bersih. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim & Mahmood N.A.N, Penilaian Kebersihan Makanan
di Kalangan Pengendali Makanan di Sekolah Menegah Sains Negeri Johor Malaysia,
PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 4)
Berdasarkan analisis data, 100% (n = 23) iaitu kesemua pengendali makanan yang diuji
dalam eksperimen ini telah menghadiri Latihan Pengendali Makanan; akan tetapi terdapat
17.4% (n = 4) daripada pengendali makanan tersebut dipercayai positif terhadap bakteria
Staphylococcus aureus di dalam ujian coagulase ketika penyediaan makanan. Walaupun
kehadiran bakteria ini pada tapak tangan pengendali makanan adalah pada skala yang kecil,
namun ia boleh meningkatkan risiko pencemaran makanan kepada pelajar. (Nora F. Kamal,
Mimi H.Hassim & Mahmood N.A.N, Penilaian Kebersihan Makanan di Kalangan Pengendali
Makanan di Sekolah Menegah Sains Negeri Johor Malaysia, PERINTIS E-JOURNAL, 2015,
Hal. 17)
Amalan pengendali makanan perlulah sentiasa dipantau untuk mengelakkan daripada mereka
cuai dan sekali gus boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan. Untuk meningkatkan
amalan kebersihan ini, pengendali makanan perlu sentiasa didedahkan dengan ilmu
pengetahuan secara teori dan praktikal daripada pihak berwajib seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia melalui seminar atau bengkel. Selain daripada itu, pihak pengusaha juga
perlu memastikan keadaan infrastruktur premis seperti keadaan bangunan bebas daripada
makhluk perosak dan bebas daripada peralatan yang rosak yang menjadi punca pencemaran
silang. (Nora F. Kamal, Mimi H.Hassim & Mahmood N.A.N, Penilaian Kebersihan Makanan
di Kalangan Pengendali Makanan di Sekolah Menegah Sains Negeri Johor Malaysia,
PERINTIS E-JOURNAL, 2015, Hal. 19). Makanan adalah komponen penting untuk
mencapai kesejahteraan hidup. Setiap Muslim yang beriman hendaklah memakan makanan
yang bersih, berkhasiat dan selamat bagi membentuk tubuh badan yang sihat dari segi fizikal
serta spiritual. (Shafie, S., Nazri, MA & Hussin, H. (2019). Makanan Halal Menurut
Perspektif Islam dan Kepentingan Pelabelan. BITARA International Journal of Civilizational
Studies and Human Sciences, 2(3), 70-84.
https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/74/68). Pengambilan diet
seimbang merupakan keperluan yang amat penting bagi melahirkan modal insan yang
cemerlang. Beberapa persoalan tentang pemakanan seperti apa yang dimakan, bila dimakan,
berapa kerap makanan diambil dan tempat premis makanan haruslah dititikberatkan. Malah
kesedaran tentang kualiti makanan dan pola makan juga mempengaruhi mental dan fizikal
seseorang pelajar. (Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali, Amalan Pemakanan dalam
Kalangan Pelajar Universiti dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran, Jurnal Personalia
Pelajar, 2011, hal. 59)

You might also like