You are on page 1of 1

Faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda

Kedudukan geografi Belanda yang dikelilingi oleh laut membolehkan Belanda muncul sebagai kuasa
perdagangan di Eropah pada abad ke-16 hingga 18. Perdagangan merupakan ekonomi yang penting di Belanda
pada abad ke-16 hingga 18. Terdapat beberapa faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda.

Antara faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda ialah kekurangan sumber alam.
Pengeluaran barangan yang tidak mencukupi untuk penduduk menyebabkan Belanda terpaksa mengimport
barangan. Hal ini menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang melibatkan Belanda dan negara luar.

Selain itu, kemunculan industri pembuatan. Belanda menghasilkan barangan daripada bahan yang diimport
seperti kain tekstil dari England. Tumpuan diberikan kepada penghasilan barangan tekstil dan kertas.
Barangan yang dihasilkan akan dieksport semula.

Seterusnya, kedudukan strategik di laluan maritim. Kedudukan Belanda terletak di tengah-tengah laluan
perdagangan yang menghubungkan timur laut dan barat daya Eropah. Kedudukan strategik ini menjadikan
Belanda sebagai pusat pengedaran barangan di benua Eropah.

Di samping itu, kemudahan perbankan. Menjelang abad ke-17, munculnya institusi perbankan di Belanda
yang menyediakan modal dan memberikan pinjaman kepada peniaga-peniaga yang terlibat dengan
perdagangan. Sebagai contoh, bank yang ditubuhkan di Amsterdam memberikan pinjaman kepada peniaga
kecil dengan mengenakan kadar faedah yang rendah.

Seterusnya, kemunculan syarikat dagang. Perkembangan perdagangan maritim menyebabkan muncul


syarikat-syarikat dagang. Pada tahun 1594, sekumpulan pedagang dari Amsterdam telah menubuhkan sebuah
persatuan yang dikenali sebagai ‘Society of Distant Lands’. Persatuan ini bertujuan untuk membiayai kos
pembinaan kapal-kapal dagang.

Kesimpulannya, faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda telah memberi


dorongan kepada penduduk Belanda untuk terlibat dan menyumbang kepada kemajuan perdagangan dan
perniagaan di Belanda.

You might also like