You are on page 1of 33

________________________________________________________

MASTER OF EDUCATION
MAY 2022 SEMESTER

HMEF5053
MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION
________________________________________________________
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. TUGAS 1: Kenal Pasti Hasil Pembelajaran 2-6

2. TUGAS 2: Memilih Jenis Item Terbaik 7 - 10

3. TUGAS 3: Membangunkan Jadual Spesifikasi 11 - 14

4. TUGAS 4: Membina Kertas Ujian Dan Skim Penandaan 15 - 17

5. TUGAS 5: Komen Mengenai Ujian 18 – 19

6. TUGAS 6: Analisis Dan Tafsiran Item 20 - 25

7. Kesimpulan 26

8. TUGAS 7: Refleksi – Penyertaan Dalam Talian 27 - 31

9. Rujukan 32

TUGAS 1: KENAL PASTI HASIL PEMBELAJARAN

1
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

Hasil pembelajaran merujuk kepada apa yang boleh ditunjukkan oleh murid tentang
pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar atau dibelajari.

Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
Isi kandungan adalah kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran
merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.

Hasil Pembelajaran adalah pencapaian yang boleh diukur yang dapat difahami oleh murid
setelah pembelajaran selesai, yang membantu murid memahami kepentingan maklumat dan apa
yang akan mereka perolehi dari penglibatan mereka dengan aktiviti pembelajaran.

Ia mewujudkan Hasil Pembelajaran yang jelas dan boleh diambil tindakan adalah
bahagian penting dalam penciptaan pembelajaran. Apabila membangunkan program ini, kedua-
dua guru dan murid perlu jelas tentang apa yang perlu difahami oleh murid selepas menamatkan
laluan pembelajaran mereka.

Hasil pembelajaran juga memainkan peranan penting dalam penilaian dan penilaian,
menjelaskan apa yang harus dimiliki oleh pelajar pengetahuan setelah selesai aktiviti
pembelajaran.

Apakah perbezaan di antara Objektif dan Hasil Pembelajaran?

OBJEKTIF HASIL PEMBELAJARAN


Objektif menyatakan apa yang guru perlu Hasil pembelajaran menyatakan apa yang
buat tentang apa yang perlu diajar dan apa murid tahu dan boleh buat atau jangkaan apa
yang perlu dirancang untuk mengajar, bukan yang pelajar tahu dan boleh buat setelah proses
penyataan akhir pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
dilaksanakan.

Pentingnya Hasil Pembelajaran

2
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil pembelajaran
untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk.
Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat:
a. menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh murid.
b. menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil.
c. membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah
pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar
menguasai hasil pembelajaran itu.
d. menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif

Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh
memberi tumpuan untuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.
Negara-negara yang maju kini, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan
hasil pembelajaran.

Tujuan Utama Untuk Pentaksiran

Pentaksiran dilakukan untuk mendapatkan kefahaman tentang kekuatan dan kelemahan


seseorang individu supaya dapat membuat keputusan pendidikan yang sesuai. Dua sebab utama
untuk tujuan pentaksiran boleh dikenal pasti sebagai:

a) Untuk membantu pembelajaran murid.


Dengan adanya penilaian, ia dapat membantu murid-murid memahami dengan lebih baik
tentang isi pembelajaran samada melalui subtopik-subtopik. Guru juga boleh mencerap murid
yang memerlukan pemulihan serta aktiviti atau program pengayaan yang mendorong mereka
lebih memahani topik-topik tertentu.

b) Menambah baik cara pengajaran.


Berkenaan dengan pengajaran, pentaksiran menyediakan maklumat mengenai objektif
hasil pembelajaran, keberkesanan kaedah pengajaran dan bahan pembelajaran. Jika ramai murid
tidak lulus dalam ujian tersebut, guru perlu mengaku tentang kelemahan dalam pengajaran

3
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

tersebut dan tidak adil untuk menyatakan tentang kurangnya kebolehan dan kefahaman murid
terhadap mata pelajaran yang telah ajar.

Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),
ujian merupakan alat pengukuran atau prosedur yang tersusun atau bersistematik dalam
mengukur perubahan tingkah laku. Oleh kerana sifat ujian itu yang sistematik dan tersusun,
maka proses pembinaan ujian juga hendaklah mengikut prosedur yang berperingkat dan
sistematik.

Terdapat banyak bentuk ujian bilik darjah yang digunakan oleh guru sejak dahulu lagi
dalam mengukur dan menilai hasil pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ujian
berbentuk ‘pensil-kertas’ adalah ujian tradisi yang sentiasa digunakan untuk menilai kemajuan
pelajar dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2003). Pemilihan jenis-jenis item ujian oleh guru
hendaklah menepati tujuan ujian, isi kemahiran dan tahap kognitif yang hendak diuji (Mohd
Najib, 1997). Dua jenis item ujian yang digunakan secara lazim dalam ujian bilik darjah
ialah item objektif dan item subjektif. Bentuk soalan objektif yang popular dalam kalangan
guru ialah soalan bentuk mudah yang terdiri daripada item jawapan pendek, item benar-salah dan
padanan, soalan penafsiran dan soalan aneka pilihan. Soalan objektif adalah amat sinonim
dengan soalan berbentuk aneka pilihan dalam kalangan guru-guru (Mohamad Fauzi, 1996).

Kursus / Tajuk Subjek: Bahasa Melayu Tahun 5

4
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

Domain Hasil Pembelajaran Tahap Hasil Pembelajaran Kursus

(Hasil pembelajaran yang


ditetapkan)

Memahami dan menggunakan 1. Rendah Memahami dan menggunakan


golongan tatabahasa dengan kata nama mengikut konteks
betul mengikut konteks. dengan betul.
2. Sederhana Memahami dan menggunakan
kata kerja transitif mengikut
konteks dengan betul.
3. Sederhana Memahami dan menggunakan
kata kerja tak transitif
mengikut konteks dengan
betul.
4. Rendah Memahami dan menggunakan
kata adjektif mengikut
konteks dengan betul.
5. Tinggi Memahami dan menggunakan
peribahasa mengikut konteks
dengan betul.
6. Rendah Memahami dan menggunakan
kata bilangan mengikut
konteks dengan betul.
7. Rendah Memahami dan menggunakan
pengimbuhan mengikut
konteks dengan betul.
8. Tinggi Memahami dan menggunakan
simpulan bahasa mengikut
konteks dengan betul.
9. Rendah Memahami dan menggunakan
kata ganda penuh mengikut

5
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

konteks dengan betul.


10. Sederhana Memahami dan menggunakan
kata ganda berentak
mengikut konteks dengan
betul.

TUGAS 2: MEMILIH JENIS ITEM TERBAIK

6
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

Sebaik sahaja anda siap menyediakan JPU (yang sebaiknya mengandungi jenis danbilangan item
ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis
item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan
untuk menulis item-item ini. Prinsip-prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut:

i. Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami murid,
misalnya, “Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”

ii. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang


spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk
pengetahuan/kepintaran am.

iii. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahamimaklumat


dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akanmembantu pelajar
memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

iv. Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanyakita
meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan
menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.

v. Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuranyang
dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titikperpuluhan

Tambahan pula, Taksonomi Bloom baru versi Kreathwohl pada domain kognitif terdiri dari
enam tahap: remembering (mengingat), understanding (memahami), applying (menerapkan),

7
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

analyze (menganalisis, mengurai), evaluating (menilai) dan creating (mencipta). Kita dapat
dilihat dalam rajah di bawah.

Rajah 1.0 Taksonomi Bloom


(Sumber daripada Anderson and Krathwohl 2001)

Tiga tahap pertama (terbawah) merupakan Lower Order Thinking Skills, dan tiga tahap
berikutnya Higher Order Thinking Skill. Jadi, dalam menginterprestasikan piramid di atas, secara
logiknya adalah sebagai berikut:

 Sebelum kita memahami sebuah konsep maka kita harus mengingati terlebih dahulu.

 Sebelum kita menerapkan maka kita harus memahaminya.

 Sebelum kita menganalisis maka kita harus menerapkan dulu.

 Sebelum kita menilai maka kita harus menganalisis dulu.

 Sebelum kita mereka atau menciptakan sesuatu, maka kita harus mengingat, memahami,
mengaplikasikan, menganalisis dan menilai.

8
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

Domain afektif dan psikomotor belum mendapat perhatian. Kemahiran menekankan


aspek psikomotor yang memerlukan penyelarasan jasmani sehingga lebih tepat dipraktikkan
bukannya dipelajari. Sikap juga merupakan faktor yang sukar diubah selama proses
pembelajaran kerana sikap terbentuk sejak lahir. Sebab mengapa revisi baru dilakukan pada
kognitif domain yang difokuskan pada pengetahuan.

Hasil pembelajaran kursus, Jenis Penilaian Jumlah Peratusan


CLO (hasil pembelajaran yang markah dalam
dimaksudkan, ILO) Penilaian (%)
Memahami dan menggunakan Kata Nama 2 10
kata nama mengikut konteks
dengan betul.
Memahami dan menggunakan Kata Kerja Transitif 2 10
kata kerja transitif mengikut
konteks dengan betul.
Memahami dan menggunakan Kata Kerja Tak Transitif 2 10
kata kerja tak transitif mengikut
konteks dengan betul.
Memahami dan menggunakan Kata adjektif 2 10
kata adjektif mengikut konteks
dengan betul.
Memahami dan menggunakan Peribahasa 2 10
peribahasa mengikut konteks
dengan betul.
Memahami dan menggunakan Kata Bilangan 2 10
kata bilangan mengikut konteks
dengan betul.
Memahami dan menggunakan Pengimbuhan 2 10
pengimbuhan mengikut konteks
dengan betul.
Memahami dan menggunakan Simpulan Bahasa 2 10

9
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

simpulan bahasa mengikut


konteks dengan betul.
Memahami dan menggunakan Kata Ganda Penuh 2 10
kata ganda penuh mengikut
konteks dengan betul.
Memahami dan menggunakan Kata Ganda Berentak 2 10
kata ganda berentak
mengikut konteks dengan betul.
Jumlah 20 100%

TUGAS 3: MEMBANGUNKAN JADUAL SPESIFIKASI

10
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

Tugasan ini dijalankan untuk mengetahui persepsi guru-guru terhadap penggunaan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) dalam membina ujian bilik darjah. Terdapat beberapa aspek menjadi
fokus kajian iaitu meningkatkan pengetahuan para guru terhadap proses pembinaan ujian bilik
darjah, tahap kemahiran pembinaan JSU di kalangan guru-guru dan kefahaman tentang
kepentingan JSU dalam pembinaan ujian bilik darjah. Seramai 30 orang murid dari SJK Hing
Ung telah terlibat dalam pentaksiran kali ini. Kertas pentaksiran Bahasa Melayu merangkumi
10 soalan aneka pilihan telah digunakan sebagai alat pengumpulan data.

Salah satu cara untuk merancang pembinaan ujian ialah melalui pembinaan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU). JSU adalah satu matriks atau carta yang mewakili bilangan item yang
hendak diuji mengikut setiap topik dan aras objektif. Pembinaan JSU dapat membantu guru
mengenalpasti kemahiran atau objektif yang hendak diuji. Melalui JSU, guru atau pembina ujian
akan dapat merancang topik atau kemahiran yang hendak diuji dalam item berdasarkan tahap
kognitif yang dicadangkan dalam Taksonomi Bloom (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
2001). Tahap Kognitif Bloom yang digunakan dalam JSU ialah pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Menurut Mohd Najib (1997) pula, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) juga disebut Jadual
Penentuan Ujian (ISU) adalah jadual yang mengandungi jumlah soalan atau item untuk setiap isi
kandungan, tahap kemahiran dan jenis-jenis soalan.

Konsep Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Mokhtar Ismail (2009) menyatakan bahawa
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dikenali juga sebagai ‘Test Blue Print’ atau ‘Test Specification’
yang merupakan satu matrik yang terdiri daripada dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras
kemahiran. Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa dalam ruangan aras kemahiran dicatatkan
objektif pengajaran yang disesuaikan dengan taksonomi objektif pendidikan sepertimana yang
telah ditetapkan di dalam domain taksonomi bloom, manakala objektif pengajaran pula secara
amnya telah dinyatakan di dalam kurikulum pelajaran dan secara khususnya dinyatakan dalam
sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan seperti mana yang terkandung dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Oleh itu, pembinaan JSU dapat
membantu guru menyatakan topik-topik dalam isi pelajaran atau kandungan kursus serta objektif

11
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

tingkah laku atau kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. JSU juga dapat menentukan
penegasan isi dan taburan bilangan item soalan mengikut pemberatan.

Tujuan asas pengujian dan penilaian dalam bilik darjah adalah untuk memberi maklum
balas kepada guru mengenai tahap penguasaan dan kefahaman murid terhadap objektif dan isi
kandungan yang telah diajar. Justeru, ujian yang paling relevan dan berkesan dengan tujuan ini
adalah ujian bilik darjah binaan guru yang mengajar subjek tersebut.

3.1 Kepentingan JSU


Seseorang guru wajar membina Jadual Spesifikasi ujian (JSU) sebelum membina soalan yang
akan dijadikan kayu ukur kepada murid-murid. JSU mempunyai peranan yang penting dalam
pembinaan soalan yang dihasilkan.

Antara kepentingan JSU adalah untuk mengelakkan daripada seseorang guru membina
ujian secara sembarangan. Sekurang-kurangnya dengan adanya JSU, seseorang guru itu akan
menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh murid-muridnnya setelah melalui beberapa
garis panduan yang telah ditetapkan. Antara perkara yang diambil kira dalam pembinaan soalan
termasuklah tahap kemampuan murid serta bentuk soalan itu sendiri. Tidak secara langsung
seseorang guru itu akan dapat mengelakan daripada memberikan penilaian kepada seseorang
murid itu secara sesuka hati sahaja.

Seseorang guru juga dapat menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras
kemahiran yang akan diuji kepada murid-muridnya sekiranya mereka membina JSU. Selain itu
JSU juga dapat memperlihatkan kertas ujian dapat dibina secara sistematik dan terancang.
Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran juga adalah terjamin.

Guru tidak dapat mengetahui tahap pencapaian dalam menguasai satu-satu topik yang
telah dipelajari oleh seseorang murid. Melalui penilaian atau memberikan ujian berkaitan topik
itu sahajalah guru dapat melihat tahap penguasaan murid-murid. Namun begitu, guru perlu
memberikan ujian mengikut format yang sesuai kepada murid-murid untuk menilai kebolehan

12
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

murid dari pelbagai segi dan aspek. Untuk menentukan format ujian ini, pembinaan JSU amat
diperlukan. Hasilnya barulah guru dapat menentukan format ujian tersebut.

JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu. Selain itu
ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topik-topik yang telah kita ajar dan
sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan adanya proses menghasilkan JSU, guru
akan memilih topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang sama guru dapat merasakan
kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan.

Penilaian dijalankan kepada murid-murid setiap tahun. Soalan-soalan yang diajukan


tentunya berbeza-beza antara satu tahun dengan tahun yang lain. Tanpa adanya JSU
kemungkinan tahap atau aras kesukaran ujian-ujian itu amat berbeza antara tahun ke setahun.
Jadi, JSU berperanan untuk menstabilkan aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. Set ujian-
ujian itu sesuai digunakan oleh murid pada bila-bila masa sahaja.

Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan. Bentuk-bentuk
soalan samada objektif, subjektif, struktur ataupun esei. Bilangan soalan pula adalah bergantung
kepada pentingnya satu-satu topik itu atau merujuk pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang
telah ditetapkan itu, guru akan mudah untuk memberikan penilaian atau memberikan markah
pada soalan-soalan yang telah dijawab murid. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa guru
untuk menyemak kertas-kertas jawapan murid. Contohnya bagi soalan-soalan berbentuk objektif,
seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk memeriksa atau menyemak kertas
jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur atau esei.

Topik yang diajar kepada murid-murid sememangnya telah disusun mengikut keutamaan.
Bilangan masa yang ditentukan setiap topik adalah berpandukan kepada banyak atau luasnya
sesuatu topik itu. JSU juga mengambil kira masa yang dieruntukan untuk sesuatu topik. Oleh
yang demikian penilaian untuk satu-satu topik itu dapat dilaksanakan secara adil.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU (JSU) DAN JAWAPAN

13
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

PENTAKSIRAN FOMATIF
BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS UJIAN)
BAHAGIAN A
Aras
Kesukaran

No
ArahanSoalan/Item Catatan

JAWAPAN

Sederhana
Rendah

Tinggi
Kata Nama 1 B /
Kata Kerja Transitif 2 B /
Kata Kerja Tak Transitif 3 D /
Kata adjektif 4 B / Sifat/keadaan
Peribahasa 5 D /
Kata Bilangan 6 C /
Pengimbuhan 7 D /
Simpulan Bahasa 8 B /
Kata Ganda Penuh 9 A /
Kata Ganda Berentak 10 C /

TUGAS 4: MEMBINA KERTAS UJIAN DAN SKIM PENANDAAN

14
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

SJK HING UNG


PENTAKSIRAN FOMATIF
BAHASA MELAYU TAHUN 5

Nama: ________________ Kelas 5: ____ Markah : ________

Arahan: 1) Murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam bahagian ini.


2) Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D.
3) Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai sahaja.

Bahagian A (20 markah)


Soalan 1 hingga 10: Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Cai Xia merujuk ____________ untuk mencari maksud perkataan yang tidak difahami.
A. brosur B. kamus C. majalah D. surat khabar

2. Ren Wei membantu Cikgu Siti ____________ poster Minggu Perpaduan Sekolah pada
papan kenyataan.

A. menyebarkan C. mengedarkan
B. menampalkam D. menggantungkan

3. Ketua kampung ___________ gembira apabila melihat penduduk kampung saling


bekerjasama untuk membaiki jambatan yang rosak itu.

A. terkejut C. tertawa
B. terdiam D. Tersenyum

4. Walaupun baru sahaja berjumpa tetapi mereka sangat __________________.


A. riuh B. mesra C. meriah D. seronok

5. Lee Jian berasa _________apabila mengetahui dapat hadiah pertama dalam cabutan

15
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

bertuah.
A. bagai berumah di tepi tebing
B. bagai telur di hujung tanduk
C. bagai aur dengan tebing
D. bagai bulan jatuh ke riba

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. ______________ murid tidak makan pada waktu rehat.


A. Suku B. Setiap C. Sesetengah D. Setengah

7. Ayah akan ___________ perjalanan sebelum pulang ke kampung untuk mengelakkan


kesesakan lalu lintas
A. terancang B. rancangan C. perancang D. merancang

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Mariana _______________ apabila melihat pakaian yang dijual di butik itu.


A. gelap mata C. mata duitan
B. rambang mata D. putih mata

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

16
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

9. Yong Ding mengutip ____________ plastik itu untuk dikitar semula.


A. botol-botol B. bakul-bakul C. piring-piring D. cawan-cawan

10. Gerakan penari yang _______________ itu telah membuatkan penonton terpesona.
A. kacau-bilau B. kelam kabut C. lemah-gemalai D. huyung-hayang

TUGAS 5: KOMEN MENGENAI UJIAN

No. Item Tahap Penjelasan


Perkara
1. Item objektif (Aneka pilihan) Rendah Pernyataan maklumat yang

17
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

- Kata Nama diperlukan untuk menjawab item


dan pernyataan tugasan yang
dinyatakan dalam bentuk soalan
lengkap atau tidak lengkap.
2. Item objektif (Aneka pilihan) Sederhana Pernyataan maklumat yang
- Kata Kerja Transitif diperlukan untuk menjawab item
dan pernyataan tugasan yang
dinyatakan dalam bentuk soalan
lengkap atau tidak lengkap.
3. Item objektif (Aneka pilihan) Sederhana Pernyataan maklumat yang
- Kata Kerja Tak Transitif diperlukan untuk menjawab item
dan pernyataan tugasan yang
dinyatakan dalam bentuk soalan
lengkap atau tidak lengkap.
4. Item objektif (Aneka pilihan) Rendah Pernyataan maklumat yang
- Kata adjektif diperlukan untuk menjawab item
dan pernyataan tugasan yang
dinyatakan dalam bentuk soalan
lengkap atau tidak lengkap.
5. Item objektif (Aneka pilihan) Tinggi Pernyataan maklumat yang
- Peribahasa diperlukan untuk menjawab item
dan pernyataan tugasan yang
dinyatakan dalam bentuk soalan
lengkap atau tidak lengkap.
6. Item objektif (Aneka pilihan) Rendah Suatu maklumat yang berbentuk
- Kata Bilangan gambar atau grafik yang menjadi
fokus kepada situasi tugasan yang
autentik.
7. Item objektif (Aneka pilihan) Rendah Pernyataan maklumat yang
- Pengimbuhan diperlukan untuk menjawab item
dan pernyataan tugasan yang

18
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

dinyatakan dalam bentuk soalan


lengkap atau tidak lengkap.
8. Item objektif (Aneka pilihan) Tinggi Suatu maklumat yang berbentuk
- Simpulan Bahasa gambar atau grafik yang menjadi
fokus kepada situasi tugasan yang
autentik.
9. Item objektif (Aneka pilihan) Rendah Suatu maklumat yang berbentuk
- Kata Ganda Penuh gambar atau grafik yang menjadi
fokus kepada situasi tugasan yang
autentik.
10. Item objektif (Aneka pilihan) Sederhana Pernyataan maklumat yang
- Kata Ganda Berentak diperlukan untuk menjawab item
dan pernyataan tugasan yang
dinyatakan dalam bentuk soalan
lengkap atau tidak lengkap.

TUGAS 6: ANALISIS DAN TAFSIRAN ITEM


Pentaksiran ini melibatkan seramai 30 orang murid dalam Kelas Tahun 5 Merah. Murid-murid
terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 15 orang murid dalam kumpulan "tanda tinggi" dengan
jawapan yang betul (Prestasi murid yang tinggi) dan 15 orang murid lagi dalam kumpulan
"tanda rendah" dengan jawapan yang betul (Prestasi murid yang sederhana dan rendah).

19
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

Maksud tanda:
* = Jawapan yang tepat
RH = Bilangan murid dalam kumpulan "tanda tinggi" dengan jawapan yang betul.

RL = Bilangan murid dalam kumpulan "tanda rendah" dengan jawapan yang betul.
p = Hasil kesukaran item
D = Indeks diskriminasi

No. Pilihan
soalan jawapan RH RL RH + RL p Komen RH - R L D Komen
Diskriminasi positif yang
negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
1. A 2 3 -1 - 0.07 kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
  B* 10 7 17 0.56 Sederhana 3 0.2 sederhana.
Diskriminasi positif yang
  C 3 5 -2 0.13 rendah.

Diskriminasi positif yang


  D 0 0 0 0 rendah.

Diskriminasi positif yang


negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
2. A 0 1 -1 - 0.07 kumpulan tinggi.
  B* 12 8 22 0.73 Mudah 4 0.26 Diskriminasi positif yang

20
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

sederhana.
Diskriminasi positif yang
negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
  C 2 4 -2 - 0.17 kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
  D 1 2 -1 - 0.07 kumpulan tinggi.

Diskriminasi positif yang


negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
3. A 1 2 -1 - 0.07 kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
  B 2 2 0 0 rendah.
Diskriminasi positif yang
  C 2 2 0 0 rendah.
Diskriminasi positif yang
  D* 10 9 19 0.63 Senang 1 0.07 rendah.

Diskriminasi positif yang


4. A 1 1 0 0 rendah.
Diskriminasi positif yang
  B* 14 12 26 0.86 Senang 2 0.13 rendah.
  C 0 2 -2 - 0.13 Diskriminasi positif yang

21
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

negatif, prestasi kumpulan


rendah lebih baik daripada
kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
  D 0 0 0 0 rendah.

Diskriminasi positif yang


negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
5. A 3 4 -1 - 0.07 kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
  B 4 5 -1 - 0.07 kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
  C 3 3 0 0 rendah.
Diskriminasi positif yang
  D* 5 3 8 0.27 Sukar 2 0.13 rendah.

Diskriminasi positif yang


negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
6. A 0 2 -2 - 0.13 kumpulan tinggi.
  B 1 0 1 0.07 Diskriminasi positif yang

22
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

rendah.
Diskriminasi positif yang
  C* 13 13 26 0.86 Senang 0 0 rendah
Diskriminasi positif yang
  D 1 0 1 0.07 rendah.

Diskriminasi positif yang


negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
7. A 1 2 -1 - 0.07 kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
  B 0 2 -2 - 0.13 kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
  C 1 0 1 0.07 rendah.
Diskriminasi positif yang
  D* 13 11 24 0.8 Senang 2 0.13 rendah.

Diskriminasi positif yang


negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
8. A 2 4 -2 - 0.13 kumpulan tinggi.
  B* 5 3 8 0.27 Sukar 2 0.13 Diskriminasi positif yang

23
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

rendah.
Diskriminasi positif yang
  C 3 3 0 0 rendah.
Diskriminasi positif yang
  D 5 5 0 0 rendah.

Diskriminasi positif yang


9. A* 14 12 26 0.86 Senang 2 0.13 rendah.
Diskriminasi positif yang
negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
  B 1 2 -1 - 0.07 kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
  C 0 0 0 0 rendah.
Diskriminasi positif yang
negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
  D 0 1 -1 - 0.07 kumpulan tinggi.

Diskriminasi positif yang


negatif, prestasi kumpulan
rendah lebih baik daripada
10. A 1 3 -2 - 0.13 kumpulan tinggi.
  B 1 2 -1 - 0.07 Diskriminasi positif yang

24
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

negatif, prestasi kumpulan


rendah lebih baik daripada
kumpulan tinggi.
Diskriminasi positif yang
  C* 12 10 22 0.73 Senang 2 0.13 rendah.
Diskriminasi positif yang
  D 1 0 1 0.07 rendah.

KESIMPULAN

Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan
kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.

25
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

Penentuan hasil pembelajaran penting untuk:


a. mengetahuan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar;
b. memberi tumpuan kepada penguasaann;
c. merancang kaedah-kaedah mengajar, dan;
d. membina ujian formatif dan sumatif.

Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan dengan hasil
pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi kandungan, proses pengajaran dan
proses pembelajaran.

Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang dan aras. Hasil pembelajaran
dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan boleh dikategorikan mengikut Taksonomi
Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan hasil rohani dan emosi termasuk
sikap dan nilai dan perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam jangka masa yang agak
pendek.

Hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor menegaskan kemahiran gerakan. Guru


perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulum khasnya huraian sukatan pelajaran.

TUGAS 7: REFLEKSI - PENYERTAAN DALAM TALIAN


(1)

26
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

(2)

27
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

(3)

28
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

(4)

29
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

(5)

30
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

RUJUKAN

31
HMEF5053 MEASUREMENT AND EVALUATION IN EDUCATION

Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2018). A taxonomy for learning, teaching, and assessing:

A revision of Bloom’ s taxonomy of eductional objectives. Boston, MA: Allyn &

Bacon.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2017. Data Guru Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan Zon Sentul. Kuala Lumpur: Sektor Pengurusan Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-

2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Krathwohl, D., Bloom, B., & Bertram, B. (2016) Taxonomy of educational objectives, the

classification of educational goals, handbook II: Affective domain. New York, NY:

David McKay.

Saemah Rahman & Zamri Mahamod. 2016. Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sharifah Nor Puteh. 2012. Keprihatinan GuruBahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran

Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (11): 19-31.

32

You might also like