You are on page 1of 1

Liow Shi Chin,

65, Jalan 27,


Taman Sri Kluang,
86000 Kluang,
Johor.

Guru Besar,
SJKC Chong Hwa 3,
Jalan Balau,
86000 Kluang,
Johor. 8 DISEMBER 2022

Puan,

Makluman Pelaksanaan Kuliah Sarjana Pendidikan Sepanjang Cuti Sekolah di UPSI

Berhubung dengan perkara di atas, saya Liow Shi Chin ingin memaklumkan puan bahawa saya akan
melaksanakan kuliah secara bersemuka di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris sepanjang cuti
sekolah.

2. Program Sarjana Pendidikan saya adalah mulai 13 September 2021 hingga 12 September 2023
mod cuti sekolah. Sebelum ini, kuliah saya dilaksanakan secara atas talian. Tetapi bagi semester ini saya
diminta untuk melaksanakan kuliah bersama dengan penyelia dan pensyarah saya di kampus UPSI.

3. Dengan itu, saya akan berlampirkan jadual kuliah dan surat kelulusan permohonon mengikuti
program ini.

4. Saya berharap makluman ini adalah jelas bagi puan tentang Program Sarjana Pendidikan saya.

Pertimbangan daripada pihak puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Liow Shi Chin


………………………………….
LIOW SHI CHIN
PPP DG 41

You might also like