You are on page 1of 5

COU3201 SULIT

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PEPERIKSAAN BERTERUSAN 2
CONTINOUS ASSESSMENT 2

SEMESTER II SESI 2021/2022 (SARJANA MUDA)

KURSUS : TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

KOD KURSUS : COU3201

TARIKH :

TEMPAT : ATAS TALIAN (e-LEARN)

MASA :

NAMA : SANDYA A/P RADHAKRISHNAN


NO MATRIKS : S61449

ARAHAN KEPADA CALON

i. Arahan untuk menonton telefilem diberikan pada pelajar pada 2 JULAI 2022
jam 9.00 pagi.
ii. Soalan CA 2 berkaitan telefilem dihebahkan kepada pelajar pada 9.00 pagi
4 JULAI 2022 dan jawapan CA 2 ini perlu dihantar pada atau sebelum 4.00
petang pada 4 JULAI 2022.

iii. Bilangan mukasurat jawapan CA 2 ini antara 3 – 6 mukasurat.


COU3201 SULIT

Arahan
Soalan berikut merujuk kepada Telefilem “Tabung Haji Tok”
(https://rtmklik.rtm.gov.my/program/2-901363) dan watak-watak dalam
telefilem berkenaan digunakan bagi menjawab soalan-soalan berikut. Pilih dua (2)
watak daripada “Tabung Haji Tok”. Hanya satu watak boleh digunakan bagi menjawab
satu bahagian.

Sila jawab Bahagian A dan Bahagian B (20 markah)

Bahagian A (10 markah)


Soalan 1, 2, 3 dan 4 perlu dihuraikan menggunakan watak yang sama.
1. Reality Therapy menghuraikan mengenai keperluan asas individu ( basic human
needs). Huraikan konsep ini menggunakan watak dalam telefilem berkenaan.
(2 markah)
 Keperluan asas individu merupakan perkara yang memotivasikan tingkah laku
seseorang. Setiap tingkah laku tersebut akan mencapai 1 atau lebih keperluan
asas. Dalam filem ini, Rafiq menunjukkan konsep ini. Antara keperluan asas
yang ditunjukkan olehnya adalah, Love and Belonging, dan Power.
 Love and Belonging : Rafiq yang kehilangan ibu bapa, menyayangi datuk yang
menjaganya. Walaubagaimana pun, hubungan antara Rafiq dan Pak su, Razak
tidak erat. Rafiq juga memerlukan persahabatan bersama rakannya, Luqman.
Power : Rafiq beridaman untuk menyertai pertandingan mengarang tetapi
Lukman tidak menyokongnya. Walau bagaimanapun, Rafiq berjaya mengarang
novel dan mendapat kejayaan.

2. Individu dimotivasikan untuk memenuhi keperluannya, terutama keperluan


terhadap perhubungan signifikan (people are mainly motivated to satisfy their
needs, especially the need for significant relationships). Huraikan pernyataan ini
menggunakan watak dalam telefilem berkenaan. (3 markah)
 Rafiq sentiasa berusaha untuk mengumpul duit untuk Tabung Haji datuknya.
Hal ini berlaku kerana Rafiq ingin menbalas balik jasa datuknya yang sentiasa
menjaganya.
 Rafiq berusaha untuk menulis novel yang baik dan berjaya mendapat hadiah
pertama. Perkara ini dimotivasikan oleh keperluan untuk mendapat
kejayaan(Power).

3. Huraikan dunia kualiti (quality world) pada watak yang dipilih. (3 markah)
 Quality World merupakan sesuatu yang diidamkan oleh seorang individu
berdasarkan keperluan asas mereka. Rafiq beridaman untuk mengumpul duit
untuk tabung haji datuknya. Rafiq juga berhasrat untuk menyertai
pertandingan mengarang dan mendapat tempat pertama dalam pertandingan
tersebut. Selepas, berlaku salah faham antara Rafiq dan Luqman, Rafiq hendak
mendapatkan balik persahabatan Luqman.
2
COU3201 SULIT

4. Sekiranya anda mengendalikan sesi kaunseling dengan watak yang dipilih,


nyatakan matlamat sesi tersebut. (2 markah)
 Dalam sesi kaunseling dengan Rafiq, saya akan membantunya untuk mencapai
keperluan asas dengan cara yang efektif dengan mengenali dunia kualiti klien
say aitu. Saya juga akan membantu klien saya untuk meperbaiki hubungannya
antara individu signifikan yang dipilih olehnya.

Bahagian B (10 markah)


Soalan 1, 2, 3 dan 4 perlu dihuraikan menggunakan watak yang sama.
1. Transactional Analysis menghuraikan tiga keadaan ego (three functional ego
states) pada diri individu. Huraikan pernyataan ini dan berikan contoh yang
bersesuaian dengan menggunakan watak dalam telefilem berkenaan. (3
markah)
 Ego state merupakan corak perasaan dan pengalaman yang konsisten yang
berkaitan dengan corak tingkah laku. Ego State terdiri daripada Parent, Adult
dan Child. Saya menggunakan watak Razak untuk huraian ini.
 Parent : Razak mengatakan kepada ayahnya bahawa ayah perlu dengar kata-
kata doktor bahawa sakit abang Razak tidak dapat disembuhkan.
Adult : Razak berniat untuk memulakan perniagaan rendang disamping gerai
lemang ayahnya.
Child : Razak berasa cemburu terhadap abangnya yang lebih disayangi oleh
ayahnya dan bergaduh dengan abangnya setiap kali berjumpa.

2. Berikan contoh (i) complementary transaction, (ii) crossed transaction, dan (iii)
ulterior transaction yang dilakukan oleh watak yang dipilih. (3 markah)

Complementary transaction

Razak
Ayah

Razak memberitahu ayahnya bahwa dia ingin


mengambil sebahagian daripada tapak
perniagaan ayahnya untuk membuat perniagaan.
(Adult to Adult) Ayahnya mengizinkan. (Adult to
Adult)

3
COU3201 SULIT

Crossed transaction

Ayah

Ayah meminta Razak untuk pergi ke pekan dan


mengeluarkan duit dari bank dan membawa
Rafiq sekali dengan dengannya. (Adult to Adult)
Razak beranggapan bahawa ayahnya
menghantar Rafiq sebab dia tidak mempercayai
Razak. (Child to Parent)
Ulterior transaction

Ketika di pekan, Rafiq tanya kepada Razak


mengapa Razak tidak suka ayah Rafiq. (Child to
Parent) Dia juga menekankan bahawa ayah
Rafiq adalah abang kepada Razak. (Parent to
Child) Razak mengatakan bahawa Ayah Rafiq
bukan abang kandungnya, malah merupakan
abang angkat. (Parent to Child)

3. Huraikan ‘permissions and injunctions’ dalam watak yang dipilih. (2 markah)


 Permissions merupakan mesej-mesej positif yang diberkan kepada kanak-
kanak atau individu dalam child state. Injunction pula merupakan mesej negatif
yang lebih berkuasa. Perkara ini akan membolehkan diri seseorang membentuk
destructive script. Saya dapat melihat bahawa Razak mendapat kurang kasih
sayang daripada ayahnya berbanding dengan abangnya. Hal ini telah
menyebabkan Razak membentuk destructive script dimana razak sentiasa
memarahi anak abangnya, Rafiq.

4
COU3201 SULIT

4. Sekiranya anda mengendalikan sesi kaunseling dengan watak yang dipilih,


nyatakan matlamat sesi tersebut. (2 markah)
 Pada sesi kaunseling tersebut, saya akan cuba mengenalpasti keadaan ego
yang tidak betul dan cuba memulihkannya besama klien. Selain itu, saya akan
membantu klien untuk mengubah life script yang tidak sesuai.

-----------SOALAN TAMAT------------

You might also like