You are on page 1of 1

WELCOME TO MY PAGE ...

· HOME

FEATURED

March 13, 2021

KARANGAN SPM PANDEMIK VIRUS COVID-19



Pandemik COVID-19 , juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak
koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara
global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2).
Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya
Wuhan , Hubei , China , dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 12 Mac 2021, lebih daripada 118…
juta kes telah disahkan, dengan lebih daripada 2,630,000 kematian disebabkan oleh
Share Post a Comment READ MORE

April 30, 2019

KARANGAN BM - KESAN-KESAN NEGATIF


PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH.

Kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar


sekolah.

Sejak belakangan ini, penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa. Penggunaan


telefon bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna. Pada pendapat
anda, jelaskan kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar
sekolah.

Pada alaf yang serba maju ini, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar bukan
lagi sesuatu yang luar biasa. Walaupun telefon bimbit dapat menghubungkan manusia
tanpa mengambil kira faktor pemisahan ruang dan waktu, namun telefon bimbit turut
memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat, khususnya generasi pelajar.

Pertama sekali, budaya remaja yang gemar bergaya dengan telefon bimbit kian
berleluasa. Para pelajar hari ini sanggup menggunakan wang saku untuk membeli telefon
bimbit yang cantik dan istimewa akan kepelbagaian fungsinya. Bagi sesetengah pelajar
yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin, keinginan mereka untuk memiliki alat
canggih ini akan mendorong mereka melakukan kegiatan yang tidak bermoral seperti
mencuri, menyalahgunakan dadah, maksiat dan sebagainya.

Selain itu, sesetengah pelajar yang jahil akan selok-belok telefon bimbit akan terdorong
membeli telefon bimbit yang berimitasi. Telefon bimbit yang berimitasi akan
membahayakan keselamatan diri pelajar. Contohnya, kes letupan akan mudah berlaku
dalam keadaan tertentu atau terdedah kepada sinaran frekuensi yang kuat di samping
mudah diancam kerosakan.

Seterusnya, pelajar-pelajar akan membazirkan masa dan wang sekiranya mereka terlalu
ketagih akan penggunaan telefon bimbit. Sebagai contoh, pelajar perlu menambahkan
nilai prabayar yang kian susut nilainya dan membazirkan masa dengan bersembang
dengan rakan-rakan. Selain pelajar akan menambahkan bebanan tanggungan ibu bapa
dalam kewangan, pelajaran pelajar turut akan terjejas sekali gus mengancam masa depan
pelajar.

Kehadiran teknologi moden 3G pada telefon bimbit yang berkamera terkini akan
membolehkan para pelajar menghantar gambar-gambar lucah dan aksi keganasan
kepada kawan-kawannya. Gejala ini jika tidak ditangani akan meruntuhkan akhlak para
pelajar.

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan


beberapa kesan yang negatif. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
usaha memantau aktiviti anak-anak mereka semasa menggunakan telefon bimbit sama
ada di dalam rumah atau di luar rumah.

Share Email Post

Labels: Contoh Karangan Bahasa Melayu

COMMENTS

Enter your comment...

POPULAR POSTS

April 30, 2019

BM KERTAS II SPM 2009


Share Post a Comment

Powered by Blogger

Theme images by Anna Williams

You might also like