You are on page 1of 2

LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU

Pada 15 hingga 22 Februari 2021 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan


Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Besut , Encik Ahmad Harif.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di
kalangan murid-murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat
pelajar mendalami bahasa kebangsaan.

Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid
Tahun 4, 5 dan 6 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan.
Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak
dan bercerita.

Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini
telah berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah
berupa wang tunai dan sijil penghargaan.

Disediakan oleh, 26 Februari 2021.


Osman
……………………
( OSMAN BIN JUSOH )
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.
Anda telah menyertai perkhemahan unit beruniform sekolah. Anda diminta
menulis laporan tentang perkhemahan tersebut. Panjang laporan anda
mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi 120 patah
kata.

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform

Pada 27 hingga 30 Julai yang lalu, sekolah ini telah mengadakan aktiviti perkhemahan
yang diadakan di Sungai Congkak, Selangor.
Aktiviti ini disertai oleh semua ahli unit beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah,
Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pengakap, Persatuan Tunas Puteri, dan
Persatuan Puteri Islam. Jumlah murid adalah kira-kira 200 orang.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari tersebut. Antaranya, aktiviti


memasang khemah, memasak, larian merempuh halangan, pertandingan
persembahan, jalan lasak, dan sebagainya.
Selain itu, ada juga aktiviti yang berbentuk pertandingan seperti pertandingan khemah
terbersih dan paling kreatif, membina menara, pertandingan kawad, dan pertandingan
persembahan.

Selain itu aktiviti berbentuk kerohanian seperti ceramah agama dan motivasi
turut diadakan. Bagi murid yang beragama Islam, solat secara berjemaah diadakan.
Sementara murid bukan Islam diberikan pendidikan nilai murni dan moral. Aktiviti ini
sedikit sebanyak dapat membentuk sahsiah diri murid supaya menjadi lebih baik.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjaya mencapai matlamatnya. Murid-murid
memperoleh banyak pengalaman yang berguna.

Disediakan oleh, 10 OGOS 2021.

roslijuharizahari
………………………………..….
(ROSLI BIN JUHARI@ZAHARI)

Setiausaha,
Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS),
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa,
Kuala Lumpur.

You might also like