You are on page 1of 5

UNIT PRASEKOLAH,

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU KUALA ABANG,


23050 DUNGUN, TERENGGANU.

KERTAS KERJA
KARNIVAL MINI
PERINGKAT PRASEKOLAH

PRASEKOLAH SKKB

PRASEKOLAH UNGGUL INSAN TERDIDIK

DISEDIAKAN OLEH

UNIT PRASEKOLAH,
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU KUALA ABANG
KERTAS KERJA
KARNIVAL MINI PRASEKOLAH
A. TAJUK.

Kertas kerja ini merupakan cadangan awal dalam memastikan satu karnival mini
prasekolah sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke 63 tahun 2020 peringkat
prasekolah berjalan dengan lancar di tahun pendemik. Sudah menjadi budaya di setiap sekolah
apabila tibanya bulan Ogos, pastinya rancangan dan program berkaitan sambutan
kemerdekaan negara akan diadakan bagi memupuk semangat patriotik dan sifat cintakan
negara dalam kalangan diri murid prasekolah khususnya dan warga sekolah amnya.

B. PENDAHULUAN
Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi
memperingati tarikh keramat negara kita bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511.
Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi
memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini,
negara kita telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke 63. Oleh itu,
sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotik
dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

C. RASIONAL
Melalui penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diharapkan agar murid-murid
dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia. Di samping itu, dapat
menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia supaya kekal aman dan terus
maju.

D. OBJEKTIF

Antara objektif yang digariskan dalam sambutan kemerdekaan pada kali ini ialah;

1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa murid prasekolah supaya
terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua
peringkat.
4. Mendedahkan murid prasekolah kepada kaedah pembelajaran yang menarik dan efektif.
E. KPI

1. Peningkatan Pengurusan Prasekolah dalam memastikan semua murid menjiwai


kemerdekaan negara.
2. Menghasilkan murid yang cintakan negara.

F. SASARAN

            Semua murid prasekolah

G. KAEDAH/ METODOLOGI

1. Murid membuat aktiviti mengikut ketetapan masa yang telah diberikan oleh pihak
penganjur.

H. KAEDAH PEMANTAUAN

Laporan dan dokumentasi

I. SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT HURAIAN AKTIVITI

1 Pertandingan 17 Ogos 2020 Kelas Prasekolah Murid dikehendaki mewarnakan gambar sempen
Mewarna masing-masing bulan Kemerdekaan dengan kemas dan cantik
Kemerdekaan
2 Sajak/Pantun 16 - 29 Ogos 2020 Kediaman/lokasi Murid bersama ibu bapa/penjaga menghasilkan
Merdeka masing-masing video pendek sajak /pantun kemerdekaan dan ta
facebook prasekolah SKKB
3 Jalur Gemilang 25 dan 26 Ogos 2020 Kelas Prasekolah Setiap kelas akan menghasilkan bendera jalu
Arif/Bestari masing-masing gemilang masing-masing bersama guru kelas

4 Pertandingan Hiasan 27 Ogos 2020 Kelas Prasekolah Secara individu, murid akan menghias kek cawan
Kek Cawan Merdeka masing-masing bertemakan Bulan Kemerdekaan

J. ANGGARAN BELANJAWAN
HADIAH
BIL TEMPAT 1 TEMPAT 2 TEMPAT 3 SAGUHATI JUMLAH
AKTIVITI
HARGA KUANTITI HARGA KUANTITI HARGA KUANTITI HARGA KUANTITI

1 Pertandingan RM 10 2 RM7 2 RM5 2 RM3 44 RM176


Mewarna
Kemerdekaan
2 Sajak/Pantun RM 20 2 RM15 2 RM10 2 RM3 44 RM202
Merdeka
3 Jalur Gemilang
Arif/Bestari
4 Pertandingan RM 10 2 RM7 2 RM5 2 RM3 44 RM176
Hiasan Kek
Cawan
Merdeka
JUMLAH 554

K. PENUTUP
Diharap dengan penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini, anak-anak masa depan
negara ini dapat diterap akan sikap sayangkan tanah air tercinta. Sikap tersebut sangat penting dan
dapat membantu mengekalkan keamanan dan kemakmuran bumi bertuah ini.

L. KELULUSAN KERTAS KERJA


Disediakan oleh:

….……………………………………..
( NOOR AZNEE BT MOHD ZAINUN)
Setiausaha Prasekolah,
SK Kampung Baru Kuala Abang. Tarikh: …………………….

Disemak oleh:

….…………………………………….
( WAN NURUL FATEHAH BT WAN MOHD NASIR)
Penyelaras Prasekolah,
SK Kampung Baru Kuala Abang. Tarikh: …………………….

ULASAN PELULUS : ( Tandakan / pada petak berkaitan )

Diluluskan

Tidak diluluskan

Buat penambahbaikan ……………………

………………………………..
ARZORAINI BINTI ZAHARI
Guru Besar
SK Kampung Baru Kuala Abang Tarikh : …………………..

You might also like