You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BANANG JAYA

KM. 8 , JALAN TANJUNG


LABOH, 83000 BATU PAHAT,
 : 07-4285864
JOHOR JBA 0099
FAX : 07-4285491

Rujukan Kami : JBA0099/700 – 5/1/ ( )


Bertarikh : 14 MAC 2013

PERMOHONAN NAIKTARAF PADANG SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT :


KERTAS CADANGAN PROJEK :
1. MENAMBAH JARAK TREK,
2. MENGGELEK - RATAKAN PADANG,
3. MENUTUP LONGKANG BESAR DENGAN PENUTUP KONKRIT
4. MEMBINA MINI ASTAKA

1. Latarbelakang Projek : Padang sedia ada berkeluasan 90 X 55 meter dan boleh memuatkan trek 200
meter mengandungi 6 lorong standard (1 meter luas setiap lorong). Walau
bagaimanapun, bagi trek lurus, jarak yang diperolehi hanyalah sepanjang 80
meter dengan mengambilkira jarak garis mula 3 meter dan lajakan penamat
sejauh 7 meter sahaja. Ada ruang 20 meter X 20 meter lagi tetapi terhalang
kerana paras yang lebih tinggi dan terdapat longkang yang memisahkan ruang
ini dengan padang. Sehubungan itu, projek ini jika diluluskan, adalah melibatkan
kerja-kerja meratakan tanah dan menutup longkang yang sebenarnya tidak
berfungsi. Di samping itu, padang ini juga telah dinaiktaraf sebelum ini (2010)
dengan kerja pemasangan paip laluan air bawah tanah, penambakan semula
dan tanaman rumput. Namun begitu, ianya tidak rata dan memerlukan perataan
dengan jentera penggelek.

Terdapat juga longkang besar dan dalam yang membahayakan keselamatan


murid-murid, di sepanjang tepi padang (90 meter). Telah lebih 20 biji bola yang
termasuk ke dalam longkang ini dan tidak berjaya diambil semula.

Selain dari itu, jarak padang dengan bangunan sekolah yang jauh sering
menimbulkan masalah terutamanya sumber elektrik yang penting dalam
pengelolaan acara sukan di padang. Pihak sekolah juga terpaksa menyewa
kanopi setiap kali aktiviti dijalankan. Kos bagi sewaan kanopi dan wayar boleh
dijimatkan sekiranya dibina asataka mini berkeluasan 15 kaki X 30 kaki.

2. Profile Sekolah : Sekolah Kebangsaan Banang Jaya merupakan sekolah baru yang mula
beroperasi pada sessi persekolahan tahun 2005. Ianya terletak berjiran dengan
SMK Banang Jaya dan Sekolah Menengah Sains Batu Pahat. Jumlah enrolmen
semasa adalah 450 murid dengan 38 guru serta 5 staf sokongan. Terdapat 1
kelas Pra-sekolah dan 2 kelas pendidikan khas. Sekolah ini juga dilengkapi
dengan dewan dan gelanggang simen memuatkan 2 gelanggang sepaktakraw.
3. Anggaran Kos : RM 75,000.00

4. Faedah Projek : - Membolehkan trek lurus 100 meter dibina


- Menjimatkan kos dan tenaga membina trek 100 meter secara menyerong
- Menutup longkang yang membahayakan keselamatan murid-murid semasa
aktiviti PJK dan sukan.
- Sumber elektrik kekal yang hampir
- Menjimatkan kos sewa kanopi dan berfungsi sebagai tempat berteduh atau
ruang rehat murid

5. Justifikasi Projek : 5.1. Padang yang tidak rata membahayakan murid-murid sewaktu
penggunaannya dalam aktiviti PJK dan sukan. Cara terbaik adalah
dengan menggelek ratakannya dengan jentera penggelek.

5.2. Untuk mendapatkan trek 100 meter, terpaksa membuatnya menyerong dari
bucu ke bucu padang tetapi jarak lajakan di garis penamat sangat pendek
kerana terhalang oleh pagar. Olehkerana ada ruang untuk diluaskan panjang
padang, adalah dicadangkan projek peluasan ini.

5.3. Isu keselamatan adalah kritikal. Kewujudan longkang besar dan dalam di
sepanjang tepi padang mendedahkan murid-murid yang menggunakan
padang kepada bahaya terjatuh ke dalam longkang ini.

5.4 Terdapat kawasan semak tebal di sempadan padang dengan SMK Banang
Jaya di luar pagar kedua-dua buah sekolah dengan lebar 20 kaki. Dengan
pembinaan astaka mini di sini, kawasan semak ini dapat digunakan disamping
faedah-faedah lain kepada murid.
6. Lokasi Projek :

PraSekolah
Dew
Bilik Darjah an

Darjah
Bilik
Darjah
Bilik

Blok Pentadbiran

Surau

Gelanggang simen
terbuka

Sekolah
Kantin

Pagar
Projek Menambah Jarak Padang
Projek Menutup longkang

Projek Mini

Projek Menggelek Rata Padang


Lokasi Projek 1 : Menambah jarak trek

Lokasi Projek 2 : Menggelek rata padang


Lokasi Projek 3 : Menutup longkang dengan penutup konkrit

Lokasi Prjek 4 : Mini Astaka

You might also like