You are on page 1of 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2018


SEMESTER 2 TAHUN 4

TUGASAN 2: PORTFOLIO KEWANGAN

Nama Pelajar : MOHAMAD IKMAL HAQIM BIN MOHD SUHAIMI


Angka Giliran : 2018312340043
No. Kad Pengenalan : 991113-03-5235
Kumpulan /Unit : PISMPPJ 1618
Kod Kursus : KKWK 3013
Nama Kursus : KEUPAYAAN KEWANGAN
Nama Pensyarah : EN. AHMAD ASHRY B. ISMAIL
Tarikh Hantar : 26.12.2021
Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 MATLAMAT PORTFOLIO KEWANGAN 2
3.0 PENILAIAN TRENDA 3
4.0 DISKRIPSI PERNIAGAAN
4.1 JENIS PERNIAGAAN 4
4.2 NAMA, ALAMAT & OBJEKTIF PERNIAGAAN 4
4.3 LOKASI PERNIAGAAN 5
4.4 SASARAN PELANGGAN 5
4.5 WAKTU OPERASI 5
4.6 KAEDAH PENGURUSAN 6
4.7 PRODUK PERNIAGAAN 6
5.0 ANALISIS PASARAN
5.1 ANALISIS PESAING 7
5.2 PELAN PEMASARAN PRODUK 8 – 10
6.0 PELAN
6.1 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PERIBADI SEMASA 11
6.2 KOS PELABURAN BISNES 12
6.3 SUMBER PEMBIAYAAN BISNES 12
6.4 ANGGARAN JUALAN & KOS 13
6.5 ANGGARAN KEUNTUNGAN HARIAN, MINGGUAN & BULANAN 13 – 14
7.0 POTENSI MENCAPAI MATLAMAT KEWANGAN
7.1 PENCAPAIAN MATLAMAT KEWANGAN 15
7.2 RISIKO 15
8.0 PELUANG PENAMBAHBAIKKAN PERNIAGAAN 15 – 16
9.0 PENUTUP 17
RUJUKAN 18
1.0 PENGENALAN

Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang mustahak dalam semua urusan
kehidupan lebih-lebih lagi berkaitan dengan harta dan kewangan. Pengurusan kewangan
merujuk kepada perancangan dan kawalan aset serta hal ehwal kewangan termasuk
perbelanjaan, pendapatan, risiko dan kerugian. Konsep pengurusan wang adalah untuk
memastikan status aliran wang dapat diketahui samada mendapat keuntungan atau
kerugian. Menurut Nuraini Abdullah et, al (2010), amalan pengurusan kewangan
merangkumi aspek hutang, pelaburan, insurans, persaraan dan perancangan estet.

Pengurusan kewangan merupakan satu aspek yang penting dalam perniagaan.


Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan
memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala
tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan
membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.
Transaksi kewangan seharusnya dilakukan secara tersusun dan efektif bagi mencapai
matlamat kewangan sesebuah perniagaan. (Mohd Faizal et.al, 2019). Selain itu, simpanan
seseorang individu juga merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu diuruskan dengan
baik. Hal ini demikian kerana, pelaburan dan simpanan merupakan perkara yang utama
dalam memulakan perniagaan.

Pelaburan bermaksud kegiatan menggunakan wang dalam sesuatu urus niaga


dengan harapan akan mendapat keuntungan berlipat ganda pada masa hadapan.
Pelaburan ini juga dikenali sebagai penanaman modal. Selain itu, pelaburan juga
bermaksud pertukaran wang kepada aset agar aset tersebut akan mendatangkan
keuntungan dan memperoleh pertambahan nilai pada masa akan datang. Konsep pelaburan
ialah seperti pokok yang tumbuh dan membesar, akhirnya memberi pulangan kepada kita
dalam bentuk buah dan bunga (Sinar Harian, 2020). Seterusnya adalah simpnan. Simpanan
merupakan sejumlah wang yang disimpan di bank, atau institusi kewangan yang boleh
dikeluarkan dari semasa ke semasa apabila diperlukan. Wang yang disimpan hanya akan
bertambah sekiranya seseorang individu tersebut menambahnya. Simpanan biasanya
dilakukan untuk mencapai matlamat dan keperluan pembayaran jangka pendek dan berisiko
rendah.

Oleh yang demikian, pada tugasan ini saya telah menghasilkan satu portfolio
kewangan berkenaan dengan perniagaan yang akan saya jalankan. Portfolio ini mempunyai
beberapa aspek penting yang melibatkan diskripsi perniagaan, analisis pasaran, pelan
kewangan dan lain-lain.

1
2.0 MATLAMAT PORTFOLIO KEWANGAN

Portfolio kewangan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memudahkan saya


menguruskan atau menjaga aliran wang dalam perniagaan yang akan saya kendalikan
dalam tempoh masa lima bulan. Hal ini demikian kerana, sebaik sahaja tamat pengajian
sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, saya akan
menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebagai punca pendapatan bagi menampung
perbelanjaan saya sepanjang tempoh tersebut. Hasil keuntungan daripada perniagaan ini,
saya juga akan gunakan sebagai persiapan dan perbelanjaan saya apabila ditempatkan di
sekolah setelah sah menjawat jawatan seorang guru. Hal ini demikian kerana, saya perlu
bertanggungjawab dan berdikari dengan mencari wang simpanan sendiri untuk digunakan
pada masa akan datang dan tidak perlu menggunakan wang dari kedua-dua ibu bapa saya.
Oleh itu, saya telah menetapkan sasaran keuntungan dalam tempoh masa 5 bulan iaitu
sebanyak RM 5000. Modal perniagaan ini diperolehi melalui simpanan peribadi saya yang
sedia ada iaitu sebanyak RM 3000.

Selain daripada ingin menjana pendapatan, saya juga merancang perniagaan ini
dengan tujuan untuk menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan.
Melalui pengalaman ini, saya juga akan memperoleh banyak ilmu perniagaan sama ada di
bidang pengurusan, perakuanan, produk dan juga cara menguruskan kewangan dengan
lebih sistematik dan berkesan. Oleh itu, untuk mencapai matlamat kewangan perniagaan
seperti yang di impikan ini, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengurus
perancangan kewangan perniagaan ini dengan lebih efektif agar pengurusan kewangan
perniagaan saya menjadi lebih stabil. Menurut Abd Aziz Yusof (2003), perancangan
kewangan yang baik adalah faktor yang penting dalam pengurusan sesebuah perniagaan.

2
3.0 PENILAIAN TRENDA

Produk yang berasaskan minuman kopi buat masa sekarang menjadi kegilaan ramai
terutamanya golongan muda. Contohnya, mocha, caramel hazelnut, latte dan banyak lagi.
Minuman berasaskan kopi sebegini telah pun menjadi pilihan utama golongan muda apabila
mereka keluar bersama dengan rakan-rakan yang lain. Mereka juga menjadikan minuman
ini sebagai peneman mereka semasa membuat tugasan atau kerja secara online di rumah
atau tempat bertugas. Fenomena ini kebanyakkan berlaku di kawasan bandar dan selalunya
menjadi pilihan mereka walaupun harga bagi minuman berasaskan kopi ini adalah agak
mahal jika dibandingkan dengan minuman yang dijual di kawasan luar bandar. Harga paling
tinggi bagi minuman sebegini biasanya adalah antara RM10 hingga RM 20 bergantung
kepada jenis atau pilihan yang di pesan oleh pelanggan.

Pada masa yang sama, minuman jenis kopi sebegini mendapat pemintaan yang
tinggi juga daripada penduduk luar bandar. Hal ini demikian kerana, di Kok Lanas iaitu
tempat asal saya, kedai-kedai yang menjual minuman manis berunsurkan variasi kopi
mendapat perhatian yang banyak daripada mereka. Kebiasaannya, ramai pelanggan
terutamanya golongan remaja akan mengunjungi kedai-kedai ini selepas pulang dari
sekolah atau selepas pulang bekerja. Ini menunjukkan penduduk setempat di Kok Lanas
agak tertarik dengan produk minuman kopi ini.

Setelah diteliti secara terperinci, saya telah membuat keputusan untuk


melaksanakan perniagaan produk kopi dengan tawaran harga yang lebih berpatutan dan
sesuai untuk penduduk tempatan di Kok Lanas. Keputusan ini dibuat atas hasil pemerhatian
saya mengenai pembelian minuman Nasken Coffee dalam kalangan penduduk tempatan.
Produk tersebut akan dapat diperluaskan dan dikekalkan jika harganya disesuaikan dengan
status perbelanjaan serta kemampuan penduduk tempatan untuk membelinya kerana masih
ada permintaan dari pihak pengguna. Justeru, saya telah membuat keputusan untuk
membuat perniagaan minuman kopi ini kerana saya yakin bahawa perniagaan ini dapat
memberi pulangan dan keuntungan yang tinggi sekiranya perkhidmatan yang dijalankan
diurus dengan baik.

3
4.0 DISKRIPSI PERNIAGAAN

4.1 JENIS PERNIAGAAN

Perniagaan kopi cakep ini menyediakan pelbagai jenis minuman kopi, teh dan
juga minuman berperisa buah-buahan dan yang pasti dapat memenuhi cita
rasa para pelanggan dengan harga yang berpatutan. Sasaran pelanggan
adalah kepada semua masyarakat.

4.2 NAMA, ALAMAT & OBJEKTIF PERNIAGAAN

Nama Kedai Kopi Cakep

Logo Kedai

Alamat No 21, Taman Wirajaya, Kampung Kok Lanas, 16450


Ketereh, Kelantan

Objektif Menyediakan pelbagai jenis minuman yang dapat


memenuhi cita rasa para pelanggan dengan
menggunakan variasi yang unik

4.3
LOKASI PERNIAGAAN

4
Saya telah memilih satu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk di Kok
Lanas ini dan kawasan ini boleh dikatakan kawasan yang strategik untuk memulakan
perniagaan. Kawasan tersebut adalah berhadapan dengan SMK Kok Lanas dan
kawasan tersebut telah mempunyai tapak yang disediakan untuk peniaga-peniaga
kecil. Kawasan ini juga berdekatan dengan pusat pengajian seperti Politeknik Kota
Bharu, Klinik, Pasaraya Econjaya, kedai-kedai makan dan sebagainya. Jadi,
pemilihan lokasi ini amat sesuai bagi saya untuk menjalankan perniagaan kopi cakep
kerana kawasan ini adalah kawasan tumpuan orang ramai. Nuraini (2017) jelas
menyatakan bahawa pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting bagi
semua jenis perniagaan

4.4 SASARAN PELANGGAN

Sasaran pelanggan bagi perniagaan saya adalah kepada semua golongan


masyarakat yang merangkumi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
Memandangkan lokasi perniagaan berdekatan dengan sekolah dan juga politeknik,
jadi sasaran utama saya adalah kepada pelajar-pelajar tersebut Hal ini demikian
kerana, pada peringkat umur seperti mereka amat menggemari minuman-minuman
seperti ini.

4.5 WAKTU OPERASI

Hari Masa
Sabtu - Khamis 12.00 tengah hari – 6.00 petang
Jumaat Cuti

4.6 KAEDAH PENGURUSAN

Bagi urusan perniagaan ini saya akan dibantu oleh ahli keluarga saya iaitu
adik lelaki dan sepupu lelaki jika perlu. Oleh disebabkan perniagaan ini berbentuk
kecilan jadi saya ingin mengendalikan dengan daya usaha sendiri tanpa
menggunakan khidmat pekerja. Perniagaan ini juga tidak memerlukan tenaga kerja
yang banyak semasa menguruskan atau pun melaksanakan urusan jual beli.

4.7 PRODUK PERNIAGAAN

Nama Produk Harga


Classic series
Thai Tea RM 4

5
Green Tea RM 4
Latte RM 5
Mocha RM 5
Cappuccino RM 5
Hazelnut RM 5
Tiramisu RM 5
Vanilla RM 5
Chocolate RM 5
Caramel Milk RM 5
Brown sugar RM 5
Sweet sour series
Apple RM 5
Lychee RM 5
Mango RM 5
Strawberry RM 5
Guava RM 5
Add ons
Whipped cream + RM 1
Boba + RM 1
Orea + RM 1
Jelly + RM 1

5.0 ANALISIS PASARAN

5.1 ANALISIS PESAING

Melalui analisis yang saya lakukan, saya dapati lokasi tersebut merupakan
kawasan yang sangat sesuai kerana kawasan tersebut tidak mempunyai kedai
minuman kopi seperti perniagaan yang saya jalankan. Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa kedai atau gerai makan yang berhampiran dengan kawasan
perniagaan tersebut seperti Dimmo Delicious, Nasi Ayam Golek, Malegy Nasi Arab
dan AD Food Station. Namun, setelah saya mengunjungi kedai-kedai tersebut, saya
dapati kedai mereka tidak menyediakan menu minuman yang sama dengan
perniagaan minuman kopi saya. Keadaan ini mengurangkan persaingan pasaran
kepada saya kerana bentuk perniagaan kami adalah berbeza. Hal ini sedikit

6
sebanyak akan memberikan peluang untuk saya mendapatkan keuntungan yang
lebih semasa menjalankan perniagaan ini.

5.2 PELAN PEMASARAN PRODUK

Promosi Iklan Harga Perkhidmatan

7
Strategi pemasaran amat penting bagi menyampaikan maklumat produk,
mendapatkan pelanggan yang bersesuaian dan elemen utama kejayaan sesebuah
perniagaan (Lussier, Bandara, & Marom, 2016). Oleh itu, saya telah merancang
beberapa strategi pemasaran bagi produk saya. Pertama saya akan mengadakan
promosi jualan semperna pembukaan kedai kopi cakep ini. Tempoh promosi ini akan
berjalan dalam tempoh dua minggu. Sebagai contoh, meletakkan potongan harga
yang rendah sekiranya membeli lebih daripada satu. Tujuan promosi ini dijalankan
adalah merupakan proses atau cara untuk memberitahu, mengedarkan, memujuk
atau mempengaruhi pengguna untuk membeli produk tersebut. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk memperluaskan pasaran produk perniagaan kopi saya.

Seterusnya, saya akan menghasilkan


poster dan banting bagi tujuan pengiklanan
produk saya. Tujuan pengiklanan ini bukan sahaja
ingin memberi maklumat kepada pelanggan tentang produk yang dijual malah untuk
menambahkan penggunaan bagi produk perniagaan saya. Saya akan menggantung
banting yang dihasilkan dihadapan kedai serta memaparkan maklumat terperinci
mengenai perniagaan yang saya jalankan. Sebagai contoh, jenis-jenis minuman
beseta gambar yang menarik, nombor telefon bagi memudahkan urusan dengan
pelanggan dan slogan-slogan yang menarik yang berkaitan dengan perniagaan kopi

8
saya. Saya juga akan menyediakan poster-poster menarik bagi minuman-minuman
baru yang akan dijual dan juga bagi minuman yang mempunyai harga promosi.

Di samping itu, saya juga akan memanfaatkan rangkaian media sosial bagi
tujuan pemasaran produk perniagaan saya. Menurut Nor Aishah Buang dan Suriatie
Mohd Yunus (2017), penggunaan internet untuk tujuan pemasaran produk semakin
meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya usahawan wanita dan telah
dibuktikan bahawa media sosial memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan prestasi perniagaan. Saya akan menggunakan aplikasi Facebook
dengan mempromosikan produk ini di halaman web Jual Beli Kok Lanas agar
penduduk tempatan dapat menerima maklumat tentang kewujudan kedai saya dan
berpeluang untuk mengunjunginya. Saya juga akan memuat naik maklumat-
maklumat berkaitan dengan produk perniagaan saya seperti menu minuman, alamat
kedai, nombor telefon, gambar-gambar serta maklum balas pelanggan yang sudah
mendapat perkhidmatan dari kedai kopi cakep saya ini. Bukan itu sahaja, saya juga
akan menggunakan aplikasi Facebook ini untuk memberi informasi kepada
pelanggan tentang status penutupan dan juga waktu operasi. Hal ini akan
memudahkan pelanggan untuk merancang waktu yang sesuai bagi mengunjungi
kedai tersebut.

9
Akhir sekali, saya akan memberikan harga yang lebih murah dan berpatutan
berbanding kedai minuman kopi yang ada di sekitar Kota Bharu. Hal ini demikian kerana,
penggunaan harga yang rendah juga akan menjadi tumpuan para pelanggan untuk
mencuba dan membeli produk perniagaan ini. Seterusnya, saya juga akan memberikan
perkhidmatan yang cekap, pantas dan efektif dengan menawarkan perkhidmatan yang
murah dan senang untuk didapati. Hal ini supaya, para pelanggan akan berasa berpuas hati
dengan servis yang disediakan dan dapat menikmati produk yang di jual.

6.0 PELAN

6.1 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PERIBADI SEMASA

Butiran Aset (RM) Liabiliti (RM)


Akaun bank
Akaun simpanan 3000 -
Akaun semasa - -

10
Akaun simpanan tetap - -
Wang tunai di tangan 1000 -

Harta
Rumah - -
Kereta - -
Tanah - -

Pelaburan
Kumpulan Wang Simpanan - -
Pekerja (KWSP)
Amanah Saham - -

Pinjaman Bank - -

Jumlah 4000

PERKARA / MODEL JUMLAH (RM)


Pembelian aset tetap
Kanopi 150
Meja lipat kaki besi 160
Kipas 100
Belanja Permulaan
Daftar Perniagaan 60
Lesen Majlis Perbandaran (setahun) 300
Kos Operasi & Modal Kerja (Bulanan)
Air & Eletrik 100
Kos barangan
Serbuk minuman 300 6.2
KOS PELABURAN
Bekas BISNES
minuman dan penutup 200
Straw 100
Ais 150
6.3
Susu 150
SUMBER PEMBIAYAAN BISNES
Plastik 100
Lain-lain 150
Kos Pemasaran & Promosi
Banting & Poster 11 200

Jumlah kos pelaburan bisnes 2220.00


Saya mempunyai wang sebanyak RM 3000 di dalam akaun simpanan saya
dan sebanyak RM 1000 di tangan saya. Oleh itu, keseluruhan jumlah wang yang
saya miliki adalah sebanyak RM 4000 dan jumlah ini adalah mencukupi untuk
membiayai modal bisnes saya yang memerlukan kos sebanyak RM 2220. Hal ini
menunjukkan saya masih mempunyai baki dalam wang simpanan saya dan boleh
digunakan sewaktu kecemasan semasa dalam urusan jual beli ini.

6.4 ANGGARAN JUALAN DAN KOS

Anggaran jualan harian minuman saya adalah sebanyak 25 bekas. Jadi,


jadual di bawah merupakan anggaran kos bagi menyediakan 25 bekas minuman

Bahan Harga / Unit Kuantiti Harga


B
Serbuk e
minuman r d RM 25 /akg s 1 akg r k 25
RM a n
Straw RM 2.9 / 250 30 batang RM 0.35
batang
Bekas minuman dan RM 13 / 50 set 25 set RM 6.5
penutup
Susu RM 2.7 / 1 tin 5 tin RM 13.5
Plastik T RM 2 / 1 paket 1 paket RM 2
Add ons (oreo / boba / RM 6.00 / 1 paket 1 paket RM 6.00
jelly)
Whipping cream RM 22 / 400 g 400 gram RM 22
Jumlah anggaran kos harian untuk 25 bekas minuman RM 75.35
Kos purata satu bekas minuman RM 3.0
untuk sehari adalah sebanyak RM 75.35. Maka, dengan itu harga purata satu bekas
minuman ialah lebih kurang RM 3.00.

6.5 ANGGARAN KEUNTUNGAN HARIAN, MINGGUAN DAN BULANAN

Jadual di bawah menunjukkan anggaran untung harian, mingguan dan


bulanan bagi perniagaan minuman kopi cakep yang saya jalankan.

KOS TEMPOH
HARIAN MINGGUAN BULANAN
(28 hari)

12
Hasil jualan kopi cakep RM 5 x 25 RM 5 x 25 x 7 RM 5 x 25 x 28
(purata harga sebekas = RM 125 RM 875 RM 3500
minuman RM 5)
Penyediaan produk RM 76 x 7 RM 76 x 28
minuman RM 76 RM 532 RM 2128
Keuntungan bersih RM 49 RM 343 RM 1372

Seterusnya, jadual di bawah menunjukkan anggaran untung bagi tempoh 5


bulan saya menjalankan perniagaan ini.

PERKARA / MODEL JUMLAH DALAM TEMPOH 5 BULAN


(RM)
Hasil Jualan RM3,500 x 5 bulan = 17,500.00

Tolak: -

Kos menyediakan minuman RM 2,128 x 5 bulan = 10,640.00

7.0 UNTUNG
POTENSI KASAR
MENCAPAI MATLAMAT KEWANGAN 6860.00

7.1
Tolak: -
PENCAPAIAN MATLAMAT KEWANGAN

Kos operasi dan modal kerja (Bulanan)

Air dan eletrik 100


Serbuk minuman 300
Bekas minuman dan penutup 200
Straw 100
Ais 150
Susu 150
Plastik 100
Lain-lain 150

Jumlah kos 1250.00


UNTUNG BERSIH 5610.00

13
Keuntungan yang telah diperolehi daripada perniagaan minuman kopi cakep
ialah RM 5610.00. Jumlah keuntungan ini telah berjaya mencapai matlamat yang
telah saya tetapkan iaitu sebanyak RM 5000. Hal ini sedikit sebanyak telah
membantu saya untuk saya gunakan bagi menampung kos perbelanjaan saya ketika
bergelar seorang guru di sekolah nanti.

7.2 RISIKO

Risiko sinonim dengan dunia ekonomi dan kewangan kerana ia merupakan


satu cabaran bagi memperoleh sesuatu keuntungan (Zuhaili & Dahlan, 2017). Risiko
merupakan kemungkinan dan cabaran yang akan dihadapi oleh peniaga dalam
menjalankan perniagaan. Risiko yang mungkin saya perlu hadapi adalah berkenaan
dengan kerugian. Kerugian merupakan perkara yang paling ditakuti oleh peniaga-
peniaga sama ada peniaga besar atau kecil. Hal ini disebabkan, hasil jualan pada
hari tertentu tidak mencapai atau menepati sasaran, dan akan mengakibatkan
berlaku sedikit kerugian. Sebagai contoh, sasaran harian saya adalah 25 bekas
minuman. Sekiranya gagal mencapai sasaran tersebut saya terpaksa membuang
beberapa barangan yang mudah rosak dan tidak lagi boleh digunakan. Keadaan ini
akan menyebabkan kerugian kepada perniagaan saya.

Seterusnya, risiko yang mungkin menjejaskan perniagaan saya adalah disebabkan


bencana alam. Bencana alam yang boleh berlaku adalah seperti banjir, hujan, ribut,
gempa bumi kerana ia bergantung kepada iklim, cuaca dan kedudukan bentuk muka
bumi sesuatu tempat. Perniagaan kecil seperti gerai makanan dan minuman juga
bergantung kepada keadaan iklim cuaca. Keadaan cucaca akan memberikan risiko
yang besar kepada perniagaan minuman kopi cakep yang saya jalankan. Sebagai
contoh, cuaca hujan, banjir atau ribut. Hal ini akan menyebabkan, para pelanggan
mengalami kesukaran untuk singgah di kedai saya untuk membeli minuman yang
dijual. Selain itu, cuaca hujan juga menyebabkan pelanggan tidak ingin membeli
minuman yang dijual kerana akan menyebabkan mereka berada dalam kesejukan.

8.0 PELUANG PENAMBAHBAIKKAN PERNIAGAAN

Saya perlu bersikap proaktif untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan


diri bagi memajukan perniagaan. Hal ini demikian kerana, sikap proaktif akan
memberi kesan positif kepada pertumbuhan jualan, pulangan jualan dan juga
keuntungan. Shuhymee Ahmad dan Abdullah Abdul Ghani (2013) menyatakan
bahawa pembolehubah proaktif mempunyai kolerasi yang kuat dengan prestasi
perniagaan.

14
Antara usaha lain yang perlu saya lakukan bagi meningkatkan prestasi jualan
adalah dengan menjalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan organisasi lain.
Organisasi lain ini terdiri daripada pembekal, pengedar dan pelanggan (iaitu individu
yang terlibat dalam proses perniagaan). Menurut Azahari Ramli, Fadzil Mohd Husin,
dan Khairunnisak Ahmad Shakir (2013) turut menyatakan bahawa organisasi yang
memupuk dan mengekalkan hubungannya akan lebih berjaya dan mampu
menggalakkan kesetiaan pelanggan.

Seterusnya, saya akan berusaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik,


harga yang berpatutan, tingkah laku yang positif dan mesra untuk memastikan
hubungan sosial yang baik antara satu sama lain. Sebagai contoh, menambah
perkhidmatan COD (Cash on Delivery) kepada pelanggan. Tujuan COD ini bukan
sahaja untuk memudahkan urusan jual beli antara penjual dan pelanggan malah ia
juga merupakan satu alternatif bagi meningkatkan hasil jualan para peniaga. Di
samping itu, melalui kaedah COD ini, para peniaga dan pelanggan akan
mewujudkan satu hubungan sosial yang positif dan mesra. Hubungan sosial yang
baik antara peniaga dan pelanggan akan memberi impak yang positif dalam
memajukan perniagaan. Kajian oleh Nurdin, Chan, Selvadurai, dan Ishak (2014)
merumuskan bahawa jalinan hubungan sosial telah menyumbang kepada
perkembangan dan pemantapan perniagaan dalam kalangan usahawan.

Menurut Mohd Fauzi Mohd Jani, Suraiya Ishak, Abdullah Sanusi Othman,
dan Amal Hayati Ishak (2012) berpendapat bahawa masalah kewangan merupakan
salah satu masalah yang sering dihadapi oleh perniagaan kecil kerana sukar
mendapatkan bantuan kewangan daripada institusi atau agensi kewangan. Perkara
ini memerlukan setiap pengusaha perniagaan kecil menjadi lebih kreatif untuk
mencari jalan penyelesaian kepada masalah kewangan yang dihadapi. Oleh hal itu,
saya perlu mengadakan promosi di gerai saya untuk menarik lebih ramai pelanggan
sekaligus dapat mengurangkan risiko berlakunya masalah kewangan. Promosi harga
Kopi Cakep akan dilakukan pada setiap bulan dan juga pada sambutam-sambutan
tertentu. Saya akan menyatakan tarikh dan masa mengenai promosi yang akan di
adakan melalui aplikasi Whatsapp, Facebook dan juga poster. Sebagai contoh,
promosi semperna Hari Kemerdekaan “Pembelian RM 20 ke atas, berpeluang dapat
percuma 1” dan “20% diskaun sempena Hari Jadi”.

9.0 PENUTUP

15
Kesimpulannya, kemahiran pengurusan kewangan adalah amat penting bagi setiap
individu untuk memulakan sebarang perniagaan sama ada perniagaan yang berskala kecil
atau besar. Nazrolnizah Mohamad Noorzeli dan Muhammad Nubli Abdul Wahab (2017)
mengibaratkan peniaga kecil sebagai anak benih kepada usahawan dan kelahiran para
usahawan berskala kecil pada mulanya adalah berpunca daripada adanya mereka yang
berazam ingin memajukan diri melalui aktiviti yang boleh memberikan pulangan yang
lumayan ekoran daripada perkembangan aktiviti ekonomi.

Kegagalan perniagaan di peringkat awal penubuhan sesuatu perniagaan antaranya


adalah disebabkan oleh peniaga yang tidak memahami risiko dalam perniagaan mereka. Ini
mengakibatkan mereka mengalami kerugian besar terutamanya dalam aspek kewangan.
Secara amnya, para peniaga yang berkeupayaan mengenal pasti risiko dan tidak
mengabaikan risiko yang mungkin wujud adalah amat penting agar perniagaan tidak
terdedah kepada kegagalan di peringkat awal. Malah, ada segelintir sikap peniaga
beranggapan peluang perniagaan yang mereka ceburi adalah berisiko rendah. Hal ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya tidak memahami risiko-risiko yang ada
dalam perniagaan yang diceburi, tidak meletakkan keutamaan ke atas objektif yang dibuat,
mengambil langkah-langkah yang terlalu mudah bagi mencapai matlamat dan objektikf
perniagaan serta terlalu selesa dengan proses dan keadaan semasa. Setiap peniaga adalah
digalakkan memahami risiko yang boleh berlaku dalam perniagaan sama ada perniagaan
baru atau telah lama beroperasi.

Justeru, sebagai usahawan perlulah sentiasa mengecapi peluang yang ada dan
mula buat pelan yang strategik untuk memulakan aliran tunai berterusan. Apabila sudah
mempunyai perniagaan, usahawan tersebut juga perlulah sentiasa membuat
penambahbaikan dan pembaharuan agar dapat memaksimumkan keuntungan mereka
setiap tahun. Usahawan juga perlu bersedia dengan cabaran yang mendatang agar tidak
mudah menanggung kerugian.

RUJUKAN

16
Ab.Aziz Yusof. (2003). Prinsip Perakaunan. Selangor: Pearson Malaysia.

Azahari Ramli, Fadzil Mohd Husin, & Khairunnisak Ahmad Shakir. (2013). Impak Hubungan

Perniagaan Ke Atas Prestasi Organisasi: Penelitian Ke Atas Hubungan Dan


Pengaruh

Hubungan Perniagaan Ke Atas Prestasi Operasi Gudang Pengilang Di Semenanjung

Malaysia. Conference on Business Management Research.

Lussier, R. N., Bandara, C., & Marom, S. (2016). Entrepreneurship success factors: an

empirical investigation in Sri Lanka. World Journal of Entrepreneurship, Management

and Sustainable Development, 12(2), 102–112. http://doi.org/10.1108/WJEMSD-10-

2015-0047

Mohd Faizal, Suhaida Amin, Norajila Che Man & Noorfazreen Aris. (2019). Pengurusan

Kewangan Islam Dalam Kalangan Muslimpreneurs Menurut Perspektif Ilmuwan


Islam

di Malaysia. Online Journal Research in Islamic Studies.

Mohd Fauzi Mohd Jani, Suraiya Ishak , Abdullah Sanusi Othman, & Amal Hayati Ishak.
(2012).

Pencapaian, Permasalahan dan Strategi Perniagaan Usahawan Asnaf: Kajian Kes di

Negeri Selangor. Prosiding Perkem VI, 750-761.

Muhamad Zuhaili & Ahmad Dahlan. (2017). Risiko Terhadap Keuntungan Dalam Instrumen

Transaksi Masa Kini Menurut Fiqh Muamalat. Journal of Cintemporary Islamic Law,

Vol. 2(1)(2017).

Nazrolnizah Mohamad Noorzeli, & Muhammad Nubli Abdul Wahab. . (2017). Keupayaan

Usahawan Kecil Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan Menggunakan Kaedah

HRV Biofeedback. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 66-77.

Nor Aishah Buang, & Suriatie Mohd Yunus. (2017). Pendekatan Penggunaan Medium e-

Pemasaran Dalam Kalangan Usahawan Wanita. Journal of Global Business and

Social Entrepreneurship (GBSE), 47-57.

17
Nuraini Abdullah, Mohamad Fazli Sabri, Husniyah Abdul Rahim, Mohd. Amim Othman, Afida

Mastura Muhammad Arif, & Nurul Farhana Zakaria. (2010). Pengurusan Kewangan

dalam Kalangan Pekerja Muda. Jurnal Pengguna Malaysia, 16-34.

Nurdin, G., Chan, G. K., Selvadurai, S., & Ishak, S. (2014). Hubungan sosial dan perniagaan

kecil-kecilan di Malaysia - Tingkah laku inovatif usahawan wanita atas talian.


Malaysia

Journal of Society and Space, 206-218.

Sinar Harian. (3 Oktober 2020). Simpanan, Pelaburan, Sama Tetapi Tidak Serupa. Diakses

daripada https://www.sinarharian.com.my/article/103540/BISNES/Simpanan-
pelaburansama-tetapi-tidak-serupa

Shuhymee Ahmad, & Abdullah Abdul Ghani. (2013). Orientasi Keusahawanan dan Prestasi
Perniagaan: Pengaruh Penyederhana Gaya. Jurnal Pengurusan, 115-123.

18

You might also like