You are on page 1of 4

Terdapat enam tunjang dalam kerangka Kurikulum Standard Kebangsaan

Prasekolah (KSPK). Salah satunya ialah tunjang komunikasi. Tunjang komunikasi


menekankan kepada kemahiran komunikasi secara lisan dan bukan lisan semasa
berinteraksi. Tunjang ini memfokuskan kepada empat bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa
Inggeris, bahasa Tamil dan bahasa Mandarin. Namun hanya dua bahasa mesti dipelajari di
setiap prasekolah iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, manakala bahasa Tamil dan
bahasa Mandarin hanya dipelajari di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil sahaja. Secara umumnya, kemahiran bahasa merupakan keutamaan
dalam tunjang komunikasi dan menekankan kepada tiga kemahiran iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Oleh itu, kesemua
prasekolah wajib menitik beratkan tunjang komunikasi agar perkembangan literasi dan
komunikasi dapat ditingkatkan dalam diri kanak-kanak. Setiap aktiviti yang dilakukan di awal
usia kanak-kanak memberi impak yang amat besar. Bermain merupakan salah satu aktiviti
yang sesuai kerana menurut Rosny Maidin (2022), bermain merupakan elemen yang
penting bagi membangunkan kemahiran sosia; emosi, kognitif dan fizikal. Mengikut
Brockman (2011) dalam Rosny Maidin (2022), bermain bukan sahaja boleh merangsang
kemahiran sosial malahan meningkatkan tahap imaginasi dan membolehkan kanak-kanak
menyesuaikan diri dengan keadaaan di sekelilingnya. Oleh hal demikian, eloklah sekiranya
aktiviti yang didedahkan kepada mereka berkaitan dengan kerangka KSPK.

Antara aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam


kalangan kanak-kanak ialah cooking set, Rajah 1 atau dikenali juga sebagai main pondok-
pondok. Aktiviti ini sesuai dilakukan terutamanya di peringkat prasekolah kerana melalui
permainan ini kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran menulis, membaca serta
bertutur di awal usia. Perkara ini turut disarankan oleh Vygotsky yang mengatakan bahawa
permainan seumpama dengan sociodramatic play dapat meningkatkan perkembangan
komunikasi kanak-kanak (Jeremy E.S. & Patricia J.B., 2021). Dalam permainan ini kanak-
kanak akan menggunakan kemahiran imaginasi mereka kerana permainan ini ibarat lakonan
semula mengenai apa yang telah kanak-kanak lihat di sekeliling mereka. Boleh juga
dikatakan permainan ini menguji daya ingatan mereka kerana Mereka akan menjiwai watak-
watak dalam permainan cooking set ini seperti tukang masak, pembeli dan pelayan.
Permainan ini juga akan berlaku rombakan ataupun bermain secara bergilir-gilir supaya
kanak-kanak dapat merasai menjadi semua watak. Dengan cara ini, setiap kanak-kanak
dapat mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada.
Rajah 1: Contoh permainan cooking set.

Dalam permainan ini, kanak-kanak akan bertutur dengan rakan sebaya dan dipantau
oleh guru. Contohnya, bertanya mengenai menu yang terdapat di kedainya. Hal ini
bertepatan dengan standard kurikulum KSPK iaitu berinteraksi menggunakan ayat mudah.
Di sini, kanak-kanak akan berinteraksi sesama mereka. Antara contoh interaksi mudah itu
ialah “ada jual apa ya?”, kata pembeli. Kemudian yang memegang watak pelayan akan
jawab, “di sini ada jual ayam goreng”. Bagi kanak-kanak yang berumur empat tahun,
standard pembelajarannya ialah mendengar dan menyebut secara bertatasusila.
Contohnya, kanak-kanak menggunakan ayat mudah secara sopan untuk memberi respon
kepda rakannya seperti “berikan saya satu ayam goreng”. Mereka juga akan bersoal jawab
menggunakan ayat yang mudah dan kebanyakkan ayat yang digunakan oleh kanak-kanak
merupakan kata-kata yang sering digunakan di persekitarannya seperti mendengar ibu bapa
mereka memesan makanan di kedai makan. Boleh dikatakan bahawa kanak-kanak ibarat
span kerana mudah menyerap semua perkara dari segi tabiat, percakapan dan tingkah laku
yang berlaku di sekeliling. Hal ini bersamaan dengan standard kandungan bertutur untuk
menyampaikan idea, di mana kanak-kanak meluahkan idea tentang sesuatu perkara yang
pernah didengari, dialami atau dilihat.

Seterusnya, daripada permainan ini kanak-kanak dapat membina dan membaca


suku kata dan perkataan. Guru akan menyediakan menu yang mudah dibaca mengikut
tahap pembelajaran murid atau berdasarkan umur iaitu membunyikann suku kata terbuka
dan tertutup bagi yang berumur empat tahun. Manakala bagi yang lima tahun, membunyikan
maksimum tiga suku kata terbuka (KV+KV+KV) serta boleh membaca suku kata tertutup
(KVK+KVK). Bagi memastikan murid mencapai kehendak standard pembelajaran, guru
mestilah memasukkan senarai makanan yang menggunakan suku kata KV+KV+KV seperti
ke+la+pa dan to+ma+to. Bagi suku kata KVK+KVK pula, menu yang sesuai dipaparkan ialah
bis+kut dan cok+lat. Banyak lagi menu yang boleh dipaparkan seperti menggunakan suku
kata KV+KV, KVK, V+KVK, dan KV+KVK supaya kanak-kanak dapat mula membaca sedikit
demi sedikit bermula dengan tahap membaca yang mudah ke tahap yang lebih sukar.
Kemudian, murid yang menjadi pelanggan akan menggunakan kemahiran membaca untuk
memesan makanan kepada pelayan dan tukang masak turut menggunakan kemahiran
membaca untuk memahami pesanan yang ditulis oleh pelayan. Untuk memantapkan lagi
keberkesanannya, guru boleh meletakkan gambar makanan tersebut pada menu supaya
kanak-kanak dapat mengenali rupa makanan di samping dapat mengeja nama makanan
dalam senarai menu serta memberi peluang kepada pelajar yang kurang mahir membaca
untuk melukis gambar makanan yang dipesan.

Kemahiran terakhir yang dapat dikuasai berdasarkan permainan cooking set ialah
meningkatkan kemahiran pratulis. Kanak-kanak yang memegang watak sebagai pelayan
akan menggunakan kemahiran menulis ini bagi mengambil pesanan yang pelanggan
mahukan. Semasa mengambil pesanan, tugas gurulah dalam mengajar kanak-kanak cara
memegang pensel dengan betul, seelok-eloknya menggunakan pensel yang besar terlebih
dahulu. Hal ini kerana psikomotor kanak-kanak di awal usia masih lemah. Guru turut harus
menyediakan kertas yang mempunyai tulisan dot dot berkaitan dengan menu seperti di
Rajah 2, jadi kanak-kanak yang menjadi pelayan akan menulis menu yang dipilih
berdasarkan tulisan dot dot yang sedia ada serta dibantuan oleh menu supaya mereka
mudah meniru semula perkataan yang dipaparkan. Kanak-kanak dapat meningkatkan
koordinasi mata dengan tangan semasa menyalin menu. Sekiranya, kanak-kanak dapat
menyalin menu dengan baik maka perkembangan koordinasi mata dan tangan boleh
dikatakan berkembang dengan normal. Hal ini turut berketepatan dengan standard
pembelajaran murid empat tahun ke atas iaitu boleh menyalin perkataan. Kemahiran
penulisan penting kerana ia membantu dalam proses mengeja perkataan dengan cekap.
Oleh itu, kemahiran menulis harus didedahkan di awal usia.

Rajah 2: Contoh kertas yang guru harus sediakan dan kertas yang mempunyai
tulisan dot dot berserta gambar digunakan oleh pelayan untuk mengambil pesanan.
Kesimpulannya, tunjang komunikasi harus diwajibkan kepada kanak-kanak.
Sekiranya, komunikasi tidak diterapkan dalam diri kanak-kanak, mereka akan mempunyai
masalah dalam pembelajaran akademik, mempunyai masalah emosi, kurang keyakinan diri
dan sukar memahami arahan. Oleh itu, tunjang komunikasi merupakan elemen yang penting
untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Dengan adanya komunikasi lisan dan bukan lisan, kanak-
kanak dapat memperoleh kemahiran bertutur, menulis dan membaca. Aktiviti seperti cooking
set bukan sahaja boleh dilakukan di prasekolah, malah di rumah turut boleh bermain dengan
ibu bapa, adik beradik serta rakan sekampung. Jadi, ibu bapa harus membantu anak-anak
mereka dalam meningkatkan perkembangan komunkasi agar pembelajaran melalui
permainan yang dijalankan di sekolah dapat membuahkan hasil.

You might also like