You are on page 1of 1

Haikal Hakimie Bin

Mohd Aminudin

Kolej Aminuddin Baki,


43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Prof. Madya Dr. Mohd Khairi Zawi


Pensyarah Program Sukan Dan Rekreasi,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan. 24 Februari 2022
Tuan,
KEBENARAN DAN MAKLUMAN MENGGUGUR AHLI KUMPULAN UJIAN AMALI
Dengan segala hormatnya, saya Haikal Hakimie Bin Mohd Aminudin (A177858), pelajar
program sukan dan rekreasi fakulti pendidikan tahun 3 ingin memaklumkan kepada Dr
bahawa kumpulan amali saya iaitu kumpulan ujian kelajuan Lari Pecut 6 Saat bagi kursus
GGGF3123 Asas Pengukuran dan Penilaian Dalam Sukan dan Rekreasi Semester 1
2021/2022 ingin menggugurkan dua ahli kumpulan.
2. Saya bertindak sedemikian adalah kerana terdapat dua orang ahli kumpulan yang tidak
memberi komitmen langsung sepanjang melaksanakan dan menjayakan ujian amali ini.
3. Dua orang ahli kumpulan yang saya ingin gugurkan nama daripada kumpulan ujian amali
ini ialah saudari Zumika A/P Azmi (A177708) dan saudari Sasha A/P Azmi (A178483).
Mereka tidak memberi komitment sepanjang pelaksanaan ujian amali ini seperti tidak
menghadiri mesyuarat perbincangan tanpa sebarang alasan yang munasabah sehingga
menyusahkan proses pelaksanaan ujian amali ini dengan sempurna.
4. Dengan ini, saya meminta kebenaran Dr untuk menggugurkan nama mereka daripada
kumpulan ujian amali ini agar ujian amali ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Diharapkan
agar perkara ini mendapat pertimbangan daripada Dr.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

Haikal Hakimie Bin Mohd Aminudin

You might also like