You are on page 1of 33

KANDUNGAN

Borang Maklum Balas


Soalan
Penghargaan

1.0 Pengenalan
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
3.0 Fungsi Sastera Melayu
4.0 Contoh Karya Puisi Tradisional
5.0 Dua Karya Ciptaan Sendiri beserta
Ulasan
6.0 Rumusan

Rujukan
1.0
PENGENALAN
1.0 Pengenalan

● Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015),


kesusasteraan bermaksud karya seni yang
menggambarkan keindahan dalam aspek-aspek
isi atau daya pengucapannya dan disampaikan
melalui bahasa. Sastera dapat dijadikan sebagai
asas kepada pengukuhan jati diri bangsa
terutamanya golongan pelajar (Ani Omar, 2012).

● Terdapat banyak pendapat yang dikemukakan


berkaitan hubungan sastera dengan
masyarakat. Terdapat individu yang
mengatakan bahawa kesusasteraan ialah
manifestasi kehidupan manusia iaitu ekspresi
manusia. Terdapat pula individu yang
menganggap kesusasteraan sebagai suatu
aktiviti tamadun manusia yang melambangkan
pemikiran, falsafah, pendapat dan jiwa
masyarakat, mencerminkan kedudukan
masyarakat atau bangsa dari segi lahir dan
batin (Ismail Yusoff, 2008).
● Sehubungan dengan itu, dalam era globalisasi
yang berorientasikan sains dan teknologi serta
budaya digital ini, kesusasteraan melayu kian
dipinggirkan. Terdapat beberapa kenyataan
yang mengatakan bahawa sastera hanyalah
sesuai untuk pelajar yang lemah sahaja. Oleh
yang demikian, di mana letaknya nilai
kesusasteraan melayu kini? Sikap sesetengah
pihak yang tidak menghiraukan dan mengakui
bahawa pentingnya subjek sastera ini
dianggap seperti melupakan akar budaya
bangsa sendiri kerana permulaan perjalanan
dan perhentian hidup ini dikelilingi oleh dunia
kesusasteraan.

Oleh itu, kesusasteraan melayu perlu dimartabatkan


kembali dan dianugerahkan sebagai salah satu mata
pelajaran teras yang mampu meningkatkan jati diri
bangsa seterusnya membina pembangunan negara.
2.0
KONSEP
KESUSASTERAAN
MELAYU
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu

● Kesusasteraan melayu ialah karya asal


yang tertulis dalam Bahasa Melayu
berunsurkan keindahan dan kehalusan
yang berbentuk novel, cerpen, drama,
sajak, prosa tradisional atau puisi
tradisional bagi mengimbangi jasmani,
emosi, rohani dan intelek di samping
menunjukkan nilai kemanusiaan dan citra
masyarakat (Rahmat A. et al., 2022).

● Bagi semua bangsa di dunia, puisi


merupakan genre sastera paling
awal. Genre yang terdapat dalam
puisi tradisional ialah pantun, syair,
gurindam, seloka, talibun, mantera,
adat perbilangan, teka-teki,
peribahasa, rubai, masnawi dan
sebagainya.
● Pantun merupakan kaedah rangkapan
yang tertua dan memang asal kepunyaan
masyarakat Melayu dan pengungkapannya
mengandungi unsur pembayang maksud
dan maksud. Menurut Za’abaa (1965),
sebelum orang Melayu mengetahui tentang
surat menyurat, mereka sudah pandai
berpantun serta biasa berbalas-balas
pantun antara mereka. Berdasarkan isi
yang terdapat dalam pantun iaitu tema dan
persoalan, biasanya ia menyentuh hamper
keseluruhan tentang kehidupan
masyarakat Melayu.

● Pantun mempunyai 12 jenis dan


dibahagikan kepada fungsi serta
kandungan pantun itu sendiri. Jenis-jenis
pantun ialah pantun nasihat, menghibur,
menduga akal, meluah perasaan,
menyampaiakan hasrat seni,
menyedapkan cakap, menyampaikan
hasrat tersembunyi, agama, budi, jenaka,
percintaan dan juga perpisahan.
● Gurindam pula ialah satu bentuk puisi yang
tidak terikat atau tidak tentu bentuknya.
Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada
dua baris serangkap dengan menyerupai syair
dua baris atau nazam. Menurut Za’abaa,
gurindam merupakan syair yang melarat yang
tetap sukatan atau rangkapnya manakala
Sultan Muhamad Zain menyatakan ia sebagai
sajak yang terjadi dua baris, baris pertama
sebagai syarat dan baris kedua ialah akibat
(Rahmat A. et al., 2022).

● Syair merupakan jenis puisi berlagu yang


dikatakan berasal dari Parsi dan dibawa masuk
ke Nusantara Bersama-sama kedatangan
Islam. Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (2016),
syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu
‘sy’ir’ tetapi bentuk syair Melayu sangat berbeza
dengan bentuk syair dalam kesusasteraan
Arab. Walau bagaimanapun, Harun Mat Piah
(1989), menyatakan bahawa keseluruhan
pengkaji sependapat tentang syair berasal
daripada Bahasa Arab yang bermaksud puisi
secara umum.
● Menurut Harun Mat Piah (1989), seloka
berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu
‘shloka’ yang bermaksud berseloroh,
berjenaka atau menyindir. Seloka lebih
kepada pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang mengandungi pelbagai
unsur seperti jenaka, olokan, ejekan, gurau
senda dan sindiran serta bercorak karangan
berangkap atau bahasa berirama.

● Walau bagaimanapun, sindiran yang


terdapat dalam seloka seperti isi dan
mesej yang disampaikan amat berguna
dan dapat menjadi teladan serta
pengajaran kepada pendengar atau
pembaca.
3.0
FUNGSI SASTERA
MELAYU
3.0 Fungsi Sastera Melayu

● Alat Pendidikan

Unsur-unsur pengajaran, moral, atau ilmu pengetahuan yang tinggi


nilainya yang terdapat dalam prosa atau puisi dapat memberikan
pendidikan secara tidak langsung kepada para pembaca.

● Instrumen Perpaduan

Sastera mampu menjana pemikiran masyarakat ke arah keunggulan


berfikiran bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam semua
aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intektual. Ini dapat memberikan
kefahaman kepada generasi masa kini supaya menyemai dan
menanam sikap kesatuan dan perpaduan kaum demi keharmonian
negara tercinta.

● Alat Kawalan Sosial dalam Kehidupan Harian

Sastera boleh dijadikan sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan


seharian. Menurut Rahmat A. et al. (2022), melalui cerita rakyat,
anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan. Seterusnya, cerita rakyat juga menjadi rujukan bagi
menyelesaikan masalah dalam kehidupan masyarakat dan melalui
cerita-cerita lagenda pula terdapat tokoh yang menjadi sanjungan
satu-satunya masyarakat. Oleh itu, ia dapat memberi panduan kepada
mereka serta dapat menanam semangat tidak putus asa serta
membentuk anggota masyarakat supaya menjadi manusia yang
mempunyai wawasan dalam hidupnya.
● Dakwah

Ciri yang penting bagi membentuk pandangan sastera ialah nilai ijabiyah
(positif) dan waqiy’iyah (realistik) yang mendalami dan menilik sesuatu
sebagaimana adanya. Sastera dalam Islam itu perlu jelas berciri waqi’iy,
realistik, dalam erti melihat apa adanya. Oleh itu, dakwah lebih senang atau
mudah diingati dan difahami melalui medium sastera serta ia
menggambarkan perasaan dan isi hati mereka dalam bentuk sastera
tentang hubungan antara manusia dengan Tuhan, antara manusia dengan
alam.

● Medium Protes dan Kritikan Sosial

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), sosial dimaksudkan dengan


segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan
dan kritikan sosial pula dimaksudkan dengan penilaian atau pengajian
keadaan masyarakat pada satu masa. Kritikan sosial merupakan suatu
kritikan dan penilaian terhadap sesuatu yang dianggap menyimpang atau
melanggar nilai-nilai yang ada di dalam masyarakat. Contohnya, terdapat
karya sastera yang dihasilkan dan digunakan sebagai kritikan atau sindiran
kepada raja atau orang-orang bangsawan.

● Hiburan

Hiburan dalam karya sastera terhasil daripada keindahan kata-kata yang


diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera
untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan (lawak
jenaka) dan banyak lagi bertujuan untuk menarik minat pendengar.
Kepentingan hiburan dalam karya sastera akan menjadikan karya tersebut
diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai
masyarakat pada suatu ketika.
4.0
CONTOH KARYA PUISI
TRADISIONAL
4.0 Contoh Karya Puisi
Tradisional

i. Pantun
Apabila duduk menulis,
Jangan tertumpah dakwat,
Apabila duduk di majlis,
Jangan suka mengumpat.

Keluar kapal, naik kapal,


Warna kuning, warna merah,
Jadi anak jangan nakal,
Supaya guru tidak marah.
ii. Gurindam
Gurindam Beberapa Petua Hidup (Za’ba)

Fikir dan Kata


Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,


Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,


Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,


Boleh ditimpa bahaya besar.
iii. Syair
Syair Bidasari

Dengarkan tuan suatu Riwayat,


Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Ada raja suatu negeri,


Sultan Halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari,


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana,


Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

Baginda pun sedang dihadap orang,


Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda rajan yang garang,
“Gempar ini apakah kurang.”
iv. Seloka

Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,


Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.
5.0
KARYA PENGHASILAN
SENDIRI
5.0 Karya Penghasilan Sendiri

i. Pantun
● Pantun Nasihat

Sunyi malam diterangi bulan,


Kerlipan bintang indah tampaknya,
Malas jangan jadikan amalan,
Kelak hidup tiada tenangnya.

Pantun yang saya hasilkan ini merupakan pantun nasihat di mana ia


memberi peringatan kepada pembaca agar tidak menjadikan malas sebagai
amalan dalam kehidupan seharian. Setiap individu sudah pasti pernah
mempunyai rasa malas dalam diri disebabkan beberapa faktor seperti
persekitaran yang tidak kondusif, tidak mempunyai rakan, mempunyai
bebanan atau masalah dalam kehidupan dan sebagainya. Seseorang
individu itu perlu mencari jalan penyelesaian atau cara mengatasi perasaan
malas ini supaya perasaan tersebut tidak dibiarkan begitu sahaja dalam diri.
Hal ini kerana, apabila perasaan malas dibiarkan begitu dalam diri, ia akan
menjadikan perkara tersebut sebagai rutin harian dan dapat merugikan diri
individu tersebut kerana seperti yang kita tahu, tiada orang yang berjaya
dengan adanya perasaan malas dalam diri sendiri. Oleh itu, seseorang
individu perlulah rajin berusaha dan bekerja keras agar mendapat kejayaan
dan kemuliaan di dunia.
● Pantun Agama
Subur menghijau pokok pinang,
Buahnya dikutip gadis jelita,
Mata lelaki setajam pedang,
Tutuplah auratmu wahai wanita.

Pantun ini merupakan pantun agama di mana ia menceritakan


tentang aurat yang perlu dijaga oleh seseorang wanita. Menutup
aurat mengikut syarak adalah salah satu suruhan Allah SWT kepada
semua Muslimah. Islam sememangnya menggalakkan bahawa umat
islam agar mematuhi garis panduan syarak yang telah ditetapkan
dalam agama tidak mengira waktu sama ada ketika bersukan atau
beriadah terutamanya ketika melakukan aktiviti bersama lelaki dan
perempuan. Oleh yang demikian, wanita perlu menitik beratkan soal
berpakaian serta memakai pakaian yang mematuhi syariah bagi
mengelakkan daripada pandangan lelaki terhadap anggota badannya
seterusnya dapat menimbulkan fitnah. Oleh itu, tutuplah auratmu
wahai wanita kerana dirimu sangat berharga sehinggakan Allah SWT
perintahkan untuk menutupi keindahan diri daripada sebarang
pandangan.
● Pantun Kasih Sayang

Duduk sendiri seorang puteri,


Termenung melihat bungai teratai,
Kasih sayang ditanam dalam diri,
Nescaya hidup aman damai.

Pantun yang dihasilkan ini merupakan pantun kasih sayang yang


bermaksud kita perlu menyayangi diri sendiri terlebih dahulu
dan menghargai segala perkara yang kita telah lalui atau
lakukan. Hal ini demikian kerana ramai dalam kalangan
masyarakat sekarang sering mendepani pelbagai masalah dalam
hubungan tidak kira melinbatkan rakan, ibu bapa, keluarga dan
sebagainya. Faktor yang menyebabkan timbulnya masalah ini
adalah berpunca daripada diri seseorang individu itu sendiri
iaitu kurang atau tidak menyayangi diri sendiri. Ini kerana
seseorang individu itu perlu menyayangi dan menghargai diri
sendiri dahulu sebelum menyayangi orang lain. Sekiranya
seseorang itu dapat menyayangi dirinya, mereka juga akan
menyayangi dan lebih memahami orang di sekeliling nya
terutama sekali keluarga mereka. Oleh itu, masalah dalam
hubungan tidak akan timbul dan seseorang individu dapat
meneruskan kehidupan dengan aman dan harmoni.
ii. Gurindam
● Gurindam Alam Sekitar

Jika alam sekitar makin terancam,


Rakyat marah teruk mengecam.

Membakar hutan hingga botak,


Bila panas mula memberontak.

Asap kenderaan sini sana,


Udara tercemar batuk merana.

Buang sampah merata-rata,


Alam musnah, kita menderita.

Flora fauna perlu dijaga,


Udara segar kita bangga.
Rangkap pertama
Alam sekitar yang makin terancam pada zaman kini bukan disebabkan
perkara lain malah ia disebabkan oleh sifat rakyat atau masyarakat itu
sendiri dalam keadaan mereka sedar ataupun tidak. Oleh itu, alam
sekitar yang semakin terancam atau musnah dek sikap manusia, semakin
banyak keluhan atau kecaman yang dilontarkan oleh rakyat tanpa
mereka sedar ianya punca daripada mereka sendiri. Setiap individu
perlulah berfikir dahulu punca atau sebab sesuatu perkara itu berlaku
sebelum mengeluarkan kata-kata negatif atau kecaman terhadap isu
tersebut.
Rangkap kedua
Aktiviti berkaitan dengan hutan seperti penebangan,
pembalakan, pembakaran dan sebagainya kini berleluasa dan
berlaku secara tidak terkawal. Ini disebabkan oleh sikap
ketamakan terhadap wang ringgit dan desakan ekonomi yang
keterlaluan menyebabkan tahap kesedaran dalam diri individu
tentang kepentingan hutan dilupakan begitu sahaja. Oleh yang
demikian, aktiviti-aktiviti tersebut menyebabkan tidak berlaku
penyerapan gas karbon dioksida serta pembebasan oksigen
kepada manusia. Ini juga akan menyebabkan lapisan ozon
semakin menipis dan suhu bumi akan meningkat menyebabkan
pelbagai masalah yang akan timbul seperti sesak nafas, asma dan
sebagainya. Oleh itu, apabila suhu meningkat manusia mula
memberontak dan marah sedangkan perbuatan tersebut
berpunca daripada mereka sendiri.
Rangkap ketiga
Zaman kini kenderaan merupakan keperluan harian kepada
seseorang individu untuk melakukan rutin harian seperti bekerja dan
sebagainya. Kenderaan-kenderaan tersebut menghasilkan dan
melepaskan gas karbon monoksida, nitrus oksida, hidrokarbon ke
udara yang menyumbang kepada pencemaran udara. Oleh yang
demikian, kemudaratan, ketidakselesaan kepada manusia atau
organisma hidup akan berlaku terutamanya menganggu sistem
pernafasan. Bahan tercemar yang bebas di udara menyebabkan
penyakit Lelah dan akan mengurangkan fungsi paru-paru.
Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menyatakan bahawa disebabkan masalah pencemaran udara,
sebanyak 3.3 juta manusia kehilangan nyawa setiap tahun. Oleh itu,
pentingnya bagi setiap individu untuk mencegah masalah
pencemaran udara ini dengan berkongsi kenderaan ataupun
menggunakan kenderaan awam agar kesihatan manusia terjamin.
Rangkap keempat
Sikap segelintir manusia yang tidak cakna terhadap alam sekitar
menyebabkan timbulnya banyak masalah antaranya ialah sikap suka
membuang sampah merata-rata tanpa mengira tempat. Seperti
yang kita tahu, antara punca berlakunya wabak denggi di Malaysia
ini datangnya daripada sisa pembuangan sampah merata-rata oleh
segelintir manusia yang mempunyai sikap pentingkan diri serta
tidak mempunyai tanggungjawab dalam diri mereka. Oleh itu,
pembuangan sampah merata-rata bukan sahaja dapat menjejaskan
alam sekitar malah turut menjejaskan kesihatan seseorang individu
dan juga habitat benda hidup.
Rangkap kelima
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), flora dan fauna
merupakan tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada suatu masa dan
haiwan yang hidup di suatu tempat. Kepupusan flora dan fauna
akan menyebabkan hilangnya tumbuhan dan haiwan semulajadi di
muka bumi ini. Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang
penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar di bumi ini.
Tumbuhan hijau dapat membantu mengekalkan kandungan gas
oksigen di atmosfera manakala haiwan dan manusia pula
membebaskan gas karbon dioksida bagi meneruskan proses
fotosintesis. Sehubungan dengan itu, jika flora dan fauna dipelihara
dengan baik, keseimbangan alam sekitar dapat di kawal serta dapat
mewujudkan negara yang sihat, aman dan harmoni. Ini dapat
membanggakan diri sendiri sebagai penduduk yang prihatin,
bertanggungjawab dan cakna terhadap alam sekitar di bumi ini.
6.0
RUMUSAN
6.0 Rumusan

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya


masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang
indah, menyampaikan mesej dan menggambarkan
sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada
mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.
Menghayati sastera akan menyebabkan masyarakat
mengenali budaya serta nilai-nilai murni dan jati diri
yang terdapat dalam pelbagai karya yang telah
dihasilkan. Secara tidak langsung, ia dapat
meningkatkan jati diri dalam diri masyarakat serta
memberi kesan positif dalam kehidupan mereka. Oleh
itu, setiap lapisan masyarakat disarankan supaya terus
memelihara warisan kesusasteraan dan kebudayaan
Melayu agar ianya tidak pupus begitu sahaja seperti
peribahasa ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.
RUJUKAN
Rujukan
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ismail Yusoff. (2008). Kesusasteraan melayu lama dan baru. Penerbit

Universiti Utara Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Mohd Yusof Md Nor & Abd. Rahman Kaeh. (2016). Puisi Melayu tradisi.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar, A. (2012). Nukilan Sajak Merdeka dalam Membangunkan Bahasa,

Sastera dan Budaya Bangsa melalui Pengajian Kesusasteraan

Melayu: Nukilan Sajak Merdeka in Developing the Language,

Literature and Culture Through the Study of Malay Literature.

PENDETA, 3, 195–213. Retrieved from

https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1123

Rahmat, A., Zainuddin, M.N., Bakar, S.A., Hassan, A.R., Awang, H. (2022).

Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan melayu. Selangor:

Pustaka Al-Ehsan.

Za’ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.
TERIMA
KASIH !

You might also like