You are on page 1of 10

MBKP 1043

PENULISAN SKRIP UNTUK TELEVISYEN DAN RADIO

TUGASAN 2:
KERTAS CADANGAN PENERBITAN DOKUMENTARI MENGENAI
‘SMASHED BURGER’

NAMA PENSYARAH :
EN. MOHD DALY BIN DAUD

NAMA NOMBOR MATRIK

NUR AISYAH ALYA BINTI SHAMSUL ANUAR 20BC02007

PROGRAM IJAZAH :
BC02 IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI
(PENYIARAN)

SESI II 2020/2021
KERTAS CADANGAN
RANCANGAN
‘SMASHED BURGER’
PENGENALAN

‘SMASHED BURGER’

Daging yang dicincang juga dipenyekkan menjadi padat, lalu dibakar sehingga menjadi
empuk, keju yang cair apabila dilapik di atas daging tadi, diapit bersama dua roti bun yang gebu,
dipeluk pula dengan sayur salad yang rangup dan juga ‘caramelized onions’ serta diakhiri
dengan sos istimewa. Gabungan bahan-bahan ini merupakan antara salah satu juadah yang
dihasilkan oleh bekas juruterbang yang kini menjadi peniaga dan juga pengasas ‘Smashed
Burger’.

Muhammad Naeem Nasir ialah pengasas ‘Smashed Burger’ iaitu merupakan bekas
juruterbang Malaysia Airlines pada tahun 2014 sehingga tahun 2018. Beliau bekerja bersama
Oman Air dan selepas itu ditamatkan perkhidmatannya akibat daripada pandemik Covid-19 yang
berlaku sekitar April tahun 2020.

Beliau telah berkhidmat selama enam tahun, bersama Malaysia Airlines. Namun begitu,
beliau telah berpindah ke Oman selama dua tahun dari 2018 hingga April 2020. Setelah
diberhentikan, beliau mengambil keputusan untuk menukar kerjaya menjadi peniaga burger
jalanan untuk menyara diri dan keluarganya.

Maka, terwujudlah ‘Smashed Burger’. Smashed Burger mula beroperasi pada bulan Ogos
2020. Menurutnya, beliau mendapat inspirasi untuk membuat burger dari negara Oman. Beliau
dan isteri merupakan pencinta burger, dan semasa di Oman, mereka gemar memakan burger di
sana kerana keunikan burger tersebut.

Justeru, penerbitan dokumentari ini adalah untuk memperkenalkan dan juga


menunjukkan menu, cara buatan makanan yang unik serta latar belakang perniagaan ini yang di
bawa khas daripada negara jiran tetangga kepada penonton. Hal ini demikian kerana, media hari
ini cenderung untuk mempromosikan isu-isu atau produk-produk yang menarik perhatian orang
ramai lebih-lebih lagi golongan remaja. Dengan menerbitkan dokumentari ini, ia akan menarik
perhatian orang awam kerana ia merupakan isu yang baru dan juga menarik yang kini tular.
Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama sekali
kepada pihak TV3 dan juga pihak-pihak yang menjayakan dokumentari ini secara langsung atau
tidak seperti kru-kru yang terlibat kerana sudi terlibat dalam proses penerbitan dokumentari ini.

NAMA RANCANGAN

‘Aku Bukan Seorang Chef’ merupakan nama rancangan yang dicadangkan untuk tajuk
dokumentari ini.

Oleh itu, pemilihan nama rancangan tersebut adalah kerana pengasas ‘Smashed Burger’
merupakan seorang juruterbang yang ditamatkan perkhidmatannya kerana pandemik COVID-19
yang melanda. Sejurus beliau kehilangan kerja, tercetuslah idea untuk menubuhkan perniagaan
ini berdasarkan minatnya terhadap burger di negara Asia Barat itu supaya beliau dapat menyara
diri dan keluarga. Tajuk ini akan menarik perhatian penonton kerana akan wujudnya perasaan
ingin tahu siapakah individu bukan chef tersebut.

Berikut merupakan cadangan nama-nama rancangan selain yang telah dinyatakan di atas :

- Smashed Burger
- Dulu Pilot, Kini Chef
- Citarasa Oman

OBJEKTIF RANCANGAN

Rancangan ini menampilkan atau memperkenalkan produk atau makanan baharu kepada orang
ramai bagi mendedahkan orang awam dengan keunikan makanan negara luar.

Seterusnya, rancangan ini dilakukan untuk meluaskan lagi variasi pilihan isu yang terkini dan
juga ekslusif.

Bukan itu sahaja, rancangan ini dibuat bagi meningkatkan keusahawanan sosial di kalangan
belia.
KONSEP RANCANGAN

Rancangan ini diterbitkan dalam konsep dokumentari. Selain daripada menebubual mereka
yang berkenaan, rancangan ini juga akan menerangkan tentang pengisian program yang
merangkumi latar belakang, penceritaan produk, penubuhan perniagaan, pencapaian dan juga
keunikan perniagaan itu sendiri. Tambahan pula, penerbitan ini adalah sejenis penerbitan ‘special
one off’ iaitu merupakan dokumentari yang hanya disiarkan sekali sahaja pada masa dan hari
yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, banyak info atau maklumat yang menarik seperti keunikan jenis burger
yang digunakan oleh pengasas ‘Smashed Burger’ iaitu beliau menggunakan saiz ‘patty’ burger
yang dihancurkan dan lebih tebal lalu dimasak sehingga garing dan menggunakan ‘caramelised
onion’ dan juga sos istimewa sebagai sos burger tersebut. Penubuhan ‘Smashed Burger’ ini
berlaku secara langsung.

Hal ini kerana pengasas mengalami masalah dan diberhentikan kerja akibat pandemik
COVID-19. Maka, beliau berhasrat untuk menubuhkan perniagaan ini untuk meneruskan
kehidupannya. Pencapaian perniagaan menjual burger oleh Muhammad Naeem ini telah
mendapat sambutan yang luar biasa oleh masyarakat lebih-lebih lagi apabila beliau menceritakan
kisahnya di media sosial. Beliau dapat menjual 150 burger sehari namun selepas kisahnya dimuat
naik, sambutan lebih meriah malah ada orang yang datang dari jauh semata-mata hendak merasa
burger yang dijualnya.

Sementelahan itu, dokumentari ini mempunyai penyampai suara latar dan penyampai TV
atau lebih dikenali sebagai ‘host’ TV. Penyampai suara latar dokumentari ini ialah Safwan
Mokhtar dan ‘host’ TV ialah Nazrudin Habibur Rahman. Seterusnya, set pengrakaman
dokumetari ini adalah set penggambaran luar kerana dokumentari di buat di tapak perniagaan
‘Smashed Burger’ sendiri yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Kesemua kandungan ini akan diolah agar paparannya tidak mendatar serta gabungan
rakaman visual disokong dengan skrip dan cara penyampaian yang menarik. Oleh itu, para
penonton di luar sana akan tertarik untuk terus menonton dokumentari yang diterbitkan hingga
ke akhir siaran.

FORMAT RANCANGAN

‘Penerbitan kamera tunggal – SCP’ merupakan kaedah yang akan digunakan dalam produksi
dokumentari ini juga ditambah dengan variasi syot yang berbeza. Apabila ditambah dengan
gerakan kamera yang lancar, ia akan memberikan impak yang sangat besar terhadap keseluruhan
dokumentari ini.

‘Teaser’ berkaitan dengan pembakaran burger akan dimulakan pada awal rancangan
ini, ia akan memperkenalkan jenis-jenis burger yang terdapat dan sekaligus memperkenalkan
jenama ‘Smashed Burger’.

Diteruskan dengan latar belakang pengasas itu sendiri iaitu Naeem Nasir dan bagaimana
proses penubuhan perniagaan ini. Penceritaan proses masakan burger-burger tersebut juga akan
diterangkan dengan lebih lanjut. Bukan hanya sesi temu ramah yang bakal disajikan, tetapi
rakaman tentang burger, pekerja dan juga banyak lagi isu menarik. Rancangan ini menggunakan
SCP iaitu ‘Single Camera Production’ yang akan merakam semua bahan-bahan yang akan diedit
atau ubahsuai menjadi satu dokumentari yang lengkap dan menarik.

Latar belakang dokumentari ini menjelaskan tentang persoalan-persoalan yang bakal


ditanya oleh ‘host’ rancangan kepada pengasas ‘Smashed Burger’ iaitu Muhammad Naeem.
Persoalan-persoalan tersebut adalah seperti masa bekerja, cara menghasilkan burger, kuantiti dan
bahan yang digunakan, anggaran bilangan pelanggan yang berkunjung ke gerai burger tersebut
serta konflik lain yang terlibat.
DURASI RANCANGAN

Rancangan ini akan berdurasi selama 30 minit, diselitkan dengan iklan yang mengambil
masa dalam lima hingga tujuh minit. Sebagai keseluruhannya, intipati dokumentari ini akan
ditayangkan mengikut very durasi 21 hingga 23 minit dengan pecahan tiga ke empat segmen.
Hal ini demikian kerana, dokumentari yang padat dan pendek dapat mengekalkan perhatian
penonton untuk melihat dokumentari ini hingga ke penghujungnya.

BAHASA

Bahasa Melayu digunakan dalam dokumentari ini kerana ia merupakan Bahasa


kebangsaan negara Malaysia. Bukan itu sahaja, Bahasa Melayu juga perlu mengekalkan
martabatnya sebagai Bahasa yang paling utama dan kaya.

Hal ini kerana Bahasa Melayu telah digunakan sejak zaman dulu lagi sehinggalah
sekarang. Oleh itu, Bahasa Melayu perlu digunakan dalam dokumentari ini bagi memastikan
bahasa ini tidak ditinggal zaman dan dilupakan kerana bahasa-bahasa yang lain. Tambahan pula,
siaran yang digunakan untuk menyiarkan dokumentari ini merupakan siaran Bahasa Melayu iaitu
TV3. Tambahan pula, Bahasa Melayu digunakan dalam dokumentari ini kerana lebih difahami
oleh seluruh masyarakat di negara kita.

SASARAN RANCANGAN

Dokumentari ini juga sebagai wadah atau menjadi penunjuk aras bagi membuka minda
masyarakat dalam bidang makanan dan perniagaan. Rancangan ini dibuat untuk kepentingan
bersama yang merangkumi aspek-aspek kepelbagaian perspektif. Audiens sasaran adalah
dikategorikan untuk tontonan umum dan sesuai kepada setiap lapisan masyarakat dan peringkat
umur.

Dokumentari ini berfokus untuk menarik minat masyarakat terutamanya peniaga-peniaga


kecil di luar sana. Hal ini kerana mereka sebenarnya memerlukan perhatian daripada semua
pihak. Oleh itu, rancangan ini perlu dihasilkan bagi membela kepentingan bersama. Sasaran
penontonnya pula sudah tentu umum kerana tidak mengira agama, bangsa dan peringkat umur.
Bersesuaian dengan tujuan di atas, sasaran penonton utama rancangan ini adalah
masyarakat umum yang secara langsung atau tidak mereka sebenarnya memerlukan medium
untuk dijadikan bahan rujukan bagi memudahkan mereka untuk mengetahui serba serbi
maklumat tentang budaya makanan luar dan juga perniagaan.

Akhir sekali, paparan seperti ini sewajarnya memenuhi kehendak seluruh masyarakat
tanpa mengenal batasan umur, agama dan bangsa. Rancangan ini adalah untuk memenuhi elemen
penelitian yang dapat dijelaskan lagi adalah seperti di bawah ini.

Demografik:

- Jantina: Lelaki dan perempuan


- Umur: Umum kepada semua peringkat umur terutamanya remaja dan kanak-kanak. (6
hingga 60 tahun)

Psikografik:

- Isi dokumentari: Dokumentari ini pendek namun padat dengan info atau maklumat
tentang ‘Smashed Burger’.
- Cara penyampaian: Mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita
kerana menggunakan Bahasa Melayu.
- Nilai: Dapat memperkenalkan keunikan makanan baharu dan juga membuka minda para
peniaga-peniaga kecil untuk menjadi lebih maju dalam bidang perniagaan di negara kita.

SALURAN RANCANGAN

Rancangan ini telah memilih saluran TV3 untuk menyiarkan dokumentari tersebut.
Tujuan kami memilih saluran TV3 kerana saluran ini merupakan saluran utama
merupakan stesen televisyen swasta terestrial dan siaran percuma nasional pertama
di Malaysia milik Media Prima Berhad, konglomerat penyiaran dan media Malaysia. Bukan itu
sahaja, saluran ini menjadi stesen televisyen yang paling ditonton di Malaysia.
Tambahan pula, saluran TV3 dipilih kerana imej menyeluruh, dinamik dan fleksibel serta
mempunyai jumlah ‘rating’ tertinggi dan utama di kalangan masyarakat.

LOKASI

Lokasi penggambaran bagi dokumentari ini adalah di tapak perniagaan ‘Smashed Burger’
itu yang berada di dalam kawasan Restoran Nasi Kandar Zubair Bistro yang terletak di Bukit
Jelutong, Shah Alam. ‘Smashed Burger’ beroperasi di sebelah bangunan restoran tersebut
dengan hanya menggunakan dua buah khemah.

TALENT

Suara latar : Safwan Mokhtar.

Wartawan siaran : Nazrudin Habibur Rahman.

Safwan Mokhtar dipilih sebagai suara latar kerana Safwan merupakan juara Golden
Voice Award 2020 dan beliau dapat menggunakan bakat yang beliau ada untuk mempelbagaikan
intonasi dan suara mengikut skrip yang berbeza. Seterusnya, nama wartawan siaran yang
dicadangkan ialah Nazrudin Habibur Rahman kerana beliau berpengalaman dalam bidang
rancangan makanan. Sebelum ini, beliau merupakan ‘host’ dalam rancangan ‘Jalan-Jalan Cari
Makan’. Bukan itu sahaja, watak dan personality beliau yang ceria dan spontan dapat menarik
minat dan menghiburkan ramai penonton.
PENUTUP

Setelah rancangan ini dilaksanakan, kami ingin menyatakan harapan tinggi agar
dokumentari ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan atau kesukaran serta
dokumentari ini dapat menjadi dokumentari yang berilmiah dan memberi manfaat kepada orang
ramai terutamanya kepada para peniaga kecil atau besar di luar sana supaya dapat meneruskan
perniagaan ke arah yang lebih maju secara tidak langsung dapat meningkatkan imej perniagaan
ke peringkat antarabangsa.

Oleh itu, dokumentari-dokumentari yang bermanfaat seperti ini akan menjadi satu
dimensi penerbitan yang kreatif dan segar bagi program televisyen yang dicadangkan serta
pendedahan ini dapat diteruskan sehingga ke seluruh dunia bagi menjadikan negara kita sebagai
negara yang bermutu dalam bidang perniagaan.

You might also like