You are on page 1of 3

Kajian Kes

Kajian kes ialah pembelajaran melalui penerokaan yang melibatkan pengetahuan, pelibatan diri, kemahiran kreativiti dan
pengaplikasian metodologi sejarah. Pengalaman menjalankan kajian kes dapat menggalakkan kemahiran penyelesaian masalah
dan sikap ingin tahu. Kajian kes merupakan satu komponen dalam kurikulum sejarah yang wajib dilaksanakan sebagai pendedahan
kepada murid untuk mengaplikasikan KPS. Kajian ini juga melibatkan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta idea berdasarkan fakta-fakta sejarah. Kajian kes ini mesti dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Panduan Pelaksanaan Kajian Kes

Kajian kes adalah kaedah penyelidikan biasa digunakan dalam bidang sains sosial dalam bentuk penerangan.
Kajian kes ini mendedahkan dan melatih murid sebagai asas menjalankan kajian mengenai tokoh, tempat dan peristiwa dengan mengumpul
data, menganalisis maklumat dan dapatan serta melaporkan dapatan.

PENTAKSIRAN
Kajian kes ini membolehkan guru membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses PdP.
Guru perlu membuat perancangan, membina, mentadbir, menilai dan merekod serta melaporkan pencapaian murid.

Format kajian kes


1. Pendahuluan 2.Objektif 3. Kaedah Kajian(Temubual,pemerhatian,
4. Hasil dapatan 5.Kesimpulan dan cadangan 6.Lampiran 7.Rujukan

Langkah pelaksanaan
1. Pernyataan masalah 2.sorotan kajian 3.objektif kajian 4.Kaedah kajian 5.Sumber rujukan 6.Analisis data 7. Laporan kajian(persembahan grafik:jaduah/slaid
power point/peta I-think. Bentuk penulisan/perbentangan )

Contoh:1. Tema: 2.standard kandungan: 3.Penyataan masalah: 4.Isu:

Sekolah merupakan tempat kita menuntut ilmu dan menjadi kemegahan kepada semua murid. Bincangkan.
Cadangan persoalan untuk membantu murid mengembangkan idea.

1. Nama sekolah

2. Lokasi sekolah

3. Tujuan ke sekolah

4. Peristiwa yang menjadi kemegahan sekolah

RPH KAJIAN KES;3 JAM SETAHUN

Peperiksaan Akhir tahun sejarah: 60 %

40% kajian kes( 1 Johor) wajib buat pada tahun 2019

PBD:

1. Perlu buat borang Transit


2. Boleh guna RPH,tulis di RPH:_____ orang murid capai tahap______ kecuali _______ murid capai tahap 3
3. Tahap minima standard prestasi: 3, tahap 1,2:murid ponteng sekolah/bercuti.

You might also like