You are on page 1of 1

EI ( merangsang, mencungkil pengetahuan sedia ada murid)

- Kamu sudah mengetahui bahawa, jarak antara planet-planet dalam sistem suria kita adalah berbeza
antara satu sama lain, bagaimana pula dengan saiz, suhu, ketumpatan, tarikan grviti antara planet adakah
sama atau tidak?
- Adakah semua planet mempunyai lapisan atmosfera? Kalau semua planet mempunyai lapisan atmosfera,
apa yang kamu boleh bayangkan?
-

E2 ( membina pemahaman, mencari maklumat dan menjana idea)


- berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam buku teks pada muka surat 254 -257, setiap kumpulan di
minta membentangkan maklumat dan menyenaraikan ciri-ciri umum planet masing-masing dalam bentuk
jadual. ( Bahagikan murid kepada 8 kumpulan, setiap kumpulan mewakili satu planet dan dibekalkan
dengan kad manila dan pen berwarna atau guru telah memberikan tugasan dirumah kepada pelajar untuk
membuat pembentangan menggunakan powerpoint)
- berdasarkan maklumat dari pembentangan rakan-rakan kamu tadi, saya nak kamu lakarkan kedudukan
planet-planet ini berdasarkan jarak dari matahari dan terdapat maklumat tentang diameter, suhu, tarikan
graviti, ketumpatan dan bilangan bulan pada satiap planet.
- membina model sistem suria menggunakan kon dan bola. Cari kawasan lapang, pelajar diminta
menyusun kon dan bola mengikut kedudukan sistem suria. Susunan kon dan bola yang mewakili
kedudukan planet. Jarak setiap planet dari matahari di ubah mengikut skala yang lebih kecil. Pelajar
diminta untuk mengukur jarak dan menampal maklumat berkaitan planet pada kon. Ikat belon pada kon
bagi mewakili bulan yang terdapat pada planet.

E3 (guru memberikan input, murid memberi penerangan)


- Diantara 8 planet dalam sistem suria kita, planet mana yang sesuai dihuni mahkluk hidup?
- Mengapa planet yang kamu sebut itu sesuai untuk di diami oleh mahkluk hidup?
- Cuba kamu perhatikan ciri-ciri umum bagi planet marikh pada muka surat 256 dalam buku teks kamu,
adakah planet marikh sesuai untuk didiami?

E4 (murid mengembankan konsep)


- secara berkumpulan, murid diminta merancang percutian ke angkasa lepas dengan memilih sebuah
planet sebagai destinasi pelancongan.
- murid diminta mengumpulkan ciri-ciri planet dan bina poster pelancongan atau brosur iklan bagi
menarik minat rakan-rakan kelas untuk ke planet berkenaan.
- murid diminta membentangkan hasil mereka

E5
- Berikan soalan berkaitan sebagai penilaian ringkas bagi menilai pemahaman murid

You might also like