You are on page 1of 1

EI ( merangsang, mencungkil pengetahuan sedia ada murid)

- Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai kehidupan. Siapa bersetuju dengan
pernyataan ini? Mengapa kamu berkata demikian?
- Apakah faktor-faktor atau ciri-ciri yang kamu tahu, yang menyebabkan Bumi dapat menampung
kehidupan? (Bahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan, dan minta pelajar menyenaraikan ciri-ciri
tersebut.)

E2 ( membina pemahaman, mencari maklumat dan menjana idea)


- Kamu ada menerangkan tentang sumber yang merupakan ciri-ciri yang membolehkan bumi untuk
didiami, apa akan berlaku sekiranya sumber itu habis?
- Adakah sumber-sumber itu boleh diganti?
- Secara berkumpulan, kamu diminta mencari maklumat berkaitan planet2 lain yang sesuai untuk
didiami sekiranya bumi kehabisan sumber. Gunakan maklumat yang ada didalam buku teks atau
internet.
- Bentangkan idea kupulan kamu dengan persembahan multimedia.

E3 (guru memberikan input, murid memberi penerangan)


- apa itu jejak ekologi? Apa yang kamu tahu mengenainya? (guru menerangkan dengan
persembahan multimedia)
- terdapat berapa Kawasan dalam jejak ekologi dan apa dia?
- Apa akan berlaku sekiranya jejak ekologi melebihi kemampuan Bumi untuk memperbaharui
sumber?
Adakah jejak ekologi sama bagi setiap negara?

E4 (murid mengembangkan konsep)


- Dalam kumpulan yang sama, pelajar diminta membincangkan langkah-langkah dan kepentingan
mengurangkan jejak ekologi
- Setiap kumpulan dikehendaki mengumpulkan maklumat tentang langkah-langkah sebagai
pengguna dalam mengurangkan jejak ekologi dan kepentingan mengurangkan jejak ekologi
- Bentangkan hasil perbincangan kumpulan dalam bentuk persembahan multimedia.

E5
- Berikan soalan berkaitan sebagai penilaian ringkas bagi menilai pemahaman murid

You might also like