You are on page 1of 3

Tarikh : 28 Julai 2016 (Khamis)

Mata Pelajaran & Bilangan Murid : Sains Tingkatan 1, 25 orang


Tema/Topik : 2. Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
Masa : 2 jam
Bidang Pembelajaran : Bab 4 : Pembiakan
Standard Kandungan : 4.1 Pembiakan Seks dan Aseks
Standard Pembelajaran : 4.1.1 Membanding dan membezakan pembiakan seks dan aseks
bagi haiwan dan tumbuhan.
Aktiviti P&P : Inkuiri (Rujuk jadual di bawah)
EMK : Bahasa, Teknologi maklumat dan komunikasi
BBM : LCD, laptop, Science courseware, lembaran kerja, PowerPoint,
kertas mahjong, pen marker
Sikap Saintifik dan : Bekerjasama, Menyedari bahawa sains merupakan salah satu
Nilai Murni cara untuk memahami alam.

Pentaksiran : Tahap penguasaan 1-3


Refleksi :

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan Aktiviti PdP Catatan / Nota


Pembelajaran
Penglibatan 1. Guru menggunakan satu Science - Penggunaan Science
Courseware dan pelajar diminta untuk courseware
melengkapkan salasilah keluarga Adam
berdasarkan maklumat yang diberikan
kepada setiap ahli keluarga.

2. Aktiviti sumbangsaran bersama pelajar Soalan : Bagaimanakah


tentang proses pembiakan. salasilah keluarga Adam boleh
semakin berkembang?
3. Guru memperkenalkan standard
pembelajaran kepada pelajar.

1
Penerokaan 1. Guru memperkenalkan maksud dan jenis - Penggunaan
pembiakan kepada pelajar. Powerpoint

2. Pelajar dibahagikan kepada enam Soalan : Terangkan maksud


kumpulan. Setiap kumpulan akan dan cara pembiakan seks dan
membincangkan subtopik-subtopik berikut: aseks dengan menggunakan
bantuan gambar rajah.
Kumpulan 1 Pembiakan seks
Kumpulan 2 Belahan dedua
Kumpulan 3 Pertunasan
Kumpulan 4 Pembentukan spora
Kumpulan 5 Pembiakan vegetatif
Kumpulan 6 Penjanaan semula

3. Setiap kumpulan dibekalkan kertas


mahjong dan pen marker untuk
menyediakan hasil perbentangan masing-
masing.

Penerangan 1. Setiap kumpulan akan membentangkan - Sesi perbentangan


hasil dapatan/perbincangan masing- pelajar
masing.

2. Guru juga menayangkan Science - Penggunaan Science


courseware dan PowerPoint yang berkaitan courseware &
dengan setiap jenis pembiakan seks dan PowerPoint
aseks selepas setiap kumpulan
membentangkan tajuk masing-masing
untuk memantapkan lagi kefahaman
pelajar.

3. Pelajar-pelajar lain diminta mengemukakan


soalan semasa sesi pembentangan dan
kumpulan yang membentangkannya
dikehendaki memberi respon kepada
soalan yang dikemukakan.

Pengembangan 1. Sesi bersoaljawab antara guru dan pelajar


berkaitan pembiakan seks dan aseks
dengan menggunakan contoh lain selain
contoh yang telah dibentangkan tadi.

2. Pelajar diminta untuk membincangkan


persamaan dan perbezaan antara
pembiakan seks dan aseks.

Penilaian 1. Pelajar membuat rumusan tentang:


a) Maksud pembiakan seks dan
pembiakan aseks.
b) Jenis pembiakan seks dan aseks.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk


menguji tahap penguasaan pelajar.

2
3

You might also like