You are on page 1of 7

LAMPIRAN A: TEMU BUAL

SENARAI SEMAK PERSEPSI PEKERJA DAN MAJIKAN TERHADAP

PERANCANGAN PELAKSANAAN CUTI HAID (AKTA PEKERJA 1955) DI

MALASYSIA

BAHAGIAN A

Maklumat Kajian:

1. Kajian ini dijalankan oleh Aisyah Nuha Binti Ramly (Pelajar Ijazah Sarjana

Muda Kerja Sosial dengan Kepujian) dari Fakulti Sains Sosial Gunaan,

Universiti Sultan Zainal Abidin, kampus Gong Badak, Kuala Nerus,

Terengganu.

2. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji persepsi pekerja dan majikan

terhadap perancangan pelaksanaan cuti haid (akta pekerja 1955) di

Malasysia.

3. Penglibatan Tuan/Puan yang dihormati dalam kajian ini adalah secara

sukarela tanpa paksaan dengan mengikut garis panduan dan maklumat yang

diberikan hanya berdasarkan kajian yang dikaji oleh penyelidik. Oleh itu,

saya mengundang Tuan/Puan untuk melibatkan diri dalam kajian ini bagi

mengumpul maklumat yang diperlukan.


4. Segala maklumat dan perbualan yang dikongsikan oleh Tuan/Puan dalam

temu bual ini akan dirahsiakan dan hanya digunakan bagi kepentingan kajian

ini sahaja untuk membuat penulisan dalam laporan tesis dan kepentingan

akademik sahaja.

5. Tuan/Puan boleh merujuk Dr. Azlini Binti Chik, pensyarah universiti ketua

pusat Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA selaku penyelia dalam tesis ini di

alamat berikut:

Jabatan Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan, 21300 Kuala Nerus,

Terengganu.

Tel: +60 17-969 5512

6. Fax: +609-668 7895

Untuk rekod:
No. Siri:

Tarikh:

Masa:
Bahagian B:

PERSETUJUAN RESPONDEN

1. Saya yakin dan pasti bahawa saya telah membaca dengan teliti dan

memahami ‘maklumat kajian’ yang tertera. Oleh itu, dengan ini saya

mempunyai kesempatan untuk membuat penilaian maklumat

tersebut, dengan menanyakan soalan dan mendapatkan jawapan.

2. Saya menyedari penyertaan saya dalam kajian ini adalah dengan

kehendak sendiri. Justeru itu, saya berhak pada bila-bila masa sahaja

untuk mengundurkan diri daripada terlibat dalam kajian ini.

3. Saya bersetuju untuk direkodkan perbualan antara saya dengan

pengkaji dalam temu bual ini hanya untuk tujuan kajian sahaja.

4. Saya turut bersetuju untuk terlibat dalam sebahagian kajian ini dan

dengan rela hati memberi kerjasama yang penuh terhadap pengkaji.

5. Saya juga dengan rela hati untuk berkongsi maklumat tambahan

sekiranya pengkaji perlukan dan dibenarkan menghubungi saya

kembali.

Dengan menandatangani muka surat ini, saya mengakui dan mengizinkan

semua maklumat di atas.

Tandatangan :

No. Tel : 017-9728800


Bahagian C: Soalan Temu Bual

Seksyen 1: Profil responden

i. Nama : SHARIFAH NOR HALIZA BINTI SYED A RAHMAN

ii. Umur : 52

iii. Jantina : PEREMPUAN

iv. Pekerja/Majikan : PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

v. Nama organisasi/syarikat : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

vi. Jenis organisasi/syarikat kerajaan atau swasta : KERAJAAN

Seksyen 2: Persepsi pekerja dan majikan

i. Adakah anda bersetuju dengan perancangan pelaksanaan cuti haid terhadap

pekerja wanita di Malaysia? Ya

ii. Bagaimanakah dengan kelayakan jenis pekerja sama ada pekerja berkolar

putih atau berkolar biru atau kedua-duanya sekali yang layak mendapat

inisiatif cuti haid ini? Kedua-duanya

iii. Pada pendapat anda pihak kerajaan, oraganisasi atau syarikat perlu tetapkan

berapa hari maksimum untuk menawarkan inisiatif cuti haid ini? 2 hari/

bulan

iv. Bagaimanakah pendapat anda jika inisitif cuti haid ini diberikan dengan

bergaji, adakah rancangan ini patut diteruskan? Ya


v. Adakah dengan inisiatif cuti haid ini akan membantu meningkatkan prestasi

pekerja dan kemajuan oraganisasi/syarikat? Ya

vi. Pada pendapat anda adakah isu mengenai cuti haid ini merupakan isu serius

yang perlu dibahaskan dan diambil berat oleh pihak berkuasa serta

masyarakat Malaysia atau masyarakat Malaysia masih lagi belum bersedia

dan menganggap isu ini bukan perkara penting untuk dibahaskan pada

waktu ini? Pada pendapat saya isu ini perlu diberi perhatian dan

diambil berat kerana ia memberi kesan terhadap prestasi kerja .ianya

wajar dibahaskan kerana ianya merupakan isu global dan beberapa

negara lain telah pun berjaya mempraktikkannya.

vii. Adakah dengan perancangan pelaksanaan cuti haid ini akan

memperkasakan lagi hak-hak pekerja wanita di Malaysia? Ya

viii. Apakah pandangan anda mengenai cuti haid dan kesihatan fizikal dan

mental pekerja wanita? Cuti haid akan memberi peluang kepada

pekerja wanita yang mengalami masalah senggugut/ dismenorea untuk

menghadapi kesakitan yang dialami diruang yang lebih sesuai

khususnya dirumah. Dengan pelepasan cuti haid ini pekerja yang

menderita senggugut dapat merehatkan diri secara fizikal dan juga

mental dan dapat kembali fokus bekerja dengan lebih efisien setelah

kesakitannya reda.

Seksyen 3: Implikasi yang akan berlaku terhadap pekerja dan majikan jika cuti

haid dilaksanakan
i. Apakah pendapat anda sebagai pekerja lelaki/ majikan adakah dengan

pelaksanaan cuti haid ini akan berlaku ketidakpuashatian atau mencetuskan

ketidakadilan antara pekerja lelaki mahupun pekerja perempuan yang tidak

mengalami menstruasi/ sakit haid ini? Tidak timbul soal ketidakadilan

kerana ianya adalah cuti akibat sakit sepertimana cuti bersalin dan

cuti sakit yang lain.

ii. Adakah pelaksanaan cuti haid di Malaysia akan merugikan pihak

organisasi/ syarikat dari segi ekonomi dan tenaga kerja? Pada dasarnya

tidak kerana secara umumnya peratus pekerja yg mengalami

senggugut teruk dalam sesebuah organisasi ini adalah sangat kecil dan

ianya dapat ditangani oleh syarikat tanpa implikasi yang besar.

iii. Apakah implikasi lain yang mungkin akan berlaku terhadap organisasi/

syarikat sekiranya cuti haid dilaksanakan di Malaysia? Syarikat mungkin

perlu merangka pelan bagi memastikan operasi syarikat berjalan

lancar dan tidak terjejas dengan pemberian cuti haid.

iv. Pada pendapat anda adakah dengan pelaksanaan cuti haid ini akan

menyebabkan berlakunya pengurangan pengambilan pekerja wanita oleh

organisasi/syarikat? Tidak dapat dinafikan kecenderungan mengambil

pekerja lelaki oleh syarikat disebabkan kelayakan pelepasan cuti khas

kepada pekerja wanita seperti cuti bersalin dalam tempoh yang

panjang. Jadi ini bukanlah isu yang baru. Walaubagaimanapun tahap

kompetensi pekerja itu sendiri yang akan menjadi ukuran utama.

v. Pada pendapat anda, adakah akan berlaku isu penipuan oleh pekerja wanita

memperoleh cuti haid untuk kegunaan peribadi dan bukannya kerana sakit
haid/ menstruasi? Ianya bergantung kepada kebijaksanaan pihak yang

meluluskan cuti. Penipuan boleh berlaku bukan saja dalam kes

dismenorea tetapi sama juga seperti kes-kes cuti sakit yang lain. Sudah

tentu perlu ada bukti atau pengesahan dari pakar perubatan yang

mengesahkan pekerja tersebut mengalami dismenorea.

Seksyen 4: Langkah dalam mencegah isu penipuan cuti haid

i. Bagaimanakah langkah atau peraturan yang sesuai oleh pihak berkenaan

untuk mencegah berlakunya isu penipuan cuti haid ini? Pengesahan dari

pegawai perubatan.

ii. Adakah kerajaan perlu memainkan peranan menetapkan undang-undang

dan peraturan khusus berdasarkan nasihat badan kesihatan? Adalah lebih

baik jika kerajaan dapat menyelaraskan garis panduan asas cuti haid

kepada semua majikan.

iii. Adakah kerajaan atau organisasi/syarikat perlu menyediakan tempat khas

seperti klinik kesihatan panel dengan organisasi/syarikat tersebut untuk

membuat pemeriksaan terhadap pesakit menstruasi/ sakit haid ini bagi

memberi kelulusan cuti haid? Ya

iv. Bagaimanakah pendapat anda sekiranya pihak berkuasa atau

organisasi/syarikat menetapkan syarat khusus agar pemeriksaan terhadap

pesakit tersebut hanya dilakukan oleh petugas perempuan agar tidak

melakukan pemeriksaan secara luaran atau fizikalnya sahaja oleh petugas

lelaki? Bergantung kepada kebolehsediaan petugas.

You might also like