You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

86400 BATU PAHAT


JOHOR

TUGASAN INDIVIDU
NAMA KURSUS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
KOD KURSUS BBD 10202
NAMA PENSYARAH DR. NORKHAIROLIZAH BINTI HAMZAH
TAJUK TUGASAN
ANALISIS KRITIKAL TENTANG KEBERKESANAN LAMAN WEB PILIHAN DALAM
MENCEGAH PENYAKIT MENTAL
NAMA PELAJAR ERVINNO JAYA ANAK TIMBAN
NO MATRIKS DB220130
SEM/SESI SEMESTER 2 SESI 2022/2023

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


VOKASIONAL (MULTIMEDIA KREATIF)
DENGAN KEPUJIAN
KOD PROGRAM BBF

TARIKH HANTAR TUGASAN 15 JUN 2023


ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Analisis Kritikal………………………………………………………………………….m/s 3


1.2 Objektif Analisis Kritikal……………………………………………………………….m/s 3

BAB 2 ISI KANDUNGAN LAMAN WEB YANG DIKAJI

2.1 Portal My Health For


Life………………………………………………………………………………………………m/s 4-5

2.2 Laman Web The Mind Hub……………………………………………………………..m/s 5


BAB 3 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN LAMAN WEB YANG DIKAJI

3.1 Kelebihan Portal My Health For Life………………………………………………….m/s 6-7

3.2 Kekurangan Laman Web Portal My Health For Life……………………………….m/s 7

3.3 Kelebihan Laman Web The Mind Hub……………………………………………….m/s 8


3.4 Kekurangan Laman Web The Mind Hub…………………………………………….m/s 9

BAB 4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PADA LAMAN WEB YANG DIKAJI


4.1 Definisi Penambahbaikan……………………………………………………………..m/s 10
4.2 Penambahbaikan Pada Laman Web Portal My Health For Life…………………m/s 10-11
4.3 Penambahbaikan Pada Laman Web The Mind Hub………………………………m/s 11

BAB 5 KESIMPULAN………………………………………………………………………..m/s 12
RUJUKAN……………………………………………………………………………………..m/s 13
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Analisis Kritikal


Analisis kritikal merupakan satu bentuk pemeriksaan dan penilaian berkaitan teks, imej, atau
kerja. Analisis kritikal ini melibatkan pemecahan idea atau pernyataan, seperti tuntutan, dan
menuduhnya kepada pemikiran kritis untuk menguji kesahihannya. Perlaksanaan analisis kritikal
ini bukanlah bermaksud untuk mencari kesalahan dalam kerja. Sebaliknya, melalui analisis kritikal
yang bijak, ia dapat membantu kita dalam memahami interaksi elemen tertentu yang
menyumbang kepada kuasa dan keberkesanan kerja.

1.2 Objektif Analisis Kritikal


Tujuan analisis kritikal ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan mengenai isi kandungan
dalam laman web yang berkaitan dengan konsep kesihatan mental. Kesihatan mental tidak
mempunyai satu definisi yang tetap. Hal ini kerana, takrifan mengenai kesihatan mental telah
dipengaruhi oleh perbezaan budaya, penilaian yang subjektif dan teori professional. Kesihatan
mental merupakan asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi
secara efektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk
menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

Terdapat tiga perkara yang akan dikaji dalam kajian ini, iaitu :

i. Isi kandungan laman web yang dipilih.

ii. Kelebihan dan kekurangan laman web yang dipilih.

iii. Cadangan penambahbaikan pada laman web yang dipilih.

Tiga isi utama ini akan dihuraikan dalam laporan analisis kritikal ini. Huraian tersebut bertujuan
untuk mengesan kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam laman web yang dipilih. Melalui
laporan ini, penulis akan mendapat ilham untuk membuat kandungan yang menarik dan menarik
lebih ramai pembaca untuk melayari laman web tersebut. Melalui laporan ini juga, ia akan dapat
memberikan manfaat kepada pembaca. Hal ini kerana, melalui penambahbaikan yang dibuat,
pembaca juga akan dapat mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan senang untuk
dibaca.

3
BAB 2

ISI KANDUNGAN LAMAN WEB YANG DIKAJI

2.1 Portal My Health For Life


Portal My Health For Life merupakan laman web yang dibangunkan oleh Jabatan Bahagian
Pendidikan Kesihatan Malaysia. Tujuan laman web ini dibangunkan adalah untuk memperkasa
dan menggalak individu supaya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri dengan
menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan secara dalam talian. Laman web ini
dibangunkan juga adalah bertujuan untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan
berkualiti bagi kumpulan sasaran tertentu secara mudah dicapai serta difahami.

Portal ini mengandungi pelbagai maklumat menarik dan terkini mengenai masalah
kesihatan dan isu semasa yang berlaku di Negara Malaysia. Maklumat yang dimuat naik dalam
laman web tersebut sangat membantu para pembaca untuk mencari maklumat dan mengetahui
tentang isu semasa yang berlaku. Laman web ini juga menyediakan pautan yang memudahkan
pembaca untuk mengikuti aplikasi media sosial My Health. Masyarakat pada zaman sekarang
harus diakui agak kurang gemar dalam membaca. Sebaliknya, mereka lebih gemar untuk melihat
video yang kreatif untuk memahami tentang sesuatu perkara. Melalui aplikasi media sosial My
Health, sudah tentu ia mampu untuk menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui tentang
perkara-perkara berkaitan penyakit dan isu semasa yang berlaku.

Seterusnya, selain daripada penyediaan maklumat mengenai penyakit dan isu semasa,
portal My Health ini juga menyediakan halaman bagi pembaca untuk mengetahui maklumat
tentang masalah mental. Halaman yang dimaksudkan adalah halaman ‘Let’s Talk Minda Sihat’.
Terdapat pelbagai fungsi, panduan dan mesej yang disediakan oleh penulis Portal My Health For
Life pada halaman ini. Setelah membaca dengan teliti halaman tersebut, didapati bahawa ada
sebuah mesej yang telah disediakan pada halaman tersebut dan mampu membantu pembaca
untuk menangani tekanan dalam kehidupan. Mesej yang dimaksudkan adalah Mesej ‘Take 5’.
Mesej ini memberikan panduan mengenai langkah yang harus dilaksanakan bagi membantu
menangani tekanan.

4
Akhir sekali, laman web ini juga menyediakan bahan-bahan menarik seperti infografik ,
poster dan video yang berkaitan dengan masalah mental. Untuk pembaca yang berfikiran kreatif,
mereka akan lebih gemar untuk melihat maklumat disampaikan dalam bentuk video atau
infografik. Setelah meneliti video dan infografik yang disediakan, didapati bahawa kandungan
video dan infografik tersebut adalah menarik dan jelas. Hal ini akan membantu pembaca untuk
memahami dengan lebih mudah mengenai mesej masalah kesihatan mental yang ingin
disampaikan.

2.2 Laman Web The Mind Hub


Laman web ini merupakan laman web yang dibangunkan oleh Persatuan Kesihatan Mental
Malaysia (MMHA). Persatuan ini merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan bukan
berasaskan keuntungan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Persatuan ini
diuruskan oleh jawatankuasa terpilih yang terdiri daripada orang yang berminat dan profesional
dalam komuniti, termasuk penjaga orang yang menghidap gangguan mental.

Laman web ini dibangunkan bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan mental dalam
komuniti dan memberi sokongan untuk orang yang mengalami masalah kesihatan mental. Bentuk
perkhidmatan adalah melalui penyediaan perkhidmatan sokongan, pendidikan, latihan,
penyelidikan dan advokasi.

Selain itu, laman web ini juga menawarkan perkhidmatan kaunseling. Motif atau tujuan
laman web ini dapat dilihat dengan jelas pada halaman utama. Mesej yang disampaikan juga
adalah jelas dan membantu pembaca untuk memahami tentang perkhidmatan yang ditawarkan
oleh laman web tersebut.

Seterusnya, laman web ini juga mengandungi halaman yang menawarkan kursus
mengenai kesihatan mental iaitu ‘Mental Health First Aid’. Kursus sebegini dapat memberikan
manfaat kepada pembaca yang berminat dan juga kepada masyarakat sekeliling. Selain daripada
belajar mengenai masalah kesihatan mental, peserta juga dapat menggunakan ilmu tersebut
untuk membantu insan di sekeliling mereka. Bak kata peribahasa, sambal menyelam minum air.

Akhir sekali, laman web ini juga menyediakan halaman mengenai maklumat bantuan
perkhidmatan therapist. Melalui halaman ini, pembaca atau individu yang mengalami masalah
kesihatan mental boleh mendapatkan bantuan perkhidmatan therapist. Halaman ini juga
menyediakan nombor talian yang dapat dihubungi untuk memudahkan urusan individu yang ingin
mendapatkan bantuan perkhidmatan therapist.

5
BAB 3

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN LAMAN WEB YANG DIKAJI

3.1 Kelebihan Portal My Health For Life

Setelah melakukan kaji selidik mengenai laman web yang dipilih ini, terdapat beberapa kelebihan
yang terdapat pada laman web Portal My Health For Life.

i. Mempunyai Maklumat Yang Lengkap

Laman web Portal My Health For Life ini mempunyai maklumat yang lengkap dan terkini. Hal ini
kerana, pengkaji telah membuat kaji selidik dengan menguji segala fungsi yang ada pada laman
web tersebut dan didapati bahawa laman web ini mempunyai banyak maklumat mengenai
masalah kesihatan dan juga maklumat mengenai masalah alam seperti banjir. Maklumat-
maklumat yang disediakan merupakan maklumat yang mudah dibaca dan juga lengkap dari segi
panduan serta definisi mengenai masalah kesihatan seperti Covid 19, penyakit influenza dan
penyakit polio. Selain daripada penyakit tersebut, maklumat dan panduan mengenai masalah
kesihatan mental turut disediakan. Melalui maklumat yang lengkap ini, ia membolehkan pembaca
untuk membuat pencarian info penting berkaitan penyakit yang dihadapi atau masalah yang
dihadapi.

ii. Menyediakan Platform Aplikasi Media Sosial

Aplikasi media social merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan masyarakat pada zaman
kini untuk berhubung antara satu sama lain. Aplikasi ini juga membantu dalam penyebaran
maklumat yang penting.. Masyarakat pada zaman sekarang lebih gemar sekiranya maklumat
penting disampaikan melalui aplikasi media sosial. Tindakan Jabatan Pendidikan Malaysia yang
menyediakan jalan pintas kepada platform aplikasi media sosial mereka ini menandakan mereka
sangat peka dengan kegunaan aplikasi media sosial yang menjadi pilihan ramai seperti Tiktok
dan Instagram. Setelah diselidik, didapati bahawa kandungan yang dimuat naik dalam aplikasi
media sosial Jabatan Pendidikan Malaysia ini juga kreatif dan menarik. Melalui penyampaian
yang kreatif dan menarik, ia boleh membantu golongan yang muda seperti kanak-kanak serta
remaja untuk memahami mengenai masalah kesihatan mental.

6
iii. Menyediakan Nombor Talian Sokongan

Selain daripada penyediaan platform media sosial, nombor talian sokongan juga amat penting
untuk disediakan. Melalui nombor talian sokongan ini, ia memudahkan pembaca untuk
merekodkan nombor yang boleh dihubungi sekiranya terdapat kecemasan yang berlaku. Nombor
talian sokongan ini juga boleh membantu dalam memberikan panduan sekiranya pemanggil yang
menghubungi nombor talian sokongan mengalami masalah kesihatan mental, penderaan dan
memerlukan sokongan moral.

3.2 Kekurangan Laman Web Portal My Health For Life


Laman web Portal My Health For Life merupakan sebuah laman web yang membantu dalam
menyampaikan maklumat yang penting mengenai isu semasa dan memberikan bantuan
perkhidmatan khas untuk kesihatan mental. Namun begitu, setelah diselidik mengenai laman web
tersebut, ternyata terdapat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki.

Antara kekurangan yang dapat dikesan adalah :

i. Maklumat yang Belum Dikemaskini

Setelah dibaca dan diselidiki, ternyata maklumat yang disediakan adalah bukan maklumat yang
terkini. Hal ini kerana, tarikh kemaskini yang tertera pada laman web adalah pada 8 september
2021. Walaupun ia dikira agak terkini, ia masih tidak menyediakan maklumat atau panduan
terbaru dalam menangani masalah seperti buli siber. Semakin meningkat tahun, semakin
meningkat juga fungsi teknologi terkini. Melalui peningkatan teknologi ini, semakin ramai individu
sekarang mengalami masalah kesihatan mental akibat daripada buli siber.

ii. Halaman Info Tidak Tersusun

Walaupun laman web ini mengandungi banyak fungsi dan halaman yang menarik, terdapat
kekurangan juga dari segi susunan info. Sebagai contoh, pada halaman kesihatan mental, telah
diselitkan juga dengan maklumat penyakit Covid 19. Perkara sebegini akan mengelirukan
pembaca yang berkemungkinan sedang mengalami masalah kesihatan mental.

7
3.3 Kelebihan Laman Web The Mind Hub
Setelah membaca dan menyelidiki laman web ini, terdapat beberapa kelebihan yang dapat
memberikan manfaat kepada pembaca. Kelebihan ini bukan sahaja mampu menarik perhatian
pembaca, malah ia akan dapat membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental.

Antara kelebihan yang dapat diperolehi daripada laman web ini adalah :

i. Paparan Halaman yang Ringkas

Selain daripada hiasan dan gambar latar belakang yang menarik, paparan halaman yang ringkas
juga membantu dalam menarik perhatian pembaca. Setiap individu mempunyai cara yang
tersendiri dalam memahami dan membaca sesuatu maklumat. Hasil daripada kajian mengenai
laman web ini, dapat dinyatakan bahawa halaman yang disediakan adalah ringkas dan senang
untuk digunakan. Hal sebegini semestinya boleh memudahkan pembaca yang berkemungkinan
mengalamai masalah kesihatan mental.

ii. Menyediakan Maklumat Perkhidmatan Kaunseling

Laman web ini menyediakan sebuah halaman yang membantu memberi maklumat kepada
pembaca berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan
adalah perkhidmatan kaunseling berkaitan kewangan, pendidikan dan masalah individu. Melalui
penyediaan halaman sebegini, ia memudahkan pembaca dan individu yang memerlukan khidmat
nasihat mengenai masalah mental.

iii. Menawarkan Harga yang Berpatutan Untuk Menjadi Ahli Persatuan

Selain daripada menawarkan perkhidmatan dari segi bantuan kesihatan mental, laman web ini
juga menawarkan untuk menjadi ahli dalam persatuan tersebut. Harga yang perlu dibayar untuk
menjadi ahli juga amat berpatutan. Melalui harga tersebut, ia pasti akan dapat menarik perhatian
pembaca untuk menjadi ahli persatuan tersebut.

8
3.4 Kekurangan Laman Web The Mind Hub
Setiap kelebihan pasti akan ada kekurangan. Begitu juga dengan laman web ini. Walaupun
menawarkan perkhidmatan yang baik iaitu perkhidmatan kaunseling, namun, terdapat
kekurangan yang dapat dikesan pada laman web ini setelah kajian dilaksanakan.

Antara kekurangan yang dapat dikesan hasil daripada kajian adalah :

i. Masa Talian Sokongan Adalah Terhad

Talian sokongan merupakan salah satu inisiatif bagi membantu menawarkan perkhidmatan dari
pelbagai aspek. Untuk kajian ini, talian sokongan yang dimaksudkan adalah talian sokongan bagi
perkhidmatan kesihatan mental. Talian sokongan sewajarnya dibuat dalam sistem 24 jam. Hal ini
adalah bagi membantu dan memudahkan individu yang mengalami masalah mental untuk
meminta bantuan perkhidmatan kaunseling atau melakukan luahan serta meminta panduan
dalam mengurangkan tekanan hidup.

ii. Laman Web Hanya Disediakan Dalam Bahasa Inggeris

Laman web ini juga didapati hanya disediakan dalam bahasa inggeris. Walaupun bahasa inggeris
merupakan bahasa yang harus dikuasai sejak dari sekolah rendah, tidak semua orang boleh
membaca dan memahami bahasa inggeris dengan mudah. Perkara sebegini akan menyulitkan
pembaca untuk memahami maklumat yang disampaikan dalam laman web.

9
BAB 4

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PADA LAMAN WEB YANG DIKAJI

4.1 Definisi Penambahbaikan


Penambahbaikan merupakan satu tindakan yang diambil untuk memperbaiki kelemahan dan
kekurangan sesuatu produk atau penulisan. Penambahbaikan ini juga dilaksanakan bagi
memastikan maklumat yang dihasilkan adalah lebih baik berbanding sebelumnya. Tujuan utama
penambahbaikan adalah untuk membina tanggapan yang baik, memperbaiki kelemahan dan
memastikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah terbaik.

4.2 Penambahbaikan Pada Laman Web Portal My Health For Life


Portal My Health For Life merupakan laman web yang dibangunkan oleh Jabatan Bahagian
Pendidikan Kesihatan Malaysia. Tujuan laman web ini dibangunkan adalah untuk memperkasa
dan menggalak individu supaya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri dengan
menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan secara dalam talian. Laman web ini telah
menyediakan pelbagai fungsi yang menarik untuk memaparkan maklumat mengenai masalah
kesihatan mental dan masalah penyakit lain.

Walaupun laman web tersebut kelihatan menarik dan boleh dianggap hampir sempurna,
namun , ia masih boleh dipertingkatkan lagi untuk memastikan tahap kepuasan pembaca berada
pada tahap tertinggi. Bukan sahaja kepuasan pembaca, malah, individu yang memerlukan
khidmat bantuan kesihatan mental juga akan berasa lebih mudah untuk mencari maklumat yang
diinginkan. Melalui kajian yang telah dilaksanakan, terdapat dua perkara utama yang boleh
diperbaiki bagi memastikan laman web tersebut menjadi pilihan pembaca.

Pertama sekali, penambahbaikan yang dapat dilakukan pada laman web tersebut adalah
untuk mengemaskini maklumat mengenai masalah kesihatan mental. Menurut kajian yang telah
dilaksanakan, didapati bahawa maklumat yang disediakan adalah bukan maklumat yang terkini.
Maklumat serta panduan yang disediakan hendaklah yang terkini. Hal ini kerana, masalah
kesihatan mental kini semakin meningkat dan semakin rumit untuk ditangani. Peningkatan
kecanggihan teknologi dilihat menjadi penyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan
mental. Oleh itu, penulis laman web portal My Health For Life hendaklah peka akan masalah
kesihatan mental yang terkini agar memudahkan individu yang memerlukan bantuan untuk
merujuk maklumat yang diperlukan.

10
Seterusnya, penambahbaikan lain yang dapat dilakukan adalah penambahbaikan dari
segi susunan halaman info laman web. Selain daripada penyediaan maklumat yang lengkap dan
terkini, susunan halaman juga menjadi faktor penting kepada pembaca untuk mencari maklumat
yang dikehendaki. Melalui susunan halaman info yang baik, pembaca juga akan berminat untuk
membaca dan memudahkan urusan mereka untuk melakukan penyelidikan tentang masalah
kesihatan mental.

4.3 Penambahbaikan Pada Laman Web The Mind Hub


Laman web ini merupakan laman web yang dibangunkan oleh Persatuan Kesihatan Mental
Malaysia (MMHA). Laman web ini dibangunkan bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan
mental dalam komuniti dan memberi sokongan untuk orang yang mengalami masalah kesihatan
mental. Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa laman web ini menyediakan
perkhidmatan kaunseling dan memaparkan maklumat perkhidmatan dengan baik. Laman web ini
juga ringkas dan memudahkan pembaca untuk mencari maklumat. Walaupun begitu, terdapat
penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan laman web tersebut dapat menarik lebih
ramai pembaca dan memudahkan individu yang ingin memohon bantuan perkhidmatan
kaunseling.

Penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah penambahbaikan dari segi masa talian
sokongan. Masa talian sokongan yang ditawarkan adalah pada masa urusan pejabat sahaja.
Walaupun masa yang disediakan tersebut adalah kelihatan formal dan menepati waktu urusan
pejabat, namun, masalah kesihatan mental tidak berlaku pada jam tersebut sahaja. Masalah
kesihatan mental boleh menyebabkan seseorang itu berasa tertekan, murung dan sedih pada
bila-bila masa sahaja. Apabila perkara tersebut berlaku, maka, mereka memerlukan sokongan
dan bantuan kaunseling untuk membantu mereka.

Selain itu, laman web ini juga didapati hanya menyediakan halaman perkhidmatan dalam
bahasa inggeris. Walaupun bahasa inggeris merupakan bahasa yang harus dikuasai sejak dari
sekolah rendah, tidak semua orang boleh membaca dan memahami bahasa inggeris dengan
mudah. Perkara sebegini akan menyulitkan pembaca untuk memahami maklumat yang
disampaikan dalam laman web. Oleh itu, penulis atau pembangun laman web ini hendaklah
menyediakan laman web dalam bahasa melayu bagi memudahkan pembaca untuk mencari
maklumat.

11
BAB 5

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian yang bertujuan untuk membantu penulis atau
pembangun laman web untuk mengkaji kekurangan dan manfaat yang dapat diberikan kepada
pembaca. Melalui kajian yang dilaksanakan, laman web yang dikaji merupakan laman web yang
menyediakan perkhidmatan yang baik dalam membantu menyebarkan kesedaran mengenai
kesihatan mental. Kesihatan mental bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Oleh itu,
diharapkan bahawa melalui kajian ini, penulis atau pembangun laman web boleh memperbaiki
tahap perkhidmatan laman web bagi membantu pembaca memahami tentang masalah kesihatan
mental dan membantu individu yang berkemungkinan mengalami masalah kesihatan mental.

12
RUJUKAN

[1] Info Sihat. (2021). Retrieved from Info Sihat | Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia website: https://www.infosihat.gov.my/

[2] Malaysian Mental Health Association | MMHA. (2023). Retrieved from Malaysian Mental
Health Association website: https://mmha.org.my/

[3] Analisis kritikal: jenis, kaedah dan konsep. (2018). Retrieved from Delachieve.com
website: https://ms.delachieve.com/analisis-kritikal-jenis-kaedah-dan-konsep/

[4] Rozana Reduan. (2014, November 17). Analisis dan Kritik Jurnal. Retrieved from
Academia.edu website: https://www.academia.edu/9358411/Analisis_dan_Kritik_Jurnal

[5] Analisis Kritis Jurnal Perkembangan Kognitif 1. (2019). Retrieved from Studocu website:
https://www.studocu.com/id/document/universitas-sebelas-maret/praktik-
pengembangan-diri/analisis-kritis-jurnal-perkembangan-kognitif-1/30533264

13

You might also like