You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PROJEK PAMERAN

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TAJUK: FEMINISME

TARIKH DIHANTAR:
9 JANUARI 2023

1
1.0 PENDAHULUAN

Feminisme didefinisikan sebagai himpunan teori gerakan politik, sosial dan falsafah moral yang sebahagian
besarnya berkaitan dengan pembebasan wanita daripada diketepikan oleh kaum lelaki. Menurut istilah yang
lebih mudah difahami, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan politik, sosial dan ekonomi antara
kedua-dua jantina serta sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina bukanlah
faktor penentu kepada pembentukan identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang.
Sebahagian besar ahli-ahli gerakan wanita merasa bimbang terhadap anggapan ketaksamaan politik, sosial dan
ekonomi antara kedua-dua jantina yang memihak kepada kaum lelaki sehingga menjejaskan kepentingan kaum
wanita itu sendiri. Feminisme ini bermula di Eropah sejak abad ke-16 dengan kemunculan pemimpin dan
pertubuhan yang menuntut hak wanita. Manakala di Amerika, ia bermula sewaktu mengisytiharkan deklarasi
kemerdekaan 1776 yang menyebut “All men are created equal”. Dari segi politik pula, agama dan sosial kaum
wanita pula dipandang sebagai kelas bawahan. Ini menyebabkan golongan wanita bangkit untuk meninggikan
darjat wanita dalam dunia sastera. Tidak dinafikan bahawa feminisme dibangunkan pada hari ini untuk
memperjuangkan hak feminisme yang melibatkan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan agama. Para aktivis
politik feminisme pada masa kini kebiasaannya akan berkempen untuk memperjuangkan hak asasi manusia bagi
kaum wanita contohnya merangkumi perlindungan daripada keganasan rumah tangga.

Terdapat banyak teori feminisme yang telah dikemukan oleh pakar feminisme iaitu Ritzer yang telah
merangkumi sistem idea berdasarkan kehidupan sosial dan juga pengalaman manusia yang telah berkembang
iaitu Perbezaan Gender (Gender Difference). Istilah ‘perbezaan’ yang digunakan bagi menjelaskan perbezaan
antara kaum lelaki dan kaum perempuan. Selain itu, Ketidaksamaan Gender (Gender Inequality) yang
menerangkan keadaan kaum wanita bukan sahaja berbeza daripada kaum lelaki bahkan kaum wanita tidak
mempunyai sebarang kedudukan yang istimewa (less privileged) seperti kaum lelaki. Ketiga, Tindakan Atas Dasar
Gender (Gender Oppression). Teori ini pada umumnya telah menekankan kepada persoalan
dominasi,kongkongan dan juga tekanan kaum lelaki ke atas wanita. Akhir sekali, Feminisme Gelombang-Ketiga
(Third-Wave Feminism). Feminisme gelombang yang ketiga telah dihubungkan dengan gerakan feminisme
radikal pada tahun 1980-an sehingga sekarang yang telah memfokuskan kepada tumpuan kepada perbezaan,
ketidaksamaan dan tindasan dan juga mengambil kira soal-soal perbezaan antara wanita sendiri.

2
Lazimnya, dalam keadaan pembangunan kini, tidak dinafikan wanita turut memberi sumbangan dalam
pembangunan sesebuah negara sama ada dari segi intelektual, tamadun atau ekonomi sesebuah negara. Maka
dengan itu wujudlah teori feminisme merangkumi sistem idea tentang kehidupan sosial dan pengalaman
manusia yang berkembang atas persoalan wanita dalam masyarakat. Hal ini berdasarkan pada keadaan dan
pengalaman kaum wanita. Kesimpulannya segala perkara adalah dilihat dari kaca mata wanita. Dengan kata lain,
teori feminisme mementingkan kesaksamaan hak, taraf, kedudukan dan peluang yang sama di antara lelaki dan
wanita.

2.0 VISI
Keadilan sosial dan kesaksamaan gender; dunia di mana semua wanita dan gadis boleh menuntut hak mereka
dan bebas daripada prasangka dan diskriminasi.

3.0 MISI
I. Membangunkan rangkaian untuk mengakses kepakaran kepimpinan wanita dan amalan terbaik
pengurusan sumber asli yang inklusif, berasaskan jantina dan mampan di peringkat serantau dan
antarabangsa;
II. Mempengaruhi dan mengubah tetapan institusi , hubungan kuasa, dasar dan amalan;
III. Bertindak dalam perpaduan dengan gerakan feminis dan hak asasi manusia.

4.0 OBJEKTIF
I. Membincangkan tema feminisme melalui perspektif perbandingan falsafah sebagai asas bagi
menjalin dialog antara budaya.
II. Menganalisis perkara yang mungkin akan berlaku sehingga menyebabkan isi feminisme timbul.
III. Mengupas latar belakang, tema, definisi dan fenomena feminisme.

3
5.0 METODE PELAKSANAAN

5.1 Pengumpulan bahan


Mengkaji dan mencari bahan-bahan rujukan seperti buku ilmiah, melayari internet dan merujuk
majalah-majalah yang berkaitan dengan topik yang dipilih iaitu feminisme. Setelah bahan
berjaya dikumpul, perbincangan draf bersama ahli di dalam kumpulan akan dilaksanakan bagi
membincangkan tentang perkara atau info lain yang perlu ditambah ke dalam poster infogafik.
Apabila draf telah disiapkan, bahan tersebut akan dicatat, ditulis dan ditaip dengan lengkap dan
menyerahkannya kepada ketua kumpulan untuk tindakan selanjutnya.

5.2 Pembangunan kandungan pameran


Dalam proses membangunkan kandungan pameran, bahan- bahan yang telah dikumpul akan
diproses dan diterjemahkan kepada isi-isi penting dan dibentuk secara infografik diikuti
kronologi yang berkaitan. Selain itu, setiap penyuntingan yang dilakukan pada poster akan
diaudit terlebih dahulu supaya isi yang penting dan bahan yang perlu disampaikan berada dalam
keadaan yang mudah difahami oleh pembaca dan sebarang perubahan akan dilakukan selepas
mendapat persetujuaan ahli di dalam kumpulan. Hasil poster yang akan dipamerkan adalah
dibuat secara teks penerangan bersama gambaran isu feminisme dan format yang digunakan
mengikut tetapan yang terkandung di dalam lampiran Perincian Kerja Kursus dengan kombinasi
warna yang menarik. Pembangunan pameran poster juga dapat dilakukan dengan mudah dan
cepat apabila menggunakan aplikasi Canva. Hal ini kerana, aplikasi tersebut menawarkan
pelbagai contoh dan idea perisian reka bentuk grafik dengan kepelbagaian templates design
malah ia mudah diakses melalui telefon atau tablet sekaligus menjadikan aplikasi ini mesra
pengguna.

5.3 Persembahan pameran


Pameran akan dibentangkan dan dipersembahkan oleh semua ahli melalui kaedah secara
interaktif dengan menggunakan slide dan poster sahaja.

4
5.4 Draf awal poster infografik

5
6.0 PERANCANGAN MASA
BIL PERKARA MULA TAMAT CACATAN
Setiap ahli kumpulan terlibat dalam

1. Perbincangan Tajuk 14/11/2022 16/11/2022 memberikan idea berkenaan tajuk


Feminisim.

Mengadakan Google Meet untuk


2. Pembahagian tugasan 17/11/2022 17/1/2022
pembahagian tugasan.

Melaksanakan tugas berdasarkan


3. Pelaksanaan tugasan 18/11/2022 19/11/2022
pembahagian tugasan yang diberi.

Mencari dan mengumpul bahan maklumat

4. Pencarian bahan 19/11/2022 23/11/2022 berkaitan feminism akan dikumpulkan dan


perbincangan isi akan dilaksanakan.

Pendokumentasian dan pemurnian bahan

5. Dokumentasi bahan 26/11/2022 30/11/2022 dan maklumat tentang faminism telah


dilakukan.

Penyuntingan kandungan juga telah

6. Penyuntingan bahan 1/12/2022 4/12/2022 dilakukan dengan menggunakan Microsoft


Words terlebih dahulu.

Poster infografik dibangunkan dan

Pembangunan poster disunting.


7. 19/12/2022 24/12/2022
pameran (RUJUK LAMPIRAN 7).
Poster dicetak mengikut saiz A2.

Merakam dan menyunting rakaman


8. Persembahan pameran 26/12/2022 26/12/2022
pembentangan poster.

Menghantar tugasan kepada pensyarah di


9. Projek tamat - 8/1/2023
MyGuru.

6
8.0 KESIMPULAN

Secara amnya, perkataan feminisme itu bermaksud gerakan atau fahaman yang menuntut persamaan hak
wanita seperti yang dinikmati oleh kaum lelaki. Feminisme pada mulanya merupakan sebuah gerakan
perempuan yang memperjuangkan hak-haknya sebagai manusia, seperti lelaki. Feminisme merupakan reaksi
dari ketidakadilan gender yang belaku akibat ketidakadilan dalam pembahagian hak wanita untuk menentukan
masa depan mereka. Perbincangan tentang feminisme pada umumnya merupakan perbincangan tentang
bagaimana bermulanya gerakan feminisme, kesan pemikiran dan apakah isu-isu yang dikaitkan dengan
feminisme.

Terdapat beberapa isu yang melibatkan feminisme, antaranya kekerasan seksual. Hal ini kerana ia
merupakan salah satu bentuk ketidakadilan genre yang paling ketara kerana kebanyakan mangsa kekerasan
seksual terdiri daripada kaum wanita. Terdapat juga beberapa aliran feminisme, antaranya feminisme liberal
yang memperjuangkan hak wanita secara sosial dan politik, feminisme radikal yang menganggap bahawa
perbezaan genre boleh dijelaskan berdasarkan perbezaan pertumbuhan biologi dan psikologi, feminisme marzis,
feminisme sosialis, feminisme psikoanasis, feminisme eksistensialisme, feminisme posmodern, femisnisme
multikultural dan ekofeminisme. Dengan adanya pameran infografik ini diharapkan agar masyarakat terutamnya
golongan remaja lebih memahami makna sebenar feminisme serta peka terhadap isu-isu berkaitan feminisme
ini.

7
9.0 RUJUKAN

I. Ariffin. (n.d.). Gerakan Feminisme, Persamaan Gender dan Pemahaman Agama. Mufti Wilayah
Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/en/media-menu/penerbitan/suara-pemikir/2155-gerakan-feminisme
persamaan-gender-dan-pemahaman-agama-bahagian-1

II. Khairuddin. (2018, Oktober 16). Bicara Poligami Siri I. Jais.


https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=392&k=poligami

You might also like